Tuesday, May 15, 2018

M 189: MUHYIDDIN YASSIN PENCETUS PERUBAHAN

Image result for ppbm logo
MUHYIDDIN YASSIN
PEMBINA TITIAN TUMBANGNYA KERAJAAN BN
Image result for tan sri noorainee

Kesah PRU 14

PRU 14 telah selamat dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun terdapat pertembungan hebat antara Pakatan Harapan atau PH (satu coalition baru) dengan Barisan Nasional atau BN (parti pemerintah Malaysia).

BN telah ditubuhkan sejak tahun 1973 (oleh almarhum Tun Razak) mengandungi 11 buah parti dari seluruh Malaysia (Perikatan (UMNO. MCA dan MIC), GERAKAN, PPP, PAS, PBB, SUPP, USNO, SNAP, SCA). PAS kemdiannya keluar dari BN. Apabila UMNO masuk ke Sabah pada 1991, USNO dibubarkan. Keahlian BN kemudian terus bertambah dengan kemasukan PBDS, PBS, LDP, SAPP, UPKO. PRS, SPDP dan lain-lain. Malah sejarah BN bermula dari Perikatan yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abd Rahman dalam tahun 1952 (bersama mendian Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan) telah berkuasa sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan PRU Pertama 1959.

PH adalah gabungan tidak rasmi (secara MOU) di antara tiga buah parti PKR, DAP dan AMANAH. PPBM yang ditubuhkan pada Sep 2016 bergabung dalam PH tetapi pendaftarannya digantung oleh ROS sebaik sahaja Parlimen dibubarkan pada bulan Apr 2018. Sehingga PRU 14 dilangsungkan, pendaftaran PH masih belum diluluskan. Oleh itu semasa PRU 14, ketiga-tiga parti (PKR/DAP/AMANAH) dan ahli PPBM bergabung secara MOU menggunakan lambang PKR.

PRU 14 menamatkan legasi BN yang diterajui oleh UMNO selama 63 tahun (sejak 1955) sebagai parti yang diamanahkan untuk memerintah, apabila rakyat Malaysia menggunakan kuasanya memberi kemenangan kepada PH.

Peralihan Kuasa PM Malaysia


Sejak merdeka peralihan kuasa dari satu PM ke satu PM berjalan dengan baik. Walaupun terdapat sedikit krisis sebelum peralihan kuasa antara Tunku (PM 1) dengan Tun Razak (PM 2) pada tahun 1970. Terdapat tekanan dari Tun Razak untuk Tunku meletak jawatan setelah berlaku Peristiwa 13 Mei 1969.  Tun Hussein (PM 3) mengambil alih jawatan PM apabila Tun Razak meninggal dunia pada tahun 1976. 

Pada tahun 1981, Tun Hussein meletak jawatan (masalah kesihatan) dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir sebagai PM 4. Tun Dr Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003 dan diambil alih oleh Tun Abdullah Badawi (sebagai PM 5). Tun Abdullah meletak jawatan pada tahun 2009 (atas desakan ahli UMNO) dn digantikan oleh DS Najib sebagai PM 6. DS Najib menghadapi banyak skandal kewangan, ditekan oleh pihak pembangkang yang disokong oleh Tun Dr Mahathir.



Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO

Apabila Datuk Seri Abdullah Badawi (Pak Lah) dilantik jadi PM pada Okt 2003, Pak lah berhasrat melantik Muhyiddin jadi TPM tapi Tun M menasihatkan Pak Lah supaya lantik Najib. Pak Lah mengikuti nasihat Tun M.

Muhyiddin adalah pemimpin UMNO yang berani membuat cadangan peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib disegerakan pada awal 2009 bukan akhir 2010 seperti yang dipinta oleh Pak lah. Atas desakan berterusan dan disokong oleh bekas PM Tun Mahathir, akhirnya Pak Lah akur dan meletak jawatan pada Apr 2009 untuk memberi jalan kepada DS Najib. Jawatan Menteri Muhyiddin hampir terkorban (kemungkinan dipecat Pak Lah) lantaran kelantangannya. 


Kenapa Muhyiddin Jadi Hero

Peranan Tun Dr Mahathir sebagai Panglima Perang dalam Kempen PRU 14 dan mengubah senario politik Negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Tapi apa asas Mahathir untuk mengepalai Pakatan Harapan yang mana kesemua Ketua-Ketua Parti dalam Pakatan Harapan merupakan  musuh ketat Tun Mahathir sejak zaman berzaman?. 

Mana mungkin Tun Dr Mahathir akan terhegeh-hegeh menemui pemimpin PH supaya dilantik untuk mengetuai PH? Tak mungkin Tun M masuk DAp atau PKR atau AMANAH dan terus diangkat menjadi Pengerusi atau Ketua salah satu Parti tersebut. 

Selain dari itu, usaha Tun melalui Deklarasi Rakyat (mendapat tandatangan 1.4 juta rakyat Malaysia meminta Najib meletak jawatan) dan mengadap SPB Yang DiPertuan Agong (almarhum Sultan Kedah) pada 16 Sep 2016 (supaya mengambil perhatian kepada salah laku Najib) tidak mendapat sambutan secara terbuka. YDP Agong berpendirian berkecuali dan tidak mengambil tindakan lanjut.

Tun pernah dipecat dari UMNO pada 26 Sep 1969 dan masuk semula ke UMNO pada 7 Mac 1972 setelah dipujuk oleh Tun Razak. Setelah itu Tun M tidak menoleh ke belakang dan dalam masa 9 tahun (1981), Tun M dilantik menjadi PM dan memegang jawatan tersebut selama 22 tahun (hingga 2003). Dalam tahun 2008 Tun M keluar UMNO kerana memprotes Pak Lah yang enggan meletak jawatan sebagai PM dan masuk semula pada tahun 2009 setelah Pak Lah meletak jawatan. Pada tahun 2016, Tun M sekali lagi keluar UMNO kerana menentang kepimpinan DS Najib. Beliau menyertai Muhyiddin menubuhkan PPBM untuk melawan UMNO dalam PRU 2018.

DAP ditubuhkan dalam tahun 1966 dan Lim Kit Siang menjadi pembangkang sejak tahun 1969 dan tidak pernah berjaya menjadi parti pemerintah walaupun berjuang melalui pelbagai cara sehingga terpaksa bergabung dengan PAS dan PKR dalam PRU 11, PRU 12 dan  PRU 13.

Ahmad Sabu berjuang dalam PAS sejak 1981, pernah beberapa kali menjadi Ahli Parlimen dan pernah menjadi Timbalan Presiden PAS (2011-2013). Semasa dalam PAS Mat Sabu adalah penentang tegar Tun Mahathir. Pernah dua kali ditahan di bawah ISA. Kemudian keluar dari PAS untuk menubuhkan (dan mengetuai) Parti Amanah Negara pada tahun 2015.

Wan Azizah menyertai Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL) pada 1999 kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menentang UMNO (Tun M) dalam PRU 10 (1999) dan terus berjuang sehingga PRU 13. Wan Azizah menjadi Presiden PKR sejak ditubuhkan (sebagai proxy Anwar yang dipenjarakan sebanyak dua kali). Walaupun pernah bergabung dengan PAS dan DAP (melalui Pakatan Rakyat), satu PRU demi satu PRU, PKR masih gagal menumbangkan BN.

Sepanjang kempen PRU 14, tidak pernah ada orang terfikir bahawa Tun M akan berkempen bersama musuh ketatnya Lim Kit Siang dan Ahmad Sabu. Malah tidak sama sekali dengan DS Wan Azizah (isteri DS Anwar Ibrahim, bekas Timbalannya yang pernah dipecat dalam tahun 1998). 

PPBM yang ditubuhkan oleh Muhyiddin (Presiden) dan Tun M sebagai Pengerusinya telah menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan AMANAH (serpihan PAS).


Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muhyiddin sebagai Presiden PPBM

Pada 10 Mei 2018, PH berjaya menumbangkan BN dalam PRU 14.

Kalau Muhyiddin tidak melawan Najib, dia kekal sebagai TPM, tidak akan dipecat dari UMNO, tidak akan menubuhkan PPBM. Tanpa PPBM Tun M tidak ada platform untuk menentang Najib secara demokrasi. Tak mungkin Tun M diterima oleh PKR, DAP atau AMANAH mahupun PAS.

Tanpa PPBM (serpihan UMNO), PKR hanya berjuang dengan DAP dan AMANAH. Sukar untuk menembusi tembok kebal UMNO. Dengan jalan yang dilorongkan oleh Muhyiddin, Tun M bergerak melancarkan serangan (menggunakan kepakaran, kemahiran, sisa pengaruhnya serta kehebatannya) berkempen menentang Najib dan BN.

Pada 10 Mei 2018, Gabungan (MOU) PH bukan sahaja menumbangkan BN dan kuasa UMNO bahkan hampir melenyapkan membunuh MCA, MIC dan Gerakan. Ketiga Presiden parti tersebut kecundang.

Mahyuddin Jadi Hang Jebat

Apabila DS Najib dilantik menjadi PM (ke 6), TS Muhyiddin dilantik menjadi TPM pada 10 April 2009.  Kedudukan yang selesa dalam perjuangan politik Malaysia. Apabila berita mengenai skandal Najib mula tersiar di luar negara ( issue 1MDB dan 1.2 billion masuk dalam akaun peribadi PM), Muhyidddin mula menyoal Najib akan kesahihan berita itu. Najib enggan menjawab. Berita semakin melarat. Najib terus membisu dan setiap jawapan yang diberi sentiasa berbeza dan semakin menimbulkan kesangsian. 


Image result for tan sri noorainee

Dari jumlah begitu ramai ahli Jemaah Menteri, hanya Muhyiddin, Shafie Apdhal dan Husni Hanadzlah (serta Mukhriz MB Kedah) yang berani menentang arus untuk mempersoalkan  integriti Najib berkait dengan Isu 1MDB (malangnya Husni kemudiannya membuat U-Turn untuk menyokong semula kepimpinan Najib sebelum PRU 14 - dan beliau tewas mempertahankan kerusi Parlimen 
nya)

Berikut adalah antara sedutan ucapan Muhyiddin dalam tahun 2015 (sebelum dipecat dari UMNO dalam tahun 2016) di UMNO Bahagian Cheras. Dan kesemua apa yang disebutkan oleh Muhyiddin dalam ucapan tersebut, benar-benar berlaku.



