Tuesday, February 3, 2015

MTA 039 : SARAWAK BUMI KENYALANG

SARAWAK
  BUMI KENYALANG 


PENGENALAN

Hubungan negeri Sarawak dengan sejarah kehidupan penulis adalah sangat istimewa, khususnya berkaitan dengan sejarah kerjaya penulis sebagai pegawai TUDM. Sarawak merupakan negeri pertama penulis menaburkan khidmat sebagai pegawai Logistik TUDM. Setelah gagal dalam latihan asas penerbangan di TUDM Kluang pada bulan Julai 1981, penulis diberi latihan pendek di TUDM Kinrara dalam kepakaran Pergerakan Udara.  Sebaik sahaja tamat kursus sebulan itu, penulis menerima kawat pertukaran ke TUDM Kuching sebagai Duty Air Movement Officer Shift B (DAMO B).

Penulis berkhidmat di TUDM Kuching selama satu tahun 5 bulan sahaja. Pun begitu penulis menimba banyak pengalaman dan perjalanan di destinasi yang asing seperti Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Bau, Batu Niah (dan Taman Negara Niah) serta Pontianak di Indonesia. Di Kuching juga, penulis mendapat Lesen Memandu tanpa melalui proses driving school sebagaimana biasa.  Banyak lagi peristiwa pahit dan manis yang penulis lalui (ketika itu masih bujang) dalam tempoh yang singkat berkhidmat di Kuching itu.

Penulis pulang ke Semenanjung pada awal April 1983 dan selepas itu penulis tidak pernah berkhidmat di Malaysia Timur sehingga bersara pada tahun 2019. Namun, sepanjang tempoh perkhidmatan penulis selepas itu, penulis berpeluang banyak kali membuat tugas rasmi ke Sarawak dan juga Sabah.

SEJARAH SARAWAK

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni. Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sejarah Purba Sarawak

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia sejak 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun ke10 hingga kurun ke13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatra berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han (China) di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun ke13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Pemandangan sungai dari pelabuhan di Sarawak, Borneo, oleh Edward Inglefield, mungkin semasa beliau menjadi Leftenan di HMS Samarang, sekitar tahun 1843. 
(Lukisan dari Muzium Maritim Negara London)

Sejarah Kesultanan Brunei di Sarawak

Semasa abad ke 16, kawasan Kuching dikenali oleh kartografer Portugis sebagai Cerava, salah satu daripada lima pelabuhan besar di pulau Borneo. Semasa zaman keemasannya, Brunei, di bawah Nakhoda Ragam Sultan Bolkiah (1473–1521M), berjaya menakluki Kerajaan Santubong pada tahun 1512. Untuk tempoh yang singkat, ia diperintah sendiri di bawah adinda Sultan Brunei, Sultan Tengah, pada tahun 1599. 

Kesultanan Sarawak (ada yang menyebut sebagai Kesultanan Darul Hana) adalah sebuah kerajaan Melayu Sarawak tradisional yang terletak di Bahagian Kuching, sekarang. Kerajaan ini diasaskan dalam tahun 1599 selepas jatuhnya Kerajaan Santubong akibat penawanan Kerajaan Brunei pada era pimpinan Almarhum Sultan Muhammad Hassan. Kesultanan ini menyaksikan pemerintahan sultan tunggal, Sultan Tengah, Putera Brunei, dikenali sebagai Ibrahim Ali Omar Shah Ibni Sultan Muhammad Hassan yang terkenal dengan seseorang yang spiritual dan juga berilmu ugama. Negeri ini menjalinkan hubungan rapat dengan Brunei dan Johor dan melalui Sultan Tengah juga berdirinya Kesultanan Sambas yang dipimpin oleh anak baginda, Sultan muhammad Saifuddin bin Ibrahim Ali Omar Shah.Pada zaman pemerintahan Sultan Saiful Rizal, Sultan Brunei yang ke 7 yang mempunyai seorang putera di gelar Maharaja Brunei, Sultan Shah Brunei, Sultan Brunei yang ke 8 apabila baginda lindung [syahid] telah di ganti oleh adinda baginda bernama Pengiran Muda Tengah Muhamad Hassan menjadi Sultan Brunei yang ke Sembilan (9) dari tahun 1582 hingga 1598.

Sultan Muhammad Hassan terkenal dengan sebutan "Marhum di Tanjung" mempunyai empat orang isteri dan tiga orang putera gahara yang termasyur dari isteri isteri baginda.

Yang pertama, Pengiran Muda Besar Abdul Jalilul Akhbar yg diputerakan sebelum baginda menaiki takhta menjadi Sultan Brunei ke 10 bergelar Sultan Abdul Jalilul Akhbar yg terkenal dengan gelaran "Marhum Tua" yang memerintah dari tahun 1598 hingga 1659. Putera beliau bernama Sultan Abdul Jalilul Jabbar menjadi Sultan Brunei yang ke 11.

Putera baginda kedua ialah Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah diputerakan setelah baginda Sultan menaiki takhta menjadi Sultan Sarawak yang pertama dan terakhir bergelar Sultan Ibrahim Ali Omar Shah.

