Sunday, July 1, 2018

M 191: KESAH KLEPTOKRAT NASIONAL

KLEPTOKRAT  NASIONAL
Related image


Awal-awal lagi, aku declare bahawa maklumat dalam paparan ini adalah di salin dari sebuah BLOG bernama JEBATMUSTDIE. Terima kasih kepada penulis blog tersebut.

Saya memohon izin secara terbuka untuk menggunakan maklumat di dalam blog tersebut bagi memanjangkan maklumat ini kepada pemvaca blog saya. Kerana walaupun Kerajaan Malaysia telah bertukar tangan dari BN kepada PH. PM Najib telah berjaya dijatuhkan dari tahta PM.

Namun, ada terdapat sedikit bahasa, perkataan dan ayat dari blog tersebut yang aku ubahsuai mengikut kesesuaian.





Najib adalah Malaysian Official 1 (MO1)

Bahagian Pertama

Oleh kerana ramai dari kalangan menteri akhirnya terpaksa mengaku bahawa Najib Razak adalah MO1 (yang disebut dalam laporan oleh DOJUSA), maka kita ungkap kembali dokumen undang-undang yang mengaitkan Najib kepada skandal 1MDB. Ini penting kerana masih ramai rakyat Malaysia khususnya penyokong tegar UMNO dan BN yang tidak tahu (atau tidak mahu menerima) apakah implikasinya apabila Perdana Menteri Malaysia terbabit secara langsung di dalamnya. 

Apakah tindakan anda apabila mengetahui Najib adalah MO1?

Para pemimpin di pihak Kerajaan (termasuk ahli Jemaah Menteri, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Polis Negara) yang sudah mengaku bahawa Najib adalah MO1 tidak sedikit pun menafikan pembabitannya. Jika mereka menafikannya di hadapan media antarabangsa, mereka akan nampak kedunguan mereka di mata dunia. Mereka boleh menafikannya di hadapan rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli UMNO semasa perhimpunan atau ceramah. Malah mereka boleh mempengaruhi rakyat supaya menganggap kesah-kesah MO1 dan skandal 1MDB ini sebagai fitnah dan pembohongan. Namun, ia tidak mampu menafikan kebenaran yang terpampang di depan mata kita semua. 

Terdapat juga penyokong mereka percaya bahawa DOJ tidak ada integriti atau tidak jujur serta mempersoalkan mengapa nama Najib tidak disebut secara terus terang, dinamakan secara langsung ataupun dikenakan tindakan undang-undang? 

Penulis JEBATMUSTDIE mengulas lanjut perkara ini di dalam artikel yang seterusnya.

Di bawah adalah perenggan-perenggan yang melibatkan MO1. Tetapi sebelum itu, mari kita baca latar belakang mengenai kes penyelewengan terbesar di dalam sejarah dunia ini. Ulasan di dalam Bahasa Malaysia disertakan selepasnya.


untitled4


untitled5
untitled6
untitled7
untitled8

Secara ringkasnya, perenggan di atas merujuk kepada kes terbabit.

Pihak pendakwaraya Amerika Syarikat ingin merampas harta-harta yang datangnya dari wang yang diseleweng dari 1MDB. Pihak pendakwaraya ingin melucutkan hak pemilik harta-harta haram ini kerana ianya telah melanggar beberapa undang-undang anti pengubahan wang haram.

Terdapat beberapa harta dan pemilikan aset mewah di Amerika Syarikat, United Kingdom dan di Switzerland.

1MDB telah ditubuhkan untuk memacu kemajuan Malaysia dan rakyatnya melalui beberapa pelaburan dan projek-projek ekonomi yang kebanyakkannya dibiayai oleh hutang-hutang yang diambil.

Tetapi sejak penubuhannya dan selama 4 tahun selepas itu (2009 – 2013), beberapa individu termasuklah pegawai-pegawai kerajaan dan kroni mereka telah berkonspirasi untuk menyeleweng berbillion ringgit dari 1MDB. Ini telah dilakukan melalui pelbagai cara seperti menipu bank-bank luar negara dan seterusnya menggelapkan wang secara jenayah melalui institusi-institusi kewangan di Amerika Syarikat.

Wang haram yang telah digelapkan ini telah digunakan oleh ahli-ahli konspirasi dan ahli keluarga mereka untuk membeli aset-aset mewah di dalam Amerika Syarikat, membayar hutang-hutang perjudian di Las Vegas, membeli lukisan-lukisan mewah bernilai USD200 juta (RM820 juta), melabur jutaan ringgit di dalam projek pembangunan hartanah dan membiayai pembikinan filem-filem di Hollywood.

Syarikat 1MDB tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam pelaburan-pelaburan haram yang dibuat di atas dan akhirnya tidak mendapat sebarang keuntungan atau faedah di atas pelaburan tersebut.

Terdapat 3 peringkat di dalam aktiviti-aktiviti jenayah yang telah dilakukan:

Fasa ‘Good Star’ – di mana penipuan di dalam penyelewengan dana telah dilakukan seawal September 2009. Di antara tahun 2009 dan 2011, mereka di dalam 1MDB telah berpura-pura melakukan usahasama pelaburan dengan PetroSaudi International (PSI). Beberapa pegawai 1MDB telah menguruskan satu pindahan tidak sah wang berjumlah RM4.1 billion kepada sebuah akaun bank Swiss yang dimiliki oleh Good Star Limited. Para pegawai di 1MDB boleh melencongkan wang tersebut kepada akaun yang tidak ada kena mengena dengan 1MDB atau pun PSI dengan melampirkan maklumat palsu kepada bank-bank perantara. Maklumat palsu itu adalah berkenaan pemilikan Good Star bilamana pegawai-pegawai di 1MDB mengatakan ianya adalah milik PSI. Walau bagaimanapun, bukti menunjukkan ianya dipunyai oleh Jho Low. Jho Low adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak ada sebarang pangkat atau kerjaya di dalam 1MDB tetapi telah terlibat secara langsung di dalam penubuhannya. Jho Low telah mencuri lebih USD400 juta (RM1,640 juta) dari 1MDB dan telah membelanjakannya di dalam Amerika Syarikat untuk kepentingan diri sendiri dan kroni-kroninya.

