PERMAISURI
YANG SEMBILAN
Seperti yang dimaklumi, dalam negara Malaysia ada 9 buah negeri beraja, sama ada Sultan, Raja atau yang Di Pertuan Besar. Pada masa ini, isteri kepada Sultan/Raja/YDPB mempunyai gelaran rasmi yang bereza-beza.
Negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menggunakan gelaran SULTANAH. Negeri Pahang menggunakan gelaran TENGKU AMPUAN. Negeri
Perlis menggunakan gelaran RAJA PEREMPUAN. Negeri Perak menggunakan gelaran RAJA PERMASURI, Negeri Selangor menggunakan gelaran TENGKU PERMAISURI, Negeri Johor menggunakan gelaran PERMAISURI manakala
Negeri Sembilan menggunakan gelaran TUANKU AMPUAN BESAR.
Mantan Sultan Selangor Almarhum Sultan Salahuddin mengurniakan gelaran TENGKU AMPUAN kepada almarhum Tengku Rahimah tetapi kemudiannya mengurniakan gelaran TENGKU PERMAISURI kepada isterinya Siti Aishah. Sultan Selangor yang baru bernikah pada 31 Ogos 2016 mengisytiharkan gelaran TENGKU PERMAISURI kepada isterinya Datin Paduka Seri Norashikin.
Mantan Sultan Kelantan, Almarhum AlSultan Ismail Petra mengurniakan gelaran RAJA PEREMPUAN untuk isterinya Tengku Anis, bagaimanapun Sultan Kelantran sekarang, AlSultan Muhammad V menggunakan gelaran Sultanah untuk isterinya Nur Diana Petra.
Sultan Terengganu sebelum ini Almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah (dan sultan-sultan sebelumnya) mengurniakan gelaran TENGKU AMPUAN BESAR kepada isterinya Tengku Bariah. Sultan Terenggannu sekarang apabila ditabalkan pada tahun 1998 mengurniakan gelaran TUANKU PERMAISURI NUR ZAHIRAH kepada isterinya Puan Rozita tetapi pada tahun 2006 menukar gelaran tersebut kepada SULTANAH NUR ZAHIRAH.
Mantan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah mengurniakan gelaran TENGKU AMPUAN kepada almarhum Tengku Afzan tetapi Sultan Ahmad Shah mengurniakan gelaran SULTANAH untuk isterinya Hajjah Kalsom.
Sultan-Sultan Johor sebelum ini menggunakan gelaran SULTANAH kepada isteri-isteri baginda.
Pada hari ini, dari kalangan LAPAN permaisuri Raja-raja Melayu, hanya DUA orang sahaja yang merupakan anak (puteri gahara) kepada seorang Raja/Sultan iaitu Raja Zarith Sofia binti almarhum Sultan Idris Shah Afifullah, isteri kepada Sultan Johor; dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar, isteri kepada Sultan Pahang.
Selain dari Permaisuri Johor dan Tengku Ampuan Pahang, hanya TIGA orang sahaja yang dari kalangan Kerabat DiRaja, iaitu Raja Perempuan Perlis, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembian dan Sultanah Kedah. Raja Perempuan Perlis dan Tuanku Ampuan Besar NS adalah cucu kepada almarhum Sultan Sultan Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke 14. Manakala Sultanah Kedah adalah kerabat Diraja Kelantan (Sultanah Maliha binti Tengku Ariff), Almarhum Tengku Ariff adalah cucunda kepada Almarhum Sultan Muhammad IV - Sultan Kelantan ke 24 ).
Manakala isteri (Permaisuri/Sultanah) Perak, Terengganu dan Selangor adalah dari kalangan rakyat biasa.
SENARAI PERMAISURI NEGERI
MENGIKUT KEKANANAN RAJA MEMERINTAH
TERENGGANU DARUL IMAN (1998)
DYMM SULTANAH TERENGGANU
TUANKU NUR ZAHIRAH DK DMN SSMT SSMZ
Sultanah Zahirah (nama asalnya Cik Puan Sri Rozita binti Adil Bakeri) dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 7 Dis 1973. Baginda dikahwini oleh Tuanku Sultan Terengganu pada 28 Mac 1996. Baginda menerima gelaran sebagai Permaisuri Nur Zahirah pada 19 Julai 1998 dan ditukar gelaran sebagai Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2006.
