Tuesday, February 3, 2015

MTA 022 : KESULTANAN JOHOR MODEN


KESULTANAN JOHOR MODEN

MUQADIMAH

Secara amnya, Kesultanan Johor mempunyai tiga zaman dari 3 salasilah (keturunan). 

SALASILAH SULTAN MAHMUD SHAH (SULTAN MELAKA TERAKHIR). Zaman pertama Kesultanan Johor menagandungi 9 orang Sultan adalah dari salasilah Sultan Melaka yang terakhir, iaitu Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah yang melarikan diri ke Muar, Johor setelah Melaka ditawan oleh Portugis. Anakanda Sultan Mahmud ini telah memulakan Kesultanan Johor yang memerintah Johor dari tahun 1528 hingga 1699, iaitu selama 171 tahun. Sultan terakhir salasilah ini ialah Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama (Bentan) pada 3 Sep 1699. Almarhum Sultan Mahmud Shah II  juga terkenal dengan gelaran Sultan Mahmud Mangkat Dijulang mangkat tanpa meninggalkan waris.  Maka, Bendahara Johor ketika itu, Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Sulong Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid Ghazi  telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah Dzillullah fil Alam. 

SALASILAH BENDAHARA TUN ABDUL JALIL BIN TUN ABDUL MAJID. Zaman kedua Kesultanan Johor dari keturunan Bendahara ini memerintah selama 136 tahun dari tahun 1699 hingga 1877 juga mengandungi 9 orang Sultan. Ketika ini wilayah Kesultanan Johor meliputi Johor-Riau-Lingga-Pahang.  Pada 12 Jan 1812, Sultan Johor ke 15, Sultan Mahmud III Riayat Shah telah mangkat di Lingga. Putera sulungnya, Tunku Hussein berada di Pahang telah diketepikan dan adindanya Tengku Abdul Rahman telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke 16. Pada 6 Feb 1819, seorang pegawai Inggeris, Stamford Raffles yang datang ke Singapura untuk membina pos perdagangan bebas telah melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor di Singapura. Kedudukan Sultan Hussein hanyalah sebagai boneka yang ditunggang oleh Raffles untuk mendapatkan hak ke atas Pulau Singapura. Pada 7 Jun 1824, Singapura diserahkan sepenuhnya kepada Inggeris dan Sultan Hussein menerima pencen seumur hidup (GBP20k setahun) dan Temenggung Abdul Rahman (GBP15k setahun). Pada 2 Ogos 1824, Wilayah Kesultanan Johor (meliputi Johor/Pahang-Riau-Lingga dibahagi dua melalui Perjanjian Anglo-Dutch. Johor dan Pahang di bawah Inggeris manakala Riau-Lingga diserahkan kepada Belanda. Maka Sultan Abdul Rahman kekal memerintah Kesultanan Riau-Lingga (di bawah perlindungan Belanda) manakala Sultan Hussein menjadi Sultan Johor ke 17 dengan gelaran Sultan Hussein Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Riayat Shah. Baginda mangkat pada 5 Sep 1835 dan digantikan oleh puteranya Tengku Ali sebagai Sultan Johor ke 18 dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah. Bagaimanapun wilayah pemerintahan Sultan Ali terhad kepada daerah Muar-Kesang sahaja. Sultan Ali  Iskandar Shah mangkat pada 20 Jun 1877 dan daerah Muar-Kesang diserahkan kepada pentadbiran Temenggung. 

Nota 1 :  Kenapa Johor ditadbir oleh Temenggung? Jawatan Temenggung diwujudkan pada tahun 1757 oleh Sultan Johor ke 12, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Sultan pertama yang memerintah meliputi wilayah Johor-Riau-Lingga-Pahang. Sultan bersemayam di Lingga, Bendahara ditempatkan (untuk menjaga) di Pahang manakala Temenggung ditempatkan di Johor. Temenggung pertama adalah Tun Abdul Jamal bin Tun Abas (Bendahara) (1757 - 1802) diikuti oleh Tun Abdul Hamid bin Tun Abdul Jamal (1802 - 1806) dan Tun Daeng Abdul Rahman (1806 - 1825).

SALASILAH TEMENGGUNG TUN IBRAHIM.  Setelah Inggeris mendapat Singapura pada tahun 1819 dan diikuti oleh Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824, Inggeris menumpukan kepada Singapura. Pentadbiran negeri Johor diuruskan oleh Temenggung Tun Abdul Rahman. Pada 8 Dis 1825, Temenggung Tun Abdul Rahman mangkat dan digantikan oleh anaknya Tun Haji Abdullah sehingga tahun 1841. Tun Hj Abdullah yang mengalami masalah kesihatan digantikan oleh adindanya Tun Ibrahim. Pada tahun 10 Mac 1855 Inggeris menyerahkan  keseluruhan wilayah Kesultanan Johor kecuali daerah Kesang (Muar) diserahkan kepada Temenggung Tun Ibrahim. Kesang masih diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah. Pada 31 Jan 1862 Temenggung Tun Ibrahim mangkat dan digantikan oleh anaknya Tun Abu Bakar mulai 2 Feb 1862.  Pada 30 Jun 1868, Tun Abu Bakar telah menukar gelaran Temenggung kepada Maharaja Abu Bakar Johor.

Apabila Sultan Ali mangkat pada 8 Nov 1877, Maharaja Abu Bakar telah mengambil alih pentadbiran wilayah Kesang (Muar). Dengan itu keseluruhan negeri Johor diletakkan di bawah perintah Temenggung Ibrahim.

Nota 2 : Pada 16b Ogos 1881, Bendahara Paduka Raja di Pahang Wan Ahmad bin Wan Ali telah mengisytiharkan diri sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Muadzam Shah.

Pada 14 April 1885, Maharaja Abu Bakar menukar gelaran Maharaja kepada Sultan Abu Bakar dan baginda  mengisytiharkan Perlembagaan Negeri Johor, memperkenalkan Jemaah Menteri dan Dewan Perundangan.  Pada 11 Disember 1885, memakai gelaran 'Sultan' (diperakui pada 13 Feb 1886) dan dimahkotakan (tabalkan) pada  29 Julai 1886.

SULTAN JOHOR PERTAMA

ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR
"BAPA JOHOR MODEN"


Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah ibni al-Marhum Dato Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim   DK SPMJ GCMG KCSI diputerakan di Telok Belanga, Singapura pada 3 Feb 1833. Abu Bakar merupakan putera sulung kepada Dato Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim bin Temenggong Sri Maharaja Daing Abdul Rahman.  Bondanya bernama Enche' Ngah.  Baginda mendapat didikan di  Keasberry's Academy, Singapore.

NOTA 1 : Kesultanan Johor mempunyai tiga zaman dari 3 salasilah. 

(1)    Zaman pertama adalah Kesultanan Johor adalah dari salasilah Sultan Melaka yang terakhir, Sultan Mahmud Shah yang melarikan diri ke Johor setelah Melaka ditawan oleh Portugis. Keturunan Sultan Mahmud ini memerintah Johor dari tahun 1511 hingga 1699 (188 tahun). Sultan terakhir salasilah ini ialah Sultan Mahmud Shah mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan. Baginda (masih bujang) tidak meninggalkan waris. Bendahara Johor ketika itu, Tun Sulong bin Tun Abdul Majid telah mengisytiharkan diri sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah.

(2)    Zaman kedua Kesultanan Johor dari keturunan Bendahara ini memerintah selama 136 tahun dari tahun 1699 sehingga Sultan terakhir, Sultan Hussain Muhammad Shah. Pada 6 Feb 1819, Sultan Hussein dilantik menjadi Sultan Johor atas bantuan Inggeris dengan syarat mula menyerahkan sebahagian kuasanya kepada Inggeris. Pada 7 Jun 1824, Singapura diserahkan sepenuhnya kepada Inggeris dan Sultan Hussein menerima pencen seumur hidup (GBP20k setahun) dan Temenggung Abdul Rahman (GBP15k setahun). Pada 2 Ogos 1824, Wilayah Kesultanan Johor (meliputi Johor/Pahang-Riau-Lingga dibahagi dua melalui Perjanjian Anglo-Dutch). Johor dan Pahang di bawah Inggeris manakala Riau-Lingga diserahkan kepada Belanda. 

(3)   Zaman ketiga bermula pada tahun 10 Mac 1855 apabila keseluruhan wilayah Kesultanan Johor kecuali daerah Kesang (Muar) diserahkan kepada Temenggung Tun Ibrahim. Kesang diperintah oleh putera Sultan Hussein Shah, Sultan Ali Riayat Shah. Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1877 keseluruhan wilayah Kesultanan Johor diserahkan kepada pentadbiran Temenggung Tun Ibrahim. Pada tahun 1862 Tun Ibrahim mangkat dan digantikan oleh anaknya Tun Abu Bakar dengan gelaran Temenggung Tun Abu Bakar.

NOTA 2 :  Pada 8 Dis 1825, Temenggung Tun Abdul Rahman mangkat dan digantikan oleh anaknya Tun Ibrahim dan bergelar Dato' Temenggung Seri Maharaja.

Nota 2Pada 10 Mac 1855, manakala Temenggung Ibrahim diberi kuasa memerintah Johor kecuali wilayah Kesang yang diperintah oleh Sultan Ali ibni almarhum Sultan Hussein Muadzam Shah. Temenggung Ibrahim membuka pusat pentadbiran baru di Tanjung Putri (kemudian ditukar nama menjadi Johor Bahru). Apabila Sultan Ali mangkat pada 8 Nov 1877, wilayah Kesang (Muar) juga kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim. Dengan itu keseluruhan negeri Johor diletakkan di bawah perintah Temenggung Ibrahim.

Apabila Temenggung Tun Ibrahim mangkat pada 31 Jan 1862, Abu Bakar telah dilantik sebagai  Temenggung Sri Maharaja Johor.

Pada 8 Nov 1877, apabila Sultan Ali (yang memerintah Muar) mangkat, Temenggung Abu Bakar dilantik memerintah Muar sebahagian dari Johor.  Pada 14 April 1885, baginda mengisytiharkan Perlembagaan Negeri Johor, memperkenalkan Jemaah Menteri dan Dewan Perundangan.  Pada 11 Disember 1885, memakai gelaran 'Sultan' (diperakui pada 13 Feb 1886) dan dimahkotakan (tabalkan) pada  29 Julai 1886.
.
 
  

Menerima penganugerahan dari Kerajaan asing seperti:

(1)   The Prince of Wales's Gold medal (1876);
(2)   Grand Commander of the Orders of Kalakaua I of Hawaii (1881); 
(3)   Franz Joseph of Austria (1893);
(4)   The Order of the Crown of Prussia 1st Class (1880);
(5)   The Imperial Order of the Osmans (Nishan-i-Osmanieh) special class in brilliants of Turkey (1893);
(6)   The Imperial Order of the Double Dragon 1st Class of China (1894);
(7)   Commander of the Order of the Crown of Italy (1891); dan 
(8)   The Ducal Saxe-Ernestine House Order.


  

Sultan Abu Bakar berkahwin dengan YAM Enche'  Wan Chik binti Dato' Bendahara Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir dari Pahang (bergelar Cik Puan Besar) pada 1858.

Pada 1870, baginda berkahwin kali kedua di Bali dengan YAM Enche' Puan Zubaidah binti Abdullah @ Cecelia Catherina Lange  (1849 - 1936) yang berdarah campuran Denmark dan China.

Baginda berkahwin (kali ketiga) di Singapura pada 1885 dengan Enche'  Puan Fatimah @ Wong Ah Gew binti Abdullah  kemudian bergelar Sultanah Fatimah (mangkat pada 1891).

Sultanah Fatimah

Perkahwinan keempat baginda ialah dengan Enche'  Khadijah Hanum (keturunan Circassion) di Istanbul, Turki pada 22 Sep 1893 yang kemudian bergelar Sultanah Khadijah (baginda mangkat 1 Feb 1904).

Sultanah Khadijah

Sultan Abu Bakar mangkat di Bailey's Hotel, South Kensington, London pada 4 Jun 1895 dan jenazahnya dibawa pulang ke Johor dan dimakamkan di Makam Sultan Abu Bakar, Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.  Almarhum Sultan Abu Bakar meninggalkan seorang putera dan 4 puteri:

(1)   YTM Tunku Ibrahim Iskandar, Tunku Mahkota, yang menggantikan baginda sebagai Sultan Johor. Bondanya ialah Sultanah Zubaidah.

(2)   YTM Tunku Mariam atau Tunku Sulong  (lahir pada 21 Dis 1871) diberi gelaran Tunku Ampuan berkahwin dengan DYMM Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang pada 14 Sep 1897. 

(3)   YTM Tunku Besar Puteri, berkahwin dengan Ungku Ahmad bin Ungku Abd Rahman (meninggal 1945).

(4)   YTM Tunku Azizah (meninggal 1926) berkahwin dengan Ungku Abd Aziz bin Abd Majid.

(5)   YTM Tunku Fatimah (1891 - 1942), berkahwin dengan Raja Abdul Majid bin Raja Muhammad.

Paduka ayahanda kepada Sultan Abu Bakar, Temenggung Daing Tun Ibrahim Sri Maharaja

Almarhum Sultan Abu Bakar banyak membawa perubahan yang di luar dari kebiasaan atas dasar membuka minda rakyat untuk menerima idea permodenan sama ada dari aspek pembangunan, cara pentadbiran dan juga adat istiadat, tanpa mengabaikan adat istiadat Melayu Johor.

Baginda memperkenalkan baju kurung Melayu 'Telok Belanga' sebagai pakaian kebangsaan Johor.  Baginda juga Raja Melayu pertama memperkenalkan penggunaan 'mahkota' sebagai pakaian pertabalan Sultan Johor bagi menggantikan 'tanjak atau tengkolok' yang biasa diamalkan oleh Raja-raja Melayu sejak zaman berzaman.  Pemakaian 'mahkota' ini kemudiannya diikuti oleh Sultan Selangor dan Sultan Kelantan.

Almarhum memperkenalkan Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (Johor Military Force) dan merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang mempunyai pasukan tentera moden beruniform sendiri.  Pasukan TSN ini menerima latihan sebenar sebagai anggota tentera dan dilengkapi dengan senjata api. Pasukan Tentera TSN ijni masih kekal sehingga sekarang walaupun hanya berkhidmat dengan istana Johor sahaja.


ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI

Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim, Sultan bagi jajahan takluk Johor Darul Ta'zim. Almarhum Sultan Abu Bakar seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Great Britain, Queen Victioria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor.

Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.

Sejarah

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada 1885 dengan kompeni percubaan 60 anak Melayu Johor dan 20 orang askar Punjabi. Anggota Melayu dilatih sebagai askar Infantri sementara anggota Punjabi dilatih sebagai anggota pasukan Artileri. Seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten Newland dilantik sebagai pemerintah pasukan. Orang Melayu yang pertama sekali diberikan tauliah sebagai pegawai ialah Kapten Daud bin Sulaiman. Askar Timbalan Setia Negeri telah diberi panji-panji DiRaja pada 11 Mei 1916 semasa pemerintahan almarhum Sultan Sir Ibrahim.

Perang Dunia Pertama

Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Infantry di Singapura dalam tahun 1915. Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.

Semasa Perang Dunia I, pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor menghantar kontinjen seramai 2 orang pegawai berserta 100 orang anggota ke Berek Tanglin di Singapura untuk membantu mengawal keselamatan di Singapura. Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat PD I.

Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang.

Perang Dunia Kedua

Askar Timbalan Setia Johor tidak dikerahkan oleh Markas Gerakan Tanah Melayu di bawah pimpinan Lt Jen A E Percival sebagai sebahagian daripada pasukan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Apabila pasukan Tentera Jepun memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan Askar Timbalan Setia tidak memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang tentera Jepun.

Cadangan Pemansuhan Askar Timbalan Setia

Kerajaan pusat Malaysia pernah dalam tahun 1994 mencadangkan pembubaran pasukan Askar Timbalan Setia berikutan krisis berkaitan isu kekebalan Raja-raja Melayu dan satu Rang Undang-Undang di panggil Johore Military Forces (Disbandment And Repeal) Bill 1994 telah digubal untuk dibahaskan di Parlimen.

Tetapi Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara ketika itu (walaupun mempunyai hubungan yang kurang baik dengan Sultan) telah menasihatkan Sultan Johor bahawa Askar Timbalan Setia Negeri Johor diwujudkan jauh lebih dahulu daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dan penubuhan serta pengekalan pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah sebahagian daripada hak dan keistimewaan Sultan dan rakyat Negeri Johor. Dengan demikian, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk membatalkan keistimewaan hak tersebut tanpa persetujuan Sultan Johor. 

Sehubungan itu, rang undang-undang ini tidak dilaksanakan dan terkubur begitu sahaja. Maka, Pasukan ATSNJ masih kekal hingga sekarang.



PENGABDIAN NAMA SULTAN ABU BAKAR

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Johor Bahru

Bangunan Sultan Abu Bakar Muar


Muzium Sultan Abu Bakar (bekas Istana besar Johor)


SULTAN KEDUA

ALMARHUM SULTAN IBRAHIM
(1895 - 1959)


Almarhum Sultan Sir Abu Bakar DK DMN SPMJ GCMG KCMG GBE KBE DK(Kel) diputerakan di Istana Bidadari, Serangoon, Singapore pada 17 September 1873. Nama asalnya Tunku Ibrahim Iskandar merupakan putera tunggal kepada almarhum Sultan Sir Abu a Bakar ibni al-Marhum Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim. Bondanya bernama Che Zubaidah binti Abdullah.

Tunku Ibrahim ditauliahkan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dalam pangkat Leftenan pada 1890. Dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor pada 23 Mei 1891 dan dilantik menjadi Sultan menggantikan ayahandanya yang mangkat pada 4 Jun 1895 dan disytiharkan pada di Istana Besar, Johor Bahru pada 7 September 1895 serta ditabalkan pada 2 November 1895.




Baginda menyambut Jubli Intan pemerintahannya pada 17 September 1955 dan merupakan Sultan yang paling lama memerintah mana-mana negeri di Malaysia. Baginda adalah Kolonel Komandan JMF (1895 - 1959) dan dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada 17Mac 1941.

Menerima bintang kebesaran dari negara luar seperti:

(1) Grand Commander of the Orders of Chula Chom Klao of Thailand (2.8.1898);
(2) The Crown of Romania (1920);
(3) White Elephant of Thailand (1924);
(4) Royal Order of Cambodia (1933);
(5) Dragon of Annam, Vietnam (1933);
(6) Rising Sun of Japan (9.4.1934);
(7) The Crown of Italy (1938);
(8) The Imperial Order of the Osmans (Nishan-i-Osmanieh) 1st class of Turkey (4.6.1898); dan
(9) The Brilliant Star of Zanzibar 1st class.


Perkahwinan

Baginda berkahwin dengan Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid (1876 - 1909) di Istana Tyersall, Singapore pada 5 Oktober 1892. Pada tahun 1892 Ungku Maimunah diberi gelaran DYMM Sultanah Maimunah. Baginda mangkat pada tahun 1909.


Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid

Perkahwinan kedua baginda adalah dengan  Enche' Ruqaiya @ Rogaiyah (1880 - 8 Mac 1926) pada 1897 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Che Ruqaiyah diberi gelaran Sultanah Ruqaiyah pada tahun 1920. Sultanah Ruqaiyah mangkat pada tahun 1926.


Enche' Ruqaiyah @ Rogayah

Baginda berkahwin dengan isteri ketiganya, 
Enche'  Dara @ Hassanah binti Dato Jaafar (1877 - 1926), iaitu anak kepada Dato' Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.

Perkahwinan keempat baginda adalah dengan  YM Ungku Intan binti Ungku Ahmad.

Perkahwinan baginda kali kelima adalah dengan Helen Bartholomew (1889 - 1977) di Horsham, Sussex, England pada 15 Okt 1930. Helen kemudiannya bergelar Sultanah Helen pada 1931 sehingga berpisah pada tahun 1937.

Sultanah Helen

Perkahwinan baginda yang keenam ialah dengan Marcella Mendl (1915 - 1980) yang berbangsa Romania yang dikahwini di London pada 6 Nov 1940. Marcella diberi nama Enche' Fawzia binti Abdullah dan bergelar Sultanah Marcella pada 1955.


Sultanah Marcella

Sultan Ibrahim mangkat pada 8 Mei 1959 dan dimakamkan di Makam Sultan Sultan Abu Bakar, Bukit Mahmudiah, Johor Bahru. Baginda dikurniakan lima putera dan seorang puteri:

(1) Ungku Abdul Rahman Ibrahim (sebelum 1893).

(2) Tunku Muhammad Khalid diputerakan dan meninggal dunia pada bulan Ogos 1893 (bondanya Sultanah Maimunah).

(3) Tunku Ismail (bondanya Sultanah Sultanah Maimunah) - Sultan Johor ke 3.

(4) Tunku A
ris Abu Bakar DK (Tunku Aris Bendahara) diputerakan di Singapura pada 17 Februari 1898 (bondanya Sultanah Ruqaiya), berkahwin dengan Ungku Fatimah binti Ungku Ahmad di Johor Bahru pada 1920 dan dikurniakan seorang putera dan 7 puteri. Beliau meninggal dunia di London pada 1 Mei 1956. 

(5) Tunku Ahmad (bondanya Che Dara), Tunku Temenggong Johor diputerakan pada 28 Julai 1898. Berkahwin pada tahun 1922 dengan Ungku Elek Maimunah binti Ungku Ahmad, kemudian berkahwin dengan Melba Estelline Walker (Ibrahim) pada tahun 23 Jun 1975. Meninggal dunia di Cottonwood, Yavapai, Arizona USA pada 26 Oktober 1983. Dikhabarkan sebagai telah memeluk agama Kristian.

(6) Tunku Miriam (Mariam) (bondanya Sultanah Marcella) dilahirkan di London pada 18 September 1950 dan meninggal dunia di Florida pada 3 Julai 2014.


Tunku Ahmad ibni Sultan Ibrahim  & Tunku Miriam binti Sultan Ibrahim 

SULTAN IBRAHIM PEMBURU YANG HANDAL

Ramai yang tidak mengetahui kehandalan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur berburu. Nama baginda kerap disebut di merata dunia dalam hal perburuan. Kesukaan baginda adalah memburu binatang buas yang mencabar seperti harimau dan singa. Baginda lebih suka memburu haiwan yang telah membunuh manusia, baginda kurang berminat untuk membunuh haiwan yang tidak membunuh manusia.

Keberanian baginda memburu diakui ramai pemburu-pemburu handal dari serata dunia sekitar tahun 1890an iaitu ketika baginda masih begitu muda. Apa yang diakui berani dan handal adalah baginda kerap memburu dengan hanya berjalan kaki tanpa kenderaan atau jarang berburu di atas kenderaan seperti kereta atau gajah. Baginda juga merupakan pemburu yang kerap disebut namanya dan kerap menerima menghadap kehadiran pemburu handal dari luar negara.

Salah seorang pemburu rekod terbaik bernama Frank Burke dan pengumpul haiwan eksotik yang terkenal di Amerika tahun 1930an telah datang menghadap baginda di Johor Bahru untuk berguru dengan baginda. Keitka berburu bersama, baginda pernah menyelamatkan Frank Burke dari diterkam harimau ketika mereka berburu di Kota Tinggi. Baginda hanya memburu haiwan buas yang mendatangkan masalah kepada penduduk, seperti contoh harimau memakan orang kampung. Baginda tidak berminat untuk memburu sesuka hati tanpa sebab yang baik.

Dalam satu artikel keratan akhbar "Clinton Morning Post" mengatakan, sekitar akhir 1890, ada seorang pemburu handal dari British India bernama George Pauling hendak beradu "skill" berburu dengan baginda. Semasa waktu berburu di Johor Bahru, George Pauling hanya duduk berburu di dalam kereta kuda tetapi baginda pula turun dan berjalan kaki menjalakan aktiviti pemburuan.. membuatkan G.P begitu kagum dengan kebolehan dan keberanian baginda. Johor Bahru ketika itu terdapat banyak haiwan buas terutamanya harimau. Sekitar Kebun Teh dan Sentosa sahaja sudah terdapat banyak spesis tersebut hingga sesekali merisaukan penduduk kampung kerana sering juga terdapat kes penduduk terserempak dan terbunuh ketika menoreh getah dan pekerja kampung. Baginda lah yang sering turun padang menziarahi keluarga mangsa dan memburunya sendiri haiwan buas yang telah membunuh itu.

Kita pernah tergempar dengan kes harimau kumbang peliharaan Zoo Johor terlepas dari kandangnya dan merayau-rayau di sekitar Johor Bahru. Selepas berfikir, baginda Almarhum Sultan Iskandar menititahkan supaya ditembak harimau kumbang tersebut kerana dalam keadaan yang menakutkan begitu sebelum harimau tersebut mengorbankan rakyat baginda maka dititahkan baginda untuk memburu dan membunuh haiwan tersebut. Titah baginda disampaikan ke pihak Perhilitan.

Kerana kehebatan dan kebolehan hebat baginda Sultan Johor dalam ilmu perburuan, sekitar tahun 1930an terdapat rancangan TV bersiri Bring 'Em Back Alive terbitan Amerika megisahkan kisah benar seorang pemburu terkenal lagenda Amerika bernama Frank Burke dan Sultan Ibrahim dan mendapat rating tinggi ketika itu. Watak H.H His Royal Highness, the Sultan of Johore dilakonkan oleh Ron O'neal kelihatan segak dan menggayakan cara baginda dengan character yang elegant.

 

Almarhum Sultan Ibrahim merupakan salah seorang Sultan atau Raja yang memerintah (duduk di atas takhta) sesebuah negeri paling lama dalam dunia dalam tempoh tahun 1 hingga 2000. Iaitu selama 64 tahun (1895-1959). 

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Raja-raja Melayu telah bersidang untuk memilih calon untuk menjadi Yang DiPertuan Agong yang pertama. Sultan Ibrahim adalah Raja Melayu yang terkanan pada masa itu dan menjadi calon teratas menjadi YDPA. Namun baginda telah menolak pencalonan tersebut.

KEKAYAAN

Almarhum Sultan Ibrahim juga terkenal dengan kekayaannya. Baginda merupakan antara individu yang terkaya di dunia pada masa itu. Pada ketika itu, tiada isu menggunakan wang Kerajaan kerana kedudukan baginda sebagai Sultan Johor adalah seperti Sultan Brunei sekarang. Sultan Johor adalah Kerajaan Johor.

Baginda pernah menderma satu fleet lori kepada Jabatan Bomba Australia, mendermakan satu fleet pesawat bernilai lebih USD750,000 kepada pasukan tentera ANZAC semasa perang Dunia II. Baginda juga pernah memberikan peruntukan sebanyak GBP750,000 kepada Kerajaan British untuk mempertahankan Singapura.

Semasa merayakan Jubilee Intan pemerintahannya pada tahun 1955, baginda telah membelanjakan sejumlah GBP1 juta untuk mengadakan jamuan menggunakan 'dinner set' yang diperbuat dari emas. Jamuan yang diadakan sebanyak dua kali, pertama di Johor Bahru pada bulan Sep 1955 dan sekali lagi di Grosvenor House, United Kingdom pada bulan Dis 1955.

SULTAN YANG TIDAK BOLEH SENYUM

Almarhum Sultan Ibrahim adalah seorang yang amat sukar untuk tersenyum. Kenapa?

Semasa mudanya, baginda telah mengalami kemalangan (jatuh dari kuda lumba/polo) di Australia yang menyebabkan baginda kehilangan hampir kesemua giginya. Lalu baginda menggantikan giginya dengan emas padat bertatahkan berlian. Inilah punca mengapa baginda amat sukar untuk mengukir senyuman dan ada yang mengatakan baginda adalah seorang Raja yang bengis.

Rujukan: www.untolhistories.blogspot.

SULTAN KETIGA 
ALMARHUM SULTAN ISMAIL
(1959 - 1981)

 

DYMM Sultan Sir Ismail al-Khalidi ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim DK DMN SMN GCMG KBE CMG DK(Brunei) DK(Selangor) DK(Trengganu)DK(Pahang DK(Perak) SPMJ SSIJ SPMK PIS Grand Commander of the Order of the Crown of Siam, Grand Commander of the Order of the Crown of Italy, Commander of the Order of the Star of Romania.

