BOLA SEPAK MALAYSIA
Penulis bukanlah seorang penggemar sukan yang tegar, jauh
sekali ahli sukan. Penulisan berkaitan bola sepak ini disebabkan bolasepak adalah sukan yang jadi
perhatian semua lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jadi tidak dapat
tidak, penulis kena mengambil tahu perkembangan bola sepak di Malaysia.
Masa penulis di sekolah rendah dulu, penulis pernah mewakili sekolah (school team). Tetapi sekolah penulis tidak pernah menang semasa
perlawanan peringkat pusingan awal di kalangan sekolah bagi kawasan Senggarang (peringkat lebih tinggi adalah peringkat daerah Batu Pahat). Baru perlawanan pertama pusingan
awal sudah kecundang. Penulis bermain posisi ‘fullback’ kerana penulis jenis malas berlari dan menggelicik bola. Cerita zaman itu, sukar untuk diinterpretasikan. Budak-budak kampung bukan ‘kaki bangku’. Mereka/Kami berminat dan berbakat bermain bola, namun fahamilah keadaan ketika itu (hujung tahun 1960an). Sekolah
pendalaman (consider as remote area), kalau tengok
keadaan padang sekolah kita. nak kata padang bola, padang ragut lembu pun lagi
cantik. Tanah gambut, rumput macam-macam rupa, campur dengan lalang. Bukan sahaja tidak rata malah berbonggol. Tunggul
kayu hutan pun masih ada lagi, lopak air sana-sini. Nak
sepak bola tersepak tunggul atau bonggol tanah yang terbang. Kalau main masa musim hujan, depan tiang gol
macam lopak kubang kerbau.
Kasut bola pun kami tak kenal. Latih main bola ‘kaki ayam’
atau kasut sekolah, tapi bila lawan bola, kena pakai kasut, sekolah bagi
‘pinjam’. Kasut turun temurun dari murid2 tahun-tahun sebelumnya. Itu pun midfielder saja
yang dapat.Yang lain pakai kasut Fung Keong. Bayangkan. Bila main kat sekolah
lawan (di pekan), padang cantik, rata dan keras. Kami jadi macam kerbau dilepaskan di padang lumba kuda. Bersepah, haru-biru kena kerjakan pasukan lawan.
Jurulatih, dialah guru senaman (pendidikan jasmani), dialah Setiausaha Sukan sekolah, dialah jurulatih semua jenis sukan. Kami main tanpa kepakaran jurulatih. Ikut kaki sendiri.
Masa sekolah menengah, penulis tidak berapa minat bermain bolasepak.
Sesekali masa pendidikan jasmani atau main petang-petang masa hari sukan. Penulis hanya aktif main bola tampar dan sukan olahraga (lempar cakera) dan 2 tahun berturut-turut dapat pingat emas
masa sukan tahunan sekolah). Bila masuk MSSD kat Stadium Batu Pahat,
hancussssss….. bukan tidak mahu mengaku kelemahan diri, tapi masa saringan, tenguk saiz budak
Cina dari High School, SMK Jalan Kolam Air, SMI…dah kecut. Budak sarapan
lempeng ubi kayu berlawan budak bandar sarapan roti dan keju. Baling pun ikut stail sendiri.
TAPI...ada hikmahnya, walaupun kalah setiap tahun. Di
Stadium Batu Pahat itu lah aku bertemu jodoh dengan isteriku sekarang.
Pada tahun 1972, semasa pasukan bolasepak Malaysia berjaya
mewakili Asia Timur ke Sukan Olimpik Munich, penulis masih dalam Tingkatan 1. Penulis masih ingat, Syed Ahmad bin Syed Bakar, hero pasukan Malaysia yang menjaringkan
5 gol (kalau tak silap) dengan mengalahkan gergasi bolasepak Asia masa itu,
Korea Selatan dan Jepun semasa perlawanan kelayakan peringkat Zon Asia Timur.

Ketika itu, dalam kampung penulis hanya ada satu set televisyen, iaitu di kedai runcit kampung sahaja. Belaiu seorang yang ada generator dalam kampung itu. Selain itu, maklumat didapati dari akhbar Utusan Melayu (jawi) yang dilanggan oleh arwah bapak. Walaupun penulis bukan kaki bola, aku mampu menghafal nama-nama pemain kebangsaab Malaysia masa itu, antaranya:
Chow Chee Keong, Wong Kam Fook, Wong Hee Kok, Soh Chin Aun, Wong Chun Wah, M.Chandran (Kapten), Dell Akbar Khan, Othman Abdullah, Wan Zawawi Wan Yusof, Shaharudin Abdullah, Namat Abdullah, Santokh Singh, Bahwandi Heralal,
Mahadi Yusof, Ali Bakar, Mohamad Bakar, Zulkifli Norbit, Baharin Khamis, Abdullah Ali, Salleh Ibrahim dan lain-lainnya.