Fasa ‘Aabar – BVI’ – Di dalam tahun 2012, para pegawai 1MDB telah menyeleweng dan mengalihkan wang secara haram sebahagian besar dari duit yang telah dikumpulkan melalui dua bon hutang yang telah dikeluarkan melalui bank Goldman Sachs. Hutang-hutang ini telah dijamin oleh 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi. Sebaik sahaja 1MDB menerima wang-wang tersebut, para pegawai di dalam 1MDB dengan segera memindahkan USD1.367 billion (RM5,505 juta) ke dalam sebuah akaun bank Swiss milik syarikat British Virgin Island bernama Aabar Investment PJS Limited (Aabar-BVI). Syarikat ini ditubuhkan dan dinamakan seakan-akan sama dengan Aabar Investment PJS (Aabar), sebuah anak syarikat IPIC yang sah. Padahal Aabar-BVI tidak ada kena mengena langsung dengan Aabar atau IPIC. Akaun bank Swiss milik Aabar-BVI telah digunapakai untuk menyeleweng wang bon 1MDB sebagai kegunaan peribadi para pegawai 1MDB, IPIC, Aabar dan kroni-kroni mereka. Antara dana-dana yang diselewengkan telah berakhir di dalam akaun bank di Singapura yang dimiliki oleh Eric Tan Kim Loong, rakan kepada Jho Low. Dana ini juga telah diagih-agihkan kepada para pegawai di 1MDB, IPIC dan juga Aabar untuk kepentingan peribadi mereka, dan bukan untuk 1MDB (rakyat Malaysia), IPIC dan Aabar.

Fasa ‘Tanore’ – Di dalam tahun 2013 pula, melalui penjualan bon hutang ketiga, para pegawai di 1MDB telah menyeleweng lagi wang berjumlah USD1.26 billion (RM5,166 juta) dari jumlah keseluruhan USD3 billion (RM12,300 juta) bon tersebut. Bon ini sepatutnya digunakan oleh 1MDB sebagai dana untuk menjana pelaburan usahasama dengan Aabar bernama Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC). Akan tetapi, setelah beberapa hari mendapat wang tersebut, 1MDB secara haram telah memindahkannya ke dalam akaun bank di Singapura milik Tanore Finance Corporation (Tanore). Eric Tan adalah pemilik kepada akaun ini. Syarikat Tanore tidak ada kena-mengena dengan 1MDB walau bagaimanapun, seorang pengarah 1MDB adalah penandatangan akaun tersebut. Dana milik 1MDB ini yang telah dicuri oleh para pegawai 1MDB kemudiannya digunapakai untuk tujuan peribadi oleh Jho Low dan kroni-kroninya, termasuklah para pegawai di 1MDB. 1MDB (rakyat Malaysia) dan ADMIC tidak mendapat sebarang keuntungan melalui transaksi ini.

Duit-duit yang diambil secara haram di dalam ketiga-tiga fasa di atas telah digelapkan melalui pelbagai transaksi yang rumit dan melalui pelbagai bank di Singapura, Luxembourg, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Wang haram berjumlah berbillion, yang asalnya datang dari 1MDB, kemudiannya telah digunakan untuk membeli aset-aset mewah. Oleh kerana semua aset-aset dibeli menggunakan wang haram maka Amerika Syarikat bertindak untuk merampas dan melucutkan hak pemilikan terhadap harta-harta ini kerana ia telah melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram.

Di bawah pula adalah bahagian pertama bukti-bukti penemuan yang membabitkan pelbagai pihak di dalam 1MDB.


untitled1
untitled2
untitled3


Secara ringkas, USD3.5 billion (RM14.35 billion) telah disonglap untuk membeli beberapa aset-aset mewah seperti barang-barang kemas dan lukisan, condominium mewah dan hartanah, membayar hutang-hutang judi, membayar ahli-ahli musik dan selebriti-selebriti terkenal untuk menghadiri majlis-majlis hiburan. Wang yang telah disonglap ini telah digunakan untuk membiayai kehidupan mewah para konspirasi serta kroni-kroni mereka dan ini tidak selari dengan objektif penubuhan 1MDB. Malang juga, 1MDB tidak menerima pulangan ke atas apa-apa pembelian dan pelaburan yang telah dibuat melalui wang yang telah dicuri itu.

1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan. Ia pada asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA) dan ditubuhkan dalam bulan Februari 2009. TIA telah mendapat bon berjumlah RM5 billion tidak lama selepas itu.

Jho Low ketika itu adalah penasihat kepada TIA. Ini boleh dibuktikan dengan email-email yang dikirim dan diterima di antara Jho Low, pengarah TIA dan pegawai-pegawai di dalam bank-bank yang terlibat.

Di dalam bulan Julai 2009, TIA bertukar nama menjadi 1MDB dan pemilikan wang dari bon tersebut berpindah ke tangan 1MDB. Kerajaan Malaysia juga adalah penjamin kepada bon berjumlah RM5 billion ini (wang bon ini yang diguna di dalam Fasa ‘Good Star’ di atas).

Kerajaan Malaysia mengawal 1MDB sepenuhnya berdasarkan dokumen-dokumen penubuhan 1MDB. Najib Razak pula mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan segala pelaburan, transaksi serta pelantikan dan pembuangan pengarah  dan pengurusan 1MDB.

Antara pemain-pemain penting di dalam skandal 1MDB di atas ialah Najib Razak, Riza Aziz dan Jho Low:

(1)   Riza Aziz adalah anak tiri kepada Najib Razak dan kawan rapat kepada Jho Low. Dia juga adalah pengasas Red Granite di dalam tahun 2010, sebuah syarikat yang mengeluarkan filem-filem di Hollywood. 

(2)   Jho Low pula adalah rakyat Malaysia yang menasihati TIA dan 1MDB walaupun tidak ada sebarang pangkat di dalam kedua-dua syarikat itu. kedua-dia mereka mengaku menjadi ahli perniagaan bertaraf jutawan melalui kegiatan-kegiatan yang halal.

(3)   Najib Razak  atau Malaysian Official 1 adalah Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 2009 yang juga adalah Pengerusi kepada Lembaga Penasihat 1MDB. Dia adalah bapa tiri kepada Riza Aziz. Dia juga adalah pegawai kerajaan (mengikut Seksyen 21 Kanun Keseksaan) selama mana penyelewengan 1MDB sedang berlaku. Dia juga mengaku tidak pernah menggunakan walau satu sen pun duit 1MDB untuk kegunaan peribadi.

Bahagian kedua

Bahagian kedua ini lebih ditujukan kepada tin-tin kosong di dalam UMNO Malaysia; yang lebih bising menyalak di tepi jalanraya tanpa menumpukan perkara yang lebih penting, iaitu kecurian wang rakyat berjumlah berbillion dollar dari 1MDB. Sila baca artikel bahagian pertama ini dahulu sebagai mukadimah kepada isu yang anda semua nampak seperti kurang pengetahuan.

Di bawah adalah sebahagian lagi dokumen dari siasatan FBI mengenai penyelewengan buruk yang dilakukan oleh kuncu-kuncu Najib Razak. Dan di dalam beberapa perenggan yang ditunjukkan di bawah, anda semua boleh saksikan bagaimana Najib Razak menerima wang berjuta-juta ringgit ke dalam akaun peribadinya melalui tindakan yang diambil oleh para pegawai bawahannya. Tidak ada penderma dari Arab. Penderma itu tidak wujud. Perlu ingat, para menteri kabinet tidak sedikit pun menafikan kertas penyiasatan ini. Mereka cuma berkata, ‘orang asing jangan cuba campurtangan hal ehwal pencuri di dalam Malaysia’. Ini kerana mereka semua akan nampak bodoh jika cuba menafikannya kerana bukti semua sudah tersedia.

Sila ikuti pembacaan di bawah. Ringkasan di dalam Bahasa Malaysia disediakan selepas itu kerana ada di dalam Pemuda UMNO yang tidak faham bahasa Inggeris walaupun ada yang berkelulusan dari Universiti-universiti yang hebat.

untitled1
untitled2
untitled3
untitled4


Secara ringkasnya, ia menceritakan tentang ‘pelaburan’ pertama yang dilakukan 1MDB setelah mendapat RM5 billion dari penjualan bon di dalam tahun 2009. Hutang ini dijamin oleh kerajaan Malaysia. Siapa yang mengetuai kerajaan Malaysia sekarang ini? Tidak lain tidak bukan, ianya Najib Razak. Rupanya lebih USD1 billion (RM4,100 juta) telah disonglap oleh penyamun-penyamun 1MDB melalui sebuah syarikat bernama Good Star Limited.

Transaksi berbillion ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan juga oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Nampaknya, ramai para pengarah 1MDB dan pegawai di BNM yang takut untuk menjalankan tugas dengan lebih amanah. Ramai di antara mereka yang membisu kerana kita semua tahu siapa yang paling berkuasa di dalam 1MDB dan yang boleh mempengaruhi BNM. Tidak mengapa, kebenaran telah diketahui ramai juga.

Berbalik kepada penyiasatan di atas, pada awalnya USD700 juta dimasukkan di dalam akaun Good Star di dalam bulan October 2009. Tetapi di antara bulan Mei hingga Oktober 2011, sebanyak USD330 juta dimasukkan lagi ke dalam Good Star. Perlu diingat bahawa syarikat Good Star adalah milik Jho Low dan dari maklumat terbaru yang diperolehi dari kes mahkamah di Singapura, wang berjumlah USD153 juta dari syarikat Good Star ini juga telah dimasukkan ke dalam akaun bapa Jho Low bernama Low Hock Peng:

untitled3


Bagaimana perasaan ahli-ahli UMNO apabila duit rakyat berjumlah USD153 juta (RM627 juta) diberi kepada bapa kepada penyamun bernama Jho Low? Adakah Pemuda UMNO sekarang melindungi Jho Low sekeluarga? Kenapa menikus seribu bahasa? Adakah berbaloi perjuangan mempertahankan pencuri ini?

Dari berita-berita yang disogokkan oleh kerajaan kepada kita, 1MDB telah bertegas bahawa Good Star adalah milik syarikat Petrosaudi. Tetapi Tuhan itu maha adil dan nampak segalanya. Kebenaran telah terburai. Dengan mudah dunia semua mengetahui bahawa satu-satunya pengarah dan pemilik Good Star adalah Jho Low. Siasatan yang dibuat oleh DOJ, telah memecahkan tembelang pihak 1MDB. Pada waktu Good Star ditubuhkan, Jho Low baru sahaja berumur 29 tahun dan secara rasminya tidak ada apa-apa pangkat di dalam 1MDB.

Tetapi semasa menyuarat lembaga pengarah 1MDB di dalam bulan September 2009, Jho Low hadir di dalam mesyuarat tersebut dan telah bercakap dengan Najib Razak sebelum mesyuarat bermula. Minit mesyuarat mendapati bahawa lembaga pengarah 1MDB telah bersetuju untuk memasukkan sejumlah USD1 billion ke dalam syarikat usahasama Petrosaudi-1MDB.

Dan akhirnya, seperti yang diketahui umum, duit itu masuk ke dalam akaun Good Star.

Di bawah pula adalah bukti bahawa sebahagian besar dari wang 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star, berakhir di merata tempat, termasukkan ke dalam akaun Najib Razak! Apa Pemuda UMNO mahu buat? Buat-buat bodoh kah? Apa guna belajar tinggi-tinggi hingga ke Imperial College kalau tidak faham Bahasa Inggeris? Di manakah penderma budiman Arab yang digembar-gemburkan sebagai penderma kepada Najib? Adakah Jho Low sebenarnya orang Arab? Adakah Good Star sebuah syarikat Arab Saudi? Yang ada cuma seorang putera Arab bernama Prince Turki yang dikudakan untuk menjadi orang tengah kepada pengaliran wang 1MDB kepada Petrosaudi dan Good Star. Dalam masa yang sama Prince Turki juga diberi berjuta-juta ringgit dengan menggunakan duit 1MDB (duit rakyat)! Rupa-rupanya, rakyat Malaysia yang menderma berjuta-juta kepada seorang putera Arab!

Kita dikejutkan dengan kes RM2.6 billion berada di dalam akaun Najib. Itu berlaku di dalam tahun 2013. Tetapi beberapa tahun sebelum itu, berjuta-juta wang telah dimasukkan ke dalam akaunnya. Kes penyelewengan duit rakyat ini bukan sahaja berlaku di dalam tahun 2013 atau 2014. Ianya telah berlaku lebih awal dari itu lagi!

Bukti yang tertera di dalam dokumen di bawah menunjukkan wang USD24.5 juta telah dikeluarkan dari Good Star dan diberi kepada putera Arab tersebut. Dan dari USD24.5 juta tersebut, sebanyak USD20 juta (RM82 juta) telah dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam akaun Najib. Dia terus menjadi jutawan sekelip mata!