Almarhum Sultan Ismail diputerakan di Istana Semayun, Johor Bahru pada 28 Oktober 1894, adalah putera kedua (kekandanya meninggal semasa kecil) kepada DYMM Sultan Mejar JeneralSir Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar. Bondanya ialah Sultanah Maimunah. Mendapat didikan awal di Rose Hill School, Tunbridge Wells, Kent, Aldeburgh Lodge, Suffolk, Roydon Hall, Norfolk dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Tunku Mahkota Ismail

Baginda dilantik menjadi pewaris Kesultanan Johor dengan gelaran ‘Tunku Mahkota’ di Johor Bahru pada 2 November 1895.

Pada 12 Mac 1934 di lantik kepangkat Mejar dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Pada 8 Mei 1959 Tunku Ismail dilantik sebagai Sultan Johor ke 3 bagi menggantikan ayahandanya yang mangkat dan dimasyhurkan pada 6 Jun 1959 seterusnya dimahkotakan di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.

 
  

Baginda juga merupakan Kolonel Komandan JMF dari 1959 – 1981 dan dilantik menjadi Keptan Yang DiPertua TLDM.

Baginda telah dilantik menjadi Canselor UTM yang pertama dari tahun 1978 sehingga baginda mangkat pada tahun 1981.

almarhum adalah Kepten Yang Di Pertua TLDM

  

Baginda berkahwin dengan mengahwini Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad pada 30 Ogos 1920 (5 Februari 1905 - 14 September 1977), kemudian bergelar DYMM Sultanah Aminah pada 28 Oktober 1959 dan ditabalkan pada 10 Feb 1960. Ungku Tun Aminah telah mangkat pada 14 Sep 1977 akibat kemalangan jalanraya.

 
Almarhumah Sultanah Tun Aminah binti Ungku Ahmad

Baginda juga pernah berkahwin dengan Ungku Maimunah pada tahun 1930an.

Setelah kemangkatan Sultanah Tun Aminah, baginda mengahwini Tunku Nora binti Tunku Ahmad (lahir: 10 October 1937) pada 13 November 1977, kemudian bergelar DYMM Sultanah Nora pada 28 Okt 1978.


Sultanan Nora binti Tengku Ahmad

Semasa hayatnya baginda telah empat kali menolak pencalonan untuk menjadi Yang DiPertuan Agong. Iaitu dalam mesyuarat pemilihan untuk menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia ke IV (20 Sep 1965), YDPA IV (20 Sep 1970), YDPA VI (21 Sep 1970) dan YDPA VII (26 Apr 1979), nama DYMM Sultan Ismail berada di senarai yang teratas sekali. Namun untuk kesemua pemilihan itu baginda telah menolak pencalonan sebagaimana almarhum ayahandanya dahulu.

Hanya ketika anakandanya almarhum Sultan Iskandar memerintah negeri Johor pada tahun 1981 telah menerima pencalonan untuk menjadi YDPA VIII pada bulan Apr 1984.

Baginda mangkat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 10 Mei 1981 dan dimakamkan di Makam Sultan Abu Bakar, Bukit Mahmudiah.

Almarhum Sultan Ismail mempunyai empat putera dan tiga puteri:

1. YM Tunku Abdul Jalil dilahirkan pada 11 Mei 1924 dan meninggal dunia pada 16 Mei 1925 (bondanya Ungku Aminah).

2. YM Tunku Kalthum Maimunah dilahirkan pada 22 Dis 1927 dan meninggal dunia pada 15 Februari 1930 (bondanya Ungku Aminah).

3. YM Tunku Abdul Rahman diputerakan pada 29 Julai 1930 dan meninggal dunia pada 16 September 1930 (bondanya Ungku Aminah).

4. YM Tunku Mahmud Iskandar (bondanya Ungku Aminah) - kemudiannya menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Johor ke 4.

5. YM Tunku Abdul Rahman DK SPMJ SSIJ SPCM SPMS PIS BSI diputerakan pada 25 November 1933 (bondanya Ungku Maimunah). Dilantik menjadi Tunku Aris Bendahara pada 8 Mei 1959, dan Tunku Mahkota pada 10 Ogos 1961. Dilantik semula menjadi Tunku Bendahara pada 29 April 1981. Berkahwin dengan Tunku Hajjah Shahariah binti al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (YDP Negeri Sembilan) pada 25 Okt 1956 dan dikurniakan seorang putera (Tunku Abu Bakar). Tunku Abdul Rahman mangkat pada 12 Julai 1989.

almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tunku Hajjah Shahariah

6. YM. Tunku Helen diputerikan pada 15 Feb 1936 dan meninggal dunia pada 20 November 1937 (bondanya Ungku Maimunah).

7. YAM Tunku Tun Maimunah (nama timang-timangan Tengku Gedung) diputerikan pada 12 Feb 1939 (bondanya Ungku Maimunah) dan berkahwin dengan YAM Tunku Tan Sri Dato' Osman bin Tengku Temenggong Ahmad pada 27 November 1958 dan dikurniakan 2 putera dan 2 puteri. Tunku Maimunah mangkat pada 13 Jan 2012.



SULTAN JOHOR KEEMPAT

ALMUTAWAKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR ALHAJ
(1981 - 2010)

DYMM Almutawakkil Alallah Sultan Mahmud Iskandar Alhaj ibni almarhum Sultan Ismail DK SPMJ SPDK DK(Brunei) SSIJ PIS BSI


Almarhum Sultan Mahmood Iskandar diputerakan di Istana Semayun, Johor Bahru pada 8 April 1932. Ayahandanya ialah almarhum Sultan Sir Ismail (al Khalidi) ibni almarhum Sultan Sir Ibrahim (al Masyhur) ibni almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni almarhum Temenggung Tun Ibrahim ibni almarhum Temenggung Daing Abd Rahman (merupakan keturunan Bugis dari Pulau Sulawesi, Indonesia). Bondanya ialah almarhumah Sultanah Tunku Aminah binti Tunku Abdul Majid.

Baginda mendapat pendidikan di Sultan Abu Bakar English College, Johor Bahru, Trinity Grammar School, Sydney Australia dan South Devon Technical College, Torquay, UK. ik oleh ayahandanya menjadi Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 tetapi dilucutkan dari jawatan tersebut pada 10 Ogos 1961 dan digantikan oleh adindanya Tunku Abdul Rahman. Pada 1 Dis 1966 baginda diberikan gelaran Raja Muda Johor. Baginda telah dilantik semula menjadi Tunku Mahkota Johor pada 29 April 1981. Apabila ayahandanya mangkat pada 11 Mei 1981 Tunku Mahmood Iskandar telah dilantik dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.

In 1956 : ALMARHUM Sultan (paling kiri) bersama ayahanda, ketika itu Tunku Mahkota Ismail (paling kanan) bonda Tun Aminah (4 dari kanan) , adinda-adinda Tengku Abd Rahman dan Tengku Maimunah serta isteri, Enche' Puan Kalsom (3 dari kanan).

Sultan Iskandar merupakan Sultan Johor yang pertama dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong. Nenda dan ayahanda baginda telah menolak untuk dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong apabila sampai giliran baginda berdua. Sultan Iskandar adalah Sultan Johor pertama menerima perlantikan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke 8 pada 26 April 1984 dan ditabalkan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 15 November 1984.

Semasa baginda bertahta di Istana Negara, pemerintahan Negeri Johor telah dipangku oleh DYTM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar. Baginda menamatkan tugas sebagai SPB YDPA pada 25 April 1989 dan kembali memerintah Negeri Johor.

Baginda berkahwin kali pertama pada 5 Januari 1956 dengan Puan Kalsom binti Abdullah @ Josephine Ruby Treverrow (dilahirkan di England pada 2 Dis 1935- kemudiannya bergelah Che Puan Besar) tetapi kemudiannya berpisah pada bulan Oktober 1962.

 Image result for tunku besar tunku zabedah aminah maimunah iskandariah
Joshepine Ruby Treverrow @ Che Puan Kalsom binti Abdullah

Perkahwinan Baginda dengan Che Puan Kalsom dikurnai dengan seorang putera dan tiga puteri, iaitu:

(1) Tunku Hajjah Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar al-Haj, Tengku Puan Panglima di-Raja (diputerikan pada 11 Julai 1956) dan berkahwin dengan Tengku Sulaiman Shah al-Haj ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj, Tengku Panglima di-Raja Selangor.



Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah


(2) Tunku Hajjah Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar al-Haj (diputerikan pada 20 Oct 1957), Tengku Besar.


Tunku Besar Hajjah Zabedah


(3) Tunku Ibrahim Ismail, DK, SPMJ, SPDK (diputerakan pada 22 Nov 1958. Kemudiann berkahwin pada 22 Sept 1982 dengan Raja Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris al-Mutawakil Allah Afifullah Shah. Tunku Ibrahim kemudiannya dilantik menjadi Sultan Johor pada 23 Jan 2010.




Tunku Ibrahim Ismail


(4) Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar al-Haj, Tengku Puan Pahang (1986) diputerikan pada 5 Ogos 1960). Tunku Azizah berkahwin pada 6 Mac 1986 dengan Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang.



Tunku Azizah Aminah, Tengku Ampuan Besar Pahang



Sultan Iskandar berkahwin kali kedua pada 20 Ogos 1961 dengan Tengku Hajjah Zanariah binti Tengku Ahmad (Sultanah Zanariah) (diputerikan di Pasir Mas, Kelantan pada 5 Julai 1940).



