Monday, February 9, 2015

MTA 074 : JOHORKU X : SEJARAH DAERAH KOTA TINGGI

KEMBARA
JOHOR
SEJARAH DAERAH KOTA TINGGI


Kota Tinggi merupakan daerah yang paling banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor Lama. Di sinilah letaknya Makam Mahmud Mangkat Dijulang. Di sinilah lokasi beberapa pusat pemerintahan Kesultanan Johor dari awal abad ke 16 hingga pertengahan abad ke 19. Antaranya ialah Kota Batu, Johor Lama, Batu Sawar, Kota Sayong, Kota Seluyut, Kota Panchor dan Pekan Tua (Pekan Kara).

Kota Tinggi juga daerah yang membangun dengan puluhan Rancangan Tanah  Felda (dulu: LKTP). Tanah Felda adalah penyumbang utama kepada pembangunan (pertumbuhan bandar/pekan baru)  dan peningkatan mendadak daerah ini. Kota Tinggi adalah satu-satunya daerah yang mempunyai Pangkalan TLDM (KD Sultan Ismail) dalam Negeri Johor iaitu di Tanjung Pengelih.

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dikalahkannya di Melaka pada tahun 1511.

Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.

Daerah Kota Tinggi mempunyai keluasan 2,737.63 km persegi (1,057.00 batu persegi) dengan jumlah penduduka seramai  222, 500 (2020)

Pentadbiran Daerah

Daerah Kota Tinggi mempunyai 10 buah Mukim berikut yang ditadbir oleh Penghulu.

Bandar dan pekan yang terdapat dalam daerah Mersing adalah:
  1. Mukim Ulu Sungai Johor
  2. Mukim Ulu Sungai Sedili Besar
  3. Mukim Johor Lama
  4. Mukim Kambau
  5. Mukim Kota Tinggi
  6. Mukim Pantai Timur
  7. Mukim Pengerang
  8. Mukim Sedili Besar
  9. Mukim Sedili Kechil
  10. Mukim Tanjung Surat
Manakala bandar dan pekan yang terdapat dalam daerah Kota Tinggi adalah:
  1. Bandar Kota Tinggi
  2. Bandar Penawar
  3. Pekan Sungai Rengit
  4. Pekan Telok Sengat
  5. Pekan Sedili Besar
  6. Bandar Tenggara
  7. Bandar Mas
  8. Bandar Perani
  9. Petri Jaya
Pihak Berkuasa Tempatan

Daerah Kota Tinggi dibahagikan kepada dua PBT iaitu; Majlis Perbandaran Pengerang dan Majlis Daerah Kota Tinggi.

Bandar Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi

Makam Sultan Mahmud Mangkat di Julang

Makam Laksamana Bentan (Megat Seri Rama)

Kampung Johor Lama (sekarang) - dulu adalah pusat pentadbiran Kesultanan Johor Lama


Telok Ramunia

Teluk Ramunia merupakan kawasan pekan perlombongan bauksit yang terletak di Pengerang dan mengadap Laut China Selatan. Ramunia ialah nama sejenis buah-buahan tempatan yang rasanya agak masam.

Jalan raya dua lorong menghubungkan Kota Tinggi, Bandar Penawar, Desaru dan Sg Rengit terus ke Teluk Ramunia. Jalan laut menjadi sebahagian dari jalan perhubungan ke Teluk Ramunia. Teluk Ramunia juga berhubung jalan raya dengan Pengerang, Pelabuhan Tg Belungkur, Tg Pengelih di muara Sg Johor

Industri terbaru ialah perlombongan pasir silika di bekas tapak lombong bauksit ini. Batu silika turut dilombong di Punggai untuk di eksport diselia. Ramai penduduknya bekerja di sektor perlombongan ini . Sebahagian pasir silika ini digunakan untuk kegunaan tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura. Kuari silika dipajak kepada Presind Holding yang merupakan anak syarikat Perbadanan Islam Johor.

Lombong bauksit ini diusahakan oleh syarikat Ramunian Bauxite sejak 1955. Sementara Ramunia Holding Berhad mengusahakan industri besi keluli sejak 1981.Terdapat jeti khas khusus untuk kapal berlabuh tetapi bukan untuk kegunaan orang awam. Projek Pembangunan Gas Duyong dimajukan bersama Petronas Carigali dan disiapkan pada 1984. Ramunia Holding Berhad menghasilkan lebih 21,000 metrik tan peralatan besi keluli untuk industri petroleum, marin dan lain-lain.

Pengerang

Penempatan awal penduduk Pengerang dikatakan bermula penghijrahan orang berketurunan Jawa berasal dari daerah Sebong,Riau, Indonesia pada awal abad ke 19. Mereka membuka Kampung Sebong yang terletak di antara Kampung Jawa dan Kampung Pengerang. Ketika membuka kampung, sebahagian mereka dijangkiti demam malaria menyebabkan mereka mengerang menahan sakit. Bermula daripada perkataan 'mengerang' itu dikatakan punca terbit nama Pengerang.

Pendapat lain mengatakan, perkataan Pengerang berasal daripada nama pedagang berasal dari Brunei bernama 'Pengiran' yang datang dan meninggal dunia di situ. Ketika hendak berdagang ke Singapura bersama tiga rakannya, beliau diserang sakit lalu meninggal dunia. Rakannya membawa jenazah Pengiran mendarat di sekitar Kampung Jawa sekarang untuk dikebumikan. Menurut cerita, Pengiran dikatakan seorang yang istimewa dan anak seorang pembesar. Selepas kematiannya, kubur beliau dianggap keramat oleh penduduk Pengerang.


Jeti Pengerang

Tanjung Sedili

Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi "Tak tengok si Deli ke?" dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.

Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Md. Lazim Bin Md. Akhir disebabkan oleh keuzuran.

Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya.

Pekan Tanjung Sedili

Sungai Rengit

Nama Sungai Rengit di Pengerang, Kota Tinggi, Johor, dipercayai berasal daripada nama sejenis pokok iaitu pohon rengit yang dahulu banyak tumbuh di kawasan pesisir atau tepian sungai tersebut.

Pekan Sungai Rengit

Bandar Penawar

Bandar Penawar merupakan sebuah bandar baru (wujud selepas merdeka). Ia dibuka pada tahun 1979 untuk menjadi pusat pentadbiran kepada wilayah pembangunan tanah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).  Kalau di Pahang Bandar Muadzam Shah adalah pusat pentadbiran bagi Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).

Apabila Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) ditubuhkan pada 1 Jan 2020 (berpisah dari Majlis Daerah Kota Tinggi), Bandar Penawar dijadikan sebagai pusat pentadbiran MPP.

Bandar Penawar membawa selatan daerah Kota Tinggi membangun dengan cepat ditambah dengan pembinaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang sehingga wilayah ini mengatasi daerah asalnya Kota Tinggi. 







No comments:

Post a Comment