Tuesday, February 3, 2015

MTA 030 : NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS

Selepas Johor, Kedah, Kelantan dan Melaka kini tiba giliran abjad seterusnya iaitu negeri NEGERI SEMBILAN.


Negeri yang juga dikenali sebagai negeri Pagar Ruyung. NS ada sejarah tersendiri dengan diri aku. Di negeri inilah aku mengubah diri dari seorang pemuda kampung kepada seorang pegawai tentera. Perjalanan keluar dari kepompong kampungku menaiki keretapi siang dari Stesen Kluang ke Stesen Seremban merupakan perjalanan membelah kehidupanku yang telah dicemari dengan kegagalan. Sembilan bulan menjalani latihan pegawai kedet di SPK, Port Dickson telah mengubah carta aliran dalam kehidupanku.

Bermula dari kota peranginan inilah aku membawa diri dengan berbekalkan tekad dan usaha untuk mengorak langkah menempuh onak dan duri, pahit dan manis sehingga ke tahap yang aku gapai sekarang.

Port Dickson juga sinonim dengan Angkatan Tentera kerana di kota inilah lahirnya pasukan pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Pada 28 september 2009, Port Dickson telah diisytiharkan oleh YABPM sebagai Bandar Tentera Darat.

TERBARU- dengan izin Allah tanpa dirancang, negeri tempat aku menukar identiti dari orang awam kepada anggota Tentera ini rupanya bakal menjadi negeri tempat aku bertukar kembali kepada kehidupan awam. Aku telah membeli sebuah rumah di Taman Ampangan, Seremban sebagai tempat aku menghabis sisa hidupku selepas bersara dari ATM nanti.

Fakta Negeri Sembilan:

Keluasan: 6,645 km persegi
Penduduk: 878,500 (2001)
Kepadatan: 132.2/km persegi

Ibu Negeri: Seremban
Bandar DiRaja: Seri Menanti

Keluarga DiRaja Negeri Sembilan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga DiRaja Johor apabila anakanda kedua kepada mantan Sultan Johor ke 3, almarhum Sultan Ismail iaitu almarhum Tunku Abdul Rahman Alhaj (mantan Tunku Mahkota Johor dari 1961 hingga 1981 kemudian Tunku Bendahara -1981 hingga mangkat 1989) berkahwin dengan Tunku Shahariah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman, mantan YDP Besar NS (1938-1957) yang juga SPB Yang Di Pertuan Agong yang pertama (1957-1960)

Sejarah NSDK

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah dibawah naungan kerajaan Melayu Johor.

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung,  Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak bergelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan.

Asal penubuhan negeri sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakanpengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik dinegeri melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek.

Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam.

Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor dan Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka.  Manakala Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan.  Hulu Pahang dan Jelai pula kini menjadi sebahagian daripada Pahang dan Kelang pula menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

Bagaimanapun satu sumber lagi menyatakan bahawa 9 daerah yang bergabung membentuk Negeri Sembilan pada tahun 1773  ialah Jelebu, Inas, Johol, Rembau, Sungai Ujong, Tampin, Jempol, Ulu Muar dan Gunung Pasir.


