Seperti mana yang pernah ditulis papar dalam blog ini di bawah tajuk Negeri Johor (Sejarah dan Pentadbiran), terdapat 10 buah daerah di dalam Negeri Johor Darul Taazim iaitu; Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Tangkak dan Kulai.
MTA 024 : https://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/m-027-negeri-1-johor-darul-taazim.html
Walaupun penulis dilahir dan dibesarkan di negeri Johor dan pernah sampai ke semua bandar-bandar utama di negeri ini, masih banyak lagi tempat yang belum penah penulis kunjungi khususnya lokaso bersejarah dan destinasi pelancongan utama.

Semasa penulis berada di sekolah rendah, bapa selalu juga bawa jalan menziarahi saudara (sepupu sebelah emak) di Parit Setongkat (Jalan Salleh), Muar. Namanya Wak Musbah dan Chik Tik. Anak-anak mereka bernama Manap, Azizah dan Ahmad (Mat Koteng). Sebenarnya, isteri pertama Wak Musbah adalah sepupu emak dan setelah meninggal dunia baru Wak Musbah berkahwin dengan Chik Tik dan Ahmad adalah anak dari isteri pertama. Ketika itu, tali persaudaraan sepupu sepapat sebelah bapak atau emak memang rapat, saling ziarah menziarah. Malah ketika abang sulung penulis allahyarham Md Jahrom (Long) belajar Tingkatan 6 di Sek Men (swasta) Mohd Yassin, beliau tinggal di rumah Wak Musbah. Mereka anggap Long seperti anak sendiri.
Selepas kedua-dua Wak Musbah dan isteri serta kedua ibu bapa penulis telah meninggal dunia, hubungan persaudaraan masih baik, walaupun tidak kerap menziarah seperti dulu, namun bila ada majlis perkahwinan di kedua-dua belah pihak, kami atau mereka akan hadir. Namun setelah abang Manap, abang Ahmad dan kak Azizah meninggal dunia, hubungan kami sudah terputus langsung.
Andainya penulis berpeluang untuk kembali muda, penulis ingin sekali memandu kereta mengunjungi setiap pekan kecil serta tempat-tempat bersejarah atau pelancongan yang menarik di negeri ini dan menginap, mengambil gambar untuk tempoh yang panjang. Tapi MASA tak mungkin berputar kembali.
Peluang penulis untuk mengelilingi Johor semakin tipis apabila penulis terpaksa meninggalkan kampung untuk memburu kerjaya sejak berusia 18 tahun. Apabila sudah berkerjaya dan berkeluarga, masa dan peluang semakin sempit, penulis tidak berpeluang untuk mengambil cuti yang panjang untuk melancong. Sama ada faktor masa (kelapangan) atau faktor kewangan!.
Sebahagian besar dari peluang lawatan (kali pertama) penulis melawat bandar-bandar di Johor, aku perolehi semasa zaman kanak-kanak. Sama pernah dibawa oleh bapaku untuk mengunjungi saudara mara atau mengikuti rombongan sekolah. Walaupun penulis pernah sampai ke Kota Tinggi seawal zaman persekolahan menengah (1972-1976), kali pertama penulis menjejakkan kaki ke tanah Pengerang, Sungai Rengit dan Telok Ramunia adalah pada tahun 2021 ketika penulis telah berusia 62 tahun dan telah bersara dari perkhidmatan.
Kali ini, penulis ingin membuat kajian literature sendiri mengenai asal usul nama-nama tempat (bandar dan pekan) di Negeri Johor. Secara umumnya (kesimpulan awal) nama-nama tempat (bandar, pekan dan kampung) di Negeri Johor yang diambil sempena dengan sesuatu peristiwa/sejarah, nama orang, nama pokok, nama binatang, nama barang dan sebagainya sebagai contoh: Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang, Layang-layang, Tongkang Pecah, Sungai Mati, Rengit, Ayer Baloi
Ayer Hitam dan Minyak Beku.

Maklumat tersebut aku perolehi dari beberapa website seperti johordt.gov.my, jiwang.org, zkeretapi.blogspot dan wikipedia dll.
Peta daerah-daerah Negeri Johor
Peta di atas adalah peta Negeri Johor yang asalnya mempunyai 10 buah daerah. Dua buah daerah terbaru baru iaitu Ledang dan Kulaijaya diisytiharkan pada 1 Jun 2008. Bagaimanapun pada tahun 2010, nama kedua-dua daerah tersebut ditukar kepada Tangkak dan Kulai. Daerah-daerah lain diasaskan seawal penghujung abad ke 19 di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar secara berperingkat-peringkat sejajar dengan pembinaan negeri Johor Moden. Johor Bahru ditubuhkan pada tahun 1966; Muar (1879/1880), Batu Pahat (1893/1894), Kluang (1915); Segamat (1933); Pontian (1976); Mersing (1977); dan Kota Tinggi (1977).
Asal Usul Nama Johor
Asal usul perkataan JOHOR diambil dari perkataan Arab “Jawhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
Dalam Bahagian pertama ini, penulis ingin membawa pembaca untuk memulakan kembara sejarah penempatan dari Daerah Muar (sebelum dipecahkan menjadi dua buah daerah, iaitu Muar dan Ledang pada tahun 2008). Dari segi sejarah Melayu, Muar mempunyai kaitan yang rapat dengan Empayar Kesultanan Melaka. Nama seperi Muar, Kesang dan Gunung Ledang kerap disebut dalam Sejarah Melaka.