PERLIS DARUL SUNNAH (2000)
DYMM RAJA PEREMPUAN PERLIS
TUANKU FAUZIAH BINTI TENGKU ABDUL RASHID DK DMN DK(Kelantan) DK(Pahang) SSPJ SPMP SPMJ
Tuanku Fauziah diputerikan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Jun 1946. Baginda merupakan cucunda kepada almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke 13. Baginda dikahwini oleh Syed Sirajuddin Jamalullail pada 15 Feb 1967. Baginda menerima gelaran sebagai Raja Puan Muda Perlis pada 30 April 1968. Baginda ditabalkan menjadi Raja Perempuan Perlis pada 14 Julai 2000.
SELANGOR DARUL EHSAN (2001)
DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR
TUANKU NORASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN SPMS
Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada tahun 1971. Baginda dikahwini oleh DYMM Sultan Sarafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 menerima gelaran Permaisuri Selangor pada 8 September 2016.
N.SEMBILAN DARUL KHUSUS (2008)
TUANKU AISHAH ROHANI BINTI TUNKU BESAR MAHMUD DK
Tuanku Aishah Rohani diputerikan di Batu Gajah pada 19 Jun 1952. Baginda merupakan cucunda kepada almarhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke 11. Baginda dikahwini oleh Tuanku Muhriz pada 25 April 1974. Baginda ditabalkan menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada 14 April 2009. Baginda merupakan Canselor Universiti Sains Islam Malaysia mulai 3 Disember 2011.
JOHOR DARUL TAAZIM (2010)

DYMM PERMAISURI JOHOR
DYMM TUANKU RAJA ZARITH SOFIA BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS ALMUTAWAKIL ALALLAHI SHAH AFIFULLAH
DYMM TUANKU RAJA ZARITH SOFIA BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS ALMUTAWAKIL ALALLAHI SHAH AFIFULLAH
DK SPMJ DK(Perak) SPCM
Permaisuri Raja Zarith Sofiah diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Mendapat pendidikan tinggi di Somerville College dan memperolehi Bachelor of Arts (Chinese Studies) dalam tahun 1983 dan mendapat Master of Arts dari University of Oxford (1986). Baginda dikahwini oleh DYMM Sultan Johor pada 22 Sep 1982. Baginda ditabalkan sebagai Tuanku Permaisuri Johor pada 23 Mac 2015. Baginda adalah juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
KELANTAN DARUL NAIM (2010)
DYMM SULTANAH KELANTAN
SULTANAH NUR DIANA PETRA ABDULLAH DK SPMK
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah atau nama asalnya Jana Jakubkova dilahirkan di Prague, Republik Czech (dahulunya Czechoslovakia) pada 25 Februari 1988. Baginda telah memeluk islam dan melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 30 Oktober 2010.
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dimasyhurkan dengan gelaran DYMM Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.
Nota: Gelaran DYMM Sultanah Kelantan diperuntukan untuk permaisuri Sultan yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa), manakala gelaran DYMM Raja Perempuan Kelantan diperuntukan untuk permaisuri Sultan yang berketurunan diraja.
DYMM RAJA PERMAISURI PERAK
TUANKU ZARA SALIM DAVIDSON DKSA DKA
Raja Permaisuri Zara Salim Davidson dilahirkan pada 22 Mac 1973 di Ipoh. Baginda memiliki ijazah Bachelor of Chemical Engineering dari University of Nottingham, United Kindom (1995). Baginda dikahwini oleh Paduka Seri Sultan Perak pada 17 May 2007 dan diberikan gelaran Raja Puan Besar Perak dan dianugerahi gelaran Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014.
KEDAH DARUL AMAN (2017)
TUANKU MALIHA BINTI TENGKU ARIFF DK SPMK
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff diputerakan pada 13 April 1949 di Kuala Lumpur. Pada 26 November 1965, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahmud Salehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah.