Pada tahun 1876 negeri-negeri ini berkurangan (akibat perpecahan antara penghulu) dan dinamakan sebagai Seri Menanti.  Pada tahun 1878 menerima naungan British dan pada 1 Jul 1896 membentuk sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu bersama Perak, Selangor dan Pahang (bersekutu- maksudnya bersekutu dibawah pentadbiran Inggeris) dan mula menerima Penasihat (Resident) Inggeris mulai 1988.  Senarai Resident British di NSDK ialah:
  • Martin Lister (1988 - 1891)
  • W F B Paul (1891 - 1894) 
  • Robert Norman Bland (1894 - 1895)
  • Martin Lister (kali kedua) (1895 - 1898) 
  • Ernest Woodford Birch (1898 - 1901)
  • Henry Conway Belfield  (1901- 1902) 
  • Walter Egerton (1902 - 1903) 
  • vacant (1903 - 1904)
  • Douglas Graham Campbell  (1904 - 1910) 
  • Richard James Wilkinson (1910 - 1911)
  • vacant (1911 - 1912)
  • Arthur Henry Lemon (1912 - 1921)
  • J.R.O. Aldworth (acting) (1919 - 1921)  
  • Edward Shaw Hose (1921 - 1925)
  • Ernest Charteris Holford Wolff (1925 - 1928) 
  • J.W. Simmons (1928 - 1932) 
  • J.W.W. Hughes (1932 - 1937)   
  • G.L. Ham (1937 - 1939)
  • John Vincent Cowgill (1939 - 1941)
NSDK mengalami sejarah yang sama dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu apabila dijajah oleh Jepun (1942-1945) kemudian diperintah oleh BMA sehingga 1946 untuk membentuk Malayan Union dan seterusnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang akhirnya mencapai kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957.

Senarai raja yang memerintah Negeri Sembilan bermula dari tahun 1773 ialah:
  • Tuanku Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil (YDPB 1)1773 - 1795). 
  • Tuanku Raja Hitam ibni al Marhum Yamtuan Raja Balamban (YDPB 2) (1795 - 1808)
  • Tuanku Raja 'Ali (Raja Lenggang Laut) ibni al Marhum Yang di-Pertuan Malenggang Alam (Yamtuan Raja Nara I) (YDPB 3) 1808 - 1824)
  • Raja Radin ibni al Marhum Tuanku Raja Ali (1824)
  • Raja Kerjan (isytihar diri) (1824 - 1826)
  • Tuanku Raja Laboh (Raja Sati) (1826 - 30-11-1931)
  • Tuanku Nasiruddin (Yamtuan Radin) ibni al-Marhum Tuanku Raja 'Ali (YDPB 4) (00-00-1831 - 00-00-1833)
  • Tuanku Raja 'Ali ibni Daeng Ampaki (1833 - 1836)
  • Tuanku Nasiruddin (Yamtuan Radin) ibni al-Marhum Tuanku Raja 'Ali (1836 - 1869)
  • Tuanku Imam (Yamtuan Ulin atau al Marhum Janggut) ibni al-Marhum Raja 'Ali (YDPB 5) (1861 - 1869)
  • Tuanku Ampuan Intan (Pemangku) (1869 - 1872)
  • Tuanku Antah ibni al-Marhum Tuanku Nasiruddin (YDPB 6)(1872 - 22 Okt 1888)
  • Tuanku Muhammad Shah ibni al-Marhum Tuanku Antah (YDPB 7)(22 Okt 1888 - 01 Ogos1933)
  • Tuanku 'Abdu'l Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad (YDPB 8) (01 Ogos 1933 - 31 Ogos 1957)
  • Tunku Laksamana Munawir ibni Tuanku 'Abdu'l Rahman (Pemangku ketika YDPB menjadi Yang DiPertuan Agong I) (31 Ogos 1957 - 01 Apr 1960)
  • Tuanku Munawir ibni al-Marhum Tuanku 'Abdu'l Rahman Shah (YDPB 9) (05 April 1960 - 14 Apr 1967)
  • Tuanku Ja'afar ibni al-Marhum Tuanku 'Abdu'l Rahman (YDPB 10) (19 Apr 1967 - 26 Apr 1994)
  • Tunku Naqiuddin ibni Tuanku Jaafar Alhaj (Pemangku sewaktu YDPB menjawat YDPA X (26 Apr 1994 - 26 Apr 1999)
  • Tuanku Ja'afar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (26 Apr 1999 -  27 Dis  2008)
  • Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir  (YDPB 11) (27 Dis 2008 - kini)
KRISIS ADAT DAN ISTANA 2026

Pada 19 April 2026, empat Undang Luak (Sungei Ujong, Johol, Jelebu dan Rembau) sebulat suara mengumumkan pemecatan Yang DiPertuan Besar (Tuanku Muhriz). Mereka juga mengisytiharkan perlantikan Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar sebagai YDP Besar ke 12 pada 5 Jun 2026.

