LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA
Pada hari Isnin, 17hb Oktober 2011, PENULIS berpeluang menghadiri Majlis Sambutan '100 Years Aviation in Malaysia' yang dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia di Hangar No 6, KLIA. Sungguh meriah.
Hari itu penulis sungguh letih kerana hari sebelumnya, Ahad, 16 Okt 2011 penulis (ketika itu menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Transformasi di Bahagian Pengurusan Strategi, Markas Tentera Udara) dijemput (mewakili TUDM) menghadiri Majlis Pelancaran Rejimen Askar Wataniah (oleh PTD, Jen Tan Sri ZZA) di Ipoh Padang, Perak. Penulis berlepas dari rumah lepas Subuh jam 6.30 pagi. Selesai majlis tengahari dan sampai rumah hampir jam 3.00 petang.
Pada pagi hari Isnin itu, penulis menghadiri mesyuarat Panel Pengadil Anugerah Inovasi Kewangan Peringkat KEMENTAH dan sebelah petangnya pula ada mesyuarat Bengkel Kecemerlangan Organisasi yang dipengerusikan oleh Timbalan PTU. Semasa dalam mesyuarat (lebih kurang jam 1600), penulis menerima panggilan telefon dari Sekretariat B, yang menyampaikan arahan pihak atasan bahawa penulis perlu mewakili TUDM untuk Majlis Pelancaran 100 Tahun Penerbangan di KLIA yang bermula jam 9.00 malam. Jam 6.15 petang bertolak dari rumah dan sampai di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA betul-betul masuk waktu Maghrib. Lepas solat barulah pihak Sekretariat mengedarkan kad jemputan dan pelekat masuk untuk ke KLIA.
Begitulah keadaannya.
Semasa dalam ucapannya, YAB PM dan juga dalam ucapan YB Menteri Pengangkutan, Dato Seri Kong Cho Ha ada menyebut bahawa pesawat pertama (jenis Antoinette Monoplane) yang dipandu oleh G.P Fuller mendarat di Race Course, Ampang Road, KL (sekarang KLCC) pada 17 Oktober 1911. Pesawat kedua mendarat di landasan Alor Setar beberapa tahun kemudian.
Nota : Dalam wikipedia menyebut, pesawat pertama mendarat di Malaya pada tahun 1911 di Old Race Course, Farrer Park, Singapura)
Kebetulan, malam itu penulis dapat jumpa ramai rakan-rakan lama 'ex-air force' yang kini telah berkhidmat sama ada dengan MAS, Air Asia, DCA dan syarikat-syarikat dalam 'aerospace industries'. Malam itu juga, penulis berjumpa dengan Tengku Rosman dan Fauziah (anak saudara isteriku) yang menghadiri majlis penyampaian Sijil Jurutera Penerbangan (oleh YAB PM) dan salah seorang penerimanya ialah anak lelaki mereka, Tengku Muhammad Zulkarnain (kira cucu saudara la).
Penulis juga tetiba ditegur oleh seorang yang tidak pernah penulis kenali, En Sager namanya, pernah bertugas dengan NSTP dan terlibat dalam kumpulan pencari pesawat terbang yang hilang dalam Perang Dunia II. Beliau hanya mengenali penulis melalui BLOG ini. Sungguh tajam mata dan ingatannya, hanya melihat nama di 'name tag' sahaja, beliau terus menegur. Dapat bersembang, tapi masa amat terhad. Beliau berjanji akan membantu penulis dalam memberikan fakta berkaitan penerbangan untuk blog aku, khususnya berkaitan dengan kemalangan pesawat TUDM.
'Airfield' atau 'runaway' atau landasan terbang atau lapangan terbang atau 'airport' atau 'aerodrome' adalah satu istilah yang berkait rapat dengan kehidupan seorang juruterbang. Ada juruterbang yang berlepas dari landasan terbang dengan baik dan di akhir penerbangannya dia pulang dan mendarat dengan selamat. Ada juga juruterbang yang berlepas dengan selamat tetapi kemudian tidak pulang mendarat di landasan yang sama kerana dia mendarat di tempat lain malah tidak sedikit juruterbang yang tidak pulang terus kerana berlaku bencana (kemalangan) semasa dalam penerbangan dan lebih menyedihkan ada yang terus hilang tidak ditemui.
