Sunday, February 8, 2015

M 064 GAY LAKNATULLAH DI MALAYSIA

  GAY & HOMOSEXUAL  
- LAKNATULLAH -

Semasa aku menulis tentang perjalananku ke Italy dalam tahun 1998, aku ada menyebut mengenai bandar Pompei yang hilang dari muka bumi kerana ditenggelami lahar volcano kerana kemurkaan Allah di atas sifat penduduknya yang menjadikan homosexual sebagai amalan hidup. Melanggar larangan Allah dan perbuatan di luar tabii manusia dan juga binatang.  Bahasa Melayu kita menggunakan LEMBU sebagai perumpamaan bagi menyatakan kebodohan seseorang.  Kalau kita geram sangat dengan seseorang yang susah sangat untuk diajar, kita selalu kata 'BODOH macam LEMBU!. TAPI kita tak pernah dengar LEMBU jantan tibai jubur LEMBU jantan!

 

Lanjutan dari itu, aku ingin  mengambil sedikit masa untuk mengungkap isu berkaitan GAY dan HOMOSEKSUAL yang nampaknya semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia. Sungguh menakutkan.

Maklumat yang saya ambil dari blog 'akta.wordpress.com', pada 30 Jun 2010, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian.

Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah swt. Menurut islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;

“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”.
(Surah Al-‘Araf : 80 – 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual. Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;

“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS

Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.

Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan Guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim (bekas Mufti Sabah),

"hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37).

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW;

“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”. (Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ;

“Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat” (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)


AMALAN SEKS SEJENIS BOLEH MEMBINASAKAN NEGARA

Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini. Firman Allah;

“(demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut. Firman Allah:

“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”
(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.
Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia .

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam. Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan.

Maka dengan keadaan inilah, Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor, menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar segera kembali kepada Islam dan pengamalannya, agar umat ini tidak akan ditimpa penyakit social yang membimbangkan. (akta.wordpress.com)

Kisah Gay di Malaysia

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya.

Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu.
Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.
Di Malaysia, difahamkan bahawa ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground.


satu pesta gay di Prince World Hotel - doakan mereka supaya insaf sebelum Allah turunkan bala
di negara kita yang aman damai ini

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Awang tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?. 

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. Lebih mengganggu fikiran kita ialah musibah apa yang bakal menanti kita jika fenomena homoseksual ini sudah tidak terbendung?

Rujukan: Utusan Malaysia 28 Februari 2010

PENGAMAL HOMOSEKS/LESBIAN

Homoseksual bukan perkara baru.  Sebagaimana yang kita maklum dan orang islam percaya apa yang disebut dalam Al Qur'an tentang perilaku dan amalan hidup kaum Nabi Luth as- perilaku ini telah wujud sejak zaman berzaman.

Macam penagih dadah diberitahu tentang bahaya penyalahgunaan dadah- kita hanya membuang masa dan membuang air liur untuk bercakap.  Seperti itu juga pengamal homoseksual dan lesbian ini, kalau kita ceritakan mengenai azab dan bencana yang ditimpa kaum Nabi Luth as meraka akan mudah sahaja memberi jawapan.  Bencana alam tak ada kena mengena dengan perangai sesuatu kaum.  Gempa bumi bukan berlaku semasa zaman Nabi Luth sahaja, tapi sampai sekarang- tak ada homoseks pun bencana datang juga.  Seperti juga bercakap tentang bahaya rokok kepada penagih rokok.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”  maksud ayat alQur'an Surah Ar-Raad:11

http://images.amazon.com/images/P/0415159822.jpg

Just for your knowledge, buku  di atas mengandungi profil singkat kehidupan tokoh-tokoh dalam sejarah dunia yang dipercayai atau terbukti 'gay' maupun 'lesbian'. Antara 30 darinya ialah:

1.     Achilles The Greece – Illiad Homer.
2.     Mercedez de Acosta – Penulis Wanita Amerika di abad 19.
3.     Allan of Lille – Biarawan dari Ordo Cistercian di abad 12.
4.     Alexander the Great - salah satu penakluk paling termashur.
5.     Hans Christian Andersen – Penulis Denmark di abad 19 yang terkenal dengan cerita dongengnya.
6.     Margaret Anderson – Penulis Wanita Amerika di abad 20.
7.     Mario Andrade – Penulis Brazil di abad 20.
8.     Thomas Aquinas – ahli falsafah terkenal di zaman skolastik.
9.     Sir Francis Bacon – ahli falsafah Inggeris yang terkenal di abad 17.
10.   Sir Robert Baden Powell – pengasas pergerakan Pengakap. 
11.   Julius Caesar – salah seorang Mahajara Rom.
12.   King Henri III de Valois – Raja Polandi dan Raja Perancis di abad 16
13.   King  James I dan VI –  James I sebagai Raja Scotland dan James VI sebagai Raja England.
14.   Queen Kristina – Ratu Sweden di abad 16
15.   Leonardo Da Vinci seorang seniman dan ahli sains Itali yang paling termashur.
16.   King Ludwig II of Bavaria – salah seorang Raja di daerah Jerman di abad 19.
17.   Gaius – Tokoh Yunani Kuno
18.   Magnus Eriksson – Raja Sweden dan Norway di abad 14
19.   Ferdinando II de Medici – Grand Duke of Tuscany di abad 17.
20.   
Giovani Gastone de Medici – cucu dari Ferdinando II de Medici.
21.   Michelangelo – seorang seniman Itali yang setara dengan Leonardo da Vinci.
22.   Montaigne – salah seorang ahli falsafah bangsa Perancis yang mendahului Rene Descartes.
23.   Montesquie – Salah seorang tokoh Revolusi Prancis.
24.   Nero – Salah seorang Maharaja (Kaisar) Rom yang terkenal dengan penyimpangan seksualnya yang brutal.
25.   Friedrich Nietzsche - seorang ahli falsafah, sasterawan dan seniman bangsa Jerman. 
26.   Plato - seorang ahli falsafah terbesar Yunani selain Sokrates dan Aristoteles.
27.   William Shakespeare - seorang sasterawan Inggeris paling termashur.
28.   Peter Ilyich Tcaikovsky  - seorang komposer besar Rusia.
29.   Alan Turing - seorang ilmuwan  (mathematician, logician, cryptanalyst and computer scientist) Inggeris yang memperkenalan logarizam dan 'Turing Test Machine' - yang kemudian menjadi asas rekaan komputer moden.
30.   
Oscar Wilde , Penulis Inggris di abad 19

Di abad ke 21 ini antara orang ternama mengamalkan kehidupan sebagai 'gay' ialah seperti:

1.     Sir Elton John -  penyanyi rock ternama dari England
2.     Mendiang Leslie Cheung -  penyanyi dan pelakon tersayang di Hong Kong
3.     Ludwig Wittgenstein - ahli matematik terkenal dari Australia
4.     Rock Hudson - pelakun Hollywood
5.     Versace - pereka fesyen terkenal.

........Keratan artikel dari bernama.com

Fenomena Homoseksual

Lazimnya istilah homoseksual merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina iaitu lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.  Homoseksualiti biasanya akan dibandingkan dengan heteroseksualiti dan biseksualiti.  Secara tradisi, istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.

Di Barat, kelakuan atau tarikan seksual sesama jantina ini menular bebas sehinggakan menjadi satu gaya hidup.

Hari ini, gaya hidup gay yang lebih cenderung dikaitkan kepada hubungan lelaki sesama lelaki turut menjadi ikutan di negara ini. Adakah petanda kewujudan kelompok ini dengan bercambahnya pembukaan kelab-kelab gay di seluruh negara?

Kosmo! baru-baru ini mendedahkan kemunculan komik gay yang dijual secara terang-terangan. Meskipun harganya mencecah RM50 senaskhah, laporan itu menyebut komik berkenaan laris dibeli oleh golongan muda yang berumur 25 tahun ke atas.

