Tuesday, February 24, 2015

M 107 APA DAN KENAPA DENGAN WAHHABI?

.
Wahhabi Di Malaysia: Fahaman dan Tanggapan

Nota awal dari saya:

Isu Wahhabiyah ini kerap disebut-sebut khususnya oleh Ustaz-Ustaz sama ada dalam ceramah di masjid/surau, forum atau dalam khutbah Jumaat.

Sekali lalu, hampir semua akan kata banyak perkara yang dikaitkan dengan Wahabbi ini adalah menyalahi Ahlul Sunnah wal Jamaah. Hal-hal bidaah selu juga dikaitkan dengan Wahabbi. 
  • Apa benda Wahabbi ni?
  • Siapa dia Wahabbi ni?
  • Apa fahaman yang di bawa oleh Si Wahhab ni?
  • Di mana salah atau silapnya Wahhabi ni?
  • Benarkah Wahhabi ni salah dan sesat?

Dari apa yang aku lalui sepanjang hidupku setakat ini, bila sebut sahaja Wahabbi, jawapan yang biasa didengar ialah, ia satu fahaman yang jadi ikutan atau pegangan di Arab Saudi yang menolak Bida’ah. Malah banyak USTAZ yang sebegitu mudah mengatakan bahawa fahaman Wahabbi  ini bertentangan dengan Mazhab Shafie atau Ahlul Sunnah wal Jamaah, malah ada yang menyatakan bahawa fahaman Wahhabi adalah sesat atau menyeleweng.

Aku tak pasti sama ada semua yang dinyatakan di atas berasaskan kajian, penjelasan dari pakar atau hanya tanggapan?

Sebab, orang yang yakin berkata Wahhabi itu sesat pun tidak pernah menceritakan secara terperinci tentang siapa yang digelar Wahabi ini. Adakah benar ada manusia yang membawa fahaman Wahhabi ini, atau ia sama macam Qadyani, atau ia satu pertubuhan seperti Al Arqam, atau satu ajaran seperti Tuhan harun atau Kerajaan Langit Ayah Pin?

Aku ada mengikuti pelbagai video syarahan berkaitan dengan fahaman Wahabbi ini (mendengar life ceramah belum lagi), tapi aku belum menemui dimana kesesatan Wahhabi itu.

Ye la, aku pun risau juga kerana kebetulan dua anak lelaki aku mempunyai pendidikan di IPT Arab Saudi.  Anak sulungku pernah belajar selama lebih 3 tahun di Universiti Imam Muhammad Saud di Riyadh. Anak kelimaku pula sedang mengikuti pengajian di Medinah Islamic International University (MEDIU) di Shah Alam.
Malah ada satu websait Indonesia bertajuk "SELAMATKAN INDONESIA DARI WAHABI" dan di dalamnya terdapat banyak poster dan buku-buku yang ditulis khusus untuk menyesatkan Wahhabi. Pokoknya Islam (Mazhab-mazhab) yang dipraktikkan di Indonesia pun masih dipersoalkan.

   
  
Soalan aku satu sahaja. Kalau diwar-warkan bahawa Kerajaan Arab Saudi berpegang kepada fahaman Wahhabi yang kita sebut sebagai SESAT, jadi bagaimana halnya dengan ibadah Haji semua orang Islam dari seluruh dunia yang bukan Wahhabi?

Adakah Gerakan Wahhabi ini berani berbuat onar meroboh sana sini, menghalang itu dan ini tanpa kelulusan Kerajaan Arab Saudi atau Gabenor Makkah dan Madinah? Atau Kerajaan Saudi sendiri yang mengarahkan tindakan yang dikatakan oleh Wahhabi itu?


JIKA Kerajaan, Mufti, Qadhi, Raja Saudi setuju dengan semua tindakan Wahhabi, maka Kerajaan Saudi adalah SESAT seperti mana kita kata Wahhabi itu SESAT.

Maka, SOLAT kita di Masjidil Haram dan Masjid anNabawi bermakmumkan kepada IMAM-IMAM yang dilantik oleh Kerajaan Saudi adalah TIDAK SAH sebagaimana kita solat berimamkan Qadyani, Syiah atau Ayah Pin?

Maka, segala urusan ibadah Haji dan Umrah diatur, ditadbir mengikut FATWA yang dikuasai oleh Kerajaan Arab Saudi, berfahaman Wahhabi yang dikatakan sesat juga TIDAK SAH?

Bagaimana kita nak jawab dengan Allah nanti? 

Berikut adalah sedikit penemuanku berkaitan Wahhabi ini yang dapat meyakinkan aku. Marilah kita baca dan fahami bersama sebelum kita membuat apa-apa penetapan yang mungkin betul atau tidak betul. Yang mungkin boleh membawa fitnah atau tuduhan yang hanya berasaskan ikut-ikutan atau dengar-dengaran.

Setakat ini, ini adalah penulisan yang agak lengkap yang pernah aku temui tentang Wahhabi.
 
Kertas kerja ini telah dibentangkan pada 10 Julai 1994, di Wacana Tokoh-Tokoh Mujaddid Islam di Universiti Teknologi Malaysia, oleh: Tuan Guru Abdul Qadir Al-Mandeely (Guru di Masjidil Haram Makkah).

Siapa dia Syeikh Muhammad Abdul Wahhab? Apa itu Fahaman Wahhabiyyah?
 
Muqaddimah

Meskipun ilmu pengetahuan telah tersebar luas dikalangan masyarakat Islam dan fikiran umat Islam telah terbuka, namun tidak dapat dinafikan bahawa kesamaran serta syubhat ke atas Syeikh Muhammad Abdul Wahhab (SMAW) masih lagi bersarang di dalam fikiran sesetengah umat Islam. Mereka terkeliru dengan dustaan dan fitnah yang dilemparkan oleh orang-orang yang mempunyai tujuan tertentu. Kekaburan itu menjadi bertambah kelam apabila cerita sebenar mengenai SMAW tidak sampai kepada mereka dan ketidakmampuan mereka dalam menilai sesuatu syubahat itu dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
 
Mereka dimomokkan dengan fitnah-fitnah yang menakutkan tentang SMAW sedangkan beliau telah bertungkus lumus di dalam memperjuangkan akidah yang sahih, syariat yang sejahtera dan akhlak yang mulia dengan membersihkannya daripada perkara-perkara bid’ah dan khurafat yang mencemarkan kesucian Islam itu sendiri.
 
Keadaan mereka menjadi bertambah parah dengan sebab sikap ta’sub dan taqlid buta mereka. Lantas sikap toleransi dan berfikiran terbuka tidak wujud pada diri mereka bagi mendengar serta meneliti kebenaran perjuangan dakwah SMAW. Maka terciptalah segala fitnah-fitnah dan syubahat mengenai SMAW itu seperti fatamorgana yang beralun-alun di padang pasir tatkala panas terik sedangkan apabila dihampirinya, tidak ada satu apa pun yang didapati.
 
Andaikata seseorang itu mempunyai akal yang bersih daripada syubahat-syubahat tersebut serta cintakan kebenaran, nescaya dia akan mendapati bahawa tuduhan terhadap SMAW itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Oleh itu, kita berharap kepada saudara sekalian agar berfikiran terbuka, bebas daripada bersikap jumud dan permusuhan, sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah di dalam meneliti perbahasan bab ini serta sentiasa mempunyai sikap ingin tahukan kebenaran.
 
Kertas kerja ini adalah langkah asas bagi memperkenalkan kepada masyarakat Islam tentang SMAW dan dakwahnya sekaligus menghapuskan fitnah-fitnah terhadap beliau.
 