Pengalaman penulis dengan landasan terbang ini hanya untuk tempoh yang pendek sahaja iaitu ketika berpeluang menjalani latihan asas penerbangan helikopter Bell 47G-5A di TUDM Kluang antara bulan Februari hingga Jun tahun 1981. Tapi, itu pun setakat 'take off' and 'landing' atas landasan rumput sahaja. Masa tu ada TIGA jenis PERASAAN dalam diri penulis. Pertama; perasaan semangat berkobar-kobar untuk jadi pilot, kedua perasaan takut kena belasah oleh instructor (terbayang wajah jurulatih penulis, Kapt (U) Syed Busri bin Tengku Bujang) dan ketiga kecut kalau-kalau.......tiba-tiba helikopter aku jatuh macam tahi burung.
Kehadiran penulis di Majlis Pelancaran 100 Years Aviation in Malaysia telah mengajak penulis untuk melayari internet untuk mencari gambar-gabar airports dan airfield yang ada dalam negara kita.
................penulis hanya ingin memaparkan gambar-gambar terminal lapangan terbang awam (komersil) yang ada dalam negara kita. Beberapa buah lapangan terbang dalam negara kita yang dulunya tidak berapa menarik kini telah dibina semula atau dibuat renovation menjadikan ia sebuah lapangan terbang yang moden dan canggih. Contohnya Lapangan Terbang di Alor Setar, Kuching, Kota Kinabalu, Labuan, Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Operasi bagi kesemuanya lapangan terbang awam ini ditadbirkan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dan diiktiraf (telah diberikan kod) oleh ICAO (International Civil Aviation Organization) atau IATA (International Air Transportation Association).
Nota: Penulis telah gagal dalam latihan asas penerbangan di TUDM Kluang dan sekaligus memadamkan cita-cita penulis (serta harapan keluarga) untuk menjadi seorang juruterbang TUDM.
Selain dari menyaksikan kegagalan penulis untuk menjadi seorang pilot TUDM, lapangan terbang juga mengingatkan satu lagi peritiwa pahit yang pernah penulis alami ketika berada di lapangan terbang. Peristiwa ini berlaku di lapangan terbang antarabangsa Heathrow, London dalam bukan Julai tahun 2007. Semasa penulis melaksanakan satu tugas rasmi di Russia (akhir bulan Jun 2007). penulis ada membeli pelbagai souvenir untuk diberikan kepada sahabat-sahabat di Malaysia. Biasalah, key chain jadi pilihan kerana cantik, banyak pilihan dan murah. Penulis turut membeli beberapa biji 'lighter' untuk dihadiahkan kepada sahabat-sahabat yang 'smoking'. Lighter ini agak istimewa kerana dilengkapi dengan pisau lipat.
Dari Moscow, penulis (dan team) menuju ke London kerana, ada satu lagi tugas di Ansty, United Kingdom. Semasa dalam perjalanan dari Moscow ke London penulis masukkan semua souvenir dalam main luggage, masuk kargo, jadi tiada masalah. Setelah beberapa hari di London, barangan yang dibeli bertambah, beg besar menjadi sempit, maka malam terakhir sebelum bertolak pulang ke KL, penulis mengemas semula beg yang ada. Penulis keluarkan semua barangan souvenir yang kecil-kecil dari main luggage untuk mengelakkan excess baggage. Penulis memindahkan semua barangan souvenir itu dalam pelastik dan masukkan dalam beg sandang. Penulis terlupa ada beberapa lighter yang mengandungi pisau lipat.
Semasa check in, beg sandang penulis masuk melalui scanning machine, pekerja airport telah mengesan terdapat barangan larangan - pisau lipat - dikategorikan sebagai senjata merbahaya. Penulis terpaksa ditahan untuk soal siasat lebih lanjut. Berderau darah, pucat dan panik tapi buat-buat tenang.
Pihak lapangan terbang menghubungi pihak polis. Oleh kerana hari itu adalah Ahad, maka segala urusan dengan pejabat Kerajaan agak slow. Tempoh masa penerbangan makin dekat. Penulis semakin panik. Sejam kemudian baru pegawai polis sampai, penulis disoal siasat dan diambil kenyataan. Penulis juga diberitahu bahawa ini adalah kesalahan serius di UK di bawah undang-undang sivil. Boleh dipenjara selama 6 bulan. MasyaAllah.
