Tuesday, February 3, 2015

MTA 041 : PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

PBT

Ini adalah satu ‘maklumat sejarah’ dan ‘general knowledge’ yang tidak ramai orang ingin ambil tahu, sebab tak ada kepentingan besar dalam kehidupan kita. Iaitu berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kaitan PBT dengan kehidupan harian kita hanya melibatkan isu Cukai Taksiran (Cukai Pintu) bagi yang memiliki rumah yang digazetkan sebagai kawasan sesuatu PBT.

Dalam sistem perundangan Malaysia, PBT atau Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan ketiga dalam sistem pentadbiran Negara, selepas Kerajaan Persekutuan (Pusat) dan Kerajaan Negeri. PBT merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan.

PBT merupakan sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kawasan berasaskan kepentingan tempatan.

Berdasarkan Seksyen 13, Akta tersebut, PBT ditafsirkan sebagai “mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).
                                                
Komposisi dalam sesebuah PBT meliputi:

(1)   Yang Dipertua atau Datuk Bandar; dan

(2)    Ahli Majlis yang mengandungi tidak kurang daripada lapan (8) dan tidak lebih daripada dua puluh empat (24) orang ahli, yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

PBT pada umumnya diberikan kuasa oleh undang-undang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan kondisi masyarakat setempat.

Pada asasnya, sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan  dijalankan berasaskan
dua prinsip iaitu:

(1)   di luar bidang kuasa (ultra-vires);
(2)   keupayaan yang kompeten (general competence).

Oleh itu, PBT diberi tanggung jawab untuk menentukan kehidupan masyarakat tempatan berada pada tahap optimum.

Dalam melaksanakan tugas dan peranannya, PBT  perlu melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan termasuklah fungsifungsi budi bicara yang telah diberi oleh undang-undang.

Sebagai Kerajaan Ketiga yang berhubung secara  langsung dengan masyarakat setempat, PBT mempunyai peranan yang luas yang digariskan dalam undang-undang yang pelbagai dan sebagai contoh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menggariskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan meliputi:

(1)   penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat
(2)   pewujudan pusat-pusat perdagangan seperti pasar, gerai-gerai dsb.
(3)   pengawalan ke atas kesihatan awam, kacau ganggu, keselamatan dsb.
(4)   pelaksanaan tanggung jawab sosial yang meliputi pembangunan tempat-tempat awam, kolam renang dsb.

Dalam menjamin peranan yang diberikan kepada PBT dapat dijalankan dengan sempurna, PBT telah diberikan kuasa untuk melaksanakan tindakan-tindakan wajar melalui beberapa undang-undang berikut:

(1)   Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
(2)   Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
(3)   Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
(4)   Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154).
(5)   Akta Makanan 1983 (Akta 281).
(6)   Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan undang-undang lain yang berkaitan.

ref:mbsa.gov.my

BANDARAYA DI MALAYSIA

Berikut adalah nama-nama 19 bandar di Malaysia yang telah diiktiraf sebagai BANDARAYA  setelah memenuhi kriteria yang termaktub. Bagaimanapun, mempunyai 20 buah Dewan/Majlis Bandaraya kerana bandaya Kuching dibahagikan kepada dua bahagian)

(1)   Kuala Lumpur (1 Februari 1972) - Majlis Perbandaran Kuala Lumpur @ MPKL (1951) dinaik taraf menjadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @ DBKL.

