Tuesday, February 24, 2015

M 101 MAJLIS TILAWAH AL QUR'AN MALAYSIA


 TILAWAH AL-QUR’AN 
 MALAYSIA 

Bercakap mengenai 'MENGAJI AL QUR'AN' ingatanku kepada zaman kanak-kanak tidak mungkin luput. Pernah aku tuliskan (di peringkat awal blog ini) secara detail tentang cara bagaimana aku belajar Muqaddam dan AlQur'an dengan ayah (bapak) aku sendiri. Pada masa itu, mengaji adalah suatu penyiksaan. Masa mengaji (sejam setiap lepas Maghrib) ku rasakan amat panjang sekali.  Malam Jumaat adalah pelepasan kepada aku dan abang-abangku kerana malam itu kami dibenarkan ke surau untuk majlis Yasin dan tahlil dan tidor di rumah Embah Tahir (Almarhum datukku). 

Pengajianku mengenai Al Qur'an hanyalah sekadar untuk membolehkan aku membaca dengan tajwid sahaja.  Selebihnya pastinya bukan lagi tanggungjawab bapak aku. Aku sendiri perlu berusaha mencari ilmu yang selebihnya.

Bila malam-malam balik dari solat Isyak di surau.  Selain menghabiskan kerja pejabat yang perlu diselesaikan, atau menonton televisyen bersama ahli keluarga, aku mengambil masa untuk update blog aku dan melayani rakan-rakan facebook. Aku juga selalu melawat Google Video mendapatkan video rakaman bacaan al Qur'an oleh Qariah/Qariah terkenal. Seronok mendengar bacaan Tarannum mereka- menusuk kalbu. Bila mendengar bacaan Qari/Qariah lama seperti almarhum Dato Hj Ismail Hashim, Dato Hjh Rogayah Sulong, Puan Hjh Faridah Mat Saman dan Pn Hjh Rodziah Abd Rahman; aku terkenang masa zaman kanak-kanak di kampung dalam tahun 60an dan 70an.

Sebelum ada televisyen pertama dalam kampung aku dalam tahun 1970, masa itu dipanggil Pertandingan Bacaan Al Qur'an- kami sekeluarga akan duduk berhampiran dengan radio transistor mendengar siaran langsung setiap tahun.  Masa itu, Qariah Johor yang kebetulan orang Batu Pahat beberapa kali memenangi pertandingan peringkat Kebangsaan dan antarabangsa.  Seronoklah orang kampong apabila Qariah Johor diisytiharkan sebagai Johan (tiga kali peringkat Kebangsaan dan sekali peringkat antarabangsa).

Lepas itu namanya ditukar kepada Musabaqah Al Qur'an sebelum ditukar kepada Majlis Tilawah Al Qur'an sehingga sekarang.

Dalam tahun 60an dan 70an, Qari/Qariah tidak dihadkan tempoh penyertaannya.  Mereka boleh bertanding setiap tahun tidak seperti sekarang penyertaan dihadkan kepada 2 tahun sahaja, setahun sebagai johan, tahun kedua sebagai johan menunggu.  Lepas itu mereka terpaksa menunggu beberapa tahun sebelum dibenarkan bertanding semula dari peringkat daerah.

Oleh sebab itu dalam tahun 60an dan 70an, Qari/Qariah mempunyai rekod menjadi Johan sehingga berulangkali seperti almarhum Dato' Hj Ismail Hashim (9 kali), Hajjah Faridah Mat Saman (8 kali), Dato' Hjh Rogayah Sulong (7 kali) dan Hajjah Rahmas Abdullah (5 kali).

Semoga Allah merahmati semua yang mempelajari AlQur'an, mengajarkan ilmu Al Qur'an dan meluaskan syiar Islam melalui kepandaiannya dalam bidang alQur'an.