Syukur, setelah mengambil kira aku seorang pegawai Kerajaan, atas dasar terlepas pandang, penulis diberi kemaafan setelah diberi amaran. Namun kedua-dua lighter kena rampas. Sebenarnya ada lagi dua yang tersimpan dalam beg besar. Penulis dilepaskan untuk meneruskan perjalanan. Allahu Akbar. Lega. Penulis tidak mungkin melupakan peristiwa tersebut (bagaimana dan kenapa penulis boleh melakukan kerja bodoh itu)
Nota: Terima kasih kepada Mej Muhammad Muzamir Ong TUDM (ADA di MALAWAKIL London) yang menjadi saksi dan penjamin bagi membantu memudahkan urusan. Tanpa kehadirannya, penulis dapat merasakan bahawa situasi akan berbeza.
Kita teruskan untuk melawat semua lapangan terbang awam dan komersil yang ada di negara kita.
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA
KL International Airport (KLIA)
Lokasi: Sepang
Lokasi: Sepang
Kod ICAO: WMKK
Kod IATA: KUL
Construction: 1990 - 1998
Surface :
Panjang Landasan:
Runaway No 1: 4,124 meter (13,530 kaki)
Runaway No 2: 4,056 meter (13,288 kaki)
Construction: 1990 - 1998
Surface :
Panjang Landasan:
Runaway No 1: 4,124 meter (13,530 kaki)
Runaway No 2: 4,056 meter (13,288 kaki)
Penang International Airport
Kod ICAO: WMKP
Kod IATA: PEN
Lokasi: Bayan Lepas
Construction: 1935
Surface : Asphalt
Panjang Landasan: 3,354 meter (11,004 kaki)
Senai International Airport
(Sultan Ismail International Airport)
Lokasi: Senai, Johor Bahru
Kod ICAO: WMKJ
Kod IATA: JHB
Construction: 1974
Construction: 1974
Surface : Asphalt
Panjang Landasan: 3,800 meter (11,004 kaki)
Panjang Landasan: 3,800 meter (11,004 kaki)
Kuching International Airport
(sharing with RMAF Kuching Air Base)
(sharing with RMAF Kuching Air Base)
Lokasi: Pekan Batu 6, Kuching
Kod ICAO: WMGG
Kod ICAO: WMGG
Kod IATA: KCH
Construction: 26 Sep 1950. Terminal baru : 1978 - 1983 (24 Ogos 1983)
Panjang Landasan: 3,780 meter (12,402 kaki).
*Nota: Berkongsi landasan dengan Pangkalan Udara Kuching.
Kota Kinabalu International Airport
Kod ICAO: WMKK
Kod IATA: BKI
Lokasi: Kota Kinabalu
Construction: 1943 (military) 1957 - 1959 - dinaiktaraf 1969 dan Terminal baru 1980.
Panjang Landasan: 3,780 meter (12,402 kaki)
Langkawi International Airport
Kod ICAO: WMKL
Kod IATA: LGK
Lokasi: Padang Mat Sirat
Construction: 1945 (military) - moden (1991 - 1993)
Panjang Landasan: 3,810 meter (12,500 kaki)
LAPANGAN TERBANG DOMESTIK
Sultan Abdul Aziz Shah Airport (Subang Skypark)
Sultan Abdul Halim Airport
(formerly Subang International Airport)
Kod ICAO: WMSA
Kod IATA: SZB
*Nota: Berkongsi landasan dengan Pangkalan Udara Subang.
Lokasi: Subang, Selangor
Construction: 1965
Panjang Landasan: 3,780 meter (12,401 kaki)
Melaka Airport
Kod ICAO: WMKM
Kod IATA: MKZ
Lokasi: Batu Berendam
Construction: 1952
Panjang Landasan: 2,135 meter (7,004 kaki).
Nota : Dituruntaraf dari Lapangan Terbang Antarabangsa kepada domestik mulai tahun 2023.
Labuan Airport
Kod ICAO: WMKL
Kod IATA: LBU
Lokasi: Labuan Island
Open:
Panjang Landasan: 2,300 meter (7,546 kaki).
*Nota: Berkongsi landasan dengan Pangkalan Udara Labuan.
Kod ICAO: WMKA
Kod IATA: AOR
Lokasi: Kepala Batas, Alor Setar
Dibuka pada: 1925 (dibina semula : 2006)
Panjang Landasan: 3,352meter (10,997 kaki).
Panjang Landasan: 3,352meter (10,997 kaki).
*Nota: Berkongsi landasan dengan Pangkalan Udara Alor Setar.
Sultan Azlan Shah Airport
Kod ICAO: WMKI
Kod IATA: IPH
Lokasi: Ipoh
Construction:
Panjang Landasan: 1,788 meter (5,990 kaki)
Sultan Haji Ahmad Shah Airport
Kod ICAO: WMKD
Kod IATA: KUA
Lokasi: Gambang, Kuantan
Construction:
Panjang Landasan: 2,804 meter (9,200 kaki).