DAERAH MUAR
Daerah Muar berkeluasan 2,346.12 km persegi (905.84 batu persegi) dan jumlah penduduk lebih kurang 315,000 (2020) terbahagi kepada 12 buah mukim:
- Mukim Bandar
- Mukim Parit Bakar
- Mukim Parit Jawa
- Mukim Bakri
- Mukim Seri Menanti
- Mukim Sungai Balang
- Mukim Sungai Raya
- Mukim Sungai Terap
- Mukim Jorak
- Mukim Ayer Hitam
- Mukim Lenga
- Mukim Bukit Kepong
Bandar dan pekan utama/kecil dalam daerah Muar adalah:
- Bandar Maharani (Muar)
- Pekan Bukit Bakri.
- Pekan Parit Bakar
- Pekan Parit Jawa
- Pekan Panchor.
- Pekan Bukit Pasir.
- Pekan Bukit Kepong.
- Pekan Pagoh.
- Pekan Lenga
- Pekan Parit Yusof
- Pekan Sungai Balang.
Muar dan Menteri Besar Johor
Daerah Muar merupakan daerah yang terkenal kerana melahirkan 5 dari 9 orang Menteri Besar (MB) Johor yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum. Mereka ialah MB ke 10, Allahyarham Tan Sri Hj Hassan bin Yunos (DUN Bukit Serampang : 1959 - 1967), MB ke 11, Allahyarham Tan Sri Hj Othman bin Mohd Saat (DUN Kesang : 1974-1982); DUN Jorak : 1959 - 1974), MB ke 13, Tan Sri Mukhyiddin Muhd Yassin (DUN Bukit Serampang: 1986-1995), MB ke 14, Tan Sri Hj Abdul Ghani Othman (DUN Serom : 1995 - 2013), MB ke 15 (DUN Permas : 2013 - 2018), Dato' Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin walaupun sepanjang kerjaya politiknya mewakili kawasan dalam daerah Johor Bahru, beliau dilahirkan di Pagoh, Muar dan MB ke 17, Dato' Dr Shahrudin bin Jamal (DUN Bukit Kepong)
MB Johor yang berasal dari luar daerah Muar adalah, MB ke 12, Allahyarham Dato' Abdul Ajib bin Ahmad (1982 - 1986) dilahirkan di Segamat/DUN Endau; MB ke 16, Allahyarham Dato' Osman bin Sapian (Segamat/DUN Kempas); MB ke 18, Dato' Haji Hasni bin Mohamad (Pontian/DUN Benut); dan MB ke 19 (sekarang), Dato' Onn Hafiz bin Ghazi (Simpang Renggam/DUN Macap).
Sejarah Daerah Muar
Nama Muar dikatakan telah muncul lebih awal daripada zaman pembukaan Melaka. Dalam tahun 1361, seorang sami Buddha dan pendita di Istana Majapahit bernama Prapanca telah menulis sebuah syair terkenal bernama Nagarakertagama yang turut menceritakan tentang wilayah yang ditakluki oleh Majapahit di Tanah Melayu. Antara jajahan yang ditaklukinya ialah Muar. Pada masa tersebut raja Majapahit ialah Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya ialah Gajah Mada (1350-1389). Perkara ini ada dicatatkan dalam Majalah JMBRAS, October, 1935, Volume XIII Part 2, muka surat 15-16.
Kisah kemunculan Muar yang lebih awal daripada Melaka ini telah diperkuatkan lagi dengan sumber-sumber lain. Barros yang menulis dalam tahun 1553 telah mengatakan bahawa Parameswara (Paramicura) yang dihalau keluar dari Temasik (Singapura) kerana membunuh raja negeri itu, telah lari dan berhenti di Muar dan membina sebuah kota kayu di kawasan pedalaman bernama Pagoh.
Mengikut sejarah Melayu, Temasik (Singapura) dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah telah dikalahkan oleh Kerajaan Majapahit. Maka Sultan Iskandar Syah telah berpindah ke Muar. Di sini baginda telah membuka dua kawasan di tebing Sungai Muar iaitu Biawak Busuk dan membina sebuah kota yang dinamakan Kota Buruk. Selepas daripada inilah baru Sultan Iskandar Shah berpindah dan membina Melaka.
Satu peristiwa yang telah menunjukkan hubungan istimewa Muar dengan Melaka telah berlaku pada tahun 1488 di mana dalam tahun tersebut Sultan Alauddin Riayat Shah I telah mangkat di Pagoh, Ulu Muar dan dimakamkan di situ.

Lagenda Sejarah Muar Versi Sejarah Lisan dan Sastera Rakyat Orang Sakai Atau Melayu Asli
Dalam lagenda atau catatan penceritaan purba seperti mitos dan legenda ada mencatatkan perihal Muar yang pada ketika itu dikenali sebagai Kole, Kouli dan Cole. Kouli ada dalam catatan India tetapi kepastiannya sebagai Muar masih dipersoalkan oleh beberapa sarjana dan pakar sejarah. Dalam buku hikayat mitos atau lagenda Melayu iaitu dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Malim Deman dan dalam buku sejarah At Tarikh Negeri Kedah ada juga disebut tempat bernama Muar. Catatan Cina juga ada menukil mengenai Cole. Apa pun kita biarkan pakar sejarah menentukannya apabila bukti sainstifik diperolehi.
Dalam tulisan ini Kouli buat sementara ini dirujuk sebagai Muar kerana ada catatan daripada sejarah lisan atau sejarah rakyat Kouli itu daripada perkataan Kuala yang dikenali oleh orang sakai atau orang asal (sakai laut dan sakai darat). Mereka mengatakan sebelum Muar bernama Muar, tempat ini bernama Teluk Dalam dan sebelum bernama Teluk Dalam, Muar dipanggil Kuala. Kepelatan orang asing terutama lidah India menyebut perkataan KUALA adalah munasabah untuk dipercayai atau disesuaikan hingga ia dikenali sebagai Kouli atau Kole.
Kerajaan Kouli berpusat di pergigian air atau pantai Teluk Dalam iaitu daratan Bakri Batu 2 ke Kaki Bukit Treh menjalur ke Kesang Tasek dan Sungai Mati. Di sebelah selatan menghala kaki Bukit Mor di Parit Jawa. Bukit Pasir di Parit Bakar yang ada sekarang dikatakan asalnya sebuah pulau pasir yang terlongok daripada pasir dari hulu Sungai Muar dan tolakan arus air laut. Akhirnya ia membentuk pulau dan bukit pasir dan lama kelamaan bercantum dan menjadi daratan. Tanah daratan ini semakin lama semakin menjulur ke luar beberapa ribu tahun sehinggalah sebagaimana yang terdapat pada hari ini. Proses ini masih terus berlaku. Daratan yang ada sekarang yang melunjur ke pantai dari Bakri Batu 2 atau Tanah Perkuburan Bakri Batu 2 itu merupakan lautan pada zaman dahulu.
Ketika Haji Mohd Noh bin Lebai Haji Mohamad (1850-1923) seorang saudagar raja Cerebon membuka Bakri yang pada asalnya dikenali sebagai Kampung Jawa pada tahun 1869, beliau ada mencatatkan (Syair Orang Jawi, 1903) bahawa kawasan Batu 2 hingga ke Pekan Muar atau Kuala Bentayan merupakan paya atau tanah rendah sentiasa berair. Air pasang boleh naik sampai ke Bakri Batu 3. Mereka bersampan membawa masuk barang keperluan orang-orang Jawa, kaum kerabat Jawanya dari Cerebon di pedalaman setelah melurus dan meletakkan ban atau benting di kiri kanan anak sungai yang terkenal sebagai sungai Bentayan itu.
Dari Bakri Batu 2 ke Batu 3, kawasan itu didiami oleh anak-buah dan kaum kerabatnya yang berasal daripada Kerabat diraja Melayu Pagoh. Orang Pagoh juga dikatakan berasal dari persemendaan keturunan sultan Melaka dengan kerabat diraja Pahang. Haji Mohd Noh sendiri telah beristerikan anakanda Tun Mansor bin Tun Ali Bendahara Pahang dan telah dikurnia Sungai Raya. Haji Mohd Noh telah menggalakkan mereka berpindah ke Bakri dari Pagoh ketika diburu oleh orang suruhan Sultan Ahmad Pahang, kekanda kepada Tun Mansor yang menuduh Tun Mansor dengan pengikutnya ingin memberontak. Mereka mempercayai kawasan Bakri sesuai untuk dihuni dan didiami mereka kerana mereka percaya tapak itu adalah bekas tapak kota kerajaan Melayu purba (Kouli) mengikut petunjuk ahli para normal atau pawang diraja mereka. Banyak juga orang-orang Pahang telah tinggal di Pekan Muar dan Padang dan bersemenda dengan kaum kerabat Orang Kaya Muar yang berketurunan Melayu Bugis Campa kerana mereka juga mempunyai pertalian darah dengan mereka.

Mengenai Parit Jawa pula, pada zaman dahulu adalah lautan dan pantainya terletak di kaki Bukit Mor juga ada tercatat dalam Sejarah Pembukaan Parit Jawa (Syair Abd Rahman, 1909) dan juga tercatat dalam Buku Hikayat Ibrahim Munshi (1871). Tanah-tanah lumpur dan kelodak yang dibawa turun oleh Sungai Muar akhirnya membentuk daratan yang begitu subur. Kawasan ini pernah suatu ketika dahulu dikenali sebagai Padang kerana tanah pamahnya yang rata dan meluas saujana mata memandang. Di puncak Bukit Mor pernah tercatat terdapat istana raja Melayu Cempa ketika kerajaan Melayu atau empayar Melayu Cempa berkuasa dahulu.
Mengikut tempoh waktu pula, Muar dikatakan dikenali disekitar abad ke 13 di zaman keagongan Majapahit. Teluk Dalam dalam zaman Hindu Budha sekitar abad ke 9 dan Kouli yang tercatat dalam kitab Hindu di antara abad pertama hingga ke 9. Kebudayaan Hindu meluas dan tersibar ke Asia Tenggara sejak abab ke 2 sebelum masihi. Apa yang hendak dicatatkan di sini meskipun para sarjana menganggapnya adalah dari sumber mitos yang tidak boleh dihujah dan bukan sebagai realiti adalah beberapa jangkaan seperti nama Muar yang tersebut di atas dan beberapa peristiwa daripada sejarah lisan mahupun sastera rakyat berkenaan kewujudan Muar. Ketepatan mahupun realitinya kita biarkan saja para pakar mengkaji dan menelitinya. Mungkin pada hari ini kita tidak banyak ada kemudahan dan peralatan yang dapat mengesan dan mengesahkan lagenda atau mitos yang mungkin berasal dari realiti juga.