JOHAN TILAWAH 
PERINGKAT KEBANGSAAN  

BAHAGIAN QARI

1960 (1379H)   : Encik Abd Hamid bin Desa (Kedah)
1961 (1380H)   : Tuan Hj Ahmad bin Maasom Pergau (Kelantan)
1962 (1381H)   : Tuan Hj Ismail bin Hashim (Kedah) - kali pertama
1963 (1382H)   : Tuan Hj Ismail bin Hashim (Kedah) - kali kedua
1964 (1383H)   : Tuan Haji Mohd Amin Hj Shamsuddin (Kedah)
1965 (1384H)   : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) - kali ketiga
1966 (1385H)   : Tuan Haji Abd Majid Awang (Kelantan)
1966 (1386H)   : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) (untuk Tahun 1386 Hijrah) - kali keempat
1967 (1387H)   : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang) - kali pertama
1968 (1388H)   : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang) - kali kedua
1969 (1389H)   : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) - kali kelima
1970 (1390H)   : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) - kali keenam
1971 (1391H)   : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) - kali ketujuh
1972 (1392H)   : En. Abd Haq @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah) - kali pertama
1973 (1393H)   : En. Affandi Haji Siraj  (Johor)
1974 (1394H)   : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) - kali kelapan
1975 (1395H)   : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) - kali kesembilan - dianugerahi gelaran Dato' oleh Sultan Kedah
1976 (1396H)   : Tuan Haji Mokhtar Haji Ahmad (Kelantan)
1977 (1397H)   : En. Abd Haq @ Abdul Ghani bin Abdullah (Kedah) - kali kedua
1978 (1398H)   : En. Abd Haq @ Abdul Ghani bin Abdullah (Kedah) - kali ketiga
1979 (1399H)   : Tuan Haji Shafie bin Kati @ Hj Sulaiman (Selangor) - kali pertama
1980 (1400H)   : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani bin Abdullah (Kedah) - kali keempat
1981 (1401H)   : Tuan Haji Mohamad Hasri (WPKL)
1982 (1402H)   : Tuan Haji Abd Haq @ Abdul Ghani bin Abdullah (Kedah)- kali keenam - dianugerahi gelaran Dato' oleh Sultan Kedah
1983 (1403H)   : En. Ismawi bin Haji Duet  (Sarawak) - dikurnai gelaran Datuk oleh Yang DiPertua Negeri Sarawak
1984 (1404H)   : En. Noor Din bin  Idris (Kelantan) - kali pertama
1985 (1405H)   : Tuan Hj Noor Din bin Idris (Kelantan) - kali kedua
1986 (1406H)   : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)  - kali pertama
1987 (1407H)   : Tuan Haji Shafie Kati @ Haji Sulaiman (Selangor)- kali kedua
1988 (1408H)   : En. Ahmad Salleh Saidi (Johor)  - kali pertama
1989 (1409H)   : En. Mohamad Haji Yusof (Kelantan)
1990 (1410H)   : Tuan Haji Daud Che Man (Terengganu)
1991 (1411H)   : Tuan Haji Mohamad Haji Yusof (Kelantan)
1992 (1412H)   : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)- kali kedua
1993 (1413H)   : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)- kali pertama
1994 (1414H)   : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)(JM)- kali kedua
1995 (1415H)   : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan) - kali ketiga
1995 (1416H)   : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)-  kali keempat
1996 (1417H)   : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)- kali pertama
1997 (1418H)   : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)(JM) - kali kedua
1998 (1419H)   : Tuan Haji Ahmad Salleh Saidi (Johor)- kali kedua
1999 (1420H)   : Che Yahaya Daud (Kelantan)
2000 (1421H)   : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)- kali pertama
2001 (1422H)   : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak)- kali pertama
2002 (1423H)   : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak) (JM)- kali kedua
2003 (1424H)   : En. Ahmad Faizul Ghazali (Pahang) - dikurniai gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang.
2004 (1425H)   : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)- kali kedua
2005 (1426H)   : Encik Pisol Yusob (Perlis)
2006 (1427H)   : Encik Shafie Lebai Hanafiah (Pahang)
2007 (1428H)   : Tuan Hj Aziz bin Mustakim (Johor)
2008 (1429H)   : En. Shamsul Ariffin bin Suffian (Perak)
2009 (1430H)   : Awangku Omar Asfuaddin bin Awangku Hamdan (Sarawak)
2010 (1431H)   : Encik Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah (W.Persekutuan)
2011 (1432H)    : Encik Amirrahman bin Hj Abas (Negeri Sembilan)
2012 (1433H)    : Encik Muhammad Anuar bin Ghazali (Kelantan)
2012 (1434H)    : Tuan Haji  Anuar bin Hasin (Perak)
2014 (1435H)    : Encik Ahmad Tirmizi bin Ali (Terengganu)
2015 (1436H)    : Encik Wan Ainudin Helmi bin Abdullah (Kelantan) - kali kedua
2016 (1437H)    : Tuan Hj Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah (Kelantan) - johan menunggu. Kali ketiga
2017 (1438H)    : Tuan Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohammad (WP)
2018 (1439H)    : Abdullah Fahmi bin Che Nor (Kelantan)
2019 (1440H)    : Abdul Khair bin Jalil (Selangor)

