SABAH
NEGERI DI BAWAH BAYU
Kali pertama penulis menjejakkan kaki ke Sabah (Kota Kinabalu) adalah pada tahun 1982 ketika bertugas sebagai Pegawai Pergerakan Udara di TUDM Kuching. Pemergian penulis adalah kerana mengikuti penerbangan berjadual dari Kuching - KK - Kuching atas ehsan Kapten Pesawat. Itu pun mendarat lebih kurang dua jam sahaja, hanya berkeliaran di sekitar terminal lapangan terbang KK.
Di awal perkhidmatan penulis, Labuan masih sebahagian dari Sabah sehingga ia menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984. Semasa penulis berkhidmat di TUDM Kuching juga penulis berpeluang sekali mengikuti penerbangan 'military comm' pesawat Nuri ke TUDM Labuan. Semasa penulis berkhidmat di MINDEF antara tahun 1993 - 1994; 1997-1998; dan 2004 - 2006, penulis berpeluang ke TUDM Labuan beberapa kali atas urusan rasmi dan juga sekali ke Kota Kinabalu.
Peluang secara rasmi ke tanah besar Sabah hanya diperolehi antara tahun 2015 hingga 2018 semasa penulis berkhidmat di Markas ATM - Bahagian KOMLEK. Penulis berpeluang menjejakkan kaki ke Telok Sepanggar, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Kota Belud.
ASAL USUL NAMA SABAH
Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Βajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai Seludang. Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah. Oleh sebab itu Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.
Fakta Negeri Sabah
Ibu Negeri: Kota Kinabalu (dulu dikenali sebagai Jesselton)
Keluasan: 73,904 km2
Penduduk: 3,418,785 (2025)
Kepadatan: 50.25 per km2
Penempatan manusia terawal di Sabah boleh dijejak sejak 20 ribu hingga 30 ribu tahun dahulu di sepanjang kawasan Teluk Darvel di gua-gua Madai-Baturong. Negeri ini telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China bermula sejak abad ke-14. Sabah mula berada di bawah pengaruh Empayar Brunei sekitar abad ke 14 dan ke 15. Bahagian barat negeri ini juga berada di bawah pengaruh Kesultanan Sulu bermula pada abad ke 18.
Pada tahun 1704, Sultan Brunei telah menyerahkan satu wilayah di sebelah timur Telok Marudu kepada Kesultanan Sulu. Seterusnya antara 22 Jan 1763 hingga 26 Feb 1775. Sultan Sulu menyerahkan pula Pulau Balambangan yang juga sebahagian dari kawasan pantai Borneo Utara kepada British East India Company (BEIC); pulau ini kemudian dinamakan Balambangan Felicia Island. Secara formalnya, dari 1775 hingga 1946, Sabah adalah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu tetapi mula diletakkan di bawah perlindungan British mulai tahun 1881.
MASYARAKAT SABAH
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke 16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.
Pada 22 Jan 1878 satu perjanjian antara Kesultanan Sulu dengan satu sindiket perdagangan dari British yang diwakili oleh Alfred Dent dan Baron de Overbeck. Perjanjian ini memutuskan bahawa Borneo Utara diserahkan (sewa beli) kepada pihak British dan sebagai balasannya Sultan Sulu menerima sejumlah 5,000.00 Ringgit Malaya setahun. Mulai 12 Mei 1888, Borneo Utara diterima sebagai negeri di bawah lindungan British. British North Borneo Chartered Company (BNBCC) mentadbir Borneo Utara dari 26 Ogos 1881 sehingga pendudukan Jepun. Pada 22 Apr 1903, Sultan Sulu menandatangani penyerahan beberapa buah pulau lagi dari Pulau Banggi ke Teluk Sibuku kepada BNBCC.
Keseluruhan Borneo Utara jatuh ke tangan Jepun pada 9 Jan 1942. Jepun menamakan jajahan ini sebagai Kita Boroneo yang meliputi 5 wilayah (meliputi Borneo, Labuan dan Sarawak, iaitu: Seikai-shū (Pantai Barat Borneo Utara); Kyūchin-shū (Kuching); Miri-shū (Miri); Tokai-shū (Pantai Timur Borneo);
dan Shibu-shū (Sibu).