Tenku Maliha dikurniakan gelaran Toh Puan Laksamana Kedah (1981 - 1996), Toh Puan Temenggong Kedah (1996 - 2016) dan Raja Puan Muda Kedah (2016 - 2017).
12 September 2017 baginda dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah dan ditabalkan pada 30 April 2018.
PAHANG DARUL MAAMUR (2019)
DYMM TENGKU AMPUAN PAHANG
TUNKU HAJJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR ALHAJ DK DK(Pahang) SPMJ
Tunku Azizah diputerakan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru dari bondanya Enche’ Besar Hajah Kalsom. Baginda mendapat pendidikan baginda di Sek Ren Perempuan Sultan Ibrahim dan Sekolah Tun Fatimah (1973-1979) Johor Bahru. Baginda juga mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan kursus Sains Politik dan Kemasyarakatan di National University of Singapore.
Baginda berkahwin dengan Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Sha pada 6 Mac 1986 dan kemudiannya dikurniakan gelaran KDYTM Tengku Puan Pahang.
Pada 22 Januari 2019 dikurniakan gelaran KDYMM Tengku Ampuan Pahang. Pada 31 Januari 2019 hingga 30 Januari 2024 baginda menjadi Raja Permaisuri Agong ke 16 dan kembali kepada gelaran KDPB Tengku Ampuan Pahang.
BAKAL PERMAISURI
Gelaran kepada isteri kepada pewaris Raja di Negeri-Negeri Melayu juga berbeza mengikut negeri. Pada masa ini pewaris Raja bagi negeri-negeri Johor, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan masih lagi belum mempunyai pasangan.
Isteri Tengku Mahkota Pahang bergelar TENGKU PUAN PAHANG, isteri Raja Muda Perlis dan Kedah bergelar RAJA PUAN MUDA. Isteri Raja Muda Perak bergelar RAJA PUAN BESAR PERAK.
Mengikut rekod, gelaran isteri pewaris Raja bagi negeri Johor, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan ialah:
- Johor menggunakan panggilan "CHE' PUAN MAHKOTA'
- Terengganu menggunakan gelaran 'TENGKU PUAN MUDA'
- Kelantan menggunakan gelaran 'TENGKU AMPUAN MAHKOTA'
- Selangor menggunakan gelaran 'RAJA PUAN MUDA'
- Negeri Sembilan tidak mempunyai gelaran khusus. Ada ketika menggunakan gelaran Tunku Ampuan Muda dan Tunku Puan Muda.
DYTM CHE' PUAN MAHKOTA JOHOR
CHE PUAN KHALIDA BINTI MOHD BUSTAMAM

MANTAN DYTM RAJA PUAN BESAR PERAK
DYTM RAJA PUAN MUDA PERLIS
TUANKU LAILATUL SHAHREEN BINTI KHALIL AKASHAH SPMP
SENARAI KEKANANAN VVIP WANITA
PERMAISURI
DYMM Raja Permasuri Agong*
DYMM Sultanah Terengganu (1998)
DYMM Raja Perempuan Perlis (2000)
DYMM Tengku Permaisuri Selangor (2001)
DYMM Tuanku Ampuan Negeri Sembilan (2008)
DYMM Permaisuri Johor (2010) - kini Raja Permaisuri Agong*
DYMM Sultanah Kelantan (2010)
DYMM Sultanah Kelantan (2010)
DYMM Raja Permaisuri Perak (2014)
DYMM Sultanah Kedah (2017)
KDPB Tengku Ampuan Pahang (2019)
ISTERI TYT YDPN
YABhg isteri TYT YDPN Melaka (2020)
DYMM Sultanah Kelantan (2010)
DYMM Raja Permaisuri Perak (2014)
DYMM Sultanah Kedah (2017)
KDPB Tengku Ampuan Pahang (2019)
ISTERI TYT YDPN
YABhg isteri TYT YDPN Melaka (2020)
Toh Puan Hajjah Asmah binti Abdul Rahman
YABhg isteri TYT YDPN Sarawak (2024)
Toh Puan Hajjah Fauziah binti Mohd Sanusi
YABhg isteri TYT YDPN Sabah (2025)
Toh Puan Faridah binti Tussin
Toh Puan Faridah binti Tussin
YABhg isteri TYT YDPN Pulau Pinang (2026)
Toh Puan Raja Norashikin binti Raja Abdullah
Toh Puan Raja Norashikin binti Raja Abdullah
MANTAN PERMAISURI YANG MASIH HIDUP
YMM TUNKU PUAN NORA BINTI TENGKU AHMAD
(Sultanah Johor 1977 - 1981)
(isteri kepada mantan Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail yang memerintah Johor dari 1959 hingga 1981)
(Raja Permaisuri Selangor dari 1992 - 2001)
(Raja Permaisuri Agong ke 11)
(isteri kepada mantan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang memerintah Selangor dari 1960 hingga 2001)

YMM TENGKU ANIS BINTI TENGKU ABDUL HAMID DK SPMK SPMP DK(Brunei) DK(NS) DK(Perlis) DK(Johor) DK(Selangor)
(Raja Perempuan Kelantan dari 1979 - 2010)
(isteri mantan Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni almarhum Tuanku Yahya Petra yang memerintah dari 1979 hingga 2010)
(isteri mantan Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni almarhum Tuanku Yahya Petra yang memerintah dari 1979 hingga 2010)
.
