Tuesday, November 14, 2017

M 175: JDT SOUTHERN TIGER

JDT (SOUTHERN TIGERs)
SIMBOL TRANSFORMASI SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA




Sebelum ini aku ada bercerita tentang sejarah dan perkembangan bola sepak Malaysia dalam blog ini. Sila rujuk Tajuk M 019 (BOLA SEPAK MALAYSIA).

Bola sepak Malaysia mencapai puncak kegemilangannya antara tahun 1970 hingga awal 1080an. Malaysia dua kali layak ke Sukan Olimpik (Munich 1972 dan Moscow 1980). Selepas itu dunia bola sepak Malaysia semakin merudum dan semakin hilang dari persada bola sepak nusantara. Hanya pada penghujung dekad pertama abad kedua, pasukan Malaysia ada menunjukkan sedikit kebangkitan, apabila menjuarai Piala AFF Suzuki (2010) dan Sukan SEA (2009 dan 2011). Sebahagian besarnya tenggelam dan pernah tewas kepada pasukan-pasukan yang selama ini dianggap lemah.

Sebenarnya sendiri sudah hilang minat dengan prestasi bolasepak Malaysia. Jika ada siarang langsung melibatkan pasukan Malaysia di televisyen, aku jarang sangat menontonnya.

Minat bola aku semakin pudar, semakin kecil menguncup, semakin masuk ke dalam tempurung. Hanya tertumpu kepada bola sepak tempatan seperti Piala Malaysia dan Liga Malaysia sahaja. Aku lebih berminat dengan perkembangan pasukan negeri asalku, Johor Darul Taazim.
.
Mari kita berkenalan dengan Bolasepak Johor
http://johorsoutherntigers.com.my/teams/


Persatuan Bolasepak Negeri Johor, (Johor Football Association) also simply known as PBNJ, is the governing body of football in Johor Bahru, Malaysia. PBNJ is responsible for coordinating and developing football in the state of Johor and has teamed up with the Football Association of Malaysia (FAM) as the official governing body of football in Malaysia.

Formed in December 29, 1955, it was initially based in Kluang, Johor. In its early years of establishment, PBNJ was registered under the Societies Act 1966 and subsequently re-registered under the Commissioner of Sports Development Act 1997. Central to the creation of Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, the association has also been entrusted to organize the first round and quarter-final World Youth Cup competition in 1997 and the Asian Zone World Cup qualifier between Iran and Japan in the same year. The stadium is based at Larkin.

PBNJ starts its football development by forming its first professional football team, Johor FA. Under this period, Johor FA has made several achievements including Malaysia Cup champion in 1985 and 1991, the Razak Cup champions in 1983 and won the first FA Cup in 1998. In 1972, the association build its first professional club team, PKENJ FC, now known as Johor Darul Ta’zim F.C. The club also made several achievements with two consecutive FAM Cup in 1994 and 1995 and winning its first Malaysia Premier League title in 2001. The club now plays in top division side, the Malaysia Super League.

Kebangkitan Pertama (1985)
.
Sejak Piala Malaya diperkenalkan dalam tahun dan Piala Malaysia Apabila Liga Semi-Pro Malaysia diperkenalkan pada tahun 1989, Johor mengungguli kejuaraan pada tahun ketiganya iaitu tahun 1991. Pada tahun tersebut Johor menjadi Juara berganda bersama Piala Malaysia.


Johor Darul Takzim (JDT). Asalnya dikenali sebagai PKENJ. Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Kemudian dijenamakan sebagai Jcorp. Susulannya, Johor FC.




JDT adalah jelmaan terbaru kelab yang dikendalikan dengan budaya korporat.

Antara jurulatih yang singgah merencana strategi JDT ialah K. Devan, Ron Smith, Raul Carizzo, Bruce Stowell, Azuan Zain dan Ramlan Rashid.

Tapi peminat Johor dulu-dulu masih terkenang detik gemilang Johor, pasukan negeri yang menonjolkan kehebatan pada 1980-an dan 1990-an hasil dedikasi Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor.

Khas buat tatapan rakan senegeriku, aku mengimbas tiga detik gemilang bola sepak Johor, ketika JDT dikenali sebagai PKENJ, kemudian JCorp dan Johor FC.