Datuk Bandar Kuala Lumpur:
  1.   Tan Sri Datuk Lokman bin Yusof  (1 Feb 72 - 15 Mei 72) 
  2.   Tan Sri Yaacob bin Datuk Dr Abdul Latiff  (Julai 72 - 31 Jan 82) 
  3.   Tan Sri Datuk Elyas bin Omar  (1 Feb 1983 - 17 Nov 1992)
  4.   Tan Sri Dr  Mazlan bin Ahmad  (Tan Sri) (18 Nov 1992 - 14 Dis 1995)
  5.   Tan Sri Datuk Kamaruzzaman bin Shariff ( 15 Dis 95 - 14 Dis 2001)
  6.   Datuk Mohamad Shaid bin Mohd Taufek   (15 Dis 2001 - 14 Dis 2004)
  7.   Datuk Roslin bin Hassan  (15 Dis 2004 - 31 Nov 2006)
  8.   Datuk Abdul Hakim bin Borhan  (1 Dis 2006 - 13 Dis 2008)
  9.   Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail (14 Dis 2008 - 15 Julai 2012)
  10.   Tan Sri Ahmad Phesal bin Talib (18 Julai 2012 - 17 Jul 2015)
  11.   Tan Sri Amin Nordin bin Abd Aziz (18 Jul 2017 - 30 Sep 2018)
  12.   Datuk Seri Nor Hisham bin Ahmad Dahlan (2 Okt 2018 - 30 Sep 2020)  
  13.   Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah (1 Oktober 2020 - 31 Mac 2023)   
  14.   Datuk Haji Kamarulzaman bin Mat Salleh (17 Apr 2023 - 14 Ogos 2024)   
  15.   Datuk Seri Maimunah binti Mohd Sharif (15 Ogos 2024 - 14 Nov 2025)
  16.   Datuk Seri Fadlun bin Mak Ujud (15 Nov 2025 - kini)
(2)   Ipoh (27 Mei  1988)- Majlis Perbandaran Ipoh @ MPI (1962) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Ipoh @ MBI.

Datuk Bandar Ipoh:
  1.   Dato’ Hj Omar bin Abu (24 Jul 1996 - 23 Jul 1998) 
  2.   Dato’ Ismail bin Shah Bodin (24 Jul 1998 - 23 Jul 2000)
  3.   Dato’ Hj Talaat bin Hussein (24 Jul 2000 - 23 Jul 2002)
  4.   Dato’ Hj Sirajuddin bin Salleh (24 Apr 2002 - 23 Jul 2004)
  5.   Dato’ Hj Hassan bin Mohamad Nawawi (24 Jul 2004 - 23 Jul 2006)
  6.   Dato’ Ahmad Rafiai bin Mokhtar (24 Jul 2006 - 23 Jul 2008)
  7.   Dato’ Roshidi bin Hashim (24 Jul 2008 – 02 Jul 2014)
  8.   Dato' Harun bin Rawi (03 Jul 2014 - 02 Jul 2015)
  9.   Datuk Hj Zamri bin Man (01 Jul 2015 - 17 Feb 2019)
  10.   Datuk Ahmad Suaidi bin Abd Rahim (1 Jul 2019 - 31 Mac 2020)
  11.   Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud  (1 Apr 2020 - 31 Mac 2025)
  12.   Tuan Zamakhshari bin Hanipah 16 Apr 2025 - kini)
(3)   Kuching (1 Ogos 1988) Majlis Perbandaran Kuching @ MPKu (1953) dinaik taraf menjadi bandaraya dan dibahagi kepada dua wilayah pentadbiran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara @ DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan  @ MBKS.

Datuk Bandar Kuching Utara:
  1.   Datuk Dr Haji Mohd Yusof bin Haji Hanifah (01 Ogos 1988 - 1994)
  2.   Datuk Haji Awang Ehsan bin Joini (1994 - 2000)
  3.   Datuk Haji Madehi bin Haji Kolek (2000 - 31 Jan 2005)
  4.   Datuk Abdul Hamid bin Mohd Yusof (01 Feb 2005 - 26 Jul 2007).
  5.   Tuan Hj Mohd Atei bin Abang Medaan (27 Jul 2007 - 31 Jul 2011)
  6.   DCP (B) Datuk Abang Abdul Wahab bin Hj Abang Julai (1 Ogos 2011 - 31    Ogos 2019)  
  7.   Datuk Junaidi bin Redzuan (1 Sep 2019 - 31 Ogos 2023) 
  8.   Datuk Haji Hilmy bin Haji Othman (1 Sep 2023 – kini)
Datuk Bandar Kuching Selatan:
  1.   Datuk Song Swee Guan (01 Ogos 1988 - 31 Jan 1997)
  2.   Datuk Chan Seng Kai (01 Feb 1997 - 25 Ogos 2006) 
  3.   Tuan Chong Ted Tsiong (31 Jul 2006 - 31 Ogos 2007) 
  4.   Tuan James Chan Khay Syn (04 Jun 2008 – 31 Ogos 2019)
  5.   Encik Wee Hong Seng (01 Sep 2019 - kini)
(4)   Johor Bahru (1 Januari 1994). Majlis Perbandaran Johor Bahru @ MPJB (1977) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Johor Bahru @ MBJB dan dikenali sebagai Bandaraya Gerbang Selatan. 

