Friday, November 20, 2026

MTA 227 : ECRL PEMBENTUNGAN SOSIO-EKONOMI TIMUR BARAT TANAH MELAYU


ECRL
PEMBENTUNGAN SOSIO-EKONOMI
PANTAI TIMUR - PANTAI BARAT


Tajuknya agak mengelirukan.

Penulis sengaja memilih tajuk yang agak kontra dengan situasi sebenar.  Kalau pembentungan atau sewerage berfungsi melancarkan proses pengaliran bahan kumbahan domestik ke pusat rawatan sebelum di salurkan ke sistem saliran terbuka. 

Penulis menggambarkan selama bertahun-tahun, jurang perbezaan tafar sosio-ekonomi antara kawasan pantai barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa yang teguh dan kebal.  Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu perlu melalui jalan berliku dari satu pekan ke satu pekan Kuala Lumpur-Gombak-Bentong-Karak-Lanchang-Mentakab-Temerloh-Maran-Kuantan-Chukai-Marang-Kuala Terengganu-Besut-Pasir Putih-Kota Bharu; ATAU dari Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu. Kedua-dua laluan mengambil masa tidak kurang dari 10-12 jam dan boleh mencapai melebihi 24 jam di musim perayaan.

Pilihan kedua yang tidak memberi apa-apa nilai tambah ialah menggunakan perkhidmatan teren (KTM) yang perlu mengambil perjalanan yang lebih jauh iaitu Kuala Lumpur-Seremban-Gemas-Bahau-Mentakab-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Tumpat (Kota Bharu).

Perkembangan sosio-ekonomi pantai timur menjadi kecut, kering dan keras untuk sampai ke pantai barat. Manakala sosio-ekonomi dari barat menjadi basi sebelum sampai ke pantai timur. Tersumbat dalam satu saluran kecil dari kedua arah.

Kegagalan sistem pembentungan ini menyebabkan negeri-negeri pantai timur yang didominasi oleh bangsa Melayu semakin jauh ketinggalan sejak negeri-negeri ini diwariskan oleh penjajah British kepada Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia. Perbezaan ideologi politik turut mengekang limpahan khazanah negara dari dikongsi secara adil dengan negeri-negeri pantai timur.

Pembinaan Lebuhraya Karak (dari Gombak ke Karak) dan kemudiannya dilanjutkan menjadi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Karak ke Jabor (Terengganu) serta pembinaan Lebuhraya Timur-Barat dari Gerik ke Jeli telah melancarkan sedikit pengaliran sistem sosio-ekonomi kedua belah bahagian. Namun ia masih memerlukan pengorbanan masa perjalanan.

Nota : Bayangkan betapa sukarnya pelajar-pelajar kampung dari Kelantan dan Terengganu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke SMBP atau IPTA di pantai barat. 

Berita pembinaan sistem pengangkutan ECRL benar-benar membuka satu lorongan besar yang bakal melancarkan segala titik sumbat pengimbangan sosio-ekonomi kedua-dua bahagian dalam Semenanjung Tanah Melayu ini.

RINGKASAN FAKTA TENTANG ECRL

 


Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link, singkatan: ECRL) adalah projek rel kereta api yang sedang dalam pembinaan dengan penjajarannya antara Kota Bharu dan Pelabuhan Klang melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan.

ECRL akan dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Rail Link (MRL), sebuah entiti baharu yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF).

Projek ini dijangka membawa penumpang dan muatan kargo antara pantai barat dan timur Malaysia. Pembinaan projek ini telah bermula pada Ogos 2017, dan dijangka beroperasi seawal Disember 2026 antara stesen Kota Bharu dan stesen Gombak.

Latar belakang


Pada 15 Mac 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), telah melakukan market sensing untuk mengukur faedah pasaran, mendapatkan pandangan dan idea untuk ECRL melalui Maklumat Permintaan (RFI).

Pada November 2016, satu perjanjian pembiayaan rangka kerja dan perjanjian pembinaan bernilai USD 13.1 bilion, telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan syarikat milik kerajaan China Communications Construction Company Ltd (CCCC). Namun, perjanjian tersebut telah dikritik oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebagai berat sebelah pada tahun 2018.

Bermula 8 Mac 2017, pelan ini dibuka untuk penilaian dan pemeriksaan awam selama tiga bulan di ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan 38 lokasi lain termasuk pejabat daerah. Penilaian dan pemeriksaan awam selama 3 bulan tersebut untuk Fasa 1 projek ECRL telah menerima kira-kira 95 peratus kelulusan daripada 17,000 responden merentasi 15 daerah pantai timur,dan SPAD telah memberikan kelulusan untuk Fasa 1 jadual projek ECRL pada 23 Jun 2017 yang meliputi kira-kira 600 km landasan. Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar untuk projek ECRL juga telah dilengkapkan dan disahkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 20 Jun 2017.

Pada 9 Ogos 2017, Perdana Menteri ketika itu Najib Razak telah mempengerusikan majlis pecah tanah di negeri Pahang, menandakan permulaan pembinaan projek ECRL, dan beliau mengatakan "pembinaan landasan kereta api ini adalah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk infrastruktur negara yang cekap serta menghubungkan bandar-bandar dan menaik taraf pengangkutan awam di kawasan luar bandar pantai timur."

Selepas peralihan kerajaan disebabkan oleh Pilihan raya umum Malaysia 2018, kerajaan Pakatan Harapan yang baru dipilih pada mulanya memutuskan untuk membatalkan projek tersebut dengan alasan kos yang tinggi sebagai faktor utama. Walaubagaimanapun, projek ECRL tidak dibatalkan tetapi penjajaran laluan telah diselaraskan semula dengan perubahan besar yang dibuat pada laluan Seksyen C antara Pelabuhan Klang dan Mentakab, Pahang.

Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan akibat langkah Sheraton, kerajaan baharu yang dipimpin oleh Perikatan Nasional merancang untuk mengembalikan penjajaran laluan ECRL kepada jajaran asalnya. Pada 5 April 2021, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan penjajaran semula laluan Seksyen C kembali kepada jajaran asalnya kerana ditegaskan bahawa penjajaran semula itu tidak sepenuhnya mengikut jajaran asal dengan beberapa perubahan untuk mengelakkan Permatang Kuarza Gombak dan kawasan Empangan Batu.

Ciri-ciri stesen

Pada masa kini, projek ECRL menyediakan 20 stesen teras, dengan cadangan sambungan tambahan ke utara dan potensi laluan bercabang pada masa hadapan. Stesen-stesen ini terdiri daripada kemudahan khusus penumpang dan gabungan stesen penumpang dan muatan kargo.


Kronologi projek ECRL
Diterbitkan: Apr 15, 2019 12:46 PM | Dikemas kini: Apr 15, 2019 1:55 PM

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencetuskan perbalahan mengenai kos pembinaannya sebelum ini akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

ECRL akan meliputi jajaran baharu dengan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40 kilometer selain pengurangan kos daripada RM98 juta kepada RM68 juta bagi setiap kilometer.

Berikut adalah kronologi pelaksanaan ECRL.

21 Okt 2016 - Projek ECRL diluluskan Kabinet ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

1 Nov 2016 - CCCC dianugerah kontrak bagi melaksanakan projek landasan sejauh 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan.

3 Mei 2017 - Tambahan peruntukan sebanyak RM1.28 bilion bagi lanjutan jajaran dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.

13 Mei 2017 - Malaysia menandatangani perjanjian tambahan dengan CCCC untuk fasa kedua perjanjian bagi fasa kedua projek ECRL bernilai RM9 bilion.

9 Ogos 2017 - Kerja pembinaan projek ECRL dimulakan.

23 Ogos 2017 - Kabinet meluluskan projek menaik taraf ECRL kepada projek landasan berkembar yang akan menelan perbelanjaan tambahan RM10.5 bilion.

3 Julai 2018 - Malaysia Rail Link Sdn Bhd arah CCCC hentikan kerja pembinaan yang ketika itu telah siap 15 peratus.

20 Mac 2019 - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan.

22 Mac 2019 - Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata Malaysia dijangka memuktamadkan perjanjian ECRL pada awal April dengan penjimatan kos melebihi RM10 bilion.

2 April 2019 - China jemput Malaysia ke Beijing untuk kemaskini status rundingan projek ECRL.

6 April 2019 - Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa jajaran projek ECRL akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

12 April 2019 - Kerajaan umum akan sambung semula projek ECRL dengan jajaran baharu meliputi Jelebu, Negeri Sembilan manakala pembinaan stesen Gombak digugurkan menjadikan jajaran baharu iaitu dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.


East Coast Rail Link (ECRL) - Bridging the Gap - Revolutionizing Connectivity in Malaysia
Ivy Lim
Published May 29, 2023

The ECRL project involves the construction of a new railway line spanning approximately 665 kilometers from Kota Bharu in Kelantan (on the east coast) to Port Klang in Selangor (on the west coast). The railway line will pass through several states, including Kelantan, Terengganu, Pahang, and Selangor.