Sultanah Tunku Zanariah binti Tunku Ahmad


Perkahwinan baginda dengan Sultanah Zanariah telah dikurniakan dengan seorang putera dan lima orang puteri:


Tunku Mariam Zaharah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj (diputerikan pada 4 Sep 1962) – berkahwin pada tahun 1999 dengan Tengku Ahmad Zainul Abidin bin Tengku Muhammad Zaid (berpisah). Dikurniakan seorang putri:
Tengku Sofiyya binti Tengku Ahmad Zainul Abidin






Tunku Norani Fatimah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj diputerikan pada 17 Jul 1963) dan berkahwin dengan Encik Ramlan bin Dato’ Harun Idris pada tahun 2000.
Tunku Maimunah Ismailiah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj diputerikan pada 20 Okt 1967 dan berkahwin dengan Dato’ Mahzan bin Dato' Yahya DPMJ pada tahun 2004. Dikurniakan seorang puteri: Puteri Wan Mahzanah Huriyyah binti Dato' Mahzan

Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj DK, SPMJ, SMJ. Tunku Bendahara. (diputerakan pada 20 Jul 1970. Berkahwin pada 13 Jan 2005 dengan Tunku Teh Mazni binti Tunku Yusuf (dilahirkan pada 2 April 1976 di Kedah. Dikurniakan seorang putera dan seorang puteri:
(1) Tunku Mahmud Iskandar
(2) Tunku Aisyah Menjalara Iskandar




Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris, isteri Tunku Teh Mazni dan dua anakanda mereka


Tunku Muna Najihah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj diputerikan pada 12 Apr 1973 dan berkahwin dengan Kdr Shaftdean Lufty bin Rusland psc TLDM. Dikurniakan 2 orang putera dan 3 orang puteri:
(1) Putra Wan Iskandar Abdul Rahman Uwais Sirahuddin (2002)
(2) Putri Wan Zanariah Imanina Munawarah Nora Iskandariah (2004)
(3) Putra Wan Muhammad Umayr Sharafuddin bin Shaftdean (2007)
(4) Putri Wan Najiah Umayra Munawarah (2007)



Tunku Muna Najihah


Tunku Aminah Kalsom Masera Mariam Zahirah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj diputerikan pada 6 Jun 1979 adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (IIUM), Gombak (BA Hons. 2005).

Tunku Masera


sewaktu almarhum menjadi Raja Muda-bersama isteri dan putera-puteri

Elected as 8th YDP Agong

Under the elective monarchy system of Malaysia, Sultan Iskandar was elected to be the 8th Yang Di-Pertuan Agong on 9 February 1984 by the council of rulers, shortly before his predecessor's term expired on 26 April 1984. He succeeded the Sultan of Pahang as the Yang-Di Pertuan Agong on 26 April. A royal investure was held shortly after that–in which he was donned in the traditional suit of the Agong, whereby he was officially installed. Sultan Iskandar served in the capacity as the Yang-Di Pertuan Agong until 1989, whereby the Sultan of Perak succeeded him.

Image result for sultan iskandar alhaj Agong 8 
 

On 8 April 2006, the Sultan appointed his grandson Tunku Ismail Ibrahim, the son of the Tunku Mahkota  as the Raja Muda during an investure in conjunction on his birthday. The rank of Raja Muda denotes that Tunku Ismail is second in position in terms of the order of succession to the Johor royal throne.

almarhum Sultan with his grandson Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim


Controversies

Sultanate Succession. Prior to his life as the Sultan or Agong, and even during the 1980s and early 1990s, Tunku Mahmud's reputation was more or less marred by a number of alleged controversial incidents which received occasional attention from the media. One of these earliest incidents was the loss of his status as Tunku Mahkota in 1961—a position which his father, Sultan Ismail, appointed to him two years earlier, citing reasons of alleged misbehaviour after confidential reports accusing him of incarcerating a policeman reached the Sultan. Tunku Mahmud's younger brother, Tunku Abdul Rahman was appointed as the Tunku Mahkota in favour of him.

Nevertheless, in 1966, Tunku Iskandar was appointed the Raja Muda which puts him second in line to the throne. In April 1981, Tunku Mahmud was reinstated as Tunku Mahkota shortly before his father's death the following month and was subsequently installed as the Sultan of Johor, under the orders of his father.

However, some eyewitnesses challenged the legitimacy of Tunku Mahmud's reappointment as the Tunku Mahkota, by arguing that they witnessed Sultan Ismail already having lapsed into coma at the time of his appointment as the Regent. Records stated that Sultan Ismail lapsed into comatose on 8 May, three days before his death. Relations with the Menteri Besar of Johor, Tan Sri Datuk Othman bin Mohd Saat deteriorated when the latter questioned Tunku Iskandar's legitimacy to the throne, which led to an incident which saw the Sultan issuing an order to the Menteri Besar to vacate his office within 24 hours, shortly after Sultan Ismail's death, citing reasons for the need for that office space for his own. The Menteri Besar heeded his order, though the Sultan did not move in as he had said. Othman Saat subsequently resigned the following year as the Menteri Besar. The Sultan also ordered all the 'honours and awards' given to Othman by the previous Sultan (including DK(Johor), and all the Datukship to be returned to the government.

Allegations of Criminal Misconduct.  In 1972, Tunku Mahmud was charged for causing assault with a mace to two men for overtaking his car and was convicted the following year. A year later, reports also surfaced another similar attack upon a young couple, when Tunku Iskandar, together with his bodyguard, attacked them with chemicals and a mace after having offended him. Another alleged incident took place at about this time when Tunku Mahmud chained up two policemen in a dog kernel for day after having angered him.

Five years later, Tunku Mahmud was charged and convicted of manslaughter after shooting and killing a man near his private helicopter whom he took to be a smuggler. In both cases, his father, Sultan Ismail, intervened and granted official pardons to Tunku Iskandar. Similarly, his eldest son, Tunku Ibrahim Ismail, was convicted in the 1980s of shooting dead a man in a nightclub during a feud, but was quickly pardoned.

In 1987, Sultan Iskandar was accused of causing the death of a golf caddy in Cameron Highlands by assault, following an incident in which the golf caddy laughed when the Sultan missed a hole. Tunku Abdul Rahman, Malaysia's first Prime Minister, pointed out that the Sultan (then the Agong) could not be prosecuted due to the immunity that was accorded to the rulers, yet he condemned Sultan Iskandar's actions at the same time. In the end the matter was let off without much public attention. The brother of the caddy–who also suffered injuries from the incident, being distressed from what he saw, subsequently ran amok in Kuala Lumpur and had to be quarantined in a mental hospital.  (from WIKIPEDIA)

Political Controversies

Days as the Yang di-Pertuan Agong of Malaysia (1980s).Shortly before his election as the Yang-Di Pertuan Agong in 1983, a spate of reports alleging Sultan Iskandar's intention to launch a coup d'état by launching a state of emergency to overthrow the government circulated within political circles, which reached Mahathir himself. The Sultan was reportedly having fostered close relations with several key military personnel, including the Army chief himself. The government subsequently took action to curb constitutional loopholes within the constitution and took to task of reducing the power of royal veto in passing legislation, culminating to a constitutional crisis in late 1983. Nevertheless, during his inaugural speech as the Agong in 1984, about a month after the constitutional amendments were passed in parliament, Sultan Iskandar voiced public support for the revised constitution and pledged to act in accordance to the Prime Minister's advise.

A diplomatic scandal between the United Kingdom and Malaysia broke out in 1984, when several British newspapers published Sultan Iskandar's coronation, citing the headlines such as "Killer becomes King" and "King a Killer", which enraged the Malaysian government, who demanded an apology from the British government. The British government refused to apologise on behalf of the newspapers, hence triggering tensions between the two countries.

Two months later, in June 1984, Sultan Iskandar in his capacity as the Agong, surprised the Malaysian public when he publicly called upon the then-Deputy Prime Minister, Musa Hitam, to make a public apology in front of the entire congregation present at the National Mosque. Sultan Iskandar, on his part, was angry over remarks which Musa made during the course of the 1983 constitutional crisis that he deemed as disrespectful. Musa abided to the Agong's demand and boldly came forward to make the apology, which was greeted by a thunderous applause from the entire congregation. The event, which was broadcasted live throughout on the Malaysian Radio (although the television stations abruptly terminated its broadcast halfway), was seen by many observers as an act of confrontation by the Agong to put Musa in his place.

In 1988, also serving in his capacity as the Yang-Di Pertuan Agong, the Lord President of the Federal Court Tun Salleh Abas was sacked by the Agong in what led to the 1988 Malaysian constitutional crisis. However, observers suggested a remarkably warm relationship between then-Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad with the Agong, both of whom shared common resentment against the chief justice, Salleh Abas. In 1973, Tunku Iskandar was convicted of assault and was sentenced to six months imprisonment, of which Salleh Abas served as the public prosecutor hearing the case. As the public prosecutor, Salleh had appealed to the chief justice, Raja Azlan Shah (now the Sultan of Perak), for handing down a heavier sentence for Tunku Iskandar, which naturally earned his wrath. The sacking of the Lord President, was however not without controversy, given the alleged manner in which the Agong and Prime Minister had handled the matter–including an incident which the Agong had refused to forgive the Lord President in spite of Salleh's willingness to offer his apology to the Agong, which he turned down.



Singing with Mohamad Rahmat

Biarpun macam-macam orang kata tentang almarhum Tuanku, sebagai anak Johor, amat berbangga dengan karakter Sultanku. Tuanku sebenarnya amat unik berbanding dengan Sultan-Sultan yang lain. Kelebihan yang paling ketara ialah keberanian, sifat berterus terang dan sifat patriotisme yang ada pada diri baginda. Baginda sangat aktif dalam sukan atau aktiviti lasak seperti sukan berkuda, wind surfing, menunggang motor besar dan yang paling mengkagumkan ialah, baginda seorang 'qualified pilot'.