Related image
Almarhum Qari Dato' Hj Ismail bin Hj Hashim

Related image
Qari Hj Radzi bin Kamarul Hailan

Qari Hj Awangku Omar Asfuaddin


BAHAGIAN QARIAH

1960 (1379H)   : Cik Saodah Hanafi (Perlis)
1961 (1380H)   : Cik Rogayah Sulong (Terengganu) - kali pertama
1962 (1381H)   : Cik Rahmah Abd. Rahman (Johor) - kali pertama
1963 (1382H)   : Cik Rogayah Sulong (Terengganu) - kali kedua
1964 (1383H)   : Cik Faridah binti Mat Saman (Kelantan)
1965 (1384H)   : Cik Faridah binti Mat Saman (Kelantan) - kali pertama
1966 (1385H)   : Puan Hajjah Rogayah binti Sulong (Terengganu) - kali ketiga
1966 (1386H)   : Cik Siti Noor Ismail (Kelantan)
1967 (1387H)   : Cik Rodziah Abd Rahman  (Pulau Pinang) - kali pertama
1968 (1388H)   : Puan Hajjah Rahmah Abd. Rahman  (Johor) - kali kedua
1969 (1389H)   : Cik Jamaliah Ahmad (Kelantan)
1970 (1390H)   : Puan Hajjah Rodziah Abd Rahman (P.Pinang) - kali kedua
1971 (1391H)   : Puan Hajjah Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang) -- kali ketiga
1972 (1392H)   : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan) - kali ketiga
1973 (1393H)   : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu) - kali keempat
1974 (1394H)   : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu) - kali kelima
1975 (1395H)   : Puan Hajjah Rahmah Abd. Rahman (Johor) - kali ketiga
1976 (1396H)   : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan) - kali keempat
1977 (1397)   : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan) - kali kelima
1978 (1398)   : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu) - kali keenam
1979 (1399)   : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)- kali ketujuh – dikurniai gelaran Dato’ oleh Sultan Terengganu
1980 (1400)   : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan) - kali pertama
1981 (1401)   : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan) - kali kedua
1982 (1402)   : Cik Munirah Kassim (Kelantan)
1983 (1403)   : Puan Hajjah Aminah Omar (Terengganu)
1984 (1404)   : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) - kali pertama
1985 (1405)   : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) - kali kedua
1986 (1406)   : Puan Hajjah Embab @ Siah Mat Amin (Terengganu)
1987 (1407)   : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan) - kali ketiga
1988 (1408)   : Puan Fasihah Hashim (Selangor)
1989 (1409)   : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan) - kali keenam
1990 (1410)   : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan) - kali ketujuh
1991 (1411)   : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan) - kali kelapan
1992 (1412)   : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) - kali ketiga
1993 (1413)   : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor) - kali pertama
1994 (1414)   : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)- (JM) - kali kedua
1994 (1415)   : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) (untuk Tahun 1415 Hijrah) - kali keempat
1995 (1416)   : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) - kali kelima
1996 (1417)   : Puan Hasinah Abdullah (Johor) - kali pertama
1997 (1418)   : Puan Hajjah Siti Aminah Awang (Pulau Pinang)
1998 (1419)   : Puan Hajjah Sepiah Mohamad (Terengganu)
1999 (1420)   : Puan Maznah Awang (Terengganu)
2000 (1421)   : Puan Amnah Ayup (Sarawak) -kali pertama
2001 (1422)   : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Selangor)
2002 (1423)   : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor) - kali ketiga
2003 (1424)   : Puan Hajjah Hasinah Abdullah (Johor) - kali kedua
2004 (1425)   : Puan Hajjah Hasinah Abdullah (Johor) (JM) - kali ketiga
2005 (1426)   : Puan Faizah Mohd Husain (Selangor)
2006 (1427)   : Puan Maslina Sinaga Abdul Rahman (Selangor)
2007 (1428)   : Puan Amnah bt Ayup (Sarawak) - kali kedua
2008 (1429)   : Cik Sharifah Khasif Fadzillah bt Syed Badiuzzaman (Perak) - kali pertama
2009 (1430)   : Cik Sharifah Khasif Fadzillah bt Syed Badiuzzaman (Perak) (JM) - kali kedua
2010 (1431)   : Puan Nor Azrah binti Ayub (Johor) - kali pertama
2011 (1432)   : Puan Hajjah Suraya Abu Hassan (Johor)
2012 (1433)   : Puan Hajjah Che Aminah binti Che Awang (Wilayah Persekutuan)
2013 (1434)   : Puan Hanimzah binti Hj Jalaluddin (Pahang) - kali pertama
2014 (1435)   : Puan Hanimzah binti Hj Jalaluddin (Pahang) - kali kedua
2015 (1436)   : Puan Siti Husna binti Hassan (Pahang).
2016 (1437)   : Puan Hajjah Nor Azrah binti Ayub (Johor) - kali kedua
2017 (1438)   : Puan Normalina binti Alias (Negeri Sembilan)
2018 (1439H) : Puan Suhailah binti Zulkifly (Melaka)
2019 (1440H) : Puan Nor Farhatul Fairuzah (Negeri Sembilan)



Image result for Tilawah AlQuran Hj Abdul Aziz bin Mustakim Johor
Qari (Johor), Qariah (Sarawak)
(Johan Peringkat Kebangsaan 2007)

Image result for Johan Tilawah Kebangsaan 2008
Qari (Perak) & Qariah (Perak)
(Johan Peringkat Kebangsaan 2008)

Image result for Johan Tilawah Kebangsaan 2008
Qari: WP dan Qariah: Johor
(Johan Peringkat Kebangsaan 2010)


Qari (Kelantan) dan Qariah (Pahang) 
(Johan Peringkat Kebangsaan Tahun 2015)

Image result for Johan Tilawah Kebangsaan
Qari (Kelantan) dan Qariah (Johor)
(Johan Peringkat Kebangsaan 2016)

Image result for Johan Tilawah Kebangsaan
Qari (WP) dan Qariah (NS)
(Johan Peringkat Kebangsaan 2017)

Image result for Johan Tilawah Kebangsaan
Qari (Kelantan) dan Qariah (Pahang) 
(Johan Peringkat Kebangsaan 2018)


Qari (Selangor) dan Qariah (NS) 
Kebangsaan Tahun 2019




NOSTALGIA QARIAH NEGARA



Qariah Dato' Hjh Rogayah Sulong


Qariah Hjh Faridah Mat Saman


Qariah Hajjah Rahmas binti Abdullah


Qariah Hajjah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman


Qariah Hjh Suraya binti Abu Hassan
(walaupun layak sebagai juara menunggu untuk Majlis Musabaqah 1433H- beliau berhasrat tidak menyertai apa-apa pertandingan selepas ini)


 

JOHAN TILAWAH 
PERINGKAT ANTARABANGSA 

BAHAGIAN QARI

1961 (1380H) : Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau (Malaysia)
1962 (1381H) : En. Mohd Yusof Abdullah (Malaysia)
1963 (1382H) : Tuan Haji Manaf Sasaelos (Thai)& Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) – Johan Bersama
1964 (1383H) : En Hasan Musa (Malaysia)
1965 (1384H) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) - kali kedua
1966 (1385H) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
1966 (1386H) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) (untuk Tahun 1386 Hijrah) - kali ketiga
1967 (1387H) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia) - kali pertama
1968 (1388H) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Malaysia)
1969 (1389H) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)- kali keempat
1970 (1390H) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) - kali kelima
1971 (1391H) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) - kali keenam
1972 (1392H) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia) - kali kedua
1973 (1393H) : En. Mohamad Taghi Morowat  (Iran)
1974 (1394H) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) - kali ketujuh
1975 (1395H) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) - kali kelapan
1976 (1396H) : En. M Ali Yusni  (Indonesia)
1977 (1397H) : Tuan Haji Mashud Awang Damit (Brunai Darussalam)
1978 (1398H) : Tuan Sofad Awang  (Thailand)
1979 (1399H) : Tuan Abbas Salimi Naleeni (Iran)
1980 (1400H) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia) - kali pertama
1981 (1401H) : Sheikh Al-Amin Mohamad Thoumi (Libya)
1982 (1402H) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia) - kali kedua
1983 (1403H) : Tuan Haji Mirwan Batubara (Indonesia)
1984 (1404H) : En. Mohamed Abu Snena (Libya)
1985 (1405H) : En. Noor Din Idris (Malaysia)
1986 (1406H) : En. Ahmad Khader al-Tarablushi (Kuwait)
1987 (1407H) : En. Ali Sayyah Gordji (Iran)
1988 (1408H) : En. Syarifuddin M.BA  (Indonesia)
1989 (1409H) : En. Brahang Harang  (Thailand)
1990 (1410H) : En. Abbas Emam Jameh (Iran)
1991 (1411H) : Tuan Haji Mohamad Haji Yusof (Malaysia)
1992 (1412H) : En. Mansoor Ghazrizadeh (Iran)
1993 (1413H) : En. Ahmad Abu Al-Ghasimi (Iran)
1994 (1414H) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia) - kali pertama
1995 (1415H) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia) - kali kedua
1995 (1416H) : Sheikh El-Sahat El Sayed Hassan (Masir) (untuk Tahun 1416 Hijrah)
1996 (1417H) : Sheikh Mekkawi Mahmoud Mohamed (Masir)
1997 (1418H) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Malaysia)
1998 (1419H) : En. Mohamad Gandom Najad Toosi (Iran)
1999 (1420H) : Che Yahaya Daud (Malaysia)
2000 (1421H) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia) - kali pertama
2001 (1422H) : En. Mas'ud Sayah Gorji (Iran)
2002 (1423H) : En. Bakri Waru  (Indonesia)
2003 (1424H) : En. Ahmad Faizul Ghazali (Malaysia)
2004 (1425H) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia) - kali kedua
2005 (1426H) : En. Indra Gunawan (Indonesia)
2006 (1427H) : En. Hossein Saeid Rostami Tabrizy (Iran)
2007 (1428H) : Tuan Hj Aziz bin Mustakim (Malaysia)
2008 (1429H) : Tuan Hj Mu’min Mubarok (Indonesia)
2009 (1430H) : Tuan Usama Abdullah (Iraq)
2010 (1431H) : Tuan Hani Abdel Aziz Ahmed (Masir)
2011 (1432H) :  Tuan Amirrahman bin Abas (Malaysia)
2012 (1433H) :  Encik Muhammad Anuar bin Ghazali (Malaysia)
2013 (1434H) : Tuan Dasrizal Marah Nainin (Indonesia)
2014 (1435H) : Tuan Ahmad Tirmizi bin Hj Ali (Malaysia)
2015 (1436H) : Tuan Mohsen Hassani Kargar (Iran)
2016 (1437H) : Tuan Hj Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah (Malaysia)
2017 (1438H) : Tuan Hamed Alizadeh (Iran)
2018 (1439H) : Tuan Abdullah Fahmi bin Che Nor (Malaysia)
2019 (1440H) : Tuan Abdul Khair bin Jalil (Malaysia)


BAHAGIAN QARIAH

1961 (1380H) : Tiada Penyertaan
1962 (1381H) : Tiada Penyertaan
1963 (1382H) : Tiada Penyertaan
1964 (1383H) : Cik Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali pertama
1965 (1384H) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali kedua
1966 (1385H) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia) - kali pertama
1966 (1386H) : Cik Siti Noor Ismail  (Malaysia) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
1967 (1387H) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia) - kali pertama
1968 (1388H) : Puan Rahmah Abd. Rahman (Malaysia)
1969 (1389H) : Cik Maimunah Mo-air Saard (Thailand)
1970 (1390H) : Puan Hajjah Rodziah Abd Rahman (Malaysia) - kali kedua
1971 (1391H) : Puan Hajjah Rodziah Abd Rahman (Malaysia) - kali ketiga
1972 (1392H) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali ketiga
1973 (1393H) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia) - kali kedua
1974 (1394H) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia) - kali ketiga
1975 (1395H) : Puan Hajjah Nursiah Ismail  (Indonesia)
1976 (1396H) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali keempat
1977 (1397H) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali kelima
1978 (1398H) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)- kali keempat
1979 (1399H) : Puan Sarini Abdullah  (Indonesia)
1980 (1400H) : Cik Maria Ulfa Haji Mudhafar  (Indonesia)
1981 (1401H) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
1982 (1402H) : Puan Rahmas Abdullah (Malaysia)- kali pertama
1983 (1403H) : Puan Hajjah Aminah Omar (Malaysia)
1984 (1404H) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) - kali kedua
1985 (1405H) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) - kali ketiga
1986 (1406H) : Puan Rahmawati A. Rani  (Indonesia)
1987 (1407H) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
1988 (1408H) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
1989 (1409H) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali keenam
1990 (1410H) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali ketujuh
1991 (1411H) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia) - kali kelapan
1992 (1412H) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) - kali keempat
1993 (1413H) : Puan Fatimah Haji Madiah  (Indonesia)
1994 (1414H) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Malaysia)
1995 (1415H) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) - kali kelima
1995 (1416H) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) (Tahun 1416 Hijrah) - kali keenam
1996 (1417H) : Puan Sainab Abdulromae  (Thailand)
1997 (1418H) : Puan Wildayati Nusril  (Indonesia)
1998 (1419H) : Puan Sepiah Mohamad  (Malaysia)
1999 (1420H) : Puan Maznah Awang (Malaysia)
2000 (1421H) : Puan Isniarah Bantayao  (Filipina)
2001 (1422H) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
2002 (1423H) : Dayang Hajjah Aminah Haji Abd Manaf  (Brunai Darussalam)
2003 (1424H) : Puan Hajjah Djihadiah Badar   (Indonesia)
2004 (1425H) : Puan Nurhidayah Sulaiman  (Indonesia)
2005 (1426H) : Puan Faizah Mohd Husain (Malaysia)
2006 (1427H) : Puan Hajjah Sainab Abdulromae (Thailand)
2007 (1428H) : Puan Hajjah Amnah bt Ayup (Malaysia)
2008 (1429H) : Puan Fatimah Harati (Thailand)
2009 (1430H) : Cik Sharifah Khasif Fadzillah bt Syed Badiuzzaman (Malaysia)
2010 (1431H) : Puan Samia Khanan (Pakistan)
2011 (1432H) : Puan Suraya binti Abu Hassan (Malaysia)
2012 (1433H) : Puan Hasnaa Muhammad Khalouli (Maghribi)
2013 (1434H) : Puan Hajar Boussaq (Maghribi)
2014 (1435H) : Puan Hanimzah binti Hj Jalaluddin (Malaysia)
2015 (1436H) : Puan Asrina Asril Buyong (Indonesia)
2016 (1437H) : Puan Hajjah Nor Azrah binti Ayub (Malaysia)
2017 (1438H) : Puan Normalina binti Alias (Malaysia)
2018 (1439H) : Puan Suhailah binti Zulkifly (Malaysia)
2019 (1440H) : Puan Nor Farhatul Fairuzah (Malaysia)


JOHAN-JOHAN ANTARABANGSA
.

Abd Khair dan Farhatul Farizah


(Johan Qari dan Qariah Peringkat Antarabangsa 2019)

pemenang tilawah antarabangsa 1
Abdullah Fahmi dan Suhailah
(Johan Qari dan Qariah Peringkat Antarabangsa 2018)




Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan
(Johan Qari dan Qariah Peringkat Antarabangsa 2011)


Qari (Iraq) dan Qariah (Malaysia)
(Johan Peringkat Kebangsaan 2009)






JOHAN AKADEMI ALQUR'AN 

AQ1 - 2008 -  Abdullah Fahmi bin Che Nor (Kelantan)

AQ2 - 2008 -  Anuar bin Hasin (Perak)

AQ3 - 2009 -  Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Kedah)

AQ4 - 2010 -  Ahmad Tarmizi bin Ali (Terengganu)

AQ5 - 2011 -  Mohd Syahrianshah bin Apin (Sabah)

program tidak diteruskan

.




Johan 2008: Qari (Perak) & Qariah (Perak)


Johan 2009: Qari (Sarawak) & Qariah (Perak)


Juara Kebangsaan 2010: Qari: WP dan Qariah: Johor

AMIRRAHMAN,Suraya,Gambar Qari Qariah Malaysia JohanTilawah Al-Quran Antarabangsa 2011
Johan 2011: Qari (N.Sembilan) & Qariah (Johor)

.j

(Johan Peringkat Kebangsaan 2014)


Johan Qari dan Qariah Kebangsaan Tahun 2015

NOSTALGIA QARIAH NEGARA

Qariah Dato' Hjh Rogayah Sulong
.
Qariah Hjh Faridah Mat Saman


Qariah Hajjah Rahmas binti Abdullah
.

Qariah Hajjah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman


Qariah Hjh Suraya binti Abu Hassan (walaupun layak sebagai juara menunggu untuk Majlis Musabaqah 1433H- beliau berhasrat tidak menyertai apa-apa pertandingan selepas ini)
.





.

No comments:

Post a Comment