Datuk Bandar Johor Bahru:
  1.   Dato' Hj Hashim bin Yahya (01 Jan 1994 - 31 Dis 2000) 
  2.   Dato' Hj Johari bin Suratman (01 Jan 2000 - 31 Dis 2003)
  3.   Dato' Hj Abdul Wahid bin Hj Dahlan (01 Jan 2003 - 31 Dis 2006) 
  4.   Dato' Hj Abdul Latif bin Yusof (01 Jan 2006 -30 Sep 2006)
  5.   Dato' Hj Mohd Naim bin Hj Nasir (1 Okt 2006 - 02 Ogos 2009)
  6.   Tuan Hj Mohd Jaffar bin Awang (03 Ogos 2009 - 30 Jun 2011)
  7.   Tuan Hj Burhan bin Amin (01 Jul 2011 - 6 Jun 2013)
  8.   Dato' Hj Ismail bin Karim (7 Jun 2013 - 13 Apr 2014)
  9.   Dato' Hj Abdul Rahman bin Mohamed Dewam (14 Apr 2014 - 16 Ogos 2015)
  10.   Tuan Hj A. Rahim bin Haji Nin (17 Ogos 2015 - 24 Okt 2017)
  11.   Dato' Hj Amran bin A. Rahman (25 Okt 2017 - 14 Nov 2019)
  12.   Dato' Haji Adib Azahari bin Daud (17 Nov 2019) - 14 Ogos 2021)
  13.   Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman (15 Ogos 2021 - 2 Jan        2025)
  14.   Dato' Haji Mohd Hafizz bin Haji Ahmad (3 Jan 2025 - kini)
(5)   Kota Kinabalu (2 Februari 2000). Nama asalnya adalah Jesselton dan diubah menjadi Kota Kinabalu pada tahun 1968. Majlis Perbandaran Kota Kinabaru @ MPKK (1979) dinaik taraf menjadi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu @ DBKK.

Datuk Bandar Kota Kinabalu:
  1.   Datuk Abd Ghani bin Abd Rashid  (2 Feb 2000 - 31 Jan 2005)
  2.   DCP (B) Datuk Ilyas bin Ibrahim  (1 Feb 2005 - 31 Jan 2011)
  3.   Datuk Abidin bin Madingkir (1 Feb 2011 - 31 Jan 2016)
  4.   Datuk Yeo Boon Hai @ Arling bin Ukau (1 Feb 2016 – 31 Dis 2018)
  5.   Datuk Nordin bin Siman (1 Jan 2019 - 31 Dis 2020)
  6.   Datuk Noorliza binti Awang Alip (1 Jan 2021 - 31 Dis 2023)
  7.   Datuk Seri Ir Sabin bin Samitah (1 Jan 2024 - kini).
(6)   Shah Alam (10 Oktober 2000) Majlis Perbandaran Shah Alam @ MPSA (1978) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam @ MBSA.

Datuk Bandar Shah Alam:
  1.   Dato' Hj Abu Sujak bin Mahmud (10 Okt 2000 - 09 Okt 2002)
  2.   Dato' Hj Salamon bin Selamat (10 Okt 2002 - 9 Okt 2004)
  3.   Dato' Hj Ramli bin Mahmud (10 Okt 2004 - 29 Mac 2006)
  4.   Dato' Hj Ramlan bin Othman (30 Mac 2006 - 29 Mac 2007).
  5.   Dato' Hj Mazalan bin Mohd Nor (2007 - 31 Mac 2011)
  6.   Dato' Hj  Mohd Jaafar bin Hj Mohd Atan (1 April 2011 - 31 Mac 2014)
  7.   Dato' Hj Ahmad Zaharin bin Mohd Saad (1 Apr 2014 - 20 Jan 2019)
  8.   Dato' Haji Haris bin Kassim (21 Jan 2019 - 3 Jun 2021)
  9.   Dato' Haji Zamani Ahmad bin Mansor (`4 Jun 2021 - 30 Nov 2022)
  10.   Tuan Dr Nor Fuad bin Abd Hamid (1 Dis 2022 - 17 Jan 2024)
  11.   Tuan Ir Haji Che Remi bin Tariman (18 Jan 2024 - 5 Jun 2024)
  12.   Dato' Haji  Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (6 Jun 2024 - 18 Feb 2026)
  13.   Dato'  Zabidah binti Safar (19 Feb 2026).
(7)   Melaka (15 April 2003) - Majlis Perbandaran Melaka @ MPMBB (1977) dinaiktaraf kepada bandaraya dan  dikenali sebagai Majlis  Bandaraya Melaka Bersejarah @ MBMB.

Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah:
  1.   Datuk Mohd Zaini bin Mohd Noor (15 Apr 2003 - 7 Feb 2008) 
  2.   Datuk Yusof bin Jantan (7 Feb 2008 - 31 Dis 2009) 
  3.   Datuk Zainal bin Abu (1 Jan 2009 - 31 Dis 2013)
  4.   Datuk Zainal bin Hussein (1 Jan 2014 - 31 Mei 2018)
  5.   Datuk Hj Azmi Hj Hussein (1 Jun 2018 - 31 Jan 2019)
  6.   Datuk Haji Mansor bin Sudin (1 Feb - 2019 - 31 Mac 2020)
  7.   Datuk Zainal bin Abu (1 Apr 2020 - 31 Jan 2023).
  8.   Datuk Haji Shadan Othman (1 Feb 2023 - kini)
(8)   Alor Setar (21 Disember 2003) Majlis Perbandaran Kota Setar @ MPKS  (1979) telah dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Alor Setar @ MBAS)

Datuk Bandar Alor Setar:
  1.   Dato' Lela Bakti Dato' Wira Haji Mohd Yusof bin Nayan (30 Okt 2004 -              29 Okt 2006)
  2.   Dato' Haji Abdul Mukhti bi Abdullah (30 Okt 2006 - 29 Okt 2008)
  3.   Dato' Haji Khazali bin Hj Din (29 Okt 2008 hingga 28 Okt 2010)
  4.   Dato' Seraja Bakti Dato' Haji Mat Noh bin Ahmad (29 Okt 2010 - 14 Ogos            2016)
  5.   Dato' Haji Mohd Zohdi bin Hj Saad (30 Ogos 2016 – 22 Apr 2020)
  6.   Dato' Haji Zaid bin Ahmad  (15 Mei 2020 - 31 Okt 2022)
  7.   Dato' Haji Mohd Yusri bin Md Daud (1 Nov 2022 - 30 Jan 2025)
  8.   Dato' Haji Abdul Ghaffar bin Yahya (2 Feb 2025 - kini)
(9)   Miri (20 Mei 2005) - Majlis Perbandaran Miri @ MPM (1981) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Miri @ MBM dan dikenali sebagai Bandaraya Peranginan.

Datuk Bandar Miri:
  1.   Datuk Wee Han Wen (20 Jun 2005 - 22 Jan 2010)
  2.   Tuan Lawrence Lai Yew Soon ( 14 Feb 2009 - Dis 2014)
  3.   Tuan Adam Yii Siew Sang  (30 Jun 2016 – kini)
(10)  Petaling Jaya (20 Jun 2006) - Majlis Perbandaran Petaling Jaya @ MPPJ (1976) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Petaling Jaya @ MBPJ dikenali juga sebagai Bandaraya Satelit.

Datuk Bandar Petaling Jaya:
  1.   Datuk Hj Termizi bin Puteh (1 Jun 2006 - 15 Ogos 2006)
  2.   Dato‘ Haji Roslan bin Sakiman (16 Ogos 2006 - 16 Ogos 2012)
  3.   Datin Paduka Alinah binti Ahmad (1 Jan 2013 - 31 Dis 2014)
  4.   Datuk Mohd Azizi bin Mohd Zain (1 Apr 2015 - 31 Mac 2019) 
  5.   Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar (1 April 2019 - 28 Okt 2021)
  6.   Dato' Mohd Azhan bin Amir (29 Okt 2021 - 31 Jan 2024)
  7.   Dato' Hj Mohamad Zahri bin Samingon (1 Feb 2024 - kini)
(11)  Kuala Terengganu (1 Jan 2008) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu @ MPKT (1979) dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu @ MBKT pada 1 Jan 2008 dan  dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Pantai.

