Monday, June 22, 2015

M 162 DOKUMEN PENGKESAHAN SEJARAH ANWAR


 ANWAR IBRAHIM 

Dokumen Pengkesahan Sejarah 

KENALI SIAPA ANWAR IBRAHIM.

Ini bukan satu fitnah.
Ini bukan satu penghinaan.
Ini bukan satu penipuan

Ia disertakan dengan dokumen video dan penjelasan dari mulut individu-individu yang mengenali beliau sejak zaman muda dan individu yang sama-sama berjuang bermati-matian bersama beliau. Antaranya:

(1)  Datuk Ibrahim bin Ali.
(2)  Tan Sri Dato' Dr Ismail bin Ibrahim.
(3)  Prof Dato' Dr Sidek bin Baba.
(4)  Dato' Dr Hj Hassan bin Mohd Ali.
(5)  Tuan Hj Ismail Mina bin Ahmad.
(6)  Tuan Hj Zulkifli bin Nordin.
(7)  Dato' Ezam bin Mohd Nor.
(8)  Encik Ng Lum Yong


Kesimpulannya, anda berhak membuat andaian sendiri, membuat penilaian sendiri, penghakiman sendiri dan keputusan sendiri.

.
 FILE No 1



 FILE No 2


FILE No 3


FILE No 4


FILE No 5


FILE No 6


FILE No 7


FILE No 8


FILE No 9


FILE No 10

.

FILE No 11


FILE No 12










Sunday, June 21, 2015

M 161 SENIMAN DAN ARTIS BERGELAR

ARTIS BERGELAR

Melawati laman web, dengan menaip 'artis dapat Datuk' - banyak komen dari pelbagai pihak yang diluahkan mengenai kebanjiran artis yang mendapat gelaran Dato/Datuk. 

Kemuncak kepada polemik ini ialah apabila seorang aktor Hindustan, Shah Rukh Khan dianugerahi bintang oleh YDP Negeri Melaka dan membawa gelaran 'Datuk' sempena Hari Ulang Tahun ke 70nya pada 11 Okt 2008.  Jasanya dikatakan mempromosikan Negeri Melaka kerana salah satu penggambaran scene filem dibuat di Negeri Melaka.



Prinsip pertama, Sepatutnya pemilihan individu untuk menerima bintang atau pingat dari sesebuah negeri sepatutnya mesti melalui satu Jawatan Kuasa/Lembaga atau sekretariat di peringkat Negeri yang di pengerusikan oleh MB/KM atau SUKN. Namun lazimnya hak memberikan apa-apa bintang, pingat atau gelaran. adalah hak mutlak si pengurnia (dalam hal ini ialah Yang DiPertuan Agung, Sultan/Raja atau Yang DiPertua Negeri. Dalam bahasa kasarnya "suka hati dia lah sapa dia nak bagi".

Prinsip kedua, lazimnya seseorang yang mendapat anugerah yang membawa gelaran seperti Tan Sri atau Datuk diberikan atas jasa bakti kepada negara, sumbangan kepada masyarakat, mengangkat martabat negara, dermawan dan kerabat atau individu yang mempunyai hubungan khas dengan Raja.

Kembali kepada masalah kebanjiran Datuk di kalangan artis, aku susah nak beri komen kerana jika ayat yang ditulis tidak betul, ia boleh mengundang masalah kerana semuanya berkait langsung dengan insan yang dipanggil Raja.  Apa-apa hal ia perlu kembali kepada Prinsip Pertama di atas.

Macam anak kita, kita nak bagi belanja sekolah RM2 ke, RM10 ke RM50 ke, ia hak kita kerana ia anak kita.  Sama ada patut atau tidak dia dapat RM50 itu adalah hak kita.  Bapak budak itu boleh berikan 1001 alasan kenapa dia bagi duit belanja sekolah sebanyak RM50 sehari kepada anaknya.

Orang di luar hanya boleh komen atau berkata sahaja.


.
ALLAHYARHAM TAN SRI RAMLEE BIN NYAK PUTIH (P. RAMLEE) PSM DA AMN

Aku tertarik dengan tulisan Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia 5 Ogos 12. Allahyarham P.Ramlee merupakan artis pertama menerima anugerah pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962. Anugerah tersebut diberikan oleh Yang DiPertuan Agong Malaysia III, almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.  Pada masa itu, dengan keadaan negara yang serba kekurangan, filem dan lagu P.Ramlee telah mencapai ke peringkat antarabangsa, seperti apa yang dicapai oleh Siti Norhaliza sekarang.  Allahyarham hanya layak menerima anugerah AMN.   

Pada masa itu, pingat AMN amat bernilai tinggi dan amat dihormati oleh masyarakat, seperti mana mereka yang menerima pingat Jaksa Pendamai (JP) di peringkat Negeri. Allahyarham sememangnya amat layak menerima pingat itu.  Kewibawaan allahyarham amat dihormati oleh artis-artis lain, malah seluruh rakyat Malaysia dan Nusantara.  lagu-lagu allahyarham memukau setiap pendengar dan masih dihargai dan dinilai sehingga kini, walaupun allahyarham telah pergi ke alam baqa' pada tahun 1973.  Beliau hanya menerima anugerah dan gelaran Tan Sri pada tahun 1990 (setelah 17 tahun meninggal dunia) oleh SPB Yang DiPertuan Agong IX, Tuan Raja Azlan Shah.  Isteri kedua P.Ramlee merupakan salah seorang bekas isteri kepada ayahanda Tuanku Raja Azlan Shah dan pernah bergelar Permaisuri Perak.

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih dilahirkan pada 22 Mac 1929 telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun

TAN SRI SIEKH MOHAMMAD SALIM PSM DSSA DPMT AMN

TAN SRI DATO' DR MOHD ZAIN (JINS) SHAMSUDIN PSM DPMP KMN
(ALLAHYARHAM)


TAN SRI DATUK SERI MICHELLE YEOH CHOO KENG  PSM SPMP
dan Datuk Zhang Tooi PJN (pereka fesyen)


DATUK MARIA MENADO @ LIESBET DOTULONG SIMP

ALMARHUMAH DATUK SHARIFAH AINI  BT SYED JAAFAR PJN SMJ
KUALA LUMPUR (5 Julai 2014): Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.  Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.  Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.  Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.  Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.


Al-Fatihah.

DATUK  MUHAMMAD DAUD BIN KILAU (M. DAUD KILAU) DPMP

ALLAHYARHAM DATUK AHMAD BIN DAUD DSPN PKT AMN

ALLAHYARHAM DATUK MAHMOOD JUNIT BIN DERANI (MAHMUD JUNE) DSDK AMK AMN

DATUK MOHD YUSOF BIN HASLAM KHAN (YUSOF HASLAM) PJN AMN


DATUK SERI SITI NURHALIZA BT TARUDDIN SSAP DIMP JSM PMP AAP

DATUK SARIMAH AHMAD DIMP

DATUK RAHIM RAZALI DSNS

DATUK JAMALI SADAT DSSA

  
DATUK A.RAHMAN HASSAN  DMSM
(isteri beliau Azizah Mohamed meninggal dunia pada 11 Jan 2013)

berahwin dengan Fadzillah Mansor pada 25 Dis 2014

allahyarham DATUK YAHYA BIN LONG (SULONG) DPMP (Perlis)

Isteri Datuk Yahya Sulong Malu Suaminya Bergelar Datuk

Simpati kami bertambah-tambah dengan seorang pelakon veteren Datuk Yahya Sulong yang kini sudah menjangkau 84 tahun. Lebih-lebih lagi sekarang sedang menghadapi pelbagai penyakit. Ramai yang tertanya-tanya mengapa seorang berpangkat ‘Datuk’ seperti beliau dihimpit kesusahan dan keperitan hidup. Kami tiada jawapannya.
Apa yang pasti isteri kepada beliau iaitu Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.

Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?
Saya pernah melarang dia, agar tidak menerima gelaran yang diberikan Kerajaan Negeri Perlis kerana suasana kehidupan kami, namun dia tetap menerimanya kerana menganggap gelaran itu adalah untuk mengenang jasanya sebagai anggota keselamatan yang berkhidmat mempertahankan negara di tahun 1948 dan bukan kerana bergelar artis.
Pada tahun 2009, tiba-tiba saja orang panggil dia Datuk. Saya tak tahu pun. Dia ambil gelaran itu senyap-senyap. Saya bukan apa, orang ingat sesiapa yang ada Datuk kaya tapi kami bukannya macam itu.”
Kini untuk menyara kehidupan, Alisah memberitahu mereka mengharapkan bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama. Wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.
“Kos untuk beli ubat suami saya pun bukannya sedikit. Dia mengidap macam-macam penyakit tetapi syukur jugalah ada pihak-pihak tertentu dan juga persatuan artis yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan.”
Walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain. Sebaliknya, sumbangan yang diterimanya selama ini adalah atas rasa belas individu yang melihat kesempitan hidup mereka.
Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang dekat sini pada 20 Februari lalu akibat terjatuh daripada bilik air selain menghidapi beberapa komplikasi penyakit lain termasuk asma. Yahya yang pernah berkahwin sebanyak empat kali mempunyai 11 orang anak.
Bagi kami, janganlah dimalukan dengan gelaran yang dikurniakan kerana Pakcik Yahya sememangnya layak menyandangnya. Cabaran dihadapi, musuh ditentang, nyawa digadai menyelamatkan negara. Tetapi itulah, apakah ertinya gelaran jika hanya ‘gelaran’. 

MasyaAllah. Berapakah harga dan nilai 'Datukship' yang dikurniakan kepada beliau? Wajarkah seorang yang bergelar 'Datuk' merayu-rayu meminta bantuan dan sumbangan orang lain untuk 'survival'.  Di mana Datuk-Datuk artis yang lain?.  Tidak malukah mereka dengan kedhaifan rakan seDatuk mereka ini?  Apakah salah Datuk Yahya Sulong ini terpaksa membawa gelaran yang sebenar menambah malu kepada dirinya sendiri.

Datuk Yahya Sulong meninggal dunia pada 6 Feb 2013 pada usia 83 tahun.


DATUK JEFFRYDIN IMBROM SOEKAMAN DMSM

DATUK YUSNI HAMID PJN

DATUK SHEIKH ABDULLAH (SHAKE) DPMJ

.
Disebabkan terlalu ramai artis kita yang menerima pelbagai gelaran ia telah menyebabkan 'harga' Datuk tersebut jatuh tersembam bersama pembawa gelaran tersebut.  Kita semua tahu bagaimana pergaulan artis kita, sama ada di khalayak ramai, semasa membuat persembahan atau konsert, semasa berjoli-jala di dalam kelab malam, semasa berkomunikasi sesama mereka atau dengan masyarakat.

Saya pernah melihat persembahan pentas Lawak 'Lu Pikirlah Sendiri'- yang dihoskan oleh Ahmad Nabil di UPNM.  Bayangkan, betapa pelawak undangan Nabil, 'Y.Bhg Datuk Yahya Sulong' dibuli (seolah dihina) oleh A.R Badul!

DATUK SHAH REZA DIMP


DATUK ABD MALEK BIN RIDZUAN  DIMP


ALLAHYARHAM DATUK ISMAIL BIN HJ OMAR (ISMAIL HUTSON) DPMS KMN PJK JP


ALLAHYARHAM DATUK AHMAD JAIS PJN


DATUK MUSTAPHA AZMAN BIN MAAROF DSAP AMN PJK(Sel) PJK(NS)

ALLAHYARHAM DATUK SUDIRMAN BIN HJ ARSHAD DSAP JMN AMN AMP

DATUK JALALUDDIN HASSAN DPTJ AMN

DATUK IRWAN SYAH @ D J DAVE  PGDK

DATUK ABD AZIZ  BIN SATAR PJN AMN

Dato' Aziz Sattar terima BR1M
KUALA LUMPUR - “Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat”. 

Demikian menurut pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Sattar, antara penerima BR1M, di kawasan Parlimen Titiwangsa yang disampaikan Pemangku Ketua Umno, Datuk Johari Abdul Ghani. 

DATUK AZIZ SATAR @ PAK AJIS meninggal dunia pada 6 Mei 2014. Pak Ajis yang dilahirkan pada 8.8.1925 meninggal pada usia 89 tahun. Dengan pemergian Pak Ajis, maka ketiga-tiga pelakun utama Filem SENIMAN BUJANG LAPOK (1957) telah meninggal dunia. Sebelum ini ialah P.Ramlee (22.3.1929 - 29.5.1972 - 44 tahun), S.Shamsuddin (1.1.1929 - 4 .6. 2013 - 84 tahun). 

  
DATUK JAMIL SULONG & DATUK ROSNANI JAMIL


DATUK MALEK NOOR DIMP
.

DATUK DAVID ARUMUGAM DIMP


DATUK KHATIJAH IBRAHIM DIMP & DATUK DAVID ARUMUGAM DIMP

Kepada artis yang menerima gelaran Datuk ke apa ke, hormatilah kemuliaan gelaran itu.  Kalau tidak tahu membawanya, bermakna anda belum layak untuk dipanggil Datuk.  Kalau tidak, tak malukah gelaran yang dipakai itu menjadi ejekan orang ramai.  Seronokkah dipanggil Tok Tok Tok dana sini?  Orang ramai pun serba salah, nak panggil Datuk, rasa janggal sangat, atau rasa memang tak layak sangat untuk dipanggil.  Tak panggil, nanti dikatakan tidak menghormati kurniaan Sultan atau Raja atau Yang DiPertua Negeri.


DATUK M. NASIR DIMP & DATUK RAMLI M S DIMP


DATUK A C Mizal DIMP dan Dato' Eizlan Yusoff DIMP


DATUK MOHD SHUKRI SHAHABUDDIN (HATTAN) DIMP


DATUK A C MIZAL DIMP & DATUK EIZLAN YUSOF DIMP


DATUK FAZLEY YUSUF DIMP


DATUK SHEILA MAJID DIMP


DATUK ANDRE GOH  DMSM

  
DATUK SHAH RUKH KHAN DMSM
.

Datuk Aznil Hj Nawawi PMW


Datuk Baharudin bin Omar (Anjang Aki)


Datuk Ramli Sharip DPSM


Datuk Rosyam Noor DPSM dan Datuk Ramli Sarip DPSM


Datuk Zulkifli bin Mohd Zain DSDK


Dato' Dhalan Zainudin DIMP

Tahniah Datuk Jamal Abdillah Datuk Rossa dan Datuk Elaine Kang
Dato' Jamal Ubaidillah @ Jamal Abdillah DIMP dan
Dato Rossa Pererat DIMP


Dato' Elaine Kang DIMP



KUALA LUMPUR: 8 Mei 2014, Beberapa pelakon dan penyanyi Malaysia baru-baru ini dilaporkan dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran 'Datuk'. Mereka yang kini bergelar Datuk ialah penyanyi Boy Iman dan Nash , serta pelakon komedi Pian Cecupak.