Tuesday, February 24, 2015

MTA 100 : JOHORKU XIX : ANAK JOHOR TERSOHOR BAHAGIAN 2



 Anak-anak Johor Tersohor  
 BAHAGIAN 2  

 Tokoh No 13 


Almarhum
TAN SRI MUHAMMAD BIN RAHMAT
PSM SPMJ SSIJ SIMP SPDK SSSA SPMT DGSM PNBS DPMJ DPMS KMN PIS BSI 
(4 Jan 1938 - 1 Jan 2010)


Tan Sri Mohamed bin Rahmat adalah salah seorang tokoh politik dari Parti UMNO (BN) yang terkenal dan menjadi ahli Jemaah Menteri di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir.

Mohamed dilahirkan di Pulai pada 4 Januari 1938. Beliau yang amat mesra dengan panggilan 'Tok Mat' merupakan tokoh politik yang terkenal dengan kesetiaan kepada parti dan pemimpinya. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO.

Mohamed Rahmat keturunan Jawa. Mendapat pendidikan menengah di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru pada 1956 sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Persuratan di Universiti Indonesia pada 1961 hingga mendapat ijazah Sarjana Muda. Beliau pernah menjadi guru di Sekolah King Edward VII, Taiping pada 1963 sebelum menceburkan diri dalam bidang penulisan skrip di FINAS mulai 1964.

Mohamed menyertai UMNO pada tahun 1963 dan dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Tan Sri Sardon Jubir. Beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Johor Bahru Barat dalam PRU ke 3 tahun 1969. Pada tahun 1974, nama kawasan tersebut bertukar kepada Pulai dan Mohamad mengekalkan kerusi tersebut sehingga tahun 2004.

Beliau pernah menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Ahli Majlis Kerja  Tertinggi  dan pernah diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung UMNO dan juga Barisan Nasional.

Selepas memenangi PRU 1978 , Mohamed Rahmat telah dilantik menyertai pentadbiran negara di bawah pimpinan  Tun Razak mulai tahun 1974, diikuti oleh Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir.  Antara jawatan kabinetnya ialah:

(1)   Timbalan Menteri Koordinasi Perbadanan Awam (1974 - 1976).
(2)   Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1976 - 1978).
(3)   Menteri Penerangan (1978 - 1982).
(4)   Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri (1982 - 1987).
(5)   Menteri Penerangan (1987 - 1999)

Semasa perpecahan UMNO 1987 (Team A dan Team B), Mohamed Rahmat adalah antara pemimpin yang teguh setia di belakang Mahathir. Apabila pendaftaran UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1988, dan UMNO (Baru) ditubuhkan Mohamed merupakan perintisnya dan nombor keahlian 00000003 dan Mohamad Rahmat dilantik menjadi Setiausaha Agung Sementara pada 16 Februari 1988. UMNO berjaya dipulihkan dan diyakini rakyat .Perkataan 'Baru' pada UMNO berjaya dibuang . Kelab UMNO luar negara telah ditubuhkan bagi menarik sokongan pelajar luar negara.

Dato Mohamed Rahmat telah menulis sebuah buku memoir selepas lama bersara dari jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO. Buku UMNO: Akhir Sebuah Impian' memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin UMNO terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan.

Pada 10 Jun 2008, Tan Sri Mohamed Rahmat dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada. Beliau menjalani pemeriksaan 'CT Brain' bagi menentukan keadaan pendarahan di bahagian otak. Mohamed menghidap penyakit buah pinggang sejak 1999 dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Pada 1 Januari 2010, Mohamed Rahmat meninggal dunia di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Jenazah almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Anaknya Datuk Nur Jazlan Mohamed mewarisi politik UMNO Pulai. Nur Jazlan menjadi Ahli Parlimen Pulai, Pengerusi PAC, Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Rahmat


 Tokoh No 14 

Almarhum
PROF DIRAJA UNGKU AZIZ BIN UNGKU 
ABDUL HAMID (PAK UNGKU)
(28 Jan 1922 - 15 Dis 2020)


Professor Diraja Ungku Andul Aziz bin Ungku Abdul Hamid merupakan seorang tokoh Ekonomi yang amat disegani. Belaiau merupakan anak Melayu yang pertama menjadi Naib Canselor sebuah universiti di Malaysia iaitu Universiti Malaya dan juga paling lama iaitu 20 tahun. Beliau amat dikenali dengan panggilan Pak Ungku. Ungku Aziz dilahirkan di London pada 28 Januari 1922 merupakan seorang kerabat diraja Johor. Beliau merupakan anak saudara kepada Dato Sir Onn Jaafar. Ayahnya Ungku Abd Hamid merupakan seorang Leftenan dalam tentera Timbalan Setia Negeri Johor (TSNJ) dan ibunya bernama Hamidah bt Abdullah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura dan Univesiti Malaya, Singapura dalam jurusan Ekonomi hingga tahun 1951.Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Jepun pada tahun 1964.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951. Kemudian Pak Ungku beralih kerjaya sebagai Pensyarah Ekonomi di Univ Malaya, Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di UM, K.Lumpur. Kerjaya Pak Ungku di UM mencapai ke kemuncak menara gading itu apabila beliau dilantik sebagai Naib Canselor dari tahun 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun. Ungku Aziz merupakan pencetus idea penubuhan Lembaga Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Islam & Pusat Asasi Sains Universiti Malaya serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Bhd (ANGKASA.

Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978 dan merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima gelaran itu. Beliau juga adalah merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 1997, Pak Ungku telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Malaysia. Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO pada 11Mei 2005. Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah pelaksanaan DEB dan MAPEN II).

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zeti Akhtar Aziz (Tan Sri Dr) yang juga pakar Ekonomi dan kini menerajui Bank Negara Malaysia (sejak 2000). Sehingga tarikh ini Pak Ungku masih enggan menerima walau satu bintang kehormatan pun sama ada dari Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

Ungku Aziz meninggal dunia pada 15 Disember 2020 pada usia 98 tahun di Prince Court Kuala Lumpur akibat sakit tua.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Abdul_Aziz



 Tokoh No 15 

Almarhum 
PROF DATO DR UNGKU OMAR BIN UNGKU AHMAD
SPMJ
(18 Jan 1931 - 15 Feb 1969)




Ungku Omar Ungku bin Ungku Ahmad merupakan seorang tokoh perubatan Melayu dan ahli sains yang berkaliber yang sentiasa memikirkan soal pembangunan bangsa dan agama . Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bharu, Johor dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, Johor. Kecemerlangan beliau telah membawa beliau ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya mememasuki Universiti Malaya, Singapura. Setelah menamatkan pengajian perubatan pada tahun 1957 dan latihan doktor di Johor Bharu, Ungku Omar telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1961, Ungku Omar telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan memperolehi Diploma di bidang Patologi daripada Royal College of Physicians London dan Royal College of Surgeons pada tahun 1962. Pada tahun yang sama allahyarham telah dilantik menjadi Pendaftar di Jabatan Patologi, Royal Free Hospital, School of Medicine, London. Selepas dua tahun berkhidmat beliau telah dilantik sebagai Pendaftar Kanan dan diterima menjadi Ahli College of Pathologist, London.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) pada tahun 1965. Pada tahun yang sama juga, Dr Ungku Omar telah diterima sebagai ahli Institute of Biology, London. Seterusnya pada tahun 1967, beliau telah dianugerahkan Ahli Kehormat College of American Pathologist, Amerika Syarikat.

Sekembalinya beliau ke tanahair, Dr Ungku Omar Ungku Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan dan beliau merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan sebanyak 40 kertas kerja tentang bidang pengkhususannya. Prinsipnya, 'Kesihatan itulah kemajuan, Tak sihat manakan maju' telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam bidang perubatan negara.

Dato Dr Ungku Omar telah memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Menurut sesetengah pihak, beliau merupakan di antara orang yang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Penubuhan UKM merupakan titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana ianya merupakan universiti yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan seterusnya memertabatkan bahasa Melayu.

Pelbagai jawatan telah dipegang oleh beliau, antaranya ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, Pengarah Perkhidmatan Membasmi Malaria, Pengarah Makmal Perubatan dan Kesihatan Malysia, Ahli Jawatankuasa Pakar Kementerian Kesihatan Malaysia, Ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika (SEAMEC ), Ahli Jawatankuasa Sains Sosial UNESCO dan lain-lain lagi.

Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia yang begitu muda, 38 tahun tetapi jasanya kekal hingga kini dan sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau, namanya telah diabadikan pada sebuah pusat pengajian tinggi, Politeknik Ungku Omar.

Special Note about Ungku Omar (extracted from www.malaysianinsider.com)

Acute moral decadence plaguing the Malay youths today is reminiscent of what was described of the Malays, a hundred years or so ago: poor, lazy and indolent, habitually waking up late, addicted to opium, caught up with cock fighting, gambling and all other kinds of entertainment. Flabbergasted Malays condemned the writer as a British stooge, paid to disparage them. Apart from that they did nothing and remained snug in their cocoon.

Great motivator. Outraged, a few Malays of later generations took it as a challenge. Among them was the valiant son, Ungku Omar (Datuk Dr Ungku Omar). He was an assistant District Officer (ADO), a glamorous, well-paid job, a rare attainment for a Malay during the British time. He decided to study science from scratch to enable him to study medicine. He sought permission of his British boss, the District Officer (DO), to study part-time. His bosses’ spontaneous response was to get his head examined!