Putera baginda yang ke tiga adalah Pengiran Muda Bongsu Hj Muhammad Ali yg bergelar Sultan Muhammad Ali, Sultan Brunei yang ke 12 apabila menaiki takhta dari tahun 1660 sehingga 1661 sebelum lindung di kujut oleh Pengiran Bendahara Abdul Bin Pengiran Bendahara Mohamad yg bergelar Sultan Hakkul Mubin apabila menaiki takhta Sultan Brunei ke 13.

Kisah Sultan Sarawak bermula apabila Sultan Muhammad Hassan lindung pada tahun 1598 di ganti oleh putera baginda Pengiran Muda Besar Abdul Jalilul Akhbar.

Apabila Sultan Abdul Jalilul Akhbar menaiki takhta maka adinda baginda Pengiran Muda Tengah berhasrat hendak menaiki takhta juga dengan alasan beliau merupakan putera Sultan sewaktu Sultan Muhammad Hassan sudah menaiki takhta.

Sultan Abdul Jalilul Akhbar menyelesaikan masalah ini dengan menjadi kan Pengiran Muda Tengah sebagai Sultan Sarawak.

Keberangkatan Sultan Tengah ke Sarawak itu diiringi oleh 1,000 orang Brunei terdiri dari Suku Sakai (hulubalang), Kedayan dan orang dari Pulau Bunut, di samping beberapa orang pegawai dan anak orang baik baik yg asalnya memegang peranan penting dalam pemerintahan Negara.

Setelah berada di Sarawak, baginda membangunkan istana, Lapau dan Kota keliling istana. Baginda juga melantik pembesar Negara untuk pentadbiran yg di anugerah kan kepada pengiring baginda dengan gelaran Dat Petinggi Seri Setia, Dat Shahbandar Laila Wangsa, Dato Amar Setia Di Raja dan Dato Temmenggung Laila Wangsa. Baginda memasyurkan diri baginda sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yang pertama.

Sultan Ibrahim Ali Omar Shah pernah berangkat ke Johor di mana Wilayah Johor pada ketika itu dari Pahang sehingga ke Kepulauan Riau Lingga. Di Johor berlaku salah faham antara baginda dengan pembesar Johor sehingga Sultan Johor murka.

Ada kisah mengatakan bahawa baginda sebagai Sultan dan pendakwah tidak suka di bawa menari lalu menampar pembesar Kesultanan Johor, ada yang mengatakan baginda menolak cadangan perkahwinan dan ada kisah mengatakan yang baginda mengamuk di Johor.

Baginda terpaksa berangkat meninggalkan Johor dan dalam Perjalanan baginda telah dilanda ribut lalu terdampar ke Sukadana yg ketika itu di perintah oleh Penambahan Giri Mustika atau nama lain baginda adalah Maulana Sultan Muhammad Saifuddin.

Sultan Ibrahim Ali Omar Shah lalu berkahwin dengan Puteri Surya Kesuma adinda Maulana Sultan Muhammad Saifuddin.Setelah sekian lama baginda memohon Izin dari Kekanda baginda Maulana Sultan Muhammad Saifuddin untuk meninggalkan Sukadana lalu berangkat ke Kuala Bangun, Sambas. Baginda seterusnya bersemayam di Kota Lama dan berkenaan dengan Ratu Sapuda di mana puteri Ratu Sapuda dikahwinkan Radin Sulaiman putera Sultan Ibrahim Ali Omar Shah.

Baginda pernah bersemayam di Matan dan kahwin dengan Puteri Matan dan mendapat seorang Putera bernama Pengiran Mangku Negara dan menjadi Sultan Matan. Selepas dari Matan Baginda pun berangkat balik ke Sambas dan dari sana terus ke Sarawak. Dalam Perjalanan balik ke Sarawak baginda singgah di satu tempat bernama Batu Buaya, Santubong dimana ketika baginda ditikam dengan lembing oleh kerabat baginda sendiri.

Apabila pembesar Kesultanan Sarawak mendapat berita Sultan Sarawak mangkat di Batu Buaya, maka mereka pun terus hilir ke Santubong untuk menyempurnakan pemakaman jenazah baginda sekitar tahun 1641. Kerajaan Sarawak disatukan semula dengan Kesultanan Brunei. Setelah kemangkatan Sultan Ibrahim Ali Omar Shah pada tahun 1641 , Kerajaan Kesultanan Sarawak ini telah dibubarkan  Selepas kemangkatan ini, berlakunya perang saudara antara Sambas dan Brunei dalam menuntut wilayah Sarawak.

Penglibatan Inggeris di Sarawak

Menjelang awal abad ke-19, Sarawak telah menjadi wilayah yang ditadbir secara longgar di bawah kawalan Kerajaan Kesultanan Brunei. Kerajaan Kesultanan Brunei ketika itu hanya mempunyai kuasa di sepanjang kawasan pantai wilayah Sarawak, dipegang oleh pemimpin Melayu separuh merdeka. Sementara itu, kawasan pedalaman Sarawak mengalami peperangan suku kaum yang dilakukan oleh kaum Iban, Kayan, dan Kenyah, yang secara agresif berjuang untuk meluaskan wilayah mereka.

