Selalunya kita hanya ambil berat kerja kita. Kita kurang peduli apa yang berlaku disekeliling kita. Bila berlaku perkara yang tidak sesuai dengan kerja kita, kita akan marah. Kenapa?. Kerana kita hanya mementingkan diri kita sendiri
ANDA MASIH INGAT LAGI DENGAN Kempen"Buy British Last" oleh Kerajaan Malaysia satu ketika dulu?
Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan
agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan
Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.
Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan
Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali
ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan
destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia
merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap
tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.
Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak
memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang
Heathrow.
Selain daripada itu, beliau juga telah mengarahkan
rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah
pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui
operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang
kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka
dengan permainan mereka.
Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan
mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan
pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan
yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar
kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih
syarikat-syarikat lain.
Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa
tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan
menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik
tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat
lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak
melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih
syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange
tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.
Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini
sebagai contoh mentaliti kolonial yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern
Economic Review, October 30, 1981].
Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan
bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan
hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak
yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek,
October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]
Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti
menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka
terhadap operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen
`Buy British Last’. Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu
tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan
maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua
pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan
perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain.
Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far
Eastern Economic Review, October 9, 1981].
Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan
Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain
yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di
Malaysia.
Selepas 5 bulan kempen `buy british last’ berjalan,
pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington
dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi
tidak membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher
sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `buy british last’
dan menyelesaikan isu CHOGM.
Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada
tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan
Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai
subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi
hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International
Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].
Dengan satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan
secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk
pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy
British Last’ dihentikan. Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987
dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan
sukan komanwel 1998.
Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain menandatangani
perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3 Billion pound
dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan yang bernilai
234 juta pound.
Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di
Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr.
Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’
kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh
Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima
rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli
senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah
menuduh perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday
Times, February 20, 1994].
Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana
kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau
Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr.
Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan
rasuah yang dibuat keatas beliau.
18. Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times
dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell
lies” [The Financial Times, March 17, 1994].
Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28
buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli
senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia
tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti
kempen `Buy British Last’ II.
Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal
menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion
pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi
bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari
dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan media.
Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut
telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.
Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr.
Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan
dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir
menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat laporan penipuan
terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.
Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam
mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh penipuan media Britain.
Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita
bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya
dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.
Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan
oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai
cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada
beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai
Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak
pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting
bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan
Negara melebihi segala-galanya.
Shah Alam: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana
Menteri ketujuh jika gabungan pembangkang itu menerima mandat rakyat selepas
memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Jika kerajaan dibentuk, calon jawatan Timbalan Perdana
Menteri akan disandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.
Mengumumkan perkara itu, Ketua Setiausaha PH Datuk
Saifuddin Abdullah berkata, blok pembangkang juga akan memulakan proses
undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Ketua Umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selepas mengambil alih pentadbiran, Anwar dapat segera
berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan diangkat sebagai calon Perdana
Menteri kelapan,” katanya pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal
(IDCC) di sini, semalam.
Hadir sama, Wan Azizah yang juga Presiden PH, Presiden PPBM
Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Pengumuman itu sekali gus menguatkan kenyataan Dr Mahathir
yang membayangkan satu daripada tiga kawasan Parlimen yang bakal ditandingi
beliau pada PRU 14 ketika Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di lokasi sama pada 30
Disember lalu.
Ia membabitkan sama ada Parlimen Langkawi dan Kubang Pasu
di Kedah serta Putrajaya.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, PH turut mengumumkan 165
kerusi bakal ditandingi empat parti pembangkang berkenaan kelak.
“Ia merangkumi 52 kerusi PPBM, 51 kerusi PKR, 35 kerusi DAP
dan 27 kerusi AMANAH.
“Persetujuan itu diperoleh melalui Perjanjian Muafakat PH
yang dipersetujui pemimpin utama keempat-empat parti pada 6 Januari 2018 (kelmarin),”
katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/301107/ph-umum-dr-mahathir-calon-pm-ketujuh Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 11:15
AM
Benarkah Anwar Bakal PM ke 8?
Walaupun Deklarasi 8 Januari 2019 diterima sebagai keputusan rasmi Kepimpinan Pakatan Harapan, sehingga hari ini ia masih dipertikai dan diperbualkan di mana-mana oleh semua peringkat masyarakat, khususnya ahli politik. Ramai (dari kalangan Kerajaan dan Pembangkang) yang tidak mahu menerima ANwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Mahathir. Ramai yang mengharapkan agar 'BAKAL PM' itu kekal sampai bila-bila. Malah, Pemimpin No. 2 PKR sendiri (Azmin Ali) tidak mahu menerima BOSS dalam Parti mengambil-alih jawatan BOSS dalam Kerajaan (Perdana Menteri).
Dr Mahathir perlu jadi
PM hingga akhir penggal: Azmin
NOZINA YAHAYA
29 Julai 2019
SHAH ALAM - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu
diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan,
kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan, kata Menteri Hal Ehwal
Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu
dan UMNO menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.
“Pendirian itu seiring pandangan yang pernah saya lontarkan
supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan
segera,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohamed Azmin berkata, dukungan bipartisan terhadap Dr
Mahathir merupakan lembaran baharu dalam politik Malaysia di mana kepentingan
rakyat diberikan keutamaan.
“Ini telah ditampilkan dalam meluluskan pindaan
Perlembagaan yang menurunkan had usia mengundi pilihan raya kepada 18 tahun.
“Sokongan tersebut adalah bukti keyakinan terhadap
kepimpinan Dr Mahathir yang berhemah tinggi sesuai dengan peranannya sebagai
negarawan ulung negara,” katanya.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, perbezaan politik
sentiasa wujud dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
“Namun setiap perbezaan itu perlu diurus dengan baik demi
menjamin kepentingan rakyat.
“Saya yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan dasar
dan kebijakan negara termasuk konsep ‘shared prosperity’ yang bakal
mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia,” katanya.
Pas-UMNO akan pertahan Tun M kekal PM sampai habis penggal
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
27 Julai 2019
KUALA LUMPUR - Pas dan UMNO akan saling bekerjasama untuk
mengekalkan Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga
tamat tempoh satu penggal mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perkara
itu dilakukan oleh kedua-dua pihak kerana merasakan pentadbiran Pakatan Harapan
(PH) 'tidak berwajah kepimpinan orang Islam.'
Katanya, ketika ini Pas dan UMNO hanya boleh menaruh
kepercayaan kepada Dr Mahathir kerana kemampuannya, meskipun mendakwa PH
dikuasai oleh orang bukan Islam.
“Tinggal Bersatu 11 kerusi, dan kedudukan yang tidak kuat
dalam kerajaan (PH) itu. Kita (Pas) tahu pertembungan itu berlaku, apa Tun
(Mahathir) nak buat? Tun memang kehebatan dia itu ada.
KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen BN akan berada di
belakang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga tamat penggal ini
sekiranya wujud gerakan untuk menjatuhkan beliau dalam PH.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata, demi kestabilan negara dan ekonomi, semua Ahli Parlimen BN jamin akan
memberikan sepenuh sokongan dan keyakinan kepada Dr Mahathir untuk menjalankan
tugasnya demi kepentingan rakyat Malaysia.
“Saya memberikan sepenuh sokongan kepada Dr Mahathir
sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya akan datang, sekiranya ada
mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkannya.
“Demi kestabilan negara dan ekonomi, kesemua Ahli Parlimen
BN akan menyatakan sokongan, kami mahu Perdana Menteri kita (Dr Mahathir) untuk
terus mentadbir Malaysia dan melaksanakan tanggungjawab beliau untuk seluruh
rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan turut
membidas tindakan pimpinan PH melabelkan Dr Mahathir sebagai seorang diktator.
“Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr Mahathir
selama 20 tahun, tuduhan yang mengatakan beliau seorang diktator sangat tidak
masuk akal, saya tak ada masalah pun dalam tempoh 20 tahun itu, jadi kenapa
sekarang timbul isu diktator, malah dibangkitkan sendiri oleh mereka dalam
PH... kurangkanlah politik sesama sendiri.
“Wakil rakyat BN sesama kita harapkan kepimpinan yang ada
sekarang, termasuk Perdana Menteri kekal. Kalau kedudukan Perdana Menteri
tergugat, saya yakin rakan-rakan di dalam BN akan bersama Dr Mahathir. Sebab
itu saya harap masalah dalaman sesama mereka dapat dikurangkan, isu diktator
dan sebagainya tidak membantu kita untuk memulihkan ekonomi, menstabilkan
kerajaan, dan tidak membantu koordinasi kementerian untuk dilihat sebagai kerajaan
yang dapat diterima baik oleh dunia,” ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad
Hasan terbuka menyatakan UMNO sedia menyokong Dr Mahathir dalam isu yang
menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
Katanya, sokongan UMNO itu bagaimanapun bergantung kepada
situasi dan keadaan semasa negara.
(3) Benarkah Anwar
layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4) Apakah kesan
jika Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8?
SIAPA ANWAR SEBENARNYA?
oleh Yahya Ismail
Anak kelahiran Cheruk Tok Kun di Seberang
Perai bukan dilahirkan dari kalangan ulama. Bapanya, Datuk Ibrahim bin Abd Rahman, pernah
menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan di era Kerajaan Perikatan pimpinan almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
Sebelum menceburkan diri dalam politik, Ibrahim, bapa
Anwar, pernah menjadi attendant hospital. Barangkali mengenangkan jawatannya
sebagai attendant, maka Tunku melantik bapa Anwar sebagai Setiausaha Parlimen
di Kementerian Kesihatan.
Boleh dikatakan keluarga Anwar menyokong UMNO. Emak Anwar
sendiri seorang pemimpin Wanita UMNO yang terkenal di Seberang Prai.
Menurut sumber Tok Wannya, sebelah bapanya, dikatakan dari
keturunan India dan dikatakan memeluk agama Islam. Tok Wan Anwar dikatakan
berkahwin dengan wanita keturunan Cina yang dibela oleh keluarga Islam.
Barangkali Anwar dan suku-sakatnya boleh menerangkan lebih lanjut lagi siapakah
gerangan keturunannya itu.
Janganlah hairan bin terkejut kalau Anwar petah berucap.
Bukankah orang keturunan India bijak bercakap walaupun Anwar tidak mempunyai
lenggokan kepala seperti kebanyakan orang India? Melihat dari keturunan
bapanya, bermakna Anwar adalah generasi kedua dari keturunan India campur Cina.
Itu bukan salah ibu mengandung. Mantan Perdana Menteri Malaysia
juga mempunyai darah campuran. Tunku Abdul Rahman Putra ada darah Siam, Tun
Razak keturunan Bugis, Tun Hussein Onn ada darah Turki, Tun Mahathir pula
campuran Melayu dengan India dan Tun Abdullah pula ada campuran Cina.
