PJN SMJ
Sharifah Aini binti Syed Jaafar dilahir dan dibesarkan di Kg Majidee, Johor Bahru pada 2 Julai 1953. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci alQuran dan pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sharifah telah bersekolah menengah di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru. Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 (ketika berusia 15 tahun) dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia dan juga Singapura.
Sharifah telah menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, bahkan seluruh Asia Tenggara, Jepun, China, Hong Kong dan Korea. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Ahmad Nawab (Datuk).
Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat.Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.
Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran Permata Negara oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.
Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di dalam negara, ia juga dijual di beberapa negara di Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita Malaysia, The Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia.
Di Malaysia, Sharifah merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysia Book Of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa. Sharifah Aini merupakan salah seorang yang tergolong dalam golongan hartawan hasil titik peluh beliau sepanjang 30 tahun bergelar artis.
Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti:
(2) Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air - PAPITA),
Sharifah Aini melangsungkan perkahwinan dengan Ali Bakar pada tahun 1981. Namun, perkahwinan itu hanya bertahan selama setahun. Dari perkahwinan tersebut, beliau mendapat seorang anak lelaki bernama Aliff Omar Ali. Setelah itu beliau mengahwini dengan seorang ahli korporat dan perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada tahun 1992.
Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014 pada usia 72 tahun.
Selepas menamatkan pengajian di universiti, Abdul Ajib menyertai Perkhidmatan Awam di Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum berpindah ke sektor swasta
dengan sebuah syarikat petroleum sebagai Pegawai Perhubungan Industri.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Wakil Rakyat apabila memenangi kerusi DUN Penggaram pada PRU ke 7 (1986). Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga tahun 2004.
(1) Ahli Dewan Negara (Senator) (Dis 1984 - Jul 1986).
Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Prof. Puan Sri Datin Paduka Dr. Jamilah binti Arifin serta dikurniakan dua orang cahaya mata.
https://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Ghani_Othman

Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 13 Dis 1963. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LLB) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science dan menerima Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) pada tahun 1990.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh sebelum menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994 - 2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di NTV 7.
Ringkasan perjalanan politik Azalina adalah seperti berikut:
Ketika tidak menyandang jawatan dalam Kabinet, beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan 'Sisters in Islam'.
Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women Organizations (NCWO). Beliau pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Selain itu, beliau juga pernah menjadi hos rancangan-rancangan televisyen yang membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosial seperti rancangan Dateline Malaysia dan Lidah Pengarang.
Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Jaffar adalah seorang pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja dan merupakan Panglima Angkatan Tentera ke-23 dari 31 Jan 2025 sehingga 27 Dis 2025.
Mohd Nizam bin Jaffar dilahirkan pada 3 Ogos 1966 di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Beliau juga berjaya menamatkan pendidikan ketenteraan profesionalnya di Kolej Ketahanan Negara (MKN), Pusat Pengajian Pertahanan Negara (PUSPAHANAS), Putrajaya pada tahun 2020 di mana beliau berjaya memenangi Anugerah Kolej Ketahanan Kebangsaan (NRC) oleh Majlis Staf Pengarah NRC. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Nottingham dan dianugerahkan sebagai Fellow Scholar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Kerjaya Mohd Nizam dalam bidang ketenteraan bermula sebagai ketua platun di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanikal) dan kemudiannya bertanggungjawab sebagai juruiring kepada timbalan panglima Tentera Darat dan panglima Angkatan Tentera, Mohamed Hashim Mohd. Ali. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi juruiring Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Mohd Nizam juga pernah berkhidmat sebagai komander Briged Kedua Infantri Malaysia, Ipoh dan seterusnya dilantik sebagai pengarah pengurusan latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD), Port Dickson. Sebelum berkhidmat sebagai penolong ketua staf perkhidmatan anggota (AKS PA) di Markas Angkatan Tentera Malaysia - Bahagian Perkhidmatan Anggota (MK ATM - BPA), beliau memegang jawatan sebagai komander MKN, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.
Mohd Nizam turut mencipta sejarah sebagai pegawai kanan Tentera Darat Malaysia pertama yang dipilih untuk menghadiri Kursus Komander Kontinjen Operasi Sokongan Keamanan Global (GPOI) di Monterey, California, Amerika Syarikat, sebelum dilantik sebagai komander batalion Malaysia (MALBATT) 2 di Lubnan.
Mohd Nizam dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-23 pada 31 Januari 2025, menggantikan Mohammad Ab Rahman. Pelantikannya adalah penyimpangan bersejarah daripada tradisi, kerana ia menyaksikan ketua angkatan tentera tidak dipilih daripada ketua tentera, tentera laut dan udara semasa. Selepas pelantikannya sebagai kepimpinan tertinggi tentera, beliau dinaikkan pangkat daripada Leftenan Jeneral kepada Jeneral.
Mohd Nizam telah berkahwin dengan Puan Sri Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai dan mempunyai seorang anak.

JENERAL TAN SRI MUHAMMAD ISMAIL BIN JAMALUDDIN
JENERAL TAN SRI ACKBAL BIN ABDUL SAMAD TUDM
LAKSAMANA TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN AYOB
JENERAL TAN SRI MUHAMMAD HAFIZUDDEAIN BIN JANTAN

No comments:
Post a Comment