Tuesday, February 3, 2015

MTA 027 : NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

.
KELANTAN DARUL NAIM

Pertama kali aku ke Kelantan ialah pada tahun penghujung tahun 1992.  Ketika itu aku berhasrat untuk membawa keluargaku bercuti ke Langkawi.  Tetapi entah macamana sampai di Ipoh aku menukar fikiran untuk ke pantai Timur, lalu aku menukar arah perjalanan ke Kuala Kangsar-Grik-Jeli melalui Lebuhraya Timur Barat.  Perjalanan pulang ke KL melalui Kuala Terengganu dan Kuantan.  Aku menginap di Mes Pegawai TUDM Bukit Petri dan terperangkap 2 malam di sana akibat hujan lebat tanpa berhenti-henti selama dua hari.  Jambatan Kuala Besut telah ditenggelami air sedalam lebih sekaki.

Pada penghujung tahun 2003, aku ke Kelantan kerana menghantar/mengambil 2 anak aku yang baru menamatkan SPM di Kedah ke Nilam Puri untuk mengikuti kursus Bahasa Arab selama sebulan lebih.  Kali ini perjalananku melalui ke Kota Bharu melalui jalan Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Kerai.

LAGU RASMI NEGERI KELANTAN

SELAMATKAN SULTAN
 (5 JUN 1927)

Lanjutkan usia Al-Sultan kami,
Sultan Kelantan raja ikrami,
Aman sentosa Tuhan sirami,
Kekal memerintah kami.

Kasih dan taat setia disembahkan,
Keriangan diucapkan,
Segala kebesaran Allah cucurkan,
Bertambah kemuliaan.

Perhubungan antara keluarga DiRaja Johor dan Kelantan berlaku apabila Sultan Johor ke 3, Almarhum Sultan Ismail berkahwin dengan Tengku Nora binti Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja Kelantan) pada 13 Nov 1977 yang kemudiannya bergelar Sultanah Johor.

Sebelum itu, anakanda Sultan Ismail, Tunku Mahmud Iskandar juga telah berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad pada 20 Ogos 1961. Tengku Zanariah adalah adinda kepada Tengku Nora.  Tengku Zanariah juga kemudiannya menjadi Sultanah Johor apabila Tunku Mahmud Iskandar dilantik menjadi Sultan Johor ke 4 menggantikan ayahandanya pada tahun 1981 sehingga Sultan Iskandar mangkat pada tahun 21 Jan 2011.

Ayahanda Tengku Nora dan Tengku Zanariah adalah anakanda kepada Tengku Long Ahmad ibni almarhum Tengku Long Abdul Jaafar ibni almarhum Sultan Muhamamd II, Sultan Kelantan,

Salah seorang anak almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mariam Zaharah juga telah berkahwin dengan Tengku Ahmad Zainal Abidin binti Tengku Muhammad Zaid.  Tengku Zaid bin Tengku Long Ahmad adalah juga kekanda kepada dua Sultanah Johor, Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah.

Fakta Negeri Kelantan Darul Naim

Ibu Negeri: Kota Bharu
Bandar DiRaja: Kota Bharu
Keluasan: 15,040 km persegi
Penduduk: 1,812,300 (2023)
Kepadatan: 120/km persegi

SEJARAH KELANTAN

Dari penemuanku dalam internet, Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam" (agaknya..gelamutan, kelamutan, lama-lama jadi kelantan), iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman sejarah Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, Raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke 15.

Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan penaklukan oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan menjadi anak buah Kerajaan Patani. Kira-kira tahun 1760, seorang ketua kecil Kubang Labu di Kelantan berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai Sultan Kelantan yang pertama. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negera ufti Siam yang berasingan. Pada 1820an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke 19.

Kota Bharu, Jln Kampong China  1900

Image result for kota bharu 1900
Kota Bharu, Jln Temenggong 1927

Siamese Advisor (British representing Siamese Kingdom)
  1. Walter Armstrong Graham (1903 - 1909)
Di bawah syarat Anglo-Thai Treaty 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain. Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah nasihat Residen British.

