.
Anak-anak Johor Tersohor
DAERAH TANGKAK
Daerah Tangkak (dan Muar) ini akan penulis lalui setiap kali aku balik kampung di Batu Pahat kerana lebuhraya PLUS merentasi daerah ini. Kadangkala kalau penulis melalui jalan pantai atau Lebuhraya AMJ, penulis dari Batu Pahat akan melalui pekan Sg Mati dan jambatan lama atau baru Sg Muar sebelum menyeberangi jambatan Sungai Kesang untuk memasuki negeri Melaka dan keluar ke lebuhraya PLUS di exit Simpang Ampat (Alor Gajah) untuk menyelamatkan bayaran tol yang tinggi. Tambahan pula, melalui jalan ini dapat mengurangkan kebosanan memandu dan kemengantukan.
Daerah Tangkak terletak di sempadan utara Johor dengan Negeri Melaka. ia adalah satu daerah baru di Negeri Johor (diisytiharkan pada 9 Jun 2008 dan dikenali sebagai daerah Ledang). Ibu daerahnya ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini, daerah Ledang merupakan sebahagian dari daerah Muar. Bagaimanapun pada 7 Disember 2015, DYMM Sultan Johor telah menitahkan supaya nama daerah Ledang dikembalikan kepada nama Tangkak.
Peta daerah Tangkak
Keluasan daerah Tangkak ialah 970 km persegi dengan jumlah penduduknya seramai 193,500 (2020). Daerah Tangkan mempunyai lima buah Mukim iaitu:
- Mukim Tangkak
- Mukim Grisek
- Mukim Serom
- Mukim Bukit Serampang
- Mukim Kesang
- Mukim Kundang
- Bandar Tangkak
- Pekan Parit Bunga
- Pekan Serom
- Pekan Sungai Mati
- Pekan Grisek
- Pekan Tanjung Agas.
Sejarah Daerah Tangkak
Nama Tangkak kononnya timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

Pihak Berkuasa Tempatan Tangkak telah dinaikkan ke taraf Majlis Daerah (asalnya merupakan Majlis Daerah Muar Utara) pada tahun 1976. Apabila Majlis Daerah Muar Selatan dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Muar pada tahun 2009, nama Majlis Daerah Muar Utara ditukar kepada Majlis Daerah Tangkak.
Sagil

Pekan Sagil dalam daerah Tangkak terkenal kerana lokasinya di kaki Gunung Ledang yang amat masyhur dengan legenda Putri Gunung Ledang dalam Hikayat Hang Tuah. Pekan ini jaraknya 10km dari Muar arah ke Segamat. Sagil berasal daripada perkataan Cina iaitu SAA-IT atau SAA-YET yang bermaksud Pasir Bahagia atau Pasir Syurga. Perkataan ini telah dikomersialkan oleh penduduk setempat sehingga kini timbulnya nama Sagil. Sagil yang dahulu merupakan kawasan hutan belantara di awal penerokaan sekitar tahun 1927 telah banyak berubah. Jika dahulu ia merupakan kawasan paya dan berlembah, namun kini struktur bentuk muka bumi kampung ini telah banyak berubah dan lebih sesuai untuk aktiviti pertanian.
Gunung Ledang
Di awal penerokaan, orang Jawa merupakan penduduk utama yang mendiami kawasan kampung ini. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar di Estet Tanah Merah dan mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pinggir estet yang kini merupakan Parit Sagil 2. Pada ketika itu, mereka mencuba untuk bercucuk tanam bagi kegunaan sendiri, namun ia tidak bertahan lama kerana sering kali diserang haiwan liar seperti gajah dan babi hutan. Penduduk kampung pada ketika itu akhirnya mengambil keputusan untuk menjadikan kawasan ini sebagai sebuah penempatan.

Bukit Gambir
Bukit Gambir ialah sebuah pekan yang sedang membangun dalam daerah Tangkak. Nama gambir adalah sejenis getah yang dikeringkan yang berasal dari ekstrak remasan daun dan ranting tumbuhan bernama sama (Uncaria gambir). Di kalangan orang kampung di Indonesia (juga di Malaysia dulu) gambir pada umumnya digunakan semasa makan sirih. Kegunaan yang lebih penting adalah sebagai bahan penyamak kulit dan pewarna. Gambir juga mengandungi catechin, suatu bahan alami yang bersifat anti-oksidan. India mengimpot 68% gambir dari Indonesia, dan menggunakannya sebagai bahan campuran menyirih.

