RESOLUSI KONVENSYEN
BUAH-BUAHAN MALAYSIA
Zaman
kanak-kanak dulu, musim buah-buahan adalah sesuatu yang amat
ditunggu-tunggu. Khususnya musim durian
dan rambutan. Seronok berebut-rebut adik
beradik mengejar durian yang gugur. Masa
itu rumah penulis hanya ada sepohon durian yang telah tua dan tinggi. Yang lain masih muda-muda kerana almarhum bapak bapak baru pindah ke rumah itu tahun 1962 dan mula menanam pokok-pokok baru. Pada tahun 1960an, pokok durian mengambil masa lebih sepuluh tahun untuk berbuah kerana selain dari benih dari pokok-pokok lama, kemudahan bekalan baja juga amat terhad dan mahal.
Pokok rambutan, manggis, langsat dan pulasan memang banyak. Di sekeliling rumah penulis terdapat berpuluh
pokok rambutan pelbagai jenis. Begitu
juga dengan pokok manggis. Kami
anak-anak lelaki kalau hendak makan rambutan atau manggis, kami akan panjat sendiri dan
makan di atas pokok sahaja.
Bagaimanapun di rumah almarhum datuk penulis yang jaraknya hanya 500 meter sahaja dari rumah penulis, ada hampir 10 pokok durian. Ada pokok tua dan ada pokok muda. Pokok durian tumbuh meninggi di celah-celah barisan pokok getah yang telah ditanam semula.
Apa yang lebih seronok ialah apabila saudara-mara (ibu-bapa saudara dan sepupu) datang dari bandar. Kami akan tuai rambutan untuk mereka bawa
balik, setakat mana yang mereka mampu bawa.
Tapi
sekarang ni, semua pokok rambutan bapak aku dah tebang. Pokok durian kat keliling rumah ada dalam 20
batang dan ada sedikit pokok duku, langsat, pulasan dan manggis.
Masa
aku sekolah dulu ada satu cerita dongeng berkaitan dengan musim buah-buahan
ini. Segala pokok buah-buahan telah
bermesyuarat untuk menyelesaikan perebutan siapa yang harus berbuah dulu semasa
musim buah-buahan. Begini kesahnya:
KONVENSYEN BUAH-BUAHAN
Pada zaman dulu kala, pokok buah-buahan tidak mempunyai jadual untuk berbuah. Pokok-pokok ini berbuah ikut rasa hati masing-masing. Oleh sebab itu, selalu berlaku pertembungan. Akibatnya, buah-buahan yang kurang lazat tidak dimakan oleh manusia. Contohnya bila pokok rambai berbuah, pokok durian juga berbuah. Apabila mereka berbuah serentak, buah rambai langsung tidak dipedulikan oleh manusia. Mereka asyik makan buah durian sahaja. Buah durian sedap dimakan. Manakala rambai kurang enak dan masam. Oleh sebab itu, buah rambai jarang dimakan orang. Akhirnya, buah rambai yang masak dan gugur begitu sahaja. Buah rambai amat marah apabila durian berbuah sama musim dengannya.
Pada suatu masa, berlaku pergaduhan besar telah berlaku di antara puak durian dengan puak rambai kerana berebut musim berbuah. Banyak puak rambai terkorban akibat dilanyak oleh durian. Semua buah yang lain bersatu menentang buah durian. Buah nangka, buah cempedak, buah kelapa, buah salak, buah betik, buah kelubi, buah mangga dan berbagai-bagai jenis buah lagi campur tangan.
Ekoran daripada itu, Persatuan Pokok Buah-buahan Tempatan Malaysia (PPBTM) buah-buahan itu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)untuk menyelesaikan masalah penggiliran musim buah ini. Buah durian belanda mula-mula dianggap sebagai bukan tempatan (bersifat penjajah) tetapi setelah diselidiki, di dapati ia tiada kena mengena dengan keturunan buah-buahan dari negara Belanda (the Netherlands) akhirnya diterima masuk dalam mesyuarat. Ada sumber yang mengatakan bahawa semasa pendaftaran dia menggunakan nama 'durian blunder' sebab itu boleh lepas masuk.
Aku tak pasti, sama ada wakil dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia turut hadir atau tidak dalam EGM ini!.
Ahli Persatuan sebulat suara melantik buah kelapa sebagai Pengerusi dan buah betik sebagai Sekretari. Ini kerana kelapa paling tinggi dan amat masyhur dengan pokok yang serbaguna. 'Power' tak 'power' batang kelapa ini, dengan sebatang sahaja dia mampu mengandar berpuluh-buluh buah yang berat-berat. Manakala buah betik paling jambu dan seksi. Biasa la, yang berkelulusan sekretari ni (macam graduan UITM) biasanya memang lawa-lawa dan begetah!.
Perbincangan pertama adalah menetapkan musim. Semua bersetuju supaya tiada musim buah-buahan dalam November hingga Februari kerana waktu itu musim durian dan banjir- khususnya di negeri-negeri pantai timur. Kalau nak bermusim juga mungkin akan buah juga, akan rosak oleh hujan, buah tak manis, atau busuk kerana ditenggelami air. Oleh itu musuim buah-buahan ditetapkan dari Februari hingga Oktober setiap tahun sahaja.
Pada awalnya, semua pokok hendak berbual awal. Mesyuarat hangat seketika apabila masing-masing pokok hendak berbuah awal. Akhirnya persetujuan berikut dicapai sebulat suara dan diumumkan oleh Pengerusi:
Mac- buah rambutan
April- buah manggis
Mei - buah langsat
Jun -buah duku

Nota : Rupabentuk buah duku dan buah langsat hampis sama, kulit duku lebih tebal dari langsat, begitu juga isinya. Walaupun keduanya manis, isi buah langsat lebih masam sedikit berbanding duku.
Apabila tiba bulan Julai dan musim itu hampir habis, buah durian bolehlah mengambil giliran untuk memasakkan buahnya. Buah-buahan ini boleh berbunga serentak tetapi terpaksa menunggu giliran untuk masak.
Manakala buah-buahan jenis yang masam seperti limau, belimbing, mangga, mempelam, asam jawa, asam kundang, binjai, kuini, bacang, dan salak bebas berbuah pada bila-bila masa kerana mereka tidak menjadi saingan. Begitu juga dengan buah cempedak, nangka, salak dan lain-lain yang hadir mesyuarat.
Pengerusi dan Setiausaha juga diberi kuasa veto untuk berbuah sepanjang tahun.
Pokok rambai yang menjadi isu pergaduhan telah tertinggal. Maka mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya buah rambai pada bulan Ogos atau September, iaitu apabila buah-buah lain habis musimnya. Oleh sebab itulah rambai berbuah pada akhir musim dan dengan penjadualan itu, rambai yang dulunya tidak laku, sekarang sudah ada harga dalam pasaran.
Akhirnya semua buah-buahan termasuk yang tiada giliran seperti mangga, limau, gelugor, kandis, binjai, salak, kelubi, pisang, dokong, pulasan, nenas, gajus, cempedak, nangka, durian belanda, kecupu, dan beberapa jenis buah lain lagi berpuas hati.
TUAN PENGERUSI
Selepas itu mesyuarat pun bersurai. Inilah EGM/AGM PPBTM yang pertama dan terakhir dalam sejarah cerita dongeng. Keputusan ini diguna pakai hingga akhir zaman.
Cuma selepas itu ada satu dua pertemuan bagi meraikan majlis perkahwinan buah-buahan antara duku dengan langsat di Terengganu yang menghasilkan buah duku-langsat dan perkahwinan antara cempedak dengan nangka yang menghasilkan cempedak-nangka.
DUKU LANGSAT
CEMPEDAK & NANGKA

'The moral of the story' - begitulah bijaknya buah-buahan, tidak perlu banyak kali mesyuarat untuk menentukan yang terbaik. Tidak seperti manusia, walaupun sesuatu keputusan diambil dalam mesyuarat masih dipertikaikan di belakang. Atau pun berpuluh kali mesyuarat tapi tiada keputusan yang jitu boleh dipakai- asyik berubah. Kononya atas alasan dinamik- tetapi sebenarnya gimik dan polimik.