British Advisers
  1. James Scott Mason (1910 - Oct 1911).
    • James E. Bishop (Oct 1911 - 1913) - Pemangku
    • Thomas Watts Clayton (1913 ) - Pemangku 
  2. William Langham-Carter (1913 - 1914
  3. Roland John Farrer (1915 - 1919
    • John Whitehouse Ward Hughes (1919 ) - Pemangku 
  4. Henry Wagstaffe Thomson (1919 - 1923
    • Arthur Furley Worthington (1920 - Pemangku 
  5. Arthur Furley Worthington (1923 - 1926
    • Henry Charles Eckhardt (1924 - 1925  - Pemangku 
  6. George Ernest Shaw  (1926 - 1928) 
  7. Reginald John Byard Clayton (1928 - 1930) 
  8. Alwyn Sidney Haynes (1930 - 1933) 
  9. Thomas Perowne Coe (1931 - 1932 - Pemangku 
  10. William Douglas Barron (Feb 1934 - Jul 1934- Pemangku  
  11. Alan Custance Baker (Jul 1934 - 1940) 
  12. Eric Tredgear Williams (1940 - Dec 1941)
Japanese Secretaries of the State Administration
  1. 20 Dec 1941 - 7 Mar 1942 Hideo Niizuma
  2. Tai Sunagawa (7 Mar 1942 - 20 Apr 1943)
  3. Kikura Fujisawa (20 Apr 1943 - 18 Oct 1943)
Thai Military Commissioners
  1. Charn Charnchaichak (Oct 1943 - 1944)
  2. Tharin Rawang Phu (1944 - 14 Sep 1945)
British Resident Commissioners
  1. Anker Rentse (Sep 1945 - 1946) = Civil Affair Officer
    • William Alexander Gordon-Hall (1 Apr 1946 - 1946) - Pemangku
  2. William Foster Norton Churchill (1946 - 1952) 
    • Richard John Froude Curtis (May 1948? - 1948) - Pemangku 
  3. Mervyn Cecil Sheppard (Sep 1950 - Apr 1951) 
  4. Alexander Noel Ross (Oct 1952 - Jun 1953) 
  5. Sir Derek Headly (Jun 1953 - Mar 1955)
British Adviser
  1. George Shirley Rawlings (Mar 1955 - 1957) - Pemangku
Kelantan merupakan tempat pertama di Tanah Melayu yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan memulih kepada pemerintahan Inggeris.

Nama Gabenor Jepun di Kota Bharu semasa Pendudukan Jepun ialah:
  1. Yashushi Sunakawan (1941 - 1943)
  2. RaKikura Fujisawa (1943 - 1943)
Nama pegawai Siam yang dilantik mewakili Raja Siam selepas Kelantan diserahkan semula kepada Thailand setelah Jepun menyerah kalah:
  1. Charu Chaichan (1943 - 1944)
  2. Tharin Rawang Phu (1944 - 1945)
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 Sept 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

SENARAI RAJA DAN SULTAN
KELANTAN SEJAK 1233

Raja Kelantan Sebelum Kedatangan Islam

(1)   Maharaja Suran (Raja Jawaka) (1233 -1253).
(2)   Raja Sakranta@ Raja Zainudin anak Raja Tilam anak Maharaja Suran (1253 - 1267).
(3)   Paduka Sri Sang Tawal anak Raja Sakranta (1267 – 1339).
(4)   Raja Bharabusa anak Sang Tawal (1339 - 1362). 

Raja Bharabusa telah memeluk islam dan bergelar Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Riayat Saadatus Salam.