Bagaimanapun perisytiharan tersebut masih belum diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan kerana punca asal krisis, iaitu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong pada 1 April 2025 masih dipertikai dan dalam proses tindakan Mahkamah.

Kesah sepenuhnya boleh dibaca di episod berikut:


MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Senarai Menteri besar Negeri Sembilan sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu:
  • Tuan Abdul Malek bin Yusuf (1 Feb 1948  - 11 Ogos 1950) - MB dilantik oleh Raja.
  • Mohamad Salleh bin Sulaiman (11 Ogos 1950 - 1 Jan 1951) 
  • Dato' Maha Kurnia Abdul Malek bin Yusuf  (1 Jan 1951 - 15 Apr 1952)
  • Tuan Dr Abdul Aziz bin Abdul Majid (15 Apr 1952 - 1 Okt 1952) 
  • Dato' Maha Kurnia Abdul Malek bin Yusuf (1 Okt 1952 - 1 Okt 1953) 
  • Dato Setia Diraja Shamsuddin bin Naim PPT (1 Okt 1953 - 31 Jan 1959) 
  • Tuan Mohamad Shariff bin Abdul Samad (1 Apr 1959 - 23 Jun 1959)
  • Tan Sri Dato' Setia Perkasa Dr Mohamad Said bin Mohamad PMN PPM (23 Jun 1959 - 10 Mei 1969) - MB yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya)
  • Dato Mansor Othman KMN (10 Mei 1969 - 12 Jul 1978)
  • Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Mohd Rais bin Yatim PSM SPNS SJMK SPDK SPMP SSAP DSNS  (12 Jul 1978 - 29 Apr 1982)
  • Tan Sri Dato Mohamad Isa bin Abdul Samad PSM SPNS SUMW DSNS PMC (29 Apr 1982- 25 Mac 2004)  
  • Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan PSD SPNS DSSA DSNS ANS (25 Mac 2004 - 10 Mei 2018).
  • Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun SUNS SSNS (12 Mei 2018 - 5 Jun 2026)
NAMA-NAMA UNDANG LUAK dan TUNKU BESAR TAMPIN

UNDANG LUAK SUNGEI UJONG

YTM Datuk Kelana Petra Seri Jaya 
Haji Mubarak bin Dohak @ Thahak DTNS PPT ANS PMC PJK PKL
(mulai 29 Dis 1993 - xxxx) - 
(Waris Hilir) 
(dipecat pada 14 Mei 2026 dan masih dalam pertikaian)
dan terdapat dua perlantikan penggantian yang masih belum disahkan
Mohammad Faris bin Johari (mulai 5 Mei 2026) - belum diperakui
Abdul Rahman bin Limat (mulai 10 Mei 2026) - belum diperakui

mantan Undang Luak Sg Ujong
YTM Dato' Kelana Putra
Dato' Muhammad Kassim bin Abdul Rashid (1945 - 1983) -  (Waris Hulu) 
Dato' Maamor bin Kassim (1889 - 1945) - (Waris Hilir) 
Dato' Lela Setia Muhammad Yusof bin Hashim (1881 - 1889) - (Waris Hulu)
Tunku Syed Abdul Rahman bin Syed Ahmad al-Qadri (1873 - 1881) - (Waris Hilir) 
Dato' Sending bin Dato' Shahbandar Megat (1850 - 1873) - (Waris Hulu)
Dato' Kawal bin Dato' Shahbandar Megat (1824 - 1850) - (Waris Hulu)
Dato' Bahi bin Mohd Salleh (1800 - 1824) - (Waris Hilir) 
Dato' Leha bin Dato' Bador (1780 - 1800) - (Waris Hulu)
Dato' Bador bin Dato' Chantek (1760 - 1780) - (Waris Hulu)  

https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Luak_Sungai_Ujong
https://www.royalark.net/Malaysia/sungai.htm


