Monday, February 2, 2015

MTA 013 : SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG 3











SISTEM PERLANTIKAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
BAHAGIAN KE 3

Dalam episod ini PENULIS akan menyambung semula sejarah mengenai perlantikan setiap Yang DiPertuan Agung Malaysia sejak Merdeka.  YDP Agong seterusnya ialah YDP Agong XV, iaitu giliran kedua untuk Negeri Kelantan. 

PERLANTIKAN YDP AGONG XV

Apabila Tuanku Sultan Abdul Halim melengkapkan tempoh 5 tahun pemerintahan  pada 12 Dis 2016 dan sebelum itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 243 (Khas) yang bersidang pada 14 Okt 2016 telah memilih YDP Agong yang baru berdasarkan senarai kedudukan penggiliran seperti berikut:

(1)   DYMM Sultan Muhammad V (2010) - Sultan Kelantan telah DIPILIH sebagai Yang Di Pertuan Agong.

(2)   KDYMM Sultan Hj Ahmad Shah Al Mustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah, Sultan Pahang. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua untuk negeri Pahang dan juga tawaran kali kedua bagi diri Baginda. Baginda pernah menjadi YDP Agong kali pertama dari 1979 - 1984. Baginda telah MENOLAK tawaran untuk menjadi Timbalan YDPA.

(3)   DYMM Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua Negeri Johor dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda juga MENOLAK tawaran untuk menjadi Timbalan YDPA.

(4)   DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlah Muhibbuddin Shah Maghfirullah (2014), Sultan Perak. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan dua bagi Negeri Perak dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda telah DIPILIH menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong. 

(5)   DYMM Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir, YDP Besar Negeri Sembilan. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi NSDK.

(6)   DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Sultan Selangor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Selangor.

(7)   DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni alhamrum Syed Putra Jamalullail - Raja Perlis. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi Perlis dan kali kedua untuk diri Baginda.

(8)   DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah - Sultan Terenggannu. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.

(9)   DYMM  Al Mu'tasim Billahi Tuanku Alhaj  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Sultan Kedah. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Kedah dan yang baru menamatkan tugas Yang Di Pertuan Agong.


Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
(13 Dis 2016 - 6 Jan 2019)

Tengku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu.  Ayahandanya ialah DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra manakala bondanya ialah DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan.  Baginda mendapat dididkan di Sekolah Sultan Ismail I, Alice Smith School KL. Oakham School, Rutland UK, St Cross College, Oxford UK, Oxford Centre for Islamic Studies, Deutsche Stiflung Entwickling, Berlin dan European Business School London.

Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 30 Mac 1979 ketika berusia 10 tahun dan ditabalkan pada 6 Okt 1985. Pada 24 April 2009 Tengku Muhamamd Faris telah dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila ayahandanya mengalami kegeringan.

Selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, pada 13 Sep 2010 Majlis Perajaan Kelantan telah mengisytiharkan YMM Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al Sultan Kelantan menggantikan ayahandanya yang mengalami kegeringan yang berkekalan dan hilang upaya untuk melaksanakan tugas sebagai Sultan.  Baginda menggunakan gelaran sebagai Sultan Muhammad V

Baginda al Sultan adalah Kolonel YDP Rejimen Artileri DiRaja dan juga Kor Risik DiRaja. Baginda juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan sejak 2011.

Baginda bernikah dengan Tengku Zubaidah (nama asal Kangsandarn Pipitpakdee) binti Tengku Nuruddin pada 15 Nov 2004 dan berpisah pada tahun 2008. Pada 30 Oktober 2010, baginda berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Czech bernama Jana Jakubkova dan nama islamnya adalah Nur Diana Petra binti Abdullah yang kemudiannya diisytiharkan sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022 (setelah baginda meletak jawatan sebagai YDPA XV).


Pada 22 Nov 2018, baginda telah bernikah di Moscow (tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Istana Negara) dengan Miss Oksana Andreyevna Veovodina @ Xenia Diaghileva dan nama islamnya ialah Rihana Oxana Petra binti Abdullah.  Bagaimanapun perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada 1 Jul 2019

Pada 6 Jan 2019, Sultan Muhammad V meletak jawatan secara rasmi sebagai Yang DiPertuan Agong XV.