Once completed, the ECRL will provide a rail link for both freight and passenger services, connecting key industrial areas, ports, and economic zones along the East Coast of Peninsular Malaysia. The project is expected to have a positive impact on various sectors, such as trade, tourism, agriculture, and manufacturing.

The ECRL project is designed to facilitate the transportation of goods, including palm oil, timber, and other commodities, from the East Coast states to the west coast ports for export purposes. It will also provide an efficient transportation option for passengers traveling between the east and west coasts, reducing travel time and improving connectivity.

The ECRL project itself represents a significant investment in Malaysia's transportation infrastructure. This major undertaking will inspire investor confidence, attracting both local and foreign investments. The inflow of capital into Port Klang's industrial property market will stimulate development and drive property value appreciation. Investors and industrial players recognize the long-term potential and the competitive edge offered by Port Klang's strategic location with the ECRL.

The ECRL project, a 50:50 joint venture between Malaysia Rail Link (MRL) and China Communications Construction (CCCC), has made significant progress, reaching 40.81 percent completion in Q2 2023. The project, initially announced in 2016, has experienced various challenges and changes, including temporary cancellation in 2018 followed by revival and alterations to its alignment. The construction cost has been revised multiple times, and currently, the project is being implemented with a reduced cost of RM11.01 billion compared to the original approved budget of RM85.97 billion in 2016, according to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's statement in December 2022.

The ECRL entails a 665 km route connecting Kota Bharu to Port Klang, featuring 59 tunnels. It is scheduled to be fully completed by December 2026, with operations expected to commence in January 2027.



ECRL mula operasi percubaan, perkhidmatan penumpang disasar bermula 12 Disember


Bernama : 07/11/2026 | 17:55 MYT

Program operasi percubaan itu akan menilai kesediaan operasi, kecekapan perkhidmatan, pengurusan stesen dan pengalaman penumpang dalam persekitaran operasi sebenar. 


Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini memulakan operasi percubaannya, sekali gus menandakan fasa terakhir kesediaan operasi bagi perkhidmatan penumpang komersial, yang disasarkan bermula pada 12 Disember 2026.

Program tersebut dikendalikan oleh ECRL Operation Sdn Bhd, iaitu sebuah entiti usaha sama 50:50 antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Sdn Bhd, yang bertanggungjawab mengendalikan operasi dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL.

“Program operasi percubaan itu akan menilai kesediaan operasi, kecekapan perkhidmatan, pengurusan stesen dan pengalaman penumpang dalam persekitaran operasi sebenar.

“Operasi percubaan yang bermula dari 7 November hingga 2 Disember itu, akan melibatkan perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu dan sebaliknya, serta menyediakan perkhidmatan ekspres dan transit,” menurut MRL dalam satu kenyataan hari ini.

Tren unit elektrik berganda ECRL itu akan beroperasi mengikut jadual waktu penumpang komersial yang telah dirancang sepanjang program operasi percubaan, yang merangkumi pengeluaran pas masuk untuk menaiki tren dan penyediaan perkhidmatan oleh kru kabin.

Perjalanan pertama mengikut program operasi percubaan itu berlepas dari stesen Terminal Bersepadu Gombak, Selangor pada pukul 7.00 pagi hari ini dan tiba di stesen KotaSAS di Kuantan, Pahang pada pukul 8.28 pagi, sekali gus menamatkan perjalanan itu dalam tempoh 88 minit dengan membawa 170 penumpang, serta mencapai kelajuan sehingga 160 kilometer sejam (km/h).

Pencapaian terbaharu itu menyusuli penyelesaian peringkat penting ujian dan pentauliahan bagi projek ECRL, termasuk Ujian Integrasi Sistem serta kejayaan melaksanakan perjalanan tanpa gangguan pada 29 Oktober 2026.

Sementara itu, setakat Oktober 2026, pembinaan Fasa 1 ECRL, yang merangkumi jajaran Kota Bharu-Gombak telah mencapai tahap siap sebanyak 98.47 peratus.


Sumber Rujukan:

https://www.ecrl.com.my/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Rel_Pantai_Timur
https://www.malaysiakini.com/news/472328
https://www.linkedin.com/pulse/east-coast-rail-link-ecrl-ivy-lim
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ecrl-mula-operasi-percubaan-perkhidmatan-penumpang-disasar-bermula-12-disember