 Pemimpin UMNO tidak berani menafikan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB

Kalau UMNO tak mahu bertindak dan berubah, UMNO (BN) akan tewas dalam PRU 14



Lagi kuat media hentam Tun Mahathir, lagi meningkat populariti nama beliau, dan lagi menurun populariti UMNO

Apabila Muhyiddin mempersoalkan kedudukan beliau yang tidak diberikan ruang untuk membuat ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015, dan berterusan menegur salah laku PM (merangkap Menteri Kewangan), Presiden UMNO dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan berjuang bersama-sama pakatan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang antaranya ingin menyatakan kebimbangan terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Akhirnya, Najib menggunakan budibicara sebagai PM untuk memecat Muhyiddin dari kabinet  pada 28 Julai 2015. Namun jawatan-jawatan beliau yang lain dalam UMNO dikekalkan. Oleh kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan sebahagian besar ahli UMNO  untuk memperjuangkan kebenaran, maka beliau tidak mempunyai pelantar lain untuk menemui rakyat, KECUALI; sama ada menyertai mana-mana parti politik yang ada ATAU menubuhkan parti politik yang baru.

Muhyiddin terus mempertikaikan kejujuran Najib. Tidak tahan dengan sikap Mahyuddin, Najib (menggunakan saluran MT) telah memecat Muhyiddin dari menjadi ahli UMNO pada 25 Jun 2016. Turut dipecat ialah Mukhriz Mahathir (MB Kedah). Shafie Apdhal yang digantung jawatan kemudiannya keluar dari UMNO.

Pemecatan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemecatan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO terhadap beliau adalah satu dugaan Allah kepada dirinya pada bulan Ramadan ini.

Katanya, beliau telah menjangkakan keputusan yang dibuat oleh MT walaupun menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan atau mengkhianati UMNO.

"Keputusan pemecatan saya ini telahpun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya.

"Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng," katanya menerusi satu kenyataan yang dibuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini.

Majlis Tertinggi UMNO semalam memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin manakala Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.


Image result for muhyiddin yassin dan keluarga

Berikut merupakan kenyataan penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan pemecatan beliau daripada UMNO:


KENYATAAN 
YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah SWT. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. Insya-Allah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah SWT terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat Tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah


Kebangkitan Muhyiddin

Seperti disebutkan lebih awal tadi, Tun Dr Mahathir dianggap Panglima Perang yang mengetuai bala tentera Pakatan Harapan (PH) yang menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO.

Muhyiddin bukan orang baru dalam UMNO. Dari segi kepimpinan, beliau lebih senior dari Najib dan Ahmad Zahid. Jauh sekali Hishammuddin dan Khairy. Walaupun Najib mulai menjadi Wakil Rakyat Pekan sejak tahun 1976 (menggantikan ayahandanya), Najib adalah calon payung terjun. Beliau memulakan kerjaya politik menggunakan nama Tun Razak. Muhyiddin telah menjadi Wakil Rakyat sejak tahun 1978 setelah hampir 10 tahun memimpin UMNO di peringkat Bahagian dan Negeri Johor. Setelah bersama UMNO selama 50 tahun, sudah tentu beliau juga mempunyai penyokong akar umbi di Johor dan Malaysia. Lagipun, Muhyiddin dipecat dari UMNO bukan kerana ada skandal atau menentang parti. Beliau dipecat atas sebab prinsip integriti, mempersoalkan skandal Presiden UMNO yang memalukan negara, bukan menentang Presiden UMNO. Sudah pasti pemergian Muhyiddin diiringi dengan tangisan dan simpati ratusan ribu ahli UMNO. Tetapi mereka tidak bersuara kerana TAKUT. Bayangkan, kalau Timbalan Presiden pun boleh kena pecat, apa lagi Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan? Lagi satu siapa mahu mendengar suara Ketua Bahagian biasa?

Muhyiddin tiada pilihan lain, terpaksa menubuhkan parti baru untuk menentang UMNO. Muhyiddin pun seperti Mahathir, tak mungkin melutut kepada DAP, PKR atau AMANAH atau PAS supaya dipilih sebagai pemimpin. Beliau menubuhkan dan mengetuai (Presiden) Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 Sep 2016. Tun Mahathir menyertai PPBM dan dilantik sebagai Pengerusi.

(RASAnya) Niat asal Muhyiddin bukan menjatuhkan BN atau Kerajaan. Tetapi hanya untuk mengumpulkan ahli UMNO yang sealiran dengannya (menentang kemungkaran dalam UMNO) menyertai PPBM untuk berlawan dengan UMNO dengan harapan satu hari nanti PPBM akan mengambil-alih kedudukan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu.


Tetapi untuk berjuang menentang BN/UMNO secara berseorangan memang sukar dan  mustahil. Sambutan dari kalangan ahli UMNO amat perlahan kerana mereka melihat risiko menyertai parti baharu. Oleh itu, sekali lagi PPBM membuat keputusan menyertai PH untuk menentang BN. Kenapa tidak menyertai PAS? Menyertai PAS mungkin sukar untuk mendapat undi bukan Melayu dan pada masa yang sama PAS telah menunjukkan tanda-tanda banyak bersetuju dengan cara UMNO mentadbir negara malah tidak pernah mempersoalkan skandal Najib. 

Pada tanggal 13 Disember 2016, di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, beliau telah mewakili PPBM bagi menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional PRU ke-14. Beliau telah bersetuju untuk bekerjasama, tetapi masih belum bersedia untuk menjadi parti komponen dalam PH. 


PH juga telah bersetuju untuk menggunakan satu logo bagi mewakili parti pembangkang yang bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bagi menentang Barisan Nasional semasa pilihan raya tersebut.


Ustaz Hina Muhyiddin

Setelah Muhyiddin dipecat, beliau dihina oleh oleh ahli UMNO yang taat (membabi buta) kepada kepimpinan Najib. Muhyiddin dianggap sebagai penderhaka perjuangan Melayu. Manakala pemimpin UMNO yang korup dan kleptokrat dipuji dan disanjung dan dipertahankan bermati-matian.

Dalam Perhimpunan UMNO pada bulan Disember 2017, wakil Negeri Sembilan yang selama ini terkenal sebagai pakar motivasi (cum Ustaz) yang amat dihormati, sanggup menjual maruah diri, menggunakan agama untuk membenarkan dan menegakkan kepimpinan yang tidak bermaruah dan menipu bangsa Melayu, menggunakan Melayu untuk mengumpul kekayaan. Malah dia menghina Muhyiddin yang menentang kemungkaran dalam UMNO. Muhyiddin bukan mengajak orang UMNO menjatuhkan Najib atau meminta ahli UMNO menyokong beliau untuk menentang Najib sebagai Presiden UMNO. Muhyiddin hanya mahu kes 1MDB disiasat supaya rakyat jelas.

Malah, dalam keghairahan berucap menyokong kepimpinan UMNO, beliau sempat menghina 'Jowo Totok' Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak setia kepada UMNO. Tahukah beliau, Muhyiddin bukan meletak jawatan atau keluar UMNO, tetapi dipecat kerana meminta Kerajaan menyiasat 1MDB (yang dipertikaikan oleh satu dunia) bukan menderhaka kepada UMNO atau melakukan perkara yang emmalukan Melayu dan UMNO. 


Dugaan Besar

PPBM bukan sahaja memulakan langkah (sebagai parti baru) dengan sukar kerana terpaksa melalui pelbagai proses perundangan bahkan juga halangan demi halangan dari pihak pemerintah serta sabotaj dari ahlinya sendiri yang bertindak keluar parti (kerana kecewa- pelbagai sebab). Pilihanraya semakin dekat. Pada masa yang sama proses kerja sama dengan PH juga memerlukan langkah dan tindakan yang berhati-hati kerana PH pastinya masih sangsi dengan 100% ahli PPBM dari bekas pemimpin dan ahli UMNO.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran PPBM. Motifnya MUNGKIN supaya PPBM tidak dapat membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU 14.  Juga, gabungan Pakatan Harapan tidak dapat diwujudkan bersama PPBM dan tidak dapat menggunakan lambang tunggal dalam PRU 14.


Related image
Simbol PAKATAN HARAPAN yang dicadangkan untuk menjadi simbol tunggal

Pada 4 April 2018, 24 hari sebelum hari penamaan calon, ROS mengeluarkan arahan supaya PPBM dibubarkan sementara kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 

PUTRAJAYA, 4 April 2018: Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, berkata perintah itu memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen diperlukan ROS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftarannya.

Beliau berkata, PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenar melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.

Kejatuhan BN

NAMUN, PH telah mengambil alternatif yang tidak dijangka oleh PH apabila gabungan tidak rasmi dan tidak diluluskan itu menggunakan simbol PKR sebagai simbol tunggal untuk digunakan oleh calon-calon PKR, DAP, AMANAH dan PPBM yang bertanding dalam PRU 14 (kecuali di Sabah dan Sarawak)


Image result for logo pakatan harapan
Simbol PKR

Bendera yang sejak tahun 1998 digunakan oleh PKR dalam Langkah Reformasi (yang diketuai oleh Anwar Ibrahim) untuk menentang dan menjatuhkan Mahathir dan UMNO (BN) selama hampir 20 tahun, kali ini digunakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan UMNO, BN dan Najib.


Dipendekan cerita RENCAH paduan dari Tun Mahathir, Wan Azizah (juga Azmin dan Rafizi), Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng telah berjaya menghasilkan RESIPI yang sesuai dan memenuhi selera sebahagian besar pengundi Malaysia.