Baginda gemar menegur kesalahan rakyatnya tanpa mengira pangkat khususnya pegawai Kerajaan Johor yang suka hidup bermewah-mewah (rumah mengalahkan istana Sultan), korupsi,  dan lupa tugas mereka untuk membangunkan Negeri Johor.  Bini berlagak mengalahkan bini Marcos.  Yang ni kalau Sultan bagi penampar memang amat patut sangat-sangat. Sultan Iskandar mangkat pada 22 Januari 2010.

Baginda juga amat berani memberikan pendapat yang kadangkala amat bertentangan dengan keputusan pemimpin politik negara seperti isu pembinaan Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor, isu Batu Putih dan berbagai lagi


ALBUM KENANGAN
ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Image result for sultan iskandar alhaj  
  
Image result for sultan iskandar alhaj  
Image result for sultan iskandar alhaj Agong 8    


SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS RUH ALMARHUM

WHAT FAUZIAH ISMAIL WROTE ABOUT TUANKU
(Ref: xmatters.blogspot.com)

SELFLESS RULER AT HEART

ANY Johorean would tell you that despite his serious demeanour, Al-Marhum Sultan of Johor Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail was a person with a warm and generous personality. Even back when he was Raja Muda of Johor and then Tunku Mahkota, it didn't surprise Johoreans to see him stopping his car by the roadside at the main road fronting the Istana Besar to chat with his subjects. During the massive flash floods in the state, Sultan Iskandar -- moved by the plight of his people -- handed out aid, believed to be a substantial sum, from his own pocket.

When he served as the eighth Yang di-Pertuan Agong between April 26, 1984 and April 25, 1989, he donated his salary to various scholarship boards that were open to Malaysians of all races.

As the King, Sultan Iskandar commuted between Johor Bahru and Kuala Lumpur via helicopter. He was said to have told his inner circles that Johor Bahru was home while Kuala Lumpur was the office. Sultan Iskandar flew every aircraft in his fleet. All of his various transit palaces had their own dedicated helipads.

In an article in the Professional Pilot magazine, Grant McLaren wrote that Sultan Iskandar made a point of keeping up to date on all the various business aircraft and avionics options in the world market. McLaren wrote that Sultan Iskandar's professional flying abilities were mostly self-taught by reading aircraft operating manuals. "In fact, His Majesty prepared himself to fly the new GIV by spending a few weeks with Gulfstream flight manuals, backed up with limited coaching from his safety crews."

He was also apt in handling motorcycles, reportedly possessing the skills to strip a motorcycle down to its component parts and then reassembling it.

Within private circles, Sultan Iskandar was fondly known as "Moody", but not a reflection of emotions but a testimony to his first name "Mahmud".

He was most noted for his independent mindset, something which is synonymous with most Johoreans. He had over the years voiced out opinions on various government issues.

At the inaugural session of the 12th Johor State Assembly in 2008, the Sultan had stated his stand on Malaysia's sovereignty over Pedra Branca and vowed to find legal means to regain the island's sovereignty.

He also caused a minor stir at the launching ceremony of the Iskandar Development Region in 2006 when he said that the Causeway, which connects Johor and Singapore, should be removed to allow ships to pass through and promote development of the state.

He also remarked that the people should be wary of foreigners as they were "vultures" and also urged the people not to hold them in high regard, citing his displeasure that his ancestors were "deceived" by dirty tactics employed by colonialists to build the Causeway. The sultan enjoyed keroncong and Radio Johor Best 104, a private radio station based in Johor Baru, featured the music from 10pm to 2am. He also enjoyed Kopi O.


*As appeared in the NST January 23rd, 2009.

 

 
 


 

 



SEKITAR HARI PERMAKAMAN ALMARHUM




 


SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS RUH ALMARHUM
--------------------------------------------
.




SELFLESS RULER AT HEART

Daulat Tuanku!, Daulat Tuanku!, Daulat Tuanku!!
.
.
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR 
(SULTAN JOHOR KE 5)

DIMASYHUR SEBAGAI SULTAN

PADA 23 Jan 2010. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru lanjutan dari kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar.

Majlis pemasyhuran adalah selaras dengan Perlembagaan Negeri Johor 1895 dibacakan secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada jam 10.21 pagi Sabtu


"Menjunjung seperti dalam Perlembagaan Negeri Johor 1895, pewaris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dengan ini dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan dalam undang-undang yang sama" kata MB.

Sebaik sahaja dimasyhurkan, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Johor dan  berikrar mematuhi undang-undang dengan adil dan saksama. 
Baginda yang berpakaian Baju Melayu Johor berwarna putih, juga berjanji untuk menghormati dan melindungi Islam dan adat istiadat Melayu dan teguh memegang Perlembagaan Negeri Johor 1895 serta juga Undang-undang Islam Johor.


Majlis angkat sumpah disaksikan oleh bonda tirinya, mantan Sultanah Johor, Tuanku Hajjah Zanariah, isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan semua anakanda serta kekanda dan adinda baginda.

Pemasyhuran ini adalah turutan dari kemangkatan ayahanda baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, di Puteri Specialist Hospital di sini pada jam 7.15 petang Jumaat. Majlis pemasyhuran mengambil tempat beberapa jam sebelum jenazah almarhum Sultan Iskandar dimakamkan diMakam DiRaja Bukit Mahmoodiah.

Sehari sebelum ini, pada 22 Jan 2010, Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Pemangku Sultan apabila ayahandanya dimasukkan ke hospital kerana kegeringan.



Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah berkahwin pada tahun 1982.



Tunku Ibrahim Ismail telah diisytiharkan menjadi Tunku Mahkota Johor (Crown Pince of Johor) pada 3 Julai 1981.  Baginda juga telah dilantik menjadi Pemangku Sultan dari 25 Apr 84 hingga 24 Apr 89 apabila ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong.


Tunku Ibrahim Ismail, diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.  Bondanya ialah Sultanah Kalsom yang berbangsa Inggeris.  Tunku Ibrahim mendapat dididkan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor Bahru dan kemudian dihantar ke Trinity Grammar School di Australia dari 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abu Bakar (English College). Tunku Ibrahim Ismail menerima pendidikan asas agama islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek,  Johor Baharu.

Setelah menamatkan persekolahan menengah, baginda telah dihantar mengikuti latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Darat (PULADA), Kota Tinggi selama 3 bulan. Kemudian baginda dihantar mengikuti latihan lanjutan ketenteraan ke US Infantry School of Arms, Fort Benning, Georgia, USA dan kemudiannya mengikuti latihan peperangan khas di Special Warfare School,  Fort Bragg, North Carolina, USA.


Sepulangnya ke tanah air, Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Timbalan Pemerintah Pasukan Tentera Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force). Tunku Ibrahim Ismail juga telah mengikuti latihan asas penerbangan helikopter di Pusat Latihan Terbang TUDM di Kluang sehingga menerima sayap penerbangan. Baginda juga pernah mengikuti latihan pendek selama 2 bulan di pusat latihan TLDM.

Tunku Ibrahim seorang yang aktif dalam sukan dan sangat cemerlang dalam permainan polo dan pernah bermain di peringkat antarabangsa. Baginda juga boleh bermain tenis, golf, perahu layar, menembak dan berminant dengan permotoran.


CONGRATULATIONS to Tuanku Sultan Ibrahim (Ku Yem) on his proclaimation as a new Sultan of Negeri Johor Darul Taazim dan jajahan takluknya.

Tuanku Ibrahim berkahwin pada 22 Sept 1982 dengan Raja Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Afifullah Shah dan baginda berdua dikurniakan Allah dengan enam orang putera dan puteri: 
  • Tunku (Brig Jen) Dato' Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar DK1 DK2 SPMJ SMJ - Tunku Mahkota Johor (diputerakan pada 4 Jun 1984)
  • Tunku Aminah Maimunah Iskandariah. (diputerikan pada 8 April 1986).
  • Tunku (Mej) Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (diputerakan pada 25 Dis 1987) - Tunku Temenggung Johor.
  • Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Dis 2015). - Tunku Laksamana Johor.
  • Tunku (Kapt) Abdul Rahman Hasanal Jeffri (Iman) (diputerakan pada 5 Feb 1993). - Tunku Panglima Johor.
  • Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (diputerakan pada 30 Mei 2001). Tunku Putera Johor.

Tuanku Sultan sangat terkenal dengan aktiviti 'Kembara Mahkota Johor'. Semasa menjadi Tunku Mahkota Johor, tiap-tiap tahun Sultan Ibrahim Ismail ibni almarhum Sultan Iskandar mengetuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) sejak tahun 1998. Rombongan baginda yang disertai oleh penunggang motorsikal berkuasa tinggi dan kenderaan pacuan 4 roda akan melawati semua daerah dan kampung-kampung di seluruh Johor.

Tujuan Kembara ini yang turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri adalah untuk menemui dan mengetahui masalah rakyat serta menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Tuanku with his favourite bike

Gelaran Sultan Johor yang baru

JOHOR BAHRU 25 Jan. - Gelaran rasmi bagi Sultan Johor yang baru ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, gelaran itu merujuk kepada Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta'zim.

Bagi pasangan baginda, gelaran rasmi ialah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah. Perbezaan di sini ialah tiada gelaran Sultanah sehingga diperkenankan kelak.

Manakala gelaran rasmi Tunku Mahkota Johor ialah Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda Sultan sedang berucap di salah sebuah masjid di Johor

Raja Zarith Sofia bersama puteri tunggalnya Tunku Aminah

SIGNIFIKAN

Apakah sinifikan DYMM SULTAN IBRAHIM JOHOR dengan diriku? 

PERTAMA,  Tuanku adalah Sultan dan yang DiPertuan bagi Negeri Johor Darul Taazim dan jajahan taaluknya.