Raja Kelantan Selepas Kedatangan Islam
  1. Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Riayat Saadatus Salam (1339 – 1362)
  2. Sultan Baki Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Jiddah Riayat Saadatus Salam (1362 – 1418)
  3. Sultan Sadik Muhammad Maulana Shah ibni almarhum Sultan Baki Shah (1418 – 1429)
  4. Sultan Iskandar Shah ibni almarhum Sultan Sadik Muhammad (1429 – 1467)
  5. Sultan Mansur Shah ibni almarhum Sultan Iskandar Shah (1467 – 1521)
  6. Sultan Sri Gombak ibni almarhum Sultan Mansur Shah (1521 - 1526)
  7. Sultan Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Sri Gombak (1526 – 1547)
  8. Sultan Mansur ibni almarhum Raja Ahmad (1547 – 1561)
  9. Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Mansor Shah (1561 – 1565)
  10. Raja Omar ibni almarhum Raja Ahmad (1565 – 1570)
  11. Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Mansor Shah (1570 – 1579)
  12. Sultan Adiluddin bin Nik Jamaluddin (1579 – 1597)
  13. Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim (1597 – 1602)
  14. Sultan Adiluddin bin Nik Jamaluddin (1602 – 1605)
  15. Sultan Samiruddin bin Nik Jamaluddin (1605 – 1616)
  16. Sultan Abdul Kadir ibni almarhum Sultan Samiruddin (1616 – 1632)
  17. Raja Sakti ibni almarhum Sultan Abdul Kadir (1632 – 1649)
  18. Raja Loyor ibni almarhum Raja Sakti (1649 – 1663)
    • Tuan Puteri Saadong binti almarhum Raja Loyor (1663 – 1667) - Pemangku
  19. Sultan Abdullah ibni almarhum Sultan Samiruddin (1667 – 1671)
  20. Sultan Abdul Rahim ibni almarhum Sultan Samiruddin (1671- 1675)
  21. Sultan Omar ibni almarhum Raja Sakti (1675 -1721)
  22. Sultan Long Bahar ibni Raja Daim (1721 – 1733)
  23. Sultan Long Sulaiman ibni almarhum Sultan Long Bahar (1733 – 1739)
    • Selepas kemangkatan Sultan Long Sulaiman (1739), berlaku Perang Saudara selama 9 tahun (hingga 1748). Tiada Raja yang memerintah Kelantan.
    • Sultan Long Sulaiman KEMBALI MEMERINTAH (1746 – 1756)
  24. Sultan Long Pandak ibni Tun Sulong (1756 – 1758).
  25. Sultan Long Muhammad ibni almarhum Sultan Long Pandak (1758 – 1763)
    • Selepas kemangkatan Long Muhammad, berlaku Perang Saudara lagi. Raja Tuan Besar menguasai Kelantan dari 1763 hingga 1766).
  26. Sultan Long Yunus ibni almarhum ibni almarhum Sultan Long Sulaiman (1766 – 1794)
    • Selepas kemangkatan Sultan Long Yunus, berlaku Perang Saudara lagi. Tengku Muhammad bin Tengku Mansor menguasai Kelantan dari 1794 hingga 1800).
KESULTANAN KELANTAN YANG ABSAH
  1. Sultan Muhammad I (Long Muhammad) ibni almarhum Sultan Long Yunus (1800 – 1835) - mengisytiharkan diri sebagai Sultan Kelantan yang pertama.
    • Long Jinal (1835 – 1837) - Pemangku
  2. Sultan Muhammad II ibni al-Marhum Temenggong Tengku Long Tan (1837 – 1886)
  3. Sultan Ahmad ibni al-Marhum Sultan Muhammad (1886- 27 Feb 1890).
  4. Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad(28 Feb 1890 - Mei 1891).
  5. Long Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (Pemangku) (Mei 1891 – 1891).
  6. Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (1891 - 26 Jul 1898).
  7. Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (27 Jul 1898 - 10 Mac 1900).
  8. Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III  (10 Mac 1900 -  20 Dis 1920).
  9. Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV (21 Dis 1920 - 20 Jun 1944).
  10. Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV (21 Jun 1945- 09 Jul 1960).
  11. Tuanku Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (10 Jul 1960 - 21 Sep 1975).
  12. Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra (Pemangku Raja) - Sultan Yahya Perta diangkat menaiki tahta YDP Agong  IX dari 21 Sep 1975 hingga magkat pada 29- Mac 1979)
  13. Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra (30 Mac 1979 - 24 Mei 2009).
  14. Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra (Pemangku Raja) -  Memangku tugas Sultan kerana DYMM Sultan Ismail Petra gering mulai dari 25 Mei 2009.  Pada 12 Sep 2010, Tunku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan diengan gelaran Sultan Muhammad V di bawah Artikel 23A Perlembagaan Negeri, apabila baginda Sultan Ismail Petra gering dan tidak berupaya memerintah Negeri dengan berkesan secara berpanjangan. 
  15. Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra (12 Sep 2010 - 12 Dis 2016). 
  16. Tunku Dr Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra (Pemangku Sultan). Sultan Muhammad V telah diangkat menaiki tahta YDP Agong XV pada 13 Dis 2016 hingga meletak jawatan pada 6 Jan 2019.
  17. Sultan Muhammad V ibni almarhum Sultan Ismail Petra (7 Jan 2019 - kini).