Sebab itu agensi penyiasatan USA melabelkan kepimpinan kerajaan kita sebagai ‘kleptokrasi’! Malangnya, ini baru sahaja penyelewengan peringkat pertama. Ada banyak lagi penyelewengan wang yang dilakukan oleh 1MDB selepas ini.


untitled5
 untitled6


Dalam pada masa yang sama, Jho Low telah secara keseluruhan mencuri USD368 juta (RM1.5 billion) dari 1MDB melalui syarikat Good Star milik peribadinya. Duit itu sepatutnya digunakan untuk projek pelaburan usahasama Petrosaudi-1MDB. Tetapi ternyata projek itu hanya untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Apakah kejayaan besar projek tersebut? Tidak ada. Manakala itu, bukti yang diperolehi mendapati Jho Low mengeluarkan sebanyak 11 kali wang dari bulan Oktober 2009 hingga Oktober 2010. Jumlah kecurian – USD368 juta. Sila lihat jadual di bawah:

untitled7
untitled8
untitled9


Wang berbillion ini lah yang digunakan oleh Jho Low untuk membeli harta-harta mewah seperti kapal layarnya, membeli rumah-rumah mewah, membayar hutang-hutang berjudi di Las Vegas, membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit, dan bermacam-macam lagi.

Rakyat Malaysia bagaimanapun, terpaksa menampung kos sara hidup yang makin tinggi, dan membayar barangan yang ditarik subsidi dan membayar GST. Tetapi rakan UMNO bernama Jho Low hidup bermewah-mewah menggunakan wang rakyat yang dicuri. Syabas UMNO kerana hidup anda ternyata hanya untuk memberi kesenangan kepada pencuri bernama Jho Low dan keldai-keldai tunggangannya di dalam UMNO. Macam ini kah perangai kerajaan yang berhemah dan bagus untuk kesejahteraan rakyat?

Soalan penting, bila Najib hendak mengaku secara jujur dia itu Malaysian Official 1?


Cerita sebenar bagaimana RM2.6 billion masuk akaun Najib Razak

Di dalam bahagian pertama, kita telah meneliti asal usul dan latarbelakang kertas penyiasatan dari pejabat peguam Amerika Syarikat yang telah menamakan anak tiri Malaysian Official 1 dan kuncu-kuncunya sebagai memiliki pelbagai aset yang telah dibeli secara haram menggunakan wang 1MDB. Kertas penyiasatan itu juga telah menyatakan bahawa Malaysian Official 1 telah menerima secara haram duit berbillion-billion wang dari 1MDB. Dan semua sudah tahu, malah menteri pun telah mengaku bahawa Malaysian Official 1 adalah Najib Razak.

Di dalam bahagian kedua, kita telah melihat bukti-bukti yang disediakan yang menunjukkan Jho Low sewenang-wenangnya menggunakan wang 1MDB untuk berbelanja dan membeli aset-aset peribadi yang bernilai berjuta-juta dollar Amerika. Mengikut kertas siasatan tersebut, ini semua dapat dilakukan kerana mendapat restu dari Malaysian Official 1 sendiri.

Di dalam bahagian ketiga ini, kita akan melihat tatacara bagaimana Najib Razak dapat menggelapkan wang dari 1MDB yang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadinya. Ini semua diterangkan secara teliti oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat. Terpampang jelas di situ tanpa diselindung. Oleh kerana Kerajaan kita adalah kerajaan yang tidak tahu malu kerana kulit sudah tebal dilitupi najis, tidak sedikit pun Kerajaan ini menghantar surat saman kepada Amerika Syarikat untuk menyaman mereka kerana ‘memfitnah’ pemimpin agung, ketua kabilah amirul mukminin Najib Razak yang lagi suci dan bersih tanpa was-was.

Lupakanlah niat Najib untuk menyaman Wall Street Journal sejak hari Selasa di dalam bulan Julai tahun lepas. Orang yang bersalah mana mungkin akan menidakkan kertas siasatan tersebut. Cuma berani di depan macainya sahaja. “Saya mana pernah guna satu sen pun duit 1MDB untuk tujuan peribadi!” kata Najib. Dan macai pun mengangguk seperti lembu terhisap candu.

Pelik sungguh dengan Perdana Menteri kita ini. Di hadapan pengampunya, dia mengatakan bahawa Amerika Syarikat berniat jahat untuk menjatuhkannya. Tetapi di hadapan rakyat keseluruhan, dia memuji-muji Barack Obama dan terkini membodek Donald Trump. Belum pernah Perdana Menteri Malaysia menjilat kaki seorang Presiden Amerika Syarikat begitu rupa sebelum ini. Taktik meminta nyawa ini kelihatan amat jelek. Tetapi ahli-ahli parti UMNO Najib sudah buta hati dan turut serta memuji-muji Najib dan Donald Trump apabila mengetahui bahawa mereka berdua pernah bermain golf bersama-sama.

Tanpa basa-basi, di bawah adalah hasil siasatan dari pelbagai pihak luar negara tentang penyelewengan wang rakyat di dalam 1MDB. Ianya di dalam Bahasa Malaysia oleh itu, tidak sukar difahami oleh mereka seperti Jamal Baju Merah atau pun Pemuda UMNO.

1  

2  

3  
4  

4  


5  

Tiada penderma dari kerabat diraja Arab Saudi. Yang ada cuma dua orang cina bernama Tan dan Jho Low  
6  


7  

8  

9  


Tiada penderma dari kerabat diraja Arab Saudi. Yang ada cuma dua orang cina bernama Eric Tan dan Jho Low yang memiliki akaun di Tanore dan BSI.

Kesimpulannya, tidak ada penderma dari Raja Arab Saudi dan tidak ada bukti bahawa duit yang di ambil bukan dari 1MDB. Malah Najib sesungguhnya nampak bersalah kerana menyeleweng berbillion-billion dana dari Syarikat 1MDB dengan pertolongan kuncu-kuncunya.

Adakah ini contoh pemimpin Melayu yang bagus? Yang memecat atau memindahkan sesiapa sahaja yang mengkritik dan menyiasatnya?


https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/10/31/bahagian-pertama-najib-adalah-malaysian-official-1-mo1/




Kronologi Kes 1MDB
WARTAWAN SINAR HARIAN 19 MEI 2018

5 Januari 2015

Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman dilaporkan telah meletakkan jawatan serta-merta.

Tempatnya diganti oleh pegawai bank Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kandasamy.

7 Mac 2015

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu 1MDB memandang serius dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat itu terutama di media sosial.

Menurutnya, bagi membersihkan nama 1MDB, tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

13 Mac 2015

Syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi International (PSI) menolak kritikan dalam talian yang tidak tepat mengenai syarikat pembangunan strategik Malaysia yang pernah menjalin usaha sama dengannya, 1MDB.

24 Mei 2015

Sebuah pasukan petugas khas perlu dibentuk bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai dakwaan dan tohmahan berkaitan 1MDB.

Anggota pasukan itu perlu dianggotai oleh kesemua agensi penguat kuasa termasuk SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia serta Jabatan Audit Negara.

3 Jun 2015

Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB bagi meneliti sama ada berlaku sebarang pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang bank pusat.

18 Jun 2015

Semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1MDB telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia, kata 1MDB.

24 Jun 2015

Seorang bekas pekerja PetroSaudi International yang didakwa banyak membocorkan maklumat berkaitan urus niaga syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu dengan 1MBD ditahan di Thailand.

3 Julai 2015

1MDB menafikan dakwaan media asing kononnya ada sejumlah wang tertentu yang disalurkan dari akaun berkaitan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

9 Mei 2016

1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar AS susulan keingkaran ke atas nota US$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).

21 Julai 2016

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang difailkan di Los Angeles.

Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana 1MDB.

16 Jun 2017

1MDB menyifatkan tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan penyelewengan dana syarikat itu.

24 Jun 2017

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengakui menguruskan kes 1MDB adalah antara tugas yang paling mencabar dalam kariernya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau menyedari banyak pihak menaruh harapan tinggi kepada BNM. Bagaimanapun, katanya, BNM tiada kuasa untuk mendakwa.

29 Jun 2017

Penajaan Program Khas Perdana Menteri - Yayasan 1MDB yang melibatkan lebih RM56 juta sejak 2011, memberi manfaat kepada 5,711 orang di seluruh negara.

1 Ogos 2017

1MDB dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.

1 Ogos 2017

1MDB telah memaklumkan secara bertulis kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) mengenai pembayaran yang dijadualkan pada 31 Julai 2017 sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana sewajarnya.

1MDB berkata, kesemua bayaran kepada pihak IPIC itu akan menggunakan wang yang dikumpul menerusi pelan rasionalisasi 1MDB.

7 Ogos 2017

Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1MDB. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

8 Ogos 2017

1MDB telah diberi lanjutan tempoh bagi menyelesaikan isu pembayaran dengan pihak International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

21 September 2017

Siasatan terhadap skandal 1MDB selesai selepas tiga bulan tempoh Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada sebarang perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.

26 Oktober 2017

1MDB menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya menghentikan perbuatan mengelirukan rakyat mengenai syarikat itu dan sebaliknya akur bahawa tindakan tidak patriotik pihak pembangkang melakukan sabotaj ekonomi terhadap 1MDB bagi kepentingan politik sendiri, telah pun gagal.

31 Oktober 2017

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 1MDB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.

1 November 2017

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan selanjutnya dari Pejabat Peguam Negara berhubung siasatan kes pelaburan 1MDB.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata, kertas siasatan berhubung kes 1MDB telah kita terima daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

1 November 2017

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata siasatan lanjut terhadap 1MDB perlu dilakukan berikutan kekurangan bukti dalam beberapa perkara tertentu.

27 November 2017

Krisis yang melanda 1MDB tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi Malaysia. Kementerian Kewangan berkata, sebaliknya, isu melanda syarikat tersebut hanya memberi impak yang rendah terhadap kedudukan ekonomi negara, dengan program rasionalisasi syarikat itu sedang berjalan baik.

27 Disember 2017

1MDB telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir 31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).

1MDB berkata, pembayaran itu adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

9 Januari 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat pelaburan 1MDB gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang dikemukakan Gerakan Anak Muda Tolak MO1/Najib (GANT1) berhubung pembayaran pinjaman jaminan bon berjumlah RM35 billion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).

28 Februari 2018

Indonesia, merampas sebuah kapal mewah di Pulau Bali yang sebelum ini dicari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

7 Mac 2018

Kerajaan Malaysia didakwa menyuntik dana RM2 bilion yang diambil secara hutang ke dalam projek 1MDB yang dinamakan The Exchange 106.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, kerajaan melalui anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang bernama MKD Signature Sdn Bhd telah menyuntik RM2 bilion dalam projek pembangunan 1MDB ini.

12 Mac 2018

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak-PKR) mengambil langkah menyelesaikan isu air di Selangor yang disifatkan kritikal berikutan Menteri Besar Selangor itu cuba mengaitkan pembayaran faedah hutang negara dengan 1MDB. 

13 Mac 2018

Ahli Parlimen DAP mempersoal tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun yang didakwa ‘menyimpan’ dokumen yang dikemukakan Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan perkaitan antara Jho Low dan 1MDB.

21 Mac 2018

Semua maklumat berkaitan 1MDB yang tidak dimasukkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dikategorikan sebagai berita palsu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pihak berkuasa sudah menyiasat 1MDB dan maklumat tidak disahkan pihak berkuasa negara ini berkaitan dengan syarikat kontroversi itu ialah berita palsu.

23 Mac 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa laporan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuat kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

5 Mei 2018

1MDB tidak pernah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

11 Mei 2018

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan disiasat kerana didakwa menyembunyikan bukti mengenai salah laku dalam siasatan kes 1MDB. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas itu kerajaan akan meneliti hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

12 Mei 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, laporan audit 1MDB bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mahathir berkata, beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

17 Mei 2018

1MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.

Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan Pengauditan 1MDB yang baharu dikeluarkan.


Jawapan Najib ke atas 10 soalan PANAS

Temuramah pada 21 Jun 2018. Ini merupakan antara soalan yang telah ditanyakan dan juga reaksi serta jawapan Najib mengenai isu tersebut:

1. Mengapa sebelum ini Najib tidak banyak mengulas tentang dakwaan mengenai 1MDB?

“Semua perkara ini berlaku di luar Malaysia, ada beberapa ramalan antarabangsa jika saya katakan, kerana saya akan memetik nama beberapa tokoh terkemuka yang mungkin menjejaskan hubungan diplomatik dengan mereka," kata Najib.

2. Adakah benar anak tiri Najib menggunakan dana 1MDB untuk menghasilkan filem?

Najib juga menjelaskan bahawa, “Saya ingin membuat rekod bahawa Riza melakukannya dengan baik. Filem terbitannya pecah panggung dan mendapat kutipan sehingga AS$800 juta."

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak perlu bimbang tentang perkara tersebut kerana ianya menguntungkan. Namun, Najib menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan berhubung pembiayaan filem berkenaan.

3. Dakwaan mengenai wang AS$681 juta yang dipindahkan ke akaun peribadi Najib pada tahun 2013

Najib mengulas dakwaan ini dengan berkata, “Pada (PRU-14) lalu, saya tidak mahu menerima sebarang pembiayaan daripada syarikat kerana mereka akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Jika saya mempunyai sumber dana sendiri, saya boleh membiayai pilihan raya dan saya boleh melakukan banyak CSR (tanggungjawab sosial korporat) tanpa kerja yang diwajibkan kepada sesiapa saja.

Beliau berkata sebenarnya itu merupakan niat sebenar beliau.

4. Kes mengenai Jho Low yang dibiayai oleh Malaysia

Mengulas dakwaan mengenai Jho Low, Najib berkata bahawa pihak beliau tidak dapat mengawal apa yang dilakukannya dan beliau juga tidak dapat menghakimi. Namun, ada perkara tertentu yang mungkin dilakukan atau mungkin tidak dilakukan.

Beliau mengatakan bahawa siasatan perlu diteruskan dan jika sesiapa didapati menyalahi undang-undang, proses perundangan perlu dilakukan.

Najib juga menjelaskan bahawa, “Dia tidak bekerja bagi pihak saya. Semua barangan miliknya dia tidak pernah membabitkan nama saya, tetapi dia mengatakan dia bertindak untuk orang lain.”

Ketika ditanya Jho Low bekerja untuk siapa, Najib berkata, “Anda perlu bertanya kepadanya sendiri.”

5. Tentang barang kemas termasuk set berlian merah jambu untuk isterinya, Rosmah Mansor

Menurut laporan, Najib memberitahu bahawa beliau tidak tahu sumber sebenar dana untuk semua barangan ini datangnya dari mana. Namun, beliau tahu ketika bertanyakan kepada isterinya, Rosmah yang menjelaskan bahawa ianya merupakan barangan yang sepatutnya menjadi hadiah buatnya dan dia tidak pernah menerimanya.

6. Dakwaan mengenai skandal 1MDB

Najib ketika ditemui berkata, “Saya tidak mendapat manfaat daripada 1MDB kerana saya percaya 1MDB ditubuhkan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk negara. Jika saya tahu akan ada penyelewengan dana, pastinya saya akan bertindak.”

Adakah menyalahkan ahli lembaga 1MDB untuk masalah dana itu?

“Tidak. Saya katakan sebagai prinsip umum, jika mereka tahu bahawa sesuatu tidak betul, maka adalah kewajipan mereka untuk memberitahu saya. Ia adalah kewajipan ahli lembaga dan pihak pengurusan untuk melakukan sesuatu yang dirasakan betul dan mengikut undang-undang," kata Najib menurut laporan yang dipetik oleh Harian Metro.

7. Dakwaan mengenai wang tunai RM114 juta yang dirampas daripada Najib

Menurut laporan Harian Metro, dakwaan mengenai kes ini ditegaskan oleh Najib sendiri bahawa ianya merupakan sumbangan yang betul. Serbuan itu berlaku 2 hari selepas PRU14 berlangsung.

Malah, menurutnya sebagai presiden parti, Najib terpaksa bersiap sedia untuk pilihan raya kerana ianya sangat berharga baginya. Namun, disebabkan sumbangan tersebut dibuat secara tunai pada pilihan raya, cek tidak dihantar ketika hari pilihan raya tersebut kerana orang mahu wang tunai untuk membayar perkara yang sepatutnya.

8. Pilihan raya umum ke-14

Najib menjelaskan bahawa, “Saya melihat sebahagian daripadanya datang, saya tidak menjangkakan ia menjadi bencana seperti ini, walaupun saya mungkin boleh kehilangan beberapa kerusi, tetapi saya tidak mengharapkan kejadian seperti ini, hasilnya yang teruk.

“Ia pengalaman yang membuatkan kami semua trauma dan anda boleh bayangkan, untuk sebuah parti yang ditubuhkan selama lebih 60 tahun. Sejarah Malaysia pada dasarnya adalah sejarah UMNO dan Barisan Nasional," jelasnya.

Najib juga mengatakan bahawa parti pembangkang datang dengan tuduhan yang begitu menakutkan untuk memfitnah dirinya serta kerajaan Barisan Nasional. Ujarnya lagi, malangnya selepas tempoh masa, perkara itu mengubah pandangan umum terhadap BN.

9. Mengulas tentang Perdana Menteri Malaysia yang terbaru iaitu Tun Mahathir

Najib mengatakan bahawa Tun Mahathir tahu tentang Barisan Nasional, tahu tentang perkhidmatan awam. Malah, Tun Mahathir juga tahu segalanya tentang sistem supaya boleh beroperasi dari dalam sehingga mempunyai kelebihan yang berbeza.

Najib juga turut menyuarakan bahawa, "Dia cukup pandai meringkaskan segala-galanya dengan istilah sangat mudah dan mengulang kisah sama, perkara yang sama berulang kali. Satu lagi perkara yang saya rasa dengan cara tidak baik, adalah kita tidak kalah kepada agenda utama."

10. Kes pembunuhan model dari Mongolia iaitu Altantuya Shaariibuu

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Kini, Najib sekali lagi menegaskan bahawa tidak pernah mengenali wanita Mongolia yang dibunuh dua anggota unit elit polis suatu ketika dulu iaitu Altantuya Shaariibuu.

Malah, menurutnya tiada rekod atau gambar dan saksi yang mengatakan bahawa dirinya pernah mengenali wanita itu. Ianya juga tertakluk kepada percubaan yang sepatutnya dan beliau mengatakan bahawa namanya tidak terkait ketika perbicaraan.


Najib juga bersumpah dalam masjid atas nama Allah SWT bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes pembunuhan itu.

http://says.com/my/seismik/soalan-perihal-peribadi-dan-negara-najib


SAMBUNGAN KRONOLOGI:


18 Mei 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir ke pejabat SPRM, Selasa berikutnya bagi membantu siasatan berhubung skandal SRC International.

21 Mei 2018

Pasukan Khas bagi menyiasat skandal berkaitan 1MDB yang baru diumumkan penubuhannya bertemu pertama kali di Menara Ilham, di sini.