Johor menumpaskan Wilayah Persekutuan 2-0 pada final Piala Malaysia 1985 hasil jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad.

Dua jaringan, yang pertama pada minit ke-36 oleh bekas pemain kebangsaan, Muhidin dan satu lagi menyusul empat minit selepas rehat menerusi tandukan Fadzli menghadiahkan kemenangan kepada pasukan dari Selat Tebrau itu serta supremonya, Datuk Suleiman Mohd Noor.

Malam 13 Julai itu turut melahirkan mutiara baru Johor, iaitu Khalid Shahdan yang menjadi perancang serta nadi bagi memastikan Piala Malaysia berhijrah ke selatan semenanjung. Khalid, 21 tahun ketika itu, dan kerani bank di Johor Bahru mencipta nama dengan persembahan menyerlah dan mendapat ganjaran setimpal keringatnya. Dia menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir bernilai $10,000.

Jaringan pertama terhasil apabila Azuan Zain melambungkan bola ke depan pintu gol Wilayah Persekutuan, tepat ke arah Muhidin yang bijak bertindak menyambung dengan menolak masuk memperdayakan penjaga gol, M Pavalamani.

Empat minit selepas babak kedua bermula, sepakan sudut Khalid Shahdan mengena kepala beberapa pemain di depan pintu gol menepati arah Fadzli yang kemudian menanduk bagi menyudahkan kesengsaraan lawan dan memastikan kejayaan anak buah Ahmad Isa.

JOHOR: Salleh Mohd Noor, Ismail Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad, Ahmad Marican, Khalid Shahdan, Dollah Salleh, Nasir Yusof, Fadzli Ahmad, Muhidin Hussin, Azmi Taib (Kamarudin Ahmad).


W PERSEKUTUAN: M Pavalamani, Razip Ismail, Tang Siew Seng, Kamarulzaman Yusof, Serbegeth Singh, Subadron Aziz (Michael Chang), Mat Zan Mat Aris (Yip Chee Keong), Ramlan Askolani, Saidin Osman, K Kannan, Hashim Marman.

Kebangkitan Kedua (1991)

Kehadiran tiga pemain import; Abas Saad dan Alistair Edward (Australia) dan Ervin Boban (Croatia) bersama beberapa pemain tempatan yang hebat seperti Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Annuar Abu Bakar, Sazali Nasir dan Hassan Miskam mengubah rentak ombak permainan pasukan Johor dan telah membawa kegemilangan Johor DT di persada bolasepak tanah air yang selama ini didominasi oleh Selangor dan Singapura.


Skuad Johor dibimbing oleh jurulatih dari Australia, Michael Urukalo.


SKUAD JDT 1991


Malam gemilang buat Ervin Boban, penyerang bertubuh tegap dari Croatia yang menyumbang tiga gol memenuhi harapan Johor untuk menjulang semula Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 3-1 di atas padang becak.

Tanpa penjaring utama Abbas Saad yang digantung dua perlawanan, Boban keluar daripada bayangan Alistair Edwards dengan ledakan hatrik di Stadium Merdeka bagi memastikan kejuaraan berganda buat anak buah Michael Urukalo.

Boban menggegar gawang Selangor pada minit ke-11 selepas menyambar hantaran Edwards tetapi Selangor menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret Gani Ali lapan minit selepas rehat.

Dalam menyusun gerak ke kubu lawan, benteng Selangor terleka. Kesilapan Reman Ragunathan membuka ruang kepada Boban menambah jaringan pada minit ke-60 hasil umpanan lintang Sani Othman

Boban mengukir namanya sebagai wira dengan menyambut baik sepakan percuma pasukannya di luar petak penalti untuk menewaskan bekas penjaga gol Czechoslovakia di Piala Dunia 1982, Karel Stromsik, pada minit ke-84.

Johor: Hassan Miskam, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan, Roslan Hamid, Sani Osman, Aidel Mohd Noor, Khalid Shahdan (Fadli Ahmad), Nasir Yusof, Salehan Mohd Som (Annuar Abu Bakar), Alistair Edwards, Ervin Boban.