Selain dari BERBAGAI SKANDAL kewangan yang dikaitkan dengan exPM Najib, faktor PENTING lain yang menjadi bahan RENCAH tambahan untuk menambah kelajuan payung terjun BN ialah kewujudan manusia-manusia yang bertopengkan XXXXXXX yang bermati-matian dan membabi buta mempertahankan bahawa Najib TIDAK MEMBUAT APA-APA KESALAHAN:

(1)  Mohamad Nazri Aziz (ditambah dengan sikap bongkak dan takabbur ala ganster)
(2)  Mohd Salleh Said Keruak
(3)  Abd Rahman Dahalan
(4)  Abdul Azeez Rahim
(5)  Tajuddin Abd Rahman (juga ala gangster)
(6)  Shahrir Samad (walaupun dulu terkenal sebagai MP yang mempunyai prinsip integriti yang paling tinggi)
(7)  Tengku Adnan Kassim
(8)  Ahmad Zahid Hamidi (sudah mula nampak peluang dan harapan dapat menggantikan Najib, jika kes Najib sangkut)
(9)  Ahmad Maslan
(10)  Azlina Othman Said
(11)  Noh Omar
(12)  Annuar Hj Musa
(13)  Jamal Yunos
(14)  Puad Zharkasi

Selain dari, wujudnya watak-watak dari kalangan penjawat awam yang membantu menyembunyikan fakta, menghalang siasatan,  menghentikan siasatan dan menolak laporan malah membantu dan melindungi aktiviti Najib untuk meneruskan kemungkaran seperti:

(1)  Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
(2)  Ketua Polis Negara
(3)  Peguam Negara
(4)  Ketua Pesuruhjaya SPRM
(5)  Pengerusi PAC

Tindakan individu-individu di atas seolah-olah semua rakyat Malaysia (khususnya orang Melayu yang mendokong UMNO) adalah orang kampung yang tak bersekolah, bodoh dan  Rakyat semakin

HASILnya dalam PRU 14 pada 9 Mei 2018, PH telah berjaya menumbangkan Kerajaan BN yang telah memerintah (Tanah Melayu dan Malaysia) lebih dari 60 tahun. Selain dari memenangi Parlimen, PH juga berjaya menumbangkan BN di Dewan Undangan Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Sabah disamping mengekalkan DUN Selangor dan Pulau Pinang. PAS mengekalkan DUN Kelantan dan menumbangkan BN di DUN Terengganu. BN hanya berjaya mempertahankan Perlis dan Pahang.


Kesah dan Nasib Timbalan PM Malaysia

Tun Razak Hussein melalui kerjaya politik bermula sejak sebelum merdeka dan setelah Tanah Melayu merdeka, Razak dilantik menjadi Timbalan PM pertama, kemudian menjadi PM ke 2 sehingga meninggal dunia pada Jan 1976.

Tun Dr Ismail menjadi ahli UMNO sejak  ditubuhkan 1946. Beliau telah menjadi Timbalan YDP UMNO pada tahun 1951. Walaupun beliau lebih senior dari Tun Razak, Tunku telah memilih Tun Razak sebagai Timbalan PM dalam tahun 1957. Tun Dr Ismail meletak jawatan kabinet antara tahun 1967- 1969 atas masalah kesihatan. Kembali ke kabinet pada tahun 1969 untuk membantu Tun Razak dalam menangani pergolakan politik/kaum pada 13 Mei 1969. Dilantik menjadi Timbalan PM ke 2 pada tahun 1970 dan meninggal dunia dalam tahun 1973 semasa memegang jawatan.

Tun Hussein Onn adalah SU Agung UMNO pada tahun 1950, meninggalkan UMNO pada tahun 1951, aktif semula pada tahun 1968, menjadi MP tahun 1969, dilantik menjadi Menteri pada tahun 1970, kemudian menjadi Timbalan PM ke 3 pada Ogos 1973 dan akhirnya menjadi PM pada Jan 1976 sehingga Jul 1981. Hussein keluar UMNO pada tahun 1987 sehingga meninggal dunia pada tahun 1990.

Tun Dr Mahathir menyertai UMNO sejak 1946, mula menjadi MP pada tahun 1964 (PRU 2), tewas dalam PRU3 (1969) dan dipecat dari UMNO pada Sep 1969 oleh Tunku Abd Rahman kemudian dipujuk masuk oleh Tun Razak pada tahun 1972. Kembali mejadi MP pada tahun 1974 (PRU 4) dan dilantik menjadi Menteri  Pelajaran seterusnya dilantik menjadi Timbalan PM ke 4 pada tahun 1976 dan akhirnya menjadi PM ke 4 selama 22 tahun mulai 1981 sehingga 2003. Setelah bersara dari PM, Mahathir pernah keluar UMNO dua kali. Keluar UMNO pada tahun 2008 dan kembali masuk pada tahun 2009. Kali kedua pada tahun 2015 dan menyertai PPBM pada tahun 2016. Kembalik aktif dalam politik dan menyertai Pakatan Harapan (PKR/DAP/PAN) pada tahun 2017 dan berjaya menumbangkankan BN dalam PRU 14 pada 9 Mei 2018 dan dilantik sebagai PM ke 7.

Tun Musa Hitam menyertai UMNO di awal tahun 60an, mula menjadi MP pada tahun 1968 dan pernah dilantik jadi Menteri Muda. Dipecat dari UMNO oleh Tunku pada tahun 1969 dan kembali pada tahun 1971. Dilantik menjadi Timbalan Menteri (1974-1978) dan Menteri penuh mulai 1978 dan dilantik menjadi Timbaan PM ke 5 antara tahun 1981-1986 sebelum meletak jawatan. Kekal sebagai ahli UMNO dan gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam tahun 1987.

Tun Abdul Ghaffar  mula menjadi ahli UMNO sejak tahun 1955, aktif di peringkat Negeri dan pernah jadi Ketua Menteri Melaka. Mula menjadi MP pada tahun 1969 sehingga 2004. Mula dilantik menjadi Menteri pada tahun 1972 hingga 1976. Dalam tahun 1987 Ghaffar kembali ke kabinet dan dilantik menjadi Timbalan PM ke 6 sehingga 1993 apabila beliau tewas dengan Anwar Ibrahim dalam pertandingan jawatan Timlaban Presiden UMNO.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan terpilih menjadi MP dalam tahun 1982  (dalam PRU 6) dan dilantik mejadi Tim Menteri, dan menjadi Menteri Penuh dalam tahun 1983. Menjadi Timbalan PM ke 7 pada Dis 1993 hingga dipecat pada Sep 1998. Menubuhkan ADIL (PKR) dalam tahun 1999 dan menyertai PRU ke 10 (1999), 11 (2004), 12 (2008) dan 13 (2013), partinya tetapi gagal. Dua kali dipenjarakan (2003-2006) dan 2015-2918. Dalam tahun 2018 Anwar menyertai Mahathir bersama PH telah berjaya menumbangkan BN. Anwar diberi pengampunan penuh oleh YDP Agong dan dibebaskan.

Tun Abdullah Badawi mula menjadi MP pada tahun 1978 (selepas PRU 5) dan dilantik menjadi SUPAR, kemudian menjadi Timbalan Menteri pada tahun 1980 dan Menteri Penuh pada tahun 1982. Pernah digugurkan dari kabinet antara tahun 1987-1991. Kembali dalam kabinet pada tahun 1991 dan dilantik menjadi TPM ke 8 pada tahun 1999. Abdullah mengambil alih jawatan PM ke 5 pada tahun 2003 dan memegang jawatan sehingga 2009.

Dato Seri Najib menjadi MP (ketika masih belajar di UK) untuk menggantikan ayahnya Tun Razak yang meninggal dunia dalam tahun 1976. Kerjaya politiknya tidak mempunyai halangan kerana UMNO menghormati ayahnya. Menjadi Timbalan Menteri semasa berusia 25 tahun (1978) dan MB Pahang pada tahun 1982 (29 tahun). Bermula tahun 1986 Najib mengekalkan kerusi Parlimen Pekan sehingga sekarang (2018). Dilantik menjadi Menteri penuh mulai 1986 dan menjadi TPM ke 9 pada tahun 2003 dan menjadi PM ke 6 pada tahun 2009. Dibawah pimpinannya Kerajaan BN yang memerintah Tanah Melayu dan Malaysia sejak tahun 1955 ditumbangkan. 


Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi MP dalam tahun 1974 hingga 1982. Pernah menjadi SUPAR dan Timbalan Menteri. Dari 1982 - 1990 menjadi ADUN dan dilantik menjadi MB Johor. Pada tahun 1990 kembali dalam kabinet. Dilantik mejadi Timbalan PM ke 10 pada tahun 2009 sehinggalah dipecat oleh PM Najib pada tahun 2015. Dipecat dari UMNO pada tahun 2016 dan menubuhkan PPBM lalu menyertai PH dalam PRU 14 (2018) dan berjaya menumbangkan Kerajaan BN. Dilantik menjadi Menteri dalam Kerajaan baru PH.

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mula menjadi MP dalam tahun 1995 hingga kini (2018). Dilantik menjadi Timbalan Menteri pada tahun 2004 dan Menteri Penuh pada tahun 2008. Dilantik menjadi TPM ke 11 pada tahun 2015 untuk menggantikan Muhyiddin yang dipecat dari UMNO. Menamatkan tugas sebagai TPM pada 9 Mei 2018 apabila BN tewas dalam PRU 14 (2018).


BIODATA
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin PSM SPMJ SHMS SPSA SPMP SUNS SPDK DP PNBS SMJ BSI (I) PIS (I) 

JAWATAN SEKARANG

Menteri Dalam Negeri (mulai 12 Mei 2018)

JAWATAN DALAM PARTI SEKARANG

(1)   Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (mulai 9 Sep 2016)
(2)   Timbalan Pakatan Harapan (PH).
(3)   Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PH
(4)   Ahli Majlis Presiden PH.
(5)   Pengerusi Pakatan Harapan Johor (2017 - kini)

JAWATAN KERAJAAN SEBELUM INI

(1)  Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 (10 Apr 2009 – 28 Jul 2015)
(2)  Menteri Pendidikan I (12 Ogos 2013 – 28 Julai 2015)
(3)  Menteri Pelajaran (10 Apr 2009 – 11 Ogos 2013)
(4)  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (19 Mac 2008 – 9 Apr 2009)
(5)  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (27 Mac 2004 – 18 Mac 2008)
(6)  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (15 Dis 1999 – 26 Mac 2004)
(7)  Menteri Belia dan Sukan (4 Mei 1995 – 14 Dis 1999)
(8)  Menteri Besar Johor Darul Ta'zim ke-13 (12 Ogos 1986 – 3 Mei 1995)
(9)  Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia (1983 - 1986)
(10) Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia (1982 - 1983)
(11) Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia (1981 - 1982)
(12) Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970 - 1974) 
(13) Penolong Pegawai Daerah Muar (1974 - 1978)

JAWATAN DALAM PARTI SEBELUM INI

(1)  Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (26 Mac 2009 – 26 Feb 2016)
(2)  Timbalan Presiden UMNO (26 Mac 2009 – 26 Feb 2016)
(3)  Naib Presiden UMNO (1990 - 1996) dan (2000 - 2009)
(4)  Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1985 - 1993) dan (1996 - 2000)
(5)  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (2009 - 2013)
(6)  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (1986 - 1995)
(7)  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (1982 - 1986 dn (1995 - 2003)
(8)  Ketua UMNO Bahagian Pagoh (26 April 1985 - 24 Jun 2016)
(9)  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh (1982 - 1985)
(10) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982 - 1986)
(11) EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1976 - 1985)
(12) Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1976 - 1982)
(13) EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
(14) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh (1976 - 1982)
(15) Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1974 - 1976)
(16) Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh (1974 - 1976)
(17) Ketua UMNO Cawangan-Cawangan Bukit Serampang dan Jorak
(18) Bendahari UMNO Bahagian Muar-Pagoh (1972 - 1974)
(19) Pengerusi UMNO Cawangan Permatang Pasir (1971)

WAKIL RAKYAT

Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir (Mei 2018 - kini)
Ahli Parlimen Pagoh (1995 - kini)
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang (1986 - 1995)
Ahli Parlimen Pagoh (1978 - 1986)

Butiran peribadi

Nama asal: Mahiaddin bin Muhammad Yassin
Tarikh Lahir: 15 Mei 1947 
Tempat Lahir: Muar, Johor Darul Ta'zim
Pasangan:  Noorainee Haji Abdul Rahman (Berkahwin pada 22 Sep 1972)
Anak-anak:
Fakhri Yassin (42 tahun)
Nabilah (40 tahun)
Najwa (32 tahun)
Farhan Yassin (25 tahun)

Bapa: Allahyarham Haji Muhammad Yassin bin Muhammad
Ibu: Allahyarhamah Hajjah Khadijah Haji Kassim

Keluarga

Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran Inggeris) serta Sekolah Tinggi Muar di Muar (sekolah menengah). Kemudiannya beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau tidak terkelompok dalam kumpulan pintar atau genius.Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat tekun dan kuat berusaha.

Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan menghabiskan waktu dengan membaca. Beliau seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan mengenai bidang kursus yang diikutinya. Beliau mempunyai pengetahuan luas tetapi beliau tidak memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah. Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu perbincangan. Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.


Related image

Isteri dan Anak

Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 September 1972 yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan, iaitu Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (berkahwin dengan Datin Fara Nadia Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Nabilah Mahiaddin, (berkahwin dengan Dato' Muhamad Adlan Berhan); Najwa Mahiaddin, (berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui), seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin, juga seorang penyanyi, juga dikenali sebagai Moslem Priest.


Image result for tan sri noorainee  
Related image  

Ayahanda dan Bonda

Ayahanda beliau yang bernama Haji Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor Darul Ta'zim dikatakan berasal dari Siak, Riau, Sumatera, Indonesia dan berketurunan Bugis mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau, Allahyarhamah Hajjah Kintan. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya, mereka dikurniakan dengan 47 orang anak.

Isteri pertama ayahanda beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Haji Daud, isteri kedua, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Haji Kassim (ibu kandung Tan Sri Muhyiddin) berketurunan Jawa, Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Haji Abdullah (isteri ketiga) dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Haji Ibrahim (isteri keempat).

Keluarga Allahyarham Haji Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal di sebuah kampung di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor Darul Ta'zim di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Menengah Md Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil para pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam Bahasa Arab. Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Haji Abdul Rahman bin Muhammad Yassin, anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Haji Muhammad Yassin. Di Surau Sa'adiah yang terletak di dalam kawasan Sekolah Arab Saadiah inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis Tahlil Allahyarham Haji Muhammad Yassin dan majlis iftar Ramadhan bersama keluarga.

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Othman bin Haji Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor Darul Ta'zim.

Keistimewaan

Seorang pakar ekonomi dunia yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, iaitu (Tan Sri) (Dr) Just Faaland yang berasal dari Norway, telah mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pemikir dan pelaksana yang mempunyai kejituan atau ketepatan berfikir yang sangat bermutu. Penasihat ekonomi negara ini, bukanlah menilai Tan Sri Muhyiddin dari sudut sosial atau moral tetapi adalah dari sudut tindakan dan fikirannya dan dianalisis secara profesional. Tan Sri Muhyiddin dianggap sebagai seorang insan pemikir dan pelaksana yang mempunyai kualiti yang tinggi. Beliau dapat merungkai sesuatu proses atau masalah dengan terperinci dan dapat meringkaskannya dengan begitu mudah untuk dilaksanakannya sendiri, orang lain atau orang-orang yang berkaitan dengan persoalan berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin tidak suka menunjuk-nunjuk tetapi apabila khidmat beliau diperlukan, beliau akan melaksanakannya dengan penuh perhatian, terbaik dan memberi output yang mudah diterima, mudah dilakukan dan cepat. Dalam perkataan lain, Tan Sri Muhyiddin mempunyai keupayaan dan keistimewaan sebagai seorang pemikir besar terhadap penyelesaian dan pelaksanaan sehingga menjadi mudah, berkesan dan menghasilkan output atau produk yang berkualiti.

Kerjaya Sektor Awam

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.

  
Related image  
Related image  
Related image  
Image result for tan sri noorainee  
Image result for muhyiddin yassin  
Related image  
Related image  
Related image  
Related image  
  
Image result for muhyiddin yassin  
Image result for muhyiddin yassin  
Image result for muhyiddin yassin  
Image result for muhyiddin yassin  
Image result for muhyiddin yassin  
Image result for muhyiddin yassin  
Image result for muhyiddin yassin dan keluarga  
Image result for tan sri noorainee  
Image result for muhyiddin yassin dan keluarga  
Related image  
Image result for muhyiddin yassin dan keluarga  
Image result for muhyiddin yassin dan keluarga  
Related image  
Image result for tan sri noorainee  
Image result for tan sri noorainee  
Image result for tan sri noorainee  
  



Tuesday, May 1, 2018

MTA 188 : DEWAN RAKYAT MALAYSIA KE 14 (2018 - 2022)



PILIHAN RAYA UMUM KE 14
BN TERSUNGKUR DARI TAHTA POLITIK MALAYSIA

CERITA SEBELUM PRU 14

Sejak puluhan tahun yang lalu, sejak penulis di sekolah menengah rendah, setiap kali berlangsungnya pilihanraya, aku memang menanti setiap keputusan sampai ke pagi. Penulis akan pegang helaian surat khabar yang memaparkan calon setiap kawasan Parlimen dan DUN. Waktu itu, hati penulis memang berpaut kepada Barisan Nasional. Setiap kali PRU, hati ini sentiasa mengharapkan BN akan menang besar. Bukan penulis sahaja, ahli keluarga, orang kampung dan ke mana sahaja penulis bertugas 80% orang disekeliling penulis adalah penyokong BN. Tiada pilihan lain.

Semasa perpecahan UMNO 1986/1988, penulis adalah peminat Dato' Musa Hitam (mantan TPM). Jadi apabila Musa meletak jawatan, 2M berpecah, penulis kecewa dan terikut-ikut membenci Mahathir. Penulis terbawa-bawa emosi sikap dan sifat  kedaerahan (Musa orang Johor). 

Apabila UMNO diharamkan pada tahun 1988, hati penulis lebih kepada Team B kerana Musa ada di situ. Kebijaksanaan Mahathir menyebabkan nyawa UMNO disambung semula. Bagaimana beliau melakukannya, ada kesahnya. Apa yang penulis  faham, UMNO sudah mati. Tengku Razaleigh (Ku Li) bersama Rais Yatim dan beberapa bekas Menteri Kabinet menubuhkan Parti Semangat 46 untuk menggantikan UMNO. Tapi PMS 46 hanya mampu bertahan selama 8 tahun sahaja. Pada tahun 1996 PMS 46 dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali menyertai UMNO.

Oleh itu, UMNO yang ada sekarang bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) tetapi dinamakan sebagai 'UMNO Baru" sahaja. Pun begitu, lama kelamaan 'UMNO Baru' disebut dengan UMNO sahaja. Seolah-olah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 tidak pernah terusik.

Lama-lama apabila Musa sudah terkeluar dari main stream UMNO, perasaan penulis yang menjadikan Musa sebagai idola semakin lenyap.

Semasa krisis UMNO 1998 akibat pemecatan Anwar Ibrahim, penulis lebih memihak kepada Mahathir. Penulis memang tidak pernah meminati Anwar. Selepas itu aku kekal memantau perkembangan politik negara dan hati ini kekal memihak kepada UMNO. 

Semasa PRU 13 (2013), penulis dapat  lihat trend anak-anak muda sudah condong ke arah (pro) pakatan pembangkang kerana terpengaruh dengan kempen reformasi oleh Anwar Ibrahim. 

Beberapa siasatan dilaksanakan ke atas laporan penyelewengan dalam 1MDB tetapi hasilnya ialah:

(1)   Ketua Pesuruhjaya SPRM ditamatkan perkhidmatan.
(2)   Gabenor Bank Negara tidak dilanjutkan kontrak.
(3)   Peguam Negara diberhentikan secara hina.
(4)   Pengerusi dan Ahli-ahli PAC dinaikkan pangkat menjadi Menteri/Timbalan Menteri supaya siasatan terhenti.

Selain dari itu, beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang hilang pertimbangan yang mengeluarkan kenyataan BODOH dan semakin menyakitkan hati rakyat. Antaranya banyak Menteri yang menghina dan memperlekehkan usia Tun Dr Mahathir seperti Najib mengeluarkan perkataan KEPALA BAPAK ENGKAU, STUPID, BODOH, PELAKUN dan juga  terhadap Tun M. Zahid pula mencari publisiti murah dengan tujuan menghina mengatakan kononya menemui kad pengenalan asal nama sebagai "Mahathir anak lelaki Iskander Kutty" dan tidak layak .

NAMUN, sebagai pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat, segala perasaan dan kesangsian penulis terpaksa disimpan dalam hati sahaja. Pegangan kita ialah: Anggota perkhidmatan awam Kerajaan adalah bertanggungjawab kepada Kerajaan yang sedang memerintah.

Persempadanan Semula, Apa Yang Berubah?
29 March 2018 16:51

KUALA LUMPUR: Usul kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibahaskan hampir lima jam semalam diluluskan Dewan Rakyat dengan 129 ahli Parlimen bersetuju sementara 80 lagi menentang.

Rang undang-undang yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen, tujuh menyokong kerajaan sementara selebihnya adalah wakil pembangkang.

Kajian persepadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 15 September 2016 tersebut melalui proses notis persempadanan, pameran syor, representasi bantahan dan siasatan tempatan kali pertama dan kedua melibatkan 1,685 representasi.

Menerusi laporan persempadanan semula itu menyaksikan tiada penambahan kawasan baharu, sebaliknya terdapat 40 kawasan berubah sempadan pilihan raya membabit 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara negeri yang terlibat dalam persepadanan semula adalah Selangor (14 kawasan), Johor (10), Perak (4), Melaka (4), Negeri Sembilan (3), Kedah (2), Kelantan (2) dan Terengganu (1).