Antara 9 Okt 1943 hingga 10 Okt 1943, pemberontakan oleh pasukan Anti-Jepun yang dipimpin oleh kaum China untuk membebaskan Jesselton (Api-Api) tetapi gagal.
Apabila Jepun menyerah kalah pada 10 Sep 1945, Borneo Utara diperintah oleh British (Australian) Military Administration (BMA). Pada 15 Jul 1946, BNBCC secara rasmi menyerahkan Borneo Utara (termasuk Labuan dan Sarawak) sebagai Tanah Jajahan British.
Antara Dis 1962 hingga 17 Okt 1990, berlaku pemberontakan (insurgency) di Sarawak yang dipimpin oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Operasi PKKU turut melibatkan wilayah Borneo Utara. Mulai 31 Ogos 1963, Borneo membentuk Kerajaan sendiri dan menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 Sep 1963 dan nama Borneo Utara diubah kepada Wilayah Sabah. Mulai 27 Ogos 1976 status "Wilayah Sabah" diubah kepada "Negeri Sabah".
Pada 16 Apr 1984, Kerajaan Negeri Sabah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuanb Malaysia untuk menyerahkan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.
Mat Salleh Pahlawan Peribumi Sabah
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896. Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan BNBCC bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran BNBCC di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak BNBCC menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali. Akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat BNBCC yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran BNBCC menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.
GABENOR BALAMBANGAN
Maharajah of Sabah and Rajah of Gaya and Sandakan
- Alfred Dent (29 Dec 1877 - 26 Aug 1881).
Chairmen of the British North Borneo Provisional Association, Ltd.
- Gustav Freiherr von Overbeck (26 Aug 1881 - Apr/May 1882).
- Alfred Dent (?)
- Richard Charles Mayne (?)
- William Henry MacLeod Read (?)
Chairmen of the British North Borneo Chartered Company
- Sir Rutherford Alcock (Apr/May 1882 - 1893).
- Richard Biddulph Martin (1893 - 1903).
- Sir Charles James Jessel (1903 - 1909)'
- William Clark Cowie (1909 - 14 Sep 1910)
Presidents of the British North Borneo Chartered Company
- Sir Joseph West Ridgeway (1910 - 1926).
- Sir Neill Malcolm (3 Feb 1926 - 15 Jul 1946).
Chiefs of Balambangan
- Alexander Dalrymple (22 Jan 1763 - 21 Mar 1771)
- John Herbert -Resident (1774 - 26 Feb 1775)
- Pemangku ((1775 - 1803).
- Robert Townsend Farquhar (1803 - Nov 1805)
Governor of the Colony of Ambong and Maroodu ("Ellena")
- Joseph William Torrey (24 Nov 1865 - 1866) - Raja Ambong dan Marudu
- Thomas Bradley Harris (22 May 1866) - Vice Governor
British Resident of the East Coast (at Sandakan)
- William Burgess Pryer (11 Feb 1878 - 1883)
Governors of British North (and 1 Jan 1890 - 31 Dec 1905, Governors of Labuan)
- William Hood Treacher (26 Aug 1881 - 1887).
- William Maunder Crocker (1887 - 1888).
- Charles Vandelleur Creagh (Mar 1888 - 1895)
- Leicester Paul Beaufort (1895 - 1900)
- Hugh Charles Clifford (1900 - 1901)
- Ernest Woodford Birch (1901 - 1903)
- Edward Peregrine Gueritz (1904 - 1911)
- Francis Robert Ellis (1911 - 27 Jun 1912)
- Frederick William Fraser (27 Jun 1912 - 1 Nov 1912) - Pemangku
- James Scott Mason (1 Nov 1912 - 6 Dec 1912)
- Frederick William Fraser (6 Dec 1912 - Feb 1913) - Pemangku
- Cecil William Chase Parr (Feb 1913 - 1915)
- Frederick William Fraser (1915 - 1916) - Pemangku
- Aylmer Cavendish Pearson (1916 - 1922).