Oleh itu Anwar tidak perlu gusar kerana ada titisan darah
India dalam tubuhnya. Tuah dan sial seseorang pemimpin bukan terletak pada
keturunannya yang punya darah campuran tetapi apakah dia dapat diterima atau
pun tidak sebagai pemimpin super sohor oleh rakyat jelata yang berbilang kaum
seperti Malaysia ini.
Anwar ada matlamat dalam perjuangannya. Dia bertekad hidup
atau mati mempertahankan hasratnya yang maha tinggi untuk menjadi bakal Perdana
Menteri. Dia akan menentang siapa saja yang bakal menjadi penghalangnya.
Dia juga sedar tidak mudah menjadi seorang pemimpin popular
yang boleh diterima rakyat jelata. Anwar sedar risikonya tapi dia tidak gentar menghadapinya.
Jiwa dan jasadnya untuk perjuangan bagi merealisasikan mimpi indahnya sebagai
bakal Perdana Menteri. Kata peribahasa Melayu, “bujur lalu melintang patah”.
“Alang-alang seluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”. Nafsu dan
keazaman inilah yang membakar dirinya.
Tapi Anwar bukan tolol orangnya. Sejak di kampus Universiti
Malaya dia sudah buat rancangan infrastruktur politik untuk menjadi pemimpin
tersohor kelak. Kalau di Kolej Melayu dia berminat memperjuangkan Islam menurut
pemahamannya, maka di kampus Universiti Malaya, suaranya yang lantang
mengkritik kerajaan mendapat perhatian luar biasa bukan saja di kalangan
pelajar-pelajar universiti, tetapi juga di kalangan rakyat khasnya orang
Melayu.
Kerana retorikanya yang mirip Sukarno dengan wajahnya yang
kacak pada waktu itu, Anwar dapat memukau para pendengar baik lelaki mahu pun
perempuan.
Di kampus inilah dia dijulang sebagai pemimpin ABIM
(Angkatan Belia Islam Malaysia) dan juga sebagai pemimpin PPIUM (Persatuan
Pelajar-pelajar Islam Universiti Malaya). Malah dia juga dilantik sebagai
Pengerusi PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya).
Ketiga-tiga pertubuhan yang dipimpin Anwar memang mempunyai
impak yang kuat, bukan saja dalam kampus tetapi juga di kalangan masyarakat
Melayu.
Tahun-tahun enam puluhan (1960-an) dan awal tujuh puluhan
(1970-an), merupakan period perjuangan mengisi kemerdekaan khasnya dalam bidang
perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan selepas 10
tahun kemerdekaan menurut Perlembagaan Negara.
Penyata Razak 1956 dijadikan landasan dalam pembentukan
sistem pendidikan nasional di mana bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama
di semua sekolah kebangsaan hingga ke peringkat universiti.
Dalam tahun enam puluhan (1960-an), lahirnya Barisan
Bertindak Bahasa Kebangsaan yang saya pimpin, menggesa kerajaan melaksanakan
Fasal 152 Perlembagaan Negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi yang tunggal dalam pentadbiran kerajaan dan pendidikan negara.
Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan, PBMUM dan PENA
(Persatuan Penulis Nasional) merupakan NGO-NGO Melayu yang lantang
memperjuangkan bahasa Melayu pada waktu itu.
Di kampus pula wujud “Sudut Pidato” (Speaker’s Corner) di
mana para siswa boleh meluahkan pandangan mereka dalam berbagai isu di sudut
pidato tersebut. Boleh dikatakan para pelajar universiti sangat peka mengenai
politik nasional dan sebahagian besar dari para pemimpin mereka berpihak kepada
pembangkang.
Perlulah diingat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969,
nasionalisme Melayu mencapai puncak perjuangannya. ITM (Institut Teknologi
MARA) lahir atas kebangkitan semangat Melayu yang ingin merubah nasib anak-anak
bangsa melalui pendidikan.
Atas semangat perpaduan Melayu juga maka PAS yang dipimpin
oleh Datuk Asri Haji Muda, sanggup menjadi rakan perkongsian politik dalam
wadah Barisan Nasional pada tahun 1974. Walaupun “kawin mutaah” PAS dengan UMNO
tidak kekal lama, namun para penyokong PAS sudah merebak sampai ke dalam kampus
universiti dan juga di berbagai rancangan tanah Felda.
ABIM di bawah Anwar menjadi sebuah NGO yang berpengaruh dan
mempunyai ramai pengikut. Semangat Melayu dan Islam yang tercetus selepas 13
Mei, menjadikan Islam sebagai suatu kekuatan politik dan budaya yang kuat di
kalangan generasi muda pada waktu itu.
Kalau kebanyakan pemimpin PAS hanya berlegar di keliling
serban mereka dan memperalatkan Islam untuk menyebarkan pengaruh politiknya,
Anwar pula menyebarkan perjuangan Islam ke peringkat antarabangsa.
Melalui ABIM, Anwar mendapat perhatian dan sokongan
berbagai pemimpin Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Indonesia. Melalui
berbagai jaringan kerjasama beliau dengan berbagai pemimpin negara-negra Barat
khasnya Amerika, Anwar dianggap oleh para pemimpin Barat sebagai pemimpin Islam
yang liberal.
Walaupun beliau hanya memimpin ABIM, sebuah NGO Islam,
namun penghormatan dan sanjungan yang diperolehinya dari berbagai ketua-ketua
kerajaan asing lebih menyerlah dari Perdana Menteri sendiri!
Anwar sedar dia tidak boleh menjadikan nasionalisme Melayu
sebagai produk politik untuk mendapat sokongan dan kerjasama dari ketua-ketua
kerajaan asing. Tapi bila dia memperlihatkan ketokohannya sebagai pemimpin
Islam liberal, maka dengan sendirinya dia mendapat perhatian dari ketua-ketua
kerajaan asing, khasnya dari kalangan Barat.
Oleh kerana Barat lebih senang berbicara kepentingan
politik mereka dengan para pemimpin Islam liberal dan bukan fundamentalis yang
dianggap Barat super kolot dan berbau militan.
Melihat dari neraca politik semasa, Islam boleh menjadi
suatu kuasa besar dalam arena politik dunia. Dalam buku Samuel P Huntington,
‘The Clash of Civilization’, dia memperlihatkan Islam sebagai suatu kuasa yang
bersaing hebat dengan kuasa Kristian. Komunisme sudah habis tenaga dan pengaruh
sebagai suatu ideologi yang boleh menguasai dunia.
Tapi Islam dengan penganutnya lebih dari 1.5 bilion di
dunia yang kaya dengan hasil minyak dalam perut buminya, menjadikan
negara-negara Islam suatu blok politik yang tidak boleh diremeh-remehkan oleh
Barat.
Anwar tahu kekuatan dan pengaruh Islam. Dia juga ada bakat
yang luar biasa yang sukar diperolehi oleh sebahagian besar para pemimpin
politik tempatan dan antarabangsa, iaitu kebijaksanaannya sebagai pemidato yang
boleh memukau khalayak ramai. Ini “tangkal azimat” Anwar yang sukar ditandingi
oleh para ahli politik yang lainnya.
Sebagai pemimpin politik Islam liberal, Anwar mempromosikan
dirinya sebagai pemimpin Islam yang boleh dipercayai Barat dan sanggup
bekerjasama dengan Barat untuk mengujudkan pengertian yang lebih erat antara
golongan Islam Liberal dengan Barat, khasnya Amerika.
Untuk merealisasikan cita-cita Islam Liberal Anwar sejak
memimpin ABIM, sudah membuat jalinan kerjasama dengan berbagai golongan
masyarakat di Indonesia, bukan saja di kalangan gerakan mahasiswa Islam seperti
HMI (Himpunan Mahasiswa Islam), tetapi juga dengan tokoh-tokoh Islam terkemuka
dari kalangan parti-parti politik Indonesia dan Muhammadiah yang pada suatu
masa dahulu dipimpin oleh Amin Rais.
Jalinan kerjasama tersebut diteruskan hingga kini. Oleh
kerana itu, janganlah terkejut beruk kalau Anwar mempunyai para penyokong yang
kuat di kalangan masyarakat Indonesia.
Kebebasan media yang super bebas di Indonesia sekarang
dieksploitasikan Anwar untuk meraih sokongan moral terhadap perjuangannya.
Dengan kata lain, Anwar menjadikan Indonesia sebagai pangkalan politiknya
memandangkan pengaruh Indonesia dengan penduduk-penduduknya lebih dari 250 juta
penganut Islam.
Memanglah di Indonesia terdapat golongan politikus dan
budayawan Islam Liberal yang pro Barat dan kebanyakan dari mereka terdiri dari
sahabat-sahabat Anwar. Mereka juga mempunyai agenda politik Islam Liberal yang
disenangi Barat. Jadi janganlah hairan kalau ada pertautan jiwa antara Anwar
dengan golongan ini yang cuba mendapat tempat dalam politik nasional Indonesia
dan juga di Malaysia.
Seperti Anwar, golongan Islam Liberal Indonesia juga
berkiblat ke Amerika. Besar kemungkinan Amerika membantu golongan ini dengan
harapan golongan Islam Liberal dapat menguasai kepimpinan negara Indonesia.
Bayangkan sebagai MP Permatang Pauh merangkap Penasihat
PKR, Anwar mempunyai pejabat di Washington DC. Siapa yang membiayai
perbelanjaan dan penyewaan pejabat itu? Anwar sendiri keluar belanja? Apakah
kepentingan Anwar untuk membuka pejabatnya di Washington DC itu?
Tidak ada parti politik di Malaysia yang mempunyai pejabat
di sana. Apakah kerajaan Amerika yang membiayainya? Apakah Anwar juga mempunyai
pelobi-pelobi yang diupah untuk mempengaruhi kerajaan Amerika dan beberapa
Senator yang berpengaruh untuk menyokong perjuangannya?
Besar kemungkinan Anwar juga menjadi orang perantara antara
golongan Islam Liberal Indonesia dengan Washington.
Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah
menempah hubungan yang akrab dengan berbagai ahli politik Amerika termasuk juga
dari kalangan pemimpin-pemimpin Yahudi.
Oleh kerana Amerika mempunyai kepentingan politik, ekonomi,
pendidikan dan kebudayaan yang penting di Indonesia, maka besar kemungkinan
golongan Islam Liberal Indonesia mengharapkan Anwar untuk mendapat apa sahaja
bantuan dari Pakcik Sam.