Al Sultan Kelantan 

Sultan Muhammad V (2011 - kini)
dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong XIV pada 13 Dis 2016 untuk tempoh 5 tahun

Almarhum Sultan Ismail Petra (1979 -2010)

Almarhum Sultan Yahya Petra (1960- 1979)

Almarhum Sultan Ibrahim (1944 - 1960)

Almarhum Sultan Ismail (1920 - 1944)

Almarhum Sultan Muhammad IV (1900 - 1920)


. 
SENARAI NAMA MENTERI BESAR KELANTAN

Menteri Besar yang dilantik oleh AlSultan
  1. Engku Sri Maharaja Perdana Mentri Long Abdul Ghafar (1775 - 1794)
    • Pemangku (1794 - 1800)
  2. Wan Mahmud bin Wan Ibrahim (1800 - 1835)
  3. Sultan Phaya Long Muhammad ibni Tengku Raja Muda Ismail (1835 - 1838)
  4. Engku Sri bin Long Abdul Ghafar (1839 - 1851)
  5. Nik Abdul Majid bin Nik Yusoff (1851 - 1885)
  6. Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (1886 - 1890)
  7. Dato' Maha Menteri Saad bin Ngah (1890 - 1894)
  8. Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (1894 - 1900)  
  9. Dato' Menteri Hassan bin Mohd Salleh (1900 - 1920)
    • Pemangku (1920 - 1921) 
  10. Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud bin Nik Ismail (30 Apr 1921 - 27 Dec 1944 
  11. Dato' Seri Setia Raja Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud (27 Dec 1944 - 1953
  12. Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah bin Raja Dewa Long Zainal Abidin (1953 - 1959) 
Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya
  1. Dato' Bentara Jasa Dato' Haji Ishak Lotfi bin Omar SPMK (9 Jul 1959 - 9 Mei 1964)
  2. Dato' Paduka Raja Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda PMN SPDK SPMK (10 Mei 1964 - 6 Jan 1973). meletak jawatan kerana dilantik menjadi Menteri Persekutuan. (Tan Sri).
  3. Dato' Bentara Jasa Dato' Haji Ishak Lotfi bin Omar SPMK (7 Jan 1973 - Ogos 1974).
  4. Dato' Biji Sura Dato' Mohamad Nasir SPMK DPMK JMN JP (22 Sep 1974 - 15 Okt 1977)
    • Pemerintahan MAGERAN (di antara Nov 1977 - Feb 1978 Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan Darurat di Kelantan). Y.Bhg Tan Sri Hashim bin Aman telah dilantik menjadi Pengerusi MAGERAN. Sehingga satu Pilihan Raya Negeri diadakan pada 11 Mac 1978.
  5. Dato' Bentara kanan Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Yaacob PSM SPMK DA PGDK SMT (23 Mac 1978 - 22 Okt 1990).
  6. Dato' Bentara Setia Tuan Guru Dato' Seri Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat PSM SJMK KMN JP (22 Okt 1990 - 6 Mei 2013). (Tan Sri)
  7. Dato' Bentara Kanan Tuan Guru Dato Haji Ahmad bin Yakob SJMK DJMK SMK JP (6 Mei 2013 - 15 Ogos 2023).
  8. Dato' Panglima Perang Dato' Haji Mohd Nasuruddin bin Daud SJMK DJMK JMK (15 Ogos 2023 - kini)

MENTERI BESAR KELANTAN

YAB Dato' Haji Mohd Nasuruddin bin Daud 
(15 Ogos 2023 - kini)

MANTAN MENTERI BESAR

ustahmad
Tuan Guru Dato Ahmad bin Yaakob (6 Mei 2013 - 14 Ogos 2023)