UNDANG LUAK JELEBU

Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman 
YTM Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad DTNS PPT ANS PCM PJK PKL (Waris Kemin)  
(26 Jun 2018 - kini)


mantan Undang Luak Jelebu

Muhamad Azafean bin Muhamad Fahmi (8 April 2016 - 30 Mac 2017) - (Waris Kemin) - perlantikan dibatalkan
Dato’ Haji Musa bin Wahab  (1980 – 11 Sep 2014) - (Waris Sarin)
Dato’ Abu Bakar bin Ma’amor  (1966 - 1979) - (Waris Ulu Jelebu)
Dato’ Usman bin Baginda (1962 – 1966) - (Pemangku) 
Dato’ Shahmaruddin bin Haji Abdul Rahman (1945 – 1962) - (Waris Kemin)
Dato’ Abdullah bin Panglima Muda Lok (1902 – 1945) - (Waris Sarin) 
Dato’ Syed Ali bin Syed Zain al-Jafri  (1883 – 1902) - (Waris Ulu Jelebu)
Dato’ Haji Ibrahim  (18xx – 1883) - (Waris Kemin)
Dato’ Mahmud alias Kulup Tunggal  (18xx – 18xx) - (Waris Kemin)
Dato’ Pandak  (18xx – 18xx) - (Waris Sarin)
Rangga ‘Ali Waris (1820 – 18xx) - (Ulu Jelebu)
Dato’ Abdul Rahman (18xx – 1820) - (Waris Kemin)
Dato’ Lup  (17xx – 18xx) - (Waris Sarin)
Dato’ Yunus  (17xx – 17xx) - (Waris Ulu Jelebu)
Dato’ Bakul  (17xx – 17xx) - (Waris Ulu Jelebu)
Dato’ Bukor  (17xx – 17xx) - (Waris Ulu Jelebu)
Dato’ Moyang Salleh bin Dato' Metunggang 1757 (Waris Ulu Jelebu)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Luak_Jelebu
https://www.royalark.net/Malaysia/jelebu.htm

UNDANG LUAK JOHOL
Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan 
YTM Datuk Mohammad bin Abdullah DTNS AMS PMC PJK PKL
(mulai 15 Dis 2015)


mantan Undang Luak Jelebu
YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan 
Dato' Mohd Jan bin Abdul Ghani (2007 - 2016) - (Waris Gemencheh)
Dato' Abdul bin Ali Johol (1988 - 2007) - (Waris Bukit) 
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Som (1985 - 1988) - (Waris Gemencheh)
Dato' Haji Abdul Majid bin Abdul Wahid (1973 - 1985 - (Waris Johol Baruh)
Dato' Abdul Manap bin Tolok (1947 - 1973) (Waris Gemencheh)
 Dato' Kamat bin Haji Sulaiman (1918 - 1947) - (Waris Johol Bukit) 
Dato' Wan Omar bin Wan Hassan 1901 - 1918 (Waris Gemencheh) 
Dato' Saeto bin Puteh (1840 - 1900) (Waris Johol)
Dato' Abu Bakar bin Gubah (1820 - 1840) - (Waris Johol)
Dato' Nuri (1810 - 1820) - (Waris Johol)
Dato' Rambutan Jantan (1790 - 18100 - (Waris Johol)
Dato' Putri Sitiawan II (1760 - 1790) - (Waris Johol)
Dato' Rambut Panjang binti Sultan Sulaiman Badarul Alam Syah (1747 - 1760) - (Waris Johol)
Putri Sitiawan I binti Dato’ Bendahara Skudai (1723 - 1747) (Waris Johol) 


https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Luak_Johol

https://www.royalark.net/Malaysia/johol.htm


UNDANG lUAK REMBAU
Dato' Sedia Raja 
YTM Abdul Rahim bin Yassin
(mulai 22 Ogos 2024)


mantan Undang Luak Rembau
Dato' Sedia Raja (DSR) - Waris Jawa 
Dato' Lela Maharaja (DLM) - Waris Jakun

