GELOMBANG BIRU JDT
BELASAH PMX
Mengikut jadual yang wajar, negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang sepatutnya mengadakan PRN ke 16 ialah Melaka (Dis 2026) dan diikuti oleh Johor (Apr 2027), kemudiannya 3 negeri (Pahang, Perak dan Perlis (Dis 2027) - bersekali dengan PRU Malaysia ke 16 dan akhir sekali 6 buah negeri (Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan (Ogos 2028)
Tanpa diduga, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Haji Onn Hafiz bin Dato' Ghazi yang sangat stabil tidak mempunyai masalah politik dalaman telah mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri yang masih mempunyai tempoh lebih kurang 11 bulan lagi, 1 Julai 2026. Kerajaan Negeri (DUN) Melaka masih belum membuat apa-apa keputusan.
Nota 1: Melaka telah mengadakan PRN ke 15 pada 20 November 2021. DUN Melaka berkuatkuasa pada 27 Disember 2021 dan tempoh maksimanya pada 26 Dis 2026. Kedudukan kerusi DUN Melaka ialah BN (21), PH (5) dan PN (2). Walaupun BN Melaka mempunyai kedudukan yang mantap dan stabil, BN mengambil keputusan mengikut jejak Kerajaan Persekutuan, membentuk Kerajaan Perpaduan (Kerajaan Madani) antara BN dan PH.
Nota 2: Johor telah mengadakan PRN ke 15 pada 12 Mac 2022, DUN Johor berkuatkuasa pada 21 April 2022 dan tempoh maksimanya pada 20 April 2027. Kedudukan kerusi di DUN Johor ialah BN (40), PH (12) dan PN (3). Kedudukan BN di Johor juga kukuh. BN Johor tidak mengikut rentak Kerajaan Persekutuan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Kejutan kedua berlaku apabila Kerajaan PH Negeri Sembilan di bawah pimpinan Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun telah membubarkan DUN Negeri Sembilan pada 5 Julai 2026.
Nota 3: Negeri Sembilan mengadakan PRN ke 15 pada 12 Ogos 2023, DUN Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 26 Sep 2023 dan tempoh maksimanya pada 26 Sep 2028. Negeri Sembilan juga mengikut jejak Kerajaan Persekutuan membentuk Kerajaan Perpaduan. Malah kerjasama PH-BN di Negeri Sembilan telah bermula seawal pengagihan kerusi DUN. Kedudukan kerusi DUN Negeri Sembilan adalah PH (17), BN (14) dan PN (5).
Pembubaran DUN Negeri Sembilan dikatakan berkait rapat dengan krisis berlarutan Perlembagaan Adat yang melibatkan Undang Luak Yang Empat (+ Tunku Besar Tampin) dengan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Kedudukan DUN Negeri Sembilan mula goyah apabila 14 ADUN BN menarik sokongan kepada Kerajaan pimpinan Aminuddin (semua Ahli EXCO dari BN turut meletak jawatan). Namun setelah berlaku rundingan di peringkat pusat, mereka kembali menyokong Aminuddin tetapi tidak mengambil jawatan Ahli EXCO.
Sekiranya 14 x ADUN BN berkerjasama dengan 5 x ADUN PN (menjadikan jumlah 19) boleh menumbangkan PH yang hanya mempunyai 17 kerusi. Kedudukan ini juga dianggap sebagai faktor utama Aminuddin membubarkan DUN bagi mengelakkan undi tidak percaya.
ULASAN MENGENAI PRN JOHOR KE 16
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 27 Jun 2026 dan tarikh pengundian awal pada 7 Julai dan tarikh mengundi umum pada 11 Julai 2026. Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah 56.
Hanya 5 buah parti (atau gabungan parti) serta calon Bebas yang mengambil bahagian dalam PRN ke 16 Johor ini, iaitu:
- Barisan Nasional (UMNO/MCA/MIC) : 56 kerusi
- Pakatan Harapan (DAP/PKR/PAN) : 56 kerusi
- Perikatan Nasional (BERSATU/PAS/MIPP) : 33 kerusi
- Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) : 15 kerusi.
- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) : 4 kerusi
- Parti Sosialis Malaysia (PSM) : 1 kerusi
- Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) : 1 kerusi
- Bebas : 6 kerusi.
BARISAN NASIONAL
PAKATAN HARAPAN
BERSAMA
MUDA
PSM
ASLI
Kedudukan DUN Johor sebelum pembubaran:
Bibit Kerjasama BN-PN
Pembubaran DUN Johor adalah di luar jangkaan. Ketika dibubarkan, Kerajaan Johor adalah stabil, majoriti melebihi 2/3 dan masih mempunyai tempoh setahun lagi. Kedudukan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor tidak tercabar langsung. Johor merupakan satu-satunya negeri majoriti BN yang tidak bekerjasama dengan PH mengikut acuan Kerajaan Perpaduan di pusat. Johor tidak mengikuti jejak Pahang dan Melaka. Juga amalan negeri majoriti PH seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Tiba-tiba Onn Hafiz mengisytiharkan pembubaran DUN dan diperkenan oleh Sultan dan Pemangku Sultan Johor. Semua parti lawan tidak menjangka pembubaran dilakukan secepat ini, dan tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya.
Tanpa restu kepimpinan BN pusat, Onn Hafiz membuka gelanggang dengan mengisytiharkan bahawa BN akan bertanding di semua 56 kerusi. Walaupun Presiden UMNO telah dikenali sebagai pro-Kerajaan Perpaduan, bila melibatkan 'Negeri Johor' (pengalaman perlantikan MB tahun 2022) beliau terkunci mulut. Pun begitu, beberapa kenyataan awam beliau secara tersirat menunjukkan beliau tidak gembira dengan keputusan Johor.
Selaku pemimpin tertinggi PH, PMX amat tidak gembira dengan tindakan Onn Hafiz. Banyak kenyataan beliau yang melepaskan kemarahan beliau.
Keputusan BN Johor untuk 'GO SOLO' diambil peluang dengan sebaiknya oleh PN (khususnya PAS) untuk membuka pasaran politik di Johor. Untuk bergabung dengan BN agak mustahil kerana masa terlalu suntuk. Saham PN di Johor terlalu kecil. Dua kerusi BERSATU (Bukit Kepong dan Endau) dan hanya satu kerusi PAS (Maharani). Pada masa yang sama, krisis PAS dan BERSATU dalam PN masih memuncak. Untuk mengajak BERSATU berkerjasama adalah suatu yang impossible.
PN juga nampak jelas bahawa peluang untuk mengalahkan BN di Johor adalah di bawah 0% bahkan peluang untuk mempertahankan kerusi yang ada pun boleh dikatakan di bawah 5%. Hubungan UMNO dan Johor adalah luar biasa. Semangat BANGSA JOHOR juga luar biasa. Prestasi Onn Hafiz dan sokongan bangsa Johor kepadanya sedang berada di puncak. Sokongan istana merupakan satu faktor yang samar tetapi amat ditakuti oleh lawan utamanya PH. Pada masa yang sama kebencian bangsa Johor kepada PMX dan PH juga sedang memuncak.
Atas faktor-faktor di atas, PN mengambil keputusan bertanding untuk SEKADAR MENGAMBIL BAHAGIAN dalam pilihanraya. Malah PAS (tanpa restu BERSATU) secara terbuka menyokong BN mengekalkan Kerajaan Johor dan menyeru penyokong PAS supaya mengundi BN di kawasan yang tidak ditandingi oleh PN. Ini juga menambah kemarahan PH.
Berikut adalah bilangan calon setiap parti semasa hari penamaan calon pada 23 Jun 2026:
- BN bertanding di semua 56 kerusi [UMNO (37); MCA (15); dan MIC (4)].
- PH bertanding di semua 56 kerusi [PKR (20); PAN (19); dan DAP (17)].
- PN bertanding di 33 kerusi [BERSATU (16); PAS (11); MIPP (5) dan PEJUANG (1)].
- BERSAMA bertanding di 15 kerusi.
- MUDA bertanding di 4 kerusi.
- PSM bertanding di 1 kerusi.
- ASLI bertanding di 1 kerusi.
- Bebas bertanding di 5 kerusi.
PRN Johor mula memperlihatkan bibit persefahaman (penyatuan ummah) antara UMNO dan PAS. Walaupun PAS yang kelihatan lebih ghairah dari UMNO seolah-olah PAS ingin menumpang kekuatan UMNO di Johor. Dan, seperti biasa, sikap kepimpinan UMNO yang sedikit angkuh untuk menerima sokongan PAS secara terbuka. Komponen BN lain juga kelihatan kurang menerima sokongan PAS kerana kehadiran PAS, selain membawa imej ISLAM yang sekian lama dimomok sebagai bakal menghalang kegemaran mereka untuk berjudi dan minum arak, akan urut membawa Gerakan dan MIPP yang mengancam penguasaan MCA dan MIC.
Berkat, sokongan terbuka PAS, ramai calon BN yang mampu menang dengan undi majoriti yang besar. BN juga percaya, ramai penyokong PAS di kawasan yang ditandingi BERSATU juga telah mengundi calon BN. Melihat kecemerlangan luar jangka BN di Johor, kepimpinan UMNO mula membuka hati dan mata untuk memikirkan kerjasama yang lebih rapat dengan PAS.
Analisis Kempen
Kempen bermula pada 27 Jun hingga 10 Julai 2026. Pemerhatian penulis adalah seperti berikut:
- Pada amnya pertempuran dalam PRN ini adalah antara 3 gabungan utama iaitu BN selaku incumbent, PH dan PN. Parti-parti kecil lain yang menyertai PRN Johor adalah Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA); Parti Bersama Malaysia (BERSAMA); Parti Sosialis Malaysia (PSM); Parti Orang Asli (ASLI); dan calon Bebas dengan jumlah calon seperti berikut: BN (56); PH (56), PN (33), BERSAMA (15); MUDA (4), PSM (1); ASLI (1) dan Bebas (6).
- BN mengambil pendirian untuk bertempur secara mendiri (solo) - tidak seiring dengan pegangan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Onn Hafiz mengambil langkah berani yang bertentangan dengan pegangan big bossnya (Ahmad Zahid) untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP jika menang PRN. PH kecewa dengan pendirian BN dan menganggap BN mengkhianati kerjasama Persekutuan.
- Pakatan Harapan. Kempen PRN Johor lebih menggambarkan peperangan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perdana Menteri (Anwar) yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR mengetuai kempen PH telah menggunakan segala kekuatan jentera Persekutuan termasuk keseluruhan ahli Kabinet dari PH untuk menyerang Johor dan menghentam segala pencapaian Kerajaan Negeri.PH masih belum keluar dari kepompong kaedah PRU 14 (2018) dan PRU 15 (2022) dengan slogan reformasi, hapuskan rasuah dan sakau serta menjaja nama Dato' Seri Najib. Malah mereka menyerang rakan-rakan kabinet mereka dari BN sebagai pemimpin Melayu yang tidak boleh dipercayai.
- PH, khususnya PMX terlalu kerap menggunakan peranan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan sebagai jasa PH dan Anwar.
- PH memanupulasi pengundi China dengan menimbulkan kepercayaan bahawa BN dan PN adalah parti yang mahu meminggirkan kaum bukan Melayu/Bumiputera dan bukan Islam. PH amat memerlukan pengundi bukan Melayu, khususnya China melalui keupayaan dan pengaruh DAP yang sememangnya memiliki sifat chauvinist yang kuat.
- Cara kempen Anwar yang kasar, suka membodohkan keupayaan lawan, serta suka mendabik dada dan memuji diri menimbulkan rasa bosan dan meluat di kalangan pengundi.
- Kempen calon Melayu PH khususnya dari PKR dan PAN yang terlebih membela kepentingan bukan Melayu membuatkan pengundi Melayu hilang kepercayaan kepada mereka.
- Barisan Nasional. Pemimpin BN di peringkat Persekutuan, khususnya anggota Kabinet tersepit dan sangat berhati-hati dalam kempen mereka kerana kelemahan Persekutuan mereka berada dalam Kerajaan Persekutuan. Pemimpin UMNO pusat bagaikan kambing jantan yang telah dikasi. Onn Hafiz dan rakan-rakan negeri yang terpaksa berhempas pulas menangkis serangan gergasi PH.
- BN sebagai tuan rumah mempunyai kelebihan dari aspek dukungan logistik, kefahaman pengundi tempatan serta contoh-contoh yang ada di depan mata mereka.
- BN mengutamakan kestabilan politik serta keupayaan Onn Hafiz sepanjang 4 tahun memimpin Johor. Keupayaan Onn Hafiz mengekalkan Kerajaan BN tanpa PH di Johor meningkatkan kepercayaan pengundi Melayu.
- Sokongan terbuka PAS (dari PN) terhadap sebahagian calon BN di kawasan yang tidak ditandinginya memberi banyak kelebihan kepada BN, khususnya pengundi Melayu.
- Fakta sejarah kaitan UMNO dengan Johor tidak dapat mengenepikan sentiman bangsa Johor untuk memberi kembali sokongan kepada BN/UMNO.
- Kurangnya peranan Zahid Hamidi (yang diketahui pro-Anwar) dalam kempen di Johor dapat mengurangkan pertentangan di kalangan penyokong BN/UMNO.
- Perikatan Nasional. Strategi PN agak kabur dan meragukan. PN yang masih berhadapan dengan keretakan hubungan antara BERSATU dan PAS tidak dapat membentuk pasukan yang mantap. PAS secara terbuka meminta penyokongnya membantu/mengundi calon BN bagi kawasan yang tidak ditandingi oleh PN. Malah PAS juga tidak mahu membantu calon BERSATU.
- PN menyertai pertempuran bukan bercita-cita untuk membentuk Kerajaan. PN hanya ingin menjadi pembangkang pengimbang.
- PN walaupun kelihatan aktif berkempen masih kelihatan menghadapi kesukaran dengan kekuatan logistik yang terhad.
- PN (sama ada PAS, BERSATU, MIPP, Gerakan, PEJUANG dan WAWASAN) tidak mempunyai kekuatan di Johor. Hanya PAS yang memperlihatkan kemajuan sokongan yang positif.
- Perkembangan PAS di Johor masih jauh di belakang. Dalam sejarah Johor, pencapaian paling tinggi dalam DUN Johor adalah 3 kerusi (2013). Kerusi pertama PAS dalam DUN Johor hanya diperolehi dalam PRU 11 (2004), itu pun kemenangan secara teknikal sahaja. Dalam PRU 12 (2008) PAS kembali kosong. Kerusi PAS melalui pengundian sebenar hanya berlaku dalam PRU 13 (2013) apabila PAS mendapat 3 kerusi DUN Johor. PRU 14 (2018), PAS hanya menang 1 kerusi. Begitu juga dengan PRN ke 15 (2022), PAS hanya mampu memenangi 1 kerusi. Kesemua kerusi PAS dimenangi di dalam daerah Muar.
- Kekuatan BERSATU di Johor masih dipersoalkan. Dalam PRU 14 (2018), BERSATU memenangi 8 kerusi atas tiket PH serta dibantu oleh gelombang 'Hapuskan UMNO dan Najib'. Apabila BERSATU keluar dari PH (2020), prestasinya jatuh merudum apabila hanya memenangi 2 kerusi dalam PRN Johor ke15 (2022).