Peristiwa selepas tarikh perlantikan

(1)   DYTM Tengku Dr Muhammad Faiz Petra ibni almarhum Sultan Ismail Petra telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan mulai 13 Dis 2016.

(1)   DYMM Sultan Kedah, Al Mu'tasim Billahi Tuanku Alhaj  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah telah mangkat pada 11 September 2017. Adinda baginda, Tunku Mahmud Salehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah telah diisytiharkan menaiki tahta Sultan Kedah dengan gelaran rasmi Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Shah ibni almarhum Sultan Badlishah.

(2)     DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memangku jawatan YDP Agong mulai 2 Nov 2018 hingga 31 Dis 2018 kerana YDP Agong XV bercuti di luar negara.

(3)    Pada 6 Jan 2019, SPB YDP Agong XV Sultan Muhammad V telah meletak jawatan (sukarela turun tahta) sebagai Yang DiPertuan Agong XV.


SPEKULASI UMUM PADA 6 JANUARI 2019

1.     Majlis Raja-Raja akan bersidang pada 24 Januari 2019 bagi memilih dan mengundi perlantikan Yang Di Pertuan Agong XVI.

2.     Keadaan DYMM Sultan Pahang yang telah gering sejak lebih setahun tahun yang lalu (2016) tidak memungkinkan untuk beginda menawarkan diri atau dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja bagi dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke XVI. Keadaan ini akan memungkin dua perkara berikut berlaku:

  (i)     Kemungkinan 1: Sekiranya DYMM Sultan Pahang menolak tawaran atau 
  tidak ditawarkan, penggiliran akan jatuh kepada DYMM Sultan Johor. Jika Sultan 
  Johor juga menolak, giliran/tawaran akan diberi kepada DYMM Sultan Perak.

  (ii)    Kemungkinan 2: DYMM Sultan Pahang akan secara sukarela menyerahkan 
  tahta Sultan Pahang kepada Tengku Mahkota ATAU Jemaah Pangkuan Diraja 
  membuat keputusan untuk membuat penggantian Sultan mengikut peraturan 
  yang dibenarkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang. Jika perkara ini 
  berlaku, Sultan Pahang yang baru akan layak untuk dicalon, dipilih dan dilantik 
  menjadi YDP Agong XVI.

PERISTIWA SELEPAS 6 JANUARI 2019


Pada 12 Januari 2019, Perdidangan Jemaah Pangkuan Diraja Pahang telah membuat kenyataan rasmi bahawa,DYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah AlMustain Billah Shah telah bersetuju untuk menyerahkan tahta Kerajaan Pahang kepada anakandanya Tengku Mahkota Pahang, DYTM Tengku Abdullah. Tengku Abdullah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke 6 pada 15 Jan 2019.

PERLANTIKAN YDP AGONG XVI

Apabila Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari 2019. Baginda belum menamatkan tempoh sebenar yang sepatutnya pada 12 Dis 2021. Maka Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 251 (Khas) yang bersidang pada 24 Januari 2019  telah bersidang untuk memilih YDPA yang baru berdasarkan senarai kedudukan penggiliran seperti berikut:

(1)   KDYMM Sultan Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al Mustain Billah (15 Jan 2019), Sultan Pahang. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua untuk negeri Pahang dan juga tawaran kali pertama bagi diri Baginda. Baginda DIPILIH menjadi Yng DiPertuan Agong XVI.

(2)   DYMM Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar (2010) - Sultan Johor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua Negeri Johor dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda menolak untuk jawatan Timbalan YDPA XVI.

(3)   DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlah Muhibbuddin Shah Maghfirullah (2014), Sultan Perak. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan dua bagi Negeri Perak dan tawaran kali kedua untuk jawatan Timbalan YDPA. Baginda telah DIPILIH menjadi Timbalan YDPA XVI.

(4)   DYMM Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir (2009), YDP Besar Negeri Sembilan. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi NSDK.

(5)   DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (2001) - Sultan Selangor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Selangor.

(6)   DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni alhamrum Syed Putra Jamalullail (2000) - Raja Perlis. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi Perlis dan kali kedua untuk diri Baginda.

(7)   DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah (1998) - Sultan Terenggannu. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.

(8)   DYMM  Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Shah (2017) - Sultan Kedah. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Kedah dan kali pertama untuk diri Baginda.