*Nota: Berkongsi landasan dengan Pangkalan Udara Kuantan.
Sultan Mahmud Airport
Kod ICAO: WMKN
Kod IATA: TGG
Lokasi: Telaga Batin, Kuala Terengganu
Construction:
Panjang Landasan: 3,480 meter (11,417 kaki)
Sultan Ismail Petra Airport
Kod ICAO: WMKC
Kod IATA: KBR
Lokasi: Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Construction: 1945
Panjang Landasan: 2,400 meter (7,874 kaki)
Pangkor Airport
Kod ICAO: WMPA
Kod IATA: PKG
Lokasi: Pulau Pangkor
Construction:
Panjang Landasan: 792 meter (2598 kaki)
Tioman Airport
Kod ICAO: WMBT
Kod IATA: TOD
Lokasi: Kampong Tekek, Pulau Tioman
Construction:
Panjang Landasan: 992 meter (3,254 kaki)
Pulau Redang Airport
Lokasi: Pulau Redang, Terengganu
Kod ICAO: WMPR
Kod IATA: RDN
Construction: 1983 (dibina semula dan irasmikan pada Mei 2004).
Construction: 1983 (dibina semula dan irasmikan pada Mei 2004).
Surface : Asphalt.
Panjang Landasan: 940 meter (3,084 kaki)

Panjang Landasan: 940 meter (3,084 kaki)
Miri Airport
Kod ICAO: WBGR
Kod IATA: MYY
Lokasi: Batu Berendam
Completed: 1985
Panjang Landasan: 2,745 meter (9,006 kaki)
Bintulu Airport
Kod ICAO: WMGB
Kod IATA: BTU
Lokasi: Bintulu, Sarawak
Opened: 1 Sep 1955 - (pembinaan lapangan terbang baru : 30 Mac 2003)
Panjang Landasan: 2,745 meter (7,006 kaki)
Sibu Airport
Kod ICAO: WBGS
Kod IATA: SBW
Lokasi: Sibu
Construction: 1994
Panjang Landasan: 2,754 meter (7,004 kaki)
Tanjung Manis Airport
Kod ICAO: WBGT
Kod IATA: TGC
Lokasi: Mukah, Sarawak
Construction: 1994
Panjang Landasan: 1,497 meter (4,912 kaki)

Limbang Airport
Kod ICAO: WBGJ
Kod IATA: LMN
Lokasi: Sibu
Construction: 1963
Panjang Landasan:1,500 meter (4,922 kaki)
Lawas Airport
Lokasi: Lawas, Sarawak
Kod ICAO: WBGW
Kod IATA: LWY
Open:
Panjang Landasan: 686 meter (2,250 kaki)
Mulu Airport
Lokasi: Mulu, Miri, Sarawak
Kod ICAO: WBMU
Kod IATA: MZV
Construction:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Construction:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Bario Airport
Lokasi: Bario, Sarawak
Kod ICAO: WBGZ
Kod IATA: BBN
Open: 10 Apr 1961
Panjang Landasan: 670 meter (2,198 kaki)
Open: 10 Apr 1961
Panjang Landasan: 670 meter (2,198 kaki)
Ba Kelalan Airport
Lokasi: Ba Kelalan, Sarawak
Kod ICAO: WBGQ
Kod IATA: BKM
Open:
Panjang Landasan: 549 meter (1,801 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 549 meter (1,801 kaki)
Belaga Airport
Lokasi: Belaga, Sarawak
Kod ICAO: WBGC
Kod IATA: BLG
Open:
Panjang Landasan: 427 meter (1,400 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 427 meter (1,400 kaki)
Marudi Airport
Lokasi: Marudi, Limbang, Sarawak
Kod ICAO: WBGM
Kod IATA: MUR
Construction:
Panjang Landasan: 998 meter (3,274 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 998 meter (3,274 kaki)
Sandakan Airport
Lokasi: Sandakan, Sabah
Kod ICAO: WBKS
Kod IATA: SDK
Construction:
Panjang Landasan: 2,134 meter (7,000 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 2,134 meter (7,000 kaki)
Tawau Airport
Lokasi: Tawau, Sabah
Kod ICAO: WBKW
Kod IATA: TWU
Open: 1968
Panjang Landasan: 2,682 meter (8,800 kaki)
Open: 1968