Datuk Bandar Kuala Terengganu:
  1.   Dato Hj Mat Razali bin Kassim (01 Jan 2008 - 31 Dis 2010)
  2.   Dato‘ Hj Adzlan bin Mohd Dagang (01 Jan 2011 - 09 Dis 2014)
  3.   Tuan Samiun bin Salleh (13 Dis 2014 - 04 Sep 2016)
  4.   Tuan Hj Mohd Zulkifli bin Abu Bakar (05 Sep 2016 - 21 Jan 2019)
  5.   Tuan Hj Shahidan bin Embok (22 Jan 2019 - 31 Mei 2022)
  6.   Tuan Haji Rosli bin Latif (1 Jun 2022 - 4 Mei 2025)
  7.   Dato' Jusman bin Ibrahim (5 Mei 2025 - 31 Jan 2026)
  8.   Tuan Haji Lizan bin Che Mat (1 Feb 2026 - kini)
(12)   George Town (1 Januari 1957) - diiktiraf oleh Kerajaan British sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (status dipertikai). Bagaimanapun status ini secara tidak langsung di mansuhkan (dituruntaraf) dengan penubuhan Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 1976. Pada 1 Jan 2015, Majlis Perbandaran Pulau Pinang @ MPPP dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang @ MBPP.

Senarai nama Datuk Bandar Pulau Pinang:
  1.   Datuk Patahiyah binti Ismail (1 Jan 2015 - 30 Jun 2017)
  2.   Datuk Maimunah binti Mohd Sharif (1 Jul 2017 - 31 Dis 2017) - meletak    jawatan kerana dilantik menjadi Pengarah Eksekutif UN-Habitat di Nairobi.
  3.   Tuan Ar Yew Tung Seang (20 Jan 2018 - 5 Mei 2023)
  4.   Dato' Ir A. Rajendran a/l P. Anthony (6 Mei 2023 - kini)
(13)  Nusajaya (22 Nov 2017) yang sebelum nya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah @ MPJBT (2001) dinaik taraf menjadi Bandaraya dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Datuk Bandar Iskandar Puterii:
  1.   Dato Haji Adib Azhari Daud (22 Nov 2017 - 19 Nov 2019).
  2.   Dato Haji Salehuddin Hassan (20 Nov 2019 -17 Mac 2021).
  3.   Dato Haji Mohd Haffiz Ahmad (18 Mac 2021 - 2 Jan 2025)
  4.   Tuah Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir (3 Jan 2025 - 13 Jul 2025)
  5.   Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim (14 Jul 2025 - kini)
(14)  Seberang Perai (16 September 2019). Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Seberang Perai @ MPSP (1976) dan kini dinamakan Majlis Bandaraya Seberang Perai @ MBSP.

Datuk Bandar Seberang Perai:
  1.   Dato' Sr Hj Rozali bin Mahmud (16 Sep 2019 - 31 Dis 2021)
  2.   Dato' Azhar bin Arshad (1 Jan 2022 - 13 Feb 2024)
  3.   Dato' Haji Baderul Amin bin Abd Hamid (27Jun 2024 - kini)
(15)  Seremban (1 Januari 2010) adalah gabungan Majlis Perbandaran Seremban @ MPS (1979) dan Majlis Perbandaran Nilai @ MPN (2002) dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Seremban @ MBS.

Datuk Bandar Seremban:
  1.   Datuk Zazali bin Salehuddin (1 Jan 2020 - 23 Jul 2021)
  2.   Dato' Masri bin Razali (23 Jul 2021 - 8 Ogos 2025).
  3.   Tuan Ir Ts Haji Masri  bin Baharudin (8 Ogos 2025 - kini)
(16)  Subang Jaya (20 Okt 2020). Majlis Perbandaran Subang Jaya @ MPSJ  (1997) telah dinaik taraf dan diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 20 Okt 2020 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya @ MBSJ.