- Sejak Gerakan keluar dari BN (2018) dan menyertai PN (2021), Gerakan boleh dikatakan parti yang hidup segan mati tak mau. Mereka belum memperlihatkan apa-apa kemajuan di Johor.
- MIPP adalah parti baru dan masih belum memperlihatkan penerimaaan masyarakat di mana-mana negeri. Begitu juga dengan PEJUANG dan WAWASAN yang baru menyertai PN dalam bulan Jun 2026.
- Tanpa niat untuk membentuk Kerajaan, PN gagal mengemukakan manifesto atau isu besar yang meyakinkan. Sudah pastinya pengundi tidak mempunyai keyakinan untuk membantu calon mereka. PN lebih memberi keutamaan untuk menyekat PH di Johor.
- Lawan PN mempunyai laluan lebih mudah dengan bermodalkan perpecahan dalam PN serta keutamaan PN khususnya PAS yang mengutamakan pembentukan Kerajaan Melayu Islam.
- Kehadiran BERSAMA dan MUDA langsung tidak memberi ancaman, apatah lagi PSM, ASLI dan calon Bebas.
- BERSAMA terlalu baru untuk memasuki pasaran politik Johor. Kehadian mereka hanya untuk menguji pasaran pengundi dan memberi kelebihan kepada BN kerana mereka hanya memecah undi PH(PKR) - tidak mengganggu pengundi BN. BERSAMA Johor juga belum lagi mempunyai organisasi yang stabil untuk beroperasi.
- Kemenangan satu kerusi MUDA dalam PRN 15 adalah disebabkan ketika itu mereka berada dalam gabungan PH. MUDA tidak memiliki jentera yang kuat dan berpengalaman. Ketiadaan Sayid Sadiq yang sedang menunggu keputusan kes Mahkamah Rayuan serta ketidakmampuan Presiden barunya, Amira memberi kesan kepada keupayaan MUDA.
- PSM adalah saki baki PRM (juga pernah dikenali sebagai PSRM) yang telah bergabung dengan ADIL untuk membentuk PKR pada tahun 2003 dengan membawa sekali tokoh-tokoh besar mereka seperti Hasan karim dan lain-lain.
- ASLI adalah parti kerdil yang tidak dikenali masyarakat dan jelas hanya untuk kaum minoriti Orang Asal.
- Calon BEBAS hanyalah individu yang sekadar memeriahkan majlis. Situasi di Johor dan di Sabah adalah amat berbeza.
- Gambaran untuk PRN Johor adalah jelas. DUN Johor dibubarkan bukan kerana keperluan perlembagaan tetapi adalah membawa hasrat besar BN Johor mahu mengesahkan sokongan bangsa Johor yang inginkan BN Johor berkuasa tanpa jenama KERAJAAN PERPADUAN.
Keputusan
Walaupun kemenangan BN telah dijangkakan, namun pencapaian luar biasa BN setelah keputusan dimuktamadkan adalah amat mengejutkan. Begitu juga dengan kekalahan teruk PH terutamanya PKR dan PAN.
- BN memenangi 48 kerusi melalui UMNO (36); MCA (8) dan MIC (4). Pencapaian sebelum ini adalah 40 melalui UMNO (33); MCA (4) dan MIC (3).
- PH memenangi 8 kerusi melalui DAP (6); PKR (1) dan PAN (1). Sebelum ini 12 kerusi melalui DAP (10); PKR (1); dan PAN (1).
- PN gagal memperolehi sebarang kerusi juga gagal mempertahankan 3 kerusi sebelumnya melalui BERSATU (2) dan PAS (1). Malah kawasan yang PAS mempunyai pengaruh yang kuat (khususnya Muar), calon mereka gagal mendapat undi yang sewajarnya. Begitu juga dengan BERSATU yang tewas teruk di kubu mereka dalam Parlimen Pagoh.
- MUDA gagal mempertahankan satu kerusi dalam PRN yang lalu.
- BERSAMA, PSM, ASLI dan calon Bebas juga gagal memperolehi kerusi.
Pengajaran dan Pelajaran
Penulis bukan seorang penganalisis bertauliah. Penulis tidak pernah belajar ilmu sains politik dan tidak pernah aktif dalam politik, hanya meminati perkembangan politik. Ulasan penulis hanya berasaskan inspirasi sendiri berasaskan pemerhatian dan penelitian dari media sosial (medsos khususnya Youtube dan Facebook) seperti berita, podkas, rakaman video, komen netizen dan perbualan dalam masyarakat.
Pengajaran yang penulis boleh perolehi dari PRN ke 16 Johor adalah:
- Pengundi semakin matang untuk membezakan fakta dan auta.
- Pengundi semakin mengenali siapa pemimpin sebenar dan siapa pemimpin jadian.
- Sentimen perkauman masih mendapat perhatian pengundi.
- Pengundi sekarang tidak lagi memberi terlalu perhatian perbezaan parti pemerintah di Negeri dan Persekutuan. Perlembagaan telah menetapkan peranan masing-masing.
- Peralihan selera sokongan pengundi Cina masih mampu memberi kesan kepada trend pengundian. Kemampuan parti yang mampu mempengaruhi mereka tetap satu kelebihan.
- Perpecahan sokongan pengundi Melayu sukar untuk dipulihkan. Ia seperti satu budaya atau adat turun temurun. Beritahulah apa sahaja tentang pentingnya kesatuan, ketuanan dan masa depan agama mereka, mereka tetap sukar untuk bersatu. Setiap perpecahan dan perselisihan akan melahirkan satu atau dua parti baru.
- Peruntukan kewangan bukanlah lagi menduduki teratas dalam senarai keutamaan mereka. Mereka mahu wakil rakyat mereka sentiasa bersama mereka, mesra dan mudah dihubungi.
- Pengaruh BN (UMNO) melonjak naik, seolah-olah seperti kedudukan BN/UMNO di zaman kegemilangan BN antara 1974 - 2004. Pengaruh MCA/MIC juga semakin pulih, jauh mengatasi negeri-negeri lain.
- Pengaruh PH (kecuali DAP) tidak dapat bertahan lama di Johor. Kegemilangan mereka (PKR/PAN) dalam PRU 18 adalah atas bantuan Tun Dr Mahathir yang sangat bersungguh menggempur UMNO.
- Walaupun jumlah undi keseluruhan PH masih agak tinggi (masih kuat sokongan di Johor), ia berkaitan rapat dengan penurunan undi PN yang masih dalam perpecahan). Seperti yang diketahui, majoriti undi PN khususnya BERSATU dalam PRU ke 14 adalah hasil sokongan pengundi PH, dalam PRU ke 15, undi PN semakin menurun, berubah ke PH kerana masalah integriti UMNO. Dalam PRN 15 dan 16 ini, undi BN sudah kembali ke BN, undi PN yang kecewa pergi ke BN dan PH.
- DAP, walaupun terdapat penurunan, ia bersifat sementara. DAP dan bandar tidak dapat dipisahkan. Semakin cepatnya proses pembangunan dan perbandaran (urbanisation), DAP akan terus mengekalkan pengaruh mereka. Trend mereka adalah sama dengan apa yang berlaku di Kuala Lumpur (selain Titiwangsa dan Setia Wangsa), Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Petaling Jaya, Klang, Bentong, Raub, Kajang, Kluang dan Iskandar Puteri. Naik atau turun prestasi DAP, mereka tetap mengekalkan pemilikan kawasan tersebut. Letaklah calon dari bangsa apa sekali pun, DAP akan tetap menang.
- Kekalahan teruk PH (8/56) merupakan pukulan maut untuk Anwar Ibrahim. DAP tidak kekal turun naik mengikut masa dan isu, tetapi sokongan kepada PKR dan PAN jelas merudum. Selaku Pengerusi PH, Anwar yang juga PM, kekalahan teruk PH adalah terletak di bahu Anwar,
KITA TUNGGU PULA ULASAN UNTUK PRN KE 16 NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS 2026 NANTI
PARLIMEN : SEGAMAT - PH (PKR)
N.01 BULOH KASAP
Jumlah pengundi: 28,973
1. Datuk Zahari Sarip [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 8,600)
2. Noraziah Mohd Razit [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Zahari Sarip [BN-UMNO]
N.02 JEMENTAH
Jumlah pengundi: 41,137
1. Saifullah Abdul Wahab [PN-PAS]
2. See Ann Giap [BN-MCA] – MENANG (Maj: 913)
3. Ng Kor Sim [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Ng Kor Sim [PH-DAP]
Jumlah pengundi: 28,973
1. Datuk Zahari Sarip [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 8,600)
2. Noraziah Mohd Razit [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Zahari Sarip [BN-UMNO]
N.02 JEMENTAH
Jumlah pengundi: 41,137
1. Saifullah Abdul Wahab [PN-PAS]
2. See Ann Giap [BN-MCA] – MENANG (Maj: 913)
3. Ng Kor Sim [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Ng Kor Sim [PH-DAP]
PARLIMEN : SEKIJANG - PH (PKR)
N.03 PEMANIS
Jumlah pengundi: 30,458
1. Anuar Abd Manap [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 8,380)
2. Dr A. Ariventharan [PN-MIPP]
3. Jalex Lee En Xiang [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Anuar Abd Manap [BN-UMNO]
N.04 KEMELAH
Jumlah pengundi: 35,365
1. K. Raven Kumar [BN-MIC] – MENANG (Maj: 3,838)
2. Mohd Afif Abd Hamid [PH-AMANAH]
3. Uzzair Ismail [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): N Saraswati [BN-MIC]
N.03 PEMANIS
Jumlah pengundi: 30,458
1. Anuar Abd Manap [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 8,380)
2. Dr A. Ariventharan [PN-MIPP]
3. Jalex Lee En Xiang [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Anuar Abd Manap [BN-UMNO]
N.04 KEMELAH
Jumlah pengundi: 35,365
1. K. Raven Kumar [BN-MIC] – MENANG (Maj: 3,838)
2. Mohd Afif Abd Hamid [PH-AMANAH]
3. Uzzair Ismail [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): N Saraswati [BN-MIC]
PARLIMEN : LABIS - PH (DAP)
N.05 TENANG
Jumlah pengundi: 22,616
1. Siti Aisyah Zobir [BEBAS]
2. Normala Sudirman [PN-PAS]
3. Elia Nadira Sabudin [PH-AMANAH]
4. Mohd Azahar Ibrahim [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 3,394)
Penyandang PRN15 (2022): Haslinda Salleh [BN-UMNO]
N.06 BEKOK
Jumlah pengundi: 27,317
1. Tan Chong [BN-MCA] – MENANG (Maj: 4,263)
2. Tay Yok Jiuen [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Tan Chong [BN-MCA]
N.05 TENANG
Jumlah pengundi: 22,616
1. Siti Aisyah Zobir [BEBAS]
2. Normala Sudirman [PN-PAS]
3. Elia Nadira Sabudin [PH-AMANAH]
4. Mohd Azahar Ibrahim [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 3,394)
Penyandang PRN15 (2022): Haslinda Salleh [BN-UMNO]
N.06 BEKOK
Jumlah pengundi: 27,317
1. Tan Chong [BN-MCA] – MENANG (Maj: 4,263)
2. Tay Yok Jiuen [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Tan Chong [BN-MCA]
PARLIMEN : PAGOH - PN (BERSATU)
N.07 BUKIT KEPONG
Jumlah pengundi: 37,683
1. C. Subramani [PH-PKR]
2. Ahmad Syar’e Yusof [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 10,761)
3. Datuk Dr Sahruddin Jamal [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Dr Sahruddin Jamal [PN-BERSATU]
N.08 BUKIT PASIR
Jumlah pengundi: 34,142
1. Mohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin [PN-BERSATU]
2. Muhd Najib Lep [PH-AMANAH]
3. Mohamad Fazli Mohamad Salleh [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 7,600)
Penyandang PRN15 (2022): Mohamad Fazli Mohamad Salleh [BN-UMNO]
N.07 BUKIT KEPONG
Jumlah pengundi: 37,683
1. C. Subramani [PH-PKR]
2. Ahmad Syar’e Yusof [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 10,761)
3. Datuk Dr Sahruddin Jamal [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Dr Sahruddin Jamal [PN-BERSATU]
N.08 BUKIT PASIR
Jumlah pengundi: 34,142
1. Mohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin [PN-BERSATU]
2. Muhd Najib Lep [PH-AMANAH]
3. Mohamad Fazli Mohamad Salleh [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 7,600)
Penyandang PRN15 (2022): Mohamad Fazli Mohamad Salleh [BN-UMNO]
PARLIMEN : LEDANG - PH (PKR)
N.09 GAMBIR
Jumlah pengundi: 30,326
1. Sahrihan Jani [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 6,734)
2. Mohd Nor Mohd Yusof [PH-PKR]
3. Suraya Sulaiman [PN-PEJUANG]
Penyandang PRN15 (2022): Sahrihan Jani [BN-UMNO]
N.10 TANGKAK
Jumlah pengundi: 36,955
1. Haw Chin Teck [BN-MCA] – MENANG (Maj: 3,182)
2. Ee Chin Li [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Ee Chin Li [PH-DAP]
N.09 GAMBIR
Jumlah pengundi: 30,326
1. Sahrihan Jani [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 6,734)
2. Mohd Nor Mohd Yusof [PH-PKR]
3. Suraya Sulaiman [PN-PEJUANG]
Penyandang PRN15 (2022): Sahrihan Jani [BN-UMNO]
N.10 TANGKAK
Jumlah pengundi: 36,955
1. Haw Chin Teck [BN-MCA] – MENANG (Maj: 3,182)
2. Ee Chin Li [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Ee Chin Li [PH-DAP]
N.11 SEROM
Jumlah pengundi: 40,172
1. Nadhirah Afiqah Abdull Rahim [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 9,406)
2. Mahfidz Omar [PN-BERSATU]
3. Ahmad Nazari Abd Hamid [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Khairin-Nisa Ismail @ Md On [BN-UMNO]
PARLIMEN : BAKRI
N.12 BENTAYAN
Jumlah pengundi: 34,205
1. Ng Yak Howe [PH-DAP] – MENANG (Maj: 6,112)
2. Chua Lee Huat [BN-MCA]
Penyandang PRN15 (2022): Ng Yak Howe [PH-DAP]
N.13 SIMPANG JERAM
Jumlah pengundi: 41,975
1. Nazri Abd Rahman [PH-AMANAH] – MENANG (Maj: 170)
2. Datuk Azman Ismail [BN-UMNO]
3. Ainie Haziqah Shafii [MUDA]
4. Arshed Yahya @ Awang [PN-PAS]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Seri Salahuddin Ayub [PH-AMANAH] - meninggal dunia; PRK: Nazri Abd Rahman [PH-AMANAH]
PARLIMEN : MUAR - MUDA
N.14 BUKIT NANING
Jumlah pengundi: 23,002
1. S. Jeghanaathan [BEBAS]
2. Md Ysahrudin Kusni [PH-PKR]
3. Mohd Ghazali Sabari @ Atan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 3,610)
4. Iskandar Md Alias [BERSAMA]
5. Mohd Radzi Amin [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Mohd Fuad Tukirin [BN-UMNO]
N.15 MAHARANI
Jumlah pengundi: 40,040
1. Mohamad Anuar Hayan [PN-PAS]
2. Datuk Ashari Md Sarip [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 2,143)
3. Muhammad Amir Fiqri [MUDA]
4. Muhammad Taqiuddin Cheman [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Abdul Aziz Talib [PN-PAS]
N.14 BUKIT NANING
Jumlah pengundi: 23,002
1. S. Jeghanaathan [BEBAS]
2. Md Ysahrudin Kusni [PH-PKR]
3. Mohd Ghazali Sabari @ Atan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 3,610)
4. Iskandar Md Alias [BERSAMA]
5. Mohd Radzi Amin [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Mohd Fuad Tukirin [BN-UMNO]
N.15 MAHARANI
Jumlah pengundi: 40,040
1. Mohamad Anuar Hayan [PN-PAS]
2. Datuk Ashari Md Sarip [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 2,143)
3. Muhammad Amir Fiqri [MUDA]
4. Muhammad Taqiuddin Cheman [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Abdul Aziz Talib [PN-PAS]
N.16 SUNGAI BALANG
Jumlah pengundi: 31,039
1. Selamat Takim [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 8,926)
2. Muhammad Amin Sailan [PN-PAS]
3. Ayna Soraya Badaruddin [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Selamat Takim [BN-UMNO]
PARLIMEN : PARIT SULONG - BN (UMNO)
N.17 SEMERAH
Jumlah pengundi: 47,431
1. Mohd Fared Mohd Khalid [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,663)
2. Halim Kepol [PN-PAS]
3. Mohd Khuzzan Abu Bakar [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Mohd Fared Mohd Khalid [BN-UMNO]
N.18 SRI MEDAN
Jumlah pengundi: 33,875
1. Ahmad Rosdi Bahari [PN-PAS]
2. Datuk Zulkurnain Kamisan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,814)
3. Hishamuddin Ishak [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Zulkurnain Kamisan [BN-UMNO]
N.17 SEMERAH
Jumlah pengundi: 47,431
1. Mohd Fared Mohd Khalid [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,663)
2. Halim Kepol [PN-PAS]
3. Mohd Khuzzan Abu Bakar [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Mohd Fared Mohd Khalid [BN-UMNO]
N.18 SRI MEDAN
Jumlah pengundi: 33,875
1. Ahmad Rosdi Bahari [PN-PAS]
2. Datuk Zulkurnain Kamisan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,814)
3. Hishamuddin Ishak [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Zulkurnain Kamisan [BN-UMNO]
PARLIMEN : AYER HITAM - BN (MCA)
N.19 YONG PENG
Jumlah pengundi: 34,023
1. Ling Tian Soon [BN-MCA] – MENANG (Maj: 4,603)
2. Yong Hui Yi [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Ling Tian Soon [BN-MCA]
N.19 YONG PENG
Jumlah pengundi: 34,023
1. Ling Tian Soon [BN-MCA] – MENANG (Maj: 4,603)
2. Yong Hui Yi [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Ling Tian Soon [BN-MCA]
N.20 SEMARANG
Jumlah pengundi: 28,753
1. Muhammad Syafiq Abdul Aziz [PN-BERSATU]
2. Datuk Samsolbari Jamali [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 14,679)
3. Ramli Abd Hamid [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Samsolbari Jamali [BN-UMNO]
PARLIMEN : SERI GADING - PH (PAN)
N.21 PARIT YAANI
Jumlah pengundi: 44,741
1. Datuk Mohamad Najib Samuri [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 7,620)
2. Md Ezam Md Taslim [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Mohamad Najib Samuri [BN-UMNO]
N.22 PARIT RAJA
Jumlah pengundi: 38,159
1. Shazwan Zdainal Abidin [PH-DAP]
2. Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee [PN-BERSATU]
3. Nor Rashidah Ramli [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 13,576)
Penyandang PRN15 (2022): Nor Rashidah Ramli [BN-UMNO]
PARLIMEN : BATU PAHAT - PH (PKR)
N.23 PENGGARAM
Jumlah pengundi: 70,294
1. Poh Rui Ling [PH-DAP] – MENANG (Maj: 4,137)
2. Boo Chin Liong [BN-MCA]
Penyandang PRN15 (2022): Gan Peck Cheng [PH-DAP]
N.24 SENGGARANG
Jumlah pengundi: 38,576
1. Datuk Mohd Rashid Hasnon [PN-BERSATU]
2. Onn Abu Bakar [PH-PKR]
3. Mohd Yusla Ismail [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 7,916)
Penyandang PRN15 (2022): Mohd Yusla Ismail [BN-UMNO]
N.25 RENGIT
Jumlah pengundi: 27,608
1. Syed Mohamad Syed Alwi [PN-BERSATU]
2. Zaidi Japar [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 10,817)
3. Mohamad Yazid Bakri [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi [BN-UMNO]
N.23 PENGGARAM
Jumlah pengundi: 70,294
1. Poh Rui Ling [PH-DAP] – MENANG (Maj: 4,137)
2. Boo Chin Liong [BN-MCA]
Penyandang PRN15 (2022): Gan Peck Cheng [PH-DAP]
N.24 SENGGARANG
Jumlah pengundi: 38,576
1. Datuk Mohd Rashid Hasnon [PN-BERSATU]
2. Onn Abu Bakar [PH-PKR]
3. Mohd Yusla Ismail [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 7,916)
Penyandang PRN15 (2022): Mohd Yusla Ismail [BN-UMNO]
N.25 RENGIT
Jumlah pengundi: 27,608
1. Syed Mohamad Syed Alwi [PN-BERSATU]
2. Zaidi Japar [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 10,817)
3. Mohamad Yazid Bakri [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi [BN-UMNO]
PARLIMEN : SIMPANG RENGAM - BN (UMNO)
N.26 MACHAP
Jumlah pengundi: 35,206
1. Nor Hafiz Roslan [PH-AMANAH]
2. Datuk Onn Hafiz Ghazi [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,375)
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Onn Hafiz Ghazi [BN-UMNO]
N.27 LAYANG-LAYANG
Jumlah pengundi: 25,181
1. Guna Balakrishnan [PH-PKR]
2. Abd Mutalip Abd Rahim [PN-BERSATU]
3. Chua Jian Boon [BN-MCA] – MENANG (Maj: 7,912)
Penyandang PRN15 (2022): Abd Mutalip Abd Rahim [BN-UMNO]
N.26 MACHAP
Jumlah pengundi: 35,206
1. Nor Hafiz Roslan [PH-AMANAH]
2. Datuk Onn Hafiz Ghazi [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,375)
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Onn Hafiz Ghazi [BN-UMNO]
N.27 LAYANG-LAYANG
Jumlah pengundi: 25,181
1. Guna Balakrishnan [PH-PKR]
2. Abd Mutalip Abd Rahim [PN-BERSATU]
3. Chua Jian Boon [BN-MCA] – MENANG (Maj: 7,912)
Penyandang PRN15 (2022): Abd Mutalip Abd Rahim [BN-UMNO]
PARLIMEN : KLUANG - PH (DAP)
N.28 MENGKIBOL
Jumlah pengundi: 68,457
1. Yap Zhi Peng [BN-MCA]
2. Chu Poh Yee [PH-DAP] – MENANG (Maj: 4,213)
Penyandang PRN15 (2022): Chew Chong Sin [PH-DAP]
N.29 MAHKOTA
Jumlah pengundi: 67,562
1. Abd Hamid Ali [BERSAMA]
2. Syed Hussien Syed Abdullah [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 16,645)
3. Dr Ahmad Zuhan Md Zain [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain [BN-UMNO]- meninggal dunia : Syed Hussien Syed Abdullah [BN-UMNO]
N.28 MENGKIBOL
Jumlah pengundi: 68,457
1. Yap Zhi Peng [BN-MCA]
2. Chu Poh Yee [PH-DAP] – MENANG (Maj: 4,213)
Penyandang PRN15 (2022): Chew Chong Sin [PH-DAP]
N.29 MAHKOTA
Jumlah pengundi: 67,562
1. Abd Hamid Ali [BERSAMA]
2. Syed Hussien Syed Abdullah [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 16,645)
3. Dr Ahmad Zuhan Md Zain [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain [BN-UMNO]- meninggal dunia : Syed Hussien Syed Abdullah [BN-UMNO]
PARLIMEN : SEMBRONG - BN (UMNO)
N.30 PALOH
Jumlah pengundi: 25,419
1. G. Kamaleswaren [BEBAS]
2. Dr A. Ruban [PH-DAP]
3. Lee Ting Han [BN-MCA] – MENANG (Maj: 6,199)
4. D. Jeevakumar [PN-MIPP]
Penyandang PRN15 (2022): Lee Ting Han [BN-MCA]
N.31 KAHANG
Jumlah pengundi: 29,814
1. V. Rugendran [BN-MIC] – MENANG (Maj: 12,013)
2. Mohd Sabri Abd Kadir [PH-AMANAH]
3. Mazlan Bujang [PN-PAS]
Penyandang PRN15 (2022): R Vidyananthan [BN-MIC]
N.30 PALOH
Jumlah pengundi: 25,419
1. G. Kamaleswaren [BEBAS]
2. Dr A. Ruban [PH-DAP]
3. Lee Ting Han [BN-MCA] – MENANG (Maj: 6,199)
4. D. Jeevakumar [PN-MIPP]
Penyandang PRN15 (2022): Lee Ting Han [BN-MCA]
N.31 KAHANG
Jumlah pengundi: 29,814
1. V. Rugendran [BN-MIC] – MENANG (Maj: 12,013)
2. Mohd Sabri Abd Kadir [PH-AMANAH]
3. Mazlan Bujang [PN-PAS]
Penyandang PRN15 (2022): R Vidyananthan [BN-MIC]
PARLIMEN : MERSING - PN (BERSATU)
N.32 ENDAU
Jumlah pengundi: 28,767
1. Hasnul Hakimi Hussien [PN-PAS]
2. Jati Awang [ASLI]
3. Saiful Nizam Samat [PH-PKR]
4. Alwiyah Talib [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 3,545)
Penyandang PRN15 (2022): Alwiyah Talib [PN-BERSATU]
N.33 TENGGAROH
Jumlah pengundi: 39,001
1. Muhamad Amerul Muhamad [PN-BERSATU]
2. Mohd Youzaimi Yusof [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,258)
3. Md Yusof Dawam [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Raven Kumar Krishnasamy [BN-MIC]
N.32 ENDAU
Jumlah pengundi: 28,767
1. Hasnul Hakimi Hussien [PN-PAS]
2. Jati Awang [ASLI]
3. Saiful Nizam Samat [PH-PKR]
4. Alwiyah Talib [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 3,545)
Penyandang PRN15 (2022): Alwiyah Talib [PN-BERSATU]
N.33 TENGGAROH
Jumlah pengundi: 39,001
1. Muhamad Amerul Muhamad [PN-BERSATU]
2. Mohd Youzaimi Yusof [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,258)
3. Md Yusof Dawam [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Raven Kumar Krishnasamy [BN-MIC]
PARLIMEN : TENGGARA - BN (UMNO)
N.34 PANTI
Jumlah pengundi: 41,407
1. Dr Muhammad Naqib Md Ghazali [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 18,948)
2. Alias Rasman [PN-BERSATU]
3. Ahmad Daniel Sharudin [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Hahasrin Hashim [BN-UMNO]
N.35 PASIR RAJA
Jumlah pengundi: 29,818
1. Datuk Seri Adham Baba [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 12,446)
2. Yuhanita Yunan [PN-PAS]
3. Mohd Fakharuddin Moslim [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Rashidah Ismail [BN-UMNO]
N.34 PANTI
Jumlah pengundi: 41,407
1. Dr Muhammad Naqib Md Ghazali [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 18,948)
2. Alias Rasman [PN-BERSATU]
3. Ahmad Daniel Sharudin [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Hahasrin Hashim [BN-UMNO]
N.35 PASIR RAJA
Jumlah pengundi: 29,818
1. Datuk Seri Adham Baba [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 12,446)
2. Yuhanita Yunan [PN-PAS]
3. Mohd Fakharuddin Moslim [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Rashidah Ismail [BN-UMNO]
PARLIMEN : KOTA TINGGI - BN (UMNO)
N.36 SEDILI
Jumlah pengundi: 29,090
1. Amirul Huzni Onn [PH-AMANAH]
2. Muszaide Makmor [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 16,213)
3. Rasman Ithnain [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): Muszaide Makmor [BN-UMNO]
N.37 JOHOR LAMA
Jumlah pengundi: 32,716
1. Aisah Esa [PN-BERSATU]
2. Danish Hossman Abd Rahman [PH-PKR]
3. Norlizah Noh [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 16,344)
Penyandang PRN15 (2022): Norlizah Noh [BN-UMNO]
PARLIMEN : PENGERANG
N.38 PENAWAR
Jumlah pengundi: 31,112
1. Fauziah Misri [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,776)
2. Mohd Sawaludin Salleh [PH-AMANAH]
3. Fairulnizar Rahmat [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): Fauziah Misri [BN-UMNO]
N.39 TANJUNG SURAT
Jumlah pengundi: 26,943
1. Faizul Abdul Ghani [PH-PKR]
2. Aznan Tamin [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,642)
Penyandang PRN15 (2022): Aznan Tamin [BN-UMNO]
N.38 PENAWAR
Jumlah pengundi: 31,112
1. Fauziah Misri [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,776)
2. Mohd Sawaludin Salleh [PH-AMANAH]
3. Fairulnizar Rahmat [PN-BERSATU]
Penyandang PRN15 (2022): Fauziah Misri [BN-UMNO]
N.39 TANJUNG SURAT
Jumlah pengundi: 26,943
1. Faizul Abdul Ghani [PH-PKR]
2. Aznan Tamin [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,642)
Penyandang PRN15 (2022): Aznan Tamin [BN-UMNO]
PARLIMEN : TEBRAU - PH (PKR)
N.40 TIRAM
Jumlah pengundi: 117,496
1. Datuk Abdul Halim Suleiman [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 28,255)
2. Nor Zulaila Abd Ghani [PH-DAP]
3. Dr Harith Fakhrudin Abdul Malek [BERSAMA]
4. Khirul Muntanazar Ismail [PN-PAS]
Penyandang PRN15 (2022): Azizul Bachok [BN-UMNO]
N.41 PUTERI WANGSA
Jumlah pengundi: 128,723
1. Nicholas Paul Vincent [BERSAMA]
2. Wang Wee Siong [BEBAS]
3. Dr Maszlee Malik [PH-PKR] – MENANG (Maj: 5,744)
4. Rashifa Aljunied [MUDA]
5. Teow Chia Ling [BN-MCA]
Penyandang PRN15 (2022): Amira Aisya Abd Aziz [MUDA]
N.40 TIRAM
Jumlah pengundi: 117,496
1. Datuk Abdul Halim Suleiman [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 28,255)
2. Nor Zulaila Abd Ghani [PH-DAP]
3. Dr Harith Fakhrudin Abdul Malek [BERSAMA]
4. Khirul Muntanazar Ismail [PN-PAS]
Penyandang PRN15 (2022): Azizul Bachok [BN-UMNO]
N.41 PUTERI WANGSA
Jumlah pengundi: 128,723
1. Nicholas Paul Vincent [BERSAMA]
2. Wang Wee Siong [BEBAS]
3. Dr Maszlee Malik [PH-PKR] – MENANG (Maj: 5,744)
4. Rashifa Aljunied [MUDA]
5. Teow Chia Ling [BN-MCA]
Penyandang PRN15 (2022): Amira Aisya Abd Aziz [MUDA]
PARLIMEN : PASIR GUDANG - PH (PKR)
N.42 JOHOR JAYA
Jumlah pengundi: 97,685
1. Lim Hun Peaw [BEBAS]
2. Lau Yi Leong [BERSAMA]
3. Chan San San [BN-MCA] – MENANG (Maj: 7,268)
4. Lee Wern Yiing [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Liow Cai Tung [PH-DAP]
N.43 PERMAS
Jumlah pengundi: 113,963
1. Baharudin Mohamed Taib [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 29,505)
2. Teo Siew Hui [PH-AMANAH]
3. Dr Zamil Najwah [BERSAMA]
4. T. Vela [PN-MIPP]
Penyandang PRN15 (2022): Baharudin Mohamed Taib [BN-UMNO]
N.42 JOHOR JAYA
Jumlah pengundi: 97,685
1. Lim Hun Peaw [BEBAS]
2. Lau Yi Leong [BERSAMA]
3. Chan San San [BN-MCA] – MENANG (Maj: 7,268)
4. Lee Wern Yiing [PH-DAP]
Penyandang PRN15 (2022): Liow Cai Tung [PH-DAP]
N.43 PERMAS
Jumlah pengundi: 113,963
1. Baharudin Mohamed Taib [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 29,505)
2. Teo Siew Hui [PH-AMANAH]
3. Dr Zamil Najwah [BERSAMA]
4. T. Vela [PN-MIPP]
Penyandang PRN15 (2022): Baharudin Mohamed Taib [BN-UMNO]
PARLIMEN : JOHOR BAHRU - PH (PKR)
N.44 LARKIN
Jumlah pengundi: 76,662
1. Norsinah Abu [BERSAMA]
2. Suhaizan Kayat [PH-AMANAH]
3. Mohd Hairi Mad Shah [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 20,282)
Penyandang PRN15 (2022):
Mohd Hairi Mad Shah [BN-UMNO]
N.44 LARKIN
Jumlah pengundi: 76,662
1. Norsinah Abu [BERSAMA]
2. Suhaizan Kayat [PH-AMANAH]
3. Mohd Hairi Mad Shah [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 20,282)
Penyandang PRN15 (2022):
Mohd Hairi Mad Shah [BN-UMNO]
N.45 STULANG
Jumlah pengundi: 60,029
1. Andrew Chen Kah Eng [PH-DAP] – MENANG (Maj: 623)
2. Stanley Tan [BERSAMA]
3. Lim Chin Eng @ Roland Lim [PN-BERSATU]
4. Bong Seng Heng [BN-MCA]
Penyandang PRN15 (2022): Andrew Chen Kah Eng [PH-DAP]
PARLIMEN : PULAI - PH (PAN)
N.46 PERLING
Jumlah pengundi: 109,992
1. P. Pannir Selvam [BN-MIC] – MENANG (Maj: 1,611)
2. Alan Tee Boon Tsong [PH-DAP]
3. Boo Wei Han [BERSAMA]
Penyandang PRN15 (2022): Liew Chin Tong [PH-DAP]
Jumlah pengundi: 109,992
1. P. Pannir Selvam [BN-MIC] – MENANG (Maj: 1,611)
2. Alan Tee Boon Tsong [PH-DAP]
3. Boo Wei Han [BERSAMA]
Penyandang PRN15 (2022): Liew Chin Tong [PH-DAP]
N.47 KEMPAS
Jumlah pengundi: 64,244
1. Datuk Ramlee Bohani [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 14,953)
2. Muhammad Faezuddin Mohd Puad [PH-PKR]
3. Salamahafifi Mohd Yusnaieny [BERSAMA]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Ramlee Bohani [BN-UMNO]
PARLIMEN : ISKANDAR PUTERI - PH (DAP)
N.48 SKUDAI
Jumlah pengundi: 106,805
1. Tan Hiang Kee [BN-MCA]
2. Kartiyaini Jeyapalan [PH-DAP] – MENANG (Maj: 15,280)
3. Eugene Chua Meng Chong [BERSAMA]
4. Amir Syafiq Ameer Soekre [PSM]
Penyandang PRN15 (2022): Marina Ibrahim [PH-DAP]
N.49 KOTA ISKANDAR
Jumlah pengundi: 132,579
1. S. Anna Pravina [PN-MIPP]
2. Dzulkefly Ahmad [PH-AMANAH]
3. Datuk Pandak Ahmad [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 21,206)
4. Sahrudin Omar [BERSAMA]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Pandak Ahmad [BN-UMNO]
N.48 SKUDAI
Jumlah pengundi: 106,805
1. Tan Hiang Kee [BN-MCA]
2. Kartiyaini Jeyapalan [PH-DAP] – MENANG (Maj: 15,280)
3. Eugene Chua Meng Chong [BERSAMA]
4. Amir Syafiq Ameer Soekre [PSM]
Penyandang PRN15 (2022): Marina Ibrahim [PH-DAP]
N.49 KOTA ISKANDAR
Jumlah pengundi: 132,579
1. S. Anna Pravina [PN-MIPP]
2. Dzulkefly Ahmad [PH-AMANAH]
3. Datuk Pandak Ahmad [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 21,206)
4. Sahrudin Omar [BERSAMA]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Pandak Ahmad [BN-UMNO]
PARLIMEN : KULAI - PH (DAP)
N.50 BUKIT PERMAI
Jumlah pengundi: 44,819
1. Muhammad Aidil Riduan Mohd Yusof [BERSAMA]
2. Datuk Mohd Jafni Md Shukor [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 12,721)
3. Mohamad Shafwan Ani [PH-DAP]
4. M. Lina Manoh [PN-MIPP]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Mohd Jafni Md Shukor [BN-UMNO]
N.50 BUKIT PERMAI
Jumlah pengundi: 44,819
1. Muhammad Aidil Riduan Mohd Yusof [BERSAMA]
2. Datuk Mohd Jafni Md Shukor [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 12,721)
3. Mohamad Shafwan Ani [PH-DAP]
4. M. Lina Manoh [PN-MIPP]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Mohd Jafni Md Shukor [BN-UMNO]
N.51 BUKIT BATU
Jumlah pengundi: 49,963
1. R. Kumaran [BN-MIC] – MENANG (Maj: 174)
2. Kamaruzaman Ali [BEBAS]
3. G. Tamili [BERSAMA]
4. Chiong Sen Sern [PH-PKR]
5. M. Premanand [MUDA]
Penyandang PRN15 (2022): Chiong Sen Sern [PH-PKR]
N.52 SENAI
Jumlah pengundi: 66,635
1. Tai Chee Chee [BN-MCA]
2. Wong Bor Yang [PH-DAP] – MENANG (Maj: 3,595)
3. Tew Chien How [BERSAMA]
Penyandang PRN15 (2022): Wong Bor Yang [PH-DAP]
Jumlah pengundi: 49,963
1. R. Kumaran [BN-MIC] – MENANG (Maj: 174)
2. Kamaruzaman Ali [BEBAS]
3. G. Tamili [BERSAMA]
4. Chiong Sen Sern [PH-PKR]
5. M. Premanand [MUDA]
Penyandang PRN15 (2022): Chiong Sen Sern [PH-PKR]
N.52 SENAI
Jumlah pengundi: 66,635
1. Tai Chee Chee [BN-MCA]
2. Wong Bor Yang [PH-DAP] – MENANG (Maj: 3,595)
3. Tew Chien How [BERSAMA]
Penyandang PRN15 (2022): Wong Bor Yang [PH-DAP]
PARLIMEN : PONTIAN - BN (UMNO)
N.53 BENUT
Jumlah pengundi: 28,798
1. Datuk Mohd Sumali Reduan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,701)
2. Abd Razak Ismail [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Seri Hasni Mohammad [BN-UMNO]
N.54 PULAI SEBATANG
Jumlah pengundi: 47,651
1. Haniff @ Ghazali Hosman [PH-PKR]
2. Hasrunizah Hassan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 13,590)
Penyandang PRN15 (2022): Hasrunizah Hassan [BN-UMNO]
PARLIMEN : TANJUNG PIAI - BN (MCA)
N.53 BENUT
Jumlah pengundi: 28,798
1. Datuk Mohd Sumali Reduan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 15,701)
2. Abd Razak Ismail [PH-AMANAH]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Seri Hasni Mohammad [BN-UMNO]
N.54 PULAI SEBATANG
Jumlah pengundi: 47,651
1. Haniff @ Ghazali Hosman [PH-PKR]
2. Hasrunizah Hassan [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 13,590)
Penyandang PRN15 (2022): Hasrunizah Hassan [BN-UMNO]
PARLIMEN : TANJUNG PIAI - BN (MCA)
N.55 PEKAN NANAS
Jumlah pengundi: 37,556
1. Yeo Tung Siong [PH-DAP]
2. Tan Eng Meng [BN-MCA] – MENANG (Maj: 12,281)
Penyandang PRN15 (2022):
Tan Eng Meng [BN-MCA]
N.56 KUKUP
Jumlah pengundi: 34,968
1. Md Israk Abdullah [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 11,354)
2. Cheah Chee Hong [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Jefridin Atan [BN-UMNO]
Jumlah pengundi: 37,556
1. Yeo Tung Siong [PH-DAP]
2. Tan Eng Meng [BN-MCA] – MENANG (Maj: 12,281)
Penyandang PRN15 (2022):
Tan Eng Meng [BN-MCA]
N.56 KUKUP
Jumlah pengundi: 34,968
1. Md Israk Abdullah [BN-UMNO] – MENANG (Maj: 11,354)
2. Cheah Chee Hong [PH-PKR]
Penyandang PRN15 (2022): Datuk Jefridin Atan [BN-UMNO]
RAMALAN PENULIS:
JIKA Kerajaan Negeri Johor serta semua ADUN mampu meneruskan momentam
dan mempertingkat usaha dan perkhidmatan mereka, dalam PRU Malaysia ke 16 akan datang, kemungkinan besar beberapa kerusi Parlimen berikut akan jatuh ke tangan BN:
- P140 SEGAMAT (PH-PKR) - 80% - 90%
- P141 SEKIJANG (PH-PKR) 90% - 100%
- P142 LABIS (PH-DAP) 80% - 100%
- P143 PAGOH (PN-BERSATU) 90% - 100%
- P144 LEDANG (PH-PKR) 90% - 100%
- P145 BAKRI (PH-DAP) < 50%
- P146 MUAR (MUDA) 50% - 80%
- P147 PARIT SULONG - KEKAL
- P148 AYER HITAM - KEKAL
- P149 SERI GADING (PH-PAN) 90% - 100%
- P150 BATU PAHAT (PH-PKR) 50% - 80%
- P151 Simpang Renggam - KEKAL
- P152 KLUANG (PH-DAP) 50% - 80%
- P153 SEMBRONG - KEKAL
- P154 MERSING (PN-BERSATU) 90% - 100%
- P155 TENGGARA - KEKAL
- P156 KOTA TINGGI - KEKAL
- P157 PENGERANG - KEKAL
- P158 TEBRAU (PH (PKR) 50% - 80%
- P159 PASIR GUDANG (PH (PKR) 50% - 80%
- P160 JOHOR BAHRU (PH-PKR) 60% - 80%
- P161 PULAI (PH-PAN) 50% - 80%
- P162 ISKANDAR PUTERI (PH-DAP) < 50%
- P163 KULAI (PH-DAP) < 50%
- P164 PONTIAN - KEKAL
- P165 TANJUNG PIAI - KEKAL
Barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Johor
Pada 18 Julai 2026, Dato' Onn Hafiz telah mengumumkan barisan Ahli MMK (EXCO) Johor. Pada 22 Julai 2026, Onn Hafiz mengumumkan pula perlantikan 10 orang Timbalan EXCO bagi memperkukuhkan pentadbiran negeri.

YAB DATO’ ONN HAFIZ BIN GHAZI
MENTERI BESAR JOHOR
MERANGKAP
PENGERUSI JAWATANKUASA
HASIL BUMI, PENTADBIRAN, KEWANGAN, PERANCANGAN, PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PELANCONGAN

YB DATO’ HAJI MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR
PENGERUSI JAWATANKUASA
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

YB TUAN HAJI MOHD HAIRI BIN MAD SHAH
PENGERUSI JAWATANKUASA
BELIA DAN SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

YB TUAN HAJI MOHD FARED BIN HAJI MOHD KHALID
PENGERUSI JAWATANKUASA
HAL EHWAL AGAMA ISLAM

YB TUAN LING TIAN SOON
PENGERUSI JAWATANKUASA
KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR

YB TUAN LEE TING HAN
PENGERUSI JAWATANKUASA
PELABURAN, PERDAGANGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN
SUMBER MANUSIA

YB TUAN IR. TS. HAJI MOHAMAD FAZLI BIN MOHAMAD SALLEH
PENGERUSI JAWATANKUASA
KERJA RAYA, PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI

YB PUAN HAJAH HASRUNIZAH BINTI HAJI HASSAN
PENGERUSI JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

YB TUAN HAJI MD. ISRAK BIN ABDULLAH
PENGERUSI JAWATANKUASA
PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI DAN KEMAJUAN LUAR BANDAR

YB TUAN DR. MUHAMMAD NAQIB BIN MD GHAZALI
PENGERUSI JAWATANKUASA
PENDIDIKAN DAN PENERANGAN

YB TUAN PANNIR SELVAM A/L PALIKSINA SIWALINGGAM
PENGERUSI JAWATANKUASA
PERPADUAN, WARISAN DAN BUDAYA
AHLI EX-OFFICIO

YB DATO’ MOHAMMED RIDHA BIN DATO’ ABD. KADIR DMIJ PIS PSI
SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

YB DATO’ ABD AZIZ BIN ENGAN DMIJ
PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR

YB DATO’ HAJI MOHD NOORAZAM BIN DATO’ HAJI OSMAN DMIJ SMJ PIS PSI
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI JOHOR
BARISAN AHLI EXCO NEGERI JOHOR
Barisan Timbalan EXCO adalah seperti berikut:
- YB Tuan Zaidi bin Japar (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
- YB Puan Nadhirah Afiqah binti Abdull Rahim (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
- YB Anuar bin Abd Manap (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam)
- YB Tuan Mohd Youzaimi bin Yusof (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar)
- YB Tuan Syed Hussein Syed Abdullah (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia)
- YB Datuk Mohamad Najib Samuri (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi)
- YB Puan Chan San San (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
- YB Tuan Sahrihan bin Jani (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar
- YB Tuan Chua Jian Boon (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya)
- YB Tuan V. Rugendran (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan).
BARISAN TIMBALAN EXCO NEGERI JOHOR