Selangor menjadi negeri tertinggi terlibat dalam persepadanan semula kawasan pilihan raya apabila terdapat lima perubahan berikut:
(1)  P.102 Bangi (menggantikan Serdang) 
(2)  P.104 Subang (Kelana Jaya), 
(3)  P.105 Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), 
(4)  P.107 Sungai Buloh (Subang).

Bagi kawasan DUN Selangor pula menyaksikan sembilan perubahan berikut:
(1)  N.16 Sungai Tua (menggantikan Batu Caves)
(2)  N.21 Pandan Indah (Chempaka), 
(3)  N.26 Sungai Ramal (Bangi), 
(4)  N.36 Bandar Utama (Damansara Utama) dan 
(5)  N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang).
(6)  N.48 Sentosa (Kota Alam Shah), 
(7)  N.49 Sungai Kandis (Seri Andalas), 
(8)  N.50 Kota Kemuning (Sri Muda), 
(9)  N.52 Banting (Teluk Datuk).

Terdapat dua kawasan Parlimen mengalami perubahan di Johor yang melibatkan kawasan:
(1)  P.162 Iskandar Puteri menggantikan Gelang Patah dan 
(2)  P.165 Tanjung Piai (Tanjong Piai) 

8 kawasan DUN Johor yang berubah nama adalah:
(1)  N.39 Tanjung Surat (nama lama Tanjong Surat), 
(2)  N.44 Larkin (Tanjong Puteri), 
(3)  N.46 Perling (Pengkalan Rinting), 
(4)  N.49 Kota Iskandar (Nusa Jaya),
(5)  N.55 Pekan Nanas (Pekan Nenas)
(6)  N.07 Bukit Kepong (Bukit Serampang), 
(7)  N.08 Bukit Pasir (Jorak) dan
(8)  N.13 Simpang Jeram (Sungai Abong).

Perak mengalami pemindaan empat nama kawasan seperti:
(1)  P.075 Bagan Datuk menggantikan (Bagan Datok) dan 
(2)  P.076 Teluk Intan (Telok Intan) 
(3)  N.13 Kuala Sepetang (Kuala Sapetang) dan 
(4)  N.38 Astaka (Setiawan).

Satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan DUN yang terlibat dalam persepadanan semula di Melaka pula adalah:
(1)  P.137 Hang Tuah Jaya (Bukit Katil), 
(2)  N.08 Machap Jaya (Machap), 
(3)  N.15 Pengkalan Batu (Bachang) dan 
(4)  N.17 Bukit Katil (Bukit Baru),

Di Negeri Sembilan terdapat 3 perubahan nama iaitu: 
(1)  P.132 Port Dickson (Telok Kemang)
(2)  N.24 Seremban Jaya (Senawang) dan 
(3)  N.33 Sri Tanjung (Port Dickson).

Tiga lagi negeri lain yang mengalami perubahan daripada persepadanan semula yang dilakukan SPR adalah:

Di Kedah melibatkan dua kawasan:
(1)  P.009 Alor Setar dan 
(2)  DUN N.12 Suka Menanti (Bakar Bata)

Dii Kelantan melibatkan 2 kawasan berikut:
(1) N.16 Apam Putra (Bukit Tuku), 
(2) N.21 Pantai Irama (Perupok) 

Di Terengganu hanya melibatkan satu kawasan DUN iaitu:
(1)  N.10 Buluh Gading (Teluk Pasu).

Pembubaran Parlimen

Mantan Perdana Menteri (Najib) telah mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal ke 13 pada 6 Apr 2018 yang berkiatkuasa pada 7 Apr 2018. pembubaran ini melibatkan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali DUN Sarawak 

Tarikh Penamaan Calon: 28 Apr 2018.
Tarikh Pilihan Raya: 9 Mei 2018
(Pengundi Awal pada 5 Mei 2018)

Kempen PRU 14

Terlalu banyak kelainan dalam kempen PRU kali ini. Antaranya.

(1)   Dalam sejarah, Tun M berkempen secara terbuka bersama-sama musuh-musuh ketat politik selama berpuluh tahun seperti Lim Kit Siang, Ahmad Sabu, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan lain-lain lagi.

(2)   Tun Dr Mahathir, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun (1981 - 2003) yang baru beberapa minggu dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (satu gabungan parti-parti yang dahulunya adalah pembangkang kepada BN) adalah insan yang memimpin gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan BN melalui PRU 14 ini.

(2)   Tun Mahathir berberjuang berpanji-panjikan Bendera PKR yang selama ini dikibarkan untuk menjatuhkan Tun M (semasa beliau menjadi PM) dan untuk menjatuhkan Kerajaan BN. 

(3)   Buat pertama kalinya, lawan BN iaitu Pakatan Harapan  yang mengandungi 4 parti (pendaftaran dan lambangnya belum diluluskan oleh ROS) bersetuju menggunakan lambang PKR dalam PRU 14. DAP yang berusia 52 tahun sanggup berkorban buat pertama kalinya tidak menggunakan lambangnya sendiri. PPBM digantung pendaftarannya beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Menjelang PRU 14 (2018), semarak api anti-BN sudah sampai kemuncaknya. Pakatan Harapan mendapat suntikan dari sokongan Mahathir kepada pembangkang. Gabungan Mahathir-Anwar-Guan Eng dan Muhyiddin  memberi impak yang sangat besar kepada perubahan sokongan pengundi. Ombak sambutan kempen oleh pihak Pakatan Harapan sudah tidak dapat dibendung. Isu peribadi PM yang selama ini cuba dipertahankan oleh Menteri-Menterinya sudah tidak dapat meyakinkan rakyat. Namun, penulis masih belum terpengaaruh dengan Anwar dan masih memangkah BN.

Keputusan PRU

Pada 100200H MEI 2018, pengumuman oleh SPR mengumumkan keputusan majoriti Dewan Undangan Negeri untuk 8 negeri-negeri Malaysia. Kedudukan adalah seperti berikut:

  1. Negeri Perlis. 2013 (BN). Kekal BN
  2. Negeri Kelantan: 2013 (PAS). Kekal PAS
  3. Negeri Pahang: 2013 (BN). Kekal BN
  4. Negeri Terengganu: 2013 (BN). Dimenangi oleh PAS
  5. Negeri Negeri Sembilan: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR
  6. Negeri Pulau Pinang: 2013 (PH-DAP). Kekal PH/PKR
  7. Negeri Johor: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR
  8. Negeri Selangor: 2013 (PH-PKR). Kekal PKR.
  9. Negeri Melaka: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR.
  10. Negeri Perak: 2013 (BN). Dimenangi PH/PKR.
  11. Negeri Kedah: 2013 (BN). Dimenangi PH/PKR.
Keputusan muuktamad kerusi Dewan Rakyat:
  1. PKR: 104
  2. BN: 79
  3. PAS: 18
  4. DAP: 9 (di Sarawak)
  5. WARISAN: 8
  6. STAR: 1
  7. BEBAS: 3
PEMBENTUKAN KERAJAAN PUSAT

102000H MEI 2018

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohammad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan SPB Yang Di Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negara.





SEJAK NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN, dalam setiap pilihanraya umum kebangsaan, pola pengundi tidak berubah, Pengundi MELAYU merupakan majoriti di kawasan luar bandar (sama ada kampung-kampung tradisi atau pun Tanah Rancangan FELDA. 25% pengundi Melayu menyokong PAS (terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak Utara)

Pengundi China (selaku kumpulan kedua terbesar) pula bertumpu di kawasan bandar dan pekan serta kawasan perlomobongan. Manakala pengundi minoriti INDIA berada di kedua-dua kawasan. 

Dlam PRU 1 (1959), majoriti pengundi Melayu boleh dikatakan menyokong UMNO (Perikatan) manakala pengundi China/India dibandar menyokong parti pembangkang terutamanya Socialist Front dan PPP. Manakala sebahagiannya menyokong Perikatan melalui MCA (China) dan MIC (India). Pengaruh MCA mengimbangi SF dan PPP. Parti pembangkang (SF/PPP) bertumpu di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengaruh pembangkang (SF/PPP) menurun dalam PRU 2 (1964). Ini bermakna, pengaruh MCA dan MIC meningkat di kawasan bandar. Begitu juga dengan pengaruh PAS, sedikit menurun dalam PRU 2.

Dalam PRU 3 (1969) pengaruh pembangkang (DAP/PPP) meningkat naik terutamanya di kawasan bandar. Peningkaan ini telah menjadi salah satu sebab berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.

Semasa PRU 4 (1974)  kedudukan parti pemerintah bertambah kukuh apabila beberapa parti pembangkang seperti PAS, Gerakan dan PPP (serta beberapa parti pembangkang di Sarawak dan Sabah) menyertai Perikatan untuk membentuk Barisan Nasional. Ini menjadikan peratusan barisan pembangkang semakin kecil. Hanya DAP sahaja yang kekal menjadi pembangkang terkuat.

Dalam PRU 1978, keadaan berubah sedikit apabila PAS keluar dari BN, menjadikan ia parti Melayu pembangkang  yang terkuat seimbang dengan kekuatan DAP.

Keadaan ini berterusan sehingga tahun 90an apabila UMNO mula berpecah beberapa kali. Pembangkang kalangan parti Melayu seperti PMS46, PAS dan PKR mula berkerjasama dengan DAP, parti pembangkang majoriti China. Kedudukan kerusi DAP dan PAS sentiasa turun naik mengikut trend semasa. Ini berterusan sehingga PRU 13 (2013). Trend juga menunjukkan (kecuali 1999) kedudukan kerusi Kerajaan BN semakin berkurangan dari satu PRU ke satu PRU.

Kemuncaknya, PRU 14 telah merubah pola pengundi ke 180 darjah apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan BN. Di kawasan bandar, 100% kerusi MCA dan parti komponen BN tewas kepada pembangkang. UMNO dan PAS (pembangkang) hanya berjaya mengekalkan kerusi kawasan luar bandar. Keadaan telah menjadikan pengundi kawasan bandar  (mewakili DAP dan PKR) menjadi teras parti pemerintah dengan sokongan pecahan pengundi UMNO dan PAS yang menyokong PKR, AMANAH dan PPBM (komponen PH).



Coat of arms of Malaysia.png
DEWAN RAKYA
MALAYSIA  KEEMPAT 
BELAS
(2018 - 2022)


  

Ahli Dewan Rakyat
Parlimen Ke 14 Malaysia

(11 Jul 2018 – 20 Nov 2022)

Bilangan Ahli: 222


Speaker
YB Tan Sri Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof
(16 Jul 2018 - 13 Jul 2020)

YB Nga Kor Ming (13 Jul 2018 - 16 Jul 2020)

Perlis

Parlimen: 3
BN (2)
PH (1)

P.001  Padang Besar: TB Dato' Zahidi bin Zainol Abidin.         
P.002  Kangar: YB Noor Amin bin Ahmad -PH(PKR)       
P.003  Arau: Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim.   