Almarhum Tuan Guru Tan Sri Dato' Nik Abdul Aziz binb Nik Mat
(22 Okt 1990 - 6 Mei 2013)

Almarhum Tan Sri Mohamed bin Yaacob
(23 Mac 1978 - 21 Okt 1990)

Almarhum Dato' Haji Mohamed bin Nasir
(1974 - 1977)

Almarhum Tan Sri Haji Mohd Asri bin Haji Muda
(1964 - 1974)

Almarhum Dato' Hj Ishak Lotfi bin Haji Omar
(1959 - 1964)
(1973 - 1974)

Almarhum Tengku Dato' Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin
(1953 - 1959)

Almarhum Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud
(1944 - 1953)

Almarhum Dato' Nik Mahmud bin Nik Ismail
(1921 - 1944)


PENTADBIRAN NEGERI

NAMA JAJAHAN DI NEGERI KELANTAN

Tidak seperti negeri-negeri lain, pentadbiran negeri Kelantan tidak dibahagikan kepada Daerah tetapi dikenali sebagai Jajahan. Ketua Jajahan (setaraf dengan Pegawai Daerah)merupakan pegawai dari Perkhidmatan Awam Negeri. Jajahan-jajahan di Kelantan ialah:

1.  Kota Bharu (pejabat daerah di Kota Bharu)
2.  Tumpat (Tumpat)
3.  Bachok (Bachok)
4.  Machang (Machang)
5.  Tanah Merah (Tanah Merah)
6.  Pasir Mas (Pasir Mas)
7.  Pasir Putih (Pasir Putih)
8.  Kuala Kerai (Kuala Kerai)
9.  Ulu Kelantan (Gua Musang)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya. Belum ada bandar yang telah layak menerima taraf sebagai Bandaraya.

Majlis Perbandaran. Hanya bandar Kota Bharu yang mencapai taraf Majlis Perbandaran dan dikenali sebagai 'Kota Bharu Bandaraya Islam'.

Majlis Daerah. Terdapat 11 buah Majlis Daerah dalam negeri Kelantan, iaitu:

1.   Majlis Daerah Bachok-Bandar Pelancongan Islam
2.   Majlis Daerah Gua Musang
3.   Majlis Daerah Jeli
4.   Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam
5.   Majlis Daerah Dabong
6.   Majlis Daerah Kuala Krai
7.   Majlis Daerah Machang
8.   Majlis Daerah Pasir Mas
9.   Majlis Daerah Pasir Puteh
10. Majlis Daerah Tanah Merah
11.  Majlis Daerah Tumpat

Lapangan Terbang. Terdapat sebuah lapangan terbang bertaraf domestik iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Destinasi  Pelancongan.  Kelantan terkenal dengan jaluran pantai yang indah.  Namun keadaan ombak Laut China Selatan yang dibawa oleh Angin Timur Selatan telah menyebabkan hakisan yang teruk kepada pantai-pantai di timur Kelantan. Tambahan pula sebagai sebuah negeri yang memberatkan hukum syariat dengan menetapkan sekatan dari aspek kebebasan berpakaian telah menyebabkan pelancong barat kurang melancong ke Kelantan. Antara pantai yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ialah:
  • Pantai Cahaya Bulan (dulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi)
  • Pantai Tok Bali
  • Pantai Seri Tujuh
  • Pantai Bisikan Bayu
  • Pantai Irama
Selain dari pantai,antara destinasi pelancongan di Kelantan ialah:
  • Pasar Besar Siti Khadijah (mengambil sempena nama isteri pertama Muhammad Rasulullah yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya- di pasar ini 90% dari peniaganya adalah kaum wanita- setiap kali masuk waktu solat, segala aktiviti perniagaan di sini akan dihentikan selama 15 minit)
  • Perkampungan Nelayan di Pantai Sabak.
  • Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia II)
  • Masjid kampung Laut
  • Gelanggang Seni, Jalan Mahmud
  • Muzium DiRaja (Istana Batu)
  • Muzium Kraftangan
  • Istana Jahar (Muzium Budaya)
  • Muzium Islam
  • Muzium Negeri, Jalan Hospital
  • Masjid Muhammadi
  • AirTerjun Gunung Stong
Kem Tentera. Di Kelantan terdapat banyak kem Tentera Darat dan sebuah pangkalan TUDM.