DLM Dato' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman (21 Nov 1998 - 15 Mei 2024)
DSR Haji Adnan bin Haji Maah (19 Jan 1963 - 21 Sep 1998)
DLM Haji Ipap bin Haji Abdullah (1938 - Dis 1962)
DSR Haji Abdullah bin Haji Dahan (1922 - 1938)
DLM Haji Sulung bin Haji Miah (1905 - 1922)
DSR Haji Sarun bin Haji Saidin (1883 - 1905)
DLM Haji Sahil  (1871 - 1883)
DSR Haji Akhir  (1838 - 1871)
DLM Nganit [Reneh]Jakun1819 - 1838
DSR Haji Bogok [Bahago]  (1812 - 1819)
DLM Haji Kusil bin Dato' Lela Maharaja Haji Uban (1795 - 1812)
DSR Pekak (1790 - 1795)
DLM Lulinsoh (1750 - 1790)
DSR Sabat [Sobok]  (1725 - 1750)
DSR KurupJawa (1690 - 1725)
Dato' Sedia Raja SagahJawa1660 - 1690)
DLM  Uban (1645 - 1660)
DSR Pandak (1620 - 1645)
DLM Lenggang Genggang (1605 - 1620)
DSR Haji Ombo bin Dato' Lela Maharaja Seri Haji Rama (1555 - 1605) 
DLM Haji Rama bin Dato Lela Haji Balang (1540 - 1555)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Luak_Rembau
https://www.royalark.net/Malaysia/rembau.htm


TUNKU BESAR TAMPIN
YTM Datuk Syed Razman bin Syed Idrus Al Qadri DTNS PPT ANS PMC PJK 
PKL JP
(mulai 26 Dis 2005)


mantan Tunku Besar Tampin

Tunku Syed Idrus bin Tunku Syed Muhammad Al-Qadri (1945 - 2005)
Tengku Sharifah Leng binti Syed Abdul Hamid (1927 - 1944) - Pemangku
Tunku Syed Muhammad bin Tunku Syed Dewa Al-Qadri (19xx - 1927)
Tunku Syed Akil bin Tunku Syed Dewa Al-Qadri (19xx - 19xx)
Tunku Syed Dewa bin Tunku Syed Abdul Hamid Al-Qadri (1893 - 19xx)
Tunku Syed Abdul Hamid bin Tunku Syed Shaaban Al-Qadri (1883 - 1893)
Tunku Syed Abu Bakar bin Tunku Syed Shaaban Al-Qadri (1872 - 1883)
Tunku Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri (1856 - 1872)
 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Besar_Tampin
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Syed_Razman
https://www.royalark.net/Malaysia/tampin3.htm

Adat perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri kerana anak sulung YDPB tidak semestinya menggantikan ayahandanya yang mangkat.  Kuasa perlantikan Pemangku YDP dan juga pengganti YDPB apabila baginda mangkat akan diputuskan dengan undi majoriti oleh empat Undang Luak (Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol).  Perlantikan adalah salah satu dari kalangan Putera Yang Empat (Putro Nan Ompek) berikut:
  • Tunku Besar Seri Menanti (Tunku Dato' Seri Ali Ridhauddeen ibni Tuanku Muhriz)
  • Tunku Laksamana (Tunku Dato' Seri Naquiyuddin ibni almarhum Tuanku Jaafar Alhaj)
  • Tunku Muda Serting (Tunku Imran ibni almarhum Tuanku Jaafar Alhaj)
  • Tunku Panglima Besar (Tunku Zain Al Abidin ibni Tuanku Muhriz)