Kedah

Parlimen: 15
BN (2)
PH (10)
PAS (3)

P.004  Langkawi:  Tun Dr Mahathir bin Mohamad (PKR-PPBM)   
NotaDipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021.  
P.005  Jerlun: Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir (PKR-PPBM)
Nota : Dipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021.  
P.006  Kubang Pasu: YB Dr Amiruddin bin Hamzah - PH(PPBM).
Nota : Dipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021.  
P.007  Padang Terap: YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid -BN(UMNO)
P.008  Pokok Sena: Dato Mahfuz bin Omar -PH(PAN)
P.009  Alor Setar: YB Chan Meng Kai -PH (PKR)
P.010  Kuala Kedah: YB Dr Azman bin Ismail - PH(PKR)
P.011  Pendang: YB Hj Awang bin Hashim - PAS
P.012  Jerai: YB Sabri bin Azit - PAS
P.013  Sik: YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - PAS
P.014  Merbok: YB Nor Azrina bt Surip - PH(PKR)
P.015  Sungai Petani : YB Datuk Johari bin Abdul - PH(PKR)
P.016  Baling: YB Datuk Seri Abdul Azeez bin Abd Rahim -BN(UMNO)
P.017  Padang Serai: YB Karupaiyyah a/l Mutusamy
P.018  Kulim-Bandar Baharu: YB Saifudin Nasution bin Ismail - PH(PKR)

Kelantan

Parlimen: x
BN (5)
PAS (9)

P.019  Tumpat : YB Datuk Che Abdullah bin Mat Nawi - PAS
P.020  Pengkalan Chepa: YB Ahmad Marzuk bin Shaary - PAS
P.021  Kota Bharu: YB Datuk Takiuddin bin Hassan - PAS
P.022  Pasir Mas: YB Ahmad Fadhli bin Shaari - PAS 
P.023  Rantau Panjang: YB Siti Zailah binti Mohd Yusof - PAS
P.024  Kubang Kerian: YB Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man - PAS
P.025  Bachok: YB Nik Mohd Abduh bin Datuk Nik Aziz - PAS
P.026  Ketereh: YB Tan Sri Anuar bin Hj Musa - BN(UMNO)
P.027  Tanah Merah: YB Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abd Aziz - BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.028  Pasir Puteh: Datuk Dr Nik Muhamad Zawawi - PAS
P.029  Machang: YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub -BN(UMNO)
P.030  Jeli: YB Datuk Seri Mustapha bin Mohamed - BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 26 Okt 2018.
P.031  Kuala Krai: YB Abdul Latif bin Abd Rahman - PAS
P.032  Gua Musang: YB Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah - BN(UMNO)

Terengganu

Parlimen: 15
BN (2)
PAS (6)

P.033  Besut: YB Datuk Seri Idris bin Jusoh - BN(UMNO)
P.034  Setiu: YB Saharizukirnain bin Abd Kadir 
P.035  Kuala Nerus: YB Datuk Dr Khairudin bin Abd Rahman - PAS
P.036  Kuala Terengganu: YB Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim -PAS
P.037  Marang: YB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang -PAS
P.038  Hulu Terengganu: YB Datuk Rosol bin Wahid - BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.039  Dungun: YB Wan Hassan bin Mohd Ramli - PAS
P.040  Kemaman: YB Che Alias bin Hamid - PAS

Pulau Pinang

Parlimen: 15
BN (2)
PH (11)

P.041  Kepala Batas: YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican- BN(UMNO)
P.042  Tasek Gelugor: YB Shabudin bin Yahya -BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.043  Bagan: YB Lim Guan Eng - PH(DAP)
P.044  Permatang Pauh: YB Nurul Izzah binti Anwar - PH(PKR)
P.045  Bukit Mertajam: YB Steven Sim Chee Keong - PH (DAP)
P.046  Batu Kawan: YB Kasthurirani Patto -PH(DAP)
P.047  Nibong Tebal: YB Datuk Mansor bin Othman - PH(PKR).
Nota : keluar dari PH (PKR)  pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU) pada 22 Ogos 2020.
P.048  Bukit Bendera: YB Wong Hun Wai - PH(DAP)
P.049  Tanjong: YB Chow Kon Yeow - PH(DAP)
P.050  Jelutong: YB Sanisvara NetRayer Rajaji - PH(DAP)
P.051  Bukit Gelugor: YB Ramkarpal Singh - PH (DAP)
P.052  Bayan Baru: YB Sim Sze Zin - PH(DAP)
P.053  Balik Pulau: YB Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - PH(PKR)

Perak

Parlimen: 24
BN (11)
PH (13)

P.054  Gerik: Datuk Hasbullah bin Osman - BN(UMNO)
P.055  Lenggong: YB Datuk Shamsul Anuar bin Nasarah - BN(UMNO)
P.056  Larut: YB Datuk Hamzah bin Zainudin - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 14 Dis 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.057  Parit Buntar: YB Datuk Dr Mujhid bin Yusof Rawa - PH(PAN)
P.058  Bagan Serai: YB Datuk Dr Nor Azami bin Ghazali - BN(UMNO)
Nota : keluar BN(UMNO) pada 24 Jun 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 28 Nov 2018.
P.059  Bukit Gantang: YB Datuk Abu Hussein Hafiz -BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 27 Jun 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 28 Nov 2018.
P.060  Taiping: YB Teh Kok Lim - BN(PKR)
P.061  Padang Rengas: YB Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abd Aziz - BN(UMNO)
P.062  Sungai Siput (U): YB Kesavaran a/l Subramaniam - BN(DAP)
P.063  Tambun: YB Ahmad Faizal bin Datuk Azumu - PH(PPBM)
P.064  Ipoh Timur: YB Wong Kah Woh -PH(DAP)
P.065  Ipoh Barat: YB Kulasegaran -PH(DAP)
P.066  Batu Gajah: YB V. Sivakumar -PH(DAP)
P.067  Kuala Kangsar: YB Datin Mastura bt Mohd Yazid - BN(UMNO)
P.068  Beruas: YB Datuk Ngeh Ko Ham -PH(DAP)
P.069  Parit: YB Mohd Nizar bin Zakaria -BN(UMNO}
P.070  Kampar: YB Su Kong Seong -PH(DAP)
P.071  Gopeng: YB Lee Boon Chye -PH(DAP)
P.072  Tapah: YB Datuk M. Saravanan -BN(MIC)
P.073  Pasir Salak: YB Datuk Tajuddin bin Abd Rahman -BN(UMNO)
P.074  Lumut: YB Dr Mohd Hatta bin Md Ramli -PH(PKR)
P.075  Bagan: YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi -BN(UMNO)
P.076  Teluk Intan: YB Seah Leong Peng -PH(DAP)
P.077  Tanjung Malim: YB Chah Leh Kang -PH(PKR)

Pahang

Parlimen: 14
BN (9)
PH (5)

P.078  Cameron Highlands: YB C. Sivaraj -BN(MIC).
Nota : Kemenangan dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Niov 2018 dan diadakan PRK pada 26 Jan 2019. Dimenangi oleh Dato' Ramli bin Mohd Noor dari BN(UMNO)
P.079  Lipis: YB Abdul Rahman bin Mohamad - BN(UMNO)
P.080  Raub: YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja puji - PH(DAP)
P.081  Jerantut: YB Ahmad Nazlan bin Idris - BN(UMNO)
P.082  Indera Mahkota: YB Datuk Saifuddin bin Abdullah -PH(PKR)
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.083  Kuantan: YB Fuziah bt Salleh - PH(PKR)
P.084  Paya Besar: YB Mohd Shahar bin Abdullah - BN(UMNO)
P.085  Pekan: YB Datuk Sri Mohd Najib bin Abd Razak - BN(UMNO
P.086  Maran: YB Datuk Ismail bin Abd Mutalib - BN(UMNO)
P.087  Kuala Krau: YB Datuk Sri Ismail bin Mohamed Said - BN(UMNO)
P.088  Temerloh: YB Mohd Anuar bin Mohd Tahir - PH(PKR)
P.089  Bentong: YB Wong Tuck - PH(DAP)
P.090  Bera: YB Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob - BN(UMNO)
P.091  Rompin: YB Datuk Sri Hassan bin Ariffin - BN(UMNO)

Selangor

Parlimen: 22
BN (2)
PH (20)

P.092  Sabak Bernam: YB Datuk Mohd Fasiah bin Mohd Fakih -BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 14 Dis 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.093  Sungai Besar: YB Muslimin bin Yahya -PH(PAN)
P.094  Hulu Selangor: YB Liow Hasiad Hui - PH(PKR)
P.095  Tanjong Karang: YB Tan Sri Noh bin Omar - BN(UMNO)
P.096  Kuala Selangor: YB Dr Zulkefly bin Ahmad -PH(PAN)
P.097  Selayang: YB William Leong Jee Kin - PH(PKR)
P.098  Gombak: YB Mohammad Azmin bin Ali - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.099  Ampang: YB Zuraida bt Kamarudin - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.100  Pandan: YB Datuk Seri Wan Azizah bt Wan Ismail -PH(PKR)
P.101  Hulu Langat: YB Hasanuddin bin Mohd Yunus - PH(PKR)
P.102  Bangi (Serdang): YB Ong Kian Meng -PH(DAP)
P.103  Puchong: YB Gobind Singh Deo -PH(DAP)
P.104  Subang (Kelana Jaya): YB Wong Chen -PH(PKR)
P.105  Petaling Jaya (PJ Selatan): YB Maria Chin bt Abdullah -PH(PKR)
P.106  Damansara (Petaling Jaya Utara): YB Tony Phua Kiam Wee - PH(DAP)
P.107  Sungai Buloh (Subang): YB Sivarasa a/l K. Rasiah - PH(PKR)
P.108  Shah Alam: YB Mohd Khalid bin Abd Samad - PH(PKR)
P.109  Kapar: YB Datuk Abdullah Sani bin Abd Hamid - PH(PKR)
P.110  Klang: YB Charles Anthony Santiago - PH(PKR).
P.111  Kota Raja: YB Hj Mohamad bin Sabu - PH(PAN)
P.112  Kuala Langat: YB Dr Xavier Jayakumar Arulanandam -PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 13 Mac 2021 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
P.113  Sepang: YB Mohamed Hanipa bin Maidin -PH(PKR)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Parlimen: 15
PH (10)
BEBAS (1)

P.114  Kepong: YB Lim Lip Eng - PH(DAP)
P.115  Batu: YB Prabakaran a/l Parameswaran - BEBAS 
Nota : keluar PH(PKR) pada 13 Mei 2018.
P.116  Wangsa Maju: YB Datin Dr Tan Yee Kew - PH(PKR)
P.117  Segambut: YB Hannah Yeoh Tseow Suan - PH(DAP)
P.118  Setiawangsa: YB Nik Nazmy bin Nik Ahmad - PH(PKR)
P.119  Titiwangsa: YB Rina bt Mohd Harun - PH(PKR)
P.120  Bukit Bintang YB Fong Kui Lun - PH (DAP)
P.121  Lembah Pantai- YB Ahmad Fahmi bin Mohd Fadzil - PH(PKR)
P.122  Seputeh: YB Theresa Kok Suh Sim - PH(DAP)
P.123  Cheras: YB Tan Kok Wai - PH(DAP)
P.124  Bandar Tun Razak: YB Datuk Kamarudin bin Jaafar -PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.