Di dalam kertas kerja ini juga kita akan membicarakan syubahat dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau, dimana perbahasannya adalah berkisar disekitar tiga perkara. Dengan kata lain sekiranya kita meneliti terhadap fitnah-fitnah itu, hanya berlengkar sekitar tiga perkara, iaitu:

  1. Berkenaan Tauhid Uluhiyyah dan furu’nya seperti Istighatah, berdamping kepada yang selain daripada Allah, nazar, sembelih, bersumpah dengan makhluk dan sebagainya;
  2. Berkenaan Tauhid Al Asma’ was Sifaat.
  3. Ingkarnya terhadap bida’ah maulid, tarikat sufiah dan adat adat yang diada-adakan yang menghina agama Islam itu sendiri.
 MOHAMMAD ABDUL QADEER ALMANDEELY
Makkah Al Mukaramah.

Sejarah Ringkas Syeikh Muhammad Abd Wahab
 
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin At-Tamimi. Dilahirkan di ‘Uyainah yang terletak di sebelah utara Riyadh pada tahun 1115 H. (1703M) dan wafat pada tahun 1206H. Beliau membesar di bawah jagaan ayahnya yang juga merupakan seorang Qadi di ‘Uyainah.
 
Syeikh Mohammad Abd Wahab telah menghafal Al-Qur’an sebelum mencapai umur sepuluh tahun. Beliau telah mempelajari feqh Hambali, Tafsir dan Hadis daripada bapanya. Sememangnya dari sejak kecil beliau amat menggemari membaca kitab-kitab Tafsir, Hadis dan Aqidah serta lebih banyak menumpukan kepada hasil karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim di dalam pembacaannya.
 
Setelah itu beliau berangkat ke Makkah menunaikan ibadah haji, kemudian terus ke Madinah menziarahi Masjid Nabawi, menziarahi Rasulullah SAW dan para sahabatnya RA. Seterusnya beliau mendalami ilmu agama daripada para ulama Madinah seperti Syeikh Abdullah b. Ibrahim b Saif, Sheikh Ali Afandy Ad Daghastani, Syeikh Ismail Al ‘ Ajluni, Syeikh Abdul Latif Al-‘Afaaqi Al Ahsaai’, Syeikh Muhammad Hayat As Sindi.
 
Kemudian Syeikh Muhammad Abd Wahab pulang ke Najd dan terus ke Basrah. Beliau tinggal di sana beberapa waktu dan mendalami ilmu agamanya daripada para ulama Basrah seperti Syeikh Muhammad Al Mujmuey dan al ‘Allamah Malla Hamdu Al Jamili. Di dalam perjalanan pulang ke Najd beliau telah berhenti di (al- Ahsaa’) dan menetap belajar dari Syeikh Muhammad b Abd Latif As Syafie.
 
Ketika pulang ke negerinya, beliau telah melihat kemungkaran, kesyirikan dan kesesatan berleluasa di Negeri Najd, Haramain, Iraq dan lain lain tempat. Sehingga ketika beliau berada di Madinah, beliau telah mendengar orang ber’istighasah ( minta tolong ) dengan Rasulullah SAW dan bukannya dengan Allah SWT. Lalu beliau bertanya kepada Syeikh Hayat As Sindi tentang perkara tersebut, maka dengan segera Syeikh tersebut menjawab : “ Sesungguhnya celakalah mereka dengan apa yang mereka lakukan dan kekarutan yang mereka kerjakan itu.”
 
Pada tahun 1158H, beliau telah pergi ke Dir’iyyah dan menjadi tetamu kepada Abdul Rahman bin Suwailim dan Ahmad Suwailim. Semasa di sana beliau telah dikunjungi oleh ramai orang bertujuan mempelajari dan mendalami ilmu agama daripada beliau. Kemudian beliau telah bersetuju dengan Muhammad b. Sa’ud Amir Dir’iyyah untuk berjihad di jalan Allah bagi melaksanakan tuntutan “amar ma’ruf dan nahi mungkar” serta menegakkan syariat agama Islam.
 
Meskipun orang ramai telahpun menaruh minat serta memberi sokongan yang kuat terhadap da’wah SMAW, namun tidak dapat dinafikan bahawa di sana terdapat beberapa golongan yang menentang usaha murni beliau. Sehingga sesetengah orang awam telah terpengaruh dengan dakyah-dakyah golongan yang menentang usaha beliau ini disebabkan :-
 
1) Pihak penentang beliau telah menulis surat kepada kerajaan Uthmaniyyah bagi meminta bantuan ketenteraan dan mendesak agar Kerajaan Uthmaniyyah menghalangi usaha-usaha dakwah SMAW. Mereka telah menakut-nakutkan pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah dengan dakwaan jika Kerajaan Uthmaniyyah tidak campur tangan di dalam masalah ini nescaya kehebatan kerajaan Uthmaniyyah akan hilang dari hati orang Islam. Tidak cukup dengan itu, mereka telah memburuk-burukkan SMAW dengan menaburkan fitnah-fitnah yang dusta, umpamanya mereka menuduh SMAW telah membuat mazhab yang kelima, beliau tidak mencintai Rasulullah,tidak mengasihi para wali dan sebagainya.
 
2) Golongan Ulama yang hidup mereka hanya bergantung dengan dakyah-dakyah yang membesar-besarkan kubur-kubur dan qubbah-qubbah yang dihiasi dengan pelbagai corak sangat takut dan bimbang dakwah Salafi yang dibawa oleh SMAW. Lalu mereka menentang habis-habisan SMAW demi untuk menjaga sumber rezeki mereka.
 
3) Sesetengah ulama tidak dapat gambaran yang jelas dan tepat tentang SMAW dan dakwahnya. Mereka sekadar mendengar daripada orang yang berhasad dengki dan memburuk-burukkan SMAW tanpa merujuk terus kepada kitab-kitab karangan SMAW.
 
Kitab-kitab Karangan Syeikh Muhammad Abd Wahab
Beliau telah mengarang beberapa buah kitab bagi menegakkan ajaran al-Qu’ran dan as-Sunnah serta sekaligus menjelaskan matlamat dakwah beliau. Di antara kitab-kitab tersebut Ialah:
 
1) Kitab at Tauhid
2) Kasyfu asy Syubhat
3) Thulatha al Usul
4) Mukhtasar as Sirah an Nabawiyyah
5) Al-Qawaid al Arba’
6) Usul al Iman
7) Kitab Mufid al Mustafid fi Kufri Tariq at Tauhid
8) Syurut as Solah wa Arkaanuha
9) Kitab Fadl al Islam
10) Majmu’ Rasail fi at Tauhid wal Iman wa Masail al Jahiliyyah.
11) Kitab at Thoharah
12) Mukhtasar al Insof fi Ma’rifah ar Rajih minal Khilaf
13) Nasihah al Muslimin bi Ahaadith Khatimal Mursalin
14) Kitab Al Kabair
15) Mukhtasar Zaadul Ma’ad
16) Kitab Fadhailul Qur’an
17) Istinbath minal Qur’an
18) Al Hudha An Nabawi
19) Majmu’ as Sawaiq
20) Majmu’ al Hadith ‘ala Abwab al Fiqh
21) Ahaadith al Fitan
22) Mukhtasar al Bukhari
23) Ar Rasail asy Syakhsyiyyah
24)Ikhtisar as Syarh al Kabir
25) Masail al Jahiliyyah dan sebagainya.
 
Didalam kitab “Unwan al-Majid” telah dinyatakan bahawa ramai ulama-ulama besar ketika itu turut mendalami ilmu daripada SMAW. Keempat empat anak SMAW juga telah menjadi ulama besar hasil didikan beliau. Mereka ialah Husain, Abdullah, Ali dan Ibrahim.
 