(9)   DYMM Sultan Muhammad V (2010)- Sultan Kelantan yang baru menamatkan tugas Yang Di Pertuan Agong. 


Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XVI
Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustaffa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah
DKP DKM DK DMN SSAP SIMP DK(Terengganu) DK(Johor) SPMJ DKMB(Brunei) DK(Kedah) DK(Perlis) DK(Perak) DK(Selangor) DK(Kelantan)     Order of teh State of the Republic of Turkiye (Turkiye) Grand Cross of the Order of of Saint-Charles (Monaco)
(31 Jan 2019 - 30 Jan 2024)

Kebawah DYMM Sultan Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966–1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970–1974).

Baginda kemudiannya berangkat ke United Kingdom (UK) untuk meneruskan pengajian di Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, UK dan Davies College, London, UK pada 1975–1977.

Pengajian baginda kemudiannya disambung dalam bidang ketenteraan iaitu di The Royal Military Academy Sandhurst, UK (1978 – 1979) dan pengajian di Worchester & Queen Elizabeth College, UK (1980 – 1981) sehingga baginda dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy.

Komitmen baginda dalam bidang ketenteraan terserlah sehingga dilantik sebagai Leftenan Muda dari Royal Military Academy, Sandhurst, England dengan menerima pentauliahan oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.

Baginda juga merupakan Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia, dan pada 1 Mei 1999 baginda dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah, dan menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 serta menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.

Pada tanggal 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Pada usia baginda menjangkau 20 tahun, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh 5 tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII. 

Pada 8 Dis 2016, baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019, iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang yang keenam.

Pada 15 Januari 2019, Tengku Abdullah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI bagi menggantikan ayahandanya yang gering sejak Nov 2016 dengan gelaran KDYMM Sultan Abdullah Riayatuddin alMustaffa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah.

Pada 24 Januari 2019, Persidangan Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan melantik DYMM Sultan Abdullah sebagai Yang DiPertuan Agong ke 16.

Baginda berkahwin dengan YAM Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Mahmud Iskandar DK SPMJ DK(Pahang) dan Che Puan Julia Rais. Baginda dikurniakan 9 orang putera dan puteri.

(1)   YM Tengku Ahmad Iskandar Shah (lahir dan meninggal dunia pada 24 Julai 1990)(bondanya Tunku Hajjah Azizah).

(2)   YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (dilahir pada 17 September 1995) (bondanya Tunku Hajjah Azizah)

(3)   YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (3rd Ogos 1997) (bondanya  Tunku Hajjah Azizah.

(4)   YM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam (lahir 11 September 2001 (kembar kepada Tengku Afzan) (bondanya Tunku Hajjah Azizah).

(5)   YM Tengku Putri Iman Afzan (bondanya Che Puan Julia).

(6)   YM Tengku Putri Illisha Amira (bondanya Che Puan Julia).

(7)    YM Tengku Putri Ilyana (bondanya Che Puan Julia).

(8)   YM Tengku Putri Afzan Amina Hafizatu’llah (11 Sep 2001) (bondanya Tunku Hajjah Azizah)

(9)   YM Tengku Putri Nur Jahan Khalsom Athiy’atu’llah( 27 April 2002) (bondanya Tunku Hajjah Azizah).

Sultan Abdullah juga mempunyai seorang putera angkat sebelum kelahiran putera puterinya:

(1)   YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim (lahir 25 Ogos  1986), diambil pada tahun 1987.

Baginda adalah Chanselor Universiti Malaysia Pahang dan juga Chanselor Universiti Kuala Lumpur.

Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Peristiwa selepas tarikh perlantikan

(1)   DYTM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Pahang mulai 31 Jan 2019.

(2)   Pada 22 Mei 2019, DYMM Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah telah mangkat pada usia 89 tahun. Bagaimanapun kemangkatan baginda tidak memberi apa-apa kesan kepada penggiliran jawatan SPB Yang DiPertuan Agong.

(3)   Pada 28 Sep 2019, DYMM Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada DYMM Sultan Muhammad V telah mangkat pada usia 69 tahun. Kemangkatan baginda juga tidak memberi apa-apa kesan kepada penggiliran jawatan SPB Yang DiPertuan Agong.