Mengikut sejarah, orang asli Melayu berasal dari pergunungan dan lembah di utara Thailand dan selatan Cina (Yunnan). Ada juga sejarah purba mencatat penghijrahan manusia dari pergunungan Himalaya di Utara India menyebar ke utara, ke barat, ke selatan dan ke timur dan sebagainya. Penghijarahan ke timur ini dipercayai melahirkan sebuah suku bangsa besar Melayu yang berkerajaan di Utara Thailand dan di Selatan China. Kemudian penghijrahan terus berlaku ke arah selatan melalui Segenting Kera dan Semenanjung Tanah Melayu dan terus bertebaran ke serata kepuluan di Lautan Hindi, Laut Selatan dan Lautan Pasifik hingga ke kepulauan Hawai dan pulau-pulau di barat Benua Amerika. Manakala penghijarahan suku bangsa Melayu ke sebelah barat pula merentasi Lautan Hindi sampai ke kepulauan Madagascar. Penghijarahan ini berlaku pada abad sebelum masihi dalam beberapa siri gelombang besar dan kecil hingga dibahagi oleh pakar sejarah mengikut beberapa zaman.
Berbalik mengenai penceritaan Muar terdapat mitos mengenai Si Tenggang yang di sumpah menjadi batu di kuala sungai Muar. Tempat ini dikenali sebagai Bukit Treh Muar. Pernah ahli sejarah mengkajinya dan mengakui perkataan treh itu bererti batu pejal keras yang asalnya terjadi dari cairan batu panas yang membeku pada darjah suhu yang sangat tinggi. Ia sangat keras dan dikenali sebagai batu treh dalam bahasa Melayu Asli (Orang Sakai Laut dan Sakai Darat). Batu ini dipuja dan dipercayai mempunyai kuasa ajaib dalam kepercayaan adat resam mereka.
Bukit Treh, Muar - lokasi legenda Si Tenggang Anak Derhaka
Perihal orang sakai datang memuja batu treh yang dianggap suci termasuk kawasan terdapatnya batu treh, di Bukit Treh berakhir di sekitar 1930-an dan semenjak zaman Jepun tiada lagi kedengaran Orang Sakai Darat mahupun Sakai Laut datang lagi ke Bukit Treh Muar untuk memuja Batu Treh mahupun roh nenek moyang. Ahli Persatuan Sejarah Muar sebelum merdeka sempat mencatat bahawa orang sakai ini percaya batu Bukit Treh berasal dari langit atau batu yang terjadi hasil dari panahan petir. Mereka juga percaya Bukit Treh Muar berasal daripada sebuah kapal atau kapal Si Tenggang yang telah menderhaka kepada orang tuanya dan telah disumpah oleh ibunya menjadi batu. Kapal Si Tenggang telah tersadai dipukul ribut di tebing pantai dan dipanah petir hingga menjadi batu. Kedudukannya menghalang laluan air sungai Muar dan isi kandungannya telah menjadikannya membentuk sebuah bukit. Lebih menarik lagi, komuniti orang sakai ini mengaku Si Tenggang adalah dari keluarga orang asli (orang sakai).
Terdapat juga sejarah lisan dari kalangan mereka mengatakan bahawa pada suatu ketika di kaki Bukit Treh terdapat sebuah kuil Hindu yang besar diperbuat daripada emas yang dikumpulkan dari gunung ledang. Ramai penganut Hindu dan sami mereka datang berkampung di kuil itu terlebih dahulu sebelum mendaki ke kuil suci mereka yang terdapat di puncak gunung Ledang. Kuil ini dipercayai telah terbenam atau tertimbus 100 kaki ke dasar pemukaan tanah sekarang berikutan berlakunya banjir besar di zaman dahulu. Orang asli percaya kuil itu masih ada lagi di dalam tanah di kaki Bukit Treh berdasarkan penceritaan Tok Batin atau pawang mereka.
Sejarah Muar memang begitu unik. Muar juga merupakan sebuah daerah di Johor yang memiliki banyak cerita lisan dan sastera rakyat di negara ini. Kajian lisan tempatan ada menceritakan sebuah kampong yang pernah didiami atau dibuka oleh orang bermata biru pada zaman dahulu kala dan hingga ke hari ini terdapat keturunan mereka yang telah berbaur dan bersemenda dengan pelbagai suku bangsa Melayu sehingga dikatakan mata biru mereka tidak berwarna biru lagi kecuali kelabu. Kampong yang dimaksudkan bernama Gemir atau Gemih yang terletak di kaki Gunung Ledang.
Rujukan: http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2011/03/lagenda-sejarah-muar.html
Asal Usul Nama Muar
Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.
Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama isteri baginda, Maharani Fatimah yang megiringi baginda dalam upacara perasmian bandar itu.
Bukit Naning
Parit Jawa
Parit Jawa menyimpan sejarah berdarah yang menyaksikan banyak kematian orang Melayu akibat kekejaman Komunis selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 sehingga tahun 1950an. Kebangkitan orang Melayu yang diketuai Kiyai (Panglima) Salleh (Penghulu Simpang 5, Batu Pahat) dengan melakukan serangan balas sehingga berjaya menewaskan komunis dan mengusir mereka dari Parit Jawa.
Sejarah Parit Jawa diceritakan oleh bekas Pengerusi Kaji Sejarah Daerah Muar, Cikgu Khamis Junid juga merupakan satu-satunya generasi lama yang mengetahui banyak sejarah tentang satu-satu tempat di daerah ini.
Nama asal Parit Jawa ialah Kampung Baharu dibuka pada tahun 1855 oleh seorang perantau bernama Jabar Matinadjati dari Desa Malini Jati, Jawa. Jabar berhijrah ke Tanah Melayu bersama satu rombongan terdiri daripada 39 orang dengan menaiki kapal termasuk lima rakan karibnya iaitu Amir Seri Wongso, Syed Demak, Ngarib, Shamsuri Singokarto dan Samad.