Ada kemungkinan Anwar menjadi penasihat Washington dalam
berbagai isu mengenai Indonesia dan Malaysia yang merupakan dua buah negara
Islam yang penting di Asia. Boleh jadi juga Anwar mempunyai pejabatnya di
Washington DC untuk memudahkan dia berurusan dengan berbagai pemimpin politik
di sana, di samping melancarkan berbagai strategi politik bagi mengimbangi
pengaruh kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Jamaluddin Jarjis,
Duta Malaysia ke Amerika.
Duta besar Malaysian yang bertaraf Menteri ini dikatakan
paling dinamik dan aktif memberi gambaran politik yang sebenar kepada para
pemimpin di negara tersebut dan juga di kalangan para pelajar Malaysia untuk
membasuh dakyah anti kerajaan Malaysia yang dilancarkan Anwar.
Di Malaysia, juga di Indonesia, Anwar menggunakan
keahliannya sebagai pemidato ala Sukarno dengan memutarbelitkan berbagai isu
untuk meraih sokongan terhadap perjuangannya. Dia tahu bagaimana untuk
mempengaruhi para pendengarnya.
Bercakap di kalangan mahasiswa, dia akan memperlihatkan
idealisme generasi muda yang resah gelisah, inginkan pembaharuan dan berfikiran
bebas.
Depan lebai-lebai pondok, ustaz-ustaz dan ulama-ulama
berjiwa kerdil, Anwar dianggap sebagai seorang pejuang Islam nombor wahid yang
mengatasi kemampuan intelek mereka.
Di khalayak bukan Melayu, dia akan menyuarakan hak dan
kebebasan mereka sebagai warganegara dan berjanji akan memperjuangkan nasib
mereka.
Boleh dikatakan Anwar akan menabur janji, aneka ragam dan
aneka warna menurut siapa yang menjadi para penontonnya.
Karismanya sebagai pemidato yang super hebat lebih kuat
pengaruhnya dari penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib. Tidak ada pemidato yang
lebih handal dan berpengaruh dari Anwar. Ini perlu kita akui.
Anwar seorang oportunis yang bijak merancang strategi
hubungan awam untuk membuat persediaan memasuki gelanggang politik di masa
depan. Oleh kerana dia terlalu bergiat dalam ABIM, PPIUM dan PBMUM, dia
dikatakan hanya memperoleh ijazah BA sahaja.
Demi masa depan politiknya, dia sanggup membuka Yayasan
Anda, sebuah sekolah menengah swasta di Jalan Pantai Bharu, Kuala Lumpur di
mana dia menjadi pengetuanya.
Dia memilih bidang pendidikan kerana ingin melahirkan
kader-kader berjiwa Islam yang sebahagian besarnya menjadi
penyokong-penyokongnya kelak. Boleh dikatakan dia membina ketokohannya sebagai
pemimpin pelajar berjiwa Islam melalui ABIM dan PPIUM yang dipimpinnya.
Sebagai pemimpin ABIM, Anwar melebarkan pengaruhnya sebagai
pejuang Islam di kalangan para pemimpin Islam di Timur Tengah, Indonesia dan
negara-negara Barat khasnya Eropah dan Amerika Syarikat serta Kanada.
Pada zaman rejim Jeneral Zia-ul-Haq, Anwar pernah diberi
pingat kebesaran negara Pakistan kerana perjuangannya sebagai pemimpin Islam.
Boleh dikatakan banyak ketua-ketua kerajaan Arab di Timur
Tengah, juga Turki mengenali Anwar sebagai sahabat mereka, lebih-lebih lagi
bila dia menjadi salah seorang pemimpin WAMY (World Association of Muslim
Youth) untuk Asia.
Mengapakah Anwar mengambil jalan politik pembangkang
melalui ABIM dan PPIUM sewaktu menjadi pemimpin pelajar? Bukankah bapanya Datuk
Ibrahim pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan dan setelah
meninggalkan politik menjadi jutawan selaku Pengerusi IOI? Bukankah sebahagian
besar ahli keluarganya menjadi ahli UMNO? Bukankah UMNO memberi peluang kepada
keluarga bapanya untuk hidup senang-lenang sebagai jutawan? Apakah Anwar lupa
jasa dan budi UMNO terhadap keluarganya?
Tapi Anwar lain dari lain. Dia sedar bapanya menjadi
kaya-raya kerana UMNO dan dia juga menumpang tuah UMNO. Tapi soal menumpang
tuah UMNO tidak masuk dalam neraca perjuangan politik dan kedudukan yang dia
idam-idamkan selama ini. Anwar mahu jadi bakal Perdana Menteri.
Dengan apa jalan sekali pun, dia tetap menentang arus untuk
mencapai cita-citanya. Seperti kata peribahasa orang Bugis, “sekali belayar
biar robek layarnya, patah kemudinya, namun berpantang balik tidak
sekali-kali”. Seperti kata peribahasa Melayu, “alang-alang seluk pekasam,
biarlah sampai ke pangkal lengan.” “Genggam bara api biarlah sampai jadi
arang.”
Anwar kuat azamnya. Dia akan mengharungi apa saja derita,
penyeksaan, pengorbanan demi menjaga kepentingan cita-cita besarnya iaitu
menjadi bakal Perdana Menteri.
Dia membina imej sebagai pejuang Islam kerana pengaruh PAS
menjadi semakin kuat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Selepas 13 Mei,
timbul kesedaran di kalangan orang Melayu untuk bersatu padu mempertahankan
kuasa politik Melayu dan hak hidup orang Melayu sebagai pribumi yang sah.
Walaupun penyertaan PAS dalam Kabinet Barisan Nasional pada
tahun 1974 dianggap sebagai “kahwin mutaah”, namun ia perlu wujud dan kena pada
masanya.
Anwar melihat perkembangan politik pasca 13 Mei sebagai
politik mempertahankan kuasa, hak orang Melayu dan Islam. Beberapa orang
pemimpin ABIM bersama Anwar sudah mengorak langkah menyertai PAS sebagai suatu
strategi memperkukuhkan politik PAS dan ada juga yang menyertai UMNO. Dia
meletakkan orang-orangnya dalam PAS dan juga UMNO dengan harapan mereka akan
menjadi pemimpin-pemimpin yang bakal mengambil alih kepimpinan PAS dan UMNO
pada suatu waktu itu.
Maka berlakulah apa yang tidak disangka-sangka. Timbul
kisah kononnya ada orang kampung mati kelaparan kerana makan ubi gajah di
Baling. Ini berlaku pada tahun 1974.
Berlaku demonstrasi para pelajar universiti dan ITM di
Kuala Lumpur dan juga di Pulau Pinang secara besar-besaran. Beberapa orang
pemimpin pelajar dan politik terlibat. Antara mereka yang ditahan di bawah ISA
selepas demonstrasi tersebut termasuklah Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali (pemimpin
pelajar dari ITM) dan tokoh-tokoh politik sosialis, Dr Syed Hussein Ali dan
Kassim Ahmad. Dr Chandra Muzaffar, pensyarah yang juga aktivis dari USM juga
ditahan.
Selama dua tahun Anwar dan Ibrahim Ali menjadi “siswa” di
“Universiti Kamunting.”
Sebenarnya penahanan Anwar lebih menyerlahkan lagi imejnya
sebagai pejuang Islam. Hubungannya yang baik dengan sesetengah ketua kerajaan
di Timur Tengah, Amerika dan Eropah menyebabkan beliau mendapat sokongan dari
berbagai kerajaan asing. Secara moral, kerajan-kerajaan asing tertentu meminta
jasa baik kerajaan Malaysia agar membebaskan Anwar dengan segera.
Dari segi strategi politik, networking perhubungan awam
dengan berbagai pemimpin negara-negara asing boleh membantu Anwar dalam
percaturan politiknya. Sokongan moral atau kebendaan dari pihak asing boleh
membantu seseorang pemimpin yang inginkan tekanan politik asing untuk membela
dan menyokong perjuangannya.
Anwar bukan lahir dari keluarga jutawan. Bapanya bekas
attendant hospital dan mendapat gelaran Datuk serta peluang bisnes yang super
lumayan setelah bergelumang dalam politik dan menjadi Setiausaha Parlimen.
Memang jauh beza kehidupan sebagai attendant hospital dengan kedudukannya
sebagai orang korporat sekarang.
Waktu menjadi pemimpin ABIM dan Pengetua Yayasan Anda,
sekolah swasta yang didirikan Anwar dengan para kabilahnya, kehidupannya
sederhana, makan nasi campur di restoran Amjal Jalan Pantai Baharu dan hanya
ada Volkswagen merah yang separuh uzur untuk dia berkelana ke sana sini.
Pakaiannya juga tidak begitu mahal harganya dan selalu
memakai capal. Lain stail Anwar bila dia menjadi Menteri Kewangan sewaktu
bersemangat UMNO dan menjadi pemimpin nombor dua tersohor selain Presiden UMNO
merangkap Perdana Menteri.
Waktu menjadi Menteri Kewangan ada orang berkata, pakaian
Anwar dengan sut serta kasut buatan tangan dari Itali tidak kurang dari
RM17,000 sepasang!
Mengikut beberapa orang sahabat baik Anwar, adik angkat
Anwar, Sukma Darmawan menjadi image consultant beliau sewaktu menjadi Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Kata orang, sekali air bah sekali
pasir berubah. Begitu juga dengan nasib Anwar.
Tuah ayam pada kaki, bagaimana pula dengan tuah Anwar? Dia
disanjung sebagai wira oleh ribuan para penyokongnya bila dibebaskan dari
“Universiti Kamunting.” Imej ketokohannya mengeruni para pemimpin politik baik
yang bertaraf nasional apalagi yang berstatus kampungan.
Anwar bukan sebarang pemimpin. Kata para penyokongnya,
sewaktu menjadi pemimpin ABIM, dia sudah mendapat penghormatan dan sokongan
yang kuat dari sesetengah pemimpin negara-negara Arab dan juga Barat. Boleh
dikatakan tidak ada pemimpin NGO yang mendapat penghormatan dan sokongan kuat
dari berbagai pemimpin kerajaan asing seperti Anwar.
Bintang Anwar semakin menyerlah. Kamunting tidak menjadikan
Anwar sebagai pengikut angin. Sebaliknya Kamunting mengentalkan jiwa kursaninya
untuk menjadi pemimpin politik muda yang mendapat perhatian rakyat jelata.
Nama Anwar berkumandang di udara sebagai tokoh muda yang
berjiwa Islam. Anwar boleh mendabik dada dan menjerit di angin lalu bahawa
akulah pejuang Islam nombor wahid yang mendapat sokongan dan sanjungan di
peringkat antarabangsa.
Dia, Anwar Ibrahim, menjadi tokoh yang disenangi dan
dihormati ramai baik lelaki mahu pun perempuan Melayu dan bukan Melayu, Islam
dan bukan Islam. Anwar dalam diam-diam telah menyemai cinta kasih dengan
seorang doktor mata muda yang secara diam-diam juga menaruh harapan kepada
pemuda dari Cheruk Tuk Kun, mantan siswa “Universiti Kamunting: itu. Namanya Dr
Wan Azizah, anak perempuan Datuk Wan Ismail, bekas Pengarah Perang Saraf.
Ummi Hafilda, adik perempuan Azmin Ali, seorang srikandi
yang tahu banyak rahsia Anwar dan abangnya berkata, Wan Azizah itu keturunan
Korea dan diambil sebagai anak angkat oleh Wan Ismail.
Seperti kisah Uda dan Dara karya Usman Awang, kononnya bapa
Dr Wan Azizah tidak merestui asyik masyuk antara anak gadis seorang Pengarah
Perang Urat Saraf yang merancang strategi politik untuk kerajaan dan menentang
musuh-musuh kerajaan, boleh jatuh cinta pada seorang pemimpin yang berpihak
pada pembangkang?
Tapi cinta kasih Anwar kepada Wan Azizah tidak dapat
dihalang oleh sesiapa pun kecuali Allah Taala. Kedua asyik masyuk mengambil
jalan mudah seperti kebanyakan pasangan yang tidak mendapat restu dari ibu
bapa. Mereka menikah lari di Thailand. Kononnya Datuk Wan Ismail, bapa Wan
Azizah, marah seperti singa lapar.
Siapakah yang menjadi orang tengah untuk meredakan sengketa
antara menantu dengan bapa mertuanya? Pak Lah, mantan Perdana Menteri yang kini
bergelar Tun Abdullah Ahmad Badawi, mendapat jolokan Mr Clean tetapi hanya
bernafas sebagai Perdana Menteri tidak sampai dua penggal.
Itu hanya secebis kisah dari kehidupan Anwar dan Wan Azizah
yang taat setia kepada suaminya seperti taatnya Sita Dewi pada Seri Rama dalam
hikayat Hindu yang bernama Hikayat Seri Rama. Datanglah segala ribut dan taufan
politik melanda Anwar, Wan Azizah tetap di samping suami tercinta.
Kisah peribadi Anwar yang nikah di sempadan banyak tidak
diketahui para penyokongnya yang terlalu kagum dengan gaya pidato anak Cheruk
Tuk Kun itu. Banyak juga yang terkejut beruk bila tahu pejuang Islam ini
sanggup nikah di sempadan oleh kerana tidak mendapat restu dari bapa mertuanya.
Mereka tidak menyangka seorang pejuang Islam seperti Anwar
tidak dapat mempengaruhi bapa mertuanya untuk menerimanya dengan tangan
terbuka.
Walaupun dia dijulang sebagai pemimpin Islam oleh ribuan
para penyokongnya, namun dia gagal mempengaruhi Pak Wan, gelaran popular Datuk
Wan Ismail, untuk menerimanya sebagai menantu.
Ada pula yang menganggap Anwar seolah-olah memperlekehkan
bapa mertuanya yang menjadi alat kerajaan dengan cara mengahwini Wan Azizah
tanpa restu bapanya di sempadan.
Setelah mendapat cucu dan Anwar menyertai UMNO dan jadi
anak emas Mahathir dalam Kabinet, maka akhirnya Pak Wan menerima menantunya
dengan tangan terbuka dan lapang dada, senyuman meleret sampai sedepa!
Tapi ada cerita di belakang tabir banyak orang tidak tahu.
Yang maha tahu hanya Allah Taala, Wan Azizah dan Anwar. Menurut cerita dari
mereka yang dekat dengan keluarga Cheruk Tuk Kun ini, kononnya Wan Azizah
pernah didera Anwar hingga lebam-lebam. Apakah ini benar? Bolehkan Wan Azizah
atau Anwar menafikan perkara ini?
Kalau benar, mengapakah seorang pemimpin yang
memperjuangkan Islam dan bermimpi menjadi bakal Perdana Menteri sanggup memukul
isteri tercinta? Apakah Anwar dipengaruhi filem Tamil yang banyak adegan
memukul isteri itu?
Mereka yang dekat dengan Anwar berkata, dia tidak pernah
melihat filem Tamil yang banyak peristiwa pukul-memukul isteri itu. Apakah
gerangan yang menyebabkan Anwar memukul isterinya?
Kita harap cerita ini bikinan orang untuk memperlekehkan
Anwar dan Wan Azizah. Tapi alangkah baiknya kalau Anwar atau Wan Azizah membuat
kenyataan akhbar bahawa dia tidak pernah memukul isteri hingga lebam dan
menuduh musuh-musuh Anwar sengaja mereka-reka cerita untuk membesarkan
kemaluannya.
Tidak masuk akal seorang mantan Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Kewangan suka memukul isteri seperti yang terdapat dalam
filem-filem Tamil Nadu itu.
Ada lagi kisah yang menjadi buah mulut mereka yang rapat
dengan Anwar dan cuba menutup kisah demi menjaga imej “brother Anwar”, seorang
pemimpin berjiwa Islam nombor wahid. Mereka yang rapat dengan Anwar dan selalu
berkunjung ke kediamannya, pernah melihat Sukma Darmawan, adik angkat Anwar
berbangsa Indonesia yang tinggal bersama bosnya, masuk ke bilik Anwar.
Kononnya Sukma menjadi image consultant kepada Anwar.
Sebagai juru runding imej seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan yang juga berstatus sebagai Timbalan Presiden UMNO, maka tentulah
Anwar hendak menjaga ketrampilannya. Ini era politik kegemilangannya dalam
UMNO. Ini bukan era Yayasan Anda dengan Volkswagen tua dan makan nasi campur di
restoran Amjal.
Kata sahabat yang mengenali Anwar, sekiranya Sukma berada
dalam bilik Anwar, maka Wan Azizah tidak dibenarkan masuk. Apakah yang
dilakukan Anwar bersama Sukma? Tanya Sukma, apakah dia sangat diperlukan Anwar
hingga Wan Azizah sendiri tidak diizinkan masuk bilik Anwar? Apakah Wan Azizah
tidak tahu memilih pakaian yang sesuai bagi suaminya yang bertaraf Menteri itu?
Sebagai isteri mithali, Wan Azizah terpaksa akur dengan
kehendak suaminya walau pun ada ketikanya dia sendiri terkilan dengan sikap
suaminya yang mementingkan Sukma yang dikatakan pernah berkongsi bilik dengan
pemuda Indonesia itu sewaktu Anwar masih bujang dan tinggal dengan bapanya di
Kampung Tunku, Petaling Jaya.
Rupa-rupanya setelah keluar dari “Universiti Kamunting”,
bintang Anwar menjadi semakin terang. Siapa sangka seorang yang mendabik dada
sebagai pejuang Islam, dengan senyuman bangganya menyertai UMNO, parti politik
yang menjadi musuh politiknya di masa lalu.
Dengan sekelip mata dia disintuk limau sebagai Menteri
dalam Kabinet Mahathir. Pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kemasukan Anwar
dalam UMNO ialah Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam satu temuramah saya dengan Datuk Seri (kini Tun) Dr
Mahathir, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, saya bertanya, “Mengapakah
Datuk Seri membawa masuk Anwar dalam UMNO dan menjadikan dia seorang Menteri
penuh?”. Dengan tenang Dr Mahathir menjawab, “Kalau saya tak ambik dia masuk
UMNO, dia akan masuk PAS. Dia tu pejuang Islam. Kalau dia masuk PAS, teruklah
UMNO.”
Rupa-rupanya Mahathir juga menganggap Anwar sebagai pejuang
Islam yang berpengaruh. Mengikut perhitungan politik Mahathir, Anwar boleh
memainkan peranan penting dalam UMNO, memandangkan dia seorang pemimpin muda
yang ada karisma, bijak berpidato dan mempunyai ribuan pengikut dalam dan luar
negara.
Dilihat dari latar belakang politik, baik Mahathir mahupun
Anwar, pernah menentang UMNO dan berceramah di atas pentas PAS pada suatu waktu
dahulu. Jadi, tidak hairanlah mengapa Mahathir mempunyai soft spot terhadap
Anwar.
Tidak hairan bin terkejut mengapa Mahathir menerima Anwar
dengan tangan terbuka dan menjadikan dia Menteri walaupun baru saja menjadi
ahli UMNO. Soal keahlian perkara remeh. Yang penting Anwar ada umph, ada
karisma, ada pengikut yang ramai yang boleh menjamin kemenangan dan menjadi
aset kepada UMNO.
Bukankah politics make strange bedfellows? Tidur satu
bantal tapi mimpi lain-lain? Dulu jadi musuh politik, tapi selepas diberi
kedudukan yang super istimewa sebagai Menteri, Anwar dijulang ke langit biru,
dicium tangan, ditatang sebagai minyak yang penuh, dihadiah bunga malai,
diiringi gendang dan tabla sebagai pemimpin negara yang super umph.
Beberapa sahabat karib Anwar dalam ABIM menyertai PAS
seperti Ustaz Fadzil Noor (Allahyarham), tetapi Anwar pilih UMNO, parti politik
Melayu yang berkuasa sejak merdeka hingga sekarang.
Apa yang dirancangkan beliau sewaktu memimpin ABIM, kini
sudah nampak hasilnya. Kata Dr Mahathir, sewaktu saya interbiu beliau selepas
Anwar dipecat dari UMNO dan Kabinet, “Waktu dia masuk UMNO dan jadi Menteri,
saya sudah tahu Anwar sudah tubuh berbagai cell dalam UMNO dan juga dalam
kerajaan.”
Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri, tentulah Mahathir mendapat berbagai laporan mengenai Anwar dari pihak
Cawangan Khas (Special Branch).
Anwar mungkin berpendapat kedudukannya dalam UMNO dan
kerajaan super hebat dan kuat apalagi dia dianggap sebagai anak emas Mahathir.
Memang ada perasaan kurang senang di kalangan sesetengah
Menteri Kabinet dan UMNO bila Anwar mengepak dan berkokok sebagai pemimpin yang
kononnya akan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Mahathir juga pernah membuat kenyataan akhbar dan juga
dalam berbagai ucapannya, bahawa Anwar akan menjadi pengganti beliau sebagai
Perdana Menteri kelak. Sokongan kuat dari Mahathir menjadikan Anwar dan para
kabilahnya mabuk kuasa.
Memang benar kata Mahathir, bahawa Anwar telah merancang
untuk mengambil alih kuasa dengan meletakkan orang-orangnya dalam parti dan
juga kerajaan. Sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO sudah “dibeli” kesetiaan
oleh beliau. Banyak yang mendapat saham pink form sewaktu Anwar menjadi Menteri
Kewangan merangkap Timbalan perdana Menteri.
Mereka yang lama berjuang dalam UMNO dan menjadi Menteri
terpinggir oleh ombak sokongan Ketua-ketua Bahagian dan Menteri-menteri Besar
tertentu terhadap Anwar. Malah ada setengah pemimpin UMNO berlagak sombong
sebagai juak-juak Anwar yang digamit datang, dinyah pergi. Mereka tidak
segan-silu memperlihatkan gelagat sebagai juak-juak dan pengampu-pengampu Anwar
yang bakal menggantikan Mahathir kelak.
Mereka dihanyut oleh mimpi yang tidak bertepi. Mereka sudah
menganyam angan-angan bahawa kalau Anwar menjadi Perdana Menteri, mereka akan
mendapat kedudukan yang penting kerana menjadi sang setia pemimpin berasal dari
Cheruk Tok Kun itu.
Sebenarnya banyak pihak dalam UMNO tidak suka Anwar
menyertai parti itu. Banyak meramalkan dia akan menimbulkan berbagai masalah
dalam kepimpinan parti kelak. Apakan daya Mahathir sudah menerima Anwar dan
secepat kilat menjadi ahli Kabinet pula. Ini menimbulkan kejengkelan sesetengah
pemimpin.
Tapi siapakah antara mereka yang sanggup menentang kemahuan
Mahathir? Semua diam. Semua angguk.
Anwar tahu, berbagai Menteri dan pemimpin UMNO tidak senang
dengan kehadirannya dalam Kabinet dan pimpinan parti. Dia tidak peduli itu
semua. Dia ada rancangan maha penting untuk dilaksanakan dengan seberapa
segera. Dia persetan dengan Sanusi Junid dan Pak Lah, Megat Junid (Allahyarham)
dan lain-lain. Dia akan menentang siapa saja yang menghalang dia mencapai matlamat
perjuangannya.
Mahathir juga ada agendanya yang tersendiri bila melamar
Anwar menyertai UMNO. Dia juga mahu mengukuhkan kepimpinannya dalam parti dan
kerajaan. Justeru itu dia menerima Anwar, dengan harapan Anwar akan terhutang
budi padanya dan akan menari menurut rentak kemahuannya.
Pada hemat Mahathir, Anwar boleh menentang pengaruh PAS dan
akan memberi dinamisme dalam kepimpinan UMNO. Lebih-lebih lagi Anwar mempunyai
hubungan yang akrab dengan sesetengah pemimpin Arab di Timur Tengah dan juga
beberapa negara Eropah dan Amerika. Dia menganggap Anwar akan kekal menjadi
sang setia, lantaran dia menjadi anak emas Perdana Menteri.
Mahathir juga ada muslihatnya. Sengaja dia war-warkan Anwar
sebagai bakal Perdana Menteri untuk melihat reaksi dari berbagai kabilah dalam
UMNO. Mereka yang berhajat hendak mengekalkan kedudukan dalam pimpinan parti
serta Kabinet akan tetap berpaut pada Mahathir, selagi nyawa politik dikandung
badan dengan harapan Mahathir tidak gugurkan mereka dari kedudukan yang super
nyaman sebagai Menteri.
Dalam menjaga kedudukan masing-masing, baik Anwar mahupun
mereka yang anti Anwar, akan tunduk pada Mahathir yang menjadi bos mereka.
Buat sementara waktu, Anwar menari menurut hasrat Mahathir.
Dia ingin menunjukkan kepada Mahathir, bahawa dia adalah sang setia nombor
wahid seperti Laksamana dalam hikayat Hindu Seri Rama.
Dia melakukan apa saja untuk menjamin Mahathir tidak
difitnah oleh puak-puak lain untuk menjatuhkannya. Risiko politik besar sekali.
Anwar tidak boleh silap langkah yang boleh membawa akibat buruk pada diri dan
masa depan politiknya.
Dia banyak musuh. Seperti buaya lapar, musuh-musuhnya hanya
menunggu waktu untuk menyingkirkannya dari kedudukannya yang penting sebagai
orang nombor dua kepada Perdana Menteri.
Dia tidak ada banyak masa untuk menunggu lama-lama, takut
jawatan pentingnya dikebas orang. Dia harus fokus pada matlamat perjuangannya.
Dia harus bijak bermain politik. Kata perumpamaan Melayu, “Pukul ular, ular
biar mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk.”
Silat dan kuntau dalam mainan politik memerlukan kesabaran,
kebijaksanaan, kerakusan dan kalau perlu kezaliman. Dalam politik semua boleh
jadi. Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.
Anwar sedar, sekiranya Mahathir tetap sayang padanya dan
mahu dia menjadi pengganti sebagai Perdana Menteri, tidak siapa pun yang berani
menyingkirkannya dari kepimpinan parti. Walaupun dia tidak bersetuju dengan
Mahathir dalam beberapa perkara, namun dia tetap memperlihatkan sokongan penuh
kepada bosnya.
Kalau Mahathir menjadi Seri Rama, biarlah dia menjadi
Laksamana sang setia yang tidak berbelah bagi. Dalam masa angguk-mengangguk
dengan Mahathir, dia terus menerus meletakkan juak-juaknya dalam semua bahagian
UMNO, kerajaan dan berbagai badan berkanun. Boleh dikatakan para penyokongnya
secara aktif dan pasif terdapat dalam berbagai sektor, kerajaan dan bukan
kerajaan, berbagai NGO dan juga di kalangan generasi muda di berbagai kampus
universiti.
Ada orang berkata, Anwar hendak “abimkan” UMNO. Banyak
rakan-rakan Anwar dalam ABIM diberi kedudukan dalam parti, kerajaan dan badan
berkanun.
Memandangkan Anwar seorang pejuang Islam yang kini mendapat
kedudukan tinggi dan menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri, maka banyak
pihak menafsirkan Anwar hendak melakukan reformasi dalam UMNO, dengan meluaskan
jaringan ABIM di berbagai peringkat dalam parti.
Kononnya dia akan berusaha supaya UMNO dan PAS akan
bergabung tenaga sebagai parti politik Melayu Islam yang super hebat dan super
kuat di tanah air.
Perlulah diingat sahabat-sahabat Anwar dalam ABIM juga
menyusur masuk ke dalam pimpinan PAS. Menurut beberapa pemimpin UMNO veteran,
mereka yang tidak sehaluan dengan citarasa politiknya akan disingkir dari
kepimpinan UMNO. Dengan kata lain, Anwar akan memilih mereka yang sehaluan
dengannya untuk menerajui parti.
Ini bermakna, mereka yang menari menurut rentak tengo Anwar
akan menguasai UMNO kelak kalau ditakdirkan Allah dia menjadi Perdana Menteri
merangkap Presiden UMNO.
Kalau dulu dia banyak mengecam kepimpinan UMNO yang
dikatakan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan gila kuasa, tidak bermoral,
mengamalkan kronisme, ampuisme dan nepotisme, maka apakah Anwar Ibrahim
kelahiran Cheruk Tok Kun dari Seberang Perai, menjadi pemimpin UMNO yang super
bersih, lebih bersih dari sabun feb?
Kalau UMNO dikatakan parti politik yang dipimpin oleh
manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab, mengapakah ia terus diberi mandat
oleh rakyat untuk memerintah negara sejak merdeka hingga sekarang? Apakah Anwar
sendiri sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO, berjaya melakukan reformasi
seperti yang dimimpikannya?
Tanya pada Anwar, mengapakah dia menerima pelawaan
menyertai UMNO sekiranya dia sungguh-sungguh membenci UMNO? Dia pernah menjadi
“siswa yang tak dipinta” di “Universiti Kamunting” selama dua tahun kerana
berjuang untuk membela rakyat lapar di Baling dan ingin mengubah senario
politik tanah air.
Mengapa dia tidak menyambung perjuangan yang super suci
sebagai pembela rakyat melalui NGO seperti ABIM yang dipimpinnya? Mengapakah
dia tidak menyertai PAS untuk menentang berbagai kemungkaran yang dilakukan
para pemimpin UMNO? Mengapa dia menyertai UMNO dengan senyuman meleret, dada
terbuka?
Mengapa dia memilih UMNO dengan segala sorak-sorai,
renjisan air mawar, dikalung bunga malai dengan tiupan nafiri dan pukulan tabla
segala? Apakah yang ada pada UMNO yang tidak ada pada dirinya? Ada deh. Dia dan
kabilahnya marhaban ya marhaban, bila Mahathir menjadikan Anwar sebagai Menteri
Kabinet dengan mudah tanpa perlu menjerit membela rakyat miskin yang makan ubi
gajah lagi.
Kata mereka yang mengikuti liku-liku sejarah hidupnya
Anwar, seperti ular menukar kulit bila disintuk limau sebagai Menteri Kabinet
dengan mimpi untuk menjadi bakal Perdana Menteri.
Hanya melalui UMNO Anwar boleh mempercepatkan khayalan dan
mimpinya sebagai bakal Perdana Menteri menjadi realiti. Waktu menjadi pemimpin
pelajar, dia benci UMNO. Bila direnjis air mawar sebagai Menteri, maka kebencian
menjadi percintaan yang memabukkan untuk sementara waktu sebelum dia mencapai
cita-cita nafsu besarnya untuk menjadi bakal Perdana Menteri selepas Mahathir.
Kuasa adalah inti mainan politik. Sebagai pembangkang,
Anwar hanya boleh menjerit dan melolong, namun kera di hutan pun tidak panik
dengan jeritan slogan sebagai mantera politiknya.
PAS dan DAP sudah lama berjuang sebagai pembangkang dan
sehingga sekarang tidak mampu menumbangkan kerajaan UMNO / BN.
Justeru itu, dia mesti menjadi ahli UMNO untuk merealisasikan
agenda politiknya yang terpendam. Justeru itu, dia terhutang budi pada Tengku
Razaleigh Hamzah yang menyakinkan Mahathir bahawa Anwar boleh membantu UMNO
untuk menentang pengaruh PAS.
Secara tidak langsung, Mahathir mengakui Anwar besar pengaruhnya
di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda kerana pendekatannya sebagai
pejuang Islam. Pada waktu itu, Mahathir lebih bimbang terhadap gugatan PAS yang
kian merebak sampai ke kampus-kampus.
Sebagai pejuang Islam, bekas tahanan Kamunting, dengan
jaringan hubungannya dengan berbagai pemimpin negara-negara asing, Anwar boleh
membantu kerajaan memperkukuhkan lagi kekuasaan dan kepimpinan UMNO. Ini
pandangan Mahathir.
Anwar mengangguk dan tersenyum girang bila dia dijulang
sebagai pemimpin muda yang berjiwa Islam untuk menangkis serangan PAS dan
membela UMNO dalam apa saja keadaan.
Kata peribahasa Inggeris, “make hay while the sun shines”
(jadikan rumput kering waktu matahari masih panas) dan “strike when the iron is
hot” (pukul besi waktu ia masih panas). Inilah masa dan ketika yang paling baik
bagi Anwar membuat cell-cellnya dalam berbagai bidang kehidupan rakyat dan juga
kerajaan dan pihak swasta.
Masa berbulan madu dalam politik perlu dimanfaatkan
sebaik-baiknya supaya tidak ketara bahawa dia dan juak-juaknya sedang merancang
untuk mendapat sokongan rakyat, ahli-ahli UMNO khasnya, sebagai persediaan
menghadapi cabaran terhadap Mahathir.
Seperti orang tidur disarung bantal, Anwar tidak lepas
peluang untuk merancang strategi politiknya. Apa yang diidam-idamkan sewaktu
memimpin pergerakan pelajar dan ABIM akan menjadi kenyataan. Mimpinya untuk
bersemayam di Putrajaya sebagai Perdana Menteri semakin cerah, cerahnya seperti
bulan purnama.
Dia sedar, hanya melalui UMNO dia boleh mencapai cita-cita
yang terpendam. Bukan melalui PAS yang akan kekal sebagai pembangkang. Dia
harus bersikap tolenrasi dengan PAS kerana ada sahabat-sahabat karibnya dalam
parti itu yang boleh membantu melonjakkan dia sebagai bakal Perdana Menteri
kelak.
Malah PAS juga menjadi modal politiknya sekiranya
juak-juaknya menguasai parti itu dan mempengaruhi percaturan politik Melayu dan
Islam pada masa akan datang. Pada waktu itu DAP tidak termasuk dalam
perhitungannya sebagai alat politiknya, oleh kerana DAP dianggap sebagai parti
politik chauvinis Cina.
Kekuatan UMNO dan PAS ialah sokongan mutlak dari orang
Melayu. Untuk menjadi bakal Perdana Menteri, seseorang tokoh mesti mendapat
dukungan dari masyarakat Melayu. Tanpa sokongan Melayu, hanya mimpi yang
berlabuh di Sri Perdana dan Putrajaya.
Sejak merdeka hingga ke hari ini, malah 50 tahun akan
datang, politik Malaysia masih berteraskan politik perkauman. Orang Melayu
sebagai pribumi tidak akan merelakan kuasa politik tanah air berpindah kepada
kaum-kaum lain.
Bukan Melayu boleh berkongsi kuasa dengan orang Melayu
selagi kedudukan dan kuasa politik Melayu tidak tergugat. Politik akomodasi
dengan bukan Melayu sejak merdeka hingga sekarang mestilah berdasarkan hasrat
keramat Perlembagaan Negara.
Setiap warganegara, tidak kira bangsa, agama, adat dan
kebudayaan, mesti patuh dan terima segala aspek dari Perlembagaan Negara
tersebut. Seperti kata peribahasa Melayu, “di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung’, “masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.”
Dari segi strategi politik, Anwar nampak bijak. Retorikanya
yang berbunga janji ditabur mengikut selera para pendengarnya. Seperti penjual
ubat kuat di Lorong Haji Taib, Anwar melontarkan berbagai janji tentang gagasan
fikirannya untuk mengkhayalkan mereka yang mendengar, seolah-olah dia boleh
menjadi Perdana Menteri terbaik sekiranya mereka menyokong kepimpinannya.
Kebanyakan para pendengar terpengaruh dengan gagasan
ideanya yang disampaikan dalam pidato yang penuh dramatic. Ceramah-ceramah
Anwar mendapat sambutan hebat oleh berbagai golongan masyarakat bukan Melayu.
Karismanya sebagai pemimpin, ucapannya yang dramatik
menjadi mantera politik yang menyebabkan dia terserlah sebagai pemimpin dari
kebanyakan pemimpin-pemimpin politik yang lain. Oleh kerana terpengaruh dengan
pidato Anwar, banyak yang menganggap dia layak menjadi bakal Perdana Menteri.
Ucapannya yang berapi-api menjadi mantera politik, tangkal azimat untuk
meruntun sokongan dari mereka yang tidak mengenalinya dari dekat.
Dia memperkenalkan “masyarakat madani” sebagai wadah
perjuangan politiknya yang lebih merupakan sebagai penciptaan masyarakat majmuk
Malaysia yang utopia. Dia melontarkan idea keadilan, hak asasi manusia,
demokrasi, ketelusan, anti kezaliman, percambahan agama sebagai pembangunan
spiritual masyarakat majmuk.
Dalam bukunya, “Asian Renaissance” (Kebangkitan Gelombang Asia),
menonjolkan gagasan masyarakat madani sebagai suatu aspek dari riadah
intelektual (intellectual exercise) Anwar Ibrahim yang cuba meraih sokongan
dari kalangan intelektual dan inteligensia di Malaysia dan di peringkat
antarabangsa.
Menurut Datuk Jaafar Rahim, yang menterjemahkan buku ini,
dia dijanjikan untuk mendapat upah yang setimpal dengan kerjanya.
Kata Jaafar Rahim, “Haram sekupang pun aku tak dapat. Anwar
mungkir janji.”
Dia ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa dia dapat
menyesuaikan diri dan fikiran untuk semua golongan. Dia ingin mendekati petani,
nelayan, buruh dengan menyanyikan lagu politik untuk mereka.
Di kalangan mahasiswa dan golongan profesional, Anwar
memakai topeng intelektual dengan memagut kata-kata falsafah dari berbagai
sumber untuk “memenderamkan” mereka bahawa dia mempunyai darjat intelektualisme
yang super hebat, sesuai dengan mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri.
Di kalangan ulama dan para ustaz dan ustazah, dia bercakap
tentang agama dan tidak melepas peluang menjadi imam, memberi khutbah
sembahyang Jumaat.
Di kalangan kaum wanita, ada pula tali pengikat dalam
ucapannya untuk menambah para penyokongnya.
Pendek kata, Anwar boleh menyesuaikan diri dan jiwanya
dalam berbagai golongan masyarakat dan bangsa. Ibaratkan drama dia, Anwar
Ibrahim boleh berlakon berbagai watak, baik sebagai hero mahu pun sebagai ketua
kruk…
Anwar bukan sebarang pelakon. Dia ada agenda yang
tersembunyi. UMNO telah membuka peluang untuk dia merealisasikan agenda yang terpendam.
Dia sudah menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam, menjadi imam, pembaca
khutbah, sebagai pendukung demokrasi, anti kronisme, anti nepotisme, anti
feudal, seorang pencinta ketelusan, pro Barat, pro Arab, pro perdamaian. Semua
dilondehkannya sebagai peragaan diri dan personalitinya.
Dia juga memperlihatkan kebijaksanaannya berpidato yang
boleh membara semangat para pendengarnya. Dia ada karisma, dia dianggap
handsome oleh setengah pihak dan dia ada gaya serta intelek yang dapat menarik
perhatian orang ramai.
Semua dia dedahkan tentang dirinya. Hanya satu. Hanya satu
inilah yang membimbangkannya sejak dia menyertai Kabinet Mahathir, ini yang
menghantui dia dari dulu hingga sekarang dan sampai habis hayatnya.
Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, Pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011
Kesimpulan: Jika anda mahu tahu kelemahan dan kehidupan
belakang tabir Anwar, tanyalah kepada Yahya Ismail, Ummi Hafilda, Ezam Mohd
Noor, Azmin Ali, Nalla Karupan dan banyak lagi. Dan yang paling banyak tahu
ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Dato' Seri Wan Azizah binti Ismail. Ada
yang telah meninggal dunia seperti Karpal Singh
dan Khalid Jeffri.
Mungkin individu seperti Ummi Hafilda itu tiada apa-apa
nilai dalam msyarakat, tetapi keberaniannya mendedahkan salahlaku Anwar di
khalayak ramai, dan tidak pernah dicabar adalah sesuatu yang menghairankan.
Terlalu banyak cerita tentang latar belakang dan belakang tabir Anwar dan keluarga Anwar tapi aku tidak berhasrat untuk memaparkan di sini kerana tidak mempunyai sumber yang sahih. Kecuali jika pernah diterbitkan dalam mana-mana buku (contohnya tulisan Yahya Ismail) yang boleh dijadikan bahan bukti. Walaupun tulisan dalam pelbagai blog boleh dipercayai (kerana tidak dicabar), rasanya tidak perlu untuk menggali sedalam itu. Lagi satu, jika perkara yang ditulis itu tidak betul, sudah tentu ada pihak seperti ahli keluarganya akan mengambil tindakan undang-undang (seperti saman di mahkamah) kerana Anwar bukan tidak pernah menyaman mana-mana individu atau agensi sebelum ini.
SOALAN KE 2
(1) Siapa Anwar
sebenarnya?
(2) Muktamadkah
keputusan Anwar PM ke 8?
(3) Benarkah Anwar
layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4) Apakah kesan jika
Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8
SELAGI ALLAH WUJUD DAN SESUATU PERKARA ITU BERLAKU, MAKA APA SAHAJA PERANCANGAN YANG DIBUAT OLEH MANUSIA ITU BELUM PASTI. IANYA AKAN HANYA SAHIH APABILA NAMA ANWAR IBRAHIM TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN ANWAR IBRAHIM MENGANGKAT SUMPAH DI HADAPAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG. (1) Adakah apabila sampai tempoh 2 tahun (tempoh Tun Mahathir menjadi PM ke 7 yang diperkatakan selama ini), secara serentak Tun M dan DS Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatan secara serentak dan Anwar yang tiada dalam Kabinet terus mengambil-alih kuasa sebagai PM? Sesuaikah peralihan kuasa sebegitu? (2) Bagaimana kalau Tun Mahathir meninggal dunia sebelum peralihan kuasa? Adakah TPM akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada Anwar? Tidak mungkin Anwar terus menjadi PM dan DS Wan Azizah kekal sebagai TPM sehingga Anwar membuat rombakan kabinet. (3) Setelah berjuang menjadi pendinding keaiban Anwar, menjadi galang ganti perjuangan, diperkuda oleh Anwar untuk mencapai cita-citanya, adakah DS Wan Azizah sudah puas hati dapat menikmati kedudukan sebagai TPM hanya dua tahun? Akan berdiam dirikah kaum wanita apabila WAn Azizah begitu mudah memberi laluan kepada Anwar hanya kerana dia anugerah Allah? (4) Bagaimana kalau Majlis Raja-Raja menasihati YDP Agong untuk tidak menerima Anwar sebagai PM ke 8? Testimonial yang terkandung dalam beberapa video di Tajuk M 162 adalah berkaitan.
Petikan berita di bawah ini boleh menggambarkan keadaan tempoh peralihan kuasa untuk PM ke 8:
PM 2 Tahun Sahaja – Satu Hari Pun Tidak Boleh Lebih
MT Webmaster On Sep 16, 2018
Timmy Say, Free Malaysia Today
Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun rakyat yang inginkan
beliau untuk menjadi perdana menteri melebihi 2 tahun akan lenyap setelah Datuk
Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Port Dickson kelak.
Ini dipercayai antara matlamat utama Langkah Port Dickson
(PD) yang dilancarkan Rafizi Ramli dan disokong penuh oleh Anwar tanpa melalui
mesyuarat biro politik PKR.
Ini juga selari dengan kenyatan Rafizi dalam kempen menjadi
timbalan presiden PKR bahawa tugasnya adalah untuk memastikan Anwar menjadi
perdana menteri.
Populariti Dr Mahathir menjadi satu kegusaran bagi pihak
yang tidak mahu melihatnya memerintah melebihi 2 tahun. Dalam banyak janji
manifesto yang tidak ditunaikan Pakatan Harapan, ada pihak sedang mendesak Dr
Mahathir supaya menunaikan janjinya untuk hanya memegang jawatan perdana
menteri selama 2 tahun.
Apa tidaknya? Pada 9 Jun yang lalu, Dr Mahathir pernah
bertukar nada mengenai tempoh 2 tahun itu. Beliau berkata tempoh beliau
menjawat jawatan perdana menteri tidak semestinya berakhir dalam tempoh
tersebut.
”Ia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh
jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat. Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan
negara, ekonomi negara, menjadi sebuah negara yang berupaya,” tegasnya.
Pendek kata, Langkah PD ini adalah satu mesej tidak
langsung kepada Dr Mahathir: “Dua tahun ialah 2 tahun. Satu hari pun tak boleh
lebih.”
Matlamat kedua Langkah PD ialah inisiatif Rafizi untuk
mendedahkan sosok yang dimaksudkanya sebagai pembelot Anwar dalam PKR dan juga
Pakatan Harapan sebagai modal untuk membantu kempennya menjadi timbalan
presiden parti itu.
Sesiapa yang mempertikaikan Langkah PD dalam kalangan PKR
akan dicop sebagai suspek utama pembelot Anwar meskipun langkah ini dilakukan
tanpa mengikut protokol mesyuarat PKR.
Keputusan Langkah PD hanyalah dibuat oleh beberapa orang,
sama seperti Langkah Kajang yang akhirnya memusnahkan Pakatan Rakyat.
Prinsipnya, boleh belakangkan parti, tetapi sama sekali tidak boleh belakangkan
Anwar.
Sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati terhadap Langkah
PD ini, termasuklah bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreevenasan dan peguam
Siti Kasim yang menyeru rakyat supaya menyokong pembangkang dalam pilihan raya
kecil yang akan diadakan kali ini.
Antara pimpinan PKR yang bersuara lantang terhadap Langkah
PD ini ialah Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden Tian Chua.
Menteri Besar Selangor juga memberikan ingatan bahawa PD bukanlah kawasan yang
selamat bagi Anwar. Ketiga-tiga mereka adalah daripada kem Timbalan Presiden
Datuk Seri Azmin Ali.
Azmin pula mengambil langkah berhati-hati dengan sekadar
bernada memberi nasihat bahawa pandangan pimpinan PKR lain juga perlu dihormati
sebelum Langkah PD diputuskan.
Untuk mengelak jerat Rafizi, Azmin menggesa PKR memberikan
fokus membantu Anwar memenangi kerusi Port Dickson, meskipun setakat ini Anwar
tidak tampil menafikan dakwaan Rafizi bahawa Azmin meminta beliau untuk tidak
bertanding presiden PKR sebelum itu.
Situasi ini juga menyebabkan penafian Anwar terhadap audio
mirip beliau yang membelasah Azmin sebagai penyokong Dr Mahathir semakin sukar
dipercayai.
DAP dan Amanah hanya mula bersuara menyokong Langkah PD
setelah 3 hari langkah itu diumumkan. Ini menunjukkan betapa “relanya” hati
mereka menyokong Langkah PD, daripada termasuk dalam jerat yang dipasang
Rafizi.
Situasi manakah yang akan menguntungkan Pakatan Harapan –
kemenangan Anwar atau kekalahan beliau?
Bayangkan kalau Anwar menang di PD dan Rafizi menang
sebagai timbalan presiden PKR, Amanah dan DAP akan beralih sokongan kepada
siapa dan siapa pula yang bakal hilang sokongan serta kuasa dan apakah tindakan
mereka?
Sekiranya kedua-duanya tewas, segala-galanya hanyalah
status quo.
Apakah mereka yang terpaksa menyokong Langkah PD Anwar dan
Rafizi hari ini demi menjaga keutuhan Pakatan Harapan seketika ini akan
kehilangan segalanya apabila Anwar menjadi PM?
Mari kita tunggu percaturan politik seterusnya oleh mereka
yang amat menyayangi status, kuasa dan duit sehingga sanggup mengorbankan
segalan-galaya bagi mempertahankan apa-apa yang ada serta habuan di depan mata.
Dr M: Kalau Anwar izin, saya 2 tahun setengah jadi PM
Koh Jun Lin
Diterbitkan 2018-11-03 21:01:21+08:00
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamas
berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan
jawatan perdana menteri kepada pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas
tempoh dua tahun mentadbir negara.
Hal ini meskipun terdapat desakan daripada akar umbi
BERSATU supaya beliau kekal sebagai perdana menteri.
"Saya berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang
janji saya. Adakah anda ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji
saya. Saya satu-satunya 'diktator' yang meletakkan jawatan," beliau
memberitahu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Perdana menteri ditanya BERSATU bahagian Setiawangsa yang
meluluskan usul sebulat suara agar beliau memegang jawatan itu untuk penggal
penuh selama lima tahun.
Usul itu dicadangkan setiausaha politik Mahathir, Zahid
Mohd Arip.
Ketika ditanya jika terdapat persetujuan baru pada
mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN hari ini supaya beliau hanya menjadi perdana
menteri selama dua tahun, Mahathir berkata tiada hal sebegitu yang diputuskan.
"Tak ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau…
tak tahu lah, kalau dia (Anwar) bagi izin dua tahun setengahlah," katanya
berseloroh sambil melirik ke arah Anwar yang mengundang tawa hadirin.
https://www.malaysiakini.com/news/450391
Mungkin 2 atau 3 tahun - Tun M
Wan Faizal Ismayatim dan Suhaila Shahrul Annuar
bhnews@bh.com.my
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan
meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua atau tiga tahun,
walaupun ada pihak mahu beliau kekal sehingga habis penggal Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14).Perdana Menteri berkata, sesiapa sahaja berhak memberi
pendapat supaya beliau kekal menjadi Perdana Menteri, namun beliau tetap
berpegang kepada janji.
“Saya telah berjanji akan letak jawatan bila saya dapati
situasi negara berada dalam keadaan baik dan ia boleh diteruskan (oleh
pengganti) selepas itu.
“Mungkin dua atau tiga tahun (kekal sebagai Perdana
Menteri),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Persidangan
Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa di sini, hari ini.
Ditanya sama ada keputusan meletakkan jawatan adalah
muktamad atau boleh dipertimbangkan semula, Perdana Menteri menjawab soalan itu
secara berseloroh.
“Kecuali ada orang tolak saya ke satu sudut dan hala
senapang ke kepala dan suruh saya kekal sampai habis penggal, jadi saya akan
teruskan, (tetapi) saya akan tunaikan janji,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk Menteri
Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu beliau terus kekal
sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata,
kepemimpinan Dr Mahathir diperlukan untuk menjamin kestabilan, kesinambungan
dan ketuntasan dasar kerajaan bagi merangsang pelaburan, mencipta peluang
pekerjaan serta kekayaan untuk semua.
Beliau juga yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan
dasar dan kebijakan negara termasuk konsep ‘shared prosperity’ yang bakal
mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia.
Semalam, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor mahu Dr Mahathir Mohamad berkhidmat
sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal PRU-14.
Mereka ialah ADUN Selat Kelang, Abdul Rashid Asari;
Sallehudin Amiruddin (Kuang); Mohd Shaid Rosli (Jeram); Harumaini Omar (Batang
Kali) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil).
Sallehudin dilaporkan berkata, semua pihak patut menyokong
usaha Dr Mahathir memulihkan ekonomi negara dan tidak wajar didesak untuk
menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Tempoh Tun Mahathir sandang jawatan PM tidak pernah
dibincangkan - Saifuddin
Astro Awani
Diterbitkan pada Januari 01, 2019 17:05 MYT
KUANTAN: Tempoh masa bagi jawatan Perdana Menteri yang kini
disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah dibincangkan dalam
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah
berkata, PH itu hanya mempunyai keputusan dan persetujuan bahawa selepas Tun Dr
Mahathir, jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
"PH tidak pernah membincangkan tempoh sama ada dua,
tiga tahun dan sebagainya untuk Tun Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana
Menteri. Apa yang dipersetujui adalah selepas beliau, Anwar akan mengambil
alih.
"Ini kerana, PH yakin, Tun Dr Mahathir dan Anwar
saling memahami antara satu sama lain serta mereka adalah dua tokoh besar.
Kedua-dua mereka dapat menentukan waktu terbaik bagi penggantian dan
sebagainya," katanya.
BACA: Kekalkan Tun M jadi PM sepenggal cadangan yang baik -
Mukhriz
BACA: Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada
saya - Tun Mahathir
Beliau berkata demikian pada selepas mengadakan lawatan
sempena sesi persekolahan baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Astana,
Kuantan, Pahang pada Selasa.
Sementara itu, Berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Cameron Highlands, Saifuddin berkata, Majlis Presiden PH akan bermesyuarat pada
4 Januari ini bagi menentukan parti yang akan bertanding pada PRK tersebut.
Namun, menurut Saifuddin, secara lazimnya PH akan memberi
laluan kepada parti yang bertanding sebelum ini di kerusi itu dan sehingga
kini, tiada permintaan parti-parti lain dalam gabungan untuk bertanding.
(3) Benarkah Anwar layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4) Apakah kesan jika Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8
Anwar tidak layak jadi PM: Abdul Hadi
MOHD AZLIM ZAINURY | | 2 Ogos 2019
MARANG - Pas menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim tidak layak diangkat untuk menjadi Perdana Menteri kerana sikapnya
sendiri.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebab
itulah PAS mahu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal memikul
tanggungjawab dengan melaksanakan tugasnya.
"Macam saya sebutlah (sebelum ini) tukar Perdana
Menteri bukan macam tukar kasut.
"Hendak berubah dengan senang-senang begitu sahaja
mesti ada prosesnya yang betul," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
pendirian parti itu yang secara berterusan dilihat mahu Dr Mahathir terus kekal
sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Ahli Parlimen Marang itu berpendapat, adalah lebih baik
sekiranya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu terus melaksanakan tugas
sebagai Perdana Menteri sehingga selesai.
"Mestilah Perdana Menteri yang melaksanakan tugas itu
melaksanakan tugasnya dahulu. Ini belum habis tugas hendak ambil, rebut tugas
cepat sangat.
"Sepatutnya kita jangan begitu dan Pas menjadi
pembangkang yang menasihat. Apa lagi dalam hal berlaku hari ini," katanya.
Beliau berpandangan bahawa pemimpin PKR terbabit dilihat
gagal menguruskan partinya sendiri sekali gus tidak akan mampu untuk menyelesaikan
masalah yang sedang membelenggu rakyat.
"Tak boleh nak urus parti sendiri. Masalah bukan
berkait dengan rakyat (tetapi) berkait dengan peribadi. Kalau bahas hal
peribadi macam mana hendak urus masalah rakyat," katanya.
Sehubungan itu, parti itu tidak mahu membazirkan masa dalam
isu peralihan kuasa dalam kerajaan PH tambahan ia hanya menyajikan masalah
peribadi dalam kalangan pemimpin parti terbabit.
"Kita juga tidak mahu individu yang menentukan siapa
yang menjadi Perdana Menteri sebaliknya kita mahu siapa yang rakyat pilih,
siapa yang berhak (yang) dapat melaksanakan tugas dengan betul.
"Menyatakan orang ini atau orang itu lebih awal itu
bukan sifat Islam. Melantik diri sendiri, menonjolkan diri sendiri itu bukan
ajaran Islam. Itu lari dalam konsep Islam dalam politik," katanya.
Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/41152/BERITA/Politik/Anwar-tidak-layak-jadi-PM-Abdul-Hadi
Berikut adalah 10 senarai pemimpin PKR yang dulu penyokong
setia Anwar dan kini beralih arah:
1. AZMIN Ali. Siapa dia ini? Dia Timbalan Presiden PKR.
Selama 40 tahun dia kata Anwar Ibrahim adalah bakal PM. Bila sudah dekat, dia
kata (Anwar) tak layak.
2. Zuraida Kamarudin. Siapa dia ini? Naib Presiden PKR,
bukannya UMNO atau PAS. 20 tahun dia kata Anwar sepatutnya PM. Tapi 14 bulan ni
dah kata Anwar tak layak pula.
3. Amirudin Shari. Dia MB selangor. Dia ni siapa? Sepupu
Khir Toyo ke? Bukan. Dia ni MPT PKR. Tapi bagitahu Anwar tak layak sebab Anwar
ada masalah moral dan jahat.
4. Khalid Jaafar. Siapa dia ni. Dia setiausaha akhbar
ketika Anwar jadi TPM. Buat kerja untuk Anwar dari muda supaya Anwar jadi PM.
Pernah jadi pengarah Institut Kajian Dasar dan dan pegang banyak jawatan dalam
PKR. Sekarang kata Anwar tak layak dan patut berhenti dari politik. Dia kata
Anwar adalah banduan dan peliwat.
5. Kamaruddin Jaafar. Siapa dia ni? Sahabat Anwar. Masa
Anwar jadi TPM. Dia pun pengarah IKD dan banyak dapat projek beratus juta dari
Anwar. Jadi rakan kongsi Vincent Tan. Walaupun jagi Setiausaha Agung ABIM di
zaman Anwar tapi sangat penting diri sendiri. Walaupun dia tau BERJAYA itu
syarikat judi tapi tetap bersedia jadi rakan kongsi. Sama taraf Tengku Adnan.
Masuk PAS, jadi Setiausaha Agung PAS. Keluar PAS masuk PKR dan diberi tempat.
Sekarang dah kata Anwar tak layak jadi PM kerana sebenarnya tuduhan terhadap
Anwar itu betul.
6. Sarifuddin Abdullah.Masa Anwar dipecat, dia tak pernah
bersama Anwar. Dia hanya bersama Anwar ketika Anwar jadi TPM. Bila kalah di
Temerloh, kalah semua jawatan dalam UMNO, dah tak ada tempat dalam UMNO barulah
masuk PKR. Dapat jadi menteri. Tapi sekarang kata Anwar tak layak jadi PM.
Anwar tak pernah mampu mengalahkan Tun Mahathir. Jadi rugi ikut Anwar.
7. Sivarasa Rasiah. Siapa dia ini? Seorang peguam Anwar
selama bertahun-tahun. Berjuang untuk bebaskan Anwar. Tapi bila dah dekat nak
jadi PM boleh pula dia kata Anwar tak layak. Azmin lebih layak.
8. Tian Chua sanggup kena tahan di ISA dan kena macam macam
dengan polis. Diangkat jadi pemimpin politik oleh PKR. Sekarang boleh kata
Anwar tak layak jadi PM.
9. Ketua Wanita PKR. Haliza dan Dorayah berjuang lama dalam
PKR. Bila dah dekat sangat, boleh kata Anwar sepatutnya berhenti.
10. Mansor Othman. Siapa dia ini? Bekas setiausaha politik
Anwar masa jadi TPM. Berjuang dari dalam UMNO sampai ke PKR. Jadi timbalan
ketua menteri dan sekarang ahli Parlimen. Berkerja keras dan setia dengan Anwar
tapi bila dah dekat tiba tiba tak sokong Anwar. Dan sebut dengan jelas
sebenarnya Anwar tak layak.
Cukup sekadar saya nama kan 10 orang. Walaupun ada beratus
tokoh PKR lagi tidak bersama Anwar.
Peliknya berpuluh tahun berjuang untuk Anwar dan menafikan
Anwar ada masalah moral dan peliwat.
Tiba-tiba tak sokong Anwar kerana Anwar ada masalah moral
dan memang peliwat.
Tapi lebih kelakar dan gila sebab mereka sokong Azmin jadi
PM. Kononnya Azmin teraniaya dan tidak ada masalah moral
Apakah mereka ini buta atau nak jaga jawatan masing-masing?
Mereka tahu jika Anwar jadi PM, tiada lagi tempat untuk
mereka.
Tapi apa yang saya nak sebut untuk UMNO dan PAS, siapa pun
PM, kita lawan tanpa belas kasihan! – 28 Julai 2019.
HAMDAN TAHA,
Bekas ahli PKR dan penganalisis politik.
*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak
semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*
50 dalil kenapa anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri
Blog ini menerima emel dari pembaca supaya menyiarkan
semula 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri….walaupun
sudah hampir 10 tahun dalil ini dikeluarkan…tetapi rata-rata pengundi golongan
muda pada hari ini sudah lupa mengenai dalil2 ini. Walaupun tidak dinafikan
terdapat beberapa dalil yang agak meragukan..blog ini hanya menyiarkan semula
50 dalil kenapa anwar ibrahim tidak boleh menjadi perdana menteri malaysia oleh
saudara Khalid Jafri..
Dari pendedahan surat Ummi Hafilda kepada Tun Mahathir dan buku tulisan allahyarham Khalid Jafri inilah bermulanya agenda kejatuhan Anwar yang berakhir dengan pemecatannya dari UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan seterusnya dipenjarakan Semua video dan keratan akhbar yang ada merupakan dokumen hidup (living document) yang telah menjadi sebahagian dari sejarah yang tidak boleh dipadamkan.
SOALAN KE 4
(1) Siapa Anwar
sebenarnya?
(2) Muktamadkah
keputusan Anwar PM ke 8?
(3) Benarkah Anwar
layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4) Apakah kesan
jika Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8?
Apa yang mungkin berlaku sekiranya Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8? (1) UMNO (dan PAS) sememangnya amat gembira jika Anwar dilantik menjadi PM kerana Anwar akan menajdi liabiliti yang besar dan berat kepada PH, khususnya PPBM. Undi tidak percaya dari BN/GPS/PAS. Pilihan kedua BN/GPS/PAS memboikot Parlimen dan mendesak supaya diadakan PRU semula- mungkin mereka akan mengadap YDP Agong untuk merayu supaya tidak menerima perlantikan Anwar. (2) Serangan politik oleh Pembangkang terhadap sejarah buruk Anwar. Kepimpinan PPBM (khususnya bekas ahli UMNO) menghadapi kesukaran untuk menerima Anwar yang pastinya akan dibela oleh DAP. PKR dilihat akan berpecah kerana pengikut Azmin akan terpinggir. Ada juga kemungkinan sebahagian pengikut PKR, PPBM akan mengundurkan diri. (3) Ada juga kemungkinan GPS akan bergabung semula dengan BN dan PAS. Ini kan membuatkan menjadikan pembangkang lebih kuat untuk menekan Kerajaan PH. Gabungan atau kerjasama ini mungkin akan disertai oleh pembangkang di Sabah. (4) Sekiranya Anwar mengenepikan Kumpulan Azmin (PKR) dalam Kabinet PH, pastinya mereka akan keluar dari PKR untuk menyertai pembangkang atau menjadi ahli BEBAS atau menyertai PPBM. Kumpulan ini akan berusaha menjatuhkan Anwar melalui apa cara sekalipun termasuk membawa semula kes-kes lama Anwar. Sebahagian dari mereka adalah kalangan yang mengetahui apa ada dalam dan luar pakaian Anwar. (5) Jika Tun Dr Mahathir (setelah meletak jawatan) mendapati Anwar tergelincir dari prinsip dan mengkhianati orang Melayu, pastinya Tun M akan bangkit semula untuk menjatuhkan Anwar. Ini tidak mustahil sama sekali. Tun pernah memecat dan menjahannamkan kerjaya politik Anwar pada tahun 1998, Tun M berjaya mendesak/memaksa Pak Lah sehingga meletak jawatan pada tahun 2009, Tun M juga berjaya menjatuhkan Najib bersekali dengan BN pada tahun 2018. Dengan modal dan bahan bukti yang ada, bukan sesuatu yang sukar dan sulit untuk Tun M menjatuhkan Anwar untuk kali yang kedua. Tun M mengenali siapa Anwar dan kehidupan Anwar di luar dan dalam kainnya. (6) Kumpulan yang paling gembira jika Anwar menjadi PM ialah DAP. Semua orang tahu, satu dunia tahu, apa yang DAP (khususnya keluarga Karpal Singh) tahu tentang Anwar di depan dan di belakang. DAP akan menggunakan sepenuhnya peluang keemasan (yang mungkin hanya boleh diguna sehingga PRU 15) untuk memanfaatkan jawatan Anwar.