Dalam tahun 1970an, majoriti pemain pasukan kebangsaan adalah pemain dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Itulah tiga negeri yang mendominasi kejohanan Piala Malaysia (selain Singapura).
Walaupun tewas di pusingan awal Olimpik (Munich), Malaysia menang dengan USA
(3-0), kalah dengan tuan rumah Jerman barat (0-3) dan tewas dengan Morocco
(0-6). Dalam perlawanan kelayakan Olimpik 1972 di Seoul, Malaysia berjaya
membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan 1-0, mengetepikan Jepun 3-0. Semua
gol ialah hasil jaringan Syed Ahmad, seorang legenda bola sepak negara.
Welldone!

Dalam Sukan Asia di Tehran (1974) Malaysia tewas di tangan
Israel 3-8 tapi kemudian menewaskan Filipina dengan 11-0, satu rekod yang sukar
diatasi hingga kini. Bagaimanapun, Malaysia tewas 0-1 di tangan Iran pada
peringkat separuh akhir, sebelum menumpaskan Korea Utara 3-2 dalam penentuan
pingat gangsa.
Penulis baca satu blog yang ditulis oleh Baharin Khamis (salah
seorang bekas pemain Olimpik 1972), bahawa elaun harian pemain bola sepak
negara era 1970-an hanyalah RM50 sehari, tetapi mereka tetap MEGAH dan PERKASA. Penulis tidak tahu pendapatan/elaun pemain Malaysia sekarang, berapa mereka dapat sehari.

'Skipper' Soh Chin Aun (Kapten Malaysia 1974-79)
Tahun 1980 (masa tu penulis sedang menjalani latihan asas ketenteraan di SPK Sebatang Karah, Port
Dickson (nak tengok tv pun tak ada peluang), sekali lagi Malaysia berjaya masuk ke Olimpik di Moscow. Malangnya
pasukan kita tidak kesampaian untuk mempamirkan bakat mereka di arena Olimpik
lantaran isu pemulauan pasukan Israel. Malaysia merupakan salah satu gergasi
bolasepak Asia. Bintang bolasepak yang
mewarnai dunia bolasepak Malaysia masa itu ialah:
Arumugam, Ong Yu Tiang, Soh Chin Aun (Kapten), Kamarudin Abdullah, Santokh Singh, Jamal Abdul Nasir, Abdullah Ali, Khalid Ali, Shukor Salleh, Abdal Aliff, Bakri Ibni, Mokhtar Dahari, Hassan Sani, James Wong Chye Fok, Salleh Ibrahim, Davendran, Peter Rajah, Wan Jamak Wan Hassan, Ramli Junit, D. Davendran, S. Puspanathan, Zulkifli Hamzah, Tukiman Bahari dan lain-lain.
Soh Chin Aun @ Taukey, Santokh Singh dan 'Super Mokh' Mokhtar Dahari
Pasukan negara yang digelar sebagai Harimau Malaya ini disegani pada
tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal
2000-an. Walaupun, ia nampak bangkit sedikit setelah memenangi pingat emas di
Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos pada bulan Disember 2009 TETAPI
pandangan peribadi penulis, masih belum ada penuh kepercayaan tentang kebangkitan Malaysia dalam bolasepak.
SEJARAH PASUKAN KEBANGSAAN
Pasukan Kebangsaan
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia
dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan
antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama
dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya
ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah
menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain
seperti:
Abdul Ghani Minhat (yang digelar "Raja Bola"), Arthur Koh, G.Govindaraju,
Robert Choe, Dali Omar (Dali kemudiannya berhijrah ke Australia untuk bermain di sebuah Kelab di sana), Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.
Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat (Raja Bola)
Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat PSM DSSA DIMP AMN PJK
dilahirkan pada tahun 23 December 1935 dan meninggal dunia pada 28 September
2012. Beliau mewakili Selangor pada tahun 1950s sehingga 1960an. Beliau bermain
sebagai Penyerang dan Pemain Sayap, beliau juga pernah dihantar oleh FAM ke
Eintracht Frankfurt, Germany dan beberapa negara lain untuk menjalani latihan.
Beliau masih lagi memegang rekod Malaysia dengan jaringan 106 goal dalam 15
perlawanan serta 11 goal dalam kemenangan 15-1 ke atas Filipina.
Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan
Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan
Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan
Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran
yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi
pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia
1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak
berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.
Senarai pemain Malaysia di awal tahun 70an ialah:
(1) Chow Chee Keong (penjaga gol)
(2) Wong Kam Fook (penjaga gol)
(3) Wong Hee Kok (penjaga gol)
(4) Lim Fung Kee (penjaga gol)
(5) Soh Chin Aun (Datuk)
(6) Wong Chun Wah
(7) M. Chandran (Datuk) - Kapten
(8) Dell Akbar Khan (Datuk)
(9) Othman Abdullah
(10) Looi Loon Teik
(11) Wan Zawawi Wan Yusof
(12) Shaharudin Abdullah
(13) Namat Abdullah (Datuk)
(14) Bahwandi Heralal
(15) Mahadi Yusof
(16) Ali Bakar
(17) Zulkifli Norbit
(18) Syed Ahmad Syed Bakar
(19) Baharin Khamis
Namat Abdullah, Shaharudin Abdullah dan Ali Bakar
Chow Chee Keong, Isa Bakar dan Wan Zawawi Yusof

Mokhtar Dahari bersama
lagenda bola sepak dunia Maradona yang datang ke KL bersama Boca Juniors pada
1983
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan
peningkatan satu generasi pemain legenda, satu gabungan kental yang diketuai
oleh penyerang serba boleh Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan kebal; Santokh
Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gawang goal yang tangkas, R.Arumugam atau
'spiderman'.
Pemain-pemain Kebangsaan di akhir tahun 70an dan awal 80an
ialah:
(1) Lim Fung Kee (penjaga gol)
(2) R. Arumugam (penjaga gol)
(3) Yip Chee Keong (penjaga gol)
(4) Ong Yu Tiang (penjaga gol)
(5) Hamid Ramli (penjaga gol)
(6) Santokh Singh(Datuk)
(7) Soh Chin Aun (Datuk) - Kapten
(8) Bakri Ibni (Datuk)
(9) Hassan Sani
(10) Isa Bakar
(11) James Wong
(12) Khalid Ali
(13) Khor Sok Ling
(14) Marzuki Ismaun
(15) Mokhtar Dahari (Dato') - Kapten
(16) Redhuan Abdullah
(17) Shukur Salleh (Datuk)
(18) Yahya Jusoh (Datuk)
(19) Abdullah Ali
(20) Tukiman Bahari
(21) Zulkifli Hamzah
(22) Jamal Abdul Nasir (sekarang Datuk)
(23) Wan Anizan Daud
(24) Ramli Junit
(25) K. Rajagopal
(26) Nik Fauzi Hassan
(27) Wan Jamak Hassan
(28) K.Marimuthu
(29) Norizan Bakar
(30) K.Kanagaraja
(31) Irfan Bakti Sali
(32) Kamarudin Ahmad
(33) Kamarudin Mohd Noor
(34) Yassin Mohd Noor
(35) Rahim Abdullah
Bakri Ibni, Wan Jamak Wan Hassan dan Jamal Abdul Nasir
Rashid Hassan, Zulkifli Hamzah dan Abdah Alif
Buat kali keduanya, Malaysia layak ke Sukan Olimpik di
Moscow (1980), malangnya kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana
membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak
Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kali ini, pasukan
kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain
pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth
Singh. Antara pemain utama lain negara
masa ini ialah:
Senarai Pemain Kebangsaan antara 1980n - pertengahan
1990an.
(1) Rashid Hassan (gol)
(2) Lim Teong Kim (gol)
(3) Salleh Mohd Noor (gol)
(4) Omar Salim (gol)
(5) K. Vithialingam
(6) Khan Hun Meng (Khan HM kemudiannya berhijrah ke sukan golf profesional)
(7) K. Rajagopal
(8) Dollah Salleh (Dato')
(9) Shukor Salleh -Kapten
(10) Azizool Abu Hanipah
(11) Serbegeth Singh (Shebby)
(12) Zainal Abidin Hassan Ali
(13) Subadron Aziz (Dato'')
(14) S. Balachandran
(15) Tang Siew Sing
(16) Wong Hung Nung
(17) Ibrahim Hj Din
(18) Lahad Daduk Sulik
(19) Nasir Yusof
(20) Abd Karim Pin
(21) Faridzul Kassim
(22) Mohideen Hussein
(23) Ismail Ibrahim
(24) Hussin Jaafar
(25) Solehan Mohd Som
(26) Annuar Abu Bakar
(27) Hassan Miskam
(28) Khalid Shahdan
(29) Mubin Mokhtar
(30) Suharmin Yusof
(30) Zami Ismail
(31) Zubir Ibrahim
(32) P. Dharmalinggam
(33) Wan Anizan Daud
(34) Zahid Jamil
(35) Malek Rahman
(36) V.Murugan
(37) K. Sanbagamaran
(38) A. Jayakanthan
(39) Asrof Hanafiah
(40) Shahrin Majid
(41) Razif Ismail
(42) Chow Siew Lai
(43) Mat Zan Mat Aris
(44) See Kim Peng
(45) Saidin Osman
(46) Abdul Muin Rahim
(47) Azlan Johar
(48) K. Gunalan
(49) Ahmad Yusof -Kapten
(50) Zaidi MokhtarShukor Salleh, Dollah Salleh dan Wong Hung Nung
Mubin Mokhtar, Lm Teong Kim dan Abd Karim Pin
Zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai RUNTUH pada 1994
apabila berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai
tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti
Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak
Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi
seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan
imej pasukan bola sepak negara.
