Saturday, September 21, 2019

M 201 KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR


 KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR 


SEJARAH PENUBUHAN Kampung Baharu Kuala Lumpur
Tuesday, June 22, 2010 at 1:51pm

Kampung Baharu telah diwujudkan seawal tahun 1899 atas desakan penduduk Melayu di Kuala Lumpur ke atas pihak pentadbir Brittish. Ekoran desakan tersebut, Residen Brittish Selangor telah bersetuju untuk menubuhkan perkampungan Melayu di Kuala Lumpur merangkumi seluas 223 ekar tanah di antara Sungai Klang dan juga Jalan Batu (Batu Road). Antara tujuan Jeneral Residen Brittish mewujudkan perkampungan tersebut adalah untuk melibatkan dan mendidik anak-anak bangsa Melayu:

a) Untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan Residen Brittish;

b) Untuk membolehkan orang-orang Melayu mengambil peluang dalam pembangunan dan kemajuan Kuala lumpur.

Bagi mencapai tujuan tersebut, telah dipersetujui bahawa:

a) Orang-orang/anak-anak Melayu diberikan peluang mendapatkan pendidikan Inggeris-Melayu; dan

b) Memberikan pendidikan tentang perniagaan, perdagangan dan komersial.

Ekoran dari itu maka pada 12 haribulan Januari 1900 melalui Warta Kerajaan No. 20 berbunyi seperti berikut :-

“ No. 50. In exercise of the powers conferred upon him by section 246(iv) of the Land Code (FMS Cap 138) the Ruler in Council hereby makes the following Rules for the occupation and management of the Reserve known as the “Malay Agricultural Settlement” and so gazetted as notification No. 20 and amended by notification No. 530 published in the Selangor Government Gazette of 12th January, 1990, and 20th September, 1901, respectively

These Rules may be cited as “THE MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT (KUALA LUMPUR) RULES, 1950 (also Amendment Rules, 1954).

Kampung Baharu Kuala Lumpur yang asalnya berkeluasan 223 ekar semasa penubuhannya mengandungi 7 buah kampong:

i) Kampung Periok;

ii) Kampung Masjid;

iii) Kampung Atas A;

iv) Kampung Atas B;

v) Kampung Hujung Pasir;

vi) Kampung Paya dan

vii) Kampung Pindah.

PENTADBIRAN KAMPUNG BAHARU

Seksyen 3 (1) The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 berbunyi seperti berikut :

‘The Settlement shall be under the management and control of a board which shall consist of 11 members”

Berdasarkan peruntukkan Seksyen 3 (1) ini adalah jelas bahawa urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baharu adalah terletak di bawah kuasa Lembaga Pentadbir Malay Agricultural Settlement (Lembaga MAS)

LEMBAGA PENTADBIR MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT

Penubuhan dan organisasi

Lembaga MAS ini telah ditubuhkan bagi mentadbir dan mengawal segala urusan berkaitan tanah Kampung Baharu. Lembaga MAS terdiri daripada 11 orang ahli yang mana empat (4) daripadanya dilantik oleh Meteri Besar Selangor yang akan juga turut dilantik sebagai Setiausaha agung dan Bendahari (Seksyen 3 (2).

Pada awal penubuhannya 4 orang ahli yang dilantik tersebut terdiri dari kalangan pegawai-pegawai tinggi Brittish dan juga Kerabat Diraja Selangor. Hanya selepas Perang Dunia Kedua

20/9/1901 barulah beberapa orang penduduk dilantik di dalam Lembaga.

Tujuh (7) orang ahli Lembaga yang lain masing-masing adalah Ketua 7 Kampung di dalam Kampung Baharu.

Pada awal penubuhannya, perlantikan Ahli Lembaga Malay Agricultural Settlement telah dibuat oleh Pemangku Resident British pada masa itu H. Conway Belfield. Lembaga ini dipengerusikan oleh Raja Muda, Naib Pengerusi D.G. Campbell dan ahli-ahli lain ialah J.H. M. Robinson, A. Hale dan Tamby Abdullah. Mengikut rekod, mesyuarat pertama Lembaga ini adalah pada 11 haribulan Mac, 1900.

Tugas Lembaga MAS

Mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor tersebut, Lembaga Pentadbir ini adalah bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan pentadbiran Kampong Bharu yang luas kawasannya lebih kurang 89.63 Hekter. Luas kawasan ini kemudiannya telah dipinda kepada lebih kurang 89 hekter sahaja.

Pindaan ini telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan No. 530 bertarikh pada 20 September 1901.Di antara tugas-tugas Lembaga Pentadbir Kampong Bharu ini adalah:

1. Lembaga Pentadbir ini boleh membenarkan sesiapa saja yang berbangsa Melayu memohon untuk tinggal di Kampong Bharu. Luas kawasan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 0.8 hekter bagi tiap-tiap seorang pemohon.

2. Adalah hak Lembaga Pentadbir mengarahkan penduduk Kampong Bharu ini agar mengerjakan tanah mereka serta menjaganya terutama- nya dari segi kawalan kebersihan.

3. Lembaga Pentadbir berhak mengarahkan anak-anak penduduk Kampong Bharu belajar di sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh Lembaga, Penduduk yang engkar boleh diperintah pindah.

4. Penduduk yang ingin pindah dari Kampong Bharu ke tempat lain boleh memberikan lot tempat tinggalnya kepada orang lain dengan mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pentadbir.

Kuasa-kuasa Lembaga

Lembaga Pentadbir MAS telah diberikan kuasa-kusa seperti berikut :-

a) Lembaga boleh membuat undang-undang kecil sendiri selaras dengan peraturan-peraturan M.A.S (KL) 1950;

b) Melulus dan menetapkan syarat-syarat pemberian lot-lot rumah untuk pemohon Melayu;

c) Menyimpan Daftar penduduk yang telah diluluskan termasuk berbagai butir mengenai pertukaran seperti pindahmilik termasuk secara syariah.

d) Melulus dan menetapkan syarat-syarat pelan-pelan bangunan dan sambungan rumah;

e) Berkuasa menyingkir penduduk yang ingkar dan merbahaya kepada masyarakat M.A.S Kampung Baharu dengan syarat yang ada persetujuan bertulis dari Menteri Besar Selangor. 

ADAKAH ENAKMEN “THE MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT” DAN LEMBAGA M.A.S INI MASIH BERFUNGSI SEKARANG

Rujuk kepada hansard Parlimen bertarikh 27 haribulan Jun, 2006.

8. Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz [Titiwangsa] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status tanah Kampung Baru Kuala Lumpur yang tidak mempunyai geran hak milik serta menerangkan sama ada peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 (Malay Agricultural Settlement Rules 1951), Warta Negeri Selangor No. 50/1951, masih lagi berkuat kuasa pada hari ini setelah mengambil kira Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1974 yang telah memindah milik Bandar raya Kuala Lumpur dari Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:

Tuan Yang di-Pertua, The Malay Agricultural Settlement (MAS) Kampung Baru Kuala Lumpur adalah merupakan satu kawasan penempatan pertanian bagi orang-orang Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur yang diwujudkan melalui perizaban di bawah seksyen 6 Enakmen Tanah 1897 sebagai The Malay Agricultural Settlement seluas lebih kurang 221.5 ekar. Bagi mengawasi tanah-tanah ini secara teratur, pada tahun 1950 telah diwujudkan pula by law bagi MAS ini iaitu The Malay Agricultural Settlement Kuala Lumpur Rules 1951 dan juga peraturan (Pindaan) 1994 melalui kuasa Land Code 1962, CAP 138, seksyen 246 (4).

Mulai tahun 1964, Kerajaan Negeri Selangor telah mula meluluskan pengeluaran hak milik bagi tanah-tanah di dalam kawasan ini. Exercise tersebut diteruskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai tahun 1974, apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan sehingga sekarang. Dari segi bilangan lot yang terdapat di Kampung Baru adalah seperti berikut:

(i) lot untuk kediaman - 835;

(ii) lot bagi padang ataupun kawasan lapang ialah empat lot;

(iii) masjid satu lot dan

(iv) untuk surau ada lima lot.

Daripada 835 lot kediaman, sebanyak 827 lot telah dikeluarkan hak milik dan bakinya di dalam pertimbangan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi tapak surau dan kawasan lapang, hak milik belum dikeluarkan lagi. berhubung dengan persoalan sama ada Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951, (The Malay Agricultural Settlement Rules 1951), Warta Negeri Selangor No. 50/1951 masih lagi berkuat kuasa.

Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa mengikut seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1974, Akta A 2006, “Mana-mana undang-undang bertulis yang sedia ada dan sedang berkuat kuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terus berkuat kuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehinggalah undang-undang bertulis itu dimansuhkan, dipinda atau digantikan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen”.

Seksyen tersebut juga memperuntukkan bahawa, “Apa-apa fungsi atau kuasa yang terletak hak kepada raja bagi negeri Selangor atau pada mana-mana pihak berkuasa negeri, itu oleh mana-mana undang-undang yang sedia ada berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terletak hak itu kepada dan dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan atau mana-mana orang atau pihak berkuasa lain yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah”.

Dengan itu, selagi kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tidak dibatalkan atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, kaedah-kaedah itu masih lagi berkuat kuasa pada hari ini.

Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan jawapan demikian, saya hendak tahu sama ada pihak DBKL yang mempengerusikan Majlis MAS itu adalah sahih daripada segi undang-undang atau tidak.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya sebut sebentar tadi iaitu di bawah akta ini, kalau sekiranya sebelum ini iaitu Kuala Lumpur diletak di bawah negeri Selangor, kalau disebutkan bahawa hak itu terletak kepada raja bagi negeri Selangor atau mana-mana pihak berkuasa negeri itu oleh mana-mana undang-undang yang sedia ada berhubung dengan Wilayah Persekutuan, maknanya di WilayahPersekutuan ini sekarang ini, yang berhak ialah Yang di-Pertuan Agong dan juga Menteri Wilayah Persekutuan. Jadi kalau sekiranya Dato’ Bandar yang mempengerusikan MAS, maka itu adalah sah kerana mengikut undang-undang ini, kuasa itu telah dipindah daripada mereka yang berkuasa di negeri Selangor kepada sekarang ini, mereka yang berkuasa di Wilayah Persekutuan.



Warisan kampung terakhir di Kuala Lumpur
Oleh Zulhilmi Hat dan Bennie Zie Fauzi
bminggu@bh.com.my

PEMANDANGAN di Kampung Baru, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin

RUMAH asal milik pewaris generasi ketiga rumah tradisional di Kampung Baru. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMPUNG Baru terletak di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu.

Ia kini satu-satunya perkampungan Melayu yang tinggal selepas pembangunan dan pemodenan mengambil alih 'melenyapkan' Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum.

Menyusuri sejarah, penubuhan kampung berusia 115 tahun dengan keluasan 101 hektar itu dilaporkan bermula dengan satu Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari mengenai The Malay Agricultural Settlement yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan seterusnya mengamalkan gaya hidup kampung di situ.

Faktor lain menyebabkan Kampung Baru berhak dilindungi sekali gus dipertahankan adalah di sini bermulanya pergerakan politik Melayu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diilhamkan untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air yang pada ketika itu dalam penjajahan Inggeris.

Tahun demi tahun, kedudukan dan status Kampung Baru terutama rumah kampung yang jumlahnya semakin menyusut.

Semoga kewujudan rumah kampung yang dikepung bangunan moden dapat dipelihara kerana selain mengungkap sisi tradisional Kuala Lumpur, turut menjadi tarikan kepada pelancong asing malah jika dilihat perspektif lebih jauh, meninggalkan warisan untuk tatapan generasi mendatang.

RUMAH asal milik pewaris generasi ketiga rumah tradisional, Muhd Noor Muhd Amin, 77, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. - Foto Nik Hariff Hassan
Rumah tradisional ungkap keunikan

Terletak di lokasi dalam lingkungan segi tiga emas menyebabkan nilai tanah di Kampung Baru dilaporkan mencecah hingga RM5.1 bilion.

Sehingga kini, tujuh kampung yang berada di bawah kawasan Kampung Baru iaitu Kampung Periok, Kampung Masjid, Kampung Atas, Kampung Bawah, Kampung Hujong Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah masih selamat dari menjadi korban pembangunan.

Kebanyakan kediaman sudah berwajah moden. Di lokasi strategik tertentu, dibangunkan rumah pangsa dan bangunan komersial seperti Plaza RAH.

Bagaimanapun, itu semua belum berupaya menandingi keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu yang menjadi identiti Kampung Baru.

Sutiah Ahmad, 86, antara penduduk paling lama di kampung ini berharap dapat terus menetap di rumahnya sehingga hujung usia yang menjadi kebanggaan warisan keluarganya.

Meskipun seni bina asal mengemukakan dinding papan sepenuhnya dengan binaan tiang tinggi itu sudah wujud sebelum kelahirannya pada tahun 1925, beliau yang tinggal bersama anak sulungnya cukup mengagumi seni warisan ayah dan datuk mereka.

"Mengikut cerita orang-orang lama, kawasan ini dulunya hutan dan dusun. Malah, ada yang memberitahu harimau sering berkeliaran di tempat ini.

"Selepas Sultan Selangor ketika itu mengeluarkan titah menyuruh teroka serta bina rumah, sedikit demi sedikit tempat ini penuh orang lalu menjadi kampung," katanya.

Sutiah turut mengingati banjir besar Kuala Lumpur pada tahun 1970 menyebabkan Kampung Baru 'lumpuh' selama dua hari.

"Mujurlah rumah ini mempunyai tiang tinggi. Binatang liar yang dulunya menjadi penghuni hutan sekeliling tidak boleh masuk ke dalam rumah," katanya.

Rumah Sutiah terletak di Kampung Paya turut digelar 'rumah hitam', kerana hanya menggunakan cat minyak hitam hampir keseluruhan rumah.

Tangga batu gaya rumah Melaka berserta anjung di samping tingkap berdaun yang menjadi pengenalan rumah kampung yang diwarisi hampir satu abad.

Hasil pengubahsuaian, bilik tidur yang dulunya hanya dua, kini menjadi empat, ruang dapur terletak di atas dialihkan ke bawah manakala ruang tamu dibesarkan lima kaki lagi.

Di bahagian kanan rumah, dibina tiga pintu lagi untuk disewakan kepada orang.

Mengaku rumahnya itu banyak menggamit nostalgia zaman muda, Sutiah paling sukakan suasana dinihari yang menurutnya lebih nyaman dan sejuk semula jadi.

"Saya suka tidur di atas kerana lebih sejuk, ada ketikanya menggigil kesejukan jika tanpa selimut," katanya merujuk rumah papan asal yang suatu ketika dulu pernah dijadikan lokasi penggambaran muzik video, Pandang Pandang Jeling Jeling, nyanyian duet Tan Sri Datuk SM Salim dan Datuk Siti Nurhaliza.

Wang bukan segala-galanya

Rumah biru milik Mohd Noor Muhd Amin, 77, mempunyai keunikan tersendiri daripada rumah lain yang terdapat di Kampung Baru pada hari ini

Dengan mengetengahkan rumah tradisi Limas yang asalnya boleh ditemui di Selangor, Johor dan Terengganu, rumahnya dianggap antara paling indah.

Menyingkap kisah rumah ini, Muhd Noor menceritakan bahawa 'rumah biru' yang digelar penduduk Kampung Baru asalnya dibina oleh arwah datuk dan ayahnya di atas keluasan tanah 16,000 kaki persegi.

"Datuk yang mahir membuat rumah bertanggungjawab mereka bentuk rumah Limas yang diperbuat dari kayu cengal serta meranti.

"Segi reka bentuk pula beliau mengutamakan aspek pencahayaan, pengudaraan dan keselamatan apabila membinanya dengan mempunyai tiang tinggi untuk mengelakkan daripada kejadian banjir," katanya sambil menambah terdapat empat hingga lima jenis rumah sama di Kampung Baru ini.

Meskipun begitu, rumah Limas yang dahulunya keseluruhannya diperbuat daripada kayu, kini mengalami perubahan zaman moden tetapi masih mengekalkan elemen tradisionalnya.

Lantai rumah dulunya diperbuat daripada kayu digantikan dengan jubin bagi mengelak dimakan anai-anak setiap kali kejadian banjir yang melanda Kampung Baru.

Hiasan dalamannya pula masih mengekalkan perabot dan meja makan lama milik bapanya yang berusia setengah abad yang diletakkan di ruang tamu bersebelahan dengan meja makan dan bilik tidur utama.

Muhd Noor berkata, rumah biru yang didudukinya ini berusia 100 tahun ini banyak meninggalkan nostalgia kepadanya.

"Ada individu berhasrat membeli rumah warisan ini dengan harga RM5 juta, namun saya menolak. Bukan duit dinilai pada rumah ini, sebaliknya nilai sentimental tidak boleh dibeli dengan duit yang saya pertahankan sehingga hari ini.

"Rumah inilah mercu keluarga saya yang bakal diwarisi oleh anak-anak dan cucu. Mereka waris rumah Limas ini yang perlu memeliharanya sampai bila-bila," katanya.


RUMAH asal sekitar Kampung Baru. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Berhak dipertahankan

Mengakui tidak boleh menghalang pembangunan, kerajaan juga seharusnya ada inisiatif untuk mengekalkan dan memulihara sebahagian rumah tradisional di Kampung Baru sebagai warisan budaya bangsa, khususnya orang Melayu.

Profesor Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) merangkap Ketua Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, mengekalkan rumah warisan penting terutama yang mempunyai signifikan dengan sejarah silam negara.

"Bukan bermakna saya menolak pembangunan namun sayang jika Kampung Baru yang diakui kampung warisan Melayu itu dilupuskan. Dalam akta turut mengemukakan, rumah berusia 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan sebagai warisan sekali gus berhak dipertahankan," katanya.

Menurutnya, jangan disebabkan memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, segala tinggalan serta warisan lama mudah dilenyapkan.

"Yang lama perlu disimpan supaya generasi depan dapat menyaksikan keindahan kampung Melayu di tengah kota. Warisan bukan sekadar dijaga malah harus dipulihara.

"Saya pohon pihak bertanggungjawab seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan muzium lebih bertegas dalam memelihara warisan Melayu ini supaya tidak ditelan zaman. Malah, sepatutnya sudah ada perancangan membina bangunan dan galeri pameran mengenainya supaya masyarakat Melayu sekarang sedar akan asal-usul mereka," katanya selain menyifatkan rumah warisan di Kampung Baru bukan sekadar tempat berteduh sebaliknya turut menunjukkan khazanah seni serta maruah bangsa.



New proposal for Kg Baru redevelopment plan by month-end

KBDC had released almost 5,700 questionnaires to registered heirs and landowners, asking, among others, their views on the activation of the Land Acquisition Act 1960, which would allow the government to take over their assets by force.

KUALA LUMPUR (Jan 3): A fresh proposal on the long-delayed redevelopment plan on Kampung Baru is expected to be presented to the government by the end of this month, said its coordinating agent, Kampung Baru Development Corp (KBDC).

The new proposal is based on the result of a survey conducted in November by KBDC, its CEO Zulkurnain Hassan was reported saying in Malaysian Reserve today.

The redevelopment of the Malay enclave in the heart of Kuala Lumpur has failed to take off  due to decades of numerous unresolved issues on onwership, land titles and price valuations.

The heritage village has been envisioned to be transformed into a modern “21st century Kampung Melayu”. Sitting on 121.41ha plot of land, the 20-year-project was planned to include 17,500 residential units to cater up to 77,000 people with an estimated cost of RM43 billion. It is slated for completion by 2035.

To acquire the plots, KBDC, since April 2012, has had to deal with more than 5,000 landowners of 1,355 lots, most of whom had inherited the plots from their ancestors.

Previous negotiations among KBDC, developers, landowners and other stakeholders had not borne any resolution as it did not represent the real aspiration of the Kg Baru residents, said  Zulkurnain.

As such, KBDC had released almost 5,700 questionnaires to registered heirs and landowners, asking, among others, their views on the activation of the Land Acquisition Act 1960, which would allow the government to take over their assets by force.

He added the survey also served to gauge the sentiment of the Malays in loosening up the Kg Baru “Malay Agriculture Settlement” (MAS) status to allow non-Malay buyers to own properties there. This is to avoid overhang, which has been a concern among developers.

“We have about 8,000 names for the land that sits under the Kampung Baru MAS and three flats areas. Of the total, more than 2,000 names do not have the proper address and identification numbers, and we have to exclude them.

“Hence, we only send 5,697 survey forms. However, 1,200 of the forms did not reach the recipients due to wrong address or because they are deceased. As a result, only 1,287 of them have responded so far,” Zulkurnain said.

The survey covered 89.8ha of MAS designated land and about 800 units of flats (8.1ha).

“Prior to this, we had only received negative feedback rejecting the redevelopment plan. However, we feel that the sessions were represented by just a handful of them (residents). The silent majority may also have their own views, but they just kept quiet. That was how the survey came about,” Zulkurnain revealed.

“After we present these data to the Federal Territories Ministry, it is up to the government to decide on the next course of action,” he added.

Zulkurnain opined that any further residents’ engagement, including the proposed Kampung Baru Development Congress, may only be held after a firm decision by the government.

He is confident that the data collected by KBDC would be sufficient to represent the voice of the Kampung Baru residents.

“The Department of Statistics Malaysia only use a minimum of 10% respondents to represent the whole data, while other parties set a benchmark of 20%. As for us, ideally we want to get a 100% feedback, but we cannot force people to take part in the survey.

“However, we already have more than 20% of the total number of respondents. That should be enough,” he concluded.

EDGEPROP.MY
January 03, 2019



Kerajaan tawar RM1,000 satu kaki persegi tanah Kampung Baru
Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Fahmy A Rosli
24.10.2019

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membuat tawaran baharu kepada penduduk Kampung Baru di sini, untuk membeli tanah yang terbabit dalam pembangunan semula di kawasan berkenaan pada harga RM1,000 satu kaki persegi berbanding RM850 sebelum ini.
Bersandarkan harga baharu itu, RM850 secara pulangan tunai, manakala baki RM150 berbentuk pulangan dalam pegangan saham.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata pulangan dalam bentuk pegangan saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang bakal ditubuhkan kelak di mana perinciannya akan diperhalusi agensi berkaitan.

“Saya berkesempatan untuk berbincang perkara ini bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sudah melaporkan segala input dan kehendak yang diperoleh pada sesi townhall terdahulu.

“Hasil perbincangan itu, sukacita ingin dimaklumkan bahawa kerajaan menawarkan tanah di Kampung Baru yang terbabit dalam pembangunan semula dibeli pada harga RM1,000 satu kaki persegi.

“Daripada harga RM1,000 satu kaki persegi itu, RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan yang telah dipilih oleh pemilik tanah, manakala baki RM150 pulangannya adalah dalam bentuk pegangan saham dalam SPV yang akan ditubuhkan kelak.

“Perincian saham akan diperhalusi oleh agensi berkaitan dan akan dimuktamadkan sebelum perjanjian ditandatangani kelak,” katanya pada sidang media khas di lobi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini. Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Kampung Baru (PKB), Tan Sri Ambrin Buang dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Ahmad Dahlan.

Selain pakej baharu bernilai RM1,000 satu kaki persegi, Khalid turut mengemukakan tambahan tawaran lain iaitu potongan harga berjumlah 15 peratus bagi pemilik tanah yang memilih untuk membeli harta tanah dalam pembangunan yang akan dilaksanakan kelak.

Beliau memberi contoh, harga rumah Residensi Wilayah yang dibangunkan di Kampung Baru akan dijual kepada pemilik tanah pada harga RM255,000 seunit membabitkan keluasan lantai 900 kaki persegi berbanding harga asal iaitu RM300,000 seunit. Katanya, tawaran baharu ini bagi menggalakkan penduduk Kampung Baru memilih untuk terus menetap termasuk mempunyai pegangan di atas tanah mereka.

“Sehubungan itu, kerajaan ingin menyeru semua pemilik tanah Kampung Baru yang terbabit dalam rancangan pembangunan semula ini untuk mengemukakan borang maklum balas mengenai persetujuan pembangunan semula kawasan ini.

“Keperluan mengembalikan borang maklum balas persetujuan ini adalah hanya untuk pemilik yang belum mengemukakan borang berkenaan kepada PKB selepas sesi townhall pada September lalu.

“Mereka yang serahkan borang tanda setuju tidak perlu hantar permohonan sekali lagi. Bagi pemilik yang sudah mengemukakan borang sebelum ini, tetapi telah menyatakan tidak bersetuju dengan tawaran (terdahulu) pada ketika itu, mereka juga dipohon untuk mempertimbangkan semula tawaran baharu ini dan mengembalikan borang itu kepada PKB,” katanya.

Khalid mengingatkan penduduk Kampung Baru supaya mengemukakan maklum balas dalam tempoh tiga minggu bermula hari ini. Tarikh terakhir untuk mengemukakan borang maklum balas adalah pada 15 November depan.

“Bagi pemilik tanah yang ingin mendapatkan maklumat terperinci, anda boleh berhubung terus dengan pihak PKB.

“Bagi pemilik yang memberikan persetujuan ini, saya seru supaya bersama-sama membantu mengenalpasti dan jika boleh berusaha mendapatkan persetujuan daripada semua pihak bersama dalam lot masing-masing yang belum kemuka borang maklum balas,” katanya.





 PENDAPAT SAYA 

KITA perlu menerima hakikat bahawa keadaan dan zaman telah berubah. Kita tidak boleh mempertahankan Kampung Baru supaya kekal seperti sedia ada. Semakin lama status pemilikan tanah di Kampung Baru ini akan menjadi semakin rumit kerana pertindihan nama yang telah melibatkan beberapa generasi.

Kampung Baru bukan penempatan setinggan seperti sebahagian dari Dato' Keramat, Kampung Chubadak, Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pantai Dalam dan lain-lain lagi yang lebih mudah dibangunkan kerana Kerajaan mempunyai hak mutlak ke atas tanah tersebut.

Kedudukan Kampung Baru seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, umpama kudis kepada Kuala Lumpur.

Jika tanah Kampung Baru dibiarkan begitu:

(1)   Walaupun secara teorinya nilai tanah semakin tinggi tetapi siapa yang mahu membelinya? Kerana status pemilikannya yang komplikated. Jika dijual dengan harga yang tinggi, semua penama hanya akan menerima jumlah wang yang kecil sahaja, tidak dapat membeli apa-apa aset baru, khususnya rumah.

(2)   Pemilik tanah dan rumah juga sukar untuk membangunkan tanah sendiri kerana keadaan geografi, infrasturuktur serta kedudukan kejiranan yang begitu sempit dan rapat.

(3)   Kampung Baru akan semakin sesak, semakin kotor dan mendedahkan kepada risiko kepada pelbagai perkara negatif seperti penempatan warga asing (penyewa), punca wabak penyakit berjangkit, kebakaran besar (kesukaran dimasuki oleh kenderaan JBPM), jenayah, potensi pusat persundalan/pelacuran, banjir kilat dans ebagainya.

Apa yang dirancang oleh pihak Kerajaan (sejak pemerintahan BN) dan kini diteruskan oleh Kerajaan PH adalah hasrat yang baik dan memberi faedah kepada penduduk dan juga sosio-ekonomi penduduknya.

Apa yang paling penting ialah:

(1)   Kampung baru mesti ditransformasi bersesuaian dengan pembangunan dan kemodenan Kuala Lumpur.

(2)   Pemilik tanah di Kampung Baru perlu mendapat faedah yang maksima dari pembangunan semula seperti sahak pemilikan tanah atau syarikat yang membangunkan Kampung Baru berdasarkan penama terakhir.

(3)   Perlu ada syarat khas supaya tidak akan berlaku penukaran hak milik (pengekalan hak milik khas untuk Melayu atau Rezab Melayu). Warga atau bukan warga bukan Melayu hanya boleh menyewa atau memajak tidak melebihi 10 tahun (atau tempoh tertentu).

(4)   Kampung Baru wajar diisytiharkan sebagai Wilayah Kecil Khas dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

.









Wednesday, September 18, 2019

M 200 PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL: PAS BIJAK UMNO TERJEBAK


Muafakat Nasional
daripada Wikipedia, Ensiklopedia bebas. 

Muafakat Nasional merupakan sebuah gagasan kerjasama parti-parti politik di Malaysia. Gagasan tersebut dicetuskan hasil daripada kerjasama antara dua parti politik terbesar di Malaysia iaitu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 14 September 2019

Muafakat Nasional juga merupakan manifestasi kerjasama antara dua perikatan parti-parti politik di Malaysia, iaitu Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

Pengisytiharan Pembentukan

UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk pada 14 September 2019. Piagam berkenaan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejurus selesai ucapan kedua-dua presiden parti berkenaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Himpunan Penyatuan Ummah hari ini. Setiausaha Agung UMNO dan PAS menjadi saksi kepada majlis tandatangan berkenaan.

Piagam Muafakat Nasional

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

DENGAN IZIN ALLAH SWT, sesungguhnya UMNO dan PAS dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

(1)   MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

(2)   MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

(3)   MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

(4)   MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.





MACAM-MACAM PENDAPAT

Ada yang logik
Ada yang merapu dan memusing fakta
Ada yang dah tahu UMNO dan PAS ikhlas
Ada yang masih guna agama untuk menegakkan benang yang basah

Kerjasama UMNO-PAS: Apa kata penganalisis politik?


KUALA LUMPUR 16 Sept.- Piagam Muafakat Nasional, perjanjian kerjasama politik yang dimeterai UMNO-PAS Sabtu lepas, membuka satu lagi episod baharu dalam agenda politik negara, yang pastinya mengundang pelbagai reaksi dari kalangan pemerhati politik yang benar-benar berminat untuk mengetahui halatujunya.

Ada yang berpendapat ia bakal menjadi satu lagi retorik politik jika intipati dan pelaksanaannya tidak dijelaskan dengan baik dan tepat; bukan sahaja kepada khalayak yang hadir sewaktu majlis berlangsung, tetapi juga kepada masyarakat umum yang pastinya ingin tahu manfaat dan kebaikan yang boleh diharapkan daripada piagam itu.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, beliau melihat akan wujud dilema pasca piagam itu memandangkan ia menitikberatkan isu-isu yang berkaitan dengan kaum, Raja dan Perlembagaan.

"Ia mungkin berdepan dengan cabaran dalam meyakinkan sokongan pengundi muda, kelas pertengahan selain cabaran mendapatkan sokongan dari Sabah dan Sarawak dalam mengambil kira faktor agama, kaum dan kelas masyarakat," katanya.

Perjanjian kerjasama politik yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional itu dimeterai oleh Parti Umno dan PAS sempena Himpunan Penyatuan Ummah, yang disempurnakan oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari Sabtu lepas.

Piagam berkenaan adalah satu dokumen terperinci menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama dirangka menerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal, yang masing-masing dianggotai 11 dan lima pemimpin bagi setiap parti.

Ia bakal memperincikan jawatankuasa berkaitan yang akan melaksana dan merealisasikan kerjasama pada peringkat pusat, negeri sehingga peringkat akar umbi selain satu tata kelola kerja bagaimana kedua-dua parti bergerak daripada sekarang hingga ke pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, geostrategis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr. Azmi Hassan menyifatkan piagam itu seakan menyerupai konsep Malaysia Baharu atau prinsip Rukun Negara.

Tegasnya, muafakat itu dilihat tercetus berikutan persepsi Malaysia Baharu dibawa Pakatan Harapan (PH) yang kononnya telah mengetepikan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.

"UMNO dan PAS sebagai parti politik telah 'mencuri peluang' yang terbuka luas dengan persepsi tidak baik terhadap PH," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata isi piagam berkenaan 'ringkas' dan perlu huraian yang lebih jelas kerana ia melibatkan soal agama, kaum, hal Melayu, kedudukan rakyat dan Perlembagaan.

"Ia tidak diulas dengan baik untuk meyakinkan rakyat. Malah hala tuju kerjasama UMNO-PAS sendiri belum jelas. Piagam ini tidak boleh menjadi retorik politik atau akan ditolak semasa pilihan raya umum kelak," katanya.

Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpendapat piagam itu dilihat akan menjadi cabaran kepada kerajaan PH untuk "walk the talk" dan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan isu berbangkit daripada manifesto yang dijanjikan sebelum ini.

"Ia juga satu cabaran kepada kerajaan sekarang untuk sama-sama memastikan isu sensitif ditangani dengan lebih berhati-hati untuk kepentingan semua," jelasnya. - BERNAMA

https://www.utusan.com.my/berita/politik/kerjasama-umno-pas-apa-kata-penganalisis-politik-1.971402


Buktikan kerjasama UMNO-PAS dengan kerajaan campuran di empat negeri
Oleh Nazura Ngah
nazura_ngah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS disaran mewujudkan kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan di empat negeri dikuasai mereka bagi membuktikan kemampuan merealisasikan kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kejayaan melaksanakan langkah itu di Perlis dan Pahang yang dikuasai Barisan Nasional (BN) serta Kelantan dan Terengganu ditadbir PAS akan memberi petunjuk jelas kemampuan kedua-dua parti bekerjasama dan bukannya sekadar politik retorik.

Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar, berkata walaupun pada peringkat kepemimpinan tertinggi, kerjasama itu dilihat sangat kemas, rakyat khususnya ahli dan penyokong kedua-dua parti tidak melihat secara jelas kemampuan serta hala tuju dalam kerjasama itu.

Beliau berkata, lantikan EXCO atau Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) antara langkah boleh dilaksanakan pada peringkat kerajaan negeri.

“Rakyat hendak lihat sejauh mana kerjasama UMNO dan PAS boleh direalisasikan dalam situasi menang-menang, bukan sekadar memperlihatkan kerjasama di atas kertas.

“Buktikan dulu di Pahang, Perlis, Kelantan dan Terengganu, jadikan empat negeri ini projek perintis kerjasama mereka.

“Isunya sama ada mereka bersedia melaksanakannya atau tidak dan sanggup atau tidak mereka melepaskan kerusi kepada bekas seteru,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Penganalisis politik itu turut menyifatkan mana-mana pihak boleh membuat dan menghasilkan piagam seperti Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani dan dimeterai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sabtu lalu.

Ini kerana, beliau berkata, isu lebih penting ialah kaedah pembahagian kerusi yang bakal dimuktamadkan pada PRU-15.

“Sebagai contoh, takkan UMNO yang rasa boleh menang mudah mahu melepaskan kerusi tradisi bagi memberi laluan kepada PAS,” katanya.

Sementara itu, Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid, berkata kedua-dua parti perlu membuktikan penyatuan ummah itu boleh diterjemahkan dalam bentuk kerajaan campuran dengan melaksanakannya di empat negeri dikuasai mereka.

Beliau berkata, selagi tiada satu amalan, formula, struktur jelas dalam kerjasama, selagi itu ia hanya bersandar kepada politik retorik.

“Jika benar mereka serius bersatu, UMNO dan PAS patut bermula dengan kerajaan campuran, buktikan di negeri dikuasai mereka dulu.

“Persoalannya, sanggupkah kedua-dua parti itu menyerahkan kuasa kepada sekutu mereka. Kerjasama disebut-sebut itu masih jauh dan selama mana kedua-dua parti mampu mengekalkan momentum ini,” katanya.

Di Terengganu, PAS menguasai 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN menerusi UMNO memenangi 10 kerusi dimenangi pada PRU-14. Di Kelantan, PAS memiliki 37 kerusi dan UMNO 8 kerusi.

Sementara itu di Kedah, BN menguasai 25 kerusi DUN dengan UMNO menyandang 24 kerusi dan MCA mempunyai 1 kerusi, manakala PAS memiliki 8 kerusi.

Di Perlis, UMNO menguasai 13 daripada 15 kerusi DUN dengan bakinya 3 kerusi adalah wakil rakyat PAS.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/607785/buktikan-kerjasama-umno-pas-dengan-kerajaan-campuran-di-empat-negeri 


Piagam Muafakat Nasional agenda keharmonian kaum

Oleh: Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, ADUN Batu Kurau
Diterbitkan pada September 17, 2019 08:29 MYT

Penulis berpendapat, HPU yang melahirkan Piagam Muafakat Nasional bakal memberi impak negatif dan menggerunkan pihak kerajaan dan kehadiran 50,000 ahli dan penyokong menyebabkan kerajaan PH resah. - Gambar fail
USAI sahaja majlis Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914), beberapa orang sahabat bertanyakan sama ada penyatuan tersebut atas kepentingan politik Melayu atau persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15? Saya mengiayakan apa yang ditanya bersama tambahan jawapan demi Islam dan bukan Islam juga.
Ternyata, HPU ini menusuk kalbu banyak pihak hingga ada yang menitiskan air mata kerana terharu bahawa orang Melayu sudah mula bersatu. Tidak kurang juga ada yang melabel piagam ini sekadar memaparkan ‘sijil nikah kerana telah bersekedudukan’ sebelum ini.  Apa pun komen yang diberikan, itu semua hak masing-masing. Berilah apa pun analogi, semua itu permainan politik sebagai tindak balas membentuk persepsi baharu dalam pemikiran rakyat.

Sebagai ahli politik yang matang, seharusnya Piagam Muafakat Nasional (PMN) perlu dilihat dalam perspektif politik masyarakat Malaysia. Hal ini bererti amalan demokrasi sedang berkembang subur dan halu tuju politik negara bersifat dinamik mengikut peredaran masa. Dengan erti kata lain PMN bukanlah ancaman kepada keselamatan negara atau pemecah belah perpaduan rakyat, tetapi platform baharu parti pembangkang untuk merejuvinasi parti mereka.

Menggerunkan kerajaan Pakatan Harapan

Ternyata, HPU yang melahirkan PMN bakal memberi impak negatif dan menggerunkan pihak kerajaan. Kehadiran 50,000 ahli dan penyokong menyebabkan kerajaan PH berada dalam ‘gayat’ dan resah. Seawal jam 8 pagi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi ahli dan penyokong berbaju putih, bersongkok dan bertanjak. Semua ini adalah solidariti yang bakal memberi isyarat bahawa kedua-dua parti pembangkang ini mula mengatur langkah sebagai persediaan PRU15.

Seharusnya, pihak kerajaan tidak melatah akan himpunan ini. Himpunan ini bukanlah seperti demonstrasi 1998, Bersih atau ICERD yang menuntut kerajaan ‘memagar’ peserta dengan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Sebaliknya, himpunan ini sekadar pengisytiharan kesepakatan mereka kepada umum berkaitan hala tuju masa depan politik pembangkang. Ianya berlansung secara aman di tengah kota kosmopolitan dan ibu negara Malaysia. Bahkan tarikh yang dipilih 14 September 2019, iaitu dua hari menjelang ulang tahun Hari Malaysia adalah simbolik himpunan ini untuk semua rakyat Malaysia.

Niat suci dan ikhlas

Salahkah dua parti yang didominasi oleh orang Melayu bersatu dan membentuk blok politik bersama? Wajarkah blok politik ini dilabel sebagai bersifat perkauman sedangkan ia tidak mengetepikan kepentingan sah kaum-kaum lain? Hinakah UMNO dan PAS jika berpegang kepada maksud firman Allah SWT, ayat ke-2 Surah Ali Imran, “Dan bekerjasamalah dalam perkara yang baik dan takwa, dan janganlah bekerjasama dalam perbuatan-perbuatan dosa lagi menganiayai”.

Hakikatnya, ini hanyalah andaian dan persepsi yang tidak berasas. Pengakuan sebagai ‘adik-beradik’ menandakan kedua-dua parti bersedia menamatkan perseteruan. Berkeupayaan melupakan persengketaan politik adalah jalan bijak untuk membina kekuatan bersama. Tidak lagi mengungkit cerita-cerita lama ketika ‘bermusuh’ adalah tanda hati sudah bersih dan ikhlas demi kerukunan bersama.

Ahli dan penyokong perlu merestui hasrat ini tanpa curiga. Pelbagai program perlu disusun bersama agar nampak kesepakatan dan kesepaduan. Paling penting, setiap ahli dan pendokong piagam ini tidak perlu melayan komen-komen liar dan tidak beretika hingga boleh mengakibatkan piagam ini nampak longgar di mata rakyat. Yang penting, sama-sama tumpukan perhatian ke arah merealisasikan agenda piagam. Dan ingatlah, “sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (al-Hujarat: 10).

Menjunjung Perlembagaan Persekutuan

PMN bukan untuk orang Melayu dan yang beragama Islam sahaja. Tidak ada diskriminasi kepada mereka yang bukan Melayu atau bukan Islam. Sebaliknya, pembentukan PNM adalah berpaksikan Piagam Madinah yang bersifat inklusif dan berteraskan keadilan tanpa mengira agama, kaum dan budaya. Dalam hal ini, PMN adalah gagasan yang sentiasa menjunjung prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Malahan, PNM akan tetap berpegang kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama ketika negara mencapai kemerdekaan. Andai terdapat lompong akan ditambah baik demi kesejahteraan dan keharmonian kaum.

Sebagai parti yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan, hak dan kepentingan sah kaum-kaum lain tidak akan dipinggirkan. Sebagai contoh, dalam soal kegamaan piagam ini tidak akan menafikan jaminan Perkara 3, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai serta Perkara 11 yang juga berkaitan kebebasan beragama. Begitulah juga dengan perkara 12 yang memberi jaminan dalam soal pendidikan tidak sekali-sekali dilanggar hanya kerana kepentingan orang Melayu.

Selain berteraskan ummah dinniyah (umat keagamaan), kerangkannya juga berbingkai ummah siyasiyyah yang disulam semangat qabul al-akhar (menerima orang lain) untuk hidup secara damai dan harmonis. Pendek kata, sekalipun mereka bukan orang Melayu dan sesetengahnya bukan beragama Islam, hak mereka sebagai warganegara Malaysia perlu dipelihara.

Pengalaman demi kelangsungan ‘bangsa Malaysia’

Kata pepatah, ‘jauh perjalanan, banyak pengalaman’. Di peringkat Persekutuan, pengalaman UMNO sebagai peneraju negara selama 60 tahun dan pengalaman Pas sebagai pembangkang sejak tahun 1955 pasti mempunyai banyak kelebihan dalam usaha merencanakan masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Sementara di peringkat negeri, sama ada UMNO atau PAS, kedua-duanya telah menjiwai sebagai kerajaan dan pembangkang. Inilah keunikan dan nilai tambah gabungan ini dan tidak ada pada parti-parti politik Pakatan Harapan sekarang. Sekaligus, gabungan pengalaman dan asam garam mengharungi pelbagai rencah dan resam politik akan lebih meyakinkan rakyat untuk menerajui negara. Sesungguhnya, penyatuan ini bakal memberi impak besar kepada pentadbiran dan kemajuan Malaysia.

Sekalipun piagam ini berpaksikan orang Melayu dan anak negeri, ia tidak pernah manafikan konsep ‘bangsa Malaysia’ yang diketengahkan melalui Wawasan 2020. Sekalipun idea ini adalah cetusan YAB Tun Dr Mahathir Mohammad, yang baik tetap diterima. Ertinya, berbeza ideologi politik bukanlah ‘mengharamkam’ segala idea yang baik. Bahkan, ia perlu menjadi teras dan panduan dalam melakar pelbagai dasar dalam menjamin integrasi dan perpaduan rakyat. Justeru, ia wajar diteruskan atas sifat kemajmukan masyarakat Malaysia.

Cabaran masa depan

Namun, di sebalik keghairahan merealisasikan PMN ini pasti ada cabaran dan rintangan. Beberapa persoalan perlu dibangkitkan sebagai percambahan idea bersama. Pertama, adakah masyarakat bukan Melayu benar-benar boleh menerima ta’awun ini?; Kedua, apakah usaha-usaha UMNO – PAS untuk menyakinkan MCA, MIC dan rakan-rakan Barisan Nasional bahawa mereka akan mendapat manfaat hasil daripada ta’awun ini?; Dan ketiga, adakah ahli dan penyokong dapat menerima dengan ‘suci hati’ dalam tempoh jangka panjang atau sekurang-kurangnya ketika PRU15?

Ini semua perlu diperhalusi agar piagam ini berada di atas landasan yang betul. Tidak molek kita melakar sesuatu yang sifatnya ‘suci di dalam debu’. Mahu tidak mahu hal ini perlu diteliti dan semua pihak perlu besikap terbuka serta berlapang dada dalam apa juga aspek demi merealisasikan ta’awun ini apatah lagi ia melibatkan kepercayaan dan sokongan rakyat.

Sekurang-kurangnya PMN mengingatkan kita musibah yang bakal diterima akibat tiada kesepakatan (wahdatul fikr dan wahdatul amal). Runtuhnya Kerajaan Islam Andalusia pada 1492 M, Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 dan Empayar Turki Uthmaniyah pada 1924. Malahan, pada hari ini persengketaan puak berterusan di Iraq, Libya, Syiria, dan Yaman lantaran gagal ‘berpegang kepada tali Allah’ seperti yang digariskan dalam al-Quran dan al-hadis.

Justeru, janganlah kita mengambil mudah melabel ta’awun ini bermotifkan kepentingan politik samata-mata, sebaliknya perlu dilihat sebagai wadah baharu penyatuan orang Melayu tanpa mengetepikan kerjasama dengan bukan orang Islam.

Selamat Ulang Tahun Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

http://www.astroawani.com/berita-politik/piagam-muafakat-nasional-agenda-keharmonian-kaum-217681

dari Kadir Jasin


PELANTIKAN bekas Perdana Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dan bekas timbalan beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebagai dua orang terpenting dalam penyatuan umat PAS-UMNO adalah “intrigue” politik yang sukar difahami.

Ia tidak masuk akal jika himpunan umat (ummah dalam bahasa Arab) yang dimasyhurkan Sabtu lalu adalah serius dan ikhlas.

Atau apakah ia sekadar “political posturing” untuk kepentingan orang tertentu dan dengan tujuan semasa yang bersifat sementara?

Ia mungkin hanyalah tindak balas “knee-jerk” bagi mengambil kesempatan daripada tanggapan bahawa sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin merosot dan dengan itu boleh diambil kesempatan.

Tetapi dengan melantik dua orang pemimpin Umno yang kini sedang menghadapi berpuluh-puluh tuduhan jenayah di mahkamah sebagai ketua gerakan itu, ia mencetuskan tanda tanya mengenai matlamat sebenar para penganjur himpunan penyatuan ummah (HPU).

Kalau ia adalah gerakan jangka panjang yang ada idealisme dan kewibawaan maka ia tentulah tidak memilih dua orang kena tuduh (OKT) bagi mengetuainya.

Apatah lagi mereka ini jugalah yang menjadi punca kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018 lalu.

Atau adakah dalam pelantikan Mohd Najib dan Ahmad Zahid sebagai orang nombor satu dan nombor dua itu pun ada “intrigue”?

Kita tidak boleh menolak terus bahawa ini adalah mainan licik Pas untuk menguasai gerakan itu dalam jangka panjang.

Dengan melantik Mohd Najib dan Ahmad Zahid, Pas memberi muka kepada Umno dengan tujuan menarik sebanyak mungkin ahli dan simpatisan Umno untuk menyertai gerakan itu.

Kemudian jika ditakdirkan Mohd Najib dan Ahmad Zahid disabitkan kesalahan masing-masing maka bolehlah Pas mengambil alih gerakan itu.

Kita kena ingat, Pas bukan bodoh. Malah ia cukup peka hal politik dan bersikap oportunis. Dalam PRU lalu ia berjaya mengambil kesempatan daripada keterdesakan Umno untuk merampas balik Terengganu dan memenangi kerusi tambahan.

Pelantikan Mohd Najib dan Ahmad Zahid juga luar biasa kerana selama ini yang dilihat sebagai pelopor gerakan umat ini adalah Pas.

Malah jika dilihat daripada gambar-gambar yang keluar daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu, hadirin berkopiah putih nyata lebih banyak daripada yang bersongkok hitam.

Jadi bagaimana pula tiba-tiba dua orang pemimpin tertinggi gerakan umat itu adalah daripada kalangan songkok hitam?

Lantas timbullah persoalan apakah perhimpunan itu dipelopori oleh kopiah putih tetapi dibiayai oleh songkok hitam?

Hal ini menjadi lebih jelas apabila lokasi tidak berkecuali telah dijadikan tempat perhimpunan. Seperti kita semua tahu PWTC adalah simbol politik dan ekonomi Umno.

Pengajaran Sejarah

Timbul juga persoalan adakah secara diam-diam Mohd Najib meniru sebahagian daripada taktik bapanya, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, apabila Perikatan hampir kalah dalam Pilihan raya Umum 1969?

Ketika itu, atas nama Melayu dan perpaduan nasional, Abdul Razak berjaya memujuk Pas untuk menyertai kerajaan campuran dan seterusnya menubuhkan BN.

Situasi Mohd Najib lebih teruk daripada bapanya. Abdul Razak hampir kalah tetapi Mohd Najib kalah terus. Jadi tentulah dia lebih terdesak daripada bapanya kerana dia juga menghadapi perbicaraan jenayah.

Abdul Razak berpengaruh dan pintar. Tetapi Pas tidaklah bodoh umpama lembu dicucuk hidung.

Abdul Razak ikhlas mahukan perpaduan tetapi secara diam-diam Pas mengambil kesempatan.

Dengan menggunakan kedudukannya dalam Kabinet dan Exco kerajaan negeri, PAS secara agresif membuka ranting (cawangan) di tempat-tempat yang selama ini “off-limit” baginya seperti di rancangan-rancangan Felda.

Setelah menyedari bahaya perluasan pengaruh Pas itu, pada tahun 1977, UMNO melakukan operasi belakang tabir di Kelantan dengan diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Akhirnya tumbanglah Kerajaan BN pimpinan Pas dan digantikan oleh pemerintahan darurat. Ia disusuli oleh tindakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn, menyingkir Pas dari BN pada akhir 1977.

Kita sudah pun tahu yang Pas mendapat anjakan besar dalam PRU lalu hasil “persefahaman” dengan Umno-BN sehingga membolehkannya menawan semula Terengganu.

Sejak itu Pas menjadi semakin kuat manakala Umno kian lemah apabila ramai wakil rakyatnya keluar parti untuk menjadi wakil Bebas atau menyertai Bersatu.

Setelah merasa kelazatan kemenangan maka adalah tidak mustahil Pas sekarang berasa cukup yakin untuk sekali lagi menikahi Umno setelah melakukan Cina buta dengan PKR dan DAP.

Apa pun, tidak ada pihak yang patut memandang ringan atau menolak bulat-bulat kemungkinan rujuk politik Umno-Pas ini akan menjadi kenyataan jangka panjang.

Wallahuaklam.

A KADIR JASIN


KEBATHILAN pada slogan "Penyatuan Ummah"
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157392923069876

EMPAT FAKTOR paling kurangnya mengapa slogan "penyatuan ummah" UMNO dan PAS itu adalah seruan kebathilan yg wajib ditolak oleh ummah dan Negara.

SATU - Paksaan bersatu berlawanan fitrah insani

Syeikh Dr Yusuf Qardhawi menegaskan dlm kitabnya
الصحوة الإسلامية بين الاختلاف المشروع والتفرق المذموم 
bahawa salah satu PUNCA UTAMA semakin teruk berpecahnya ummah hari ini adalah kerana wujudnya seruan paksaan "penyatuan" secara melampau hingga menolak apa jua perbezaan pada perkara furu' dan ijtihadiy.

Allah sendiri dah berfirman bahawa fitrah manusia yg berbeza itu hendaklah di "uruskan" (bukannya dipaksa satukan). Maka apa jua seruan berlawanan dgn fitrah kejadian Allah itu adalah bathil.

وَلَوۡ شَاۤءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّة وَ ٰحِدَةۖ وَلَا یَزَالُونَ مُخۡتَلِفِینَ

Jikalau Tuhan kamu (Allah) berhehendakkan, nescaya Tuhan itu sudah jadikan manusia ini ummah yang bersatu sepenuhnya, (tetapi tidak) kejadian manusia itu sendiri adalah sentiasa berselisihan pendapat selamanya. (Surah Hud: 118).

DUA -  Bagi mereka Ummah itu hak Melayu & Islam (sahaja)

Terma ummah dipeloporkan Rasulullah SAW tatkala termeterainya perjanjian "perpaduan" (bukannhya penyatuan) untuk semua bangsa dan agama di Madinah berpegang satu perlembagaan Negara, demi menjadikan bumi Madinah itu model kerajaan terbaik pentadbiran Islam.

Ummah dalam Islam tak pernah sesekali merujuk bangsa dan agama seperti yg dalam kamus puak UMNO dan PAS itu, Tapi ummah itu adalah muslim dan bukan muslim, semuanya adalah rakyat/citizen (muwathonah) dalam negara.

TIGA - Piagam Madinah utk perpaduan kaum & agama

Sunnah "Piagam Madinah" termetrai untuk Muslim dan non-Muslim bekerjasama membina Negara dgn berpegang pada perjanjian perlembagaan bersama.

Tapi "piagam" puak UMNO/PAS lancarkan itu bertentangan langsung dengan sunnah, kerana piagam bagi mereka cukuplah dua party bangkit menolak dan menjatuhkan kerajaan rakyat pada hari ini.

Sejak itulah lahirnya seruan boikot Cina da kafir, beli jualan Islam sahaja, dan pelbagai slogan yg tidak pernah wujud dlm kamus perjuangan Islam.

EMPAT - Kesatuan itu hanyalah untuk politik pilihanraya semata.

Terma "penyatuan" terpacul dari UMNO hanya pada 1969, 2008,2014 melalui lidah ISMA dan UMNO, semuanya kerana kekalahan pilihanraya. Masa menang besar 2004, tapi menjadi cukup bongkak dan menindas penuh kezaliman rakyat muslim dan non-muslim.

Tapi pasca PRU14, tatkala igauan gabungan PAS/UMNO nak bersama pasca PRU14 itu tak menjadi kenyataan, maka sekali lagilah UMNO dan PAS pula bangkitkan semula slogan jahiliyyah itu, kesatuan bangsa & agama hanya untuk berebut kuasa pada PRU15 kelak.

Slogan didasari bibit KEBENCIAN

Jelas, slogan atau kempen penyatuan ummah dan boikot non-muslim itu tidak lain hanyalah cubaan melahirkan semula bibit kebencian dalam kejahilan yang cuba dihapuskan Rasulullah SAW tatakala termetrainya 17 siri perjanjian Rasul dengan bukan Islam satu ketika dahulu.

Cukup rasanya kupasan alFadhil Ustaz Uda Kasim yg cuba memurnikan fikrah dan kefahaman ummah daripada terus dipesongkan oleh UMNO dan PAS melalui slogan ini...

Ambillah 'ibrah daripada apa yang Saidina 'Ali sebutkan pada puak Khawarij ketika peperangan dgn pasukan Mu'awiyyah yg melaungkan "penyatuan' versi perang itu;

"...kenyataan mereka itu adalah satu kebenaran, tetapi terkandung di dalamnya tujuan yg penuh kebathilan..."

Ahmad Sayuti Bashiron

Sri Gombak
22 Sep 2019

Kerjasama UMNO-PAS jadi ancaman kepada PH'
NOZINA YAHAYA
16 September 2019

SHAH ALAM - Kerjasama UMNO-PAS dilihat menjadi ancaman paling besar kepada Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama itu bakal mengubah jalan politik di negara ini untuk selama-lamanya.

“Sebelum pemeteraian itu berlaku, banyak sekali reaksi daripada pelbagai pihak, terutamanya beberapa pemimpin utama PH.

“Kita menghormati semua pandangan mereka. Apapun, kita dapat merasakan bahawa ada rasa ‘anxiety’ yang sukar dipendam dalam pimpinan PH.

“Pastinya kerana dijangka kerjasama ini akan menjadi ancaman paling besar kepada PH,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, PH melihat kerjasama itu semata-mata dari sudut ‘menyemarakkan politik perkauman dan agama’.

“Kepada rakan-rakan dalam PH, pesanan saya ialah, bersangka baiklah. Jangan terlalu sangat berprasangka yang bukan-bukan. Imaginasi kalian kadang-kadang keterlaluan.

“UMNO dan PAS akan diadili oleh rakyat Malaysia melalui proses demokrasi. Jika Muafakat Nasional ini tidak diterjemahkan seperti iltizam kami dalam Piagam yang telah ditandatangani, biarlah rakyat yang menentukannya melalui pilihan raya,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin bahwa agenda pengukuhan dan penyatuan ummah menerusi piagam UMNO-PAS akan bertahan.

“Yang pasti UMNO dan PAS telah menyatakan ikrar dan iltizamnya untuk memimpin gerakan permuafakatan nasional demi kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

“Ia bukan lagi tentang sekadar politik Melayu dan Islam. Itu adalah 'a done deal’. Cabarannya sekarang bagaimana kekuatan Melayu dan Islam itu boleh menjadi lonjakan untuk mempelopori gerakan kesepakatan, perpaduan dan keeratan nasional dalam kerangka demokrasi dan dipandu nilai demokratik,” katanya.

Mohamad berkata, Muafakat Nasional akan bersaing dengan PH dengan menggunakan idea, pemikiran serta kecerdasan dan bukannya sentimen kaum dan agama.

“Kami senantiasa memilih jalan konstruktif dan akan mempelopori pembaharuan dasar yang progresif.

“Insya-ALLAH, kami akan tawarkan kepada rakyat Malaysia ini politik yang bukan sekadar matang dan demokratik tetapi progresif, bersandar idea dan ilmu termaju serta berkeadilan dan inklusif,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/48094/BERITA/Politik/Kerjasama-UMNO-Pas-jadi-ancaman-kepada-PH


SURAT TERBUKA kepada Tun Mahathir

Salam Tun,

Saya rasa Tun tak baca atau tonton dan video penyatuan ummah. Mungkin Tun dengar dari penasihat busuk Tun sahaja. Saya bukan ahli mana2 parti politik dan saya rasa Tun dah lupa saya. Saya pernah ke rumah Tun 3 kali dan berjumpa di pejabat Tun 3 kali. Biar saya terangkan bahawa penyatuan ummah ini jelas ada kait mengait dengan Islam dan Bangsa Melayu. Saya secara peribadi sebagai orang Islam dan Melayu menyokong 100% penyatuan ini. Ini ada lah kehendak Allah dan imi sepatutnya belaku megikut perintah Allah.

Tun, isu PAS kata UMNO kafir dan UMNO kata PAS sesat adalah cerita lama. Kita sebagai umat Islam kalau bergaduh sampai agama, bangsa dan tanah tumpah darah pun hancur apa gunanya. Cukuplah bersengketa. Dari ucapan2 yang pemimpin2 Pas dan umno saya dapati mereka sudah kesali dengan apa yang mereka ucapkan dulu. Sebagai orang Islam mereka sudah bermaaf maafan. Kalau Allah pun menerima taubat manusia, takkan sesama islam kita tidak boleh bermaafan? Siapa lah kita?

Tun harus membaca dan mendengar ucapan mereka. Jangan jadi seperti kebanyakan penyokong tun dalam alam maya ini asyik nak hina dan kutuk sahaja.Mereka pun tak nak baca tapi beri taklimat yang salah pada Tun.

Saya sebagai orang yang tidak ada parti dapati jika esok pilihanraya PH tidak tentu menang. Hampir semua kerusi melayu yang tiga penjuru (pas, umno dan PH) yang PH menang semasa PRU14, jika kita cantumkan perolehan undi pas dan umno..PH akan kalah.

Rata2 jamaah menteri Tun tidak menumpukan manifesto tetapi membuat kerja yang tidak mendatangkan faedah pada rakyat. Kalau mereka betul2 tumpu pada usaha mencapai manifesto pun rakyat akan puas hati. Tapi menteri2 Tun asyik hina melayu dan Islam dari satu hal ke satu hal. Tun sendiri tak habis2 hina melayu malas. Bila melayu kempen utamakan beli barangan muslim, semua menteri Tun hina kempen itu. Tun sendiri kata kekayaan negara 90% bukan milik melayu. Tapi apa bantuan yang Tun buat? Tidak ada apa. Tun suruh orang melayu jadi kuli. Untuk pengetahuan Tun orang melayu tidak mahu jadi kuli. Orang melayu mahu jadi kaya macam anak2 Tun.

Dari perkiraan saya yang bodoh ini, saya lihat penyatuan ummah ini adalah kesan dari penghinaan yang di buat oleh orang2 PH sendiri yang tidak mahu sedari diri. Tidak bijak berkerja. Tidak mahu dengar nasihat orang2 yang berjuang dan mengambil risiko membantu PH menang. Bila sudah menang menteri2 Tun tidak mahu dengar nasihst mereka malah lebih suka dengar nasihat bekas kerajaan lama yang mempunyai agenda peribadi.

Parti DAP terlalu ghairah baru memegang kuasa simple majority sudah belagak seperti memegang kuasa 2/3 majoriti. Mereka langgar semua. Bawa isu ICERD, UEC dan Statut Rom tanpa segan silu dan tanpa menghormati perlembagaan persekutuan dan Raja2 Melayu.

Ugama Islam dan Melayu adalah hak Raja2 Melayu. Tetapi PH ingat perlembagaan ini macam undang2 pengakap. Sesuka hati nak pinda dan langgar. Dan sesiapa boleh beri hukum walaupun bukan Islam.

Saya rasa senerio politik pru15 sudah pun berubah. Dengan izin Allah PH akan kalah. PKR akan berbelah dua. Amanah akan meroyan. Dan kemungkinan ramai ahli parti PPBM akan pulang ketempat Asal. Saya juga percaya MCA dan MIC akan tetap bersama UMNO dan PAS. Jika tidak mereka juga akan terkubur.

Saya harap Tun jangan lagi terkeliru dan fahamkan keadaan DAP akan tetap jadi pembangkang kerana kesombongan mereka sendiri. Tunjuk kuasa kerana baru ada kuasa sedikit.

PH akan jadi lebih parah jika 4 juta orang melayu yang tidak berdaftar sebagai pengundi mula berdaftar dan yang 18% orang melayu yang mendaftar tidak keluar mengundi tetapi kali ini keluar mengundi.

Nasihat saya kepada orang Islam dan melayu tinggalkan PH dan masuk lah PAS atau umno atau bergabung dengan MCA dan MIC. Melain Tun berupaya untuk mengubah sikap mrreka yang sombong bodoh dan menerima teguran dan kritikan membinda dari rakyat. Itu dengan izin Allah SWT.

Sekian pendapat saya yang tidak berapa cerdik ini.

SELAMAT HARI MALAYSIA

Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)
16 eptember 2019

Kerjasama UMNO-Pas, guna model negara Islam Madinah
SAYED HESHAM IDRIS

pengarang@utusan.com.my
12 Mac 2019 12:30 PM

MUKADIMAH
SEJAK diumumkan kerjasama UMNO-Pas, pemimpin DAP macam cacing kepanasan. Mereka seperti cuba hendak menakut-nakutkan bukan Melayu. Ada yang menganggap ia perang terhadap bukan Melayu, menyasarkan bukan Melayu dan kini dikatakan negara bakal menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban. Benarkah?

Ikuti wawancara lima soalan wartawan Utusan Malaysia, SHARILFUDDIN SAARI bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI.

UTUSAN: Apa pandangan saudara berhubung kerjasama UMNO-Pas?

SYED MOHD. JOHAN RIZAL: Sejarah kerjasama erat UMNO dan Pas bukanlah perkara baharu. Sebaliknya ia telah dimulakan sejak peris­tiwa berdarah 13 Mei 1969. Sehinggalah seterusnya

SYED MOHD JOHAN RIZAL
SYED MOHD JOHAN RIZAL
pada 1 Mac 1974, UMNO dan Pas menjadi antara parti pengasas penubuhan Barisan Nasional (BN) setelah pembubaran Parti Perikatan. Namun UMNO dan Pas berpisah pada 1978. Dan hari ini, UMNO dan Pas menjalinkan kerjasama itu semula buat kali kedua.

Bagaimana saudara melihat kepentingan kerjasama dua parti Melayu terbesar ini?

Saya melihat kerjasama UMNO-Pas ini sa­ngat diperlukan bagi memastikan negara terus dalam keada­an aman dengan mengambil kira senario politik semasa yang kian menggugat ke­selamatan dan kesejahteraan rakyat.

Harus diingat bahawa kerjasama ini adalah 'Ta'awun Siyasi' iaitu atas dasar penya­tuan ummah atau kerjasama ke arah kebaikan. Ini sama sekali tidak mengetepikan hak dan kebajikan orang bukan Islam. Malah teras kerjasama ini diambil daripada model pengwujudan negara Islam Madinah seperti mana dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Ketika itu, negara berkenaan yang terdiri daripada berbilang agama dan kaum hidup aman dan damai.

Apakah komen saudara berhubung dakwaan seorang pemimpin parti politik bahawa kerjasama ini bakal mewujudkan sebuah negara yang diperintah Taliban?

Kenyataan ini jelas berbaur hasutan dan rasa benci yang nyata, tanpa menghiraukan sensitiviti rakyatnya yang berbilang kaum dan agama serta malah mampu menggugat ke­selamatan negara. Kenyataan seperti ini jika tidak diben­dung, mampu menyumbang ketidakstabilan politik negara.

Ia sekali gus boleh mengundang kemarahan dan kebangkitan yang lebih besar orang Islam serantau terutama di Indonesia dan selatan Thailand. Selain itu, menyuburkan sentimen Islamophobia dalam kalangan orang bukan Islam.

Apakah ke­sannya terha­dap negara se­cara amnya apa­bila kenya­taan seumpama itu dikeluarkan?

Mengambarkan Malaysia seperti sebuah negara terroris (pengganas) akan mewujudkan pandangan negatif negara asing terhadap negara kita. Tidak mustahil kedudukan Malaysia dalam ASEAN akan tergugat, menghilangkan keyakinan pelabur asing seterusnya ekonomi negara dan nilai ringgit akan terjejas seperti yang terjadi di negara-negara teluk.

Apakah tindakan yang wajar diambil terhadap pe­mimpin mengeluarkan kenya­taan seperti ini (menghasut)?

Tindakan tegas perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak kebangkitan majoriti rakyat terutama­nya orang Melayu dan Islam.

Jika tiada tindakan yang dikenakan, ia mampu me­nyum­bang kepada lebih ba­nyak kenyataan-kenya­taan negatif dan berbaur hasutan. Ini seperti mana yang telah berlaku dalam isu penghinaan sistem beraja dan Rasulullah SAW.

PENDAPATKU
PENDAPATKU
PENDAPATKU
PENDAPATKU

Biarlah mereka memberikan ulasan dan pendapat mengikut bidang kepakaran masing-masing. Ini Malaysia Baru, negara BEBAS.  Bebas memberikan pandangan selagi tidak melanggar Undang-Undang Negara dan Hukum Islam.

Sebagai orang Islam dan Melayu sudah pasti aku amat gembira dengan 'latest development' penyatuan Melayu dan Islam. 

Sejak dari aku layak mengundi pada PRU tahun 1982 (ketika aku bertugas di TUDM Kuching) sehingga kali terakhir aku mengundi dalam PRU 14, aku tidak pernah TIDAK mengundi calon BN. Pemilihanku berdasarkan beberapa faktor berikut:

(1)   Sejak aku mengenal apa itu politik, apa itu wakil rakyat, apa itu parti, apa itu kempen (rapat umum) dan apa itu pilihanraya, aku hidup dalam masyarakat kampung yang menyokong (tegar) UMNO (Perikatan/BN).  Semua ahli keluarga aku, cikgu-cikgu aku dan orang kampungku adalah ahli dan penyokong UMNO. Parti pembangkang pada masa itu, terutamanya PAS hanyalah diikuti oleh sekumpulan kecil penduduk- dan tidak mengancam langsung.

(2)   Sebagai pekerja perkhidmatan Kerajaan, aku rasa adalah paling wajar aku mengundi parti pemerintah yang menguruskan gaji aku.

(3)   Aku berpendapat (setelah dewasa dan matang) bahawa UMNO (BN) merupakan satu-satunya parti yang boleh diharap untuk menentukan kepentingan Melayu dan Islam dilindungi dan parti yang paling stabil untuk membawa pembangunan.

Bukan aku tidak sokong ISLAM supaya mengundi calon PAS. Tapi apa yang aku fikirkan, kalau semua calon PAS menang dalam PRU pun PAS tidak dapat memerintah. Kerusi yang PAS tandingi di Parlimen tidak mencukupi untuk mereka menang dan memerintah. Jika PAS mahu menang, PAS perlu berkerjasama dengan mana-mana parti bukan Melayu untuk memerintah. Jadi, itu SAMA dengan UMNO.

Nak kata PAS adalah parti Islam dan bercita-cita membentuk negara Islam, masih disangsikan. Mereka sudah memerintah Kelantan berpuluh-puluh tahun, pelacuran di Kota Bharu pun mereka tidak boleh hapuskan. Keadaan Kelantan yang banyak sekolah pondok bukan kerana PAS tetapi majoriti penduduknya Melayu yang beragama islam dan sebelum PAS diwujudkan pun sememangnya banyak pengajian pondok di Kelantan. Gelaran Serambi Makkah untuk Kelantan sebelum adanya PAS. Bila majoroti penduduknya Islam, berhampiran dengan tempat lahirnya ramai ulamak Nusantara di Pattani (Thailand), Kelantan mendapat tempiasnya.

PAS tidak mampu mengislamkan Kelantan, khususnya dari aspek SIKAP orang Islam Kelantan. Orang Kelantan (bangsa Kelantan) seperti orang Arab (sesuai dengan nama Serambi Makkah) memiliki sifat kedaerahan yang amat kuat, kasar (dan gedebeh), cah keting dan pengotor (dibuktikan dengan kawasan rumah mereka dan pekan-pekan). Lately, ada perubahan sedikit. Tidak banyak yang boleh menggambarkan keberibadian Islam.

Aku bukan menulis mengikut emosi atau ada perasaan tidak suka orang Kelantan tetapi berdasarka pengalaman, pemerhatian dan pembacaan.

2009- Kota Bharu masih kotor

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCUAN

KOTA BHARU 27 Feb. - Usaha mengikis tanggapan umum tentang bandar ini kotor dan memalukan melalui beberapa pendekatan termasuk kempen kesedaran sejak beberapa tahun lalu ternyata belum berhasil.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan rasa kekecewaannya kerana tanggapan itu telah menjejaskan imej negeri.

Katanya, masalah itu bukan sahaja kerana kebanyakan anggota masyarakat termasuk para peniaga tidak mengutamakan kebersihan persekitaran malah ia juga berkait dengan kelemahan pihak berkuasa tempatan.

''Saya amat tidak puas hati terhadap tahap kebersihan bandar Kota Bharu, ia belum dapat ditingkatkan," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita setelah mengikuti Operasi Jejak Sampah yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bersama Jabatan Kesihatan di pusat bandar semalam.

Turut serta dalam operasi berkenaan ialah Yang Dipertua MPKB-BRI, Mohd. Faudzi Che Mamat.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Selasa lalu, Takiyuddin menyatakan tekad kerajaan negeri untuk menjadikan Kota Bharu sebagai kawasan bebas sampah pada tahun 2010.

Dalam tinjauan di beberapa premis makanan, beliau mendapati proses penyediaan makanan dilakukan dalam persekitaran yang agak kotor malah memualkan.

Beliau mengingatkan pengusaha agar tidak mengabaikan kebersihan dan bersikap lepas tangan kerana tindakan tegas akan diambil selain meminta MPKB-BRI memperbaiki kelemahannya.

''Kita kesal kerana kebanyakan anggota masyarakat masih menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan demi kepentingan mereka dan masyarakat.

''Masih ramai buang sampah di merata-rata tempat, sama ada oleh peniaga dan orang ramai di sekitar bandar," ujarnya.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=404257


2014: Mengapa Kelantan kotor? 

Adakah ia memang sikap rakyat Kelantan PENGOTOR ?

Kerajaan Pas Kelantan mengakui Kempen Kota Bharu Bersih  yang dilancarkan tahun lalu tidak mencapai sasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, malah agak mustahil untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya kerana pertambahan penduduk turut menyebabkan jumlah sampah yang dihasilkan semakin bertambah.

Bagaimanapun, kata beliau, langkah-langkah untuk mencapai sasaran itu telah diteruskan ke tahun ini dengan penganjuran pelbagai jenis program kebersihan dan tambahan aset Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
"Rakyat bertambah, sampah bertambah, kekotoran bertambah. Bagi saya amat mustahil untuk bebas kekotoran," katanya menjawab soalan tambahan Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri .

Mohd. Adhan dalam soalan tambahannya memohon penjelasan kemanakah semua kutipan hasil yang dipungut oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sejak tiga tahun lalu telah dibelanjakan memandangkan banyak sampah sarap masih boleh dilihat di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu.

Kelebihan bangsa Melayu Kelantan, ialah mereka amat suka dan mahir dalam ilmu perniagaan. Kelebihan ini boleh dilihat di mana-mana penempatan yang ramai bangsa Kelantan. Paling dekat ialah Kampung Baru dan Dato Keramat, Kuala Lumpur. Tetapi sikap pengotor juga di bawa bersama.

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804490&extra=&ordertype=1&mobile=2

Apa kata pelancong?.....Dalam banyak tempat saya pergi, Kota Bharu yang paling saya tidak suka kerana banyak sampah dan botol air di merata". Huh terkejut dengar pengakuan sepasang pelancong yang datang dari Belanda semasa interview mereka di Tebingan Sungai Kuching untuk menyiapkan projek bagi Kursus yang sedang diikuti di sini sekejap tadi. Malu aku rasa dengan mereka dan member yang seangkatan kerana mereka tahu aku asal sana. Dan mereka siap tanya lagi boleh ke statement tadi dimasukkan dalam report.

Wim Hendrikx, 61 dan isterinya Diana Hendrikx, 55 telah berada di Malaysia selama 8 minggu dan akan menghabiskan minggu terakhirnya di Kuching. Sebelum ini mereka telah melawat semua negeri di semenanjung dan Sabah. Pendedahan Wim dan Diana patut di ambil iktibar oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI) agar dapat meningkatkan tahap kebersihan di bandar Kota Bharu. Pihak Majlis Daerah yang lain pun boleh bergerak dengan lebih proaktif dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kawasan masing-masing supaya setiap pelancong yang datang ke negeri ini dapat membawa pulang pengalaman yang paling berharga dan sekaligus menjadi duta tidak rasmi kepada kita.

Rakyat Kelantan terutamanya penduduk bandar juga perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan ini. Kerana andalah yang selalu berada di sana. Jika anda tidak memberi kerjasama dalam hal ini, yang ruginya ialah kita sendiri. Ini kerana industri pelancongan memberi impak yang besar terhadap ekonomi. Fikir-fikirlah..jangan malukan negeri kita yang mempromosikan imej Islam dengan sampah sarap merata tempat.

http://muhaza.blogspot.com/2014/04/bandar-kotor.html?m=1


NAMUN, kelebihan bangsa Kelantan yang aku puji ialah kepandaian dan kerajinannya berniaga. Bangsa Kelantan menguasai banyak medan selera di bandar-bandar di seluruh negara, dari warung tepi jalan hingga ke restoran lima bintang.

Namun sikap pengotor tetap terbawa-bawa jika kita makan di warung/kedai makan tepi jalan.




Sejarah Awal PAS
https://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan di Pulau Pinang pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Ada juga catatan sejarah mengatakan tarikh penubuhan PAS ialah pada  23 Ogos 1951.

Walaupun terdapat dua tarikh yang bercanggah, namun ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS bersetuju bahawa 24 November 1951  ialah tarikh sebenar PAS ditubuhkan.

PAS kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS ialah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Pada masa itu, ramai pemimpin agama dalam UMNO yang kecewa dengan pucuk pimpinan UMNO yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri). 

Rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ke-3 di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan ahli panelnya terdiri daripada: Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi- Ketua Biro Agama UMNO), Ustaz Haji Ahmad Maliki (Setiausaha), Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah, Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein, Tuan Haji Mansor J.P dan beberapa orang lagi.

Ahli-ahli panel inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu, iaitu Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Panel ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol telah berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Maka, PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil perhimpunan atau muktamar tersebut, yang turut disertai oleh:

(1)   Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
(2)   Persatuan ulama dari Kedah.
(3)   Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
(4)   Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
(4)   Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
(5)   Persatuan Al-Ehya As-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
(6)   Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

....dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Semangat perjuangan PAS yang berteraskan kepada Islam di negara ini telah dibawa dan diperjuangkan oleh tokoh pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah seperti  Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd Taha yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Agama Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS ialah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang Melayu yang berpendidikan agama. Bagaimanapun, setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, atas pujukan Allahyarham Tun Abdul Razak (Presiden UMNO), PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung dalam perikatan yang baharu yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN) dan PAS merupakan antara parti pengasas BN. 

Penglibatan PAS dalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Kelicikan pemimpin UMNO Kelantan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah berjaya mengurangkan pengaruh PAS dan akhirnya PAS yang menyedari muslihat UMNO ini telah mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka, sementara penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN

Peristiwa tersebut telah mengakibatkan PAS dilanda krisis dalaman yang telah membawa kepada perpecahan PAS kepada beberapa parti serpihan seperti BERJASA dan HAMIM. PAS tewas kepada BN dalam Pilihanraya Umum 1978. Titik tolak dari pengkhianatan UMNO itulah rasa BENCI dan DENDAM pemimpin PAS kepada UMNO berkekalan hingga DOT DOT DOT. Malah di pihak UMNO juga amat membenci perjuangan PAS sehingga suatu ketika seorang Timbalan Presiden UMNO pernah membuat kenyataan bahawa ".....PAS lebih berbahaya dari Komunisme".

PAS sanggup berkerjasama dengan DAP tetapi TIDAK dengan UMNO. 

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih jawatan Yang di-Pertuan Agung (kini dikenali sebagai Presiden) pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut di bawah slogan "Kepimpinan Ulama".

Antara parti politi serpihan PAS ialah Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA), Angkartan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan yang terbaru Parti Amanah Negara (AMANAH).


Kita kembali kepada kesah Muafakat Nasional.

Kita cuba kaji sedikit sikap dan pembawaan PAS sejak negara kita mencapai kemerdekaan.

PRU 8/1990 dan PRU 9/1995

PAS berjuang (dalam Pilihan Raya) bersendirian sejak ia ditubuhkan sehingga menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974. Setelah keluar dari BN, PAS kembali bersendirian sehingga PRU ke 8/1990. Lanjutan dari perpecahan UMNO pada tahun 1987/1988, PAS mengambil kesempatan berkerjasama dengan serpihan UMNO, Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang turut disertai parti kecil serpihan PAS iaitu BERJASA dan HAMIM serta Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Memang PAS masih marahkan UMNO terutama Tengku Razaleigh yang merampas Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1978. Tetapi sentimen keKelantanan PAS melembutkan hati mereka untuk menerima Tengku Razaleigh sebagai rakan kongsi. Dalam PRU 8/1990, PAS berjaya menumbangkan BN di Kelantan. Dalam PRU 8 dan 9, APU (mengandungi PAS, PMS46, BERJASA, HAMIM, KIMMA) telah berkerjasama dengan Gagasan Rakyat (mengandungi DAP, PBS dan PRM) menghadapi BN. BN pimpinan Dr Mahathir masih jauh untuk dikalahkan.

Kerjasama ini berlanjutan ke PRU ke 9/1995. Bagaimanapun PMS46 yang semakin menurun prestasinya akhirnya semakin sukar untuk bernafas lalu dibubarkan pada tahun 1996. Semua ahli PMS46 kembali menyertai UMNO. Biarpun begitu, PAS tidak mengalami apa-apa kerugian malah mengekalkan kuasa 100% di Kelantan.

PRU 10/1999 dan PRU 11/2004

Setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, beliau menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL) yang diketuai oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail melawan BN. Dalam PRU 10/1999, PAS  berkerjasama dengan DAP, ADIL dan PRM untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam usaha untuk menewaskan kekuasaan BN. Melalui kerjasama BA   PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan dapat menumbangkan BN di Terengganu.

Pada tahun 2003 ADIL dan PRM bergabung membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kerjasama BA diteruskan dalam PRU 11/2004. Bagaimanapun prestasi BN di bawah pimpinan Pak Lah yang baru mengambil alih jawatan dari Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 telah melonjak tinggi menyebabkan sokongan kepada pembangkang menurun. PAS masih dapat mengekalkan Kelantan tetapi  kehilangan negeri Terengganu.

PRU 12/2008 dan PRU 13/2013

Selepas PRU 11/2004, pakatan pembangkang mengubah strateginya dengan memperkemaskan jentera mereka.  Barisan Alternatif ditukar menjadi Pakatan Rakyat PR) yang mengandungi PAS, PKR dan DAP.

Dalam PRU 12/2008 strategi PR menjadi dan memberi pukulan yang teruk kepada BN apabila BN kehilangan empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor selain mengekalkan Kelantan. Kekecewaan rakyat kecewa dengan prestasi Abdullah Badawi (Pak Lah) sebagai PM telah diterjemahkan dalam PRU 2008. Melalui Pakatan Rakyat, PAS dapat menguasai negeri Kelantan dan Kedah dan mendapat jawatan MB di Perak dan 3 ahli EXCO di Selangor. Kerjasama PR memberi kelebihan kepada PAS.

Bagaimanapun PR hanya berkuasa di Perak selama 11 bulan sahaja apabil BN merampas kembali Perak melalui permainan majoriti (lompat parti) pada bulan Februari 2009. Kemarahan PAS kepada BN (UMNO) semakin membara kerana jawatan MB Perak disandang oleh PAS.

Pak Lah meletak jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Najib Razak. Dalam PRU 13/2013 BN dapat merampas semula Perak dan Kedah. PR mengekalkan Kerajaan di Kelantan (PAS), Pulau Pinang (DAP) dan Selangor (PKR). 

Walaupun PAS tidak mematuhi arahan Anwar Ibrahim (PKR pusat) dalam isu pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim, MB baru Azmin Ali mengekalkan PAS sebagai EXCO kerana terhutang budi dengan sokongan PAS kepadanya. Sekali lagi PAS mendapat kelebihan.  

PAS amat mengenali siapa itu Anwar Ibrahim (PKR) dan siapa itu Lim Kit Siang (DAP), tetapi PAS masih sanggup bersekongkol kuasa dengan kedua-duanya dan tidak sanggup memaafkan dan berkerjasama dengan UMNO (BN) untuk menjatuhkan Kerajaan PR di Selangor.

PRU 14/2018

Sketsa dan senario PRU 14/2018 berubah 180 darjah. PAS berpecah dan melahirkan Paeti Amanah Negara (AMANAH). Pakatan Rakyat dibubarkan. PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai oleh dua parti baru iaitu AMANAH (diketyuai oleh Mohamad Sabu) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir. Manakala di Sabah Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong PH tetapi bukan sebagai gabungan. PH adalah satu gabungan yang di luar kotak pemikiran rakyat Malaysia dengan misi utama menjatuhkan Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib.

PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama dua buah parti kecil iaiatu BERJASA dan sebuah parti baru Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang dipimpin oleh Abdul Kadir Sheikh Fadzir. PAS sama sekali tidak mengajak UMNO atau amhu berkerjasama dengan BN untuk melawan Pakatan Harapan. PAS mengharapkan dapat mengekalkan undi penyokong (Melayu) tegarnya kekal manakala penyokong UMNO berpecah kepada PPBM. PAS tidak khuatir dengan AMANAH. Tapi PAS terlupa dia akan kehilangan 100% undi bukan Melayu.

Keputusan PRU 14/2018 di luar jangkaan dan mengejutkan seluruh dunia. BN yang berkuasa sejak tahun 1955, kecundang akibat isu 1MDB yang melibatkan Najib Razak. PH mengekalkan penguasaannya di Selangor dan Pulau Pinang dan dapat menumbangkan BN di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah. BN hanya dapat mengekalkan Perlis dan Pahang sahaja. Manakala PAS mengekalkan penguasaannya di Kelantan disamping merampas Terengganu dari BN. PAS juga menjadi penentu kepada Kerajaan Negeri Kedah apabila PH mendapat jumlah kerusi yang sama dengan BN dan PAS. PAS enggan berkerjasama dengan BN.

Biarpun baru berpecah dan berjuang bersendirian, PAS masih meraih keuntungan dari perpecahan UMNO. 

Pasca PRU 14.

PAS menyedari kerapuhan Kerajaan PH yang baru memerintah. PAS tahu kekuatan PH adalah bersandarkan kepada Tun Dr Mahathir yang telah berusia 94 tahun.  PAS juga menyedari UMNO semakin lemah selepas satu persatu ahli gabungan BN keluar dari BN dan meninggalkan UMNO, MCA dan MIC sahaja, ahli asal sebelum BN ditubuhkan pada tahun 1973.

PAS juga memerhatikan UMNO yang semakin tenat akibat masalah (integrity) kepimpinan dan kewangan (pembekuan akaun). UMNO bagaikan jatuh ditimpa tangga. Setelah kalah dalam PRU 14/2018, mantan Presiden (Najib), Presiden baru (Ahmad Zahid) serta Setiausaha Agongnya (Tengku Adnan) menghadapi senarai kes di Mahkamah yang akan mengambil masa yang panjang. PAS memerhati UMNO yang ketandusan pemimpin. Hishammuddin masih belum pulih dari kejutan PRU 14. Khairy yang tewas pemilihan Presiden tidak sekata dengan Zahid. Timbalan Presidennya Mohamad Hassan tiada di Parlimen dan dibayangi oleh Presiden yang terus mahu memimpin walaupun dibelenggu puluhan kes mahhkamah.

PAS mula memberikan perhatian untuk memulakan kerjasama dengan UMNO. Kerjasama bermula dengan bertolak ansur dalam Pilihan Raya Kecil selepas PRU 14. PAS tidak bertanding di kawasan tradisi UMNO (BN) dan begitu juga UMNO tidak bertanding di kawasan tradisi PAS. 

Kemuncak kerjasama UMNO-PAS ialah apabila terlaksananya Piagam Muafakat Nasional (PMN) pada 14 September 2019 di PWTC. Walaupun terlalu awal untuk melihat apakah persetujuan sebenar dalam PMN, namun ia adalah satu permulaan yang baik untuk persepakatan ummat Melayu dan Islam.

PAS tidak menunjukkan kegilaan untuk mendominasi Muafakat Nasional. PAS menerima walaupun UMNO masih mengangkat Najib sebagai Pengerusi Penasihat BN. PAS bukan tidak kenal siapa Najib dan siapa Ahmad Zahid. Mereka membiarkan UMNO mencari markah. PAS tidak rugi apa-apa. PAS hanya menunggu ketikanya apabila UMNO kehilangan Presiden. Tidak mungkin Mohamad Hassan atau Ismail Sabri atau Mahadzer Khalid atau Khaled Nordin akan mengetuai PMN.

Melalui sejarah strategi PAS sejak ia ditubuhkan, menjadi pembangkang, menyertai Kerajaan, dikhianati dan keluar dari Kerajaan, membentuk pelbagai bentuk pakatan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Gagasan Sejahtera, PAS tetap utuh.

Prinsip PAS ialah PAS sanggup buat apa sahaja jika ada keuntungan politik kepadanya. PAS sanggup mengenepikan apa sahaja termasuk membentuk Negara Islam demi untuk mencari keuntungan politiknya. PAS sanggup kencing di kubur Tok Guru Nik Aziz untuk mencapai cita-citanya.

UMNO tak akan mati dan tak akan musnah. UMNO bukan parti anak-anak picisan atau serpihan. UMNO sudah berusi 73 tahun (1946-2019). UMNO punya kekuatan tersendiri. HANYA, waktu ini UMNO sedang sakit tenat. UMNO sedang mencari ubat dan penawar. UMNO sedang minta nyawa. Waktu ini, hanya PAS yang boleh membantu dan PAS tahu bila waktunya untuk memberi talian hayat kepada UMNO.

KALAU waktu ini ada PRK atau PRU, PAS masuk semua kawasan UMNO, UMNO tidak boleh berbuat apa-apa. Itulah yang UMNO takuti. UMNO bukan takut MATI tapi UMNO takut PAS. Sebab itu UMNO sanggup minta nyawa kepada PAS. Muafakat ini boleh mempastikan PAS tidak akan mengganggu UMNO, melawan UMNO dan menambah beban UMNO.

Inilah WAKTU yang terbaik untuk PAS mengikat UMNO. PAS tidak rugi apa-apa. Dalam keadaan begini UMNO akan mudah dirunding. PAS lebih selamat kerana UMNO tidak akan berani untuk masuk kawasan PAS.

PAS memang BIJAK, dan kini UMNO sedang TERJEBAK. Tapi inilah yang paling baik untuk UMNO pada masa ini. Tanpa ahli BN lain dan dengan pengaruh MCA dan MIC yang semakin pudar dan menghilang, lebih mudah untuk UMNO bercakap dengan PAS tentang ISLAM tentang MELAYU dan apa sahaja yang selama ini mereka takut untuk sebut.

Selama ini pun UMNO bukan berjuang untuk Melayu dan Islam. Itu UMNO dulu, UMNO sebelum 1969 atau sebelum Tun Razak meninggal dunia. Apa yang UMNO buat selepas itu hanya meneruskan sebab perkara tersebut sudah sedia ada dalam Perlembagaan dan DEB. Buktinya? Peratusan hakmilik equity Melayu/Bumiputera tidak pun meningkat. Tanah rezab Melayu semakin hilang tidak berganti dibaham oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Berapa banyak keuntungan syarikat GLC (PETRONAS, TH, FELDA dan lain-lain) yang disonglap oleh pemimpin UMNO? Berapa ribu atau juta hektar tanah rezab Melayu yang dibeli oleh pemimpin UMNO dengan harga SEN tetapi dijual balik dengan harga RATUSAN RM setiap kaki persegi? Pemimpin UMNO bukan untuk memajukan Melayu dan Bumiputera tetapi untuk poket mereka. Sebab itu, bila UMNO sesak nafas hari ini, semua jutawan UMNO senyap sunyi menutup poket masing-masing. Ini hak aku, bukan hak UMNO. Tugas UMNO ialah membantu aku mendapat kekayaan ini. UMNO hanya parti politik.

UMNO memang amat-amat memerlukan PAS hari ini. 

Kenapa Muafakat ini wujud?. Kalau pun dahulu PAS amat benci dengan Tun M (sejak Tun M menjadi TPM dan kemudian PM ke 4) kerana Tun M pernah suatu ketika dulu mengatakan bahawa PAS lebih berbahaya dari komunis. Tun M pun tidak suka PAS kerana PAS yang menghalang cita-citanya untuk menjadi Ahli Parlimen untuk kali pertama pada tahun 1969. Tetapi selepas Tun M bersara, diganti oleh Pak Lah dan kemudian Najib (2003 - 2018), selama 15 tahun, tiada langsung usaha penyatuan, jika ada pun akan segera dibantah oleh ahli PAS.

Kenapa Muafakat ini wujud?.  Punca utama ialah kerana Tun M berjaya menumbangkan UMNO dan BN dalam PRU 14. Bila UMNO berjaya membuang Najib dari tahtanya. Jika BN masih menang PRU 14, tidak mungkin PAS sanggup bermuafakat dengan UMNO. Jadi UMAT MELAYU dan UMAT ISLAM yang mempunyai hati yang ikhlas ke atas masa depan MELAYU dan ISLAM yang cemerlang dan gemilang harus berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir.

Tanpa orang tua berusia 94 tahun ini menggagahkan diri bangkit untuk menjatuhkan Najib dan BN, tanpa orang tua ini bersekongkol dengan musuh ketatnya DAP dan Lim Kit Siang, tanpa orang tua ini bersatu semula dengan insan yang pernah dihina dan disimpan dalam penjara, umat MELAYU dan ISLAM tidak akan SEDAR dan INSAF serta mahu melihat nasib masa depan mereka yang semakin terancam.

Ahli UMNO dan PAS wajar berTERIMA KASIH kepada Tun Dr Mahathir.

Jika gagasan MUAFAKAT NASIONAL ini dapat merampas PUTRAJAYA dalam PRU 14 atau 16 nanti, kita akan lihat SEPARUH atau lebih anggota JEMAAH MENTERI adalah Ahli Parlimen PAS.

Terakhir:

(1)   Kenapa bertukar dari PENYATUAN UMMAH kepada MUAFAKAT NASIONAL? Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO) kata kerana Ummah itu Bahasa Arab. Dato' tahu ke Muafakat itu dari basa apa? dan Nasional itu dari bahasa apa?.
(2)   Nasional ni Kebangsaan, kalau hanya dua parti sahaja itu bukan Nasional namanya.