22 Mei 2018

Najib tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.

23 Mei 2018

Najib dikehendaki hadir untuk kali kedua di ibu pejabat SPRM pada 10 pagi keesokannya bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata keterangan Ahli Parlimen Pekan itu perlu dirakam untuk membantu siasatan kes.

24 Mei 2018

Selesai. Najib memaklumkan sesi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd telah selesai.

24 Mei 2018

Sekali lagi, Najib tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 9.45 pagi untuk menyambung keterangannya dalam siasatan dijalankan badan anti rasuah itu berhubung anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

5 Jun 2018

Pasukan guaman yang mewakili bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk berhenti mewakilinya yang berdepan dakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

5 Jun 2018

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke ibu pejabat SPRM pada 10.40 pagi, bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.

21 Jun 2018

Tun Dr Mahathir menggelar Najib penipu selepas dakwaannya mengatakan tidak tahu wang daripada 1MDB yang muncul dalam akaun peribadinya.

25 Jun 2018

Menurut Tun Dr Mahathir, SPRM mengesahkan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Najib sekiranya mereka menemui bukti kukuh untuk mendakwanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung tahanan reman dikenakan terhadap bekas pegawai khas Najib bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1MDB.

27 Jun 2018

Najib dan isterinya akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan berhubung siasatan skandal 1MDB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, polis akan meneruskan siasatan ke atas kedua-dua mereka.

3 Julai 2018

Kemuncaknya, Najib ditahan sepasukan pegawai SPRM di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta.

Difahamkan, Najib dibawa ke Ibu Pejabat SPRM untuk siasatan berkaitan siasatan 1MDB dan SRC International.



Najib berdepan 4 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa
Diterbitkan pada Julai 04, 2018 10:24 MYT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.

Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, Najib selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri  dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan didenda.

Bagi tuduhan rasuah pula, bekas Perdana Menteri itu didakwa menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International.

Tuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Najib kerana kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Terdahulu Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris dan mengemukakan keizinan mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Kesemua tuduhan bagaimanapun dibacakan dalam bahasa Malaysia.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas yang dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan yang dibantu oleh lima peguam Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali pada 22 dan 24 Mei lalu untuk direkodkan keterangan berhubung kes berkenaan.

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. 


Najib berhadapan pertuduhan tambahan
Rabu, 8 Ogos 2018 | 9:27am

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram dan sebutan kes pecah amanah serta menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas perdana menteri itu diiringi dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman, pada jam 8.50 pagi.

Beliau yang berkot kelabu senyum dan melambai kepada wartawan dan jurugambar.

Ketibaan Najib turut diiringi peguam pemerhati, Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K Kumaraendran.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tiba 10 minit kemudian.

Najib dijangka akan didakwa dengan tiga lagi tuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen pagi ini, kali ini membabitkan kesalahan pengubahan wang haram.

Tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiagaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebutan kes pecah amanah dan salah guna jawatan yang dihadapi beliau turut ditetapkan sebutan pada hari ini di Mahkamah Tinggi.


Najib kena 25 pertuduhan berkaitan dana 1MDB
Ho Kit Yen - September 20, 2018 4:52 PM

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dikenakan 25 pertuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung dakwaan pemindahan ratusan juta dolar ke akaun bank miliknya daripada 1MDB.

Dia didakwa dengan 21 pertuduhan pengubahan wang kerana memindahkan dana haram ke akaun bank miliknya dan kemudian menggunakannya.

Dia dikatakan menerima dan menggunakan wang haram semasa tempoh jawatan perdana menteri antara 2011 dan 2014.

Dia juga dituduh menyalahgunakan kuasa dalam 4 lagi pertuduhan bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia dituduh menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM60.63 juta, RM90.9 juta, RM2.08 bilion dan RM49.93 juta antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Dalam 4 pertuduhan itu, dia dikatakan menerima wang itu sebelum pilihan raya umum ke-13 pada 2013 dan kemudian menggunakannya.

Semua pertuduhan itu mengambil masa 35 minit untuk dibacakan kepadanya.

Najib minta dibicarakan untuk semua 25 pertuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, yang bersetuju dengan permintaan pendakwaraya yang mahu semua pertuduhan dibicarakan bersekali.

Sementara itu peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya akan memohon kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan pendakwaraya Akram Garib minta ikat jamin ditetapkan pada RM5 juta jika mahkamah tidak bersetuju untuk menafikan ikat jamin.

Beliau berkata pendakwaraya membantah ikat jamin kerana kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) tidak boleh diikat jamin mengikut Kanun Tatacara Jenayah.

Pertuduhan terbaru berkaitan 1MDB itu selepas Najib minggu lepas mendedahkan butiran tentang bagaimana dia menerima sumbangan AS$100 juta daripada Raja Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud pada 2011.

Beliau membuat pendedahan itu untuk membersihkan namanya daripada pelbagai dakwaan dan kenyaaan fitnah oleh mereka yang menuduhnya mengubah wang.

Pada Julai, Najib dituduh dengan 3 pertuduhan pecah amanah berhubung pemindahan RM42 juta ke akaun bank miliknya daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Beliau dikatakan telah memindahkan RM27 juta, RM5 juta, dan RM10 juta daripada SRC International ke akaun AmBank miliknya antara Disember 2014 hingga Mac 2015.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.

Tiga lagi pertuduhan bawah undang-undang pengubahan wang difailkan terhadapnya bulan lepas berkaitan pemindahan RM42 juta itu.

Dia dituduh menerima wang secara haram dalam transye RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta ke akaun AmBank miliknya.







BERITA LANJUT

SPRM dedah 41 penama penerima wang 1MDB
NINA FAZUIN SHARUM
21 Jun 2019

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita telah mengenal pasti 41 sama ada individu atau entiti yang telah dijadikan responden dalam permohonan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan bermula pada 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai.

“41 responden yang disenaraikan termasuklah daripada pihak-pihak berkaitan parti UMNO yang melibatkan nilai RM212 juta dan selebihnya adalah yayasan-yayasan, syarikat-syarikat dan sebagainya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jumlah permohonan lucut harta bernilai RM270 juta itu adalah jumlah terbesar sekaligus menjadi sejarah bagi kes AMLA di negara ini sehingga kini.

“Semua responden yang disaman ini telah didapati melanggar undang-undang kerana menerima wang daripada akaun Najib,” katanya.