.
...dan sebenarnya Allah Maha Mengetahui -dan telah menetapkan penjadualan atau giliran tersebut. Allah swt telah telah mengambilkira semua perkara termasuk mengelakkan masalah pembaziran dan persaingan dalam perniagaan buah-buahan di kalangan manusia.
Selain dari BUAH-BUAHAN yang bermusim mengikut konvensyen di atas, berikut adalah antara buah-buahan bermusim yang popular di Malaysia.

BUAH MATA KUCING
Apabila tiba bulan Julai dan musim itu hampir habis, buah durian bolehlah mengambil giliran untuk memasakkan buahnya. Buah-buahan ini boleh berbunga serentak tetapi terpaksa menunggu giliran untuk masak.
Manakala buah-buahan jenis yang masam seperti limau, belimbing, mangga, mempelam, asam jawa, asam kundang, binjai, kuini, bacang, dan salak bebas berbuah pada bila-bila masa kerana mereka tidak menjadi saingan. Begitu juga dengan buah cempedak, nangka, salak dan lain-lain yang hadir mesyuarat.
Pengerusi dan Setiausaha juga diberi kuasa veto untuk berbuah sepanjang tahun.
Pokok rambai yang menjadi isu pergaduhan telah tertinggal. Maka mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya buah rambai pada bulan Ogos atau September, iaitu apabila buah-buah lain habis musimnya. Oleh sebab itulah rambai berbuah pada akhir musim dan dengan penjadualan itu, rambai yang dulunya tidak laku, sekarang sudah ada harga dalam pasaran.
Akhirnya semua buah-buahan termasuk yang tiada giliran seperti mangga, limau, gelugor, kandis, binjai, salak, kelubi, pisang, dokong, pulasan, nenas, gajus, cempedak, nangka, durian belanda, kecupu, dan beberapa jenis buah lain lagi berpuas hati.
PUAN SETIAUSAHA
GILIRAN PERTAMA- RAMBUTAN
GILIRAN KEDUA- MANGGIS
GILIRAN KETIGA- LANGSAT
GILIRAN KEEMPAT - DUKU
GILIRAN KELIMA - DURIAN
GILIRAN TERAKHIR: RAMBAI
Cuma selepas itu ada satu dua pertemuan bagi meraikan majlis perkahwinan buah-buahan antara duku dengan langsat di Terengganu yang menghasilkan buah duku-langsat dan perkahwinan antara cempedak dengan nangka yang menghasilkan cempedak-nangka.
NANGKADAK
'The moral of the story' - begitulah bijaknya buah-buahan, tidak perlu banyak kali mesyuarat untuk menentukan yang terbaik. Tidak seperti manusia, walaupun sesuatu keputusan diambil dalam mesyuarat masih dipertikaikan di belakang. Atau pun berpuluh kali mesyuarat tapi tiada keputusan yang jitu boleh dipakai- asyik berubah. Kononya atas alasan dinamik- tetapi sebenarnya gimik dan polimik.
.
...dan sebenarnya Allah Maha Mengetahui -dan telah menetapkan penjadualan atau giliran tersebut. Allah swt telah telah mengambilkira semua perkara termasuk mengelakkan masalah pembaziran dan persaingan dalam perniagaan buah-buahan di kalangan manusia.
KHASIAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Selain dari BUAH-BUAHAN yang bermusim mengikut konvensyen di atas, berikut adalah antara buah-buahan bermusim yang popular di Malaysia.
BUAH PULASAN
BUAH DOKONG
BUAH SALAK
BUAH BELIMBING
BIAH JAMBU BATU
BUAH JAMBU BOL
BUAH JAMBU BOTOL
JAMBU AIR
JAMBU BERTIH
BUAH CIKU
BUAH NONA (SERIKAYA)
BUAH DURIAN BELANDA
S
Salam
ReplyDelete