Disamping itu terdapat ramai anak anak murid SMAW yang muncul sebagai tenaga penggerak Dakwah Salafiyah di merata-rata tempat. Kebanyakan mereka telah menjadi qadhi atau mufti di seluruh pelusuk Tanah Arab. Di antara mereka itu ialah:
 
1) Syeikh Abdul Aziz b. Abdullah Al Husain Al Naasiri
2) Syeikh Sa’id b. Huja’I
3) Syeikh Abdur Rahman b. Naami
4) Syeikh Hamid b. Naasir b. Usman b. Ma’mar
5) Syeikh Ahmad b. Rasyid Al Uraini
6) Syeikh Abdul Aziz Abu Hasan
7) Syeikh Abdul Aziz b. Suwailim
8) Syeikh Hasan b. Aidan dan lain lain lagi.
 
Masyarakat Najd sebelum Dakwah Syeikh Muhammad Abd Wahab.
 
SMAW telah mendapati bahawa khurafat dan I’tiqad yang rosak dan bercanggah dengan usul agama yang sahih telah berleluasa didalam negei Najd dan di kawasan kawasan sekitarnya. Masyarakat ketika itu sering berulang alik ke kubur di negeri itu untuk meminta hajat atau meminta agar mereka dilepaskan daripada kesusahan.
 
Umpamanya di al-Jubailah, mereka berulang alik ke kubur Yazid b. al-Khattab dan merendah diri serta meminta hajat daripadanya. Peristiwa yang lebih ganjil lagi telah berlaku di Negeri Al Mantahah dimana mereka bertawassul dengan “Pokok Tamar Jantan” dimana orang yang belum mendapat jodoh akan berkata: “Wahai bapa sekelian bapa(iaitu pokok tamar jantan), saya mahu berkahwin sebelum dalam tempoh setahun ini”.
 
Kebanyakan masyarakat Islam ketika itu sentiasa berulang alik ke kubur-kubur yang didakwa sebagai kubur para sahabat dan para wali. Tanpa disedari, meraka telah melakukan upacara ibadat yang tidak selayaknya melainkan kepada Allah seperti bernazar, tawaf, menyembelih, meminta tolong dan sebagainya. Mereka seolah olah tidak mengenal Allah. Apabila ditimpa musibah atau sakit, maka mereka akan menjerit-jerit menangis berdoa’ dan meminta tolong di kubur. Mereka juga seolah-olah tidak pernah mendengar Firman Allah bermaksud :
 
“Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina dina”. (Al Mu’min : 60)
 
Hati mereka terikat kuat dengan perkuburan, pokok-pokok dan gua-gua. Diantara faktor yang menyebabkan hati mereka lebih gemar meminta doa kepada selain Allah (menyekutukan Allah) adalah:
  1. Penerimaan amalan ini secara warisan daripada bapa dan datuk moyang mereka tanpa meneliti kesahihan amalan tersebut.
  2. Tiadanya golongan yang berani bangkit untuk membanteras bida’ah-bida’ah ini dan berusaha untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sahih.
  3. Bagi sesetengah golongan, perkara bida’ah merupakan sumber rezeki dan batu loncatan untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan yang mereka inginkan.
  4. Kejahilan mereka dengan hakikat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, sehinggakan mereka mencampur-adukkan agama dengan perkara lain atau menggantikannya dengan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
  5. Pemimpin dan penguasa tidak memandang berat terhadap persoalan tersebut. Mereka hanya sibuk untuk mengumpul harta.
 
Justeru itu Syeikh Muhammad Abd Wahab bangkit menentang perkara bida’ah ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau bersungguh sungguh dalam usaha dakwah mengajak manusia kepada mengesakan Allah Ta’ala dalam beribadat, serta beliau berjuang untuk menghapuskan syirik, bida’ah dan kesesatan.
 
Aqidah Syeikh Muhammad Abd Wahab
 
Mengenai aqidah SMAW adalah lebih wajar sekiranya kita meneliti dan mengamati tulisan beliau dalam sebuah kitabnya yang menjelaskan pegangan akidahnya. Berkata Syeikh Rahimahullah, “Aku bersaksikan Allah SWT dan sekalian mereka yang hadir bersamaku daripada para malaikat dan kamu semua: “Bahawa aku berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, beriman dengan Allah dan para malaikat, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kebangkitan selepas mati serta qadho qadar samada baik mahupun buruk”.
 
“Aku beriman dengan Allah, beriman dengan sifat-sifat yang Allah telah sifatkan diriNya dengan sifat-sifat tersebut, sepertimana yang dinyatakan dalam kitabNya dan yang datang melalui lisan RasulNya tanpa Tahrif (mengubah) dan Tamsil (menyerupakan). Bahkan aku beriktiqad bahawa sesungguhnya Allah tidak ada sesuatu yang serupa denganNya dan Dia Maha Mendengar juga Maha Melihat”.
 
“Aku tidak menafikan apa-apa yang disifatkan bagi DiriNya dan aku tidak mengubah perkataan Allah daripada tempatnya dan tidak mengingkari nama-nama dan ayat-ayatNya. Aku tidak mengetahui kaifiatNya (cara-cara sifat Allah itu) dan aku tidak menyamakan sifat-sifat Allah dengan sifat makhluk. Kerana Allah tiada yang senama bagiNya, tiada seumpama, tiada bandingan dan tidak dikiaskan dengan makhluk. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui tentang diriNya serta lebih benar dan baik perkataanNya”.
 
“Maka Allah mensucikan diriNya daripada sesuatu yang menyalahi keagungannya, yang disifatkan oleh ahli Takyif (menentukan cara kaifiat) dan Tamsil (menyamakan Allah dengan makhluk) dan daripada sesuatu yang dinafikan oleh ahli Tahrif dan Ta’til (menafikan sifat)” Firman Allah SWT:
 
“Maha suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka katakan, dan kesejahteraan dilimpahkan ke atas pada Rasul, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam”. (As Soffat: 180 – 182)
 
“Golongan yang berjaya (Firqah An Najiah) itu adalah sederhana diantara Qadariyyah dan Jabariyyah di dalam bab Af’al (perbuatan) Allah. Mereka pertengahan di antara Murjiah dan Jahmiah di dalam bab Iman dan agama. Mereka pertengahan diantara Rafidhoh dan Khawarij di dalam permasalahan para sahabat Rasulullah.
 
“Aku beriktiqad bahawa Al-Quran itu Kalam Allah yang diturunkan dan ianya bukan makhluk. DaripadaNya ia (al-Quran) bermula dan kepadaNya ia kembali. Sesungguhnya Allah SWT berkata-kata dengan secara hakikat (sebenarnya) Allah SWT menurunkannya kepada hamba dan rasul kepercayaanNya (Nabi) melalui jalan wahyu…”
 
Kemudian di tempat yang lain SMAW menulis: “Aku beriman bahawasanya Nabi kita Muhammad SAW adalah penutup para Nabi dan Rasul. Tidak sah iman seseorang sehinggalah ia beriman kepada risalahnya dan bersaksi dengan kenabiannya”.
 
Umat Nabi yang paling afdhal adalah Abu Bakar as-Siddik, kemudian Umar al-Faruq, kemudian Usman Zunnurain, kemudian Ali al-Murtadha ( Ali bin Abi Tolib), selepas itu bakinya dari sepuluh orang (yang dijamin masuk syurga) kemudian ahli perang Badar, kemudian ahli as-Syajarah (Bai’atul Ridhwan), lalu diikuti sekalian para sahabat Radhiallahu’anhum.
 