Penularan kecenderungan hubungan sesama sejenis ini dapat dilihat dengan wujudnya kelab-kelab gay di seluruh negara. Antara kelab gay dan komik gay, mungkin ada yang bertanya apakah gaya hidup ini sudah diterima masyarakat Malaysia?

Pengamal perubatan yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, trend amalan homoseksual di negara ini semakin membimbangkan.
  • Dalam al-Quran  menyebut bahawa Allah swt membalas dengan menghancurkan umat Nabi Luth yang mengamalkan hubungan homoseksual.
  • Tidak ada jalan pengampunan kepada perbuatan yang songsang sehingga ia menimbulkan kemurkaan Allah swt yang kita tahu bersifat penyayang lagi amat mengasihani.
  • Fenomena homoseksual yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia perlu ditangani dengan tegas.
  • Dari segi kesihatan - amalan homoseksual yang melibatkan hubungan seksual menerusi dubur menimbulkan pelbagai risiko kepada setiap pelakunya dan pasangannya - setiap organ tubuh manusia dilengkapi dengan sistem yang cukup sempurna. Ini termasuk darah, saraf, imuniti dan sistem-sistem lain yang sesuai fungsinya. Sistem peranakan, alat kelamin wanita dan hormon adalah berbeza daripada orang lelaki. Ada sel-sel khusus untuk memastikan fungsi tersebut dapat dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan. Malangnya, apabila manusia sesat daripada sistem tersebut dan melakukan perkara-perkara songsang.
  • Sistem saluran usus perut yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur dilengkapi dengan sel-sel yang sesuai untuk penyerapan dan pencernaan makanan - sistem pergerakan otot yang berirama ini dikenali sebagai peristalsis yang bergerak dari atas ke bawah. Apabila sistem ini disongsangkan, misalnya menerusi hubungan seksual menerusi dubur akan mengundang kerosakan kepada fizikal, emosi dan kerohanian.
  • Ia mengundang pelbagai penyakit seperti AIDS, hepatitis, buasir dan jangkitan bakteria dalam darah. Hubungan seks songsang itu juga boleh mengundang pelbagai penyakit yang ditakrifkan penyakit jangkitan kelamin (STD).
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad memberi pandangan bahawa homoseksual perlu dilihat sebagai satu kesalahan jenayah dan moral yang serius.
  • Tidak ada bezanya homoseksual ini dengan perbuatan zina. Untuk itu, amalan homoseksual ini perlu dibanteras. Langkah pencegahan perlu diambil dan hukuman perlu dilaksanakan.
  • Pintu-pintu yang boleh membawa seseorang itu kepada gejala yang tidak bermoral itu juga perlu ditutup. Kalau ada tempat atau pusat yang dikenal pasti menjadi pusat kegiatan atau aktiviti kelompok homoseksual, tindakan perlu diambil segera. Mungkin dengan menarik balik lesen perniagaan.
  • Laman web atau majalah yang mungkin ada kecenderungan atau memberi ruang untuk mesej yang berbau homoseksual juga perlu dipantau dan tindakan yang wajar dikenakan.
  • Pihak berkuasa perlu melakukan operasi pencegahan maksiat homoseksual seperti yang lazimnya digerakkan untuk membanteras penagihan dadah terutama di pusat-pusat hiburan.
  • Kerajaan mesti bersikap tegas dan tidak terikut-ikut dengan negara Barat yang cenderung memberi kebebasan kepada amalan berkenaan.
  • Pihak berkenaan memantau artis atau pelakon yang menonjolkan watak-watak 'lembut' dan seumpamanya - kita tak kata semua yang lembut itu gay tetapi ramai yang terlibat dengan songsang adalah daripada kumpulan tersebut - kita tak mahu mereka ini ditonjol atau dijulang sebagai ikon.
  • Fenomena homoseksual ini yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia perlu ditangani dengan pantas dan tegas.

 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Surah At Tahrim: 6)

SIAPAKAH MAHARAJA HOMOSEKSUAL MALAYSIA??
LU PIKIAQ LA SENDIRI

No comments:

Post a Comment