KEDUA. Tuanku diputerakan pada 22 Nov, sama dengan hari lahirku.  Bezanya baginda diputerakan pada tahun 1958 manakala aku dilahirkan pada tahun 1959. Selepas ini, setiap kali aku menyambut hari jadi, seluruh negeri Johor akan bercuti sehari. 

KETIGA, Tuanku mengikuti latihan penerbangan helikopter di PULATIBANG 2, TUDM Kluang dalam tahun 1981 bersama dengan 'my batch'  (Course siri berapa, aku kurang ingat). Baginda mengambil perbarisan tamat latihan dan penyempurnaan sayap penerbangan (sebagai parade commander) dalam tahun 1982. Bagaimanapun, aku tidak bersama-sama dalam perbarisan itu kerana aku telah gagal latihan penerbangan lebih awal dan telah bertukar ke TUDM Kuching. Skot aku yang lain Rahman, Ravi, Saib dan Lokman dapat peluang menghadiri makan malam bersama Tuanku di Istana Johor.

TMJ mengetuai perbarisan penganugerahan sayap penerbangan 1982



 BERITA-BERITA SELEPAS DIISYTIHARKAN 
 MENJADI SULTAN 

Empat Gelaran 'Dato' Johor' Ditarik Balik

Jemaah Majlis DiRaja Johor(JMDRJ) mengesahkan penarikan semula gelaran Dato' kepada empat individu (penerima) oleh DYMM Sultan Johor berkuatkuasa 11 Jun 2010. Penarikan semula berkenaan adalah atas justifikasi mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Mereka yang ditarik balikgelaran Dato' ialah:

Dato' Chua Jui Meng (SPMJ dan DPMJ). beliau adalah seorang ahli politik, bekas Naib Presiden MCA, bekas Ahli Parlimen BN kawasan bakri, Muar dan juga bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Beliau menyertai PKR pada tahun 2009 setelah kecewa tewas dalam pemilihan jawatan Presiden MCA ditangan Dato' Ong Teng Keat pada tahun 2009.

Dato' Sharifah Mazlina binti Syed Abd Kadir (SPMJ dan DPMJ). Beliau adalah bekas Pensyarah Sains Sukan UITM dan merupakan wanita Asia pertama yang berjaya merentasi Kutub Selatan dan Utara berseorangan.

Lt Kdr Dato' Shaftdean Lutfy Rusland (SPMJ dan DPMJ). Beliau adalah seorang pegawai TLDM yang juga suami kepada Tunku Muna Najiah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj.

Dato' Hassan bin Yunos (DPMJ). Beliau adalah seorang Peguam.



Tiada Penganugerahan Pingat Semasa HUT Keputeraan

Tidak seperti Negeri-negeri lain, selain mendapat cuti umum sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Keputeraan Sultan/Raja atau Yang DiPertua Negeri mereka, HUT disambut dengan perayaan besar-besaran (malah ada yang beberapa hari) yang menelan belanja ratusan ribu ringgit, malah boleh mencapai juta.  Selain dari, HUT Keputeraan Sultan ramai orang yang mendapat pelbagai bintang, pingat dan gelaran.  Ada Dato Seri, Dato' Seri DiRaja, Dato Seri Utama, ada Dato Pahlawan, Dato Wira, Dato Paduka dan macam-macam lagi.  Ada negeri yang menganugerahi gelaran Dato' kepada beratus-ratus orang dalam setahun.  Negeri yang tidak mempunyai Sultan/Raja pun ada yang melebihi negeri beraja dengan memberi pelbagai-bagai peringkat gelaran Dato.  Malah..malah..malah..Wilayah Persekutuan (yang tidak mempunyai Raja atau YDPN) pun turut mengeluarkan anugerah bintang, pingat dan gelaran.

Sejak mengambil alih pemerintahan negeri pada 22 Januari 2010 baginda tidak mengurniakan pingat semasa HUT Keputeraan Baginda.  Semasa menyambut HUT Keputeraan ke 53 pada 22 November 2011, DYMM Sultan Johor tidak mengurniakan sebarang pingat.  Baginda hanya mengadakan jamuan teh rakyat.

Pada pendapat saya, bukanlah baginda tidak langsung menghargai jasa rakyatnya, tetapi Baginda amat teliti.  Hanya yang benar-benar berjasa serta menepati syarat kelayakan tertentu sahaja yang akan dikurniakan pingat.  Waktunya pun atas titah dan keizinan Tuanku sendiri, tidak semestinya semasa HUT Keputeraan.  Syabas Tuanku kerana menjaga STANDARD Dato' Johor.




Sultan Johor Revives Old Royal Attire

HIS Royal Highness Sultan Ibrahim Sultan Iskandar of Johor made a striking appearance at the Proclamation Ceremony of the 14th Yang DiPertuan Agong on Dec 13.



He was resplendent in an attire which many assumed to be newly designed for the occasion. The attire reflected history.
Sultan Ibrahim has a penchant for reviving royal court traditions inherited from the temenggong, from governance to diplomacy and from the art of dressing to protocol.

He has confirmed royal blue as the sovereign's colour. In his wisdom, Maharaja Abu Bakar in 1871 chose the colour to denote the universe, reflecting his faith in Islam and his subservience to Allah.

Maharaja Abu Bakar embarked on a visit to England in 1866 and thereafter, at different times, to Europe, Turkey, Egypt, Japan and China with an eye for the needs of his country. He adapted the ceremonial attire, decorations and conduct of European and Middle Eastern courts.

At a ball in honour of the Prince of Wales in 1882, he was dressed in blue velvet with diamonds. It was his style of living modelled on the contemporary practice of European courts.

Yet, he preserved a shrewd mixture of Malay tradition and Western innovation. He was insistent on the observance of Malay decorum where he deemed it appropriate. This trait has permeated Johor's modern sultanate.




Abu Bakar introduced and popularised the Baju Melayu Telok Belanga. But he did not decree it as ceremonial attire for royalty.

Instead he preferred the European tunic, adapted to Eastern design, with braided epaulette, gorgets, chevrons and shiny baubles. The tunic was made of dark blue velvet. The epaulette, gorgets and buttons were encrusted with diamonds. The chevron was braided with gold thread intricately designed with gambier and pepper motif. The head gear is a black velvet songkok adorned with an aigrette of diamond pendants.

The songkok was introduced during the time of Temenggong Ibrahim. The Malays, who had been using the tanjak, had the brim of the Western hat removed and wrapped it with a piece of cloth into the shape of a turban. For ease of the wearer the cloth was later removed and the turban evolved into a songkok. Abu Bakar decreed the black velvet songkok as the official ceremonial headgear for Malays.

Abu Bakar had members of his cabinet wear a dark blue ceremonial uniform, complete with dress sword and black songkok with a silver aigrette. To this day, counsellors of the royal court wear a similar uniform.

The chief ministers, too, were similarly attired as they were made presidents of the royal court until 1966, after which no politician was appointed counsellor or president. The menteri besar now wears the ceremonial uniform of the Johor civil service.

Abu Bakar's son Tunku Ibrahim was dressed in the white ceremonial uniform of an officer of the Johor Military Forces (JMF) when he was appointed the Tunku Mahkota in 1891. But he perpetuated the ceremonial attire designed by Abu Bakar for his coronation and birthday celebrations. Sultan Ismail wore similar attire at his coronation on 10 Feb, 1960.

Sultan Ibrahim as commandant of the JMF was always photographed in uniform similar to the British army field service uniform. But, he and the rulers after him, Sultan Ismail and Sultan Iskandar, as commandant adopted the white ceremonial uniform of the JMF as official uniform at royal ceremonies.

Last year, Sultan Ibrahim departed from the white uniform and revived the dark blue uniform introduced by Abu Bakar. However the design was based on the JMF ceremonial uniform complete with the JMF upturned bill cap. This is the uniform that he wears for his official portrait.

He sought the opinion of the Council of the Royal Court on the reintroduction of the ceremonial attire of Abu Bakar to showcase Johor's past glory. The uniform was stitched based on the original design. The songkok was made by an artisan in Muar. The original epaulette, gorgets and buttons set in diamonds designed by Abu Bakar had been secured in a bank vault as part of the crown jewels.

The diamonds form an heirloom collection of Abu Bakar who was described by The Washington Post of 25 Jan, 1893, as "a ruler who in full regalia strings US$10,000,000 worth of diamonds from his shoulders". The newspaper recognised that Abu Bakar's wealth was due to his success in the economic development of Johor and in his visits to foreign lands to promote trade of the state's products, including spices, gambier, rattan, tin and tea.

The stars adorning his left breast are insignias of the two oldest orders of chivalry in the country. The Order of the Royal Family and the Order of the Crown of Johor were introduced by Abu Bakar on 31 July, 1886, 30 years earlier than other Malayan states. Sultan Ibrahim decreed the heirloom, regalia and crown jewels be made state property to be enjoyed by the ruling sovereign.

Some quarters have voiced their criticism that the Johor sultanate has no traditional Malay attire as a ceremonial uniform. This is a non-issue as apparel is only a physical appearance. The sultanate wears its heart on its sleeves in ensuring the welfare, prosperity and happiness of its people.

Read more: New Straits Times http://www.nst.com.my/streets/johor/sultan-revives-old-royal-attire-1.24102#ixzz1hn72ljNd

 ALBUM TUANKU 


Tuanku sebelum majlis perkahwinan bersama tunangnya

Sebagai Canselor Universiti Tun Hussein Onn

 


   
 
Serius dan jovial semasa ditemu rama
 
  
  
Tuanku Sultan menganugerahkan bondanya Puan Kalsom dengan Darjah Kerabat (DK)
sempena HUT keputeraan baginda 52 pada 22 Nov 2010.