Aku mengasihi sekalian para sahabat Rasulullah SAW, sentiasa menyebut kebaikan mereka, meminta ampun untuk mereka, menahan diri daripada menyebut keburukan mereka, dan diam di dalam perkara yang diperselisihkan diantara mereka. Aku berkeyakinan dengan kelebihan mereka, sepertimana Firman Allah
Maksudnya:
 
“Dan orang orang yang datang sesudah mereka, mereka berdoa: “Ya Tuhan Kami! Berilah keampunan kepada kami dan saudara kami yang beriman terlebih dahulu dari kami dan janganlah engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang orang yang beriman, Ya Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Hasyr:10)
 
“Aku mendoakan keredhaan Allah bagi Ummahatil Mukminin yang bersih daripada setiap kejahatan. Aku mengakui keramat para wali, tetapi mereka tidak berhak sedikitpun dengan sesuatu daripada hak-hak Allah (Ibadah). Aku tidak menyaksikan seseorang dengan syurga mahupun neraka bagi mana-mana muslimin. Kecuali mereka yang telah disaksikan oleh Rasulullah SAW. Tetapi aku berharap kebaikan bagi orang yang berbuat baik dan aku takut azab keatas orang yang berbuat kejahatan. Aku tidak mengkafirkan seseorang Islam dengan sebab dosanya dan aku juga tidak mengeluarkannya daripada golongan Islam”.
 
Daripada beberapa petikan tulisan SMAW mengenai aqidah di atas, jelaslah kepada kita bahawa aqidah beliau adalah Aqidah Salaf soleh. Ianya juga merupakan pegangan aqidah imam-imam Mazhab dan Muhaddisin (ulama hadis).
 
Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang intipati perjuangan SMAW adalah wajar bagi kita mendalami hasil karya beliau. Disamping itu, melalui pembacaan dan kajian terhadap buku-buku karya SMAW, kita akan mendapat jawapan yang jelas terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.
 
Syubahat & tuduhan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab
 
Syubahat dan fitnah yang dilemparkan kepada SMAW adalah teramat banyak serta ianya masih lagi bersarang di dalam kepala sesetengah umat Islam. Disini memadailah kita membawa dua atau tiga syubahat keatas SMAW sebagai contoh serta jawapannya. Ianya adalah seperti berikut:
 
Syubuhat Pertama
 
Mereka mendakwa bahawa SMAW dan pengikut-pengikutnya membenci Nabi Muhammad SAW, menghina baginda SAW dan para Nabi yang lainnya.
 
Bagi menguatkan dakwaan mereka, mereka berkata bahawa SMAW telah berkata: “Bahawa Nabi Muhammad SAW seumpama seseorang yang tuli yang diutuskan kepada manusia untuk menyampaikan sesuatu perkara kemudian ia pulang.”
 
Berkata Alwi Al Haddad dalam kitabnya “Misbah Al An’am” :
SMAW dan para pengikutnya berkata : ” Tongkat saya adalah lebih baik daripada Muhammad kerana ia dapat membunuh ular dan seumpamanya. Sedangkan Nabi Muhammad telah mati dan tidak terdapat manfaat sekali padanya ”.
 
Manakala Sayed Ahmad Zaini Dahlan pula berkata: “Pengikut SMAW telah melarang daripada berselawat kepada Nabi SAW selepas azan diatas menara, sehinggakan apabila seseorang tukang azan yang buta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas azan lalu ia dibawa kepada SMAW dan dibunuhnya, tidak akan wujud melainkan pada orang-orang Maulid, Yahudi dan Nasrani”.
 
Bantahan & Jawapan Kepada Syubhat Pertama;
 
Sesungguhnya dakwaan ini adalah fitnah yang keji yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada individu Islam yang berusaha gigih untuk menegakkan al-Quran dan as-Sunnah. Tambahan pula sikap membenci Nabi Muhammad SAW tidak akan wujud melainkan pada diri orang orang Mulhid, Yahudi dan Nasrani.
 
Sepertimana yang kita telah ketahui, syarat untuk seseorang itu menjadi seorang Islam adalah dengan ucapan dua kalimah syahadat “Bahawasanya aku naik saksi tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”. Bagaimana mungkin seorang yang mengaku dirinya Islam membenci Rasulullah serta melarang berselawat kepadanya.
 
Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah, Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kamu”. (Ali Imran ; 31)
 
Ayat ini mejelaskan kepada kita bahawa adalah syarat bagi seorang hamba yang mendakwa ianya mencintai Allah SWT itu mengikuti RasulNya. Dan mengikuti RasulNya tidak dapat tidak adalah dengan wujud perasaan cinta terhadapnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang itu sehingga adalah aku lebih dicintainya daripada bapanya dan anaknya serta manusia sekaliannya”.
 
Justeru itu bagaimana mungkin sahnya iman seseorang itu sdangkan dia tidak mencintai rasulullah SAW.
 
Di samping itu kita harus menyedari bahawa SMAW juga turut menghasilkan kitab “Sirah Nabawiyyah SAW”. Andainya beliau tidak mencintai Rasulullah, nescaya beliau tidak akan mengarang kitab “SIRAH” yang memaparkan kehebatan dan kebesaran rasulullah SAW dari mula baginda dilahirkan hingga wafat.
 
SMAW adalah ulama yang bermazhab Hambali, mereka berpendapat berselawat ke atas Nabi SAW di dalam tahiyyat akhir adalah fardhu. Solat tidak sah melainkan dengan berselawat ke atas Nabi. Pendapat ini adalah bertepatan dengan pendapat (qaul) kedua imam Syafie, manakala mazhab Maliki dan Hanafi pula menyatakan ianya sunat. Oleh itu bagaimana mungkin kita boleh menuduh orang yang mewajibkan selawat ke atas Nabi SAW di dalam solat itu menbenci Rasulullah SAW.
 
Adakah mereka itu lupa bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW itu adalah merupakan perintah Allah? “sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Azhab:50)
 
Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa berselawat tanpa mengangkat suara selepas azan itu merupakan bid’ah yang berlaku pada tahun 781H, dimana ia tidak pernah berlaku pada zaman para sahabat, tabi’en serta imam yang empat.
 
Syubahat Yang Kedua
 
Meraka mendakwa SMAW serta para pengikutnya telah berkata: “Bahawa Nabi Muhammad Saw telah melaknat menghina negeri Najd serta melarang daripada berdoa untuk ahli-ahlinya, telah sabit dalam hadis sahih bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah bagi kami pada negeri Syam dan negeri Yaman kami. Mereka berkata: “dan pada negeri Najd kami”. Bersabda Nabi: “Ya Allah! Berkatilah kami pada negeri Syam kami dan negiri Yaman kami. Mereka berkata: “Dan kepada negeri Najd kami. Maka aku menyangka mereka bersabda pada kali yang ketiga; di sana terdapat gempa dan fitnah dan di sana naiknya tanduk syaitan…. Di dalam hadis yang lain pula: “Kepala kufur dari sebelah matahari naik”.
 
Muhammad b. Abdul Wahab dilahirkan dan di besarkan di negeri Najd, manakala Nabi Muhammad SAW pula memberitahu di sana terdapat gempa dan fitnah, Maka dakwah SMAW adalah sebahagian daripada gempa dan fitnah. Sesungguhnya telah lahir sebelumnya daripada negeri Yamamah “Musailamah Al Kazzab’ yang mendakwa sebagai Nabi, begitu juga dengan Thulaihah b. Khuwailid Al Asadi. Najd terletak sebelah Timur Madinah.
 