Datuk Bandar Subang Jaya:
  1.   Puan TPr. Noraini binti Roslan (20 Okt 2020 - 13 Jan 2022)
  2.   Dato' Johary bin Anuar (9 Feb 2022 - 2 Mei 2023)
  3.   Dato'  Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (3 Mei 2023 - 5 Jun 2024)
  4.   Dato' Amirul Azizan bin Dato' Sri Abd. Rahim (22 Jul 2024 - kini)
(17)  Pasir Gudang (22 Nov 2020). Majlis Perbandaran Pasir Gudang @ MPPG (1977) telah dinaik taraf dan diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 22 Nov 2020 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pasir Gudang @ MBPG.

Datuk Bandar Pasir Gudang:
  1.   Dato' Haji Asman Shah bin Abdul Rahman  (22 Nov 2020 - 30 Sep 2024)
  2.   Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsuddin (1 Okt 2024 - 16 Okt        2025)
  3.   Datin Paduka Hazlina binti Jalil (17 Okt 2025 - kini)
(18) Kuantan (21 Feb 2021) Majlis Perbandaran Kuantan @ MPKn (1979) telah dinaik taraf dan  diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya oleh KDYMM Al Sultan Pahang pada 21 Feb 2021 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuantan @ MBK.

Datuk Bandar Kuantan:
  1.   Dato' Haji Hamdan bin Hussain  (21 Feb  2021 - 21 Jun 2023)
  2.   Dato' Razihan bin Adzharuddin (22 Jun 2023 - 27 Mei 2025)
  3.   Dato' Zaliza bin Zulkipli (28 Mei 2025 - kini)
(19)   Klang (5 Feb 2024) Pada 23 Jul 2023 KPKT telah mengumkan kelulusan kenaikan taraf Majlis Perbandaran Klang @ MPK (1977) ke taraf bandaraya dan diisytiharkan oleh DYMM Sultan Selangor pada 5 Feb 2024 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang @ MBDK.

Datuk Bandar Diraja Kelang:
  1.   Datin Paduka Noraini bin Roslan (5 Feb 2024 - 20 Nov 2024)
  2.   Dato' Abdul Hamid bin Hussain (2 Dis 2024 - kini)

SENARAI BERKUASA TEMPATAN 
(MENGIKUT NEGERI) 