Bukit Gambir (2025)
Grisek
Grisek (kadangkala juga disilap eja sebagai "Gersik") ialah sebuah mukim di Bukit Gambir daerah Ledang. Ia terletak di tebing Sungai Muar di seberang sungai bertentangan dengan Panchor, Pagoh. Di dalam mukim ini, terdapat juga sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai Pekan Grisek yang terletak 5 km selepas Gambir sebelum Kundang Ulu.
Menurut buku kesusasteraan Sejarah Melayu, Sultan Melaka yang terakhir Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri dan berundur ke Kampung Raja Pagoh setelah kejatuhan dan kekalahan Melaka akibat serangan Portugis. Pada suatu hari semasa baginda keluar memancing di Sungai Muar dengan pengikutnya, baginda terdengar bunyi 'gemersik' geseran antara batang-batang “grisek! grisek!…”. Lalu baginda menamakan tempat itu sebagai "Grisek".
Ada juga sumber cerita yang nama Grisek (Gresik) itu dari perkataan Jawa 'resik' yang bermakna bersih. Di katakan kerajinan penduduk Jawa di kawasan itu sentiasa menjaga kawasan perkampungan mereka sentiasa bersihdan cantik.
Grisek juga terdapat di Jawa Timur, Indonesia. Mungkin dulu, Grisek (di Tangkak ini) dibuka oleh pendatang (orang Jawa) dari Grisek, Indonesia. Adalah kuat dipercayai baha nama Grisek ini adalah mengambil sempena nama perkampungan asal kumpulan orang-orang Jawa yang berhijrah dari Pulau Jawa.
Setelah hampir 70 tahun merdeka, pekan Grisek masih mengekalkan wajah
Grisek juga terdapat di Jawa Timur, Indonesia. Mungkin dulu, Grisek (di Tangkak ini) dibuka oleh pendatang (orang Jawa) dari Grisek, Indonesia. Adalah kuat dipercayai baha nama Grisek ini adalah mengambil sempena nama perkampungan asal kumpulan orang-orang Jawa yang berhijrah dari Pulau Jawa.
sebuah pekan lama
Serom
membuka Kg Serom ialah Abdullah. Beliau dan 30 pengikutnya yang datang dari Pulau Jawa. Abdullah yang sangat dihormati dan disanjung pada masa itu.
Nama asal Kampung Serom dipercayai diambil daripada perkataan “Seram” dan “Harum”. Pada satu hari beliau dan pengikutnya telah tersesat di sebuah hutan tebal yang banyak dihuni binatang liar. Setelah berpenat lelah dan usaha mencari jalan keluar tidak berhasil, Abdullah tergerak untuk meneroka kawasan itu dan dipersetujui oleh pengikutnya. Beliau kemudian dilantik menjadi ketua dan digelar Penghulu di kalangan pengikut-pengikutnya.
Diceritakan juga, pengikut Abdullah percaya kawasan mereka tersesat itu berhantu yang menyebabkan mereka tidak dapat mencari jalan keluar. Menurut kepercayaan, hantu-hantu tersebut menjadi marah kerana tempat tinggal
mereka telah diganggu. Selang beberapa hari kemudian, beberapa orang telah terhidu sesuatu yang harum di kawasan hutan itu. Keadaan itu menimbulkan
kegelisahan di kalangan pengikut Abdullah kerana berasa seram dan takut. Bau harum itu juga selalu menganggu kehidupan mereka. Berdasarkan peristiwa tersebut, kumpulan pengikut Abdullah ingin memberi nama kawasan itu dengan nama "Harum" sementara sebahagian yang lain ingin memberi nama "Seram" sehinggalah berlaku perbalahan di antara mereka, Namun perkara tersebut dapat diselesaikan dengan mudah oleh Penghulu Abdullah.

Penghulu Abdullah kata, kurang elok kalau nama tempat tinggal mereka bernama Seram. Ia akan menakutkan orang luar yang datang ke kampung mereka. Nama Harum walaupun nama yang bagus, tetapi tidak semua orang dapat mencium bau itu, nanti orang akan berkata, mana ada bau harum, biasa sahaja. Lalu beliau mencadangkan agar nama kampung tersebut diberi hasil gabungan Seram dan Harum iaitu Serom.
Kampung Serom sangat besar, terdapat lapan buah kampung yang dinamakan Serom, iaitu Serom 1 hingga Serom 8. Pekan Serom terletak di Serom 3.
Pekan Serom 3
Kesang
Kesang telah terkenal sejak zaman Kesultanan Melaka. Sungai Kesang merupakan laluan perdagangan yang penting kerana kapal tongkang boleh mudik sehingga ke Chabau (Melaka) dan Tangkak. Gunung Ledang juga menjadi panduan kapal dagang di laut (Selat Melaka) yang menghala ke kuala Sg Kesang.
Peneroka asal kawasan Kesang ini adalah orang Jawa yang membuka tanah dan perkebunan di kawasan muara (Sg Kesang dan Sg Rambai) dan semakin membesar ke arah hulu. Manakala orang Minangkabau datang kemudian membuka kawasan penempatan di Melaka.
Apabila tiba musim kemarau panjang kawasan pertanian orang Jawa menjadi kering atau gersang atau kersang. Di samping itu sawah padi mereka kerap dirosakkan oleh sejenis serangga perosak bernama kesang. Dua musuh persawahan yang mempunyai nama hampir sama iaitu kersang dan kesang, menyebabkan penduduk manamakan perkampungan mereka sebagai Kesang. Bagi mengatasi masalah kersang, penduduk telah menggali terusan dari Sg Kesang ke Tg Gading untuk mengairi kawasan pertanian mereka.
Kesang juga masyhur kerana menjadi laluan dan persinggahan Sultan Melaka yang melarikan diri ke Johor setelah Melaka ditewaskan oleh Portugis. Di penghujung zaman Kesultanan Johor (salasilah Bendahara), Kesang merupakan wilayah terakhir yang diperintah oleh Sultan terakhir, iaitu Sultan Ali Iskandar (putera Sultan Hussein Singapura). Lanjutan dari perjanjian antara British dengan Sultan Hussein, Tanah Besar Johor diserah untuk ditadbir oleh Temenggong Daeng Ibrahim, manakala British mengambil Singapura. Sultan Hussein menjadi Sultan boneka di Singapura yang menerima pencen seumur hidup.
Pada 10 Mac 1855, melalui perjanjian antara Temenggung Daeng Ibrahim dengan Tengku Ali, Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Tengku Ali (kemudian Sultan Ali). Apabila Sultan Ali mahukan wilayah yang lebih besar, berlakulah Perang Jementah dan tentera Sultan Ali tewas. Pada tahun 1877, Sultan Abu Bakar mengambil alih Kesang dan dimasukkan di bawah pentadbiran Johor.
Sultan Abu Bakar kemudiannya telah melantik Ketua Masyarakat Jawa, bernama Marjin bin Jaafar sebagai Penghulu Kesang.
Jeti Nelayan Kesang Laut
No comments:
Post a Comment