YMM CHE PUAN BESAR HAJJAH KALSOM BINTI ABDULLAH DK
(Sultanah Pahang dari 1992 - 2019)
(isteri kepada mantan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang memerintah Pahang dari 1974 hingga 2019)
(isteri kepada mantan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang memerintah Pahang dari 1974 hingga 2019)
YMM CHE PUAN BESAR HAJJAH HAMINAH BINTI HAMIDUN DK SPMK
(mantan Sultanah Kedah 2003 - 2017)
(mantan Sultanah Kedah 2003 - 2017)
(Raja Permaisuri Agong ke 14 dari 2011 - 2016)
(isteri kepada mantan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim AlMuadzam Shah yang memerintah Kedah dari 1958 hingga 2017)
RAJA-RAJA MELAYU
MODEN
- Tiga beradik sebapa telah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, dan dua darinya menjadi Raja Permaisuri Agong iaitu:
- Almarhum Tuanku Kursiah binti Tunku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Antah (dari bondanya Sharifah Alawiah binti Sayyid Abd Hamid) - adalah isteri kepada almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad ibni almarhum Tuanku Antah, YDP Besar NS ke 8 adalah juga Raja Permaisuri Agong pertama.
- Almarhum Tuanku Durratunnafisa Aziba @ Durah binti almarhum Tunku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Antah (dari bondanya Sharifah Alawiah binti Sayyid Abd Hamid) - adalah isteri kepada almarhum Tuanku Munawir ibni almarhum Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad ibni almarhum Tuanku Antah, YDP Besar NS ke 9.
- Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Antah (dari bondanya Puan Halijah binti Hj Umar) - adalah isteri kepada almarhum Tuanku Jaafar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad ibni almarhum Tuanku Antah, YDP Besar NS ke 8 juga Raja Permaisuri Agong ke 9.
Nota: Almarhumah Tuanku Durah dan Almarhumah Najihah adalah adinda tiri kepada Almarhumah Tuanku Kurshiah ATAU Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhum Tuanku Jaafar telah berkahwin dengan ibu saudara tiri baginda.
- Almarhum Tuanku Bahiyah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman (Raja Permasuri Agong V) adalah anakanda kepada almarhum Tuanku Kursiah ibni almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Raja Permasuri agong I.
- Tuanku Bainun binti Mohammad Ali merupakan rakyat biasa yang pertama dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Agong ke 9. Tuanku Siti Aishah merupakan rakyat biasa yang kedua menjadi Raja Permaisuri Agong ke 11, Tuanku Nur Zahirah merupakan rakyat biasa ketiga ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong ke 13 manakala Tuanku Haminah adalah rakyat biasa keempat ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong ke 14.
- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajjah Aminah Maimunah Iskandariah adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Iskandar Alhaj, YDP Agong ke 8 dan adinda kepada DYMM Sultan Ibrahim, YDP Agong ke 17.
12 FEB 2026



No comments:
Post a Comment