Bantahan & Jawapan terhadap syubahat kedua
 
Kita tidak menafikan bahawa Hadis yang mereka kemukakan di atas adalah sahih, tetapi ia bukan untuk melaknati negeri Najd Al Yamamah, bahkan kalimah Najd itu disebut bagi setiap tempat yang tinggi atau menonjol daripada permukaan muka bumi. Manakala kawasan yang terletak di timur Madinah adalah Iraq dan bukannya Al Yamamah sepertimana dakwaan mereka.
 
Telah berkata al-Karmani dalam Syarah Al Bukhari: asal “Najd” Itu adalah sesuatu tempat yang meninggi daripada permukaan bumi dan ia berlawanan dengan tanah rendah”. Ibnu Hajar al-Asqolani pula berkata: “ Telah bersepakat mereka yang telah mensyarahkan hadis dan para imam lughah pada kalimat “Najd” itu bukannya nama bagi negeri yang khusus @ negeri yang tertentu, bahkan ia disebutkan bagi setiap bahagian di muka bumi yang meninggi dan yang menonjol daripada permukaan yang sekitarnya.
 
Jesteru itu “Najd” di negeri Arab adalah teramat banyak, di antaranya: Najd Al Barq, Najd Ija’, Najd Al Iqab di Damsyik, Najd Yaman, Najd Hijaz dan Najd Iraq yang terletak di sebelah timur Madinah.
Ketika mensyarahkan hadis “Tanduk syaitan itu terbit daripada Najd”, al-Karmani telah berkata: “Ianya adalah permukaan bumi yang tinggi daripada Tihamah hingga kepada negeri Iraq”.
 
Dari situ jelaslah kepada kita bahawa hadis yang mencela “Najd” di mana terbitnya tanduk syaitan adalah ditujukan kepada Najd Al Iraq dan sekelilingnya.
 
Telah berkata pengarang “Akmalul Bayan fi Syarhi Hadith Najd ’Qarnul Syaitan’”. Yang dimaksudkan dengan negeri-negeri yang terletak di sebelah timur Madinah Al Munawwarah seperti mana yang tersebut di dalam hadis-hadis itu ialah tempat bermulanya fitnah dan fasad, pusat kekufuran dan ilhad serta tempat terbitnya bida’ah dan kesesatan. Maka lihatlah pada peta Arab dengan pandangan yang teliti, nescaya jelaslah kepada kamu bahawa permukaan bumi yang tinggi di sebelah timur Madinah itu ialah Iraq yang terletak pada Kufah, Basrah dan Baghdad”.
 
Di antara gempa dan fitnah yang telah berlaku di Najd Iraq itu ialah: peperangan Jamal dan Siffin. Di mana kedua-dua peperangan ini sedikit sebanyak telah meretakkan perpaduan umat Islam dan menjadi sebab munculnya golongan sesat seperti Khawarij dan Syiah serta berlakunya peristiwa kafir mengkafir dikalangan umat Islam ketika itu.
 
Kemudian berlaku pula pembunuhan Husin b. Ali b. Abi Tolib. Ianya adalah sebesar-besar fitnah yang berlaku kepada umat Islam. Kemudian munculnya al-Mukhtar al-Ubaed al-Thaqafi yang mendakwa menerima wahyu serta berlakunya tragedi pembunuhan Zaid b. Ali b. Husain.
 
Di sanalah munculnya golongan Mu’tazilah dan Qadariyah serta berlakunya tragedi “fitnatul al-Quran” (Makhluq). Al-Ma’mun telah memaksa umat Islam agar beriktiqad bahawa al-Quran itu Makhluk sehingga membawa kepada pembunuhan Imam Ahmad al-Khazaie’, manakala Imam Ahmad b. Hambal pula diseksa dan dipenjarakan kerana menentang Iktikad yang bathil ini.
 
Syubahat Yang Ketiga
 
Mereka menyatakan bahawa SMAW & para pengikutnya telah melarang daripada membaca kitab: “Dalail al-khairat” dan “Syawariq al-Anwar”. Di mana kitab ini banyak menghimpunkan fadhilah-fadhilah berselawat ke atas Nabi dengan pelbagai lafaz selawat.
 
Jawapan & Bantahan kepada syubahat ketiga;
 
Kita seharusnya meneliti adakah SMAW melarang daripada membaca selawat @ larangannya kerana kedua-dua kitab tersebut mengandungi kesalahan-kesalahan tertentu?
 
Seharusnya kita menyedari bahawa kedua-dua kitab ini dipenuhi dengan hadis-hadis yang dhaif dan palsu (maudhu’). Bahkan lafaz-lafaz selawat di dalam kitab itu tidak warid daripada al-Quran & as-Sunnah. Ianya hanyalah ciptaan& rekaan pengarang kitab sahaja.
 
Pengarang kitab di atas telah menjadikan selawat-selawat itu sebagai hizib yang perlu dibaca pada hari-hari tertentu sepanjang minggu. Sedangkan perbuatan menjuzu’kan selawat serta membahagi-bahagikan selawat mengikut hari adalah bid’ah yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabat, tabi’en serta para imam yang muktabar.
 
Selawat kepada Nabi merupaka ibadah dan perkara ‘Qurbah’ (mendekatkan diri kepada Allah) yang ianya adalah Tauqifiah! Ibadah itu hendaklah berpunca daripada al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya dicipta oleh manusia. Jesteru itu bagaimana mungkin kita menjadikan selawat-selawat yang dihasilkan oleh pengarang kitab tersebut sebagai ibadah kita setiap hari dan sepanjang minggu?
 
Di sini kita kemukakan contoh hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhamad yang terdapat di dalam kitab tersebut. Nabi Bersabda bermaksud: “Tiada seorang hamba yang berselawat kepadaku melainkan keluar selawat daripada mulutnya dengan segera tidak di daratan dan tidak di lautan, tidak di timur dan tidak di barat melainkan lalu selawat itu serta berkata: “Aku berselawatlah Fulan b. Fulan dan ia telah berselawat ke atas Nabi pilihan”. Maka tidak ada sesuatu melainkan berselawat ke atasnya. Dan Allah jadikan daripadanya seekor burung yang mempunyai 70 ribu sayap dan tiap-tiap sayap 70 ribu bulu, dan tiap-tiap bulu 70 ribu muka, dan pada tiap-tiap muka 70 ribu mulut, dan tiap-tiap mulut ada 70 lidah dan setiap lidah itu bertasbih bagi Allah dengan 70 ribu bahasa dan Allah menulis pahala semua itu untuk orang tersebut.”
 
Jelaslah kepada kita bahawa larangan SMAW daripada mengambil panduan dari kitab “Dalail Al Khairat” dan ‘Syawarariq Al Anwar” adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah syarie dan bukannya kerana tidak suka berselawat ke Atas Nabi SAW.
 
Penutup
 
Setelah kita meninjau secara ringkas mengenai SMAW, dakwahnya serta beberapa syubahat yang dilemparkan kepadanya, dapatlah kita membuat gambaran bahawa SMAW adalah merupakan seorang ulama dan tokoh dakwah yang sentiasa berusaha gigih, tidak kenal putus asa, dan bersabar dalam memperjuangkan harapan dakwah tajdid beliau. Dakwahnya terus berkembang sehingga ke Sudan, Jazair, Mesir, India, Yaman, Asia tenggara dan lain-lain lagi.
 
Perlu juga diingatkan bahawa para penentang beliau sentiasa membangkang usaha-usaha Syeikh Muhamad dengan sebab-sebab politik dan bukannya agama seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Sidi Yusuf di dalam kitabnya “ Al-Fikir As-Saami Fi Al-fiqhi Al-Islami: “bahawasanya orang Turki Apabila merasa bimbang terhadap dakwah SMAW, lalu mereka menyebarkan fitnah-fitnah yang dicipta kepada seluruh dunia Islam dibawah pemerintahannya. Lantaran itu Sultan Maghribi telah menolak perintah atau seruan kerajaan Turki itu kerana mendapati ianya bukanlah masalah agama tetapi adalah masalah politik. Wallahu a’lam.
 
