Sunday, August 2, 2026

MTA 222 : HALA TUJU 'PAS' DALAM PERIKATAN NASIONAL KE ARAH PRU 16

 

PERIKATAN NASIONAL
PERIKATAN YANG BERPECAH


Dalam episod MTA 129 : AKHIRNYA PAS JADI PILIHAN ada menceritakan serba sedikit sejarah penubuhan dan perkembangan PAS. Terdapat juga catatan berkaitan perkembangan PAS di Johor dan Negeri Sembilan. Ketika itu penulis tidak mengambil kira bahawa DUN di kedua-dua negeri tersebut akan dibubarkan dalam tempoh terdekat. Dan lebih signifikan lagi, kedua-dua PRN diadakan dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Paparan sejarah PAS di Johor dan Negeri Sembilan dalam episod tersebut hanya semata-mata berasaskan Johor adalah negeri kelahiran penulis manakala Negeri Sembilan adalah negeri tempat penulis bermastautin selepas bersara dari TUDM pada penghujung tahun 2019. Negeri Sembilan juga adalah negeri di mana penulis memutuskan untuk menjadi ahli 'PAS' dalam tahun 2023.
PERPECAHAN PERIKATAN NASIONAL
KE MANA HALA TUJU PAS?

SEJARAH PERIKATAN NASIONAL 

Parti Perikatan Nasional (PN) ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 4 buah parti komponen. Parti ini didaftarkan pada tarikh 7 Ogos 2020 dan disahkan pada September 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kerajaan baru Malaysia pada 10 Mac 2020 bagi mengambil alih Kerajaan Pakatan Harapan yang dibubarkan setelah Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7. 

Parti PN telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh keanggotaan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Perdana Menteri ke 8) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Di peringkat awalnya PN dianggotai oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS) hanya rakan gabungan dalam Kerajaan seperti mana GPS dari Sarawak dan beberapa parti dari Sabah.

Bagaimanapun, kerjasama ini agak rapuh kerana terdapat 'perselisihan berat' antara UMNO dan BERSATU. Pada 16 Ogos 2021, BN telah menarik sokongan kepada Muhyiddin dan menyebabkan Muhyiddin terpaksa meletak jawatan Perdana Menteri. Pengunduran Muhyiddin telah memberi laluan kepada Naib Presiden I UMNO, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri ke 9.  

Kepemimpinan UMNO tidak mengiktiraf Kerajaan pimpinan Ismail Sabri sebagai "Kerajaan Perikatan Nasional" melainkan "Kerajaan Malaysia".

Nota: Pemilihan Ismail Sabri mendahului nama Presiden dan Timbalan Presiden kerana Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih dalam proses perbicaraan Mahkamah Tinngi (kes rasuah dan salah guna kuasa) manakala Timbalan Presiden, Dato' Seri Mohammad Hassan bukan Ahli Dewan Rakyat.

Setelah berjaya memenangi PRN Melaka (20 Nov 2021) dan PRN Johor (12 Mac 2022) dengan cemerlang, BN mengambil keputusan untuk bertanding secara bersendirian (solo) dalam PRU15 pada 19 Nov 2022.

Dalam PRU15, PN menang 73 kerusi dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat yang mendapat 80 kerusi. BN yang mengalami kekalahan teruk (dalam sejarah) hanya memenangi 31 kerusi. BN mengambil keputusan menyertai musuh ketatnya PH untuk membentuk Kerajaan yang kemudian disertai oleh GPS (Sarawak) dan GRS (Sabah) dan beberapa parti kecil lain. Maka, PN berperanan sebagai Pembangkang di Parlimen ke 15.

PN  telah melantik Timbalan Presiden BERSATU, Dato' Seri  Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat

Di peringkat negeri, PN juga merupakan kerajaan pemerintah di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. PH memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. BN memerintah Melaka dan Johor. Walaupun BN adalah penyandang kerusi yang minoriti di Perak dan Pahang, mereka mengambil keputusan untuk mengikuti langkah BN pusat menyertai  PH untuk membentuk Kerajaan Negeri. UMNO mendapat ehsan dari PH untuk mengetuai Kerajaan.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) yang diketuai oleh
Dominic Lau Hoe Chai (Presiden) telah diterima sebagai parti ke 3 dalam komponen PN pada 11 Februari 2021. Kehadiran GERAKAN tidak banyak memberi kesan kepada kekuatan PN kerana GERAKAN tidak memenangi sebarang kerusi di Parlimen dan hanya mempunyai satu kerusi DUN di Kedah.

Kongres India Malaysia (MIC), salah satu ahli komponen BN beberapa kali mengugut untuk keluar dari BN dan menyertai PN kerana tidak berpuas hati dengan layanan dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.  Namun hsrat dan ugutan tersebut tidak pernah dilaksanakan.

Pada 22 Apr 2024, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang diketuai oleh S. Punithan a/l Paramsiven (Presiden) telah diterima menjadi ahli keempat PN. MIPP juga tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen atau di DUN.

BIBIT PERPECAHAN PERIKATAN NASIONAL

Dengan kekuatan 74 di Parlimen PN merupakan parti pembangkang yang terkuat dalam sejarah Parlimen Malaysia. Namun PN mula diuji apabila 6 Ahli Parlimen BERSATU berpaling tadah menyokong Kerajaan PH (tanpa keluar parti). Alasan mereka adalah memerlukan peruntukan Kerajaan untuk membantu rakyat di dalam kawasan mereka. Sebelum ini penulis pernah menulis dan mengulas tentang perpecahan BERSATU yang mengancam kekuatan PN dalam episod MTA 220 berikut:


Tindakan 6 orang Ahli Parlimen BERSATU yang berpaling tadah menyokong Kerajaan PH lebih menyakiti PN apabila Speaker Dewan Rakyat enggan memutuskan supaya kerusi Parlimen mereka dikosongkan selaras dengan provision di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan)(No. 3) 2022 (Akta A1663) atau lebih popular disebut sebagai "Akta Lompat Parti" yang sepatutnya mereka kehilangan kerusi. Lima Ahli Parlimen tersebut adalah:
  1. YB Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) - 12 Okt 2023.
  2. YB Datuk Suhaili bin Abd Rahman (Labuan) - 20 Okt 2023.
  3. YB Mohd Azizi bin Abu Naim (Gua Musang) - 7 Nov 2023.
  4. YB Zahari bin Kecik (Jeli) - 8 Nov 2023).
  5. YB Datuk Syed Abu Hafiz bin Syed Fasal (Bukit Gantang) - 28 Nov 2023.
  6. YB Datuk Zulkafperi bin Hanafi (Tanjung Karang) - 24 Jan 2024.
PAS sudah pasti amat terasa dengan pembelotan ini kerana ia menggambarkan kelemahan BERSATU membentuk kekuatan mental dan ketaatan Ahli Parlimennya dalam menghadapi cabaran politik. Mereka sanggup menjual prinsip dan perjuangan mereka demi kepentingan peribadi.

Walaupun kedengaran terdapat ramai lagi Ahli Parlimen BERSATU yang ingin mengikuti jejak langkah mereka namun, sehingga kini (Nov 2025) bilangan ini kekal 6 orang.

KEMELUT BERSATU 

BERSATU yang baru berusia 9 tahun sudah mula bergolak. Pembelotan 6 Ahli Parlimen telah diikuti oleh krisis dalaman yang semakin lama semakin parah sehingga melibatkan pemecatan ramai Ahli Parlimen BERSATU. Sehingga BERSATU yang bermula dengan 31 kerusi  hanya mempunyai 6 kerusi.

Pergolakan ini bukan sahaja membuktikan berlakunya perpecahan dalam PN bahkan mengundang kepada persepsi rakyat (pengundi) bahawa PN tidak boleh diharapkan atau tidak layak untuk memerintah negara.

Pada 30 Dis 2025 Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional berkuatkuasa 1 Jan 2026. Namun beliau mengekalkan jawatan Presiden BERSATU bagi mengekang Hamzah Zainudin dari dipilih menjadi Pengerusi PN.

Perpecahan BERSATU semakin ketara, kumpulan mendesak pengunduran Muhyiddin semakin meningkat. BERSATU berpecah kepada dua seperti apa yang berlaku kepada UMNO pada tahun 1987 dahulu. Walaupun tidak dilabel sebagai Team A dan B tetapi jurangnya amat jelas di mata pemerhati politik.

Kemuncak ketegangan dalam pimpinan BERSATU mencapai kemuncaknya apabila Timbalan Presidennya Dato' Seri Hamzah Zainudin dipecat dari parti berkuatkuasa 13 Feb 2026 bersama 16 lagi pemimpin BERSATU lain.  

Pada 14 Feb 2026, satu perhimpunan disebut sebagai Majlis Taklimat ‘Reset Politik’ di kalangan Ahli Parlimen/ADUN BERSATU dan majoriti Ketua Bahagian BERSATU yang menyokong Hamzah Zainudin telah diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM),  Kuala Lumpur. 19 dari 24 Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Hamzah Zainudin (sama ada secara jelas atau simbolik). 
 
HALA TUJU PERIKATAN NASIONAL?

Sebenarnya, PERIKATAN NASIONAL hanyalah dua buah parti utama (yang mempunyai kerusi di Parlimen) iaitu PAS dan BERSATU. Ahli komponen yang lain yang tidak memberi apa-apa kelebihan dalam perjuangan politiik. Mereka hanya sekadar sokongan moral atau simbol kepelbagaian (bangsa). 

PAS selaku parti yang terbesar di dalam PN sangat bimbang dengan krisis dalaman BERSATU yang semakin kronik dan sukar untuk dipulihkan. Keadaan itu sudah pastinya mengganggu momentam persediaan untuk menghadapi PRU16 yang semakin hampir.

RETAK MENANTI BELAH

Pada 8 Jun 2026, PAS putuskan hubungan dengan BERSATU. Satu tindakan di luar kotak. Kenapa? PAS dan BERSATU sama-sama dalam komponen PN. Mana mungkin perkara ini boleh terjadi kalau tidak ada punca dan sebab musabab yang kukuh. Bukan mudah untuk menjawab soalan rakyat.  

Soalan utama rakyat ialah:  Kalau belum cukup satu penggal pun dah bersengketa dan kacau bilau dalam parti, mana mungkin PN mahu mentadbir negara?

Keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU adalah berdasarkan beberapa isu yang boleh menjejaskan imej dan maruah serta boleh  melemahkan PN bagi menghadapi PRU ke 16:
  • Krisis kepimpinan tertinggi BERSATU melibatkan Presiden sehingga berlaku pemecatan dan penggantungan keahlian sebahagian besar pemimpin atasannya termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi sungguh membimbangkan ahli komponen PN yang lain. 19 dari 24 Ahli Parlimen BERSATU tidak sehaluan dengan Presiden. Keadaan ini pastinya menjejaskan  imej PN di mata rakyat serta memalukan Barisan Pembangkang di Parlimen. Pihak lawan (Kerajaan Perpaduan) pasti tersenyum panjang melihat perpecahan ini. Apa lagi PRU-16 sudah semakin hampir. 
  • Pada 25 Dis 2025, Shukri meletak jawatan sebagai MB Perlis kerana disabotaj oleh rakan gabungan serta ahli partinya. Lima (5) ADUN dari BERSATU  disertai oleh tiga (3) ADUN dari PAS menarik sokongan kepada beliau. BERSATU pusat tidak membantah tindakan anak-anaknya di Perlis (dianggap merestui) dengan alasan kehendak istana. Jawatan MB Perlis diambil alih oleh ADUN Kuala Perlis (BERSATU), Tuan Haji Abu Bakar bin Hamzah. Tindakan BERSATU ini dianggap sebagai pengkhianatan atau menikam PAS dari belakang.
  • Krisis adat di Negeri Sembilan serta cara tindakan Menteri Besar menangani krisis tersebut telah telah membawa kepada penarikan sokongan 14 ADUN UMNO kepada Menteri Besar. Semua EXCO dari UMNO meletak jawatan. PAS telah bersetuju supaya ADUNnya menyebelahi tindakan ADUN UMNO. Jika 5 ADUN PN menyertai UMNO membawa jumlah 19 akan membolehkan UMNO-PN boleh mengambil alih pentadbiran di Negeri Sembilan. PAS kecewa kerana BERSATU mengarahkan 2 ADUNnya untuk berkecuali.
HALA TUJU PERIKATAN NASIONAL?

Desakan demi desakan (langsung atau tidak langsung) telah membawa perletakan jawatan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa pada 1 Jan 20026. Tempat Muhyiddin digantikan oleh salah seorang dari Naib Presiden PAS, Dato' Seri Ir Dr Shamsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu.

Walaupun agak janggal, ia direstui oleh Presiden PAS dan diterima oleh Majlis Presiden PN yang lain walaupun Muhyiddin agak berat menerimanya.  Selepas mengambil alih kepimpinan PN, PAS banyak mengambil tindakan dengan mengenepikan pandangan BERSATU.

Pada 23 Jun 2026, PN menerima dua ahli baru iaitu Parti Pejuang Tanah Air pimpinan Dato' Seri Mukhriz bMahathir dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang kemudian ditukar nama kepada Parti Wawasan Negara (WAWASAN) pimpinan Dato' Seri Hamzah Zainudin. Walaupun satu keputusan yang amat berat, BERSATU terpaksa menerima kemasukan ini. Mana tidaknya, Hamzah adalah mantan Timbalan Presiden BERSATU yang dipecat dari BERSATU pada 13 Feb 2026. Hamzah turut membawa beberapa mantan Ahli Parlimen BERSATU yang telah dipecat seperti Dato' Seri Saifudin, Datuk Wan Saiful, Datuk Ahmad Fayhsal dan lain-lain. 

Perpecahan PN semakin kelihatan dalam PRN Johor pada 11 Jul 2026. Walaupun masing-masing menggunakan logo PN, PAS tidak membantu calon BERSATU begitu juga sebaliknya. Malah PAS secara terabg-terangan mengarahkan penyokongnya untuk mengundi calon BN di kawasan yang tidak ditandingi oleh PN.
BN menang cemerlang tetapi PN (samada PAS/MIPP atau BERSATU) gagal memenangi sebarang kerusi di Johor. Objektif PAS di Johor adalah memastikan BN memenangi PRN Johor. 

Pada 15 Jul 2026,  PAS mengadakan kerjasama dengan BN tanpa berunding dengan BERSATU. Wujud persafahaman secara informal (electoral pact)  di peringkat awal apabila BN hanya bertanding di 25 kerusi manakala PN (tanpa BERSATU) bertanding di 11 kerusi - tiada pertembungan antara BN dan PN. BERSATU bertanding secara solo dengan logo sendiri dan bertanding di banyak kawasan yang ditandingi oleh BN atau PN. 

Persefahaman BN-PN menghasilkan kejayaan cemerlang - menawan Negeri Sembilan (menewaskan PH) dengan majoriti 2/3. BN memenangi 18 dari 25 kerusi yang ditandingi, PN memenangi 7 dari 11 kerusi yang ditandingi manakala BERSATU gagal total.  PH hanya berjaya mengekalkan 11 kerusi (9 DA dan 2 PKR) dan tiada calon dari kalangan bangsa Melayu yang memenangi kerusi PH.

SEJARAH PRESTASI PAS 
DARI PRU-1 (1959) HINGGA PRU-15 (2022/2023)

Oleh kerana PN masih terlalu muda (begitu juga dengan BERSATU, PEJUANG, WAWASAN dan MIPP) dan belum ada track record yang boleh dijadikan rujukan, maka kekuatan PN bergantung rapat dengan keutuhan PAS dalam sejarah politik negara. Sebelum membawa pembaca ke isu hala tuju PN, mari kita lihat sejarah prestasi PAS sejak Pilihan Raya Umum pertama selepas merdeka.  Rekod yang ditunjukkan adalah jumlah kerusi yang dimenangi berbanding jumlah kerusi di dalam DUN.

Nota 1 : Kerusi pertama PAS dalam DUN Perlis dimenangi dalam PRU ke 2 tahun 1964 dan kemenangan kedua dalam PRU 1982. Selepas itu prestasi PAS sentiasa di tahap rendah dengan rekod tertinggi 3 kerusi dalam tahun 1999 (menyertai gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Nasional (ADIL).

Nota 2 :  Dalam PRU 2022, PAS bergabung dengan BERSATU membentuk Perikatan Nasional (PN) dan berjaya memenangi 14 dari 15 kerusi DUN Perlis. ADUN PAS (Sanglang), Tuan Haji Shukri bin Ramli, dilantik menjadi Menteri Besar ke10. 

Nota 3 :  Pada 25 Dis 2025, Shukri meletak jawatan apabila rakan gabungan mereka 5 ADUN dari BERSATU dan disertai oleh 3 ADUN dari PAS menarik sokongan kepada beliau. Jawatan MB Perlis ke 11 diambil alih oleh ADUN BERSATU (Kuala Perlis), YAB Tuan Haji Abu Bakar Hamzah. Pengkhianatan BERSATU inilah yang menjadi salah satu punca krisis antara PAS-BERSATU dalam komponen PN sehingga kini. 

Nota 1 : PAS mula menyertai DUN Kedah dalam PRU 1969 dengan 8 kerusi dan mengekalkan prestasi 30% sehingga PRU 1978. Prestasi PAS menurun kepada 7% dari PRU 1982 hingga 1995 dan kembali dengan 1 kerusi mulai tahun 1999 apabila menyertai APU.

Nota 2 :  Dalam PRU 2008, PAS bersama gabungan Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP berjaya menumbangkan BN pimpinan Dato' Seri Mahazer bin Khalid. YAB Dato' Seri Haji Azizan bin Abd Razak (kemudian Tan Sri) dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke 10. Namun PAS hanya mampu mentadbir negeri Kedah selama satu penggal sahaja apabila BN kembali menguasai Kedah dalam PRU 2013. Dalam PRU ke 13 (2013), BN kembali mentadbir Kedah di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir (Mei 2013 - Feb 2016) diikuti oleh Dato' Seri Ahmad Bashah bin Abu Hanipah (Feb 2016 - Jul 2018).

Nota 3 :  Dalam PRU 18, Kedah diambil alih oleh Pakatan Harapan (PKR, DAP, PAN dan BERSATU) dan Dato' Seri Mukhriz untuk kali kedua dilantik menjadi Menteri Besar (ke 13). Pada 17 Mei 2020, Mukhriz sekali lagi hilang sokongan majorit DUN Kedah selepas BERSATU keluar dari PH. PAS yang mempunyai kerusi terbanyak (15) dalam DUN Kedah disokong oleh 3 ADUN UMNO dan 3 ADUN BERSATU menguasai majoriti DUN Kedah (21/36). Dato' Mohamad Sanusi bin Md Nor (ADUN Jeneri) telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke 14 pada 18 Mei 2020. 

Nota 4 : Dalam PRU 2023, PAS bergabung dengan BERSATU membentuk Perikatan Nasional (PN) dan berjaya memenangi 33 dari 36 kerusi DUN Kedah. Sanusi meneruskan tugasnya sebagai MB Kedah. 

Nota 1 : PAS telah menguasai DUN Kelantan sejak PRU pertama tahun 1959 Nota Nota 2 : Dalam tahun 1973 PAS menyertai gabungan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan dan mengekalkan prestasi tinggi dalam PRU 1974. Pada 13 Dis 1977 PAS keluar dari BN kerana membantah campur tangan UMNO dalam perlantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed bin Nasir (bukan pilihan PAS). Kerajaan BN menggunakan taktir kotor mengisytiharkan Darurat Pentadiran ke atas Negeri Kelantan mulai 8 Nov 1977 hingga 12 Feb 1978). Pada 11 Mac 1978 diadakan PRN Kelantan dan PAS mengalami kekalahan teruk ditangan BN pimpinan Dato' Haji Mohamed bin Yaacob yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Nota 3 :  Dalam PRU ke 8 tahun 1990, PAS berjaya menumbangkan Kerajaan BN yang mampu menguasai Kelantan selama 3 penggal. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Nota 4 :  Dalam PRU ke 15 tahun 2023, PAS bergabung dengan BERSATU mengekalkan penguasaan dalam DUN Kelantan.

Nota 1 : PAS telah menguasai DUN Terengganu seawal PRU pertama tahun 1959. Tuan Haji Daud bin Abdul Samad merupakan Menteri Besar Terengganu pilihan rakyat yang pertama. Walaupun begitu, Perikatan (UMNO) telah berjaya menarik beberapa ADUN PAS untuk menyertai UMNO dan berjaya  menumbangkan Kerajaan PAS melalui undi tidak percaya pada 21 Okt 1961. 

Nota 2 : Sejak kejatuhan PAS pada tahun 1961, prestasi PAS agak menurun.

Nota 3 : Pada tahun 1974 PAS menyertai PRU di bawah payung BN yang baru ditubuhkan tetapi keluar dari BN pada tahun 1977. Prestasi PAS turun merudum  sehingga  gagal memenangi sebarang kerusi DUN pada tahun 1978. 

Nota 4 : Prestasi PAS meningkat semula dalam PRU tahun 1990 dan 1995 apabila PAS mengikat kerjasama dengan Parti Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) diikuti dengan krisis pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Dalam PRU tahun 1999, PAS berjaya menumbangkan BN dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ke 11. Namun Kerajaan pimpinan PAS hanya bertahan selama satu penggal sahaja.

Nota 5 : Dari PRU 2004 hingga 2013, prestasi PAS mula mendaki semula dari 4 kerusi kepada 8 (2008) dan 13 (2013) sehingga mencapai kemuncaknya pada PRU 2018 berjaya menumbangkan BN. YAB Dato' Seri Ir Dr Shamsuri bin Mokhtar dilantik menjadi MB Terengganu ke 15.

Nota 6 :  Dalam PRU 2023, PAS bergabung dengan BERSATU membentuk Perikatan Nasional (PN) dan berjaya menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN Terengganu dan menamatkan legasi BN di DUN Terengganu.

Nota 1 : Kerusi pertama PAS dalam DUN Pulau Pinang dimenangi dalam PRU 1974 dan kemenangan kedua dalam PRU 1978. PAS gagal dari PRU 1982 hingga 1995 dan kembali dengan 1 kerusi mulai tahun 1999.

Nota 2 : Dalam PRU 2008 dan 2013, PAS menyertai gabungan Pakatan Rakyat (PR) (bersama PKR dan DAP) telah menumbangkan BN dan membentuk Kerajaan di Pulau Pinang sehingga PAS keluar dari PR pada 4 Jun 2015.

Nota 1 : PAS telah berada dalam DUN Perak sejak PRU pertama tahun 1959 bagaimanapun prestasi PAS tidak banyak meningkat dan gagal mendapat kerusi dari 1982 hingga 1995. Kembali ke DUN pada tahun 1999.

Nota 2 : Dalam PRU 2008 dan 2013, PAS menyertai gabungan Pakatan Rakyat (PR) (bersama PKR dan DAP) telah menumbangkan BN dan membentuk Kerajaan di Perak. Malah pemimpin PAS telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke 10, iaitu YAB Dato' Seri Ir Mohamamd Nizar bin Jamaluddin. Bagaimanapun Kerajaan PR telah dijatuhkan oleh BN pada bulan Feb 2009 (hanya mentadbir selama 11 bulan) apabila BN membeli beberapa ADUN PKR dan DAP sehingga PR kehilangan majoriti. PAS keluar dari PR pada 4 Jun 2015.

Nota : Kerusi pertama PAS dalam DUN Pahang dimenangi dalam PRU 1974 dan kemenangan kedua dengan 6 kerusi dalam PRU 1999.

Nota 1 : Kerusi pertama PAS dalam DUN Selangor dimenangi dalam PRU 1974 dan kemenangan kedua dengan 4 kerusi dalam PRU 1999.

Nota 2 : Dalam PRU 2008 dan 2013, PAS menyertai gabungan Pakatan Rakyat (PR) (bersama PKR dan DAP) telah menumbangkan BN dan membentuk Kerajaan di Selangor sehingga PAS keluar dari PR pada 4 Jun 2015.

Nota : Kerusi pertama PAS dalam DUN Negeri Sembilan dimenangi dalam PRU ke 12 tahun 2004.

Nota 1 : Kerusi pertama PAS dalam DUN Melaka dimenangi dalam PRU 1974 dan kerusi kedua dalam PRU 2013.

Nota 2 : Selepas PRN 2022 seorang ADUN BN (UMNO), YB Datuk Muhammad Jailani bin Khamis telah menyertai PAS mulai 16 JulaI 2024.

Nota : Kerusi pertama PAS dalam DUN Johor dimenangi dalam tahun 2004.

Nota 1 : Selepas PRN 2020, Kerajaan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah melantik seorang ADUN yang mewakili PAS (1 dari 6 ADUN lantikan).

Nota 2 : Dalam PRN 2025, buat pertama kalinya dalam sejarah Pilihanraya Negeri Sabah, seorang calon PAS memenangi kerusi DUN Sabah, iaitu YB Datuk Dr Ali Akbar bin Gulasan (Karambunai).

Ulasan Tambahan
  1. Kesemua data di 12 Negeri di atas menggambarkan betapa sukarnya perjalanan PAS sebelum sampai ke kedudukan hari ini. Bermacam-macam halangan, dugaan, sabotaj, hinaan, tuduhan yang hanya bertujuan untuk menamatkan perjuangan PAS.  Mungkin sudah berbilion wang rakyat yang dilaburkan untuk membeli pendukung PAS. Namun keutuhan pimpinan parti yang serba miskin dan kekurangan yang tidak pernah mengenal lelah dan bosan terus tabah berjuang demi agama dan negara.
  2. Sejarah kebangkitan di atas juga mengorbankan ramai sosok besar PAS yang termasuk dalam perangkap musuh atau gagal meneruskan perjuangan seperti mantan Presidennya sendiri Tan Sri Dato' Asri bin Haji Muda, Dato' Mohamed bin Nasir, Datuk Seri Mohammad bin Sabu, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Dato' Nakhaie Ahmad dan lain-lain. Mereka meninggalkan PAS samada menyertai UMNO atau menubuhkan parti baru. Antara parti-parti baru (yang memfotostat perlembagaan PAS - sebagai parti Islam) telah ditubuhkan oleh tokoh serpihan ini. 
    • Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA) - 1977 oleh Datuk Mohamed bin Nasir.
    • Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) - 1983 oleh Datuk Mohd Asri Hj Muda.
    • Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) - 1985 oleh Tuan Hj Hanafi bin Mamat (kemudian bertukan nama kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) oleh Datuk Zaid bin Ibrahim.
    • Parti Amanah Nasional (AMANAH) - 2015 oleh Tuan Hj Mohammad bin Sabu.
  3. Penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pada tahun 1988 merupakan strategi jangka panjang yang berkesan dan hasilnya dituai setelah 30 tahun. Ramai pemimpin muda PAS yang berjaya hari ini merupakan produk PASTI. Malah ramai penyokong UMNO yang turut menghantar anbak-anak mereka ke PASTI. Walaupun PASTI bukan institusi yang menerapkan ideologi politik PAS tetapi penerapan nilai-nilai Islam telah berjaya menerapkan sikap sayangkan agama dan mempertahankan Islam.

APA LALUAN PN MENUJU PRU KE 16?

Langkah I di Johor untuk memancing perhatian BN telah berjaya. Walaupun PN turut bertanding di beberapa kawasan, namun secara terbuka PN tidak berhasrat membentuk Kerajaan. PN hanya menawarkan pilihan di beberapa kawasan DUN selebihnya memberi sokongan moral kepada calon BN.

Langkah 2 di Negeri Sembilan juga menghasilkan kejayaan cemerlang. Di NS PN menjalin electoral pact dengan BN. Sebelum penamaan calon, mereka telah berkompromi untuk tidak bertembung sesama sendiri. Ternyata juga tindakan majoriti PN (PAS, WAWASAN, GERAKAN, MIPP dan PEJUANG) telah berjaya mematikan langkah rakan gabungan (BERSATU) yang bergerak SOLO.

Langkah 3 di Melaka? Pada 3 Ogos 2026, PENULIS meramalkan bahawa formula di Negeri Sembilan akan dilaksanakan di Melaka.

PENDAPAT DAN PANDANGAN PENULIS
  1. Perpecahan PN (PAS dan BERSATU) memberi kelebihan kepada PAS dalam menentukan hala tuju PN.
  2. Langkah PAS bekerjasama dengan BN secara lebih formal ternyata mendapat sokongan majoriti rakyat. Malah seolah-olah dinanti-nanti kehadirannya oleh rakyat. Jumlah majoriti undi calon BN dan PN di kawasan majoriti Melayu telah membuktikannya. Malah pengundi Melayu jelas membantu kemenangan calon BN dari MCA. Langkah selanjutnya: Melaka dan PRU 16.
  3. Langkah Melaka : Situasi sekarang; 
    • Parlimen - 6 kerusi Parlimen : PN (3), PH (3) dan BN (0). 
    • DUN - 28 kerusi DUN : BN (21), PH (5) dan PN (2).
    • Dari 3 kerusi Parlimen PN, 2 dari PAS manakala tiada kerusi PAS dalam DUN Melaka.
    • Oleh kerana PRN 15 Melaka diadakan lebih awal dari PRU 15 Malaysia, kedudukan PAS di Parlimen lebih menggambarkan kekuatan sebenar. 
    • PAS menyimpan Trump Card - jika PAS sanggup give up satu kerusi Parlimen kepada BN, berapa kerusi DUN sebagai balasannya.
    • Adakah BN bersedia mempertimbangkan dua atau tiga kerusi untuk diserahkan kepada PAS?, khususnya dalam kawasan Jasin dan Tangga Batu. Jika tidak boleh - BN kena fikir apa yang bakal dipertimbangkan oleh PAS dalam perbincangan apabila tiba waktu PRN di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu kelak? Adakah BN tidak berminat untuk mendapat apa-apa kerusi di negeri tersebut.
  4. Barang diingat, bukan di SG4 sahaja yang PAS memiliki saham yang sangat besar. Bahkan di DUN Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Pahang juga, kedudukan PAS jauh lebih kukuh berbanding BN. Adakah BN sudah berpuas hati dengan penguasaan mereka di Johor, NS dan Melaka?
  5. Dalam PRU 14 dan 15, sememangnya PN berazam untuk menjuarai semua negeri, bahkan peringkat nasional. Dengan pencapaian yang luar biasa dalam PRU 15, laluan PN semakin lancar. Namun setelah berlaku krisis dalam BERSATU sejak tahun 2024, PAS mula menyusun Plan B. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Apa yang berlaku dalam BERSATU semakin kronik dan membahayakan strategi PN untuk meningkatkan pencapaian dalam PRU 16. PN tiada pilihan lain dan terpaksa berpatah arang dengan BERSATU.
  6. Apa yang dijangkakan selepas ini?
    • Kerjasama BN-PN akan diteruskan di Melaka dan PRU 16.
    • PN sebenarnya tiada pilihan lain, WAJAR menyingkirkan BERSATU (kini menjadi duri dalam daging) dari komponen PN. Ketiadaan BERSATU akan memudahkan PN mengagihkan kerusi kepada WAWASAN dan PEJUANG.
    • PN tidak akan bergabung dengan BN sebagai sebuah parti tetapi bentuk kerjasama (electoral pact) akan lebih mantap.
    • Identiti BN-PN (Kerajaan Perpaduan) akan lebur pada bila-bila masa, selewat-lewatnya sebaik sahaja Parlimen Penggal ke 15 dibubarkan - mungkin lebih awal dari itu.
    • Satu identiti baru kerjasama BN-PN akan diterima oleh rakyat.
Apa akan jadi dengan PH?
  1. Identiti PH akan berubah. Kekalahan teruk PKR dan PAN dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan (mungkin Melaka), akan menjadikan PH sebuah komponen pelbagai parti yang didominasi oleh DAP khasnya dan bangsa China (sedikit India) amnya. Pemimpin Melayu hanya sekadar penyandang jawatan parti tanpa kerusi di Parlimen atau DUN. Ia bakal diakhiri dengan DAP meninggalkan komponen PH. 
  2. DAP bakal kembali menjadi parti pembangkang secara persendirian dan kembali menjadi parti chauvinist Cina yang memperjuangkan Malaysuan Malaysia secara terang-terangan. Maka, sokongan Melayu kepada DAP melalui beberapa wakil rakyat mereka (Parlimen dan DUN) akan pupus.
NASIHAT PENULIS kepada PAS?
  1. Rekod sejarah menjelaskan bahawa UMNO lebih banyak menyakiti PAS dan sukar untuk dilupakan. bermula dengan kejatuhan MB PAS di Terengganu tahun 1961, kejatuhan Kerajaan PAS di Kelantan tahun 1978 dan kejatuhan MB PAS di Perak tahun 2009. Namun ramai pemimpin UMNO yang masih mengulang naratif PAS mengkhianati UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) apabila memilih BERSATU berbanding UMNO. Isu KHIANAT ini amat sensitif. Oleh itu, pemimpin PAS yang berceramah di mana-mana untuk menonjolkan faedah kerjasama bukan mengungkit peristiwa lama. 
  2. Masih ramai pemimpin Melayu dalam UMNO yang masih tidak menerima kehadiran PAS sebagai rakan perjuangan. Mereka beranggapan bahawa kehadiran PAS akan menyekat kebangkitan UMNO kerana UMNO tidak boleh lagi mengambil balik kerusi tradisi UMNO yang telah ditawan PAS. Malah mereka sudah melihat ke hadapan, jika PAS bersama UMNO dalam PRU 16, UMNO terpaksa memberi banyak kerusi Menteri kepada PAS. Kepada mereka kehadiran PAS adalah merugikan mereka. Sikap PAS yang tidak tamak kuasa adalah kelebihan PAS. Ia perlu diteruskan. Tugas PAS adalah menyediakan senarai tokoh-tokoh yang layak untuk melaksanakan tugas besar yang bakal diberikan.
  3. Sokongan pengundi bukan Melayu. Walaupun hakikatnya PAS tidak memerlukan mereka kerana PAS tidak bertanding di kawasan bandar, PAS masih ada tanggungjawab membantu rakan komponennya GERAKAN dan MIPP. Usaha untuk meningkatkan pemahaman (mentaliti) kaum Cina dan India di bandar perlu diteruskan. PAS mungkin boleh mengambil strategi Darul Arqam (bukan ajarannya). Penulis pernah melalui zaman kegemilangan Al Arqam di akhir tahun 1980an. Al Arqm mampu mengadakan program di tengah bandar dan turut dihadiri oleh orang bukan Islam. Ahli-ahli korporat (industri) PAS perlu meningkatkan usaha dalam industri pengeluaran bahan makanan HALAL. Ramai umat islam tertarik dengan usaha Al Arqam (kemudian diteruskan oleh GISB) dalam hal ini. Al Arqam dan GISB lebih terkedepan dari UMNO dan PAS sebagai pemacu produk makanan halal. Banyak GLC/GILC yang gagal melaksanakan peranan mereka. Yang banyak dibaca oleh rakyat adalah kerugian demi kerugian dan penyelewengan syarikat GLC tetapi melahirkan tokoh-tokoh politik yang kaya raya.
  4. Walaupun BERSATU telah berpecah dan melahirkan WAWASAN dan andainya BERSATU  berpisah dengan PN dalam PRU-16, tidak semestinya semua peruntukan kerusi BERSATU dalam PRU-15 (sama ada yang dimenangi atau yang tewas) diberikan kepada WAWASAN. 

Saturday, August 1, 2026

MTA 221 : ULASAN PRN KE 16 NEGERI SEMBILAN

 



ULASAN PRN KE 16 NEGERI SEMBILAN


Ringkasan:

DUN dibubarkan : 5 Jun 2026
Penamaan Calon : 18 Jul 2026
Pengundian awal : 28 Julai 2026
Pengundian umum : 1 Ogos 2026

LANGKAH AWAL

BN berkeyakinan bahawa Gelombang Biru dari Johor akan melimpah ke NS.

BN ambil langkah lebih berani alternatif, di Johor 'BN Go Solo' di NS BN mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan PN untuk memecahkan tembok PH.

14 Jul 2026 - PH mengumumkan calon dengan bertanding di kesemua 36 kerusi.

15 Jul 2026 - Pengumuman calon BN bertanding di 25 kerusi DUN. 

Berikut merupakan senarai penuh calon BN bagi PRN Negeri Sembilan
  1. N01 Chennah- Siow Kong Choon (MCA)
  2. N02 Pertang – Datuk Seri Jalaluddin Alias (UMNO)
  3. N03 Sungai Lui – Datuk Mohd. Razi Mohd. Ali (UMNO)
  4. N06 Palong – Datuk Mustapha Nagoor (UMNO)
  5. N07 Jeram Padang – Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir (UMNO)
  6. N08 Bahau – Chong Fui Ming (MCA)
  7. N09 Lenggeng – Datuk Mohd. Asna Amin (UMNO)
  8. N10 Nilai – Lai Chien Kong (MCA)
  9. N12 Temiang – Leaw Kok Chan (MCA
  10. N15 Juasseh – Datuk Ismail Lasim (UMNO)
  11. N16 Seri Menanti – Muhammad Sufian Maradzi (UMNO)
  12. N17 Senaling – Mohamad Qayyum Abd Jalil (UMNO)
  13. N18 Pilah – S. Leza Md Yasin (UMNO)
  14. N19 Johol – Datuk Saiful Yazan Sulaiman (UMNO)
  15. N20 Labu – Siti Nur Umaira Hasim (UMNO)
  16. N22 Rahang – Yap Siok Moy (MCA)
  17. N24 Seremban Jaya – R. Thinalan (MIC)
  18. N26 Chembong – Datuk Zaifulbahri Idris (UMNO)
  19. N27 Rantau – Datuk Seri Mohamad Hasan (UMNO)
  20. N28 Kota – Suhaimi Aini (UMNO)
  21. N29 Chuah – Pau Jeou Ching (MCA)
  22. N32 Linggi – Datuk Mohd. Faizal Ramli (UMNO)
  23. N33 Sri Tanjung – A. Achutan (MIC)
  24. N35 Gemencheh – Suhaimizan Bizar (UMNO)
  25. N36 Repah – Koh Kim Swee (MCA)
Nota: Keputusan BN hanya bertanding untuk 25 kerusi DUN telah menunjukkan pertanda yang mengesahkan spekulasi akan wujud kerjasama antara BN dan PN dalam PRN ke 6 di NS ini.

15 Jul 2026 - BERSATU mengesahkan akan bertanding dengan logo sendiri.

16 Jul 2026 - PN (tanpa BERSATU) mengumumkan calon di 11 kerusi DUN:
  1. N.04 Klawang – Danni Rais (PWN)
  2. N.05 Serting – Mohd Fairuz Mohd Isa (PAS)
  3. N.11 Lobak – Dr Kumar Al Paramasivam (PAS)
  4. N.13 Sikamat – Datuk Razali Abu Samah (PWN)
  5. N.14 Ampangan – Dr Rafie Abd Malek (PAS)
  6. N.21 Bukit Kepayang – Lee Boon Shian (GER)
  7. N.23 Mambau – Eric Michael (PWN)
  8. N.25 Paroi – Kamarul Ridzuan Mohd Zin (PAS)
  9. N.30 Lukut – Sathes Kumar Nilameham (MIPP)
  10. N.31 Bagan Pinang – Abd Fatah Zakaria (PAS)
  11. N.34 Gemas – Ridzuan Ahmad (PWN).
Nota: Senarai calon PN membuktikan bahawa perpecahan dalam PN yang dilihat semasa semakin serius apabila pencalonan PN telah meminggirkan calon BERSATU.

17 Julai 2026, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai 24 calon BERSATU yang akan bertanding di Negeri Sembilan:
  1. N.02 Pertang – Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus 
  2. N.03 Sungai Lui – Mazrulhisham Abd Mansor
  3. N.04 Klawang – Muhammad Adib Musa
  4. N.05 Serting – Muhammad Noraffendy Mohd Salleh
  5. N.06 Palong – Rebin Birham
  6. N.07 Jeram Padang – Sri Sanjeevan Ramakrishnan
  7. N.09 Lenggeng – Zool Amali Hussin.
  8. N.10 Nilai – Datuk V. Saravan Kumar A/L Veerasamy.
  9. N.12 Temiang – Fazly Hamid
  10. N.13 Sikamat – Datuk Tun Faisal Ismail Aziz
  11. N.20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker
  12. N.14 Ampangan – Noor'Azah Harun
  13. N.15 Juasseh – Mohd Zuhaimi Md Yusof
  14. N.16 Seri Menanti – Datuk Sri Megat D. Shahriman Datuk Zaharudin
  15. N.17 Senaling – Mohd Izaffi Istear Khan
  16. N.22 Rahang – Tang Jay Son
  17. N.23 Mambau – Sarawanan Nagayah
  18. N.24 Seremban Jaya – Mahendran Ramasamy
  19. N.25 Paroi – Mohd Nazree Mohd Yunus
  20. N.28 Kota – Akmal Noradzmi Abd Rahim
  21. N.31 Bagan Pinang – Sheikh Junaidy Jamaludin
  22. N.32 Linggi – Datuk Zamri Md Said
  23. N.33 Sri Tanjung – Leevineshwaraan a/l Murugan
  24. N.34 Gemas – Zolazrai Zolkapli
KERJASAMA BN - PN

Penerimaan pengundi Johor ke atas sokongan terbuka PN (khususnya PAS) ke atas BN di Johor yang menghasilkan kejayaan cemerlang BN telah membuka hati kepimpinan BN untuk bekerjasama dengan lebih rapat dengan PN untuk menghadapi PRN di Negeri Sembilan. Ketiadaan suara BERSATU dalam PN menguatkan lagi keinginan UMNO untuk mempercayai bahawa hasrat PAS untuk menjayakan penyatuan ummah adalah serius.

Walaupun kepimpinan UMNO pusat masih teragak-agak untuk melayani hasrat PAS, kepimpinan UMNO Negeri Sembilan lebih berani membuka ruang kerjasama kepada PN. Keadaan BERSATU yang semakin dipinggirkan oleh rakan PN meyakinkan UMNO untuk membawa PAS berunding dengan lebih mudah. Malah orang Melayu di peringkat akar umbi jauh lebih bersedia untuk merealisasikan kerjasama. Sedikit halangan adalah di kalangan pemimpin  BN sendiri yang bimbang akan kehilangan pengaruh. Kerjasama bermakna terpaksa mengorban kerusi kepada PN. Mengorbankan kerusi bermakna peluang mereka untuk menjadi wakil rakyat semakin menipis. Namun limpahan GELOMBANG BIRU yang telah menawan Johor tidak dapat dibendung lagi.

PERPECAHAN PN

Tindakan PAS menggunakan PN untuk bekerjasama dengan BN secara lebih tersusun di NS sudah pastinya menyakiti rakan kongsinya BERSATU. Di Johor, PAS, MIPP dan BERSATU masih menggunakan bendera PN. Mereka tidak bertembung sesama komponen PN. Di Johor mereka hanya tidak sekata dari hal menyokong sama-sama membantu calon masing-masing. Malah PAS dengan jelas mengajak penyokong PAS supaya mengundi BN di kawasan di mana PN tidak bertanding. Situasi  di Johor adalah Retak Menanti Belah.

Di NS, tanpa berunding dengan BERSATU, PAS menggunakan nama PN untuk membentuk kerjasama dengan BN secara lebih berani. Semasa penamaan calon BN sebagai tanda kerjasama telah melepaskan 11 kerusi DUN kepada PN. PN hanya mengagihkan 11 kerusi ini kepada PAS, PWN, MIPP dan Gerakan sahaja. BERSATU diketepikan. Sebagai tindak balas, BERSATU meletakkan calon di 24 kawasan dan bertembung dengancalon PN dan BN. Secara tidak langsung BERSATU adalah seteru PN dan BN dalam PRN NS ini. Situasi di NS ialah Alang-alang Menyelok Perkasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan.

Perpecahan PN sudah tidak dapat dibendung. Situasi di NS, adalah bukti hubungan PAS dan BERSATU tidak dapat diperbaiki. PAS mendapat sokongan padu dari ahli komponen PN yang lain. Manakala BERSATU berseorangan dan terpaksa membentuk rakan juang tidak rasmi yang baru, dinamakan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) terdiri dari BERSATU, BERJASA, KIMMA, PUTRA, MAP, IMAN dan URIMAI.

ISU DALAM KEMPEN

Keistimewaan dan semangat yang ada pada BANGSA JOHOR tidak dapat dibandingkan dengan situasi dan suasana di Negeri Sembilan. Sebelum PRN, pentadbiran Negeri Sembilan dipegang oleh PH. Seperti di Johor , kerajaan yang memerintah mempunyai banyak kelebihan. Apatah lagi jika dibantu oleh gergasi-gergasi PH dari Kuala Lumpur.

Perpecahan undi Melayu ke atas BN dan PH lebih seimbang. Walaupun bersandarkan bilangan DUN majoriti Melayu lebih memihak kepada UMNO, perlu diketahui bahawa  kemenangan UMNO dalam PRN-15 Negeri Sembilan pada tahun 2023 banyak dibantu oleh pengundi PH kerana ketika itu, BN menjalin kerjasama dengan PH (sealiran dengan Kerajaan Pusat). PH dan BN hanya mempunyai satu lawan, iaitu PN.  Apabila BN berpecah dengan PH dalam PRN-16 (2026), penyokong PH akan kembali kepada parti mereka.  Jika BN bergerak solo, undi Melayu akan berpecah kepada 3 iaitu, BN, PH dan PN. Jika ini berlaku, peluang BN untuk menawan Negeri Sembilan akan tinggal impian.

JIka BN meneruskan kerjasama dengan PH, hasrat UMNO untuk menjadi Menteri Besar boleh dilupakan. Untuk menawan Negeri Sembilan tanpa memikirkan kekhuatiran yang sama adalah berkerjasama dengan PN. Maka, akhirnya terjalin persefahaman dengan PN yang direstui (di belakang tabir) oleh BN pusat. BN secara sukarela hanya bertanding 25 kerusi dan menyerahkan bakinya 11 kerusi kepada PN.

Apakah isu yang dibawa sepanjang tempoh kempen PRN Negeri Sembilan?
  1. BN memanjangkan gelombang biru yang telah berjaya dengan cemerlang dan bergaya menawan Johor.
  2. BN dan PN memperteguhkan persepakatan umat Melayu/Islam dengan lebih formal (pengagihan kerusi).
  3. BERSATU (ahli komponen PN) bertanding menggunakan simbol sendiri  dan berlawan sesama calon PN.
  4. Objektif BN untuk nyahkan DAP dari dalam pentadbiran negeri.
  5. Objektif BN lebih jauh ke hadapan untuk mengukuhkan sokongan dalam usaha untuk menewaskan PH dalam PRU Malaysia ke 16.
  6. Isu perkauman (terdapat pemimpin MCA yang mempertikai kerjasama BN dengan PN khususnya PAS).
  7. Perselisihan kecil cara berkempen antara BN - PN - mencari keserasian - (isu Sanusi).
  8. PH menggunakan pencapaian mereka sepanjang 2 penggal mentadbir NS.
  9. PH melabel BN sebagai pengkhianat (menarik sokongan kepada MB).
  10. PMX Anwar dan umum penemuan gas di NS. 
  11. PMX Anwar masih mengitar semula isu sakau dan kelemahan BN sebelum 2018.
  12. PMX Anwar memasuki mengadakan program (sambil berkempen) dalam kem tentera (Port Dickson dan Gemas) - sanggup menurunkan nada keangkuhannya, mengakui kelemahan dan meminta maaf kepada rakyat sebagai usaha terakhir memancing simpati.
Nota: Pihak keselamatan tidak membenarkan isu dan krisis adat di Negeri Sembilan sekarang dijadikan bahan sepanjang tempoh berkempen 

KEPUTUSAN 

Keputusan rasmi yang dimumkan pada malam 1 Ogos 2026.
  1. Barisan Nasional : 18 (16 UMNO dan 2 MCA)
  2. Pakatan Harapan : 11 (9 DAP dan 2 PKR).
  3. Perikatan Nasional : 7 (4 PAS dan 3 PWN).
  4. BERJASA : 0
  5. PSM : 0
  6. ASLI : 0
  7. Bebas : 0  
Senarai calon yang menang dan jumlah majoriti yang diperolehi:
  1. N01 Chennah : Siow Kong Choon (BN-MCA) – Majoriti: 688 (mengalahkan Anthony Loke Siew Fook)
  2. N02 Pertang : Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO) – Majoriti: 3,719
  3. N03 Sungai Lui  : Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO) – Majoriti: 8,466
  4. N04 Klawang : Danni Rais (PN-Wawasan) – Majoriti: 1,317
  5. N05 Serting : Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-PAS) – Majoriti: 12,115
  6. N06 Palong : Datuk Mustapha Nagoor (BN-UMNO) – Majoriti: 13,702
  7. N07 Jeram Padang : Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-UMNO) – Majoriti: 4,482
  8. N08 Bahau : Teo Kok Seong (PH-DAP) – Majoriti: 3,307
  9. N09 Lenggeng : Datuk Mohd Asna Amin (BN-UMNO) – Majoriti: 9,994
  10. N10 Nilai : J. Arul Kumar (PH-DAP) – Majoriti: 5,937
  11. N11 Lobak : Chew Seh Yong (PH-DAP) – Majoriti: 11,053N12 Temiang : Ho Weng Wah (PH-DAP) – Majoriti: 1,883
  12. N13 Sikamat : Datuk Razali Abu Samah (PN-Wawasan) – Majoriti: 4,413
  13. N14 Ampangan : Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (PN-PAS) – Majoriti: 3,969
  14. N15 Juasseh : Datuk Ismail Lasim (BN-UMNO) – Majoriti: 4,091
  15. N16 Seri Menanti : Muhammad Sufian Maradzi (BN-UMNO) – Majoriti: 4,323
  16. N17 Senaling : Mohamad Qayyum Abd Jalil (BN-UMNO) – Majoriti: 3,157
  17. N18 Pilah : S. Leza Md Yasin (BN-UMNO) – Majoriti: 730
  18. N19 Johol : Datuk Saiful Yazan Sulaiman (BN-UMNO) – Majoriti: 4,383
  19. N20 Labu : Siti Nur Umaira Hasim (BN-UMNO) – Majoriti: 5,279
  20. N21 Bukit Kepayang : Nicole Tan Lee Koon (PH-DAP) – Majoriti: 15,207
  21. N22 Rahang : Desmond Siau Meow Kong (PH-DAP) – Majoriti: 2,975
  22. N23 Mambau : Lee Kai Yet (PH-DAP) – Majoriti: 12,103
  23. N24 Seremban Jaya : S. Mugunthan (PH-DAP) – Majoriti: 5,701
  24. N25 Paroi : Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-PAS) – Majoriti: 16,959
  25. N26 Chembong : Datuk Zaifulbahri Idris (BN-UMNO) – Majoriti: 13,763
  26. N27 Rantau : Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO) – Majoriti: 12,018
  27. N28 Kota : Suhaimi Aini (BN-UMNO) – Majoriti: 7,693
  28. N29 Chuah : Datuk Yew Boon Lye (PH-PKR) – Majoriti: 2,529
  29. N30 Lukut : Choo Ken Hwa (PH-DAP) – Majoriti: 5,717
  30. N31 Bagan Pinang : Abdul Fatah Zakaria (PN-PAS) – Majoriti: 10,137
  31. 2023: Abdul Fatah Zakaria (PN-PAS) – Majoriti: 3,426
  32. N32 Linggi : Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-UMNO) – Majoriti: 2,976
  33. N33 Sri Tanjung : Datuk Dr G. Rajasekaran (PH-PKR) – Majoriti: 1,335
  34. N34 Gemas : Ridzuan Ahmad (PN-Wawasan) – Majoriti: 12,624
  35. N35 Gemencheh : Suhaimizan Bizar (BN-UMNO) – Majoriti: 7,393
  36. N36 Repah : Koh Kim Swee (BN-MCA) – Majoriti: 444
YAB Timbalan Perdana Menteri I selaku Presiden UMNO mengadap DYMM YDP Besar NS dan mengemukakan senarai 3 nama calon Menteri Besar untuk mendapat perkenan Tuanku:
  1. YB Dato' Seri Jalauddin bin Alias - ADUN Pertang.
  2. YB Datuk Haji Asna bin Mohd Amin - ADUN Lenggeng.
  3. YB Dato' Saiful Yazan bin Sulaiman - ADUN Johol.
Pada 2 Ogos 2026, ADUN Juasseh, YB Datuk Haji Ismail bin Lasim telah dilantik dan mengangkat sumpah serta ikrar taat setia sebagai MB Negeri Zembilan ke 12.

YAB Dato' Haji Ismail bin Haji Lasim
Menteri Besar NS ke 12

Semoga YAB Datuk Haji Ismail bin Lasim dapat memberikah khidmat yang cemerlang dan berintegriti. Akui kesilapan kepimpinan dan kelemahan BN yang lalu, usaha untuk memperbetulkan serta menambahbaik lagi pencapaian yang baik.

Pada 8 Ogos 2026, Menteri Besar, Dato' Haji Ismail bin Lasim telah mengumumkan senarai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Sembilan setelah mendapat perkenan DYMM YDP Besar Negeri Semblan.

Berikut merupakan senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan portfolio masing-masing:


YAB DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJI LASIM DSNS
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
MERANGKAP
PENGERUSI JAWATANKUASA
HAL EHWAL AGAMA ISLAM, KESELAMATAN
PENGERUSI JAWATANKUASA
KEWANGAN, TANAH DAN SUMBER ASLI
PENGERUSI JAWATANKUASA
PELABURAN, INSFRASTRUKTUR, UTILITI, KOMUNIKASI DAN FELDA

YB DATO' MOHD FAIZAL BIN RAMLI DPNS PMW ANS JP
PENGERUSI JAWATANKUASA
KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN PEMBANGUNAN WILAYAH

YB DATO' ZAIFULBAHRI BIN IDRIS DPNS DNS PJK
PENGERUSI JAWATANKUASA
PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI 

YB DATO' MUSTAPHA BIN NAGOOR DPNS DNS ANS PJK
PENGERUSI JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

YB TUAN SIOW KONG CHOON DNS PJK
PENGERUSI JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN DAN HAL EHWAL BUKAN ISLAM

YB PUAN SITI NUR UMAIRA BINTI HASIM
PENGERUSI JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

YB DATUK HAJI MOHD ASNA BIN AMIN DPSM
PENGERUSI JAWATANKUASA
PERINDUSTRIAN, TEKNOLOGI, INOVASI DAN DIGITAL

YB MOHD RADZI BIN MOHD ALI DBNS DNS PMC
PENGERUSI JAWATANKUASA
PERTANIAN, KETERJAMINAN MAKANAN DAN KOS SARA HIDUP

YG TUAN SUHAIMIZAN BIN BIZAR ANS PJK
 PENGERUSI JAWATANKUASA
KESIHATAN, PERPADUAN, PENERANGAN, INTEGRASI NASONAL DAN NGO

YB TUAN HAJI MOHD FAIRUZ BIN MOHD ISA
PENGERUSI JAWATANKUASA
KEUSAHAWANAN, SUMBER MANUSIA,PERUBAHAN IKLIM, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAAN

YB DATUK RAZALI BIN ABU SAMAH PSPP DMSM PPP KMN AAP PJPN
PENGERUSI JAWATANKUASA
PELANCONGAN, KESENIAN KEBUDAYAAN DAN WARISAN



https://www.hmetro.com.my/utama/2026/08/1392704/terkini-senarai-keputusan-rasmi-prn-negeri-sembilan-ke-16

MTA 220 : PENYUSUAN IBU

 


HIKMAH DAN KHASIAT PENYUSUAN IBU

Warning: Please Think Positive!

Artikel asal penulis bina pada tahun 2011. Ketika itu, anak penulis yang baru melangsungkan perkahwinannya pada bulan September 2010 sedang mengandung anak sulung. Semasa isteri penulis berada di situasi yang sama pada tahun 1984, tidak banyak bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang kebaikan dan kelebihan penyusuan ibu. Sumber yang ada hanyalah buku. Pada masa itu, dengan gaji yang kecil (cukup makan dan sewa rumah) membeli buku bukanlah satu keutamaan kerana banyak keperluan lain yang lebih penting. 

Namun, sebelum penulis berumahtangga pada tahun 1983, penulis telah membeli sebuah buku berjodol 'Every Women' tulisan Derek Liewellyn-Jones . Dari buku itulah, penulis mendapat sedikit ilmu berkaitan tubuh badan wanita, hubungan antara jantina, teori berkaitan cara-cara melakukan hubungan seks dan cara bagaimana mengurus perkahwinan khususnya maklumat berkaitan tempoh mengandung, melahirkan anak serta penyusuan ibu.


Ketika itu (zaman itu) membaca buku-buku kategori seperti ini adalah satu yang agak peribadi. Sifat malu masih tinggi. Pembacaan dilakukan secara tidak terbuka.  Oleh kerana seorang pegawai tentera yang masih bujang tinggal di dalam Mes Pegawai, maka penulis tidak ada masalah untuk membaca buku tersebut secara peribadi.

Sbagai manusia biasa, masih muda, berdarah muda, meneliti kandungan buku tersebut boleh membuatkan penulis merasa kurang selesa kerana ia membicarakan perihal bahagian rahsia pada tubuh badan wanita. Bagi orang Barat, ia suatu yang biasa. Biasalah, bila membaca dan melihat bahagian rahsia tubuh wanita ia boleh menimbulkan perasaan yang lain. Penulis tidak berbohong kalau tidak merasa ghairah.  Orang kata, kalau tak ada perasaan seperti itu, ia bukan lelaki yang normal. 

Kembali kepada isu maklumat bermanfaat dan ilmu pengetahuan, maka penulis meneruskan usaha untuk berkongsi maklumat kepada pembaca blog ini

What is Breast?

The Breast: Cross-section of the mammary gland.

1. Chest Wall
2. Pectoralis Muscles
3. Lobules
4. Nipple
5. Aerola
6. Milk Duct
7. Fatty Tissue
8. Skin



The breast is the upper ventral region of the torso of a primate, in left and right sides, which in a female contains the mammary gland that secretes milk used to feed infants.

Both men and women develop breasts from the same embryological tissues. However, at puberty, female sex hormones, mainly estrogen, promote breast development which does not occur in men due to the higher level of testosterone. As a result, women's breasts become far more prominent than those of men.

Functions of Breasts

Breast has three main functions, first; is to nurture baby by its milk, second function is a symbol of beauty to attract man attention and the third function is to stimulate sexual desire.

The Primary Function of Breast

Alternatively, one theory states that the shape of the human breast evolved in order to prevent infants from suffocating while feeding. Since human infants have a small jaw – not protruding, like other primates – the infant's nose might be blocked if the mother's chest was too flat.

Milk production unrelated to pregnancy can also occur. This condition, called galactorrhea, may be an adverse effect

Breasts also play a role in human sexual activity. Breasts and especially the nipple are one of a woman's erogenous zones. They are sensitive to the touch as they have many nerve endings; and it is common to press or massage them with hands or orally before or during sexual activity. Some women can achieve breast orgasms. In the ancient Indian work the Kamasutra, light scratching of the breasts with nails and biting with teeth are considered erotic. On sexual arousal breast size increases, venous patterns across the breasts become more visible, and nipples harden.

Compared to other primates, human breasts are proportionately large throughout adult females' lives. Some writers have suggested that they may have evolved as a visual signal of sexual maturity and fertility.

Many people regard the female human body, of which breasts are an important aspect, to be aesthetically pleasing, as well as erotic. Research conducted at the Victoria University of Washigton showed that breasts are often the first thing men look at, and for a longer time than other body parts. Men may be looking more often at the breasts because they are simply aesthetically pleasing, regardless of the size.

Many people regard bare female breasts to be erotic, and they can elicit heightened sexual desires in some men in some cultures. Some people show a sexual interest in female breasts distinct from that of the person, which may be regarded as a breast fetish.

Breast Feeding

Breast milk, more specifically human milk, is the milk produced by the breasts (or mammary glands) of a human female for her infant offspring. Milk is the primary source of nutrition for newborns before they are able to eat and digest other foods; older infants and toddlers may continue to be breastfed, either exclusively or in combination with other foods.



The baby nursing from its own mother is the most ordinary way of obtaining breastmilk, but the milk can be pumped and then fed by baby bottle, cup and/or spoon, supplementation drip system, and nasogastric tube. Breastmilk can be supplied by a woman other than the baby's mother; either via donated pumped milk (for example from a milk bank), or when a woman nurses a child other than her own at her breast—an ancient and storied practice known as wetnursing.

The World Health Organization recommends exclusive breastfeeding for the first six months of life, with solids gradually being introduced around this age when signs of readiness are shown. Supplemented breastfeeding is recommended until at least age two and then for as long as mutually desired by mother and child wish.

Breastfeeding continues to offer health benefits into and after toddlerhood. These benefits include; lowered risk of Sudden Infant Death Syndrome (SIDS), increased intelligence, decreased likelihood of contracting middle ear infections, cold, and flu bugs, a tiny decrease in the risk of childhood leukemia, lower risk of childhood onset diabetes, decreased risk of asthma and eczema, decreased dental problems, decreased risk of obesity later in life, and decreased risk of developing psychological disorders.

Breastfeeding also provides health benefits for the mother. It assists the uterus in returning to its pre-pregnancy size and reduces post-partum bleeding, as well as assisting the mother in returning to her pre-pregnancy weight. Breastfeeding also reduces the risk of breast cancer later in life.

Composition of human breast milk

1.   Fat (g/100 ml) 
 : Total 4.2 (fatty acids - length 8C (% trace );  
polyunsaturated fatty acids (14%).

2.   Protein (g/100 ml) : Total 1.1 (casein (0.4) a-lactalbumin (0.3); 
lactoferrin (0.2); IgA (0.1); IgG (0.001); lysozyme (0.05); serum albumin
(0.05); ß-lactoglobulin; 

3.  Carbohydrate (g/100 ml) (lactose (7); oligosaccharides (0.5).

4.  Minerals (g/100 ml) (calcium (0.03); phosphorus (0.014); sodium (0.015); 
potassium (0.055); chlorine (0.043)

wikipedia.com


How breastmilk changes to meet your baby’s needs

Breastmilk is always changing to give your baby what they need, right from the start. Its make-up shifts over time, from the very first days after birth and as your baby grows. Breastmilk changes during a single feed, from feed to feed and is unique for every mother and baby.

The first milk you make, called colostrum, is packed with immune and growth factors to help protect your newborn. As your baby gets older, your milk adapts to meet your baby’s changing needs, offering the right mix of nutrients and protective elements at each stage. This means your breastmilk is specially suited to your baby, whether they’re born at term or early.

Macronutrients

The main nutrients in breastmilk are fat, protein, and carbohydrate. Research shows that the overall amounts of these nutrients stays the same, even among women from different backgrounds and with different diets or levels of nutrition.

On average, breastmilk contains about:
• 1.2 g/dL of protein
• 3.6 g/dL of fat
• 7.4 g/dL of lactose (the main carbohydrate)

The energy content of breastmilk is about 70 kilocalories per decilitre (kcal/dL), and this is mostly linked to how much fat is present. Protein: The main proteins in breastmilk include casein, α-lactalbumin, lactoferrin, secretory immunoglobulin A (IgA), lysozyme, and serum albumin. These proteins support growth and immune function.

Fat: Fat is the most variable macronutrient in breastmilk. The concentration of fat increases as the breast is emptied. When the breast is very full, the milk has a lower fat content. As the breast empties during a feed, the fat content increases.

The types of fatty acids in breastmilk reflect the mother’s diet, particularly long-chain polyunsaturated fatty acids such as omega-3s.

Carbohydrate: Lactose is the primary carbohydrate in breastmilk. Oligosaccharides, another significant group of carbohydrates, act as prebiotics and help protect against infection.9

Micronutrients – vitamins and minerals

Most breastfeeding mothers in Australia have adequate levels of vitamins and minerals in their milk. Only a few vitamins and minerals may need to be supplemented to make sure breastmilk has the right amounts.

Vitamin B12: Mothers who are vegan (and perhaps vegetarian) may need to take a vitamin B12 supplement,10 as this vitamin is mainly found in animal foods.

Vitamin D: If a mother has limited exposure to sunlight, or is at risk of vitamin D deficiency, a supplement may be needed.

Iodine: The National Health and Medical Research Council recommends that pregnant and breastfeeding women take an iodine supplement, as it can be hard to get enough from food alone.11

Bioactive and protective factors

Breastmilk contains more than nutrients—it’s packed with components that actively protect your baby and support healthy development. These include:

Living cells
Breastmilk carries immune cells such as white blood cells (leukocytes) and stem cells.12 Colostrum—the first milk—is especially rich in these cells, giving extra protection in the early days. Their numbers and types change as breastfeeding continues, but they remain part of breastmilk’s natural defense system, helping fight infection and support healthy growth.

Antibodies. Breastmilk is full of antibodies that help protect your baby from germs. The most important one is secretory IgA (sIgA). It coats your baby’s mouth, gut, and airways, helping block germs and reduce infection risk.

Protective proteins. Proteins like lactoferrin and lysozyme help fight bacteria and viruses. Lactoferrin also binds iron, making it harder for harmful microbes to grow.

Hormones and cytokines. Breastmilk contains tiny messengers called hormones and cytokines. They help your baby’s body work smoothly—supporting growth, guiding metabolism, and strengthening the immune system.

Growth factors. Growth factors in breastmilk help your baby’s body develop. They support a healthy gut, help blood vessels form, and play a role in brain and hormone development.14 These work together with other protective parts of breastmilk—like immune cells and antibodies—to keep your baby growing strong. Because they all act as a team, giving just one as a supplement can’t match the benefits of breastmilk itself.

Human Milk Oligosaccharides
HMOs are special carbohydrates found only in human breastmilk. They act as prebiotics, encouraging the growth of beneficial bacteria (probiotics) in your baby’s gut. They also act as ‘decoys’ to block harmful germs from attaching to your baby’s gut lining.15 There are more than 200 different HMOs, and their mix changes with each stage of lactation, making breastmilk uniquely suited to your baby’s needs.6

Breastmilk's microbiome

Breastmilk isn’t sterile—it has its own community of helpful microbes. These microbes may help shape your baby’s gut microbiome and support their health. Human milk oligosaccharides also play a role by encouraging the growth of good bacteria and influencing which microbes are present. Researchers are learning more about this milk microbiome. Early studies show that where you live and your environment can affect the types of bacteria and fungi in breastmilk. This is an exciting area of research, but what we know for sure is that breastmilk works in many ways to support your baby’s healthy start.16,17

Ongoing research

While much is known about the composition of breastmilk, research continues to identify new components and understand their functions. Breastmilk remains the reference standard for infant nutrition and immune support.

© Australian Breastfeeding Association November 2025.


Cecair Kolostrum: Cecair Bernilai Emas

oleh: Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci

Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

"Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu" keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

"Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?", soal Lina bertalu-talu kepada Husna. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh ibu- ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.




Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

“Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya". (Al-Jathiyah: 4).

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud,

"Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?"

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit- penyakit tersebut.



Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

“Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya.” (Al-A’la : 2)

Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman- kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.


Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.



Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)" (Surah at-Tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum

Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur- ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49-96 jam berikutnya. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.



Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (Surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips- tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery’ ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.


Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.


Konsep Penyusuan

Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.

Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua ta­hun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekira­nya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.

Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya yang maksudnya:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan". (Al-Baqarah 2:233)

Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang maksudnya:

"Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun".


Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Susu_ibu

Ayu Asma Yusuf (2002). Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Nota Ummu Ibtisam : Suami yang minum susu isterinya tidak akan menjadi anak susuan kerana umur suami sudah melebihi 2 tahun

web: duniasusuibu.co

https://www.breastfeeding.asn.au/resources/breastmilk-composition