Tuesday, February 24, 2015

MTA 096 : JOHORKU XVI : SEJARAH DAERAH KULAI


KEMBARA
JOHOR

SEJARAH DAERAH KULAI



Kulai merupakan daerah ke 9 yang baru ditubuhkan di Negeri Johor pada tahun 2008. Kulai mula dibuka pada tahun 1920an, pada awalnya lebih dikenali sebagai Gui Lai bermaksud kedatangan kura-kura. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya sebagai Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis dalam bahasa Cina di stesen keretapi Kulai. Namun, kerana kesukaran untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa Cina maka namanya di tukar ke Kulai dan ini terus kekal sehingga kini.

Namun Kulai yang mengambil sempena peristiwa banjir mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sebelum tahun 1890 iaitu pada permulaan pada Kulai dibuka asalnya dari Sungai Kulai yang menjadi nadi untuk penduduk tempatan memudahkan para pertaninya untuk membajak tanaman dan menyenangkan kerja mereka. Ketika itu, pembukaan Xin Jie Chang (Pekan Baru) oleh Encik Tan Yook Fong, pentadbir di kawasan itu (juga dikenali sebagai Gan Zhu ) adalah antara orang yang paling awal datang ke Kulai.

Selain dari adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai di dalam daerah Kulai, tiada destinasi pelancungan yang popular dalam daerah ini. Kulai menjadi maju kerana terdapat banyak tanah rancangan FELDA dalam daerah ini yang mula dibuka sejak awal tahun 1960an. Bagaimanapun pentadbiran daerah telah mewujudkan satu konsep baru 'Hutan Bandar' di Kulai yang bakal menggamit penduduk Kulai dan daerah berhampiran untuk melancong, beristirehat dan mendapat pengetahuan tentang ilmu tumbuh-tumbuhan.

 
 
Hutan Bandar Kulai

Daerah Kulai adalah salah satu daripada dua daerah yang diwujudkan di negeri Johor selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan. Sebuah lagi adalah daerah Tangkak. Daerah baru Kulai terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang. Sebelum pembentukan daerah baru itu, Kulai merupakan Daerah Kecil dalam daerah Johor Bahru. 

Penubuhan daerah Kulai diwartakan pada 29 Mac 2007 dan pada awalnya dinamakan sebagai daerah Kulaijaya. Perasmian daerah baru ini telah diisytiharkan oleh DYMM Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim pada 21 Jun 2008. Bagaimanapun pada 28 Ogos 2015, Sultan Ibrahim telah menitahkan supaya nama Kulaijaya dikembalikan kepada nama asalnya, Kulai.

Kompleks Pejabat Daerah Kulai

Daerah Kulai mempunyai keluasan 753.45 km persegi dan penduduknya berjumlah 329,500 (2020). Pihak berkuasa tempatan di Kulai ialah Majlis Perbandaran Kulai.

Bandar Kulai terletak 29 km dari pusat bandar raya Johor Bahru dan 8 km dari Skudai. Ia terletak di bahagian pertengahan daerah ini. Bandar Kulai serta kebanyakan pekan dalam daerah ini dihubungkan melalui laluan persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jalan besar Kulai iaitu laluan Persekutuan menempatkan banyak rumah kedai. Bandar Kulai juga dikelilingi ladang getah dah kelapa sawit.

Kebanyakan penduduk tempatan bergiat dalam sektor pertanian, terutamanya di ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan sepanjang jalan besar. Daerah Kulai juga mempunyai antara penempatan FELDA terawal di negeri Johor iaitu Felda Taib Andak. Kulai masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini. Kulai turut mengeksport sayur-sayuran segar ke Singapura setiap hari.

Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kawasan perindustrian baru yang dibina di Kulai dan Senai. Daerah Kulai juga mendapat faedah pelan pembangunan kerana ia berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Terdapat hanya empat buah Mukim dalam daerah KulaI iaitu:
  1. Mukim Kulai;
  2. Mukim Senai;
  3. Mukim Sedenak;
  4. Mukim Bukit Batu 
Pekan-pekan utama/kecil yang terdapat dalam daerah Kulaijaya ialah: Bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kangkar Pulai, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak.Seelong, Senai dan Sengkang

Senai

Nama pekan Senai berasal daripada nama pokok Sinai (atau kesinai atau serinai), iaitu sejenis pokok tempatan yang banyak tumbuh dan membiak di kawasan tersebut pada awal abad ke-20.

Pokok Sinai

Pekan Senai menjadi terkenal dan penting apabila Kerajaan membuat keputusan membina sebuah lapangan terbang antarabangsa pada tahun 1974 dan dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail atau Senai International Airport.

Senai juga pesat membangun dengan pertumbuhan taman-taman perindustrian elektronik dan berat.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai

Ayer Bemban

Pada zaman dahulu semasa kawasan ini mula diterokai, pokok bemban tumbuh dengan sangat banyak di sepanjang tebing sungai atau kawasan berair di situ. Penduduk asal menggunakan kulit pokok bemban ini untuk aktiviti harian seperti menganyam tikar, bakul, dan raga kerana sifatnya yang liat dan tahan lasak.

Disebabkan ciri fizikal landskapnya yang dipenuhi air dan dikelilingi pokok bemban, para peneroka akhirnya menamakan kawasan ini sebagai Ayer Bemban.

Pekan ini berkembang daripada sebuah perkampungan kecil dan penempatan awal masyarakat setempat (termasuk masyarakat Cina dan Melayu yang mengusahakan pertanian) sehinggalah ia dihubungkan dengan laluan jalan raya utama dan rel kereta api, menjadikannya salah satu pekan penting dalam daerah Kulai.

Pokok Bemban Air

Sedenak

Seperti nama kebanyakan tempat di Malaysia, asal usul nama Pekan Sedenak  juga dikaitkan dengan keadaan kawasan persekitaran asalnya, sama ada nama pokok, habitat (binatang/unggas), keadaan tanah atau pun nama orang yang membuka kawasan tersebut. Asal nama Sedenak dikaitkan dengan ayam denak.

Mengikut ceritanya, penduduk asalnya mendapati  kawasan itu merupakan tempat ayam denak (ayam hutan) bermain atau berkumpul. Ayam denak  adalah ayam hutan yang dijadikan umpan untuk memikat ayam hutan lain.


Kemaskini terakhir : 21 Sep 2026


1 comment:

  1. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.
    ▪
    Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
    ▪
    Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.
    ▪
    Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi
    ▪
    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
    ▪
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
    ▪
    Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum herba ni dan rasa tidak pahit
    ▪
    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat merawat buah pinggang!
    ▪
    iNi bkn jus buah buahan campuran biasa2 yg kat luar jual ni..😆
    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
    ▪
    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte trun kan kencing manis sekelip mata!💪🏻


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    0174687570
    0174687570
    En mohd zuhairi

    #sharing is caring

    ReplyDelete