Ungku Omar pursued. With relentless hard work, he qualified to study medicine and eventually became a medical doctor. He was later employed as a lecturer in one of the American universities, specialising in tropical medicine. Later, he was appointed as head of the Institute for Medical Research (IMR) in Kuala Lumpur. Ungku Omar died of coronary thrombosis in his early forties. To commemorate this great motivator, Politeknik Ungku Omar in Ipoh was named after him.

Datuk Dr Ungku Omar negated the people’s negative perception of the Malays. The Malays were not lazy, but given the opportunity, they would excel. But where were the opportunities those days? Ungku Omar was an exception who possessed the rare qualities that others didn’t. He did not wait for opportunity to unfold before him, but he created and found the opportunity himself — the hallmark of success!

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Omar
.

 Tokoh No 16 


TAN SRI HJ MUKHYIDDIN BIN HJ MD YASSIN
PSM SPMJ SHMS SPSA SPMP SUNS SPDK DUNM DP PNBS SMJ PIS BSI
(15 Mei 1947)


Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin merupakan TPM ke 10 dan anak negeri Johor yang keempat pernah menjadi TPM selepas Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam. Beliau juga merupakan MB Johor ke 13 (1982-1995). Mukhyiddin dilahirkan di Muar, Johor. Mendapat didikan awal di SK Maharani dan SK Ismail serta Muar High School. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke UM dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Beliau memulakan kerjaya sebagai PSU Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya menjadi ADO Muar (1974). Mukhyiddin menceburi bidang korporat antara 1974 - 1978 dan pernah berkerja dengan beberapa syarikat seperti SGS Ates Sdn. Bhd., Sri Saujana Berhad san Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Beliau pertama kali dipilih menjadi Ahli Parlimen mewakili Parlimen Pagoh pada PRU 1978 dan dilantik menjadi SU Parlimen Kementerian Luar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Dalam PRU 1982 berpindah ke ADUN Bukit Serampang dan dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke 13 sehingga tahun 1995. Dalam PRU 1995 beliau kembali ke Parlimen Paguh dan dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan dan kemudian ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna dalam tahun 1999. Dalam tahun 2004 Mukhyiddin dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Selepas PRU 2004 beliau dilantik pula menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa sehingga dilantik menjadi TPM merangkap Menteri Pelajaran mulai 9 Apr 2009.

Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972 dengan Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman dan dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Mohammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor.Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

https://puteralapismahang.blogspot.com/2018/04/m-184-ahli-dewan-rakyat-5.html

.

 Tokoh No 17 

Almarhum
DATO' DR HASSAN bin AHMAD
DSIJ KMN
(8 Dis 1936 - 31 Ogos 2011)


 

Hassan bin Ahmad adalah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pelbagai aspek yang berhubung dengan penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, dan perancangan bahasa dan sastera. Pada satu ketika, beliau merupakan seorang penyelidik bahasa dan sastera yang banyak menulis tentang bahasa dan sastera terutama dalam tahun-tahun 1960-an. Kedudukannya bertambah penting apabila beliau dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah DBP, sebuah institusi yang ditugaskan membina, memoden, dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan pada tahun 1976.

Hassan dilahirkan di Muar pada 8 Disember 1936. Anak bekas pegawai dalam Jabatan Polis, Hassan Ahmad adalah anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Berasal dari Muar, Johor, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948). Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Tinggi Muar hingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada tahun 1955. Beliau diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957). Mulai tahun 1959, Hassan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian dalam tahun 1962, tetapi meninggalkan jawatan itu pada tahun 1963 untuk berkhidmat dengan DBP. Beliau mula-mula bertugas sebagai Pegawai penyelidik, dan kemudian mengetuai Bahagian Penyelidikan dari tahun 1965-1968, Dalam tahun 1969, Hassan Ahmad dilantik menjadi Pemangku Pengarah dan Pengarah pada tahun 1971 sehingga tahun 1976 apabila beliau diangkat pula menjadi Ketua Pengarah. Pencapaian ini dilakukan dalam tempoh 13 tahun di DBP.


Dalam usahanya memajukan bahasa dan sastera Melayu, beliau banyak sekali menulis esei tentang bahasa, sastera dan penerbitan, dan telah mengemukakan banyak kertas kerja dalam persidangan-persidangan bahasa dan penerbitan buku pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kerana kepakaran beliau itu, beliau telah beberapa kali dipilih oleh UNESCO sebagai pakar bagi seminar dan mesyuarat tentang perusahaan penerbitan buku di dalam dan luar negeri.

Sewaktu menuntut di Universiti Malaya, beliau pernah menjadi Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya (1960-1961), dan menjadi Presidennya pada tahun 1961-1962. Beliau merupakan seorang pejuang yang gigih dan kerana cinta yang mendalam terhadap kesusasteraan dan bahasa sendiri, Hassan Ahmad sanggup meninggalkan jawatan Penolong Pegawai Daerah yang pada waktu itu dianggap cukup berprestij dan penuh `glamour’ semata-mata untuk menyertai DBP yang menjadi pusat bahasa dan kesusasteraan negara.