* Al-Fadhil Seikh merupakan orang malaysia pertama yang diberi mandat oleh kerajaan Arab Saudi untuk menyampaikan kuliahnya di Masjidil Haram. Malah beliau telah mendapat kerakyatan tetap Arab Saudi.


https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8983841444801461059#editor/target=post;postID=7902265750942354602;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=0;src=link

Mungkin orang kata, artikel di atas adalah BIAS kerana ia ditulis oleh Ulamak atau Ustaz yang memihak kepada fahaman Wahabi.

Sekarang kita baca pula petikan artikel ini:

Bekas FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa(Istac), Almarhum Dato' Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh. Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara itu tidak didedahkan.

Beliau mengatakan ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden yang lebih menggerakkan masyarakat kepada Fahaman Islam liberal. Masyarakat dibimbangi tidak didedahkan dengan fahaman betul mengenai Ahli Sunnah yang menjadi pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan dan boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk boleh mengancam keselamatan negara.

Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahabi dan Islam Liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi’ie. Beliau berkata, setakat ini Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan.

Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Fahaman Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari pada segi akidah, syariah dan akhlak.

Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam fahaman Syiah ialah imam adalah maksum, khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah.

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat.
Razali berkata, mengenaifahaman Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.

Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

Bukti Dari Kitab Karya Ulama Wahabi

Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani.

Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini.

“Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah. Tidak sah. Habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita,”

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri.

Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.

https://berandamadina.wordpress.com/tag/wahabi-sesat-dalam-terang/
.
PIHAK YANG MENYATAKAN FAHAMAN WAHHABI SEBAGAI SESAT....

Berikut adalah salinan artikel yang diambil dari laman facebook: Jalan Sufi Ahli Sunnah Waljamaah.
https://www.facebook.com/JalanSufiTareqatAhliSunnahWaljamaah?fref=nf


KEJAHATAN WAHABI

TUJUAN YAHUDI MENCIPTAKAN WAHABI, DAN KEJAHATAN-KEJAHATAN WAHABI

Yahudi adalah bangsa Israel yangg sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW hanya kerana Nabi akhir zaman itu bukanlah lagi dari Bani israel. Mereka bangsa yang terlalu tebal asobiahnya, sehingga mereka sanggup bermusuh dengan Tuhan. Sebab itu mereka cetuskan Ajaran anti Tuhan- anti Islam, sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Yahudi juga dikenali sebagai Zionis. Gerakan ini mula di susun rapi setelah Theodore Herl (pengasas organissasi yahudi internasional) menulis buku "Negara Yahudi" pada 1896.
Konsep ZIONISME yang menganggap kaum yahudi adalah bangsa terpilih menjadi kuasa terunggul untuk memerintah dunia ini. Memerintah dunia ini dari bukit Zion atau sion di jarussalem sebagai pusat pemerintah yahudi. Disinilah terletaknya masjidil Aqsa yang telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim A.S ia adalah tapak bersejarah bagi semua agama samawi. Namun, kerana Yahudi dan Kristian menolak Nabi Muhammad SAW , MAKA Baitul Maqdis menjadi rebutan antara yahudi, kristian dan Islam. Baitul maqdis adalah kota ketiga terbesar umat Islam selepas Makkah Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah.
Makkah Al-Mukarramah:
1) terdapat kaabah dan masjidil Haram, 
2) Tanah kelahiran Rasulullah SAW 
3) Tapak kenabian Muhammad SAW.

Madinah Al-Munawarrah
1) Terdapat Masjid Nabawi. 
2) Terdapat jasad Rasulullah SAW. 
3) Terbina Daulah Islam pertama dimana Yahudi terhalau dari Haramain (Makkah dan Madinah).

Baitul maqdis 
1) terdapat masjidil Aqsa 
2) Kiblat pertama umat islam sebelum diubah ke Masjidil Haram 
3) Negeri Isra dan miraj tempat perhentian terakhir sebelum Rasulullah SAW MIRAJ KE SIDRATUL MUNTAHA.

Pada 639M dibawah pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, Gabenor Amru bin Ash berjaya menawan Baitul Maqdis dengan aman damai. Pada 1099M perang salib pertama, Baitul maqdis jatuh ketangan kristian. Pada tahun 1189M Salahuddin Al-Ayubi menawan semula Baitul Maqdis dari tangan Richard The Lion Heart. Maka sempurnalah tiga kota suci ini berada dalam khalifah Islamiyah hingga 1917M. Dendam Yahudi terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam semakin mendalam.
Satu konpirasi dirancang begitu rapi untuk menentang kebangkitan Islam dari dalam. Yahudi mendirikan pusat Studi Islam untuk melatih ejen-ejen perisikan untuk menyusup ke dalam masyarakat islam. Tahun 1822 didirikan "Society Asiatic of Paris, di Paris". Tahun 1823 Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland didirikan di Inggeris; Tahun 1842 American Oriental Society, didirikan di Amerika; Tahun 1916 University Of london mendirikan School Of Oriental Studies sekarang menjadi SOAS (School of Oriental and African Studies). Ejen-ejen Orientalis itu dihantar ke negara-negara Islam dan untuk menyamar sebagai Ulama.
Di antara TOKOH-TOKOH orientalis dari Yahudi dan Kristian yang menyusup ditengah-tengah umat islam adalah Mr. Hempher (Syaikh Muhammad Majmui) pada tahun 1710 dihantar oleh British ke Mesir, turki, iraq, hijjaz dan sekitarnya. Mr. Christiaan Snouck Hurgronye (Syaikh Abdul Ghaffar) 1857-1936) di Aceh dan Nusantara. Duncan Black MacDonald (1863-1943) dihantar ke Amerika dan menjadi rujukan cenderakawan Islam dari seluruh dunia.

WAHABI DICIPTA YAHUDI: Konspirasi Menjatuhkan Islam.