SULTANKU - SEGAK,GAGAH DAN BERGAYA


ALBUM YAM RAJA ZARITH SOFIA


 
Permaisuri (Sultanah) yang intelek, anggun dan kaya dengan senyuman

.
birthday tea party

  DAULAT TUANKU!  

 


 




https://www.royalark.net/Malaysia/johor14.htm
https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_Sultan_Johor#
https://www.royalark.net/Malaysia/johor4.htm
https://ms.wikipedia.org/wiki/Temenggung_Abdul_Rahman
https://ms.wikipedia.org/wiki/Temenggung_Daeng_Ibrahim
https://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_of_Johor
https://en.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_of_Johor
https://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_of_Johor



SYARAT KETAT ANUGERAH 'DATO' JOHOR
Oleh DATUK ABDUL RAHIM RAMLI

MAHARAJA Abu Bakar membawa balik beberapa inovasi dari pengalaman baginda melawat England dan Eropah untuk menjadikan Johor sebagai negeri moden dan bertamadun. Baginda merupakan Raja Melayu yang pertama membuat lawatan ke England dalam tahun 1866 dan seterusnya sebanyak enam kali melawat England dan Eropah.

Baginda berhasrat Johor kekal sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat dan mendahului negeri-negeri lain. Dengan termetrinya Perjanjian Setia yang ditandatangani baginda dengan kerajaan Ratu Victoria pada 11 Disember 1885 bukan sahaja Inggeris mengiktiraf Johor sebagai negeri merdeka bahkan lebih daripada itu mengiktiraf Abu Bakar dan waris-waris gantinya sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Johor dan Segala Jajahan Takluknya. Pengiktirafan ini menambah lagi kedaulatan Abu Bakar dan menyingkir anggapan baginda hanya seorang bangsawan tetapi tidak berdarah raja.

Tidak seperti Raja-raja lain, Sultan Abu Bakar tidak menunggu Inggeris menakluk negerinya dan menghadiahkan darjah dan bintang sebagai balasan. Malah baginda membawa "peperangan" dengan Inggeris ke gelanggang mereka sendiri iaitu England. Dengan itu terzahirlah Perjanjian Setia yang memberi perlindungan daripada ancaman Inggeris.

Persetiaan ini merupakan satu kemenangan moral bagi Abu Bakar terhadap Inggeris yang sentiasa merancang untuk meletakkan Johor di bawah pentadbiran dan takluknya sebagaimana yang telah dilakukan ke atas negeri-negeri lain.

Sultan Abu Bakar berjaya bertahan dan mematahkan perancangan Inggeris yang bertubi-tubi selama 30 tahun.

Selepas Abu Bakar memindahkan pusat pentadbiran dari Telok Belanga ke Iskandar Puteri (sekarang Johor Bahru) dalam tahun 1858, baginda menubuhkan sistem pentadbiran moden yang menjadi asas pengurusan sekarang.

Baginda menubuhkan sebuah Jemaah Menteri mengandungi 12 orang pengikut-pengikut baginda yang taat setia, dan sebuah Dewan Negeri dengan tambahan 12 orang lagi termasuk dua orang wakil masyarakat Cina untuk bersama-sama mengurus dan mentadbir Johor.

Di samping itu baginda menubuhkan beberapa jabatan kerajaan seperti polis, kastam, mahkamah, perbendaharaan, kesihatan, agama, pelajaran, jabatan ukur dan kemajuan tanah dan lain-lain.

Sistem pengurusan ini berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga Gabenor Inggeris melaporkan kepada Colonial Office tidak ada keperluan dan tidak munasabah Inggeris campur tangan dalam pentadbiran Johor.

Pada asalnya Ahli Jemaah Menteri memegang jawatan-jawatan yang mempunyai ascribed title atau gelaran seperti Dato' Menteri bagi Menteri Besar, Dato' Bentara Dalam bagi Menteri Hal Ehwal Dalam dan Pelajaran, Dato' Bentara Luar bagi Menteri Pembangunan dan Tanah, Dato' Sri Amar DiRaja bagi Menteri Hal Ehwal Luar dan Setiausaha Kerajaan, Dato' Setia bagi Pesuruhjaya Polis, Dato' Penggawa Barat bagi Pentadbir Wilayah Barat, dan Dato' Penggawa Timor bagi Pentadbir Wilayah Timor.

Gelaran Dato' adalah dipadankan daripada gelaran hulubalang Empayar Johor dalam kurun ke-15 lagi. Abu Bakar meneruskan gelaran ini melalui peraturan perundangan dan fisikal.

Baginda berhasrat menghargai pengikut dan pegawai baginda yang taat setia bersama-sama membangunkan Johor dari hutan belantara ke sebuah negeri yang maju dan bertamadun.

Baginda mencipta Darjah Kerabat Johor Yang Amat DiHormati (DK) dan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (SPMJ dan DPMJ). Darjah-darjah kebesaran ini dizahirkan serentak pada 31 Julai 1886 dan merupakan Darjah pertama di antara Negeri-negeri Tanah Melayu.

Di antara penerima-penerima DK ialah adik-beradik Abu Bakar. Antara penerima utama gelaran Dato' adalah Menteri Besar Dato' Jaafar bin Mohammad, Dato' Bentara Dalam Mohammad Ibrahim Abdullah Munshi, Dato' Bentara Luar Mohammad Salleh Bin Perang, dan Pesuruhjaya Polis Dato' Setia Abdullah Tahir.

Penerima SPMJ pertama bergelar Dato' bagi ketua masyarakat Cina ialah Tan Hiok Nee seorang ahli Dewan Negeri dan ketua persatuan Ngee Heng Kongsi.

Kriteria pemilihan Dato' yang digunakan oleh Abu Bakar iaitu taat setia, perkhidmatan cemerlang, kepimpinan dan keikhlasan terus diamal dan dipraktikan oleh Sultan-Sultan Johor selepas baginda. Abu Bakar memaktubkannya ke dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 bagi mempertinggikan martabat Darjah itu, dan memberi kuasa mutlak kepada Raja terhadap pengurniaannya.

Almarhum Sultan Ibrahim dalam tahun 1925 mencipta Undang-Undang dan Peraturan bagi Darjah memperkuatkan kuasa Raja dalam hal-hal Darjah. Pada masa sekarang jika terdapat kesangsian nama calon dirujuk kepada pihak berkuasa seperti polis, mahkamah dan agensi pencegah rasuah untuk siasatan dan pengesahan.



Mulai 1886 juga seorang Dato' diberi gelaran "Yang Berhormat" membawa makna ia hendaklah mempunyai dan mengamalkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, perwatakan berhemah tinggi, jujur dan ikhlas, menghormatkan orang lain, bermoral, bertingkah laku yang sopan santun, dan kepimpinan yang boleh dijadikan teladan.

Mulai tahun 1990, calon beragama Islam dikehendaki menyempurnakan Solat Sunat dan melafaz Sumpah Syarie bertaubat dan mohon ampun dan perlindungan Allah SWT dan sentiasa taat kepada perintah-Nya, serta taat kepada Raja dan kerajaan.

Imam Darjah membacakan doa sebelum dan selepas kurniaan mohon kepada Allah semoga dikurnia perlindungan dan petunjuk-Nya kepada Dato' itu. Perkataan "Kepada Allah Berserah" diukir ke atas Bintang Darjah. Semuanya ini menunjukkan seorang Dato' itu tidak terlepas daripada tanggungjawab yang berat dan sentiasa memohon taufik dan hidayat Allah Maha Kuasa.

Bagi Dato' yang bukan beragama Islam harapan dan aspirasi rakyat serta tanggungjawab terhadap mereka adalah sama beratnya walaupun mereka tidak mengangkat sumpah.

Dato' Johor yang terdiri daripada orang Melayu secara otomatis menjadi ahli bagi Jemaah Pangkuan Negeri yang berkuasa dalam hal memilih, mengesah dan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor sebagai Sultan selepas kemangkatan Almarhum. Di sini juga keikhlasan dan taat setia serta pendirian mereka diuji.

Ada orang mengatakan gelaran Dato' Johor adalah berat, dan mungkin ada orang yang tidak dapat memikulnya dengan sempurna. Setelah diperkenankan, istana akan mengeluarkan surat bertanya jika calon itu bersetuju menerimanya.

Jika seseorang calon berasa belum sampai masanya dan tidak sanggup memikul bebanan tanggungjawab yang berat, dia boleh menolaknya. Ini tidak dianggap sebagai biadab atau menderhaka asalkan tujuannya murni.

Syarat-syarat kurniaan amat ketat bagi memartabatkan kemuliaan Darjah itu. Dari tahun 1886 hingga sekarang 712 orang telah diberi kurniaan Dato'. Pada hari ini terdapat 110 Dato' Johor yang masih hidup. Justeru sindiran sinis jika dibaling batu tentunya sebiji akan jatuh ke atas seorang Dato' Johor tidaklah boleh diterima.

Dalam zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim, baginda mengurniakan gelaran "Datin" kepada isteri seorang Dato'. Pada masa sekarang isteri Dato' tidak bergelar Datin tetapi digelar "Datin Dato'….(nama suami).


Gelaran ini hanya kepada isteri pertama jika Dato' itu mempunyai lebih daripada seorang isteri. Gelaran itu boleh digunakan jika Dato' itu meninggal dunia dan selagi balu tidak bernikah lagi. Isteri yang diceraikan oleh Dato' tidak boleh menggunakan gelaran itu. Ini merupakan satu keunikan di Johor.

Rencana ini disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini. PENULIS ialah Setiausaha Jemaah Majlis DiRaja merangkap Menteri Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Istana Besar, Johor Bahru

No comments:

Post a Comment