Berikutan penemuan bijih antimoni di wilayah Kuching, Pangeran Indera Mahkota (wakil Sultan Brunei) mula membangunkan wilayah itu antara 1824 dan 1830. Apabila pengeluaran antimoni meningkat, Kesultanan Brunei menuntut cukai yang lebih tinggi daripada Sarawak; ini membawa kepada pergolakan awam dan huru-hara. Pada tahun 1839, Sultan Omar Ali Saifuddin II (1827–1852), menitahkan bapa saudaranya Pengiran Muda Hashim untuk memulihkan keadaan. 
Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. 

Sebagai balasan, Pengiran Muda Hashim dengan  perkenan Sultan Brunei telah melantik James Brooke menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1941, dan seterusnya pada 18 Ogos 1847 James Brooke diiktiraf sebagai Rajah Sarawak dengan panggilan Rajah James Brooke. Sultan Brunei juga memberikan tanah Sarawak (Limbang) kepada James Brooke (sebagai hadiah atas bantuan Brooke)

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak (di sekitar kawasan Kuching). Namun di bawah pemerintahan KeRajahan 
Brooke, wilayah  diperluaskan dengan pantas, kebanyakannya meliputi kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Sultan Brunei. Sebenarnya, Brunei hanya mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Pada tahun 1853 (atau 1855), Sarawak mendapat kemerdekaan dari Brunei dan Rajah Brooke  mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang sama dengan raja-raja India dalam Empayar British. 

Pada 19 Feb 1857, kaum China di bawah pimpinan Liu Shanbang  telah melakukan pemberontakan dan menawan  Kuching tetapi dapat dipadamkan oleh Brooke pada  23 Feb 1857.

Pada 19 Jan 1864, Sarawak telah diiktiraf sebagai negara merdeka oleh British namun mulai 17 Mac 1888 Sarawak diletakkan sebagai wilayah di bawah perlindungan British.

Pada 24 Sep 1941, Enakmen atau  Sarawak Order No. C-21 (Constitution) 1941 diluluskan. Ia merupakan Perlembagaan bertulis yang pertama bagi Negeri Sarawak.

Kesultanan Melayu Sarawak
  1. Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (1599 - 1641)
    • langsung di bawah Kesultan Brunei (1641 - 1839).
    • Pengiran Muda Hashim (1839  - 1841) - wakil Sultan Brunei di Sarawak
Gavenor Sarawak
  1. Sir James Brooke (24 Sep 1841 - 18 Ogos 1842)
Rajah Sarawak
  1. Sir James Brooke (19 Ogos 1842 - 11 Jun 1868).
    • John Brooke Johnson Brooke (1859 - 1863) - Pemangku.
    • Charles Anthoni Johnson Brooke (1863 - 1868) - Pemangku.
  2. Sir Charles Anthoni Johnson Brooke (12 Jun1868 - 17 Mei 1917)
  3. Sir Charles Vyner de Windht Brooke (18 Mei 1917 - 1 Jul 1946)
    • Anthony Walter Dayrell Brooke (1939 - 1940) - Pemangku
    • Pentadbiran Gabenor Jepun (16 Dis 1941 - 11 Nov 1945) - Sir C.V. de W. Brooke dalam buangan ke Australia.
    • British Borneo Civil Affairs Unit (12 Nov 1945 - 14 Apr 1946) - pentadbiran Tentera Australia.

Rajah James Brooke
(1841 - 1868)

Charles Anthony Johnson Brooke
(1868 - 1917)

Rajah Charles Anthoni Brooke
(1917 - 1941)
(1946)

Senarai nama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di zaman Rajah Sarawak (1841 - 1963)

Chief Secretaries
  1. Thomas Williamson (1843 - 1846)
  2. Arthur Chichester Crookshank (1863 - 1873)
Residents, First Division (melaksanakan tugas Chief Secretary)
  1. Henry Skelton (1873)
    • Pemangku (1871 - 1875)
  2. William Maunder Crocker (1875 - 1880)
  3. Francis Richard Ord Maxwell (1881 - 1895)
  4. Charles Agar Bampfylde (1896 - 1903)
  5. Henry FitzGibbon Deshon (1903 - 1904)
  6. Sir Percy Francis Cunynghame (1904 - 1909)
  7. Harry Robert Arbuthnot Day (1909 - 1910)
  8. Ivone Kirkpatrick-Caldecot (1910 - 1915)
  9. Arthur Bartlett Ward (1915 - 1923)
Chief Secretaries and Chairmen of the Committee of Administration
  1. John Coney Moulton (1923 - 1926)
  2. Harold Brooke Crocker (1926 - 1929) 
  3. Charles Vyner Brooke (1929 - 1930) 
  4. Sir Francis Farrington Boult (Jan 1930 - 1930)
    • James Colin Swayne (May 1930 - 1930) - Pemangku 
  5. Charles Vyner Brooke (1930 - 1931)
    • James Colin Swayne (1931 - 1932) - Pemangku
  6. Charles Frederick Cunningham Macaskie (1932 - 1934)
    • Harold Brooke Crocker (1934 - 1937) - Pemangku
    • W.F. Dick (Jan 1937 - Mar 1937) - Pemangku
  7. Edward Parnell (1937 - 1939)
  8. John Beville Archer (1939 - 1941
  9. Cyril Drummond Le Gros Clark (May 1941 - 25 Dec 1941) - ditawan dan dipenjarakan oleh Jepun (25 Dec 1941 - 6 Jul 1945).
Pahalawan Sarawak I : Rentap Libau anak Ningkan