(4)    Sepanjang tempoh 5 tahun pemerintahan YDPA XVI, tiada perubahan ke atas senarai Raja-Raja Melayu.


PERLANTIKAN YDP AGONG XVII

Sultan Abdullah Riayatuddin AlMustaffa Billah Shah telah menamatkan tempoh tempoh jawatan sebagai YDPA XVI pada 30 Jan 2024. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 263 (Khas) yang bersidang pada 27 Oktober 2023  telah memilih YDPA yang baru berdasarkan senarai kedudukan penggiliran seperti berikut:

(1)   DYMM Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar (2010) - Sultan Johor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua Negeri Johor dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda telah DIPILIH sebagai YDPA XVII.

(2)   DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlah Muhibbuddin Shah Maghfirullah (2014), Sultan Perak. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan dua bagi Negeri Perak dan tawaran kali ketiga untuk jawatan Timbalan YDPA. Baginda telah DIPILIH menjadi Timbalan YDPA XVII.

(3)   DYMM Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir (2009), YDP Besar Negeri Sembilan. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi NSDK.

(4)   DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (2001) - Sultan Selangor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Selangor.

(5)   DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni alhamrum Syed Putra Jamalullail (2000) - Raja Perlis. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi Perlis dan kali kedua untuk diri Baginda.

(6)   DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah (1998) - Sultan Terenggannu. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.

(7)   DYMM  Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Shah ibni almarhum Sultan Badlishah (2017) - Sultan Kedah. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Kedah dan kali pertama untuk diri Baginda.

(8)   DYMM Sultan Muhammad V ibni almarhum Sultan Ismail Petra (2010)- Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.. 

(9)   KDYMM Sultan Abdullah Riayatuddin AlMustaffa Billah Shah ibni almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AlMustain Billah (15 Jan 2019). Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Pahang dan kali kedua untuk diri Baginda.

 
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim 
DK (Johor) DKM DMN DK(Perak) DK(Perlis) DK(Selangor) DKNS DK(Pahang) DK(Kelantan) DK(Kedah) DK(Terengganu) DKMB(Brunei) 
SMN SPMJ SSIJ SMIJ SPMT SPMK SPDK PIS
(31 Jan 2024 - 30 Jan 2029)

Sultan Ibrahim diputerakan di Hospital Johor Bahru pada 22 Nov 1958. Bondanya ialah Che Puan Hajjah Kalsom binti Abdullah (Joshepine Ruby Trevorrow).  Mendapat didikan di Sekolah Temenggung Abdul Rahman I, Johor bahru, Trinity Grammar School, Sydney, dan Sultan Abu Bakar (English) College, Johor Bahru.

Tunku Ibrahim Ismail mengikuti latihan asas ketenteraan di PULADA, Johor kemudian mengikuti latihan lanjutan di US Infantry School of Arms, Fort Benning, Georgia; JKF Special Warfare School, Fort Bragg, North Carolina dan Pusat Latihan Penerbangan 2 (Helikopter) TUDM Kluang sehingga mendapat sayap penerbangan.  Ini menjadikan baginda adalah satu-satunya Raja Melayu (juga yang pertama dalam sejarah Malaysia) yang mempunyai kelayakan 'Komando Tentera' dan juga mempunyai 'Sayap Penerbangan Tentera' melalui latihan formal ketenteraan.

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada 12 Mei 1981 dan diisytiharkan pada 3 Julai 1981.  Bernikah dengan Dato' Seri Raja Zarith Sofea binti almarhum Sultan Idris Shah al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah DK SPMJ SPCM (dilahirkan pada 14 Ogos 1959) di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar pada 22 Sep 1982. Raja Zarith Sofia adalah Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Pemangku Sultan dari 26 April 1984 hingga 23 April 1989 apabila ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong.

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Sultan apabila ayahandanya mangkat pada 22 Jan 2010 dan diisytiharkan naik takhta pada 23 Jan 2010 dengan gelaran rasmi Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan  Iskandar Alhaj.

Baginda Sultan Ibrahim adalah juga Komandan YDP Rejimen Gerakhas Malaysia dan juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang pertama.

Baginda Sultan Ibrahim mempunyai 5 orang putera dan seorang puteri:

1.     Brig Jen Tunku Dato' Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar  DK1 SPMJ PIS (Tunku Ismail)(diputerakan: 30 Jun 1984). Tunku Mahkota Johor (29 Jan 2010). Berkahwin dengan Che Puan Khalida binti Bustamam pada 24 Oktober 2014.

2.     Tunku Putri Aminah Maimunah Iskandariah DK DPMJ. Tunku Puteri Johor (lahir: 8 April 1986). Berkahwin dengan Dennis Muhammad bin Abdullah.

3.     Mej Tunku Dato' Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman  DK SPMJ PIS (lahir: 25 Dis 1987).  Tunku Temenggung Johor (26 Feb 2010).

4.     Tunku Dato' Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail DK DPMJ PIS - Tunku Laksamana Johor (lahir: 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Dis 2015).

5.    Tunku Dato' Abdul Rahman Hassanal Jeffri DK DPMJ - Tunku Panglima Johor (lahir: 5 Feb 1993)

6.     Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim DK - Tunku Putera Johor (lahir 30 Mei 2001).


Peristiwa selepas tarikh perlantikan

(1)   DYTM Mejar Jeneral Tengku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (Tunku Ismail) ibni Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor mulai 31 Jan 2024.

(2)   SIMPANAN.


Timbalan Yang DiPertuan Agong
(13 Dis 2016 - 30 Jan 2019)
(31 Jan 2019 - 30 Jan 2024)
(31 Jan 2024 - kini)
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah
DAULAT TUANKU!
DIRGAHAYU TUANKU!

REKOD ISTANA NEGARA

(1)    Hanya seorang Raja Melayu yang memegang rekod menyandang jawatan YDPA sebanyak dua kali dan kedua-duanya lengkap 5 tahun; iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah. Kali pertama sebagai YDPA V dari 21 Sep 1970 hingga 20 Sep 1975; dan kali kedua sebagai YDPA XIV dari 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.  Bagi kedua-dua tempoh tersebut baginda mempunyai Raja Permaisuri Agong yang berbeza; Almarhum Tuanku Hajah Bahiyah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman (RPA V); dan  Tuanku Hajah Haminah binti Hamidin (RPA XIV).

(2)    TIGA penyandang jawatan YDPA telah dilantik menjadi YDP Agong tanpa terlebih dahulu menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong (tidak mengambil kira YDP Agong Pertama), iaitu:

   (i)   Almarhum DYMM Sultan Iskandar Alhaj, Sultan Johor - terus dilantik 
   sebagai YDPA VIII pada tahun 1984.

   (ii)   DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis- terus dilantik 
   sebagai YDPA XII pada tahun 2001.

   (iii)  DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor - terus dilantik sebagai YDPA XVII 
   pada tahun 2024.

(3)    TIGA penyandang orang YDPA pernah dilantik menjadi Timbalan YDPA sebanyak dua kali; iaitu:

   (i)   DYMM Sultan Abdul Halim AlMuadzam Shah - Sultan Kedah, kali pertama 
   (1965-1970) dan kali kedua (2006-2011).

   (ii)   Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Alhaj- YDP Besar Negeri Sembilan, kali 
   pertama (1979-1984) dan kali kedua (1989-1994).

   (iii)   DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin- Sultan Terengganu, kali pertama (1999 
   - 2001) dan kali kedua (2001-2006).

(4)    DYMM Sultan Nazrin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mencatatkan rekod sebagai Raja Melayu yang pernah dilantik sebagai Timbalan YDPA sebanyak TIGA kali, iaitu: TYDPA XV (2016-2019); TYDPA XVI (2019-2024); dan TYDPA XVII (2024 - 2029)

(5)   Sejarah juga merekodkan bahawa empat (4) YDPA telah mangkat semasa dalam tempoh menyandang jawatan iaitu:

   (i)   YDPA I: Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku 
   Muhammad (Negeri Sembilan) (1957 - 1960). 

   (ii)  YDPA II: Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni almarhum 
   Tuanku Alaeddin Sulaiman Shah (1960 - 1960).

   (iii) YDPA VI: Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni almarhum Sultan Ibrahim 
   (1975 - 1979) 

   (iv) YDPA XI : Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni 
   almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (1999 - 2001)

(6)   Sejarah Sistem Penggiliran YDPA juga mencatatkan rekod pertama seorang YDPA meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh pemerintahan iaitu pada 6 Jan 2019 apabila Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai YDPA XV. 

(7)   Rekod Istana Negara juga mencatatkan bahawa seramai EMPAT orang Raja Permaisuri Agong (RPA) adalah dari kalangan rakyat biasa (bukan berdarah keturunan Raja), iaitu:

   (i)    RPA IX : Tuanku Bainun binti Mohamad Ali.
   (ii)   RPA XI : Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman.
   (iii)  RPA XIII : Tuanku Nur Zahirah @ Rozita binti Adil Bakeri.
   (iv)  RPA XIV : Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon.

(8)    LIMA anakanda YDPA telah dipilih menjadi YDPA:

   (i)    YDPA X (Almarhum Tuanku Jaafar) adalah anakanda kepada YDPA I 
   (Almarhum Tuanku Abdul Rahman).

   (ii)  YDPA XI (Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) adalah anakanda 
   kepada YDPA II (Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah).

   (iii)  YDPA XII (Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail) adalah anakanda 
   kepada YDPA III (Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail).

   (iv)  YDPA XVI (Sultan Abdullah Riyatuddin AlMustaffa Billah Shah) adalah 
   anakanda kepada YDPA VII (Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah).

   (v)   YDPA XVII (Sultan Ibrahim) adalah anakanda kepada YDPA VIII (Almarhum 
   Sultan Iskandar).

(9)    DUA cucunda YDPA telah dipilih menjadi YDPA:

   (i)    YDPA XIII (Sultan Mizan Zainal Abidin) adalah cucunda kepada YDPA IV
   (Almarhum Sultan Ismail Nasirudin).

   (ii)    YDPA XV (Sultan Muhammad V) adalah cucunda kepada YDPA VI 
   (Almarhum Tuanku Yahya Petra).

(9)    DUA orang puteri YDPA menjadi RPA:

   (ii)    RPA V (Tuanku Hajah Bahiyah) adalah puteri kepada YDPA I 
   (Almarhum Tuanku Abdul Rahman).

   (ii)    RPA XVI (Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) adalah 
   puteri kepada YDPA VIII (Almarhum Sultan Iskandar).


RAMALAN PERIBADI

BERASASKAN KEPADA SITUASI MASA KINI, penulis membuat ramalan unjuran peribadi berkenaan dengan BAKAL YDPA Malaysia:

Raja terakhir bagi penggiliran Pusingan Kedua:

(1)    YDPA XVIII (2029 - 2034) : Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (73 - 78 tahun).

Penggiliran untuk PUSINGAN ke 3:

(1)    YDPA XIX (2034 - 2039) : Tuanku Muhriz (86 - 91 tahun)/Tunku Ali Redhauddin (57 - 62 tahun)

(2)    YDPA XX (2039 - 2044) : Sultan Sharafuddin Idris Shah (94 -99 tahun)/Raja Amir Shah (49 - 54 tahun)

(3)   YDPA XXI (2044 - 2049) : Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (77 - 82 tahun)/Syed Sirajuddin Areeb Putra (35 - 40 tahun)

(4)   YDPA XXII (2049 - 2054) : Tuanku Mizan Zainal Abidin (87 - 92 tahun)/Tunku Muhammad Ismail (51 - 56 tahun).

(5)   YDPA XXIII (2049 - 2054) : Sultan Sarafuddin Badlishah (82 - 87 Tahun)/Tunku Sulaiman Badlishah (42 - 47 tahun)

(6)   YDPA XXIV (2054 - 2059) : Tuanku Muhammad V (85 - 90 tahun)/Sultan Muhammad Fakhry (Muhammad VI) (76 - 81 tahun).

(7)   YDPA XXV (2059 - 2064) : Sultan Abdullah (100 - 105 tahun)/ Tunku Hasanal Ibrahim Alam Shah (64 - 69 tahun).

(8)   YDPA XXVI (2064 - 2069) : Tunku Ismail Ibrahim (80 - 85 tahun)/Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu bakar Ibrahim (47 - 52 tahun).

(9)   YDPA XXVII (2069 - 2074) : Raja Azlan Muzaffar Shah (61 - 66 tahun).


SEMOGA BERMANFAAT
Kemas kini terakhir: 8 Jan 2026

No comments:

Post a Comment