- Frederick William Fraser (1919) - Pemangku
- Sir William Henry Rycroft (1922 - 1925)
- Aylmer Cavendish Pearson (1925 - 15 Mar 1926)
- John Lisseter Humphreys (Oct 1926 - 16 Dec 1929)
- Arthur Frederick Richards (1930 - 1933)
- Douglas James Jardine (1934 - 1937)
- Charles Robert Smith (1937 - 19 Jan 1942) - menjadi tawanan perang Jepun antara Jan 1942 hingga Aug 1945).
Japanese Military governors of Kita Boruneo (commanders of Borneo Defence Army (37th Army);
- Kiyotake Kawaguchi (16 Dec 1941 - Mar 1942) - Commander Kawaguchi Detachment.
- Nakahata Joichi (Mar 1942 - 11 Apr 1942) - Commander 4th Independent Mixed Regiment.
- Toshinari Maeda (11 Apr 1942 - 5 Sep 1942) - Commander-in-chief Expeditionary Forces in Borneo.
- Masataka Yamawaki (5 Sep 1942 - 26 Dec 1944) - Commander-in-chief Expeditionary Forces in Borneo.
- Masao (Masaro) Baba (26 Dec 1944 - 10 Sep 1945) - Commanding officer 37th Army.
Japanese Civil Governors of Seikai-shu (Wilayah Pantai Barat)
- Yoshimasa Murakami (1942 - 1943).
- Manabu Kuji (20 Nov 1943 - 1 Jun 1945)
- Shigeru Kuroda (Jul 1945 - 10 Sep 1945)
- Nozoki (1942 - 1943)
- Setsuo Yamada (1943 - 194x)
- Sotojirō Tokuno (194. - 11 Jul 1945)
Japanese Civil Governors of Miri-shu (Wilayah Miri)
- Rōichi Kodama (1942 - Sep 1945)
Japanese Civil Governors of Tikai-shu (Wilayah Pantai Timur)
- Taneki Kunabe (1942 - Sep 1945)
- Kojiro Senda (Jun 1942 - 1942)
- Saburō Kawada (1942 - Oct 1943)- Senior Admin Officer
Allied Military Governors of Sarawak and North Borneo
- Thomas "Tom" Charles Eastick (10 Sep 1945 - 5 Jan 1946).
- Edward Cecil James Woodford (5 Jan 1946 - 15 Jul 1946)
British Agents for Sarawak and North Borneo
12 May 1888 - 3 Jan 1942 the Governors of the Straits Settlements
British Liaison Officer to Sarawak and North Borneo
12 May 1888 - 3 Jan 1942 the Governors of the Straits Settlements
British Liaison Officer to Sarawak and North Borneo
- Walter Evelyn Pepys (1940 - 25 Dec 1941)
Chief Civil Affairs Officer, British Borneo Civil Affairs Unit (in Labuan)
- Charles Frederick Cunningham (10 Sep 1945 - 10 Jan 1946)
Chief Civil Affairs Officer, British Military Administration (British Borneo)(in Labuan)
- Charles Frederick Cunningham (10 Jan 1946 - 15 Jul 1946)
Senior Civil Affairs Officer of the British Military Administration
for the North Borneo Area (North Borneo, Brunei, Labuan)(at Jesselton)
for the North Borneo Area (North Borneo, Brunei, Labuan)(at Jesselton)
- Robert George Patrick Nicholson (10 Jan 1946 - 15 Jul 1946)
Chief Secretaries
- James Calder (1946 - 1953).
- Bryan Justin O'Brien (Mar 1953 - 1956)
- Robert Noel Turner (1956 - 16 Sep 1963)
British Governor of Sabah
- Charles Robert Smith (15 Jul 1946 - Nov 1946)
- Edward Francis Twining (Nov 1946 - 1949)
- Sir Edward Francis Twining (1 Jan 1949) - Pemangku
- Sir Herbert Ralph Hone (1950 - 1954).
- Ronald Evelyn Turnbull (4 Mar 1954 - 1959)
- Sir Roland Evelyn Turnbull (1956) - Pemangku
- Sir William Allmond Codrington Goode (1959 - 1963)
Yang di-Pertua Negara Sabah
mulai 1976, dipinda menjadi
Yang di-Pertua Negeri Sabah
- Tun Datu Mustapha bin Harun (16 Sep 1963 - 16 Sep 1965).
- Tun Datuk Pangeran Ahmad bin Rafaie (16 Sep 1965 - 16 Sep 1973).
- Tun Mohd Fuad Stephens @ Donald Stephens (16 Sep 1973 - 28 Jul 1975).
- Tun Datuk Mohamad Indan bin Kari (28 Jul 1975 - 10 Oct 1977).
- Tun Ahmad bin Koroh (12 Oct 1977 - 25 Jun 1978).
- Tun Datuk Mohamad Adnan Robert (27 Jun 1978 - 31 Dec 1986).
- Tun Datuk Seri Panglima Mohamad Said bin Keruak (1 Jan 1987 - 31 Dec 1994)
- Tun Datuk Seri Panglima Sakaran bin Dandai (1 Jan 1995 - 31 Dec 2002).
- Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah (1 Jan 2003 - 31 Dec 2010).
- Tun Datuk Seri Panglima Juhar bin Mahiruddin (1 Jan 2011 - 31 Dec 2024).
- Tun Dato' Seri Panglima Musa bin Aman (1 Jan 2025 - kini)
Untuk melihat gambar-gambar TYT Sabah, sila kembali ke laman ini:
Ketua Menteri Sabah
- Datuk Donald Stephens (16 Sep 1963 - 31 Dec 1964).
- Tan Sri Datuk Peter Lo Sui Yin (1 Jan 1965 - 12 May 1967).
- Tun Mustapha Harun (12 May 1967 - 1 Nov 1975).
- Datuk Mohamad Said Keruak (1 Nov 1975 - 18 Apr 1976).
- Tun Mohd Fuad Stephens (18 Apr 1976 - 6 Jun 1976).
- Datuk Harris bin Mohd Salleh (6 Jun 1976 - 22 Apr 1985).
- Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (22 Apr 1985 - 17 Mar 1994).
- Tan Sri Sakaran bin Dandai (17 Mar 1994 - 27 Dec 1994).
- Datuk Seri Salleh bin Mohamad Said (27 Dec 1994 - 28 May 1996).
- Datuk Yong Teck Lee (28 May 1996 - 28 May 1998).
- Tan Sri Bernard Dompok (28 May 1998 - 14 Mar 1999).
- Datuk Seri Osu Sukam (14 Mar 1999 - 27 Mar 2001).
- Datuk Chong Kah Kiat (27 Mar 2001 - 27 Mar 2003) (Tan Sri).
- Tan Sri Musa Aman (7 Mar 2003 - 12 May 2018).
- Datuk Seri Shafie Apdal (12 May 2018 - 29 Sep 2020).
- Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor (30 Sep 2020 - kini
GAMBAR KETUA MENTERI NEGERI SABAH
(30 Sep 2020 - kini)
MANTAN KETUA MENTERI
Datuk Seri Shafie Apdal
(13 May 2018 - 29 Sep 2020)
(13 May 2018 - 29 Sep 2020)
Tan Sri Musa Aman
(8 Mac 2003 - 12 Mei 2018).
.
.
Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat
(28 Mac 2001 - 7 Mac 2003)

Datuk Osu Sukam
(14 Mac 1999 - 27 Mac 2001)
Tan Sri Bernard Dompok
(Mei 1998 - Mac 1999)
Datuk Yong Teck Lee
(Mei 1996 - Mei 1998)
Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said
(Dis 1994 - Mei 1996)
Tan Sri Sakaran Dandai
(Tun) (Mac 94 - Dis 94)
Datuk Joseph Pairin Kitingan
(1985 - Mac 1994)
Datuk Haris Salleh
(7 Jun 1976 - 22 Apr 1985)
Tun Mohd Fuad Stephen
(18 Apr 1976 - 6 Jun 1976)
Datuk Said Keruak
(1 Nov 1975 - 18 Apr 1976)
Tun Datu Mustapha Datu Harun
(12 May 1967 - 1 Nov 1975)
Datuk Peter Loh Su Yin
(1 Jan 1965 - 12 May 1967

Datuk Donald Stephen
.(16 Sep 1963 - 31 Dec 1964)
EVOLUSI BENDERA SABAH
1988 - KINI
1982 - 1988
1963 - 1981
1948 - 1963
1945 - 1948
PENTADBIRAN KERAJAAN SABAH
BAHAGIAN dan DAERAH
- Bahagian Pantai Barat.
- Kota Belud
- Kota Kinabalu
- Papar
- Penampang
- Ranau
- Tuaran
- Bahagian Pedalaman
- Beaufort
- Keningau
- Kuala Penyu
- Nabawan/Pensiangan
- Sipitang
- Tambunan
- Tenom
- Sandakan
- Beluran
- Kinabatangan
- Sandakan
- Tawau
- Kunak
- Lahad Datu
- Semporna
- Tawau
- Kudat
- Kota Marudu
- Kudat
- Pitas
Majlis Bandaraya
- Majlis Bandaraya Kota Kinabalu
- Majlis Perbandaran Sandakan
- Majlis Perbandaran Tawau
- Lembaga Bandaran Kudat
- Majlis Daerah Beaufort
- Majlis Daerah Keningau
- Majlis Daerah Kinabatangan
- Majlis aerah Kota Belud
- Majlis Daerah Kota Marudu
- Majlis Daerah Kunak
- Majlis Daerah Lahad Datu
- Majlis Daerah Kuala Penyu
- Majlis Daerah Papar
- Majlis Daerah Nabawan
- Majlis Daerah Penampang
- Majlis Daerah ranau
- Majlis Daerah Semporna
- Majlis Daerah Sipitang
- Majlis Daerah Tambunan
- Majlis Daerah Tenom
- Majlis Daerah Tuaran
Kota Kinabalu
Sepangar Bay Oil Terminal
Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Pelabuhan Domestik
- Sandakan
- Tawau
- Kudat
- Lahad Datu
- Kunak
- Sempurna
Landasan Terbang Domestik
- Sandakan
- Tawau
- Sempurna
- Keningau
- Long Pasia
- Gunung Kinabalu & Taman Kinabalu
- Kundasang
- Hutan Simpan Kinabatangan
- Gua Gumantong
- Pusat Perlindungan Orang Utan Sepiluk
- Pulau Sipadan & Ligitan
- Zoo Lok Kawi
- Pantai Tanjung Aru
- Tanjung Simpang Mengayau
- Pulau Tiga
- Pulau Mabul
- Kolam Air Panas Poring
- Taman Negara Pulau Penyu
- Pusat Rafflesia, Tambunan
- Klias Wetlands
- Gua Madai
- Maliau Basin Lost World
Landasan Terbang Tentera
tiada
Kem Tentera
Kem Tentera
- Kem Lok Kawi, KK
- Kem Bukit Perwira, Sandakan
- Kem Kukusan, Tawau
- Kem Sri Kinabatangan, Sandakan
- Kem Paradise, Kota Belud
- Kem Sri Kudat
- Kem Chenderawasih
- Kem Seri Wangsa
- Kem Kubota
- Kem Azumi
- Pangkalan TLDM Teluk Sepangar
- Pangkalan TLDM Sandakan
- KD Sri Tawau
- KD Sri Semporna
- Lapangsasar Udara (LASARUD), Kem Paradise, Kota Belud
- Universiti Malaysia Sabah, Likas
- Universiti Teknologi MARA (Kampus Sabah)
- Politeknik Kota Kinabal
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
- Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
- Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
- Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
- Brunei Indonesia Malaysia Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA)
- Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC)
No comments:
Post a Comment