Semasa tiba di kuala Sungai Muar, Jabar menyusuri sepanjang kuala sungai dan melihat di Parit Sakai (yang dulunya nama padang) sudah diduduki orang. Dia terus menyusur ke selatan kuala Sungai Muar dan jumpa satu tempat (Parit Jawa sekarang) yang masih dipenuhi hutan belantara. Jabar dan rombongan telah memutuskan untuk membuka kawasan itu dan menamakan sebagai Kampung Baharu.
Selepas penerokaan Jabar, perkampungan itu menjadi semakin besar. Nama Kampung Baharu ditukar kepada Parit Jawa secara rasminya pada tahun 1870 apabila Sultan Abu Bakar melantik Jabar sebagai penghulu. Nama tersebut diambil sempena asal usul Jabar yang datang dari Tanah Jawa.
Parit Jawa kemudiannya diperintah oleh Wan Andak yang dilantik menjadi Residen Parit Jawa. Pada tahun 1873, jawatan Residen Parit Jawa ditukar kepada Penolong Residen kerana jawatan Residen dipindahkan ke Muar. Jawatan Penolong Residen sekali lagi ditukar kepada Pegawai Daerah Parit Jawa pada tahun 1901.
Pada tahun 1944, jawatan Pegawai Daerah Parit Jawa dimansuhkan kerana kawasan itu dimasukkan ke dalam pentadbiran daerah Muar.
Suatu ketika Parit Jawa agak terkenal kerana mempunyai stesen besar keretapi yang dihubungkan dari Bandar Maharani. Ia menjadi pengangkutan utama penduduk untuk membawa hasil kampung. Namun, perkhidmatan ini dihentikan pada tahun 1929 apabila jalan raya dibina dan pengangkutan lori diperkenalkan.
Di Sungai Meda itu juga ada kawasan yang dikenali penduduk sebagai Bangsal Adam yang dipercayai tempat Malim Deman selalu mandi.
Selain Bangsal Adam, tidak jauh daripada dari Sungai Meda itu terdapat kawasan dikenali sebagai Sawah Malim Deman yang dipercayai tempat beliau menanam padi, selain Bukit Perabong yang menjadi tempat menanam pokok buahan. Kalau dilihat kawasan ini macam tidak ada apa-apa kecuali pokok dan belukar sahaja, tetapi ada orang yang ada ilmu boleh nampak ada tanaman seperti nenas dan beberapa pokok buah-buahan yang lain. Orang zaman dulu percaya kawasan ini dihuni oleh dua kumpulan orang bunian, iaitu kumpulan pertama jenis baik dan begitu juga sebaliknya. Kumpulan yang tidak baik itulah yang menyebabkan orang sesat kerana mereka amat dengkikan manusia.
Selain itu, katanya, terdapat dua bongkah batu besar berbentuk menyerupai manusia yang dikenali sebagai Batu Bujang dan Batu Dara dengan kisahnya tersendiri. Dikatakan, bongkah batu besar itu adalah akibat sumpahan daripada Malim Deman sendiri. Kononnya, kawasan hilir sungai terdapat ancaman musuh Malim Deman dan bagi langkah berjaga-jaga, setiap pengikutnya perlu berkawal di kawasan berkenaan. Kononnya, ada pengikutnya dikenali Bujang sering mengelak daripada tugasan berkenaan, sebaliknya bertindak mengganggu perempuan dan kalau tidak silap ia anak atau isteri Malim Deman sendiri.
Setelah Malim Demam menyiasat dan mengintip pergwrakan Bujang dan perempuan itu datang ke tempat itu, lalu disergah dan akhirnya kedua-duanya disumpah menjadi batu.
Sama ada cerita di atas nyata atau sekadar cerita dongeng semata-mata, ia akan tetap menjadi cerita rakyat serta kebanggaan penduduk di sini.

Peta daerah Muar
Pada hari ini dalam tahun 1887, bandar Muar telah dibuka dengan rasminya oleh Maharaja Abu Bakar dan dinamakan Bandar Maharani. Sultan Johor-Riau-Lingga yang berkuasa telah melantik seorang pemerintah di Muar dengan gelaran Temenggong. Dengan ini ada dua orang Temenggong iaitu di Negeri Johor dan di daerah Muar. Krisis dalam takhta kerajaan Johor-Riau-Lingga menyebabkan kedudukan Muar semakin rumit, lebih-lebih lagi apabila Inggeris campur tangan dalam kedudukan politik Johor.
Masalah kedudukan Muar yang mempunyai pemeritahannya sendiri telah berakhir apabila Maharaja Abu Bakar menaiki takhta kerajaan Johor pada tahun 1862. Kolonel Anson iaitu Pemangku Gabenor Inggeris di Singapura telah membenarkan Maharaja Abu Bakar mengambil alih pemerintahan di daerah Muar. Pada masa yang sama, waris-waris pemerintah daerah Muar telah menuntutnya daripada Gabenor Singapura tetapi tuntutan itu tidak dihiraukan oleh pihak Inggeris.
Kesempatan itu telah digunakan oleh Maharaja Abu Bakar untuk meluaskan lagi pengaruhnya di Muar, dan pada tahun 1879 daerah Muar dengan rasminya telah diisytiharkan di bawah kekuasaan Maharaja Abu Bakar. Pada tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah mengisytiharkan supaya bandar Muar dibuka dan ditadbir secara tersusun dengan melantik Engku Sulaiman sebagai Residen Muar yang pertama.