Pemain Kebangsaan pertengahan tahun 1990an hingga awal 2000
(1) Khairul Azman Mohammad
(2) K.Sanbagamaran
(3) Syahril Arshad
(4) Yap Wai Loon
(5) Ahmad Fairuz Yunos
(6) B. Rajnikanh
(7) Lee Kin Hong
(8) K. Ravichandran
(9) Rusdi Suparman
(10) Zami Mohd Noor
(11) Matlan Marjan
(12) Azman Adnan
(13) Radhi Md Din
(14) Manja Man
(15) Azmil Azali
(16) A. Ambalagan
(17) Naina Mohd Ismail
(18) Aziz Azizan
(19) Azmi Mahmud
(20) Subri Sulong
(21) Mohd Nizam Adzha Yusof (Kapten)
(22) P. Ravindran
(23) Zaidi Napiah
(24) Nazzab Hizzan
(25) Mohd Zain Md Asri
(26) Husron Che Busu
Khairul Azman Mohamed, Nidzam Adza dan S. Sanbagamaran
Pada dekad 2000-an ada juga nampak kelibat pemain
berpotensi, seperti Khalid Jamlus dan Akmal Rizal Ramli serta Indra Putra
Mahayuddin, namun mereka tak konsisten, sehingga kini masih gagal mencipta nama
untuk menambat hati rakyat Malaysia. Pasukan Malaysia tetap terumbang-ambing
dan kadangkala tenmggelam punca sehingga tewas memalukan kepada pasukan
hingusan di peringkat Sukan SEA.
Tanya penulis kenapa sukar sangat bolasepak Malaysia nak
pulih? Jawapan dari orang yang tidak minat bola seperti penulis ialah:
Pemain Malaysia dah manja dengan simbahan wang ringgit
akibat dari wujudnya Liga Semi Pro. Semangat kenegerian dan kekelaban
meningkat. Tiada priority untuk pasukan kebangsaan. Kelab dan negeri adalah
periuk nasi mereka. Faktor kepimpinan.... istana dan politik.
Bila prestasi menurun, sokongan pun menurun, penuntun pun
menurun, pendapatan (kutipan tiket) pun ikut menurun. Hasilnya pasukan negeri
dan kelab tak cukup dana untuk membangunkan pasukan. Dengan kekurangan minat
dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia dalam dekad pertama 2000 masih terlalu
jauh daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sinar Baru
Tahun 2009. Adalah nampak sedikit perubahan di penghujung
tahun ni. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan
sinar harapan apabila menamatkan penantian 20 tahun apabila memungut Pingat
Emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan
bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos.
Tapi kemenangan ini pun masih belum membuktikan bahawa Malaysia telah bangkit.
Tiada jaringan gol oleh pemain Malaysia. Gol tunggal dijaringkan sendiri oleh
pemain Vietnam, akibat kesilapan pihak lawan.
Pada Sukan SEA 2000 Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah 23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat Emas di temasya tersebut. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.

Pasukan Senior Malaysia (2008)

Pasukan Bawah 23 (Emas Sukan SEA 2009)
Skuad Johan Piala AFF Suzuki 2010
29 Disember 2010 menjadi sejarah kepada rakyat Malaysia dan pasukan bolasepak Malaysia (Harimau Malaya) apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah 14 tahun lamanya. Malaysia menjadi juara buat pertama kalinya sejak kejohanan ini bermula. Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan indonesia dengan agrerat 4 – 2. Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh 80 000 penyokong Malaysia di SNBJ dan 20 juta didepan kaca tv, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan 3 – 0. Pada perlawanan ini Malaysia menunjukkan kualiti permainan yang baik dan menghiburkan.