Dalam organisasi penulis, Hassan Ahmad pernah menjadi Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1966-1967. Dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Bahasa Malaysia/Indonesia (kini MABBIM) yang bersidang tiap dua kali setahun sejak tahun 1976. Hassan Ahmad menjadi Pengerusi Majlis Bahasa Malaysia dan merupakan salah seorang yang penting dalam usaha untuk menyatukan ejaan dan istilah antara Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam.

Pada tahun 1982, beliau pernah diundang oleh National Book Trust of India mempengerusikan salah satu sesi dalam “Seminar on Book For All at Low Cost” di New Delhi. Kemudian sewaktu Persidangan Editor Asia yang berlangsung pada bulan Januari 1982 di Singapura, Hassan Ahmad telah diundang dan mengemukakan kertas kerjanya bertajuk “Problems and Techniques of Translation and Adaption of Foreign Works into an Indigenous Language”.

Ternyata tumpuan utama Hassan Ahmad bukan sahaja terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta pengurusan dan pemasaran buku, malah juga dalam bidang terjemahan. Setakat ini tiga buah buku tentang organisasi dan pengurusan telah diterjemahkannya, masing-masing berjudul Eksekutif yang Berkesan (1984), Aspek Kemanusiaan dalam Perusahaan(1984), dan Sukarnya Membuat Pilihan (1986).

Setelah bersara dari DBP pada tahun 1988, Datuk Hassan Ahmad telah dilantik menjadi Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO. Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1993, beliau telah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan.

Hassan meninggal dunia di Hari Raya, 2 Syawal 1432 bersamaan dengan 31 Ogos 2011 iaitu Hari Kebangsaan Malaysia ke 54. Hilanglah seorang tokoh dan pejuang Bahasa Melayu.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_Ahmad

.
 Tokoh No 18 

Almarhum
JENERAL TAN SRI MOHD GHAZALI DATO MOHD SETH
PGAT PMN PSM SPMJ DA SIMP DHMS DPMJ PNBS JMN SMJ KMN PPC
(4 Feb 1929 - 24 Ogos 2021)


 

Jeneral Tan Sri Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth adalah anak Johor kedua yang mencapai kerjaya tertinggi dalam ATM. Beliau adalah mantan Panglima Angkatan Tentera ke 7. Mohd Ghazali dilahirkan di Johor Bahru pada 4 Februari 1929. Ayahnya, Dato' Mohd Seth bin Mohd Said merupakan seorang Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Johor (JCS).

Memasuki latihan rikerut di Port Dickson pada Dis 1950 dan setamat latihan ditugaskan ke 2 RAMD sebagai Ketua Seksyen. Pada 3 Sep 1952 dipilih menjalani latihan kedet di Eaton Hall dan RMA Sandhurst, UK (Intake 12) dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 12 Feb 1954 dan ditugaskan ke Batalion Pertama, RAMD (1 RAMD) sebagai Ketua Platun.

Pada tahun 1956 beliau dinaikkan ke pangkat Lt dan dianugerahi pingat Mention-in-Despatch Special (MID). Pada tahun 1957 naik ke pangkat Kapt membuat tugas SO3 di MINDEF. Pada 1958 naik ke pangkat Mej dan menjadi ADA di MALAWAKIL Jakarta.

Pada tahun 1960 ditukarkan ke 7 RAMD sebagai Ketua Kompeni seterusnya sebagai SO2 di Mk 1 Bde. Pada tahun 1966 ketika itu dalam pangkat Lt Kol bertugas sebagai SO1 di MINDEF.

Ghazali dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 1 Sep 1968 dan menyandang jawatan Komandan LATEDA (5 Ogos 1968 - 31 Ogos 1969), seterusnya dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 1 Sep 1969 dan dilantik menjadi Pengarah Perisikan Tentera (DMI) yang pertama (1 Sep 1969 - 10 Nov 1969), Ketua Staf di Bahagian Staf Tentera Bersama (BSTB) dari 11 Nov 1969 - 5 Nov 1970), ADC Kehormat YDP Agong (1 Jan 1970 - 6 Nov 1970) Panglima 3 Briged (9 Dec 1970 - 31 Mac 1972), Panglima RASCOM (1 Apr 1972 - 31 Dis 1972).

Ghazali dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada 1 Jan 1973 dan dilantik menjadi Panglima (GOC) 2 Divisyen Infantri (1 Jan 1973 - 31 Dis 1974) dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) (1 Dec 1975 - 30 Nov 1977) seterusnya dinaikkan ke pangkat Lt Jen pada 1 Dis 1977 dan dilantik menjadi Panglima Tentera Darat ke 5 dari 1 Dec 1977 hingga 19 Jan 1981. Pada 1 Okt 1980 jawatan PTD telah dinaiktaraf dan Ghazali dinaikkan ke pangkat Jeneral.

Pada 20 Jan 1981, Ghazali dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke 7. Pada 4 Feb 1984 tarikh persaraan (usia 55 tahun) beliau telah dilanjutkan sehingga 4 Feb 1986.

Ghazali telah menghadiripelbagai kursus ketenteraan di dalam dan luar negara, antaranya ialah Command and Staff College, Camberley, UK (1960) and Joint Services Staff College, Latimer, UK (1968).

Setelah bersara beliau dilantik menyandang di organisasi bukan Kerajaan dan Kerajaan seperti Timbalane Presiden, Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (1986 - 1993); Penaung, Johor Bahru English College, Ahli Dewan Negara (Senator) (1989 - 1993); Pro-Chancellor, UPNM (2010 - sekarang); President of Retired Armed Forces Officer Club (RAFOC) (1987 - sekarang). Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat besar seperti Nestle Berhad, The Royal Bank of Scotland Berhad, Pacific and Orient Berhad, Panglima Consulting Bhd, Carlsberg (M) Berhad, Golden Cinemas Screen Sdn Bhd dan Magnum Corporation Bhd.


Beliau berkahwin dengan Puan Sri Norziah binti Dato' Sir Onn (adik kepada Tun Hussein Onn dan Lt Jen Dato' Jaafar Onn). Adik Ghazali (Norashikin) pula adalah isteri kepada almarhum Tun Dr Ismail, bekas Timbalan PM (1970-1973).

Gen Mohd Ghazali meninggal dunia pada 24 Ogos 2021 di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Ghazali_Mohd_Seth

.
 Tokoh No 19 

Almarhum
DATO' ALI bin HJ AHMAD
SPMJ SSIJ SMJ PPM
(29 Jun 1930 - 4 Dis 1977)


Ali Haji Ahmad, dilahirkan di Kg. Rambah, Pontian 29 Jun 1930. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sek. Keb. Rambah dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Kemudian beliau telah melanjutkan pendidikannya di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Beliau berjaya mendapat tempat di Universiti Malaya yang pada masa itu di Singapura. Beliau menjawat jawatan sebagai Presiden Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung dan Naib Presiden Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

Sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Pontian mulai tahun 1957 hinggalah tahun 1960 kemudian berkhidmat sebagai Ketua Penyelidikan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada tahun 1969, beliau memenangi pilihanraya kawasan Parlimen Pontian Selatan dan telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan di samping menjawat jawatan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun yang sama, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Dalam PRU 1974 beliau mengekalkan kerusinya dan kekal sebagai Timbalan Menteri. Dalam rombakan cabinet lanjutan dari kematian PM Tun Razak dalam tahun 1976, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertanian.

Beliau dianugerahi pingat kebesaran iaitu Darjah SPMJ bergelar Dato’ pada bulan April 1973 oleh DYMM Sultan Johor, dan kemudian dikurniakan pula gelaran Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ).

Anak perempuan almarhum yang bernama Ainon binti Dato' Ali adalah rakan sekelas PENULIS semasa mengikuti kursus Senibina di UTM Jalan Gurney pada tahun 1978/79.


Tiada insan yang dapat menyangkal kudrat ilahi. Pada 4 Disember 1977, berlaku satu tragedi yang menyayat hati rakyat Malaysia. Tragedi nahas kapal terbang MAS (MH635) di Kg. Tg. Kupang, Johor telah mengorbankan lebih dari 100 jiwa dan di antaranya Dato’ Ali.

Lain-lain korban kemalangan pesawat MH635 ialah usahawan jepun Tomio Gotto, Duta Cuba ke Malaysia (Mario Garcia) dan isteri, Ketua Pengarah JKR Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah JKR Tentera Datuk Khalid Mohamad, Timbalan KP Perikanan Abu Bakar Othman Merican, dua orang pegawai bank Dunia, Kapten pesawat G K Ganjoor dan co-pilot Kamarulzaman Jalil. 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Ahmad

.

 
 
 
.


 Tokoh No 20 


TAN SRI LIM KIT SIANG
PSM DUPN
(20 Feb 1941)



Tan Sri Lim Kit Siang di lahirkan Batu Pahat, Johor pada 20 Feb 1941 merupakan salah seorang pengasas Parti Tindakan Rakyat (DAP), sebuah parti pembangkang berideologi socialist democratic. Lim memperolehi ijazah Undang-undang (LLB (Hons) dari Universiti London. Lim Kit Siang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Beliau juga pernah menulis 29 buah buku sejak tahun 1978.

Kit Siang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat sejak tahun 1969 sehingga 2022 (11 penggal), dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan di Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Johor. kecuali dari tahun 1999 hingga 2004 apabila beliau tewas dengan Chia Kwang Chye dalam Pilihanraya tahun 1999 di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Kemenangan yang terakhir adalah dalam PRU 14 (2014) apabila beliau memenangi Parlimen Iskandar Puteri. Berikut adalah kawasan-kawasan yang diwakili oleh Kit Siang:
  1. Bandar Melaka, Melaka (1969 – 1974).
  2. Kota Melaka, Melaka (1974 – 1978).
  3. Petaling Jaya, Selangor (1978 – 1982).
  4. Kota Melaka, Melaka (1982 – 1986).
  5. Tanjong, Pulau Pinang (1986 – 1990); (1990 - 1995) dan (1995 - 1999).
  6. Ipoh Timor, Perak (2004 – 2008) dan (2008 - 2013).
  7. Gelang Patah, Johor (2013 - 2018).
  8. Iskandar Puteri, Johor (2018 - 2022).
Kit Siang menjawat sebagai Setiausaha Agong DAP selama 30 tahun sejak tahun 1969 hingga 1999. Kemudian memegang kerusi Pengerusi DAP kedua (ambil alih dari Dr Chen Man Hin) mulai tahun 1999 hingga 2004. Selanjutnya, Lim dilantik dalam peranan Penasihat melalui jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik.

Kit Siang merupakan pemegang rekod sebagai Ketua Pembangkang yang paling lama di Parlimen Malaysia.  Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen untuk beberapa penggal (1973 - 1974); (1975 - 1978); (1978 - 1982); (1982 - 1986); (1986 - 1990); (1990 - 1995); (1995 - 1999); dan (2004 - 2008). 

Telah telah berkahwin dengan Puan Sri Neo Yok Tee dan dikurniakan empat orang anak termasuk Lim Guan Eng, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang (2008 - 2018) dan Menteri Kewangan (2018 - 2020). Seorang lagi anaknya Lim Hui Yee adalah Timbalan Menteri Kewangan (2022 - kini).

Lim memulakan kerjaya sebagai seorang ahli politik ketika beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dari 1966 hingga 1969. Pada masa yang sama beliau juga diamanahkan untuk menyunting akhbar parti itu, The Rocket. Laluan landskap politik berubah apabila beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Agung pada tahun 1969 selepas bertindak sebagai Setiausaha Agung untuk tempoh yang singkat dalam tempoh yang bergolak dalam sejarah negara. Beliau menganggap dirinya sosialis demokratik dan juga penyokong demokrasi sosial.

Kit Siang merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi OPS LALANG pada tahun 1987 kerana dituduh membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 18 bulan. Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 1979, beliau disabitkan dengan lima tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan kesepakatan senjata yang tidak sesuai antara kerajaan dengan sebuah syarikat Switzerland. Pada bulan Ogos 1987, politik dan perundangan Malaysia telah digemparkan apabila Kit Siang telah memfailkan saman dan memohon perintah sekatan (injunksi) mahkamah bagi menghalang syarikat United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM) daripada menandatangani kontrak pembinaan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dengan kerajaan Malaysia.

Kes ini bukan sahaja menjadi tumpuan kerana melibatkan projek infrastruktur terbesar negara pada waktu itu, malah ia menjadi kes penanda aras (landmark case) dalam sejarah perundangan pentadbiran Malaysia, khususnya berkaitan prinsip kedudukan guaman. Beliau kalah di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Faktor yang mencetuskan tindakan undang-undang ini adalah isu ketelusan dan dakwaan konflik kepentingan. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan surat niat (letter of intent) kepada UEM untuk menganugerahkan kontrak penswastaan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai berbilion ringgit. Lim Kit Siang, dalam kapasitinya sebagai Ahli Parlimen, pembayar cukai, dan pengguna lebuh raya, mendakwa bahawa penganugerahan tersebut tidak teratur. Beliau menegaskan wujudnya kepentingan politik dan kewangan antara syarikat yang dipilih dengan parti pemerintah, sehinggakan rundingan tersebut dianggap tidak adil kepada rakyat dan negara. Oleh itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan penganugerahan itu batal dan tidak sah, serta menyekat UEM daripada meneruskan kontrak tersebut.

Kesimpulannya, kegagalan Lim Kit Siang menyekat pembinaan lebuh raya PLUS ini meninggalkan impak yang sangat mendalam. Dari sudut fizikal, projek Lebuhraya Utara-Selatan hampir gagal diteruskan kerana gangguan yang difailkan oleh Lim Kit Siang yang kini menjadi nadi pengangkutan utama Malaysia hari ini. Dari sudut perundangan, kes Government of Malaysia v. Lim Kit Siang (1988) ini telah mengehadkan ruang bagi orang awam atau ahli politik untuk mencabar keputusan kerajaan di mahkamah.



 Tokoh No 21 


Dato' Chin Hon Ngian
DSIJ SMJ



Dato' Chin Hon Ngian ialah ahli politik Malaysia dari Parti Kesatuan Cina Malaysia (MCA).

Hon Ngian dilahirkan di x dan mempunyai kelulusan ijazah Undang-Undang.

Hon Ngian pernah berkhidmat sebagai  Ahli Parlimen Renggam selama tiga penggal (1974 - 1978); (1978 - 1982); dan (1982 - 1986).

Beliau merupakan mantan Menteri Kesihatan (1983-1986) dan sebelum itu berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1978 - 1982) dan Timbalan Menteri Pertanian (1982 - 1983).


Nota: Kesukaran untuk mendapat maklumat tentang Dato' Chin Hon Ngian.



 Tokoh No 22 


Almarhum
DATO' (DR) USMAN AWANG (TONGKAT WARRANT)
DPMP
(12 Jul 1929- 29 Nov 2001)



Dato’ Dr Usman Awang adalah seorang saterawan dan semasa hayatnya beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifik. Beliau juga mempunyai banyak nama samaran atau nama penanya seperti Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa dan Setiabudi.

Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura.

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.

Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.




Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.

Patah tumbuh, namun kehilangan dan kematian Usman Awang tidak akan berganti sampai bila-bila. Usman Awang menghembuskan nafas terakhir pada 29 November 2001 kerana penyakit jantung ketika berusia 72 tahun.




 Tokoh No 23 



TAN SRI DR UNGKU ZETI AKHTAR BINTU UNGKU 
ABDUL AZIZ
DKII (Johor) PSM SSAP SUMW DPMJ
(27 OGOS 1947)



Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan di Johor Bahru pada 27 Ogos 1947 dan merupakan anak tunggal kepada Profesor Dirajal Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berpengaruh di Malaysia malah Asia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958. Pada tahun 1970 beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajianbeliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada tahun 1978. 

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1970m hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 Sep 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ke dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Zeti juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.




 Tokoh No 24 


Mendiang
TUN DATO SERI S. SAMY VELLU a/l SANGALIMUTHU
SSM SPMJ SSAP SUMW SPMP PNBS DPMS SMS PCM
(8 Mac 1936 - 15 Sep 2022)



Mendiang Tun Dato' Seri Ar S. Samy Vellu a/l Sangalimuthu adalah seorang ahli politik Malaysia dari Parti
Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau merupakan mantan Presiden ke-7 MIC yang berkhidmat  dari Oktober 1979 hingga Disember 2010. Beliau adalah Presiden MIC yang paling lama berkhidmat, iaitu selama 31 tahun. Selain itu beliau adalah seorang Menteri Kabiet yang paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

Samy Vellu dilahirkan di Kluang, Johor pada 8 Mac 1936. Samy mendapat pendidikan asas di SRJK Tamil namun terkandas lantaran kemiskinan keluarganya.
Beliau melakukan pelbagai kerja rencam seperti operator kilang, pelayan restoran, pembantu kedai dan konduktor bas. Walaupun tidak dapat bersekolah secara formal pada waktu siang, beliau tetap gigih menimba ilmu dengan menghadiri kelas malam. 

Beliau kemudiannya bekerja sebagai peon atau budak pejabat (office boy) di sebuah firma arkitek (Russell & Co / Boutcher & Co.). Sambila bekerja beliau menunjukkan minat mendalam dalam bidang draughtmanship, lalu belajar menjadi pelukis pelan (draughtsman). Atas sokongan majikannya, Samy Vellu mengambil peperiksaan khas Royal Institute of British Architects (
RIBA) yang dikhaskan untuk matured students. Beliau berjaya lulus peperiksaan tersebut dan melayakkan diri sebagai seorang Arkitek Bertauliah (Ar).

Samy Vellu mula aktif dalam politik (MIC) pada tahun 1959dengan menyertai Cawangan MIC Batu Caves. Selepas lima tahun, beliau dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa MIC Selangor dan Ketua MIC Negeri.  Beliau terpilih untuk bertanding dalam PRU ke 4 tahun 1974 bagi kerusi Parlimen Sungai Siput. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut selama lapan penggal berterusan dari yahun 1974 hingga 2008. 

Sepanjang tempoh berkhidmat dalam Kabinet di bawah pimpinan Tun Hussein dan Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi beliau hanya menyandang dua portfolio sahaja iaitu Menteri Kerja Raya (kemudian ditukar nama menjadi Menteri Kerjaraya dan Kemudahan Awam) dan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos. Beliau juga merupakan penyandang Ahli Parlimen bagi kawasan Sungai Siput dari tahun 1974 hingga 2008.  Perkembangan kerjaya dalam politik adalah seperti berikut:

(1)   Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1978 - 1983)
(2)   Menteri Kerjaraya (Jun 1983 - Jun 1989)
(3)   Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos (Jun 1989 hingga Mei 1995)
(4)   Menteri Kerjaraya dan Kemudahan Awam (Mei 1995 - Mac 2008).

Kerjayanya dalam politik menemui penghujungnya apabila gagal mempertahankan kerusi Sungai Siput dalam PRU ke 12 tahun 2008. Beliau mengundurkan diri dari jawatan Presiden MIC yang disandang sejak tahun 1979 pada tahun 2010.

Pada 1  Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Duta Khas (bertaraf Menteri)  Malaysia ke India dan Asia Selatan bagi hal ehwal Infrastruktur sehingga ditamatkan pada tahun 2018 apabila Kerajaan BN tewas dalam PRGU ke 14. Ketokohannya yang diiktiraf oleh Kerajaan India telah memberi peluang kepada kontraktor Malaysia mendapat kontrak projek pembinaan insfrastruktur di India.

Samy Vellu telah meninggal dunia di rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada  15 September 2022.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani. Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Dato' Sri Vell Paari yang pernah menjadi Ahli Dewan Negara. 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Samy_Vellu



 Tokoh No 25 


TAN SRI MOHD SHAHRIR BIN ABD SAMAD 
PSM SUMW DPMJ PIS
(22 Nov 1949)


Tan Sri Datuk Seri Shahrir bin Abdul Samad adalah anak Johor yang dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 22 November 1949. Shahrir adalah ahli politik Malaysia (UMNO) yang pwernah menjadi ahli Kabinet Menteri di bawah pimpinan Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Dato' Seri Mohd Najib. 

Shahrir pernah bersekolah di banyak tempat iaitu di Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Kota Bharu di Kelantan dan Kuala Terengganu di Terengganu. Beliau juga pernah bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tamat tahun Enam pada tahun 1967.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan dari Universiti Malaya pada tahun 1972 dan menyambung Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di International Institute for Management Development (IIMD) di  Lausanne, Switzerland pada tahun 1977.

Pada tahun 1974, beliau telah menjadi setiausaha politik termuda (25 tahun) di Malaysia apabila beliau menjadi setiausaha politik kepada Tun Musa Hitam. Pada tahun 1975, beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak sehingga 1976. 

Shahrir mula menyertai PRU ke 5 tahun 1978 dan memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Sebaik sahaja menjadi ahli Parlimen, beliau terus dilantik menyertai barisan pentadbiran negara sebagai Timbalan Menteri. Antara jawatan yang disandang ialah:

(1)   Setiausaha Parlimen di JPM (1978 - 1979).
(2)   Timbalan Menteri Kewangan (1979 - 1981).
(3)   Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1981 - 1983)
(4)   Menteri Wilayah Persekutuan (1983 - 1985).
(5)   Menteri Kebajikan Masyarakat (1985 - 1987)

Shahrir telah digugurkan dari Kabinet semasa krisi UMNO 1987 kerana berpihak kepada Tengku Razaleigh yang mencabar Dr Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO tahun 1986.

Pada tahun 1988, Shahrir meletakkan jawatan (mewakili BN-UMNO) daripada kerusi Parlimennya, Johor Bahru  dan kemudiannya bertanding semula sebagai calon BEBAS dalam PRK dan berjaya mengalahkan calon BN. Namun beliau tidak menyertai Tengku Razaleigh menyertai Parti Melayu Semangat 46. Setahun kemudiannya, beliau menyertai UMNO semula.

Shahrir tidak menyertai PRU ke 8 tahun 1990, PRU ke 9 (1995) dan PRU ke 10 (1999) tetapi kembali ke Parlimen dalam PRU ke 11 (2004), PRU ke 12 tahun 2008, PRU ke 13 (2013), kesemuanya di kawasan Parlimen Johor Bahru.  Selepas memenangi  PRU 2008, Shahrir telah kembali menyertai Kabinet Tun Abdullah sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam PRU ke 14 (2018), Shahrir tewas kepada calon PKR, Akmal Nasarullah Mohd Nasir.

Selain jawatan dalam Kabinet, Shahrir juga telah diberi kepercayaan menyandang pelbagai jawatan dan tugas penting dalam Kerajaan mahupun swasta, antaranya adalah:

(1)   Ahli Exco dan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association (CPA).
(2)   Pengerusi, Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
(3)   Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
(4)   Pengerusi, Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC)
(5)   Pengerusi FELDA.
(6)   Pengerusi/Pengarah Urusan Saske Corporation Sdn. Bhd.
(7)   Pengerusi/Pengarah Urusan Saskevest Sdn. Bhd

https://ms.wikipedia.org/wiki/Shahrir_Abdul_Samad




TOKOH YANG ASLI TIDAK PERLU DICARI
IA SENTIASA DIKENALI

KEMAS KINI TERAKHIR
22 SEP 2026

No comments:

Post a Comment