Panjang Landasan: 2,682 meter (8,800 kaki)
Lahad Datu Airport
Lokasi: Lahad Datu, Sabah
Kod ICAO: WBKD
Kod IATA: LDU
Construction:
Panjang Landasan: 1,371 meter (4,498 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 1,371 meter (4,498 kaki)
Kudat Airport
Lokasi: Kudat, Sabah
Kod ICAO: WBKT
Kod IATA: KUD
Open:
Panjang Landasan: 730 meter (2,395 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 730 meter (2,395 kaki)
Semporna Airport
Lokasi: Lahad Datu, Sabah
Kod ICAO: WBKA
Kod IATA: SMM
Open:
Panjang Landasan: 609 meter (1,998 kaki)
Open:
Panjang Landasan: 609 meter (1,998 kaki)
Keningau Airport
Lokasi: Keningau, Sabah
Kod ICAO: WBKG
Kod IATA: KGU
Panjang Landasan:
Landasan 1: 1,178 meter (3,702 kaki)
Landasan 2: 756 meter (2,480 kaki)
Panjang Landasan:
Landasan 1: 1,178 meter (3,702 kaki)
Landasan 2: 756 meter (2,480 kaki)
Ranau Airport
Lokasi: Ranau, Sabah
Kod ICAO: WBKR
Kod IATA: RNU
Open:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Open:
Panjang Landasan: x meter (x kaki)
Long Lellang Airport
Long Pasia Airport
Lokasi: Long Pasia, Sabah
Kod ICAO: WGKN
Kod IATA: GSA
Open:
Open:
Surface : Grass over gravel
Panjang Landasan: 610 meter (2,001 kaki)
Panjang Landasan: 610 meter (2,001 kaki)
Long Semado Airport
Lokasi: Long Semado, Sarawak
Kod ICAO: WBGD
Kod IATA: LSM
Construction: Ditutup tahun 2021
Construction: Ditutup tahun 2021
Surface : Crusher Run
Panjang Landasan: 487 meter (1,597 kaki)
Panjang Landasan: 487 meter (1,597 kaki)
Long Seridan Airport
Lokasi: Long Seridan, Sarawak
Kod ICAO: WBGI
Kod IATA: ODN
Construction: 1962
Construction: 1962
Surface :Bitumen
Panjang Landasan: 548 meter (1,798 kaki)


Panjang Landasan: 548 meter (1,798 kaki)
LANDASAN TERBANG KOMERSIL
(BUKAN MAB)
Kerteh Airport
(owned by PETRONAS)
Kod ICAO: WMKE
Kod IATA: KTE
Lokasi: Kerteh, Terengganu
Opened : 1985
Panjang Landasan: 1,355 meter (4,446 kaki)
Mersing Airport
(operated by UTM)
(operated by UTM)
Lokasi: Mersing, Johor
Kod ICAO: WMAU
Kod IATA: MEP
Construction:
Panjang Landasan: 500 meter (1,640 kaki)
Construction:
Panjang Landasan: 500 meter (1,640 kaki)
LANDASAN TERBANG TERHAD
(BUKAN KOMERSIL)
Taiping Airport (or Tekah Airport)
Kod ICAO: WMBI
Kod IATA: TPG
Lokasi: Asam Kumbang, Taiping, Perak
Construction: 1929
Surface : Tarmac/Grass
Panjang Landasan: 1,320 meter (4,330 kaki)
Sitiawan Airport
Kod ICAO: WMBA
Kod IATA: SWY
Lokasi: Sitiawan, Perak
Open:
Panjang Landasan: 549 meter (1,801 kaki)
LANDASAN TERBANG TENTERA
Pangkalan Udara Butterworth
Pangkalan Udara Gong Kedak
Kluang Airport (Army Air Wing)
Kod ICAO: WMAP
Kod IATA: -
Lokasi: Kluang, Johor
Open:
Panjang Landasan: 1,250 meter (4,101 kaki)
The other airfields or airports are listed below:
- Pangkalan Udara Butterworth (WMKB/BWH)
- Pangkalan Udara Gong kedak (WMGK)
- Pangkalan Udara Sempang (WMKF/SPG)
- Lapangan Terbang kapit (WBGP/KPI)
- Lapangan Terbang Pamol (WBKP/PAY)
- Lapangan Terbang Sematan (WBGN/BSE)
- Lapangan Terbang Sepulot (WBKO/SPE)
- Lapangan Terbang sri Aman (WBGY/SGG)
- Lapangan Terbang Tommanggong (WBKM/TMG)
No comments:
Post a Comment