Apa itu WAHABI?
Wahabi adalah satu fahaman yang diasaskan Oleh Muhammad Bin Abdul Wahab. Fahaman ini dinisbahkan atas nama bapaknya Abdul Wahab kepada WAHABI, Tidak kepada namanya sendiri kepada Muhammadi. ini kerana kesepakatan Ulama supaya Umat Islam tidak keliru dengan Fahaman yang dibawa Oleh Muhammad bin Abdul wahab dan Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Muhammad bin Abdul Wahab adalah orang yang Lemah Ingatan dan Gagap. Ayah dan Abangnya sendiri menganggap beliau tidak siuman (tidak normal). Muhammad bin Abdul wahab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibnu Taimiyah yang mengasaskan fahaman Mujasimmah. kemudian dia mengembara dan belajar di BASRAH. berguru dengan Syaikh Muhammad Al-Majmui Yaitu Mr. Hempher. Beliau adalah seorang yang pakar bahasa Arab, turki, parsi dan telah lama mempelajari islam.
Mr. Hempher merasuh/merayu Muhammad bin Abdul Wahab dengan hadiah Mutaah 2 orang agen perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah. Maka dengan Mudah Yahudi mengatur untuk mengajar Muhammad Bin Abdul Wahab tentang fahaman yang baru yang sesuai dengan rancangan yahudi. Dengan ajaran yang baru itu, Muhammad bin Abdul Wahab kembali ke kampungnya, Namun ditentang dan diusir oleh bapaknya seorang Ulama Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
Kerjasama Yahudi, Keluarga Al-Saud dan Golongan Wahabi membentuk kerajaan Arab Saudi.
Selepas diusir oleh ayahnya, muhammad bin Abdul Wahab menyambung terus menyebarkan ajarannya itu ke seluruh Najd. Perjuangan yang disebarkan oleh muhammad bin Abdul Wahab itu dipantau oleh Mr. Henpher dan disokong oleh kerajaan British. Muhammad Bin Abdul Wahab membawa misi Yahudi kepada pemimpin-pemimpin Arab.
Pada Tahun 1747 Muhammad Bin Abdul Wahab bertemu dengan Muhammad bin Sa'ud, dia adalah keturunan Yahudi. Maka bergabunglah Muhammad Bin Abdul Wahab dengan Muhammad bin Sa'ud untuk mengembangkan ajaran wahabi. Diantara ajaran wahabi ialah, Siapa yang tidak ikut wahabi di anggap SESAT, KAFIR, HALAL DARAH dan HARTANYA DIRAMPAS.
Dengan fatwa Wahabi Ini, Maka orang-orang yang tidak ikut dengan Wahabi akan dibunuh dan hartanya dirampas. Kaum Wahabi melancarkan Perang didalam dan diluar wilayah Najd, seperti Yaman, Hijjaz, daerah sekitar Syria, dan Iraq. Mereka membantai 300 lelaki wilayah kota Al-Ahsa dan merampas harta milik mereka. Pasukan Muhammad Bin Sa'ud dan Muhammad Bin Abdul Wahab terus melakukan kekejaman keseluruh Arab. Siapa yang Taat kepada ajarannya Wajib berBai'at, bila melawan Wajib dibunuh dan harta miliknya dirampas.
Diantara Umat Islam yang paling banyak dibunuh oleh pasukan ini adalah, Keturunan Rasulullah SAW. Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia. Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya Umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Pada Tahun 1793 Muhammad Bin Abdul Wahab meninggal dunia, Namun ajaran Wahabi semakin mengembang dengan sokongan keluarga Muhammad Bin Sa'ud dan British atau Yahudi. Dinasti As-Sa'ud dan golongan Wahabi terus meluaskan jajahannya hinga pada tahun 1912, berjaya menguasai seluruh Najd.
Yahudi mencetuskan Revolusi Arab untuk menjatuhkan KekhalifahanUsmaniyyah
Ketika pemimpin Kekhalifahan Usmaniyyah telah diserang oleh Penyakit Al-Wahan. Agenda Yahudi seturusnya ialah menghapuskan pemerintahan para syarif Makkah yang bertindak sebagai penjaga Haromain. Yahudi melantik satu Agen Yahudi untuk masuk kedalam bangsa Arab. Agen ini ialah ilmuan yang menguasai 6 bahasa Dunia, termasuklah bahasa Arab. Yahudi mencari siapakah Tokoh Bangsa Arab yang ambisius dan haus akan kekuasaan. Ditemukan tokoh bernama Sherif Hussin, wakil Kekhalifahan Usmaniyyah di haramain (Makkah dan Madinah). Yahudi berjaya menghasut dan menipu Sherif Hussain untuk membebaskan diri dari Kekhalifahan Usmaniyyah. Yahudi menaburkan semangat Nasionalisme untuk menentang Bangsa Turki dan memimpin Kekhalifahan Usmaniyyah. Hubungan antara Yahudi dan Sherif Husain sangat dekat, Bahkan menjadi kawan karip putranya yang bernama Amir Faisal. Amir Faisal berpaling tadah dan memihak kepada Britain (Inggris Raya), sejak dari itulah kerajaan Arab jadi Tali barut Britain. Atas nasihat Yahudi, Sherif Hussain mengirim surat rahasia, untuk memohon bantuan tentara British dengan menjanjikan Sherif Hussain sebagai Raja bagi seluruh wilayah Arab, maka mudahlah Yahudi mengatur keluarga ini untuk merancang wilayah-wilayah kekuasaan KeKhalifahan Usmani sesuai dengan perancangan Yahudi.
Pada Tahun 1915 Britain (Inggris Raya) mula menduduki kawasan Iraq, akhirnya pada tahun 1917, Britain menduduki kawasan Palestina. Pada tahun 1918, tentera Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Usmaniyyah, iaitu Istanbul. Perjanjian Faisal & Weizmann ditandatangani pada 3 januari 1919 dalam persidangan Paris. Weizmann adalah prasident Persatuan Zionis Dunia. Selepas perjanjian itu, Weizmann menjadi Prasident pertama di negara Israel. Iraq diserahkan kepada Amir Faisal, Jerussalem atau Palestina diserahkan kepada Kristian, Baitul Maqdis diserahkan kepada Yahudi. Pada Tahun 1922, setelah selesai perang dunia pertama, persidangan di adakan. Hasil persidangan adalah Sistem khilafah Islam dihapuskan. Kedua, Khalifah dibuang keluar negara. Ketiga, Harta Khalifah dirampas. Keempat, kerajaan Turki Baru ditetapkan atas dasar Sekuler dibawah pimpinan Mustafa Kamal. Wilayah-wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyyah di ambil sebagai negara jajahan British, Perancis dan Itali.

Yahudi Melantik Wahabi sebagai Penguasa Haramain
Setelah kejatuhan Kekhalifahan Usmaniyyah, Negara-negara kecil seperti Kuwait, Yaman, dan lain-lain diserahkan kepada khabilah-khabilah yang dipilih oleh yahudi. Negara-negara kecil itu, semua tertakluk kepada jajahan British, Prancis dan Itali. Janjinya kepada Sherif Hussain untuk mengangkatnya sebagai penguasa seluruh Arab hanyalah janji Kosong. Sherif Hussain hanya mendapat kerajaan Yordania yang kecil dan miskin. inilah Balasan bagi pengkhianat Islam. Pada Tahun 1925 keluarga As-Sa'ud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Sherif Hussain. Pada 10 Januari 1926 Abdul Aziz As-Sa'ud ditetapkan menjadi Raja Hijjaz di Masjidil Haram, Makkah. Pada tahun 1932 setelah menguasai sebahagian besar semenanjung Arab, Ibnu Sa'ud menamakan tanah gabunggan hijjaz dan Najd sebagai Arab Saudi.
Abdul Aziz ibnu Sa'ud kemudian menetapkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan Pihak British (Inggris). Paham Wahabi ditetapkan menjadi paham Resmi dalam Agama (yg mereka sebut Islam) di Arab Saudi dan dikembangkan ke seluruh dunia. faktanya banyak sekali pertentangan antara paham wahabi dengan ajaran-ajaran Islam yang sesungguhnya.
Mengapa Yahudi Mencipta Wahabi?
1) Yahudi sangat memahami, bahwa kekuatan umat Islam adalah pada kekuatan Ruhnya, yakni Ruh yang sangat kenal (ma'rifat) Cinta dan Takut kepada Allah SWT, oleh karena itu Umat islam harus dipisahkan dari Allah.
2) Yahudi sangat memahami, bahwa kehebatan Umat Islam karena mampu menghubungkan kekuatan Ruh dan kehidupan Lahiriyah. Ruh berhubungan dengan Aqidah dan akhlak yg diajarkan dalam Tasawuf. dan Urusan Lahiriyah mencakup perbuatan yg berkenaan dengan ibadah badaniyyan. Maka kedua urusan tersebut harus dihancurkan dengan menyebarkan ajaran-ajaran yg menyimpang dengan Al-Quran Dan Hadits. namun mereka berupaya membuat ajaran tersebut mirip dengan ajaran alquran dan hadits Supaya banyak umat Islam yg tertipu dengan ajaran tersebut.
3) Yahudi sangat memahami, Bahwa Kunci Kemenangan Umat Islam adalah karena Adanya Bantuan Ghaib dari Allah SWT, maka Yahudi menghapuskan keyakinan Umat Islam kepada Perkara Ghaib Itu. Ulama Sufi dan Tarikat yang mempunyai karamah dikatakan SESAT dan SYIRIK.
supaya umat Islam Membencinya dan Meninggalkannya.
4) Yahudi tahu, bahwa kekuatan Islam adalah berasal dari kecintaan Umat kepada Rasulullah SAW, Ahlul Bait, dan Para Sahabat Baginda SAW. Maka segala peninggalan atau amalan yang dapat meyuburkan kecintaan itu diMUSNAHkan dengan alasan Bid'ah, khurafat, dan Syirik serta lain-lain alasan yang diada-adakan. seperti halnya menuduh Perayaan Maulid sebagai Bid'ah yg menyesatkan.
5) Yahudi sangat memahami bahwa Selemah-lemah Umat Islam adalah Mereka sangat fanatik dan taqlid kepada ajaran agama yang diajarkan para Ulama. Oleh karena itu, Ulama baru dan Islam gaya baru haruslah diciptakan yang sesuai dengan Agenda Yahudi itu, yakni untuk menipu dan menghancurkan umat islam dari dalam.
6) Untuk menguasai Kota Suci Umat Islam Haromain (Makkah dan Madinah), Yahudi tidak dapat menghancurkannya seperti tempat-tempat yang lain karena ditakutkan Umat Islam sedunia akan bangkit dan menentang Yahudi.