Pada masa sama, Latheefa menjelaskan bahawa, Najib dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low tidak disenaraikan dalam permohonan lucut hak itu.

“Bagi kes saman ini, semua responden tidak melibatkan warga asing dan hanya individu tempatan.

“Tapi kami percaya selepas fail saman ini lebih banyak lagi responden akan dikesan dalam jejak wang ini. Semua wang responden yang berjaya diperolehi kelak akan diserahkan semula kepada kerajaan,” katanya.

Berikut merupakan senarai 41 penama yang didedahkan SPRM:

1.Ibrahim Awang Ismail
2.Kasitah Gaddam
3.Ismail Abd Muttalib
4.Hasan Malek
5.Sim Sai Hoon
6.Abdul Manan Ismail
7.Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)
8.Akademi Pemuda
9.Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Sabah
10.Yayasan Permata Malaysia
11.Yayasan Tun Hussein Onn
12.UMNO Kelantan
13.UMNO Bahagian Pekan
14.Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
15.MCA Pahang
16.Sarawak United People’s Party (SUPP), Sarawak.
17.Wanita MCA
18.Liberal Democratic Party (LDP), Sabah 
19.Yayasan PBAKM
20.Binsabi Sdn Bhd
21.Rayhar Travels Sdn Bhd
22.K&Z Enterprise Sdn Bhd
23.IPG Mediabrands Sdn Bhd
24.Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
25.Hattatex Trading
26.Jakel Trading
27.Jakel Trading Sdn Bhd
28.Perano Sdn Bhd
29.AGA Touch (M) Sdn Bhd
30.Habib Jewels Sdn Bhd
31.Naza Quest Auto Snd Bhd
32.UMNO Selangor
33.UMNO Pahang
34.UMNO Kedah
35.UMNO Johor
36.Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru
37.UMNO Sabah
38.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
39.Bustari Yusuf
40.Yayasan Penyelidikan Transformasi
41.Yayasan Rahah

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33633/BERITA/Nasional/SPRM-dedah-41-penama-penerima-wang-1MDB
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 SPRM keluar notis kompaun kepada 80 individu, entiti
AHMAD ISMADI ISMAIL
7 Oktober 2019

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu, parti politik, syarikat dan badan organisasi yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara individu yang menerima notis kompaun itu adalah adik bekas Perdana Menteri, Datuk Nazir Razak; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah keseluruhan dana tersebut adalah RM420 juta dengan purata individu terbabit menerima wang serendah RM500,000 sehingga RM25 juta sementara entiti terlibat menerima wang sehingga RM134 juta.

"Kita mengeluarkan notis kompaun mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 kepada nama terlibat. Mereka perlu membayar kompaun yang boleh mencecah 2.5 kali ganda jumlah diterima," katanya pada sidang media di sini di sini hari ini.

Latheefa berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan berharap mereka yang menerima notis memandang serius untuk membayar kompaun berkenaan.

"Kita beri tempoh dua minggu kepada semua pihak itu untuk menjelaskan kompaun berkenaan," katanya.

Senarai penerima kompaun di bawah Seksyen 92 (1) AMLATFPUAA 2001:

Syarikat

1. Solar Shine Sdn Bhd
2. Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd
3. Zeal Hi-Tech Solutions Sdn Bhd
4. Media Link Direct
5. Red Bag Industry Sdn Bhd
6. Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd
7. Theora Niaga
8. Transformasi Kreatif
9. Cape Glory Sdn Bhd
10. Warisan Research PLT
11. Vital Spire Sdn Bhd
12. Qalif Umar Creative
13.Alpha Theora Sdn Bhd
14. Mashi Publications Sdn Bhd
15. Decision Advisors (M) Sdn Bhd
16. D’Khairan Sdn Bhd
17. Angeliva Corporation Sdn Bhd
18. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd
19. Fanisa Consultancy & Services
20. Airmarine (Malaysia) Sdn Bhd
21. Virtual Palace Sdn Bhd
22. Salt Media Consultancy Sdn Bhd
23. Cense Media Sdn Bhd.

Individu

1. Mohd Nazir Abdul Razak
2. Mustafa Osman
3. Dato Hanafi Ahmad
4. Soong Fui Kiun
5. Lim Soon Peng
6. Dato Mohamad Fatmi Che Salleh
7. Datuk Ahmad Maslan
8. Dato Sulaiman Aris
9. Shahir Abdul Samad

Parti politik

1. Puteri UMNO Malaysia
2. Wanita UMNO Malaysia
3. Puteri UMNO Selangor
4. UMNO Bahagian Sepang
5. UMNO Bahagian Tun Razak
6. UMNO Bahagian Batu
7. UMNO Bahagian Johor Bahru
8. UMNO Bahagian Labis
9. UMNO Bahagian Bakri
10. UMNO Bahagian Kuantan
11. UMNO Bahagian Indera Mahkota
12. Wanita UMNO Bahagian Pekan
13. Pemuda UMNO Bahagian Pekan
14. UMNO Bahagian Jerantut
15. UMNO Bahagian Maran
16. UMNO Bahagian Lipis
17. Badan Perhubungan UMNO Perak
18. UMNO Bahagian Taiping
19. UMNO Bahagian Bagan Serai
20. Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang
21. UMNO Bahagian Batu Kawan
22. Badan Perhubungan Wanita UMNO Sabah
23. UMNO Bahagian Machang
24. BN Selangor
25. Wanita BN Selangor
26. BN Bandar Tun Razak
27. BN Parlimen Maran
28. Pusat Khidmat BN Parlimen Taiping
29. Ibu Pejabat MIC
30. Malaysian Indi Congress
31. Puteri MIC
32. Indian Progressive Front (IPF), Baling
33. MIC Kedah State Liasion Committee
34. MCA Selangor Liason Committee
35. MCA Kedah Liason Committee
36. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ulu Selangor
37. Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai
38. Pusat Penyelaras Bahagian Teluk Intan
39. Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Negeri Terengganu
40. Parti Rakyat Sarawak
41. Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Kedah
42. People’s Progressive Party (MyPPP) Negeri Kedah
43. PPP Wilayah Persekutuan

Badan organisasi

1. Mascom Communcations
2. Koperasi Belia 1Malaysia Wilayah Persekutuan Berhad
3. IPF Building Fund
4. Badan Rekreasi dan Komuniti Pengerang
5. PG Research Division

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/50901/BERITA/Nasional/1MDB-SPRM-keluar-notis-kompaun-kepada-80-individu-entiti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf