Pada 19 Ogos 1965, Singapura keluar dari Malaysia dan membentuk negara Republik dan Ketua Negaranya digelar PRESIDEN.
Jika salutation bagi Sultan dan Raja ialah DULI YANG MAHA MULIA (DYMM) atau HIS ROYAL HIGHNESS (HRH), salutation bagi Gabenor ialah TUAN YANG TERUTAMA atau HIS EXCELLENCY (HE).
Pada tahun 1976, Kerajaan Malaysia telah meluluskan pertukaran nama YANG DIPERTUA NEGARA Sabah; dan GABENOR bagi Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak diseragamkan menjadi YANG DIPERTUA NEGERI.
Lanjutan dari kematian Tun Abdul Aziz pada 10 Mei 1975, Tan Sri Syed Zahiruddin telah dipanggil pulang untuk dilantik menjadi Gabenor Melaka keempat berkuatkuasa pada 18 Mei 1975. Pada bulan Jun 1976, beliau menerima anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun. Tempoh lantikan ini dilanjutkan selama 4 tahun lagi mulai 18 Mei 1979 dan sekali lagi dilanjutkan untuk tempoh 4 tahun mulai 18 Mei 1983. Perkhidmatan beliau sebagai YDPN Melaka dilanjutkan setahun setengah lagi lagi mulai 18 Mei 1983 sehingga 3 Disember 1984 menjadikan jumlahnya tempoh perkhidmatan TYT selama 13 tahun 6 bulan.
Tun Syed Zahiruddin telah berkahwin dengan Toh Puan Hajah Halimah binti Hj. Md. Noh pada bulan Oktober 1949. Hasil daripada perkahwinan ini, Tun Syed Zahiruddin telah dikurniakan seramai 10 orang anak.
Tun Syed Sheh Barakhbah meninggal dunia pada 8 Oktober 1975 dalam usia 68 tahun.
Tun Ahmad Fauzi telah berkahwin dengan Toh Puan Khadijah binti Mohd Noor dan dikurniakan 2 orang anak.
https://en.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fuzi_Abdul_Razak
Pengiran Ahmad Raffae telah menerima watikah perlantikan sebagai Yang Di-Pertua Negara Sabah kedua dari SPB Yang DiPertuan Agong IV, Tuanku Ismail Nasirudin Shah pada tahun 16 September 1965 bagi menggantikan Tun Datu Mustapha yang meletak jawatan. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae memegang jawatan ini selama 8 tahun (dua penggal) sehingga 15 September 1973.
Pada 17 September 1973, Muhammad Fuad Stephens telah menerima watikah perlantikan sebagai Yang Di Pertua Negara Sabah ketiga dari SPB Yang DiPertuan Agong V, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Namun beliau telah meletak jawatan pada 1 April 1975 kerana menyertai politik sepenuh masa. Beliau bersama Datuk Haris Saleh telah menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan memenangi kerusi DUN Kiulu dalam PRN pada bulan April 1975 dan Tun Muhammad Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke 5 pada 18 April 1975.
Takdir Allah menentukan bahawa Tun Muhammad Fuad hanya menduduki kerusi Ketua Menteri selama 13 bulan sahaja. Pada 6 Jun 1976, beliau terkorban dalam satu kemalangan pesawat yang tragis. Pesawat yang dinaikinya bersama beberapa orang Menterinya telah jatuh terhempas di Kg Sembulan sebaik sahaja bertolak dari Labuan ke Kota Kinabalu. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Setelah tamat belajar Musa membuka syarikat perniagaan, Musman Holdings Sdn Bhd pada tahun 1973 di Sandakan dan pengalaman korporatnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dilantik menjadi Pengerusi City Finance Berhad dari tahun 1983 hingga 1995 dan kemudiannya sebagai Ketua Eksekutif Innoprise Corporation mulai 1995 dan juga Pengerusi Sabah Softwood Berhad.
Kerjaya politik Musa di arus perdana bermula pada tahun 1990 apabila beliau bertanding di bawah tket USNO dalam PRN Sabah untuk kerusi DUN Sugut tetapi tewas. Pada 8 Mac 1992, setelah USNO bergabung dengan UMNO, beliau memenangi jawatan Ketua Bahagian UMNO Jambongan (sekarang Libaran). Dalam PRN Sabah 1994, Musa memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga dan beliau mengekalkan kerusi tersebut dalam PRN 1999, 2004, 2008, PRN-15 (2013) dan PRN-15 (2018).
Pada 7 Mac 1995, Musa dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah. Pada Mac 1999 meletak jawatan dari Yayasan Sabah untuk bertanding kerusi DUN Sungai Sibuga dan menang dan dilantik menjadi Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Pada 27 Mac 2001, Musa dilantik menjadi Menteri Kewangan Sabah. Pada 28 September 2001, Musa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah menggantikan Datuk Osu Sukam dan seterusnya pada 27 Mac 2003, Musa dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke 14 menggantikan Datuk Chong Kah Kiat.
Dalam PRN-15 Sabah tahun 2018, Musa memenangi kerusi Sungai Sibuga, namun beliau terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Datuk Seri Shafie Apdal pada 12 Mei 2018 yang mempunyai sokongan majoriti ADUN Sabah. Pun begitu. Musa memegang rekod sebagai penyandang Ketua Menteri Sabah yang paling lama, iaitu 15 tahun.
Pada 5 Mac 2019, Musa telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas tuduhan 46 kes rasuah dan pengubahan wang haram. Namun pada 9 Jun 2020, Jabatan Peguam Negara telah menarik balik tuduhan tersebut dan Musa dibebaskan dari tuduhan.
Pada 1 Januari 2025, Tan Sri Musa bin Aman telah menerima watikah perlantikan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah ke 11 dari SPB Yang DiPertuan Agong XVII Sultan Ibrahim dan dikurniakan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
Tun Musa bin Aman telah berumah tangga dengan Toh Puan Faridah binti Tussin dan dikurniakan dengan 4 orang anak. Salah seorang anaknya, Datuk Yamani Hafiz bin Musa adalah mantan Timbalan Menteri Kewangan (Ogos 2020 hingga November 2022).
Tun Tuanku Bujang berkahwin dengan Toh Puan Rajemah pada tahun 1924. Salah seorang anak mereka, Puan Sri (allahyarhamah) Jumaani merupakan bekas isteri kepada Ketua Menteri Sarawak ke 9, Tan Sri Abang Johari.
Apabila Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Kerajaan Persekutuan menamakan Abd Rahman sebagai Ketua Menteri yang pertama tetapi ditolak oleh Perikatan Sarawak yang pada masa itu didominasi oleh Sarawak National Party (SNAP).
Tun Abdul Rahman meninggal dunia pada 9 Januari 2015 pada usia 87 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching.
TYT TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB BIN MAHMUD DK(Johor) DK Pahang)
DK(Brunei) SMN SBS SUMW SPMJ DP DA DGSM SSDK SSAP SSSA SPMT SPDK DPPN SPMB (Brunei) KTWE (Thailand) KEPN (Indonesia) KOU (Korea)
(1 MAC 2014 - 25 JANUARI 2024)
Tun Pehin Sri Abdul Taib Abdul Taib berkahwin dengan Dr Laila Chalecki (Puan Sri Laila binti Abdullah) di Adelaide dalam bulan Januari 1959 sehingga meninggal dunia pada bulan Mac 2009. Perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak dan dua darinya, iaitu Bekir, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman merupakan mantan Timbalan Menteri (2008 - 2009) dan Datuk Hanifah Hajar masih berkhidmat sebagai Timbalan Menteri sejak November 2022 hingga kini.
TYT TUN PEHIN SERI DR WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR SMN PSM
SBS PJN PNBS DGSM JSM PPN DBA (SCU)
(26 JANUARI 2024 - KINI)
Wan Junaidi memulakan kerjaya politik pada tahun 1983 sebagai Jawatankuasa Pemuda PBB dalam Bahagian Satok, kemudian sebagai Ketua Penerangan Bahagian. Dalam PRU-8 tahun 1990, Wan Junaidi dipertaruhkan oleh BN (PBB) bagi kawasan Parlimen Batang Lupar dan mengekalkan kerusi tersebut untuk dua penggal lagi (1995 - 1999) dan (1999 - 2004). Dalam PRU-11 tahun 2004, Wan Junaidi berpindah ke kawasan Parlimen Santubong dan terus mengekalkan kerusi tersebut dalam PRU-12 (2008 - 2013), PRU-13 (2013-2018) dan PRU-14 (2018 - 2022). Pada 28 April 2008, Wan Junaidi dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat sehingga Mei 2013.
Selepas PRU-13, Wan Junaidi memulakan tugasnya dalam pentadbiran Kerajaan Pusat apabila dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 16 Mei 2013- 27 Julai 2015), kemudian dinaikkan ke Menteri penuh (Kabinet Dato’ Sri Najib) sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (28 Julai 2015 - 8 Mei 2018). Apabila Tan Sri Muhyiddin mengambil alih jawatan PM ke 8, Wan Junaidi dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari 10 Mac 2020 hingga kabinet dibubarkan pada 16 Ogos 2021. Apabila Dato’ Sri Ismail Sabri dilantik menjadi PM ke 0, Wan Junaidi dilantik sebagai Menteri Di Jabatan PM (Undang-undang) mulai 30 Ogos 2021hingga November 2022. Beliau tidak bertanding dalam PRU-15 tahun 2022.
Semasa berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, Wan Junaidi melanjutkan pengajian secara sambilan dan berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah (Doctorate of Business Administration (DBA) dari University of Southern California pada tahun 2005.
Pada 19 Jun 2023, Dato’ Wan Junaidi telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) dan pada hari yang sama dilantik sebagai Yang DiPertua Dewan Negara ke 19. Pada 19 Januari 2024, Tan Sri Wan Junaidi meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan Yang DiPertua Dewan Negara.
Pada 26 Januari 2024, Tan Sri Dr Wan Junaidi menerima watikah perlantikan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak ke 8 dari SPB Yang DiPertuan Agong XVII Sultan Ibrahim dan menerima anugerah gelaran Tun.
Tun Dr Wan Junaidi berumah tangga kali pertama pada tahun 1972 dengan Puan Sri Feona Sim @ Norjanah binti Abdullah dan dikurniakan 3 anak perempuan. Puan Sri Norjanah meninggal dunia pada tahun 2022. Kemudian Tun Wan Junaidi berkahwin pula dengan Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi.
https://en.wikipedia.org/wiki/Wan_Junaidi_Tuanku_Jaafar
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wan-junaidi-tuan-polis-kini-akan-jadi-tuan-yang-terutama-455590
No comments:
Post a Comment