Wilayah Persekutuan Putrajaya

P.125  Putrajaya: YB Dato Sri Tengku Adnan bin Tengku Kasim - BN(UMNO)

Negeri Sembilan

Parlimen: 15
BN (3)
PH (5)

P.126  Jelebu: YB Jalaluddin bin Alias - BN(UMNO)
P.127  Jempol: YB Salim bin Sharif - BN(UMNO)
P.128  Seremban: YB Loke Siew Fook -PH(DAP)
P.129  Kuala Pilah: YB Eddy Syazlee bin Sith - BN(PKR)
P.130  Rasah: YB Cha Kee Chin -PH(DAP)
P.131  Rembau: YB Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - BN(UMNO)
P.132  Port Dickson (Telok Kemang): YB Datuk Danyal Balagopal bin Abdullah -PH(PKR).
Nota : meletak jawatan  pada 12 Sep 2018. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 13 Okt 2018 dan dimenangi oleh YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim PH (PKR).
P.133  Tampin: YB Dr Hassan bin Baharom - PH(PKR)

Melaka

Parlimen: 15
BN (2)
PH (10)

P.134  Masjid Tanah: YB Datuk Mas Ermieyati bt Shamsuddin - BN(UMNO) 
Nota : keluar BN(UMNO) pada 1 Jul 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 13 Dis 2018.
P.135  Alor Gajah: YB Mohd Redzuan bin Yusof - BN(PPBM)
P.136  Tangga Batu: YB Dr Rusnah bt Aluai - PH(PPBM)
P.137  Hang Tuah Jaya (Bukit Katil): YB Shamsul Iskandar bin Mohd Akin -PH(PKR)      
P.138  Kota Melaka: YB Khoo Puay Tiong - BN(DAP)
P.139  Jasin: YB Datuk Ahmad bin Hamzah - BN(UMNO)

Johor

Parlimen: 26
PH (18)
BN (8)

P.140  Segamat: YB Datuk Seri Dr Edmond Santhara - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.  
P.141  Sekijang: YB Natrah binti Ismail - PH(PKR)
P.142  Labis: YB Pang Hok Leong - PH(PKR)  
P.143  Pagoh: YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin - PH(PPBM). 
Nota : membawa PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan membentuk Kerajaan  Perikatan Nasional pada 24 Feb 2020.
P.144  Ledang: YB Syed Ibrahim bin Syed Nor - PH(PKR)
P.145  Bakri: YB Yeo Bee Yin - PH(DAP) 
P.146  Muar: YB Syed Sadiq bin Syed Abd Rahman - BN(PPBM).
Nota : dipecat dari  PH(PPBM) pada 20 Mei 2020 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Kemudian menubuhkan Parti Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (MUDA)
P.147  Parit Sulong: YB Datuk Noraini bin Ahmad - BN(UMNO)
P.148  Ayer Hitam: YB Datuk Wee Ka Siong - BN(MCA)
P.149  Sri Gading: YB Datuk Dr Shaharudin bin Md Salleh - PH(PPBM)
Nota : bertanding sebagai calon PH (PPBM). Dipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menyertai PEJUANG pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021 
P.150  Batu Pahat: YB Datuk Ir Abd Rashid bin Hasnon - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.151  Simpang Renggam: YB Dr Maszlee bin Malik -PH(PPBM)
Nota : dipecat dari  PH(PPBM) pada 28 Mei 2020 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Kemudian menyertai PEJUANG pada Ogos 2020 dan keluar PEJUANG untuk menyertai PH(PKR) pada 27 Nov 2021
P.152  Kluang: YB Wong Shu Qi -PH(DAP)
P.153  Sembrong: YB Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein -BN(UMNO)
P.154  Mersing: YB Datuk Abdul Latif bin Ahmad - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 14 Dis 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.155  Tenggara: YB Dr Adham bin Baba - BN(UMNO)
P.156  Kota Tinggi: YB Datuk Halimah binti Mohd Sadique -BN(UMNO)
P.157  Pengerang: YB Dato' Seri Azalina bin Othman Said -BN(UMNO)
P.158  Tebrau: YB Steven Chong Shiau Yoon - PH(PKR)
P.159  Pasir Gudang: YB Hassan bin Abdul Karim - PH(PKR)
P.160  Johor Bahru: YB Akmal Nasrullah bin Nasir - PH(PKR)
P.161  Pulai: YB Salahuddin bin Ayub - PH(PAN)  
P.162  Iskandar Puteri: YB Lim Kit Siang - PH(DAP)
P.163  Kulai: YB Teo Nee Ching - PH(DAP)
P.164  Pontian: YB Datuk Hj Ahmad bin Maslan - BN(UMNO)
P.165  Tanjong Piai: YB Dr Md Farid bin Md Rafik - PH(PPBM).
Nota : meninggal dunia  pada 21 Sep 2019. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 16 Nov 2019 dan dimenangi oleh YB Datuk Wee Jeck Seng -BN(MCA).


Wilayah Persekutuan Labuan

P.166  Labuan: YB Datuk Mohd Rozman bin Isli - BN(UMNO).
Nota : keluar dari BN(UMNO) pada 11 Okt 2018 dan menyertai Parti Warisan Sabah pada tarikh yang sama.

Sabah

Parlimen: 25
BN (10)  - 2 MP BN(1 x UPKO dan 1 x PBRS) mengumumkan menyertai WARISAN pada 11 Mei 2018.
WARISAN(8) - gabungan PH
DAP (3) - gabungan PH
PKR (3) - gabungan PH
STAR (1) - mengumumkan menyertai BN pada 11 Mei 2018.

P.167  Kudat: YB Abdul Rahim bin Bakri- BN (UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.168  Kota Marudu: YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili - BN(PBS)
Nota : partinya PBS keluar dari komponen BN pada 12 Mei 2018.  
P.169  Kota Belud: YB Isnarasiah Munirah Majilis -PH(Warisan)
P.170  Tuaran: YB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau - BN(UPKO)
Nota : partinya UPKO keluar dari komponen BN pada 10 Mei 2018.
P.171  Sepanggar: YB Mohd Azis bin Jamman - PH(Warisan)   
P.172  Kota Kinabalu: YB Chang Foong Hin - PH (DAP)
P.173  Putatan: YB Awang Husaini Sahari - PH(PKR)         
P.174  Penampang: YB Ignatius Darell Leiking - PH(Warisan)
P.175  Papar: YB Ahmad bin Hj Hassan - PH(Warisan)
P.176  Kimanis: YB Datuk Anifah bin Aman - BN(UMNO).
Nota : Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan Anifah pada 16 Ogos 2019 dan gagal rayuan pada 2 Dis 2019. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 18 Jan 2020 dan dimenangi oleh YB Mohammad bin Alamin BN(UMNO).
P.177  Beaufort: YB Datuk Azizah binti Mohd Dun - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.178  Sipitang: YB Yamani Hafez Musa - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PKR) pada 17 Sep 2019.
P.179  Ranau: YB Jonathan Yasin - PH (Warisan).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.180  Keningau: YB Datuk Dr Gapari Katingan @ Geoffery Katingan - STAR
Nota: YB Gapari Katingan dan Datuk Dr Jeffrey mengisytiharkan bekerjasama dengan  BN (UMNO)pada 11 Mei 2018.
P.181  Tenom: YB Noorita Sual - PH(Warisan)           
P.182  Pensiangan: YB Tan Sri Arthur Joseph Kurup - BN(PBRS).
Nota : partinya PBRS keluar dari komponen BN pada 11 Mei 2018 tetapi kembali menyertai BN pada Mac 2020
P.183  Beluran: YB Datuk Seri Ronald Kiandee - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.184  Libaran: YB Zakaria Mohd Edris @ Tubau - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.185  Batu Sapi: YB Datuk Liew Voon Keong - PH(Warisan)
P.186  Sandakan: YB Stephen Wong Tien Fatt - PH(DAP).
Nota : meninggal dunia pada 28 Mac 2019. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 11 Mei 2019 dan dimenangi oleh YB Puan Vivian Wong Shir Yee BN(UMNO).
P.187  Kinabatangan: YB Datuk Bung Mokhtar Radin - BN(UMNO)
P.188  Silam: YB Mohamad Din Ketapi - PH(Warisan)
P.189  Semporna: YB Datuk Seri Mohd Shafie bin Apdal - PH(Warisan)
P.190  Tawau: YB Christina Liew Chin Jin - PH(PKR)
P.191 Kalabakan: YB Ma'mun Sulaiman - PH(Warisan)    

Sarawak

Parlimen: 15
BN (19) - (PBB(13), PRS(3), PDP(2), SUPP(1)
DAP (6) - gabungan PH
PKR (4) - gabungan PH
BEBAS (2) - kedua-dua MP Bebas ini menyertai PKR pada 12 Mei 2018.