1.  Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
2.  Kem Desa Pahlawan, Ketereh.
3.  Kem Batu Melintang, Jeli
4.  Kem Batu 11, Tanah Merah
5.  Pangkalan Udara Gong Kedak.

Pusat Pengajian Tinggi. Terdapat tiga buah kampus Universiti dan sebuah Politeknik di Kelantan.

1.  Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - kampus tetap di Jeli masih dalam pembinaan.
2.  Universiti Teknologi MARA (Kampus Kelantan) di Kota Bharu.
3.  Universiti Sains Malaysia (Kampus Sains Perubatan) di Kubang Kerian.
4.  Politeknik Kota Bharu
5.  Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Wilayah Pembangunan. Terdapat 3 rancangan pembangunan wilayah di Kelantan atau melibatkan Negeri Kelantan:

1.  Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
2.  Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
3.  East Corridor Economic Region (ECER)


TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN


Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan pada tahun 1850. Ayahnya Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram, kerana itu Tok Janggut dibesarkan dan dididik dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut ilmu di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.

Setahun sebelum itu atau pada tahun 1909 telah diadakan perjanjian Inggeris-Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Camputangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatahlagi apabila Inggeris membuat perubahan yang ternyata bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.

Sebelum kedatangan Inggeris negeri Kelantan diperintah oleh Sultan Mansur yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Beliau seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda mendampingi ulama yang terkenal pada masa itu antaranya Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat.

Sultan Mansur Syah atau Sultan Muhammad 111 telah menguatkuasakan undang-undang Islam. Antaranya perlaksanaan hukum hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan mengenakan hukuman terhadap perempuan yang tidak menutup aurat.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur atau Sultan Muhammad 111, negeri Kelantan berada pada zaman kegemilangannya dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan beragama di kalangan rakyat negeri Kelantan.

Tetapi segalanya berubah apabila Inggeris menghantar penasihatnya ke Kelantan. British telah memperkenalkan undang-undang mereka sendiri terhadap rakyat Kelantan antaranya merubah sistem pemilikan tanah yang mana secara otomatik menolak undang-undang tanah tradisional Melayu yang berlandaskan kepada undang-undang Islam yang berdasarkan prinsip Ihya (usaha) dan Tha’jir (tanda).

Itulah punca penentangan Tok Janggut yang sebenar, bukan hanya disebabkan enggan membayar cukai yang dipaksakan Inggeris seperti yang diuwar-uwarkan British.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyah. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai yang melayannya akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan mempimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.

Pada 29 April 1915, Haji Mat Hassan atau Tok Janggut bermesyuarat dengan para pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib. Mereka mengatur strategi menentang Inggeris, mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka atau memerintah sendiri mengikut undang-undang Islam.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh, Abdul Latif yang berasal dari Singapura, kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Tok Janggut.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Tok Janggut menyerah diri. Kebetulan ketika itu, Tok Janggut sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Bagi mengelakkan berlaku pertempuran Tok Janggut bersetuju mengikut anggota polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Tetapi sikap lembut dan mengalah Tok Janggut disalahartikan oleh Sarjan Che Wan yang memberi layanan seperti penjenayah lalu berlaku perbalahan.

Dalam usaha mempertahankan dirinya Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya menyebabkan tercetusnya peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris. Tok janggut dan pengikutnya berjaya menawan Pasir Puteh lalu menubuhkan pentadbiran sendiri, beliau menjadi Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Inggeris yang ketika itu merupakan salah sebuah kuasa besar dunia berasa tercabar lalu menghantar pasukan tentera ke Kelantan.

Akhirnya pada 24 Mei 1915 berlaku pertempuran sengit dikampong dalam pupuh yang berakhir dengan Tok Janggut gugur syahid bersama dengan sahabat-sahabatnya Tok Abas dan Tok Hussin.

Kemudian mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam di padang bank atau Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Kampung Pasir Pekan



source: TENGKUSYAH.BLOGSPOT.com
source: radin87.blogspot.com
source: freepages.genealogy.rootsweb.ancestry.com

No comments:

Post a Comment