Pada perlawanan akhir ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia tewas tipis dengan jaringan 2 – 1. Namun keadaan ini tidak menjejaskan pasukan Malaysia membawa pulang piala terbaik dirantau Asia Tenggara.
Tahniah Harimau Malaya. Inilah hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia untuk tahun 2010.
Pemain Kebangsaan 2010
- Khairul Fahmi Che Mat
- Mohd Sharbinee Allawee
- Mahalli Jasuli
- Mohd Razman Roslan
- Mohd Sabree Mat Abu
- Mohd Muslim Ahmad
- Mohd Fahdli Shas
- Khairul Helmi Johari
- Asraruddin Putra Omar
- Mohd Faizal Mohammad
- Safiq Rahim
- Mohd Amri Yayah
- K. Gurusamy
- Amar Rohidan
- Khyril Muhaymeen
- Mohd Amirul Hadi Zainal
- K. Kunalan
- Mohd Ashari Shamsudin
- Safee Sali
- Norshahrul Idlan Talaha
- Izzaq Faris Ramlan
- Faizal Abu Bakar
Pemain Kebangsaan 2011
21 November 2001, pasukan (Team) Harimau Malaya sekali lagi mengaum, mengamuk dan menggegarkan Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dalam pertandingan akhir Bola Sepak Sukan SEA Jakarta/Palembang, apabila mengalahkan tuan rumah Indonesia dengan jaringan tendangan penalti yang tragik 4-3 setelah seri 1-1 (jaringan Asrarudin Putra) dalam permainan 90 minit dan masa tambahan 30 minit.
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli;
- Khairul Fahmi Che Mat;
- Mohd Farizal Marlias;
- Mohd Sabre Mat Abu;
- Mohd Asraruddin Putra Omar;
- Mohd Rizal Fahmi Abd Roshid;
- Shahrizal Mohd Saad;
- Mohamad Aidil Zafwan Abd Razak;
- Safiq Rahim;
- Norshahrul Idlan Talaha;
- Mohamad Azmi Muslim;
- Amar Rohidan;
- Ahmad Fakri Saarani;
- Chanturu Suppiah;
- Gurusamy Govandar Kandasamy;
- Kunalan Subramaniam;
- Azidan Sarudin;
- Mahalli Jazuli;
- Izzaq Faris Ramlan;
- Mohd Amirul Hadi Zainal;
- Baddrol Bakhtiar;
- Mohamad Muslim Ahmad;
- Mohamad Ashari Samsudin;
- Mohd Fadhli Mohd Shas.
Kemenangan ini bukan sahaja berjaya menggondol 'Ibu' Pingat Emas Sukan SEA untuk kali kedua berturut-turut, bahkan melebur dan meluluhkan lebih 200 juta rakyat Indonesia yang meletakkan harapan besar kepada pasukan mereka.
Hero Harimau Malaya ialah penjaga gawang gol, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menggagalkan 2 tendangan penalti Indonesia. TAHNIAH!
Senarai penuh nama pemain utama Malaysia dalam Sukan SEA XXVI (U23) ialah:
Senarai penuh nama pemain utama Malaysia dalam Sukan SEA XXVI (U23) ialah:
- Penjaga Gol:
- Khairul Fahmi Che Mat
- Mohd Izham Tarmizi
- Pertahanan:
- Mahali Jazuli
- Mohd Muslim Ahmad
- Mohd Fadhli Shas
- Mohd Amer Saidin
- Fandi Othman
- Asraruddin Putra
- Zubir Azmi
- Tengah:
- Baddrol Bakhtiar (Kapten)
- Wan Zaharulnizam
- K.Gurusamy
- Shukur Jusoh
- Irfan Fazail
- Yong Kuong Yong
- Nazmi Faiz
- Penyerang:
- Syahrul Azwari
- Thamil Arassu
- Izzaq Faris
- Fakri Saarani
SELEPAS INI....
PENULIS TIDAK LAGI BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA
MUNGKIN PENULIS HANYA BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PIALA MALAYSIA ATAU LIGA SAHAJA
LEBIH SERONOK MELIHAT PASUKAN NEGERI BERMAIN DARIPADA PERMAINAN PASUKAN MALAYSIA
PENULIS TIDAK LAGI BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA
MUNGKIN PENULIS HANYA BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PIALA MALAYSIA ATAU LIGA SAHAJA
LEBIH SERONOK MELIHAT PASUKAN NEGERI BERMAIN DARIPADA PERMAINAN PASUKAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment