Tuesday, February 3, 2015

MTA 031: PAHANG DARUL MAKMUR

PAHANG DARUL MAKMUR
NEGERI TERBESAR DI SEMENANJUNG


Pahang ada kenangan tersendiri dalam sejarah hidupku kerana aku pernah berkhidmat di TUDM Kuantan selama hampir 3 tahun (Okt 1983 hingga Jun 1986). Di negeri lahirnya pahlawan-pahlawan Melayu Tok Bahaman Orangkaya Semantan, Tok Gajah Imam Rasul dan Mat Kilau inilah aku memulakan kehidupan rumahtangga dengan isteriku yang tercinta. Sebagai pasangan muda yang baru belajar mengemudi pelayaran di semudera luas, banyak sekali dugaan dan cubaan yang telah ditempuhi dan alhamdulillah masih survive sehingga sekarang.

Di negeri ini juga seorang putera dan seorang puteriku (Muhammad Hafeez dan Nur Fairiz Fazeera) dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Pahang dan Johor adalah negeri yang bersaudara. Sultan Pahang yang pertama, Sultan Ahmad Shah adalah anak kepada Bendahara Tun Abdul Majid, Bendahara Johor. Pertalian keluarga DiRaja Johor-Pahang kekal rapat hingga sekarang. Sultan Pahang sekarang, KDYMM Sultan Abdullah Riayatuddin al Mustaffa Billah Shah beristerikan puteri kepada almarhum Sultan Iskandar Alhaj, Sultan Johor ke 4, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Dengan itu, Sultan pahang adalah adinda ipar kepada DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor sekarang.

Fakta Negeri Pahang:

Keluasan: 35,965 km persegi
Jumlah: 1,591,295 (2020)
Kepadatan: 44/km persegi
Ibu Negeri: Kuantan
Bandar DiRaja: Pekan


SEJARAH NEGERI PAHANG

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan Kesultanan Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang JawaMajapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu, sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan (LCS).

Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya.

Asal Usul Nama Negeri Pahang

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225, Chao Ju-ka telah mengarang sebuah buku bertajuk Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sg Tembeling.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu diSungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Zaman Pra-Sejarah

Penyelidikan telah dibuat oleh ahli kaji purba secara ilmiah di beberapa tempat di Negeri Pahang Darul Makmur iaitu di gua-gua batu, di gunung-gunung, di tempat berhampiran dengan sungai, di tanah perlombongan lama dan juga di tempat lapang. Jumpaan benda purba terdiri daripada batu, tembikar, gangsa dan besi kuno buatan orang zaman purbakala.

Tempat tersebut ialah di gua batu kapur seperti Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Jerantut; Gua Kecil, Raub; Gunung Senyum; Bukit Chintamanis, Karak; Sungai Lembing, Tersang, Kuala Lipis Sungai Selinsing Sungai Tui, Nyong, Teluk Lubuk Puai, Batu Pasir Garam, Bukit Jong dan Kg. Padi di persimpangan Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Antara benda purba yang dijumpai tertanam dalam tanah di negeri ini ialah barang dan perkakas yang dibuat daripada batu oleh orang zaman batu pertengahan (mesolithic). Barang-barang tersebut ialah kapak genggam, beliung dan pahat.

Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan yang mendiami Negeri Pahang Darul Makmur tinggal di gua batu dan gua-gua di gunung-ganang negeri ini dan mereka adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Rombongan Melayu Proto mendiami Semenanjung termasuk Pahang dan pulau-pulau Nusantara ialah dalam lingkungan 3,000 atau 2,000 sebelum Masehi.

Dari aspek pertanian, barang dan perkakas buatan orang zaman batu akhir yang telah dijumpai dalam tanah ialah benda yang berupa mata lembing, pisau, sabit, cangkul, tenggala dan lain-lain perkakas ganjil yang dibuat daripada besi zaman dahulu. Tempat yang dijumpai terutamanya di tepi Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai Jong tepi Sungai Lipis. Di Kampung Batu Pasir Garam di tepi Sungai Tembeling, dijumpai pecahan muka gendang zaman dahulu yang diperbuat daripada gangsa. Gendang gangsa ini digunakan oleh orang yang memakai kebudayaan gangsa.Dr. Linehan berpendapat gendang gangsa ini ditukangi di Indo Cina dan dibawa dari negeri Funan ke Ulu Tembeling antara kurun Masihi ketiga iaitu dibawa bersama-sama dengan perkakas dari besi kuno (tulang mawas).

Mengikut ahli kaji manusia dan ahli sejarah, orang Melayu pesisir (DeutroMalays) ialah nenek moyang orang Melayu yang tinggal di daerah pantai Semenanjung Tanah Melayu. Pendek kata pada zaman dahulu kala selain daripada orang asli iaitu orang Semang dan puaknya di Negeri Pahang Darul Makmur telah didiami oleh manusia yang disebut dalam ilmu sejarah sebagai manusia zaman batu pertengahan, zaman batu akhir atau permulaan zaman gangsa lagi.

Pemerintahan Negeri

Kesultanan Pahang bermula pada tahun 1470 apabila Raja Muda (bakal Sultan) Melaka yang bernama Raja Muhammad (putera Sultan Mansur Shah) yang dibuang ke Pahang kerana kesalahan membunuh Tun Besar, anak Bendahara Tun Perak. Baginda dirajakan di Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah di bawah jajahan Kesultanan Melaka. 
  • Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Mansur Shah (1470 - 1475) -Baginda mangkat dalam usia 25 tahun setelah memerintah hanya selama 5 tahun.
  • Sultan Abdul Jamil Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1475) - Turun takhta secara sukarela takhta kerana terlalu muda. Mangkat 1511.
  • Sultan Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Mansur Shah (1475 - 1497) - adinda almarhum Sultan Muhammad Shah. Turun takhta untuk merajakan cucu saudaranya dan kemudian mangkat pada tahun 1512.
  • Sultan Mansur Shah ibni Sultan Abdul Jamil Shah (1497 - 1519)
  • Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1519 - 1530)
  • Sultan Mudzaffar Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1530 - 1542) - mati dibunuh oleh Khoja Zainal.
  • Sultan Zainal Abidin Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1542 - 1555)
  • Sultan Mansur Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin Shah (marhum Shahid) (1555 - 1560) - baginda terbunuh dalam peperangan melawan pemberontakan.
  • Sultan Abdul Jamal Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin Shah (1560 -1590)- baginda mangkat dibunuh.
  • Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin Shah (1560 -1590) baginda juga mangkat dibunuh - terdapat kekeliruan kerana terdapat dua Sultan dalam satu masa. Kemungkinan kedua-dua beradik berlainan ibu ini diisytiharkan oleh pengikut masing-masing.
  • Sultan Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah (1590 - 1592)
  • Sultan Abdul Ghaffar Muhiauddin Shah ibni almarhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah (1592 - 1614)- baginda mangkat diracun oleh anakandanya sendiri, Raja Alauddin yang merampas kuasa.
  • Sultan Alauddin Riayat Shah ibni almarhum Sultan Abdul Ghaffar Muhiaddin Shah (1614 - 1615) - dikalahkan dan dihalau oleh Acheh.

Selepas kekalahan Sultan Alauddin Riayat Shah pada tahun 1615, Acheh telah melantik Sultan Abdul Jalil Riayat Shah, iaitu Sultan Johor sebagai Sultan yang memerintah Johor, Pahang dan Lingga. Pahang adalah merupakan sebahagian dari jajahan takluk Kesultanan Johor yang berasal dari keturunan Sultan Mahmud Shah, Melaka. Pemerintahan di Pahang diletakkan di bawah tanggungjawab Bendahara Pahang. Kesultanan ini memerintah lebih dari 200 tahun sehingga raja yang terakhir bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di julang dalam tahun 1699 tidak mempunyai waris.

Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka.

Kesultanan Pahang berkuasa penuh sehingga berlakunya campurtangan Inggeris pada tahun 1888 dan Sultan Pahang menerima seorang penasihat British, J.P. Rodger yang bergelar Residen.

Pahang kemudian menyertai Negeri Melayu Bersekutu bersama Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun 1896 sehinggalah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu (Federatuon of Malaya) pada tahun 1948 dan akhirnya mencapai kemerderkaan pada tahun 1957.

Senarai Bendahara yang memerintah Pahang di bawah Kesultanan Johor ialah:
  • Bendahara Sri Paduka Tun Abdul Majid bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah (1770 -1802)
  • Bendahara Sri Paduka Raja Tun Muhammad bin Tun Abdul Majid (1802 - 1803)
  • Bendahara Sri Paduka Raja Tun Koris bin Tun Abdul Majid (1803 - 1807)
  • Bendahara Sri paduka Raja Tun Ali bin Tun Koris (1807 - 1857)
  • Bendahara Sri Paduka Raja Tun Muhammad Tahir bin Tun Ali (1857 - 3 Mei 1863)
  • Bendahara Muda Tun koris bin Tun Muhammad Tahir (3 Mei 1863 - 3 Jun 1863)
  • Bendahara Sri Paduka Raja Tun Ahmad bin Tun Ali (10 Jun 1863 - 6 Ogos 1882) - mengisytiharkan diri sebagai Sultan pada 6 Ogos 1882 dengan gelaran Sultan Ahmad AlMuadzam Shah - bagindalah pengasas Kesultanan Pahang yang ada sekarang. 
Kesultanan Pahang yang diasaskan oleh Bendahara Tun Ahmad:
  • Sultan Ahmad al-Muadzam Shah ibni almarhum Bendahara Sri Paduka Raja Tun Ali (06 Ogos 1882 - 13 April 1909) - turun tahta (uzur) dan mangkat pada 29 Mei 1914
  • Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Ahmad al-Muadzam Shah (13 April 1909 - 19 Jun 1917)
  • Sultan Abdullah al-Mu'tasim Billah Shah ibni almarhum Sultan Ahmad al-Muadzam Shah (19 Jun 1917 - 23 Jun 1932)
  • Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah Al-Muktasim Billah Shah (23 Jun 1932 - 07 Mei 1974)
  • Tuanku Sultan Ahmad Shah al-Mustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah (07 Mei 1974 - 29 Mac 1979) - dilantik menjadi SPB Yang Di Pertuan Agong ke 7.
  • Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah (Pemangku Raja) (29 Mac 1979 - 26 April 1984) -apabila DYMM Sultan menjawat jawatan SPB Yang Di Pertuan Agong)
  • Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah (26 April 1984 hingga 11 Januari 2019). Baginda mangkat pada 22 Mei 2019.
  • Sultan Abdullah Riayatuddin al-Mustaffa Billah Shah ibni almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah (11 Januari 2019 - 31 Januari 2019) - dilantik menjadi SPB Yang Di Pertuan Agong ke 16.
  • Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah Shah.(Pemangku Raja) (31 Januari 2019 - 30 Januari 2024) - semasa ayahandanya DYMM Sultan Abdullah dilantik menjadi SPB Yang Di Pertuan Agong).
  • Sultan Abdullah Riayatuddin al-Mustaffa Billah Shah ibni almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah (31 Januari 2024 - kini)
Inggeris telah meluaskan kuasanya ke Negeri Pahang Darul Makmur, Residen pertama iaitu J.P.Rodger telah dilantik dalam bulan Oktober 1888. Perkara utama yang diberikan perhatian oleh Inggeris ialah menentukan tempat letaknya pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur. Tiga tahun kemudian iaitu dalam tahun 1891 pusat pentadbiran ini dipindahkan dari Pekan ke Lipis. Rancangan ini hanya untuk buat sementara sahaja tetapi rancangan yang dikatakan sementara itu telah memakan masa lebih dari 64 tahun kerana pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur hanyalah dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Cadangan untuk pemindahan pusat pentadbiran ini telah dibuat semenjak tahun 1901 lagi, tetapi keputusan muktamad untuk memindahkan pusat pentadbiran Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan diambil pada 2 Mac 1953; Bagi memilih tempat yang bersesuaian bagi pusat pentadbiran Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri telah memusatkan pandangannya kepada dua kawasan iaitu Temerloh / Mentakab dan Kuantan. Tetapi disebabkan bentuk mukabumi Temerloh / Mentakab yang tidak rata dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembangunannya maka Kuantan telah diputuskan untuk dijadikan ibu negeri Pahang Darul Makmur.

Pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur telah dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955.

 
Kuala Lipis dahulu (zaman penjajah)

Kuala Lipis sekarang (bangunan lama)

Masjid Jamek Kuala Lipis - dahulu ini adalah Masjid Negeri Pahang (semasa K.Lipis menajdi ibu negeri Pahang)

Masjid Jamek Bandar K.Lipis sekarang

Nama-nama Penasihat (Residen) Inggeris di Pahang sejak tahun 1888 ialah:
  •   John Pickersgill Rodger (Okt 1888 - Jun 1896)
    •  Hugh Clifford - Pemangku (Okt 1890 - Dis 1891)  (Mac 1893 - Mei 1894) & (Jul 1894 - Sep 1895) .
    •  Walter Egerton - Pemangku (29 Mei 1894 - 9 Jul 1895)
    •  Dacres Hope Wise - Pemangku (Okt 1895 - Jun 1896)
  •   Hugh Clifford (Jul 1896 - Apr 1899) 
  •   Arthur Butler (Apr 1899 - 18 Jan 1901) 
  •   Dacres Hope Wise (Feb 1901 - Mac 1901)
  •   Sir Hugh Clifford (5 Apr 1901 - 14 Sep 1904) - kali kedua
    •  Frederic Duberly - Pemangku (Oct 1901 - 3 Apr 1903) 
    •  Douglas Graham Campbell - Pemangku           (4 Apr 1903 - 3 Nov 1903)
    •  Warren Delabere Barnes - Pemangku (4 Nov 1903 - 2 Mar 1904)
    •  Cecil John Wray - Pemangku (3 Mar 1904 - 13 Sep 1904)
  •  Cecil John Wray (14 Sep 1904 - 27 Mac 1908)
    • John Fortescue Owen - Pemangku (1 Jan 1908 - 15 Jan 1908) 
    • Harvey Chevallier - Pemangku (16 Jan 1908 - 13 Dis 1908)
  •  Edward Lewis Brockman (21 Okt 1908 - 31 Dis 1909)
  •  Warren Delabere Barnes (1 Jan 1910 - 8 Jun 1911)
  •  Edward John Brewster (23 Jun 1910 - Mar 1911) - 4 Feb 1916
    • s to - Pemangku (x - 8 Jun 1911)
    • Frederick Joseph Weld - Pemangku (25 Mar 1912 - 2 Apr 1913) &
    • Frederick Joseph Weld - Pemangku (28 Nov 1915 - 17 Feb 1916)
  •  Cecil William Chase Parr (5 Feb 1916 - 13 Jul 1921)
    •  Walter Dare Scott - Pemangku (10 Jun 1920 - 10 Apr 1921)
  •  Henry Wagstaffe Thomson (14 Jul 1921 - 25 Feb 1926).
    • Francis Alexander Stewart McClelland - Pemangku (8 Nov 1921 - 13 Sep 1922)
    • Alwyn Sidney Haynes - Pemangku (28 Feb 1924 - 26 Feb 1925) & (10 Sep 2026 - 5 Mei 1927)
    • Arthur Furley Worthington (20 Dis 1925 - 25 Feb 1926)  
  •  Arthur Furley Worthington (26 Feb 1926 - 14 Feb 1929)
    • Alwyn Sidney Haynes - Pemangku (10 Sep 1926 - 5 Mei 1927)
    • Charles Francis Joseph Green - Pemangku (16 Nov 1928 - 14 Feb 1929)
  •  Charles Walter Hamilton Cochrane (15 Feb 1929 - 22 Jun 1929)
    • Charles Francis Joseph Green - Pemangku (15 Feb 1929 - 22 Jun 1929)
  •  Charles Francis Joseph Green (23 Jun 1929 - 1 Apr 1930)
    • Hugh Goodwin Russell Leonard - Pemangku (23 Mar 1930 - 1 Apr 1930)
  •  Hugh Goodwin Russell Leonard (2 Apr 1930 - Apr 1935)
    • John Whitehouse Ward Hughes - Pemangku (18 Okt 1930 - 14 Mei 1931)
    • John Erskine Kempe - Pemangku (Jul 1933 - Dec 1933)
  • Charles Cuthbert Brown (Apr 1935 - Feb 1942) - dipenjara Jepun (1942 - 1945)
    • John Vincent Cowgill - Pemangku (Mac 1937 - Jan 1938)
    • George William Bryant - Pemangku (Jun 1940 - Mar 1941)
Pendudukan Jepun
(Japanese Secretaries of the State Administration)
  • Takeshi Fukunaga (15 Jan 1942 - 7 Mac 1942)
  • Saburō Hatta (7 Mac 1942 - 11 Mei 1942) 
  • Oka Toshikazu (11 Mei 1942 - 5 Mac 1945)
  • Itsu Mikoma (5 Mar 1942 - Aug 1945)
British Military Administration (1945 - 1946)
Malayan Union (1946 - 1948)
Federation of Malaya (1948 - 1957)
(British Resident Commissioners)
  •  J. Douglas Richardson (Pemangku) (Ogos 1945 - Sep 1945) - military commander.
  •  George Evan Cameron Wisdom (Sep 1945 - Nov 1945).
  •  John Allen Harvey (Nov 1945 - Jun 1946).
  •  Arthur Vincent Aston (Pemangku) (9 Jun 1946 - 8 Jul 1946).
  •  Arthur Sleep (Jul 1946 - Ogos 1947).
  •  John Allan Harvey (Ogos 1947 - Mar 1948).
  •  Wilfred Charles Steuart Corry (Mac 1948 - Mar 1953).
  •  Anthony Hyde (Pemangku) (Apr 1950 - Nov 1950)
  •  John Lewis Haycraft Davis (Pemangku) (Mac 1953 - Jul 1953).
  •  John Allen Harvey (Jul 1953 - Oct 1954).
  •  Jonathan Edgar Meredith Cave (Pemangku) (Okt 1954 - Feb 1955)
Penasihat British
  • Maurice John Hayward (Feb 1955 - 31 Jul 1956)

https://worldstatesmen.org/Malay_states.htm#Malacca

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948, jawatan penasihat British digantukan dengan Menteri Besar (dilantik oleh Sultan) sehingga tahun 1959 selepas Pilihan Raya Umum kali pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih oleh rakyat.

Senarai nama Menteri-menteri Besar Pahang sejak tahun 1948 ialah:


1.    Dato Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat (01 Feb 1948 hingga 01 Feb 1951)

2.     Dato Panglima Perang Tengku Mohamad ibni al marhum Sultan Ahmad (01 Feb 1951 hingga 01-02-1955)

3.     Dato Orang Kaya Indera Shahbandar Abdul Razak bin Hussein (01 Feb 1955 hingga 15 Jun 1955)

4.     Dato Panglima Perang Tengku Mohamad ibni al marhum Sultan Ahmad (15 Jun 1955 hingga 08 Jan 1957)

5.      
Datuk Kurnia Paduka Raja Abdullah bin Tok Muda Ibrahim (09 Jan 1957 hingga 18 Jun 1959).

6.     Orang Kaya Indera Pahlawan Wan Abdul Aziz bin Ungku Abdullah (18 Jul 1959
hingga 05 Mei 1964) - MB pertama yang dipilih oleh rakyat.

7.     Dato Pentara Raja Tan Sri Haji Yahya bin Mohamed Seh (05 Mei 1964 hingga 
01 Sep 1972)
       Timbalan: Dato' Abdul Aziz bin Ahmad (1969 - 1972)

8.     Datuk Kurnia Bistari Dato Abdul Aziz bin Ahmad (01 Sep 1972 hingga 31 Ogos 1974)
       Timbalan: Dato' Mohamed bin Jusoh (1972 - 1974)

9.      Dato Seri Hj Mohamed bin Jusoh (01 Sep 1974 hingga 18 Jul 1978)
        Timbalan: Dato' Abdul Rahman bin Ismail (1975 - 1978)

10.    Tuan Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar (Datuk) (19 Jul 1978 hingga 07 Nov 1981)
        Timbalan: Dato' Abdul Rahman bin Ismail (1978 - 1979)

11.     Dato Haji Abdul Rashid bin Abd Rahman (11 Nov 1981 hingga 04 Mei 1982)

12.     Dato Seri Hj Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (04 Mei 1982 hingga 14 Ogos 1986)
          Timbalan: Dato' Hj Abdul Rashid bin Abd Rahman (1982 - 1986)

13.    Tan Sri Mohd Khalil bin Yaakob PSM SSAP SIMP DSAP JSM SMP 
 (14 Ogos 1986 hingga 20 Mei 1999) (sekarang Tun)
         Timbalan: Dato' Hj Abdul Jabbar bin Ibrahim (1990 - 1995)
         Timbalan: Dato' Hj Hassan bin Ariffin (1995 - 1999)
      
14.    Dato' Sri Diraja Adnan bin Yaakob SDSA SSAP DGSM DSAP (
20 Mei 1999 hingga 9 Mei 2018) (kemudian Tan Sri) 
          Timbalan: Dato' Tan Aminuddin bin Ishak (1999 - 2008)

15.   Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ism
ail SDSA SSAP SUMW DSAP DIMP SMP AMP (5 Mei 2018 hingga kini)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Menteri_Besar_Pahang

Sistem Perhubungan Awal Di Negeri Pahang

Pada zaman dahulu di Negeri Pahang Darul Makmur sungai-sungai seperti Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin, Sungai Endau, Sungai Tembeling, Sungai Jelai, Sungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai itu serta beberapa buah sungai kecil yang lain telah digunakan sebagai jalan perhubungan. Begitu juga perhubungan antara Negeri Pahang Darul Makmur dan negeri-negeri lain di sekitarnya. Orang yang hendak pergi ke Kelantan ikut Sungai Tanum anak Sungai Jelai atau ikut Sungai Sat dan Sungai Sepia, kedua-duanya anak Sungai Tembeling. Sungai Sepia itu boleh juga digunakan jika hendak pergi ke Negeri Terengganu. Perhubungan dengan Negeri Perak dihubungi oleh jalan-jalan yang lebih sukar iaitu ikut Sungai Bertam dan Sungai Lipis. Kedua-duanya adalah anak Sungai Jelai.

Perhubungan dengan Negeri Selangor pula melalui Sungai Semantan dan cawangannya.

Jalan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu ialah jalan yang menghubungkan Negeri Pahang Darul Makmur dengan daerah-daerah di Hulu Muar dan Negeri Melaka. Jalan ini dari Negeri Pahang Darul Makmur ikut (mudik) Sungai Pahang; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting. Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar. Dari Muar bolehlah pergi ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia. Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah ia dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan (Kuala Muar) pada akhir tahun 1511. Jalan ini juga yang digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka yang pergi berjumpa Bendahara Wan Ahmad di Pahang (Pekan) pada tahun 1863.

Godinho de Eredia, seorang pengarang dan pegawai Portugis di Melaka (tahun 1613) menyatakan: "Dari Melaka jalan menempuh Penarikan itu boleh sampai ke Pahang (dan sebaliknya), hanya enam hari perjalanan".

Perahu jalak telah digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk membawa penumpang. Jalak boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 15 tan kargo. Dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi ke Sungai Lembing.

Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan, pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke Pekan.

Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang, usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura di sebelah selatan dan Thailand di sebelah utara.

Anak-anak Pahang yang menentang penjajahan Inggeris Datuk Bahaman (Abdul Rahman bin Tuanku Imam nuh) Orang Kaya Semantan (kiri) dan Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah (1865-1970).
Pahang dan Kemerdekaan

Bermula dengan campur tangan Inggeris di Pahang pada tahun1888, Sultan Pahang memerintah di bawah nasihat pegawai British kecuali yang berkaitann dengan agama islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada 1 Julai 1896 Pahang menyertai Negeri-negeri Melayu Bersekutu di abwah Gabenur Inggeris yang berpusat di Kuala Lumpur sehingga penaklukan tentera Jepun pada Disember 1941 hingga Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah kalah, Pahang ditadbir oleh BMA sehingga penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang kemudian dibubarkan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948.

Pahang mencapai kemerderkaan dari British sebagai salah satu negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan akhirnya membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pahang

PENTADBIRAN NEGERI

DAERAH

Pekan
Kuantan
Temerloh
Maran
Rompin
Lipis
Bentong
Raub
Jerantut
Bera
Cameron Highlands


PIHAK BERKUASA TEMPATAN


Majlis Bandaraya
Majlis Bandaraya Kuantan

Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Temerloh
Majlis Perbandaran Bentong
Majlis Perbandaran Pekan bandar Diraja

Majlis Daerah
Majlis Daerah Maran
Majlis Daerah Raub
Majlis Daerah Lipis
Majlis Daerah 
Jerantut
Majlis Daerah Rompin
Majlis Daerah Bera

Lembaga Pembangunan Tioman

Pelabuhan Antarabangsa
Lembaga Pelabuhan Kuantan di Tg Gelang, Kuantan

Pelabuhan Domestik (Jeti Besar)
Tanjung Gemok

Lapangan Terbang Antarabangsa
tiada

Landasan Terbang Domestik
LT Sultan Ahmad Shah, Kuantan

Destinasi Pelancungan/Rekreasi

Taman Negara Tahan
Pantai Cherating
Pantai Batu Hitam
Pantai Balok
Gua Kota Gelanggi
Bukit Fraser
Cameron Highland
Taman Negara Endau-Rompin
Muzium Lombong Sungai Lembing
Pulau Tioman

Kem ATM

Kem Batu 10, Gambang
Kem Bentong
Kem Puncak Emas, Raub
Kem Brinchang
Kem Batu 3, Temerloh
Kem Batu 5, Mentakab
Kem Kuala Lipis
Kem Rej AW Telok Sisik
Pangkalan TLDM Tg Gelang
Pangkalan Udara Kuantan
TUDM Bukit Ibam

Pusat Pengajian Tinggi

Univesiti Malaysia Pahang AlSultan Abdullah (UMPSA)
Universiti Islam Antarabangsa Kampus Pahang
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang (Kampus Jengka, Kampus Raub dan Kampus Kota Kuantan)
Kampus UNITEN Cawangan Muadzam Shah
Kolej IKIP
Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan
Politeknik Muadzam Shah
Institut Perguruan Kuantan

Wilayah Pembangunan
Lembaga Kemajuan Wilayah JENGKA (JENGKA)- telah dibubarkan
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) - telah dibubarkan
East Corridor Economic Region (ECER)
Lembaga Pembangunan Tioman

KEBAWAH DYMM ALSULTAN PAHANG




MANTAN SULTAN

SULTAN HJ AHMAD SHAH ALMUSTAIN BILLAH (1974 - 2019)


ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RIAYATUDDIN ALMUADZAM SHAH
(1932 - 1974)


ALMARHUM SULTAN ABDULLAH ALMU'TASSIM BILLAH SHAH
(1917 - 1932)

ALMARHUM SULTAN MAHMUD SHAH 
(1914 - 1917)

ALMARHUM SULTAN AHMAD ALMUADZAM  SHAH
(1909 - 1914)


MENTERI BESAR PAHANG

YAB DATO' SRI DIRAJA WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL

MANTAN MENTER BESAR

DATO' SRI DIRAJA TAN SRI HAJI ADNAN BIN YAAKOB
20 MEI 1999 - 9 MEI 2018)

TAN SRI MOHAMMAD KHALIL BIN YAAKOB
(14 Ogos 1986 - 20 Mei 1999)

DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
(4 Mei 1982 - 14 Ogos 1986)

ALLAHYARHAM DATO' ABDUL RASHID BIN ABD RAHMAN
(11 Jul 1981 - 4 Mei 1982)

ALLAHYARHAM DATUK ABDUL RAHIM BIN ABU BAKAR
(19 Jul 1978 - 11 Jul 1981)

DATO' SRI MOHAMED BIN JUSOH
(1 sep 1974 - 18 Jul 1978)

DATO' KURNIA BISTARI HAJI ABDUL AZIZ BIN AHMAD
( 01 Sep 1972 - 31 Ogos 1974)

TOK BENTARA RAJA TAN SRI DATO' SRI HAJI YAHYA BIN MOHAMMAD SEH
(5 Mei 1964 - 31 Ogos 1972)

ORANGKAYA INDERA PAHLAWAN WAN ABDUL AZIZ BIN ENGKU ABDULLAH
(18 Jul 1959 - 5 Mei 1964)

DATO' KURNIA PADUKA RAJA ABDULLAH BIN TOK MUDA IBRAHIM
(9 Jan 1957 - 8 Jul 1959)

ALMARHUM DATO' PANGLIMA PERANG TENGKU MOHAMAD IBNI 
ALMARHUM SULTAN AHMAD SHAH
(15 Jun 1955 - 8 Jan 1957)

ALMARHUM ORANGKAYA INDERA SHAHBANDAR DATO' ABDUL RAZAK 
BIN HUSSEIN
(1 Feb 1955 - 15 Jun 1955)

ALMARHUM DATO' PANGLIMA PERANG TENGKU MOHAMAD IBNI 
ALMARHUM SULTAN AHMAD SHAH
(1 Feb 1951 - 1 Feb 1955)

DATO' SETIA WANGSA SIR MAHMUD BIN MAT
(1 Feb 1948 - 1 Feb 1951)

CATATAN TAMBAHAN

Antara Yang Ada Dalam Lipatan Sejarah Pahang

Lurah Bilut adalah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di daerah Bentong. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.

Felda Lurah Bilut adalah merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama adalah penanaman getah dan kelapa sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.





CERITA TAMBAHAN


Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Taharuddin adalah primadona Malaysia abad ke 21.  Keluarga beliau berasasl dari Kuala Lipis Pahang.

Rumah Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin di Kuala Lipis



Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang Darul Makmur kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang anggota polis dan ibunya Siti Salmah Bachik. Merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah seorang daripada mereka meninggal dunia setelah beliau dilahirkan. Memasuki Sekolah Tabika PRKEP, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh.

Darjah 1 - Darjah 6, memasuki SRJK Clifford, Kuala Lipis kemudian melanjutkan pelajaran ke SMK Clifford, Kuala Lipis (Tingkatan 1 - Tingkatan 5). Sewaktu di sekolah, Siti sangat aktif dalam arena sukan.

Siti mengeluarkan album sulungnya iaitu bertajuk, "Siti Nurhaliza" pada tahun 1996 dan seterusnya beliau telah menjadi terkenal

Siti mendirikan rumahtangga dengan Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K, seorang ahli perniagaan, pada 17 Julai 2006.

DATO' SRI SITI NURHALIZA BINTI TARUDIN
SSAP DIMP JSM SAP PMP AAP

.

No comments:

Post a Comment