KEMAS KINI TERAKHIR pada 18 Sep 2026
Ramai ahli keluarga Jabar yang berhijrah membuka tanah baru di Batu Pahat, khususnya kawasan Rengit dan Senggarang. Kemungkinan nama Parit Jabar di Senggarang adalah salah satu perkampungan yang dibuka oleh keluarga Jabar ini.
Sungai Mati

Bukit Kepong
Makam Almarhum Sultan Alauddin Riayat Syah I (Sultan Melaka ke 5) di Pagoh
Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Sultan memberi perkenan kepada pengikut Ali untuk membuka sebuah kawasan baru di sebuah kuala sungai di selatan Muar bagi membolehkan Ali dilantik menjadi Penghulu. Pengikut Ali membuka sebuah perkampungan dan menanam pelbagai pokok durian,ubi keledek dan bersawah padi. Lama-kelamaan kawasan perkampungan tersebut semakin maju dan Ali mengadap Sultan bagi mempersembahkan hasil tanaman.
Nama ‘Sungai Balang’ diabadikan daripada ilham Sultan apabila Penghulu Ali berjaya menghapuskan lanun di Selat Melaka untuk membawa persembahan hasil pertanian melalui pantai di Johor Bahru dengan selamatnya. Keberanian Ali dan pengikutnya menentang lanun di Selat Melaka dianggap sebagai kegagahan yang dicapai oleh 'hulubalang' atau 'balang'. Daripada perkataan ‘hulubalang/balang’ inilah Sultan menitahkan kawasan baru itu diberi nama Sungai Balang hingga ke hari ini.
Antara kesan sejarah yang masih kekal di Sungai Balang ialah Makam Orang Kaya Ali di tanah perkuburan Islam di pekan itu dan sekolah rendah di kampung itu yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali bagi mengambil nama sempena orang pertama membuka Sungai Balang.

Hikayat Malim Deman merupakan cereka rakyat yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Lenga. Mereka mempercayai kesah tersebut berlaku di Lenga.
Kebanyakan kisah berasal daripada Orang Asli, sebelum menjadi cerita lisan di kalangan penduduk hingga ke hari ini.
Ilmu kebatinan, pencak silat dan alam ghaib sering dipelajari oleh orang zaman dulu, mungkin kerana keperluan mereka termasuklah Malim Deman yang juga anak kepada Malim Dewa ini. Diceritakan bahawa Malim Deman pernah berada di Kampung Lenga, khususnya di Sungai Meda yang hanya terletak kira-kira 6 km dari pekan Lenga.
Kawasan ini dikatakan agak keras sehingga orang dulu akan menasihatkan supaya tidak membuat perkara sembarangan kerana dikatakan mempunyai penghuni lain selain manusia (perkampungan orang bunian).
Sungai Mati adalah sebuah pekan di daerah Muar Johor. Sekiranya kita keluar di exit Tol Pagoh ke arah Bandar Muar, kita akan melalui pekan Sg. Mati sebelum sampai ke bandar Muar. Ia hanya sebuah pekan kecil, namun apakah keistimewaan Sg. Mati? Istilah Sungai Mati atau juga dipanggil tasik ladam adalah hasil dari kesan apabila berlaku percantuman antara dua buah liku sungai di sebatang sungai yang berada di peringkat ketiga. Aliran sungai peringkat ketiga biasanya berliku-liku dan ada yang bercantum dan apabila bercantum maka wujudlah satu fenomena baru seperti kejadian tasik ladam atau sungai mati.
Pekan Sg Mati
Bukit Kepong
Pekan bersejarah 'Bukit Kepong' adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan Peristiwa Serangan Balai Polis (oleh pengganas komunis) pada 23 Feb 1950 yang sungguh tragik dan menyentuh perasaan sesiapa yang mempunyai perasaan patriotik.
Pembaca boleh melayari url ini untuk mendapatkan sejarah Tragedi Bukit Kepong:
https://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/032-tragedi-2-peristiwa-bukit-kepong.html
Pertama kali penulis sampai ke pekan Bukit Kepong ialah pada hari raya tahun 2012. Tahun tersebut penulis menziarahi Wak Non (kakak alarhumah emak penulis yang bernama Noriam - meninggal dunia 2023) yang menetap di rumah Siti Sulasteri binti Kandar (sepupu penulis - meninggal dunia 2026) di Felda Seri Jaya, Bukit Serampang.

Nama Bukit Kepong berasal daripada sebuah bukit kecil tempatan yang terletak berhampiran tebing Sungai Muar, di mana perkataan "kepong" dikaitkan dengan kedudukan atau kawasan bukit tersebut yang terkepung oleh sungai dan bentuk muka bumi sekitarnya.

Galeri Darurat Bukit Kepong
Nota: Penulis ada satu tajuk khas dalam blog ini yang menceritakan kesah 'Tragedi Serangan Balai Polis Bukit Kepong 1950'.

Pagoh
Pekan Bukit Kepong
Nota: Penulis ada satu tajuk khas dalam blog ini yang menceritakan kesah 'Tragedi Serangan Balai Polis Bukit Kepong 1950'.
Balai Polis Bukit Kepong sebelum musnah dibakar pengganas
Keadaan Balai Polis setelah dibakar hangus oleh anggota PKM
Pagoh
Pagoh adalah sebuah pekan yang sedang pesat membangun di daerah Muar. Dari sebuah pekan koboi hingga awal tahun 1980an, Pagoh mula membangun apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor pada tahun 1978. Ia semakin maju apabila Muhyiddin menjadi Timbalan PM pada tahun 2009. Kini Pagoh dikenali sebagai Bandar Universiti Pagoh bakal menjadi hub Pendidikan Tinggi. Pada masa ini, Pagoh menempatkan kampus kedua Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), kampus Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Selatan Universiti Islam Antarabangsa dan kampus utama Politeknik Tun Syed Nasir Ismail.
Pagoh yang bermaksud 'bagus (baguh)' mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707.
Mengikut cerita secara lisan dari warga emas yang ada ia adalah ringkasan atau gabungan bagi perkataan ” PAGAR YANG TEGUH ” lalu menjadi PAGOH. Selain itu ada juga yang mengatakan ia adalah sempena nama seorang yang berbangsa cina yang mengasaskan Pagoh iaitu “PAH GOH”.

Pagoh juga mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Melaka ke 7 (1477 - 1488) mangkat dan dimakamkan di Kampung Raja, Pagoh. Diceritakan bahawa, Sultan Alauddin yang memerintah dengan sangat adil dimusuhi oleh orang istana, dan baginda telah diracun melalui santapan baginda. Baginda berusaha untuk mendapat rawatan tradisional hingga ke Pagoh, Muar. Namun baginda mangkat di sana dan jenazahnya tidak dibawa pulang ke Melaka. Makam ini adalah satu-satunya Makam Sultan Melaka yang dapat dikesan secara fizikal.
Sungai Balang
Sejarah pembukaan Sungai Balang bermula dengan pengurniaan gelaran atau perlantikan seorang alim dari Parit Sakai, Muar bernama Ali Said sebagai Orang Kaya (OK) oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Ketika berusia 15 tahun, Ali dihantar oleh ayahnya OK Said (Penghulu pertama Muar yang dilantik oleh Temenggung Ibrahim) ke Makkah untuk belajar agama. Ketika itu, penduduk Padang (Muar) yang pentadbirannya berpusat di Parit Bakar dan meliputi Parit Sakai hingga ke Parit Samsu mempunyai sebuah rumah wakaf di Makkah yang didirikan di Kampung Shuib Ali pada abad ke-19.

OK Ali pulang ke Padang selepas ayahanda OK Said meninggal dunia di Mekah. Beliau kemudian menuntut jawatan Penghulu Muar yang dipangku oleh sepupunya bernama Omar Junid. Bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh Sultan kerana usia Ali masih muda dan belum boleh memegang jawatan penghulu.
Bagi mencari jalan penyelesaian,Sultan melantik Ali sebagai Menteri. Namun Ali dan pengikutnya masih tidak berpuas hati kerana jawatan berkenaan tidak memberi erti dalam pentadbiran Wilayah Muar. Berikutan itu, timbul perselisihan di antara pengikut Ali dan Omar.
Bagi mencari jalan penyelesaian,Sultan melantik Ali sebagai Menteri. Namun Ali dan pengikutnya masih tidak berpuas hati kerana jawatan berkenaan tidak memberi erti dalam pentadbiran Wilayah Muar. Berikutan itu, timbul perselisihan di antara pengikut Ali dan Omar.
Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Sultan memberi perkenan kepada pengikut Ali untuk membuka sebuah kawasan baru di sebuah kuala sungai di selatan Muar bagi membolehkan Ali dilantik menjadi Penghulu. Pengikut Ali membuka sebuah perkampungan dan menanam pelbagai pokok durian,ubi keledek dan bersawah padi. Lama-kelamaan kawasan perkampungan tersebut semakin maju dan Ali mengadap Sultan bagi mempersembahkan hasil tanaman.
Dalam perjalanan mengadap Sultan, Penghulu Ali dan pengikutnya bertembung dengan kumpulan lanun di Selat Melaka. Setelah berlaku perlawanan, Penghulu ALi berjaya menewaskan lanun tersebut berjaya mengadap Sultan.
Nama ‘Sungai Balang’ diabadikan daripada ilham Sultan apabila Penghulu Ali berjaya menghapuskan lanun di Selat Melaka untuk membawa persembahan hasil pertanian melalui pantai di Johor Bahru dengan selamatnya. Keberanian Ali dan pengikutnya menentang lanun di Selat Melaka dianggap sebagai kegagahan yang dicapai oleh 'hulubalang' atau 'balang'. Daripada perkataan ‘hulubalang/balang’ inilah Sultan menitahkan kawasan baru itu diberi nama Sungai Balang hingga ke hari ini.
Antara kesan sejarah yang masih kekal di Sungai Balang ialah Makam Orang Kaya Ali di tanah perkuburan Islam di pekan itu dan sekolah rendah di kampung itu yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali bagi mengambil nama sempena orang pertama membuka Sungai Balang.
Sejarah pekan atau Kampung Panchor yang terletak ditebing Sungai Muar ini bermula sejak 1511 iaitu selepas kejatuhan Melaka dan ia dibuka oleh rombongan daripada Melaka yang melarikan diri selepas serangan Portugis. Rombongan ini dipercayai ke Panchor melalui Kesang Tasik dan seterusnya mudik ke kawasan hulu hinggalah ke kawasan yang dapat kita lihat pada hari ini.
Asal usul nama Panchor ini sebenarnya diambil daripada perkataan 'pancuran darah' iaitu tragedi daripada pertempuran dua suku terbesar di kawasan ini pada waktu dahulu iaitu orang Melayu dan Bugis.
Dikisahkan pada suatu ketika seorang Bugis dikatakan mendayung sampan di Sungai Muar sambil bernyanyi. Lagu itu kemudiannya disambut oleh seorang ibu muda yang sedang mendodoikan anaknya di rumah yang terletak tidak jauh dari sungai itu. Bagaimanapun, perbuatan itu menimbulkan syak wasangka suami wanita muda itu, kononnya sang isteri itu mempunyai hubungan sulit dengan orang Bugis berkenaan. Perkara ini membawa pertengkaran yang akhirnya berlaku pergaduhan bersenjata antara pemuda Bugis dengan suami wanita yang mendodoikan anak itu. Pergaduhan itu melarat dan turut melibatkan kawan dan saudara mara (serta orang kampung) kedua belah pihak.
Akhirnya kejadian pancuran (pancutan) darah akibat pertempuran itu menjadi sebab kepada nama perkampungan ini yang akhirnya kini dikenali sebagai Panchor.
Panchor juga pernah mencapai zaman kegemilangannya apabila menjadi pusat pentadbiran di kawasan hulu Sungai Muar ini antara penghujung 1890-an hingga 1950an. Kedudukannya yang strategik menjadikan ia pelabuhan sungai yang juga pusat pentadbiran bagi kawasan yang merentangi Pagoh dan ke atas. Dahulu, di Panchor ini terdapat pelbagai sistem kerajaan seperti mahkamah, pejabat kerajaan, pejabat pos, balai polis dan sebagainya. Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan asas yang baik dan juga kegiatan komersial seperti panggung wayang dan sebagainya.

Lenga
Kebanyakan kisah berasal daripada Orang Asli, sebelum menjadi cerita lisan di kalangan penduduk hingga ke hari ini.
Ilmu kebatinan, pencak silat dan alam ghaib sering dipelajari oleh orang zaman dulu, mungkin kerana keperluan mereka termasuklah Malim Deman yang juga anak kepada Malim Dewa ini. Diceritakan bahawa Malim Deman pernah berada di Kampung Lenga, khususnya di Sungai Meda yang hanya terletak kira-kira 6 km dari pekan Lenga.
Kawasan ini dikatakan agak keras sehingga orang dulu akan menasihatkan supaya tidak membuat perkara sembarangan kerana dikatakan mempunyai penghuni lain selain manusia (perkampungan orang bunian).
Di Sungai Meda itu juga ada kawasan yang dikenali penduduk sebagai Bangsal Adam yang dipercayai tempat Malim Deman selalu mandi.
Selain Bangsal Adam, tidak jauh daripada dari Sungai Meda itu terdapat kawasan dikenali sebagai Sawah Malim Deman yang dipercayai tempat beliau menanam padi, selain Bukit Perabong yang menjadi tempat menanam pokok buahan. Kalau dilihat kawasan ini macam tidak ada apa-apa kecuali pokok dan belukar sahaja, tetapi ada orang yang ada ilmu boleh nampak ada tanaman seperti nenas dan beberapa pokok buah-buahan yang lain. Orang zaman dulu percaya kawasan ini dihuni oleh dua kumpulan orang bunian, iaitu kumpulan pertama jenis baik dan begitu juga sebaliknya. Kumpulan yang tidak baik itulah yang menyebabkan orang sesat kerana mereka amat dengkikan manusia.
Selain itu, katanya, terdapat dua bongkah batu besar berbentuk menyerupai manusia yang dikenali sebagai Batu Bujang dan Batu Dara dengan kisahnya tersendiri. Dikatakan, bongkah batu besar itu adalah akibat sumpahan daripada Malim Deman sendiri. Kononnya, kawasan hilir sungai terdapat ancaman musuh Malim Deman dan bagi langkah berjaga-jaga, setiap pengikutnya perlu berkawal di kawasan berkenaan. Kononnya, ada pengikutnya dikenali Bujang sering mengelak daripada tugasan berkenaan, sebaliknya bertindak mengganggu perempuan dan kalau tidak silap ia anak atau isteri Malim Deman sendiri.
Setelah Malim Demam menyiasat dan mengintip pergwrakan Bujang dan perempuan itu datang ke tempat itu, lalu disergah dan akhirnya kedua-duanya disumpah menjadi batu.
Sama ada cerita di atas nyata atau sekadar cerita dongeng semata-mata, ia akan tetap menjadi cerita rakyat serta kebanggaan penduduk di sini.
Pekan Lenga
Daerah Muar Moden
Masalah kedudukan Muar yang mempunyai pemeritahannya sendiri telah berakhir apabila Maharaja Abu Bakar menaiki takhta kerajaan Johor pada tahun 1862. Kolonel Anson iaitu Pemangku Gabenor Inggeris di Singapura telah membenarkan Maharaja Abu Bakar mengambil alih pemerintahan di daerah Muar. Pada masa yang sama, waris-waris pemerintah daerah Muar telah menuntutnya daripada Gabenor Singapura tetapi tuntutan itu tidak dihiraukan oleh pihak Inggeris.
Kesempatan itu telah digunakan oleh Maharaja Abu Bakar untuk meluaskan lagi pengaruhnya di Muar, dan pada tahun 1879 daerah Muar dengan rasminya telah diisytiharkan di bawah kekuasaan Maharaja Abu Bakar. Pada tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah mengisytiharkan supaya bandar Muar dibuka dan ditadbir secara tersusun dengan melantik Engku Sulaiman sebagai Residen Muar yang pertama.
Pada 12 Ogos 1887, Maharaja Abu Bakar telah mengisytiharkan nama Bandar Muar sebagai Bandar Maharani. Nama Maharani adalah mengambil sempena nama gelaran isteri baginda Maharani Fatimah (Empress).
Rujuk: https://www.facebook.com/PageEmpatEmpatEnam
KEMAS KINI TERAKHIR pada 18 Sep 2026
No comments:
Post a Comment