Rentap atau nama sebenarnya Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai Libau Rentap, dilahirkan  lebih kurang pada tahun1800, adalah seorang pahlawan Iban-Dayak Sarawak yang mengetuai penentangan penjajah Sarawak di bawah Rajah Brooke atau Raja Putih. Nama pujiannya, "Rentap Tanah, Runtuh Menua", yang bermaksud "Bumi-gegar, Penggoncang-dunia". 

Pada 19 Ogos 1848 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Libau 'Rentap' bersama pasukannya buat pertama kalinya bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan Kapten KEPPEL daripada Royal Navy. 

Selepas pertempuran di Beting Maru itu, pemerintah Brooke telah membina sebuah kubu di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk bekerjasama dengan Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh bagi mengamalkan kegiatan mengayau kepala manusia dan membeli barangan keperluan seperti garam atau menentang pemerintahan Brooke di Sarawak pada ketika itu.

Lukisan ilustrasi RENTAP

Pada awal tahun 1853, Rentap sekali lagi mengetuai pasukan orang Iban  menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Pertempuran di Lintang Batang yang diketuai oleh 
 seorang menantu Rentap bernama Layang turut mengorbankan Alan Lee manakala William Brereton telah tercedera dan dapat melarikan diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke hulu Sungai Skrang. Bagaimanapun pasukan Brooke menyerang balas dengan membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman para pengikut Rentap.

Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". 

Pasukan askar Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran ini. Oleh itu, Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok.

Nota: Slogan "Agi Idup Agi Ngalaban" yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi Itu Kita   Melawan".  Slogan ini kini menjadi moto Rejimen Renjer Diraja Malaysia.

Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki. Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini diperkuat oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk mempertahankan kotanya yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.

Kerajaan Brooke membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Cubaan pertama 
dalam Jun 1857 telah gagal. Serangan kedua pada  tahun 1858, juga gagal menembusi pagar kubu Rentap. 

Serangan ketiga askar Brooke  pada tahun 1861, barulah berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa sebuah meriam besar yang dikenali sebagai "Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar kubu Bukit Sadok. Sebelum pertempuran ini, pasukan Brooke telah menawarkan pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit iaitu Nanang dan Luyoh supaya mereka menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa. Tawaran yang sama dicadangkan kepada Rentap dengan denda 12 biji tempayan, musnahkan kubu Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera. Tetapi Rentap menolak tawaran ini walaupun telah diberitahu bahwa pasukan Brooke ada membawa sebuah meriam yang besar dalam serangan kali ketiga ini. Semua wanita dan kanak-kanak telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut. Semasa pertempuran dengan pasukan Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan Brooke. Seterusnya, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya dibakar oleh pasukan Brooke pada 20 Oktober 1861.

Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari. Kemudian, beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Rentap yang ketika itu berusia hampir 70 tahun telah membawa pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ (dikatakan pada tahun 1870). Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa.

Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga hari ini makam pahlawan Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Tempayan tempat simpanan tulang rangka mendiang Rentap disemadikan di Bukit Sadok, Betong Sarawak. Bukit Sadok.

Sejarah Sarawak Pasca Perang Dunia II

Apabila Perang Dunia II meletus, lokasi pertama di Sarawak yang ditawan tentera Jepun ialah Miri pada  16 Dis 1941 dan  Kuching pada 24 Dis 1941. Tempoh pendudukan Jepun di Sarawak adalah dari 24 Disember 1941 hingga 9 Sep 1945. Keseluruhan Pulau Borneo dinamakan, Kita Boruneo. Negeri Sarawak dibahagikan kepada dua wilayah pentadbiran iaitu  Kuchinga-shū  dan Miri-shū. Kemudiannya wilayah Sibu-shū diwujudkan dalam tahun 1943. 

Gabenor Jepun di Sarawak
  1. Maj Gen Kiyotake Kawaguchi (16 Dis 1941 -  Sep 1942
  2. Lt Gen Masataka Yamawaki  (Sep 1942 - Dis 1944
  3. Lt Gen Masao Baba (Dis 1944 - Ogos 1945)

    
K. Kawaguchi; M. Yamawaki; dan Masao Baba

Setelah Jepun menyerah kalah, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia dari 10 Sep 1945 hingga  15 Apr 1946 British (Australian) Military Administration (Borneo) dan  pada 15 Apr 1946 Rajah Sarawak dipulihkan.  Pada 17 Mei 1946, Majlis (Perundangan) Negeri Sarawak        meluluskan  Act of Cession to the British Crown dan pada 1 Jul 1946 Sarawak menjadi sebahagian dari Tanah Jajahan British (British crown colony). Pada 14 Ogos 1956 Sarawak (Constitution) Order-in-Council, 1956 diwartakan dan mulai 
22 Jul 1963, Sarawak membentuk Kerajaan sendiri. 

Allied Military Governors of Sarawak and North Borneo
  1. Thomas "Tom" Charles Eastick (10 Sep 1945 - 5 Jan 1946)
  2. Edward Cecil James Woodford (5 Jan 1946 - 15 Apr 1946)
  3. Sir Charles Vyner Brooke (15 Apr 1946 - 1 Jul 1946) - pemerintahan Rajah Sarawak dipulihkan.
Governor Sarawak 
(1 Mei 1948 - 28 Sep 1959 merangkap British High Commissioners for Brunei)
    • Christopher William Dawson (1 Jul 1946 - 29 Oct 1946) - Pemangku
  1. Sir Charles Noble Arden-Clarke (29 Oct 1946 - 26 Jul 1949) 
    • Christopher William Dawson (26 Jul 1949 - 14 Nov 1949) - Pemangku
  2. Duncan George Stewart (14 Nov 1949 - 10 Dec 1949) 
    • Christopher William Dawson (4 Dec 1949 - 4 Apr 1950) - Pemangku
  3. Anthony Foster Abell (4 Apr 1950 - 15 Nov 1959)
    • Francis Derek Jakeway (16 Nov 1959 - 23 Feb 1960) - Pemangku
  4. Sir Alexander Nicol Anton Waddell (23 Feb 1960 - 15 Sep 1963).
    
Sir C.N. Arden-Clarke; Anthony F. Abell dan Sir Alexander N. A. Waddell

Pentadbiran Sarawak diletakkan di bawah Chief Civil Affairs Officer, British Borneo
antara 10 Sep 1945 hingga 15 Apr 1946 sebelum diambil alih oleh Senior Civil Affairs Officer, British Military Administration for the Sarawak Area pada 10 Jan 1946 dan kemudian digantikan dengan 
Chief Secretaries and Chairmen of the Committee of Administration mulai 15 Apr 1946.

Chief Secretaries and Chairmen of the Committee of Administration
  1. H.H. Goss (10 Jan 1946 - 15 Apr 1946) - Senior Civil Affair Officer (UK)
    • John Beville Archer (15 Apr 1946 - 30 Junl 1946) - Pemangku
  2. Christopher William Dawson (1 Jul 1946 - 1950) 
  3. Robert Gordon Aikman (1950 - 1955)
  4. John Hugh Ellis (1955 - 1958) 
  5. John Coleraine Hanbury Barcroft (1958 - 1959)
  6. Francis Derek Jakeway (Apr 1959 - 1963)
Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama konfrontasi Indonesia pada antara 1962 dan 1966. Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian setelah diadakan referendum (Suruhanjaya Cobbold) majoriti penduduk wilayah Sarawak memilih untuk menyertai Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963. Pada 27 Ogos 1976, status wilayah Sarawak secara rasmi diubah menjadi Negeri Sarawak. 

Fakta Sarawak

Ibu Negeri: Kuching
Keluasan: 124,450 km persegi
Penduduk: 2,998,730 (2025)
Kepadatan: 17.5/km persegi

Pahlawan Sarawak I : Rosli Dhoby 

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli Dhoby dilahirkan pada tahun 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak.

Rosli memulakan kerjayanya sebagai guru dan berhenti kerja pada tahun 1947 untuk mengajar di Sekolah Rakyat Sibu. Sebelum itu, beliau bekerja di Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Utusan Sarawak. Rosli dikenali sebagai seorang nasionalis dan seorang penyair. Menggunakan nama samaran Lidros, Rosli menerbitkan puisi kebangsaan yang bertajuk 'Panggilan Mu yang Suchi' yang diterbitkan di Utusan Sarawak pada 28 Februari 1948. Penggunaan nama samaran adalah berleluasa pada masa itu sejak Pihak Berkuasa Kolonial British bersungguh-sungguh memantau apa-apa percubaan untuk menyebarkan kata-kata terhadap mereka. Beliau menyertai Pergerakan Pemuda Melayu Sibu di bawah kepimpinan Sirat Haji Yaman. Rosli turut menyertai pergerakan Rukun 13 pada Ogos 1948. 

Pada 4 Disember 1949, Duncan George Stewart, gabenor Sarawak yang kedua, dibunuh oleh ahli Rukun 13, Rosli Dhoby, Awang Ramli Amit Mohd Deli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong di Sibu.


Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek adalah antara orang ramai yang mengalu-alukan gabenor ketika tiba di Sibu. Setelah memeriksa seorang penjaga kehormatan, gabenor bertemu dengan sekumpulan anak-anak sekolah di dekat Rosli. Morshidi mula berpura-pura mengambil gambar gabenor dengan kamera pecah. Gabenor berhenti untuk membolehkan Morshidi mengambil gambarnya. Pada masa itulah, Rosli menikam gabenor.

Rosli ditangkap di tempat kejadian dan dihantar ke Kuching untuk perbicaraan dan kemudian dipenjarakan. Walaupun menderita luka tusuk mendalam Stewart dilaporkan telah cuba meneruskan sehingga darah mula meresap melalui seragam putihnya. Gabenor itu diterbangkan ke Kuching untuk rawatan dan kemudiannya ke Singapura, di mana dia meninggal seminggu selepas kejadian itu.

Selepas beberapa bulan di penjara, Rosli Dhoby, Awang Ramli Amit Mohd Deli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong didapati bersalah atas pembunuhan dan dijatuhi hukuman mati pada 4 Disember 1949. Tindakan ini dikritik oleh ramai, kerana Rosli Dhobi adalah remaja (baru berusia 17 tahun) ketika melakukan pembunuhan.

Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching. Rosli mengakhiri hayatnya di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

  
Almarhum Rosli Dhoby dan Sir Duncan Stewart

Jenazah kesemua yang dijatuhi hukuman gantung dikebumikan di kawasan Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara kerana pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka.

Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, kubur keempat-empat pejuang kemerdekaan ini digali semula dan dikebumikan semula (dipindahkan) dengan diberikan penghormatan negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat almarhum Rosli Dhoby.

Makam 4 Pahlawan Muda Sarawak


GABENOR/YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK 
(SETELAH MENYERTAI MALAYSIA)
  1. Tun Datuk Haji Abang Openg bin Abang Sapie (16 Sep 1963 - 28 Mar 1969) 
  2. Tun Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Haji Othman (2 Apr 1969 - 2 Apr 1977)
  3. Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng (2 Apr 1977 - 2 Apr 1981).
  4. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yakub (2 Apr 1981 - 2 Apr 1985).
  5. Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamad Noor (2 Apr 1985 - 4 Dec 2000).
    • Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng (4 Dec 2000 - 22 Feb 2001) - Pemangku
  6. Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng (23 Feb  2001 - 28 Feb 2014) 
    • Datuk Amar Mohamad Asfia bin Awang Nassar (27 Dis 2011 - 10 Feb 2012) - Pemangku
  7. Pehin Sri Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Taib bin Mahmud (1 Mar 2014 - 29 Jan 2024)
    • Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia bin Awang Nassar (1 Dis 2019 - 11 Jan 2020) - Pemangku
    • Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia bin Awang Nassar (16 Ogos 2023 - 17 Sep 2023) - Pemangku
  8. Pehin Seri Tun Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (29 Jan 2024 -  kini).

Pehin Seri Tun Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK

BIODATA SETIAP YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK
boleh diperolehi dalam link berikut:

Almarhum
Pehin Sri Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Taib bin Mahmud 
(1 Mar 2014 - 29 Jan 2024)

Almarhum
Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng 
(23 Feb  2001 - 28 Feb 2014)

Almarhum
Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamad Noor 
(2 Apr 1985 - 4 Dec 2000).

Almarhum
Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yakub 
(2 Apr 1981 - 2 Apr 1985)

Almarhum
Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng 
(2 Apr 1977 - 2 Apr 1981)

 
Almarhum
Tun Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Haji Othman 
(2 Apr 1969 - 2 Apr 1977)

Almarhum 
Tun Datuk Haji Abang Openg bin Abang Sapie 
(16 Sep 1963 - 28 Mar 1969)

KETUA MENTERI SARAWAK
(22 Jul 1963 - 14 Feb 2022)
PREMIER SARAWAK
(mulai 15 Feb 2022)

  1. Datuk Stephen Kalong Ningkan (22 Jul 1963 - 16 Jun 1966)
    • Datuk Penghulu Tawi Sli (16 Jun 1966 - 7 Sep 1966) - Pemangku
  2. Datuk Stephen Kalong Ningkan (7 Sep 1966 - 23 Sep 1966)
  3. Dato' Seri Penghulu Tawi Sli (23 Sep 1966 - 7 Jul 1970) 
  4. Datuk Seri Panglima Abdul Rahman bin Yakub (7 Jul 1970 - 26 Mar 1981)
  5. Pehin Sri Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (26 Mar 1981 - 28 Feb 2014)
  6. Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Haji Satem (28 Feb 2014 - 11 Jan 2017).
  7. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari @ Johari bin Tun Abang Openg (13 Jan 2017 - kini)

PREMIER SARAWAK

Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg
(mulai 13 Jan 2016)

MANTAN KETUA MENTERI


YB Tan Sri Adenan bin Hj Satem
(28 Feb 2014 - 11 Jan 2016)
(meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan)

Pehin Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
(27 Mac 1981 - 28 Feb 2014)


Datuk Patinggi Tan Sri Abd Rahman bin Yakub
(7 Jul 1970 - 26 Mac 1981)


Penghulu Tawi Sili
(7 Sep - 23 Sep 1966) dan
(23 Sep 1966 - 7 Jul 1970)


Datuk Stephen Kalong Ningkan
(22 Jul 1963 - 16 Jun 1966) dan
(7 - 23 Sep 1966)

EVOLUSI BENDERA SARAWAK

  
[Flag of Sarawak 1841-1848]
1841 - 1848

[Flag of Sarawak 1848-1870]  
1848 - 1870

[Sarawak 1870-1946 (Malaysia)]
1870 - 1941

1941 - 1945

[Sarawak Crown Colony 1947-1963 (Malaysia)]
1947 - 1963

[Flag of Sarawak 1963-1973]
1963 - 1973 

[Sarawak (Malaysia) 1973-1988]
1973 - 1988

1988 - kini


PENTADBIRAN

BAHAGIAN, DAERAH & DAERAH KECIL 

Bahagian Kuching 
  1. Daerah Kuching
    • Padawan
  2. Daerah Bau
  3. Daerah Lundu
    • Sematan
Bahagian Sibu
  1. Daerah Sibu
  2. Daerah Kanowit
  3. Daerah Selangau
Bahagian Serian
  1. Daerah Serian
  2. Daerah Siburan
  3. Daerah Tebedu
Bahagian Betong
  1. Daerah Betong
    • Debak
    • Spaoh
  2. Daerah Saratok
    • Budu
  3. Daerah Pusa
    • Maludam
  4. Daerah Kabong
    • Roban
Bahagian Sri Aman
  1. Daerah Sri Aman
  2. Daerah Lingga
  3. Daerah Pantu
  4. Daerah Lubuk Antu
Bahagian Miri
  1. Daerah Miri 
    • Bario
  2. Daerah Subis 
    • Niah Suai
  3. Daerah Beluru 
    • Tinjar
  4. Daerah Marudi 
    • Mulu
  5. Daerah Telang Usan 
    • Long Lama 
    • Long Bedian
Bahagian Limbang
  1. Limbang
    • Nanga Medamit
  2. Lawas
    • Sundar
    • Trusan
Bahagian Bintulu
  1. Daerah Bintulu
  2. Daerah Sebauh
  3. Daerah Tatau
Bahagian Samarahan
  1. Daerah Samarahan 
  2. Daerah Asajaya
  3. Daerah Simunjan
  4. Daerah Sebuyau
  5. Daerah Gedong
Bahagian Kapit 
  1. Daerah Kapit 
    • Nanga Merit
  2. Daerah Belaga 
    • Sungai Asap
  3. Daerah Song
  4. Daerah Bukit Mabong
Bahagian Mukah
  1. Daerah Mukah 
    • Balingian
  2. Daerah Dalat 
    • Oya
  3. Daerah Matu 
    • Igan
  4. Daerah Daro 
  5. Daerah Tanjung Manis

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis/Dewan Bandaraya
  1. Dewan Bandaraya Kuching Utara
  2. Majlis Bandaraya Kuching Selatan
  3. Majlis Bandaraya Miri
Majlis Perbandaran
  1. Majlis Perbandaran Padawan
  2. Majlis Perbandaran Sibu
  3. Majlis Perbandaran Kota Samarahan
Lembaga Pembangunan
  1. Lembaga Pembangunan Bintulu
Majlis Daerah
  1. Majlis Daerah Bau
  2. Majlis Daerah Betong 
  3. Majlis Daerah Dalat & Mukah
  4. Majlis Daerah Kanowit
  5. Majlis Daerah Kapit 
  6. Majlis Daerah Luar Bandar SibuLawas
  7. Majlis Daerah Lubuk Antu
  8. Majlis Daerah Maradong dan Julau
  9. Majlis Daerah Lundu
  10. Majlis Daerah Marudi
  11. Majlis Daerah Matu dan Daru
  12. Majlis Daerah Samarahan
  13. Majlis Daerah Saratok
  14. Majlis Daerah Sarikei
  15. Majlis Daerah Serian
  16. Majlis Daerah Simunjan
  17. Majlis Daerah Sri Aman
  18. Majlis Daerah Subis
  19. Majlis Daerah Limbang
Pelabuhan Antarabangsa
  1. Kuching
  2. Bintulu
  3. Miri
Pelabuhan Domestik
  1. Rajang, Sibu
  2. Sarikei
  3. Tanjung Manis
  4. Kapit
Lapangan Terbang Antarabangsa
  1. LTA Kuching
Landasan Terbang Domestik
  1. Sibu
  2. Bintulu
  3. Miri
  4. Limbang
  5. Kapit
  6. Sarikei
  7. Bario
  8. Ba Kelalan


Destinasi Pelancongan/Rekreasi

  1. Taman Negara Mulu
  2. Taman Negara Niah
  3. Taman Negara Bako
  4. Taman Negara Similajau
  5. Taman Budaya Santubong
  6. Gunung Santubong
  7. Muzium Kuching
  8. Fort Margeratha
  9. Kuching Waterfront
  10. Gua Angin
  11. Gua Pari
  12. Pasar Satok
  13. Lambir Hills National Park
  14. Taman Negara Batang Air
  15. Taman Negara Kubah
  16. Taman Hidupan Liar Matang
  17. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semengguh
  18. Air terjun Sungai Cina
  19. Taman Ranchan (Ranchan Pool)
Kem Tentera
  1. Kem Muara Tuang (MPMTTD & Bn 10 RRD)
  2. Kem Penrissen, Kuching (MK 3 BGD)
  3. Kem Oya, Sibu (Bn 3 RRD)
  4. Kem Batu 3, Sibu (MK 9 BGD)
  5. Kem Paket, Sri Aman (Bn 13 RAMD)
  6. Kem Sri Miri (Bn 20 RAMD).
  7. Kem Tasik Mas, Bau (tidak lagi beroperasi)
  8. Kem Lundu (tidak lagi beroperasi)
  9. Kem Pending (Bn 71 KOD)
  10. Kem Stampin (Bn 71 KOD)
  11. Kem Semenggo (Bn 11 RAMD)
  12. Kem Junaco Park, Sibu (Bn 6 RS)
  13. Kem Similajau (Kidurong), Bintulu (Bn 7 RS)
  14. Kem Bumimas, Sibu (Bn 9 RS)
  15. Kem Puncak Permai, Bau (Bn 10 RS)
  16. Pangkalan TLDM Sibu (KD Sri Rejang) (28 Mac 1978 - 3 Nov 1991) - kini Kem Rej 510 AW.
  17. Pangkalan Udara Kuching
  18. Skn 330 TUDM Samarahan
  19. Skn 330 TUDM Gunung Ngili
  20. Projek Kem Tatau, Bintulu
  21. Projek Pangkalan TLDM Muara Tebas (MAWILLA 4)
Pusat Pengajian Tinggi
  1. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  2. Universiti Teknologi MARA (Kampus Samarahan)
  3. Curtain University of Technology Sarawak
  4. Swinburne University of Technology
  5. Politeknik Mukah
  6. Politeknik Kuching
  7. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching
  8. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Bintulu
  9. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
  10. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sibu



https://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/m-005-yang-dipertua-negeri.html


SUKU KAUM SARAWAK

Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai satu ratus dua puluh tujuh ribu orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.

Sarawak mempunyai 112 etnik, setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorang setiap kelompok etnik membentuk identit kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya. Di antara kaum etnik yang mempunyai komuniti yang agak besar ialah:

  1. Iban (Dayak Laut)
  2. Dayak Darat
  3. Bidayuh
  4. Dayak Kajang
  5. Punan
  6. Sekapan
  7. Lahanan
  8. Kejaman
  9. Dayak Orang Ulu
  10. Penan
  11. Kayan
  12. Kenyah
  13. Bisaya
  14. Murut
  15. Kelabit
  16. Buga Kantu
  17. Memaluh
  18. Mualang
  19. Ambawang
  20. Sebaru
  21. Beketan
  22. Seru
  23. Lun Bawang
  24. Bangkit
  25. Rajang
  26. Tanyung
  27. Muluku
  28. Kuak
  29. Kayung
  30. Jagui
  31. Dempu
  32. Singai
  33. Kuap
  34. Beru
  35. Semai
  36. Sibau
  37. Berawan
  38. Tatau
  39. Melayu Sarawak
  40. Bukitan
  41. Dusun
  42. Kedayan
  43. Kelabit
  44. Kayan
  45. Kenyah
  46. Sabup
  47. Sipeng
  48. Kajang
  49. Sekapan
  50. Kejaman
  51. Lahanan
  52. Tanjong
  53. Kanowit
  54. Lugat
  55. Lisum
  56. Melayu
  57. Melanau
  58. Murut
  59. Sihan
  60. Tagal
  61. Tabun
  62. Ukit.




https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sarawak
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak
https://worldstatesmen.org/Malay_states.htm#Sarawak
https://ultech-engineering.com/sarawak-governors-birthday-2024/

3 comments:

  1. Banyak maklumat tidak tepat.Sejarah yang mengabaikan Sejarah Dayak sebagai Orang asli di Sarawak Borneo sendiri.Orang Melayu hanya berhijrah ke Sarawak dan membina penempatan di Santubong sejaka kurun ke 15 sahaja.Sebelum itu santubong itu adalah penempatan kaum orang asal Dayak Iban sendiri.Nama santubong itu berasal dari bahasa Iban yang bermaksud Keranda.Orang Iban yang bagi nama .
    Sejarah siapa saja boleh cipta tapi fakta sebenar hanya kaum orang asli yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teriam kasih atas komen. Saya bukan pengkaji hanya merujuk maklumat yang sedia ada, Mungkin tuan boleh berusaha untuk menulis tentang sejarah Sarawak yang lebih tepat untuk memperbetulkan persepsi umum.
      Apun pun sejarah sentiasa bertambah. IKut sejarah Riau Lingga, Batam, Songkhla, Narathiwat adalah wilayah Malaysia...Namun keadaan dan tindakan pada masa tu telah mengubah segala2nya.
      Kebanyakannya ialah kerana kebodohan bangsa kita sendiri yang mudah dirasuah.

      Delete
    2. sorry pok...Sarawak pesisiran laut ya nang tanah urang Melayu dan Melanau...sedangkan Sarawak pendalaman adalah tanah dayak..jangan nak memandei madah kmk org pendatang....mun sik kerana Brookes raja gila tanah,kemaruk tanah,sikkan ada wilayah pendalaman masok dalam Sarawak...bebalit kesah Santubong....sik cukup bukti nama Santubong ya diambik oleh nama bahasa iban..mun mena sekalipu. santubong ya asal iban kenak sikda kubo iban sia???

      Delete