P.192  Mas Gading: YB Mordi Bimol - DAP
P.193  Santubong: YB Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - BN(PBB)
P.194  Petra Jaya: YB Datuk Fadzillah bin Yusof - BN(PBB)
P.195  Bandar Kuching: YB Kelvin Yii Lee Wuen 
P.196  Stampin: YB Chong Chen Jin - BN(DAP)
P.197  Kota Samarahan: YB Rubiah Wang - BN(PBB)
P.198  Puncak Borneo: YB Willie Mongin - PH (PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020 tetapi kemudiannya meneertai GPS (PBB) pada 6 Ogos 2022.
P.199  Serian: YB Richard Riot Jaem - BN(SUPP)
P.200  Batang Sadong: YB Datuk Seri Nancy Shukri - BN(PBB)
P.201  Batang Lupar: YB Datuk Seri Rohani bt Abdul Karim - BN(PBB)
P.202  Sri Aman: YB Datuk Masir Kujat - BN(PRS).
Nota : keluar BN(PRS) pada 13 Mac 2019 dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada tarikh yang sama.  
P.203  Lubok Antu: YB Tambat @ Jugah ak Muyang -BEBAS 
Nota : menyertai PH (PKR) pada 12 Mei 2018 tetapi kemudiannya keluar dari PKR pada 5 Jun 2020 dan kembali menjadi Ahli Parlimen Bebas.
P.204  Betong: YB Robert Lawson Chuat - BN(PBB)
P.205  Saratok: YB Ali Biju - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.206  Tanjung Manis: YB Yusof bin Abdul Wahab - BN(PBB)
P.207  Igan: YB Ahmad Johnie Zawawi - BN(PBB)
P.208  Sarikei: YB Wong Lin Biu - DAP
P.209  Julau: YB Larry Sng Wei Shein - BEBAS 
Nota : menyertai PH (PKR) pada 12 Mei 2018 tetapi kemudiannya keluar dari PKR pada 28 Feb 2021 dan kembali menjadi Ahli Parlimen Bebas. 
P.210  Kanowit: YB Datuk Aaron Ago Dagang - BN(PRS)
P.211  Lanang: YB Alice Lau Kiong Yieng - DAP
P.212  Sibu: YB Orcar Ling Chai Yew - DAP
P.213  Mukah: YB Hanifah Hajar bt Taib - BN(PBB)
P.214  Selangau: YB Baru Bian - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.  Beliau menyertai PSB pada 30 Mei  2020.
P.215  Kapit : YB Datuk Alexander Nanta Linggi - BN(PBB)
P.216  Hulu Rajang: YB Datuk Wilson Ugak Kumbong -BN(PRS)
P.217  Bintulu: YB Datuk Seri Tiong King Seng -BN(PDP)
P.218  Sibuti: YB Lukaniswan Awang - BN(PBB)
P.219  Miri: YB Dr Michael Teo Yu Keng - PH(PKR)
P.220  Baram: YB Anyi Ngau - BN(PDP)
P.221  Limbang: YB Hasbi bin Habibollah - BN(PBB)
P.222  Lawas: YB Datuk Henry Sum Agong - BN(PBB)


PERISTIWA 'PASCA PRU 14'

  1. Kerajaan Negeri Kelantan  dibentuk pada 10 Mei 2018. ADUN Pasir Pekan, Datuk Ahmad bin Yakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (penggal kedua).
  2. Kerajaan Negeri Terengganu  dibentuk pada 10 Mei 2018. ADUN Rhu Redang, YB Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  3. Parti UPKO keluar dsri komponen  BN pada 10 Mei 2018.
  4. Parti Liberal Demokratik (LDP) keluar dari BN pada 10 Mei 2018.
  5. Kerajaan Negeri Sabah  dibentuk pada 11 Mei 2018. YB Tan Sri Musa bin Aman  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri (penggal kelima).
  6. Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar dari BN dan membentuk Gabungan Bersatu pada 12 Mei 2018.
  7. Kerajaan Negeri Selangor dibentuk pada 11 Mei 2018. ADUN Bukit Antarabangsa, YB Dato' Seri Mohamad Azmin bin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (penggal kedua).
  8. Kerajaan Negeri Melaka  dibentuk pada 11 Mei 2018. ADUN Bukit Katil, YB Adly bin Zahari  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
  9. Kerajaan Negeri Kedah dibentuk pada 11 Mei 2018. ADUN Jitra, YB Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (kali kedua).
  10. Pada 12 Mei 2018 Tun Dr Mahathir juga mengumumkan anggota Majlis Penasihat Kerajaan, iaitu: Tun Daim bin Zainuddin;  Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar Aziz bin Ungku Abdul Aziz; Tan Sri Mohd Hassan Marican; Tan Sri Robert Kuok; dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
  11. Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dibentuk pada 12 Mei 2018. ADUN Sikamat, YB Aminuddin bin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  12. Kerajaan Negeri Johor dibentuk pada 12 Mei 2018. ADUN Kempas, YB Datuk Osman bin Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  13. Kerajaan Negeri Perak dibentuk pada 12 Mei 2018. ADUN Chenderiang, YB Datuk Ahmad Faizal bin Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  14. Pada 12 Mei 2018, Kerajaan Sabah pimpinan Tan Sri Musa bin Aman telah tumbang apabila  beberapa ADUN melompat menyertai Parti Warisan Sabah dan mendapat majoriti 35:25 untuk membentuk Kerajaan. YB Datuk Mohd Shafie bin Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
  15. BN Sarawak dibubarkan pada 12 Jun 2018 dan membentuk Gabungan Paerti Sarawak (GPS).
  16. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibentuk pada 14 Mei 2018. ADUN Padang Kota, YB Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
  17. Kerajaan Negeri Pahang dibentuk pada 15 Mei 2018. ADUN Jelai, YB Dato' Sri Wan Rosdy bin Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  18. Parti Progresif Penduduk Malaysia  (MyPPP) umum keluar dari BN pada 19 Mei 2018.YB Amirudin bin Shari angkat sumpah MB Selangor pada 19 Jun 2018 menggantikan YAB Dato' Seri Azmin bin Ali yang dilantik menganggotai Kabinet Kwerajaan pusat.
  19. Kerajaan Negeri Perlis merupakan negeri terakhir dibentuk pada 24 Mei 2018. ADUN Bintong, YB Dato' Seri Azlan bin Man mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. 
  20. ADUN Tambun Tulang, Perlis, YB Ismail Kassim keluar dari UMNO pada 20 Jun 2018.
  21. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) keluar dari BN dan menyertai PH pada 23 Jun 2018.
  22. PARTI GERAKAN keluar BN pada 23 Jun 2018.
  23. Persidangan pertama Dewan Rakyat pada 16 Julai 2018. Datuk Mohammad Ariff bin Md Yusof (bekas Hakim Mahkamah Tinggi) dilantik menjadi Speaker yang baru.
  24. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 16 Julai 2018. 
  25. Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Datuk Abd Rashid bin Hasnon, dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Nga Kor Ming, dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 16 Julai 2018.
  26. Tun Dr Mahathir letak jawatan PM dan Pengerusi PPBM pada 24 Februari 2020.
  27. PPBM Isytihar keluar PH pada 24 Februari 2020.
  28. YDP Agong melantik Tun Dr Mahathir sebagai PM Interim pada 24 Februari 2020.

ULASAN PENULIS

(1)   Politik adalah politik. Ada yang boleh diramal ada yang di luar sangkaan.

(2)   Politik adalah politik. Semalam kawan baik yang tidur sebantal, hari ini menjadi musuh ketat. Tetapi esok atau lusa mungkin akan kembali menjadi kawan baik semula. Begitu juga sebaliknya, dari musuh ketat bertahun-tahun, boleh menjadi rakan baik demi untuk mencapai cita-cita politik.

(3)   Banyak orang miskin menjadi kaya dalam sekelip mata kerana politik.

(4)   Ada (mungkin tak banyak) orang politik yang semalam merupakan seorang VVIP yang ditatang dan disanjung, tetapi hari ini bergelar banduan.

(5)   Politik boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara, jika ia diurus dengan bijak dan jujur. Politik juga boleh menyebabkan sesebuah negara menjadi muflis. 

(6)   Kejatuhan kerajaan BN adalah sesuatu yang mengejutkan seluruh dunia, begitu juga dengan kebangkitan Mahathir setelah bersara selama 13 tahun untuk kembali mengetuai Kerajaan Malaysia.

(7)   Sebahagian besar rakyat Malaysia amat marah dengan PM Najib Razak. Mereka mahu Najib turun dan disiasat. Tapi rakyat tidak menjangka BN akan akan begitu teruk. 

(8)   Integriti Najib telah sekian lama dipertikaikan, rakyat bosan menantikan jawapan. Banyak tindakan Najib untuk menutup kesnya semakin memarakkan kemarahan rakyat.  Merahsiakan laporan siasatan, memberi jawatan Menteri/Timbalan Menteri kepada Pengerusi dan ahli PAC yang menyiasat 1MDB, memecat Peguam Negara, menamatkan tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan beberapa pegawai kanan SPRM dan akhirnya memecat TS Muhyiddin, DS Mukhriz dan DS Shafie Apdal.

(9)  Walaupun sebahagian besar rakyat sudah mengetahui pelbagai skandal Najib, dia masih disokong kuat oleh SPRM, Peguam Negara, KPN dan juga barisan kabinetnya. Malah beberapa Menteri (Ahmad Zahid, Nazri Aziz, Azalina Othman, Tengku Adnan, Salleh Said, Noh Omar, Rahman Dahlan dll) telah mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik dan bodoh-bodoh hanya untuk membenarkan Najib. Rakyat semakin meluat, dan akhirnya menggunakan PRU 14 untuk menjatuhkan BN dan UMNO.

(10)  Rakyat bukan sahaja mempertikai Najib Razak, tetapi juga ramai kroni dan politikus BN yang memegang jawatan di hampir kesemua GLC telah menyalahguna kuasa dan kebal dari siasatan. Selain dari 1MDB, nama-nama seperti FELDA, TM, TNB, TH  dan MOF Inc dan banyak lagi GLC telah terpalit dalam pelbagai isu penyelewengan.

(11) BN dan UMNO adalah sama seperti parti-parti politik yang lain sama ada di dalam Kerajaan  atau parti-parti lain di luar kerajaan (sebelum PRU 14). Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, ada penyokong dan pembangkang. Tetapi kekalahan BN dan UMNO dari tahta Malaysia adalah berpunca dari seorang yang bernama Najib Razak.

(12) Kalau Mahathir mencipta sejarah menjadi PM Malaysia untuk kali kedua dalam usia lebih 92 tahun, Najib juga telah mencipta legasi sendiri sebagai PM yang membawa kekalahan BN/Perikatan yang telah memerintah selama lebih 60 tahun.

(13) MP dan ADUN UMNO perlu segera membuat keputusan untuk berada di platform mana selepas PRU 14. Walaupun mereka menang di atas tiket UMNO dan BN, dengan suasana sekarang meneruskan perjuangan dalam BN sudah tidak lagi relevan. Bukan kerana UMNO atau BN tidak memerintah tetapi IMEJ dan MARUAH UMNO telah busuk dan menjijikkan.
.