Monday, February 2, 2015

MTA 002 : MAJLIS RAJA-RAJA (MELAYU)

Image result for assalamualaikum jawi

MAJLIS RAJA-RAJA

Persekutuan Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai SEMBILAN (9) orang Raja Monarki Melayu (Raja-Raja Melayu) di dalamnya  (Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu). Setiap Raja (sama ada bergelar Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Besar) memerintah Negerinya sendiri dengan kuasa dan prerogatif berperlembagaan (mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri serta selaras dengan Perlembagaan Persekutuan). Mereka menjalankan peranan di bawah nasihat Menteri Besar yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (seperti kedudukan Perdana Menteri di Dewan Rakyat). Menteri Besar juga melaksanakan tugasnya mengikut sistem dan peraturan yang termaktub di dalam Undang=undang negeri berkenaan.

Raja-Raja di Negeri-Negeri Melayu  membentuk satu badan forum rasmi yang dipanggil Majlis Raja-Raja (MRR) atau nama asalnya Durbar.  Manakala negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia (Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) mempunyai Ketua Negeri masing-masing yang dinamakan Yang DiPertua Negeri (YDPN). YDPN atau dahulunya dikenali sebagai Gabenor Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak serta Yang DiPertua Negara Sabah (sehingga 1977) ini dilantik oleh Yang DiPertuan Agong (YDPA), juga merupakan ahli MRR tetapi mempunyai hak yang terhad, contohnya tiada hak mengundi bagi pemilihan YDPA.

MRR telah ditubuhkan di bawah PERKARA 38 Perlembagaan Malaysia. MRR  merupakan pelantar bagi Raja-Raja Melayu dan YDPN untuk bertemu dan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan Hal Ehwal Agama Islam serta perkara-perkara lain yang memerlukan pandangan dan nasihat mereka. MRR adalah pihak berkuasa tertinggi ke tas Hal Ehwal Agama Islam di Malaysia. Dalam beberapa perkara, Perlembagaan Malaysia juga memperuntukan bahawa Kerajaan perlu mendapat nasihat dari MRR. Pemilihan dan perlantikan YDPA juga merupakan tanggungjawab penuh MRR.

Nota 1 : Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing manakala YDPA adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang diketuai oleh YDPN. 

Mengikut prosedur, hanya 9 Raja-Raja Melayu sahaja yang layak mempengerusikan Mesyuarat (Persidangan) MRR secara bergilir. Menteri Besar dan Ketua Menteri akan turut hadir dalam MRR sebagai penasihat kepada Raja-Raja melayu dan YDPN.

Nota 2 : Pemangku Raja tidak layak untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat MRR.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu (The Keeper of Malay Rulers Seal) adalah Setiausaha MRR.

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN MRR

Sejarah awal MRR bwermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu (MRR) untuk 4 buah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States @ FMS) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang pada 1 Jul 1896. 

Nota 3 : Istilah Durbar berasal dari bahasa Parsi/Urdu yang bermaksud 'istana raja atau perhimpunan di istana yang diamalkan di India.

Mesyuarat pertama (masa itu masih dipanggil Durbar) dilaksanakan di Istana Negarasar, Kuala Chandan, Perak dari 13 hingga 17 Jul 1987.

Durbar pertama ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu berikut:

1.  DYMM Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni almarhum Raja Alang Iskandar (Sultan Perak)
2.  DYMM Sultan Abdul Samad Shah ibni almarhum Raja Abdullah (Sultan Selangor)
3.  DYMM Tuanku Muhammad ibni almarhum Yamtuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan); dan
4.  DYMM Sultan Ahmad Shah ibni almarhum Bendahara Tun Ali (Sultan Pahang).

      
Sultan Idris Shah; Sultan Abd Samad Shah; Tuanku Muhammad; dan Sultan Ahmad

Kerajaan British diwakili oleh:

1.  Sir Frank Athelstane Swettenham (British High Commision for the Federated Malay States) - selaku Pengerusi
2.  Sir Charles Bullen Hugh Mitchell (Governor of Straits States)
4.  Sir Hugh Charles Clifford (Resident General for Pahang)
5.  Sir John Pickersgill Rodgers (Resident General for Selangor)
6.  Sir William Hood Treacher (Resident General for Perak)

  
Sir Frank Sweetenham; and Sir Charles Mitchell

    
Sir Hugh Clifford; Sir J.P Rodgers; and Sir W.H Treacher

Sehingga tahun 1939 MRRM telah bersidang sebanyak 9 kali.  

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948 (bagi menggantikan kegagalan British yang awalnya ingin menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946).  Mulai tarikh ini, Raja-Raja bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Non-Federated Malay States) iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) menjadi ahli kepada MRRM. Mulai 18 Feb 1948 nama MRRM ditukar menjadi Majlis Raja-Raja (MRR).  Dalam persidangan pertama MRR ini dipengerusikan oleh Sultan Johor,  Sultan Major General Sir Ibrahim, selaku Raja yang paling kanan (mengikut tarikh menaiki tahta).

Sultan Maj Gen Sir Ibrahim

Di antara Feb 1948 sehingga 31 Ogos 1957, MRR telah bersidang sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Gabenor Melaka dan Gabenor Pulau Pinang turut menjadi ahli MRR.  Selepas pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963, Gabenor Sarawak, Yang DiPertua negara Sabah dan Yang DiPertua Negara Singapura menyertai MRR. Keanggotaan YDP Negara Singapura tamat pada 9 Ogos 1965 selepas Singapura berpisah dari Malaysia.

Persidangan MRR pertama selepas negara mencapai kemerdekaan diadakan pada 31 dan 31 Okt 1957 dan dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuan Syed Putra Jamalullail.

YANG DIPERTUAN AGONG

Gelaran YANG DIPERTUAN AGONG (YDPA) adalah gelaran rasmi untuk Ketua Negara Malaysia.  Gelaran penuhnya ialah DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.

Jawatan, kedudukan dan kuasa YDPA disebut dalam Perkara 32(1) dan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. 

Sejak Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy System), peranan YDPA lebih bersifat keraian, selari dengan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan .bahawa Kuasa Eksekutif  secara teorinya di bawah Ketua Negara (YDPA) dan dilaksanakan oleh Jemaah Menteri (Kabinet) yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Rujukan:


RAJA-RAJA MELAYU YANG MENGHADIRI PERISYTIHARAN 
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
YANG PERTAMA

Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum 
Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah
(Sultan Pahang :1932 -1974)

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad 
(Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan : 1933-1960)
 
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin 
Sulaiman Shah
(Sultan Selangor : 1938-1942, 1945-1960)

Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(Sultan Kedah : 1943-1958)
 
Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
(Al-Sultan Kelantan : 1944-1960)
 
Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
(Raja Perlis : 1945-2000)
 
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III
(Sultan Terengganu : 1945-1979)
 
Sultan Yusuf Izzudin Ghafarallahu lahu Shah ibni Almarhum Sultan 
Abdul Jalil Nasruddin Shah
(Sultan Perak : 1948-1963)
 
Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim
(Tunku Mahkota Johor - mewakili Sultan Sir Ibrahim)


FOTO BERSEJARAH MESYUARAT RAJA-RAJA 





AHLI MAJLIS RAJA-RAJA TERKINI
(31 DIS 2025)
MENGIKUT KEKANANAN TARIKH MENAIKI TAHTA NEGERI

 DYMM SULTAN TERENGGANU
Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah
DKM DKT DK  DMN SMN DK (Pls) DK (Joh) DK(Ked) DK (Kel) DK(Sel) DK(Per) DK(NS) DKMB (Brunei) SSMT SPMT SSMZ SUMZ SPMJ
 (4 Mac 1999) 


 DYMM RAJA PERLIS
Tuanku Syed Sirajuddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
DKM DMN DK(NS) DK(Ked) DK(Sel) DK(Tggu) DK (Kel) DK(Prk) DK(Pah) SSPJ SPMJ SPCM SSMT DKMB(Brunei)
(17 Apr 2000) 
 
 DYMM SULTAN SELANGOR
Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah
DK DMN DK (Tggu) DK(Kel) DK(Ked) DK(Kel) DK(NS) DK I(Pls) DK(Joh)
SPMS SSIS SPMJ
(22 Nov 2001)

  
 YANG DIPERTUAN BESAR N.SEMBILAN
Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir
DK DKM DMN DKNS DKYR SUNS SSTM SSNS SPTJ DK1(Joh) DK(Ked) DK(Kel) DK(Perak) DK(Perlis) DK(Sel) DK(Tggu)  PPT
(26 Okt 2009)


DYMM SULTAN JOHOR
Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar
DK DK(Perak) DK(NS) DK(Kel) DK(Sel) DK(Pls) DK(Pah) DK(Brunei) SMN SPMJ SPDK PIS
(23 Jan 2010)


DYMM AL SULTAN KELANTAN
Al Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra
DK DKM DMN DK(Ked) DK(Joh) DK(Perak) DK(NS)DK (Perlis) DK (Sel) SPMK SJMK SPSK
(13 Sep 2010)

 
DYMM SULTAN PERAK
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah DK DKA DKSA DK(Sel) DKNS SPSA SPCM SPTS SPMP SPMP (Perlis) PhD(Harvard) Hon DEco(Soka)
(29 Mei 2014)


 DYMM SULTAN KEDAH
DYMM Sultan Mahmud Salehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah
DK DKH DUK DK(Kel) DK(Johor) DK(Perak) DMK SMDK SHMS SGMK SPMK SSDK DHMS DGMK
(12 Sep 2017)

 KDYMM SULTAN PAHANG
 Sultan Abdullah Riayatuddin al  Mustaffa Billah Shah ibni almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Almusta'in Billah
 DKI SSAP SIMP DK(Joh) DK(Tggu)  SPMJ PAT
(11 Jan 2019) 


AHLI-AHLI DENGAN KUASA TERHAD

 

TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA
Tun Seri Setia Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam SMN PSM SPSM DUNM DUPN SPDK SUMW DGSM DCSM DMSM PBM
(4 Jun 2020 - 3 Jun 2024)
(4 Jun 2024)



TYT YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK
Tun Pehin Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar SMN SBS PSM PJN PNBS DGSM JSM PPN PhD
(26 Jan 2024)



TYT YANG DIPERTUA NEGERI SABAH
 Tun Datuk Seri Panglima Dr Musa bin Haji Aman SMN PSM SPDK DGSM DA PGDK JMN JP SPMB (Brunei) 
(1 Jan 2025)



TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG
Tun Dato' Seri Haji Ramli bin Ngah Talib SMN PSM DUPN SPSA SPCM PCM PJK
(1 Mei 2025)




TERIMA KASIH
SEMOGA BERMANFAAT

KEMAS KINI TERAKHIR: 15 DIS 2025


No comments:

Post a Comment