TUNKU BESAR SERI MENANTU

TUNKU LAXAMANA


TUNKU MUDA SERTING

TUNKU PANGLIMA BESAR 

PENTADBIRAN NEGERI

DAERAH

Seremban  (ibu daerah di Seremban)
Port Dickson (Port Dickson)
Tampin (Tampin)
Rembau (Rembau)
Jelebu (Kuala Kelawang)
Kuala Pilah (Kuala Pilah)
Jempol (Jempol)


PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Port Dickson
  • Majlis Perbandaran Jempol

Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Rembau
  • Majlis Daerah Tampin
  • Majlis Daerah Kuala Pilah
Pelabuhan Antarabangsa
  • tiada
Lapangan Terbang Antarabangsa
  • tiada
Pelabuhan Domestik
  • Port Dickson
Landasan Terbang  Domestik
  • tiada
Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Pantai Port Dickson
  • Kompleks Sejarah Lukut
  • Kompleks Sejarah Linggi
  • Hutan Lipur Ulu Bendul
Kem Tentera
  • Kem Sirusa, Port Dickson
  • Kem Segenting, PD (kampus Kolej Tentera Darat)
  • Kem Sebatang Karah, Port Dickson
  • Kem Rasah, Seremban (Markas 1 Briged) 
  • Kem Sikamat, Seremban
  • Kem Sunggala, Port Dickson
  • Kem Senawang, Seremban
  • Kem Sirajuddin, Gemas
Institusi Pengajian Tinggi
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai
  • UITM Negeri Sembilan Kampus Rembau
  • UITM Cawangan Seremban, Sremban 3.
  • UITM Cawangan Kuala Pilah
  • INTI International University
  • University College of Linton
  • University College of Nilai
  • Clinical School for International Medical University
  • Politeknik Port Dickson
  • Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pusat, Nilai
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban

YANDIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR(2008 - kini)

Almarhum TUANKU JAAFAR ALHAJ (1967 - 2009)

Almarhum TUANKU MUNAWIR (1960 - 1967)

Almarhum TUANKU ABDUL RAHMAN (1933 - 1960)

Almarhum TUANKU MUHAMMAD (1888 - 1932)

Almarhum YAMTUAN ANTAH (1872 - 1888)



MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

DATO' SERI HJ AMINUDDIN BIN HARUN
(12 Mei 2018 - kini)

MANTAN MB NS

TUN DATO' MAHA KURNIA HAJI ABDUL MALEK BIN YUSOF
(1 Feb 1948 - 11 Ogos 1950), (1 Jan 1951 - 15 Apr 1952) 
dan (1 Okt 1952 - 1 Okt 1953)


TUAN MOHAMAD SALLEH BIN SULAIMAN
(11 Ogos 1950 - 1 Jan 1951)
(PEMANGKU)

TUN DATO'  DR ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID
(15 Apr 1952 - 1 Okt 1952)



DATO' SETIA DIRAJA SHAMSUDDIN BIN NAIN
(1 Okt 1953 - 31 Jan 1959)


MOHAMAD SHARIFF BIN ABDUL SAMAD 
(1 Apr 1959 - 23 Jun 1959)
(PEMANGKU)

TAN SRI DATO' SETIA PERKASA DR MOHAMED SAID BIN MOHAMED
(23 Jun 1959 - 10 Mei 1969)

DATO' (DR) MANSOR BIN OTHMAN SPNS
(10 Mei 1969 - 12 Jul 1978)

TAN SRI DATO' SERI MOHD RAIS BIN YATIM
(12 Jul 1978 - 29 Apr 1982)

DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD ISA BIN ABDUL SAMAD
(29 Apr 1982- 25 Mac 2004)

DATO' SERI HJ MOHAMMAD BIN HASSAN
(25 Mac 2004 - 10 Mei 2018)

No comments:

Post a Comment