Kejahatan Wahabi
 
1) membuat Fatwa setiap yang Bida'ah itu sesat dan yang sesat itu neraka.
2) membuat Fatwa Umat Islam yang tidak ikut ajarannya itu sesat, Halal Darahnya (harus dibunuh) dan Hartanya boleh dirampas.
3) Membunuh Keturunan Rasulullah SAW.
4) Menghukumkan Sesat kepada keturunan Rasulullah SAW dan Para sahabat yang Mulia.
5) Menganggap Alam Ruh Itu tidak ada.
6) Menolak adanya Alam Lahir dan Alam Ruh.
7) Memusnahkan peninggalan Rasulullah SAW.
8) Dalam mempelajari Ilmu Usuluddin atau Tauhid, harus menganut ajaran Ibnu Taimiyyah, yang menganggap Tuhan Itu berjisim (berbentuk) seperti makhluk atau mujassimah.
9) Didalam Fiqh dibenarkan mencampurkan adukkan mazhab dalam satu perkara. sehingga amalan tersebut tidak sah menurut semua mazhab.
10) Mengambil Sumber Al-Quran dan Hadith tanpa ijma' Ulama dan Qiyas. yakni mengambil makna zhahir dan makna terjemahan saja, yang rentan terjadinya kesalahpahaman.
11) Melarang keras Umat Islam berdoa dengan tawassul (perantaraan). Supaya doa banyak yang mardud atau tertolak.
12) Melarang menziarahi Kubur sekalipun Makam Nabi muhammad SAW. supaya umat islam lupa kepada kematian dan alam akhirat. sehingga umat islam lalai dan tetap dalam kemaksiatan.
13) menghancurkan bangunan atas tempat lahir Nabi SAW. supaya mereka lupa kepada ajaran-ajaran Nabi SAW.
14) Melarang memuji-muji Nabi seperti baca Qasidah, berzanji, Burdah, tahlil, dan sebagainya. Supaya tidak tumbuh rasa cinta kepada Rasulullah SAW.
15) Melarang Umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mi'raj, dan semua perayaan hari kerayaan Islam yang lain.
16) Melarang belajar Sifat 20 dan menuduh sesat ajaran Asy'ari yaitu fahaman Kaum Ahlus sunnah Wal Jamaah. supaya umat islam terjatuh dalam ajaran ibnu taimiyah yang menyesatkan itu.
17) Melarang Amalan Tarikat, Umpamanya Tarikat Naqsabandiyyah, Syazali, Muhammadiah dan lain-lain tarikat. Supaya tidak ada ajaran yg menuntun agar hati umat islam menjadi bersih dari sifat-sifat yg diharamkan.
18) Mengundang Amerika untuk mengeksplorasi kekayaan minyak di timur tengah untuk kejayaan mereka.
19) Berkomplot dengan Amerika membina pengkalan tentera di Arab Saudi, supaya tidak ada yang mengganggu kekuasaan mereka.
20) Meminta bantuan tentara sekutu dalam perang, untuk menghancurkan Saddam Hussain, supaya kekayaan minyak tetap berada dalam genggaman mereka.
21) Mencetuskan Gerakkan Teroris seperti Al-Qaeda, dan lain-lain. Untuk memburukkan citra Islam.
22) Mengubah Arab menjadi Negara Yahudi, dan Haromain menjadi Kota Yahudi, dan lain-lain kejahatan yang merupakan konfirasi Yahudi seperti Punk, Skin Head, Black Metal, Chikano dan lain-lainnya. yakni Untuk menghapuskan keyakinan dan cinta Umat Islam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. supaya umat islam mengikut cara hidup yahudi dan meninggalkan Tuhan Nabi Muhammad SAW.

Jelaslah bahawa tujuan Wahabi adalah untuk meninggalkan Allah SWT dan Rasulullah SAW dan mengikuti Yahudi. Wahabi adalah buatan Yahudi.
Siapakah yang akan memerangi Wahabi?
Wahai Umat Islam seluruh Dunia, Setelah kita tahu Rahasia ini, Marilah kita perangi Wahabi dan Yahudi dengan Langkah-langkah Ini.
 
1) Jangan terpengaruh dengan Ajaran wahabi, jaga diri dan keluarga Anda dari aliran Ini.
2) Berpegang teguhlah kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yaitu Aqidah yang diajarkan Imam Abu Hassan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Muntaridi.
3) Kuatkan Hubungan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW, Kuatkan Hablum minal lah dan Hablum minal Nas (Hubungan Dengan Allah dan dengan sesama manusia).
4) Ber-fiqih dengan salah satu mazhab yang 4, Yaitu Syafi'i, Maliki, Hanbali dan Hanafi. jangan dicampur-campur.
5) Lawanlah Hawa Nafsu Buang segala Sifat Jahat dalam Diri Kita dengan berTasawuf berpandukan Imam Al-Ghazali.
6) Amalkan wirid dan zikir secara berdisiplin dan istiqamah atau amalkan Tarikat yang ada Guru Mursyid.
7) Jangan Mudah terpancing tawaran manis wahabi.
8) jangan sekali-kali terlibat dengan gerakkan militan.
9) Banyaklah bertaubat atas dosa-dosa sendiri dan dosa Umat Islam.
10) Berdoalah kepada Allah SWT supaya Allah SWT segera memberi pemimpin yang membawa kebenaran untuk menentang Wahabi dan menghapuskan ajaran ini


Dua keadaan yang extreme ini yang menyebabkan umat Islam di Malaysia menjadi confused.

Atau
YAHUDI sengaja mereka-reka cerita tentang keburukan Wahhabi (melalui Wahhabi ciptaan mereka), memperbesarkan cerita supaya dilihat sebagai sesat, supaya umat islam terus bertelagah tentang amalan. Pada hal keadaan (yang dikatakan sebagai ajaran Wahhabi) yang sebenar yang diajar oleh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah ajaran yang benar mengikut al Qur'an dan Hadith dan menghapuskan amalan-amalan yang terpesong dari ajaran islam.



No comments:

Post a Comment