Selangor: Karel Stromsik, A. Jayakanthan, K. Gunalan, Reman Ragunathan, Ismail Ibrahim, Gani Ali, P. Maniam (Razali Alias), Malek Rahman, Zainal Nordin (Adam Abdullah), Robert Dunn, Pavel Korejcik.

Senarai Pemain Bola Sepak Negeri Johor Era 90-an
  1. Hassan Miskam
  2. Omar Salim
  3. Solehan Mohd Som
  4. Sazali Nasir
  5. Aidil Mohd Nor
  6. Mohamad Yazid
  7. Rusdi Sulong
  8. Rizal Sukiman
  9. Abbas Saad
  10. Alistair Edwards
  11. Ervin Boban
  12. Milan Blaegovic
  13. Darren Stewart
  14. Jure Jeramaz
  15. Riyadh Abbas
  16. Hashim Mustapha
  17. Khalid Shahdan
  18. Nasir Yusof
  19. Nazaruddin Atan
  20. Sani Osman
  21. Fadhli Ahmad
  22. Annuar Abu Bakar
  23. Annuar Ariffin
  24. Nizarudin Kadir
  25. Idris Karim
  26. Hasbullah Fatah
  27. Hasnim Haron
  28. Salim Khamis
  29. Azmil Azali
  30. Roslan Hamid
  31. P. Sunther
  32. Gabriel Mendez
  33. Hashim Mustapha
  34. Nazreen Tee Abdullah
  35. Meor Nor Shamsul Kamal
  36. Sheikh Ahmad Ridzuan

Kebangkitan Ketiga (1998)

Johor melengkapkan koleksi piala kejuaraan Liga Malaysia selepas mengalahkan Sabah 1-0 untuk menjulang Piala FA dalam final sulungnya, di Stadium Likas. Gol tunggal pasukan pelawat itu dijaringkan Milan Blagojevic pada minit ke-31 di hadapan kira-kira 20,000 penonton untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.


Rosdee Sulong berada di sebelah kanan mendapat bola hasil gerakan pantas Johor mengambil sepakan percuma, melintangkan bola ke tengah untuk Blagojevic menggelecek seorang pertahanan Sabah sebelum merembat dengan kaki kanan dari luar kotak penalti menuju tepat ke sudut kiri gol Sabah pada minit ke-31.



Jaringan itu hadir dua hari selepas isteri Blagojevic melahirkan anak sulung mereka, Nicholas.

SABAH: Khairul Azman Mohamed, Veselin Kovacevic, Musa Hendrik, Jelius Ating (Romzi Musa), Abdullah Adi (Henry Soimpon), Burhan Ajui, Jainin Tinin, David Rocastle, Yap Wai Loon (Harun Laban), Mohd Jaya Kassim, Suharmin Yusuf.

JOHOR: Omar Salim, Salim Khamis, Darren Stewart, Azmil Azali, Mohd Zakir Othman, Rizal Zamberi Yahya, Milan Blagojevic, Idris Karim, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong (Tuboly Frigyes), Azmi Mohamad.  


  


Kebangkitan Keempat (2012)

Pada 16 Feb 2012, PBNJ telah mengadakan Mesyuarat Agong tergempar dan melantik DYTM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menjadi Presidennya.


Sejak itu, JDT mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang untuk berada di barisan hadapan kancah bola sepak Malaysia.


 Tunku Ismail tarik balik keputusan lepaskan jawatan Presiden PBNJ

PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR BUKAN SEKADAR SEBUAH PERSATUAN BOLASEPAK

Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah merekabentuk satu struktur bagi menguruskan sebuah persatuan bolasepak yang bukan sahaja melibatkan pengujudan sebuah pasukan mantap demi merebut kejuaraan, tetapi juga terlibat dalam mendidik generasi muda di Johor untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Ianya direka berlandaskan visi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, berserta input daripada lagenda bolasepak Johan Cruyff.

Projek bolasepak Johor ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama adalah untuk mempunyai sebuah pasukan bolasepak yang berkualiti. Keduanya adalah supaya persatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dan dikenali sebagai sebuah kuasa bolasepak di seluruh Asia dan juga dunia. Ketiga adalah untuk menyatu-padukan rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, serta menggalakkan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Berkenaan struktur pengurusan pasukan, PBNJ menggunakan konsep dua pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim yang mewakili negeri Johor di Liga Super dan Johor di Liga Premier. Johor Darul Ta’zim merupakan pasukan utama, dan Johor Darul Ta’zim II merupakan pasukan kedua yang akan memupuk anak-anak muda Johor yang berbakat untuk diserapkan ke pasukan utama kelak.

Berkenaan pembangunan bolasepak di Johor, sebuah akademi bolasepak akan ditubuhkan bagi melatih kanak-kanak seawal usia sepuluh tahun sehigga umur tujuhbelas tahun. Mereka akan dilatih dan dididik menjadi pemain bolasepak profesional, dengan fokus terhadap latihan fizikal, sikap profesional dan juga pelajaran akademik. Setelah mengikuti latihan di akademi, mereka akan diserapkan ke dalam pasukan Piala Presiden, di mana mereka akan mendapat pendedahan dan pengalaman. Pemain yang menunjukkan potensi dan bermain dengan baik akan dipilih untuk menyertai pasukan kedua iaitu Johor.

Pemain yang bermain dengan baik dan berpotensi dalam pasukan kedua akan diserapkan ke pasukan Johor Darul Ta’zim, atas nasihat pengurus/ketua jurulatih. Struktur yang digunapakai PBNJ ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pasukan-pasukan bolasepak ternama seperti Real Madrid, Barcelona, Borussia Dortmund, FC Bayern Munich dan AC Milan. Dengan mengamalkan sistem ini, PBNJ membuka ruang bagi anak-anak muda Johor untuk memulakan kerjaya dalam dunia bolasepak, selain memberi peluang bagi mereka untuk mewakili negeri. Ianya juga memberi manfaat dari segi kewangan, kerana PBNJ dapat mengurangkan belanja yuran perpindahan semasa tempoh perpindahan pemain. Dengan itu, ianya dapat meletakkan PBNJ dalam kedudukan kewangan yang lebih kukuh, selain mempunyai lebih ramai anak muda Johor mewakili pasukan negeri.

Johor sebagai gerbang selatan ke benua Asia, telah lama menjadi lokasi yang strategik bagi para pelabur, baik pelabur tempatan mahupun antarabangsa. Adalah menjadi visi PBNJ bahawa sukan bolasepak adalah untuk seluruh rakyat. PBNJ sentiasa menggalakkan para pelabur di Johor mengambil bahagian dalam penajaan dan sumbangan demi bolasepak Johor. DYMM Sultan Johor sendiri menunjukkan keprihatinan dan minat terhadap bolasepak Johor dan memberikan sumbangan daripada perbelanjaan baginda sendiri, kerana yakin bahawa bolasepak adalah untuk rakyat dan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Johor.

Bolasepak Johor juga dibentuk sebagai satu faktor untuk menyatu-padukan rakyat, dan menggalakkan generasi muda mengamalkan gaya hidup sihat dan positif. Pelbagai program sedang dirancang demi manfaat anak-anak muda Johor. Para pemain akan menngadakan jelajah ke semua daerah di Johor bagi mendekati generasi muda dan membimbing mereka menjalankan kehidupan yang positif dan menghindari penyalahgunaan dadah serta gejala negatif yang lain. Sesi motivasi juga akan disampaikan oleh para pemain, menggalakkan generasi muda mengejar cita-cita dan mencapai matlamat dalam hidup mereka. Semua ini adalah berikutan visi dan semangat yang dizahirkan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Baginda percaya bahawa bolasepak mampu memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah pembangunan negeri, terutama sekali dalam membimbing generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup positif, dan bahawa PBNJ bukan sekadar sebuah persatuan bolasepak. Matlamat utama adalah untuk mencapai kemenangan, tetapi menang atau kalah, biarlah bergaya.

JDT FC

Johor Darul Ta'zim FC atau Kelab Bola Sepak Darul Takzim dan Darul Ta'zim FC (dahulunya dikenali sebagai Johor FC atau Kelab Bola Sepak Johor), merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Super, iaitu liga tahap pertama dalam Liga Malaysia.

Sejarah

Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.
Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003. 

Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).

Raul Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.

Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben Angelucci (Australia), Walter Andrian Silva (Argentina), Gustavo Fuentes(Argentina), Moses Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek Genc (Australia).

Perubahan Nama

1972-1996  : Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Football Club (PKENJ F.C.)
1996-2012  : Johor Football Club (Johor FC)
2012–kini : Johor Darul Ta'zim Football Club (Johor Darul Ta'zim F.C.)


 
.

Stadium Tan Sri Hassan Yunos

 


Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau dahulunya dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos. Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk berbumbung ditadbirurus oleh Perbadanan Stadium Johor.


Stadium ini merupakan salah satu stadium yang terbaik di Malaysia. Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau dahulunya dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.

 
 

Kelab Penyokong

Pada awalnya Johor FC mempunyai penyokong dan peminatnya tersendiri yang rata-rata terdiri dari kalangan anak jati Johor. Kemudianya setelah Johor FC bermain di Liga Perdana dan Liga FAM dan ditambah dengan kemerosotan bola sepak Malaysia, peminat mula tidak mahu menyokong pasukan sendiri. Bermula era baru penamaan Johor Darul Takzim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan.

Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.)mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim FC. Suasana organisasi ini begitu profesional ketika menghadiri perlawanan sama ada ditempat sendiri mahupun ditempat lawan.

Sehingga kini, JDT merupakan satu-satunya Kelab Penyokong yang tersusun dan mempunyai pengaruh dan semangat yang kuat serta menggerunkan pasukan lawan sama ada di stadium sendiri atau di stadium lawan.
.
  
  
  
  

FAKTOR TMJ
PENERAJU TRANSFORMASI BOLASEPAK JOHOR


Feb 13, TMJ dilantik menjadi Presiden PBNJ dalam satu mesyuarat tergempar PBNJ. Pada 8 Mac 13, TMJ telah digantung 6 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan secara terbuka.

Pada 3 Apr 13, TMJ telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden PBNJ dan mengumumkan perlantikan Dato Hj Obet bin Tawil sebagai penggantinya. Tetapi baginda telah menarik balik perletakan jawatannya pada 9 April setelah diberikan nasihat oleh DYMM Sultan Pahang selaku Presiden FAM.

Dalam tempoh yang singkat menerajui PBNJ, baginda telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi ke atas pembangunan bolasepak Johor. Baginda juga amat lantang dalam menyuarakan pendapatnya ke atas kelemahan badan induk bolasepak Negara (FAM).

Oleh kerana merasakan kedudukannya sebagai Presiden PBNJ telah menyekat kebebasannya untuk bersuara serta kerap disalah ertikan oleh pelbagai pihak sebagai menyalahgunakan kedudukannya sebagai TMJ, pada 12 Julai 2015, baginda telah membuat keputusan untuk meletak jawatan Presiden dan menjadi Penasihat PBNJ dan SUK Johor, Datuk Hj Ismail bin Karim dilantik menjadi Presiden PBNJ yang baru. Keputusan baginda telah diumumkan oleh Setiausaha PBNJ, Kapten (TSN) Mohd Fahmy bin Yahya.
.
Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi (semalam- 12 Julai 2015).
Untuk makluman semua, YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.
Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor.

Mohd. Fahmy Bin Yahya
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.


.
Pada 23 Jul 15, sebagai mengiktiraf pentingnya kehadiran baginda secara langsung dalam pembangunan bolasepak Johor PBNJ telah melantik TMJ sebagai Penaung DiRaja PBNJ.

Penaja Pasukan

Country Garden (penaja utama sportwear Nike dari 2014 - kini)
Nike (penaja jersi)
Tropicana Corporation (penaja rasmi)
Iskandar Malaysia
Berjaya Group
Drive M7
Grand Paragon Hotel
KFC
Pizza Hut
UDA Holdings
AL-Ikhsan
Sharp Corporation
100plus
Johor Corporation (penaja sportwear Kappa untuk tahun 2013)

Pegawai Kejurulatihan Pasukan

Pengurus: Mario Gomez
Penolong Pengurus: Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengarah Bolasepak: Rajko Magic
Ketua Jurulatih: Mario Gomez
Penolong Jurulatih: Ismail Ibrahim
Jurulatih Kecerdasan: Fernando Gonzales
Jurulatih Penjaga Gol: Khairul Azman Mohamed
Fisioterapi: Mohamad Syafiq Zakaria
Fisioterapi: Rosfarawadi Ismani Ismail

Pengurus Pasukan

Tuan Hj Tamyes bin Abd Rahim (1999 - 2005)
Encik Mohd Faizal bin Abdullah (2006 - 2011)
Encik Wan Nizam bin Wan Omar (2012 - kini)

Jurulatih

Ron Smith (1999)
Bruce Stowell (2000 - 2001)
Raul Carrizo (2005)
Ramlan Rashid (2005 - 2010)
Azuan Zain (2011)
K. Devan (2012)
Sazali Saidon (2012)
Fandi Ahmad (2013)
Cesar Fernando Jimenez (2013 - 2014)
Bojan Hodak (2014 - 2015)
Mario Gomez (2015 - kini)


Pencapaian Johor

1985 Juara Piala Malaysia (1)
1986 Naib Juara Piala Malaysia
1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM
1991 Juara Piala Malaysia (2)
1994 Juara Piala FAM.
1995 Juara Piala FAM
1996 Naib Juara Piala FAM
1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir *Piala FA
2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia
2013 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala FA namun ditewaskan pasukan Kelantan 1-0
2014 Juara Liga Super Malaysia (1) 
2014 Separuh akhir Piala FA
2014 Naib juara Piala Malaysia setelah tewas kepada Pahang melalui sepakan penalti.
2015 Juara Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pahang 2-0.
2015 Juara Liga Super Malaysia (2)
2015 Menjadi pasukan pertama di Asia Tenggara layak ke peringkat akhir Piala AFC.
2015 Juara Piala AFC
2016 Juara Piala FA
2016 Juara Piala Liga Super Malaysia (3)
2017 Juara Piala Liga Super Malaysia (4)
2017 Juara Piala MALAYSIA (3)
2018 Juara Piala Liga Super Malaysia (5)

* Juara Piala Liga Super Malaysia- 5 tahun berturut-turut (rekod yang belum diatasi)



 

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)

PBNJ atau Persatuan Bolasepak Negeri Johor merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bolasepak di negeri Johor. Persatuan ini menguruskan 2 pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia iaitu Johor Darul Takzim (JDT) FC (dulunya Johor FC) dalam Liga Super Malaysia serta Johor Darul Takzim II (JDT II) (dulunya Johor FA) dalam Liga Perdana Malaysia.

Sejarah

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor atau PBNJ merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia. Persatuan yang diterajui oleh Setiausaha Kerajaan Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997. Sepanjang tempoh penubuhannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menempa beberapa kejayaan antaranya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991, Juara Piala Razak pada tahun 1983 serta menjadi Juara Piala FA pada tahun 1998. Di samping itu, persatuan juga telah diberi kepercayaan untuk mengelola pusingan awal dan suku akhir Kejohanan Piala Remaja Dunia pada tahun 1997 serta Pertandingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Iran dan Jepun pada tahun yang sama.

Pengurusan Persatuan

DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (Penaung)
YB Dato' Hj Ismail bin Karim (Presiden)
YBhg Tuan Hj Ismail Abd Rahman (Naib Presiden I)
YBhg Tuan Hj Onn bin Jabbar (Naib Presiden II)
Encik Mohd Fahmy bin Yahya (Setiausaha)
YB Datuk Hj Abd Latif bin Hj Bandi (Bendahari)

Pada 25 Ogos 2016 Paduka Puteri DYTM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah ibni Sultan Ibrahim telah dilantik menjadi Presiden Kelab Bolasepak JDT.


PEMAIN JDT TAHUN 2013

    

PEMAIN JDT TAHUN 2014

Barisan pemain JDT  
Image result for senarai pemain jdt 2016    

PEMAIN JDT TAHUN 2015

  Image result for senarai pemain jdt 2016  

Image result for senarai pemain jdt 2016






Image result for senarai pemain jdt 2016  
Image result for pemain jdt 2016

PENJAGA GOL
Farizal Marlias
Samuel Somerville (Malaysia, England)
Mohd Izham Tarmizi

PERTAHANAN
Mohd Fazly Mazlan
Asaruddin Putra Omar
Marcos Antonio (Brazil)
Aidil Zafuan Abdul Razak
Mahali Jasuli
Mohd Amer Saidin
Fadhli Shahs

TENGAH
Amirul Hadi Zainal
Mohd Safiq Rahim (Kapten)
S. Kunalan
Gary Steven Robbat
Harris Harun (Singapura)
Mohd Shakir Shaari
Azamuddin Akil
Jasarin Jamaluddin
S. Chanturu
Junior Eldstal 
Muhammad Akram Mahinan

PENYERANG
Paulo Rangel (Brazil)
Safee Sali
Jorge Pareyra Diaz (Argentina)
Muhammad Azinee Taib
Mohamad Amri Yahyah
    Image result for pemain jdt 2016
    Pemain JDT II 2016

    Image result for pemain jdt 2015  

      
    Related image  
      

    Bil
    Nama Pemain
    Posisi
    Warga Negara
    1
    Farizal Marlias
    GK
    Malaysia
    2
    Izham Tarmizi
    GK
    Malaysia
    3
    Haziq Nadzli
    GK
    Malaysia
    4
    Hasbullah Abu Bakar
    DF
    Malaysia
    5
    Aidil Zafuan (Kapten Ke-2)
    DF
    Malaysia
    6
    S. Kunanlan
    DF
    Malaysia
    7
    Fazly Mazlan
    DF
    Malaysia
    8
    Marcos António (Kapten Ke-3)
    DF
    Brazil
    9
    Azrif Nasrulhaq
    DF
    Malaysia
    10
    Dominic Tan
    DF
    Malaysia
    11
    Fadhli Shas
    DF
    Malaysia
    12
    Safiq Rahim (Kapten)
    MF
    Malaysia
    13
    Azamuddin Akil
    MF
    Malaysia
    14
    Afiq Fazail
    MF
    Malaysia
    15
    Amirul Hadi Zainal
    MF
    Malaysia
    16
    Gonzalo Cabrera
    MF
    Argentina
    17
    Gary Steven Robbat
    MF
    Malaysia
    18
    Shakir Shaari
    MF
    Malaysia
    19
    R. Gopinathan
    MF
    Malaysia
    20
    Mahali Jasuli
    MF
    Malaysia
    21
    S. Chanturu
    MF
    Malaysia
    22
    Nazmi Faiz
    MF
    Malaysia
    23
    Junior Eldstål
    MF
    Malaysia
    24
    Safawi Rasid
    MF
    Malaysia
    25
    Hazwan Bakri
    FW
    Malaysia
    26
    Mohammed Ghaddar
    FW
    Lubnan
    27
    Gabriel Guerra
    FW
    Argentina
    28
    Darren Lok
    FW 
    Malaysia
    29
    Hadi Fayyadh
    FW
    Malaysia

    Senarai Pemain JDT II 2017
    Pemain JDT II 2017

    Image result for senarai pemain jdt 2018
    PEMAIN JDT TAHUN 2018

    Senarai Rasmi Pemain JDT FC Liga Super 2018

    Berikut adalah Senarai Rasmi Pemain JDT FC Liga Super 2018 :

    PENJAGA GOL (GOALKEEPER)
    - Farizal Marlias
    - Izham Tarmizi
    - Haziq Nadzli

    PERTAHANAN (DEFENDER)

    - Marcos Antonio
    - S. Kunalan
    - Aidil Zafuan
    - Fadhli Shas
    - Fazly Mazlan
    - Mahali Jasuli
    - Azrif Nasrulhaq
    - Junior Eldstal
    - Hasbullah Abu Bakar
    - Adam Nor Azlin (Baru)
    - Syamer Kutty Abba (Baru)
    - La'Vere Corbin-Ong (Baru)

    TENGAH (MIDFIELDER)
    - Safiq Rahim
    - Natxo Insa
    - Harris Harun
    - Afiq Fazail
    - Shakir Shaari
    - Nazmi Faiz Mansor
    - Amirul Hadi Zainal
    - Gary Steven Robbat

    PENYERANG (FORWARD)
    - Safawi Rasid
    - Darren Lok
    - Ahmad Hazwan Bakri
    - Mohammed Ghaddar (Belum Diketahui)
    - Luciano Figueroa (Baru)
    - Jorge Pereyra Diaz (Baru)

    *Akan dikemaskini dari masa ke semasa