JOHOR DARUL TAAZIM

Bandaraya (4)
  1. Majlis Bandaraya Johor Bahru (1 Jan 1994) - meliputi Johor Bahru, Tampoi, Larkin, Kempas, Pasir Pelangi, Taman Pelangi, Rinting, Tebrau dan Permas Jaya. Sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Bandaran (1910), Majlis Bandaran (1952) dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Barat (1 April 1977).
  2. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (22 Nov 2017) - meliputi pekan Kota Iskandar, Gelang Patah, Tampoi, Seelong, Skudai, Lima Kedai, Kangkar Pulai, Ulu Choh, Ulu Tiram, Plentong. Sebelum ini adalah Majlis Daerah Johor Bahru Tengah  (1 Mac 1978) dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (2001).
  3. Majlis Bandaraya Pasir Gudang (22 Nov 2020) meliputi Mukim Tiram dan Mukim Plentong (Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Scientex, Taman Kota Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam dan Masai,  Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Langsat,  Taman Perindustrian Mahsuri; dan Cahaya Baru. Sebelum ini Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (1977), Majlis Perbandaran Pasir Gudang @  MPPG (1 Jul 2008).
Majlis Perbandaran (7)
  1. Majlis Perbandaran Batu Pahat (1 Jan 2001) meliputi Bandar Penggaram dan pekan-pekan Senggarang, Seri Gading, Semerah. Sebelum ini Lembaga Bandaran Penggaram (1912), Majlis Bandaran Bandar Penggaram (1952), Majlis  Daerah Batu Pahat Barat (1 Nov 1976).
  2. Majlis Perbandaran Muar (14 Apr 2001) meliputi Bandar Maharani dan pekan-pekan Parit Jawa, Parit Bakar, Sg Balang, Kesang, Serom. Sebelum ini Lembaga Bandaran Muar (1921), Majlis Bandaran Bandar Maharani (6 Mac 1952) dan Majlis Daerah Muar Selatan (1 Ogos 1976).
  3. Majlis Perbandaran Kluang (8 Mei 2001)  meliputi bandar Kluang dan pekan Rengam, Mengkibul, Paloh dan Kahang. Sebelum ini Lembaga Bandaran Kluang (1920), Majlis Bandaran Kluang (1957) dan Majlis Daerah Kluang Utara ().
  4. Majlis Perbandaran Kulai (21 Apr 2004) meliputi bandar Kulai dan pekan-pekan Sedenak, Senai, Bukit Besar dan Bukit Batu. Sebelum ini Majlis Tempatan Kulai (1950) dan Majlis Daerah Kulai (1 Jan 1976).
  5. Majlis Perbandaran Segamat (1 Jan 2018) meliputi bandar Segamat, Jementah, Batu Anam, Gemas Baru, Bukit Siput, Buloh Kasap dan Pekan Jabi. Sebelum ini Lembaga Bandaran Segamat (1912), Majlis Bandaran Segamat (1951) dan Majlis Daerah Segamat Utara (1 Jan 1977).
  6. Majlis Perbandaran Pengerang (1 Jan 2020) meliputi kawatan Pengerang, Tg Surat, Johor Lama, Pantai Timur dan Sedili Kechil. Sebelum ini dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang (2017).
  7. Majlis Perbandaran Pontian (31 Jul 2021) meliputi Pontian Kecil, Pontian Besar, Benut, Permas, Kukup, Sanglang. Sebelum ini Majlis Bandaran Pontian (19xx) dan Majlis Daerah Pontian (1 Feb 1979).
Majlis Daerah (7)   
  1. Majlis Daerah Kota Tinggi (1 Jan 1977) meliputi Bandar Kota Tinggi, Ulu Sungai Johor, Ulu Sungai Sedili, Kambau , Mawai). Sebelum ini adalah Lembaga Bandaran Kota Tinggi (19xx) dan  Majlis Bandaran Kota Tinggi (1 Apr 1961)
  2. Majlis Daerah Labis (1 Sep 1979)   meliputi pekan-pekan Labis, Bekok, Chaah, Sungai Karas dan Ayer Panas. Sebelum ini adalah  Majlis Tempatan Labis (195x) dan Majlis Daerah Segamat Selatan (29 Dis 1976)
  3. Majlis Daerah Tangkak (1 Ogos 1976) meliputi Tangkak, Sagil, Lenga. Sebelum ini adalah  Lembaga Bandaran Tangkak (1937), Majlis Tempatan Tangkak (1952) dan Majlis Daerah Muar Utara (1976).
  4. Majlis Daerah Mersing (26 Mei 1977) meliputi Bandar Mersing, Mersing Kanan, Endau, Jemaluang dan Padang Hubong. Sebelum ini adalah  Majlis Bandaran Mersing (1953)
  5. Majlis Daerah Yong Peng (1 Sep 1979) dahulunya Majlis Daerah Batu Pahat Timur, meliputi Yong Peng, Air Hitam, Parit Raja, Parit Yaani, Seri Medan, Parit Sulong). Sebelum ini adalah  Majlis 
  6. Majlis Daerah Simpang Renggam (1 Jan 1997). meliputi Simpang Rengam, Macap, Layang-layang, Rengam, Paloh). Sebelum ini adalah  Majlis Tempatan Simpang Rengam () dan dahulunya Majlis Daerah Kluang Selatan ().
  7. Pihak Berkuasa Tempatan Bandar Penawar (PBT Khas).

MELAKA

Bandaraya (1)
  1. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (15 Apr 2003). Sebelum ini adalah:
    • Committee of Assessors, The Town and The Fort of Malacca (1824).
    • Committee of Municipal of Malacca (1848).
    • Majlis Perbandaran Melaka (1 Jan 1977).

Majlis Perbandaran (3)
  1. Majlis Perbandaran Alor Gajah (1 Mei 2003). Sebelum ini adalah  Majlis Luar Bandar Alor Gajah (1959) Majlis Daerah Alor Gajah (1 Jul 1978).
  2. Majlis Perbandaran Jasin (1 Jan 2007). Sebelum ini adalah Majlis Luar Bandar Jasin (1959) dan Majlis Daerah Jasin (1 Jul 1978)
  3. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (1 Jan 2010). Sebelum ini adalah sebahagian dari Majlis Perbandaran Melaka dan sebahagian kecil kawasan dari Majlis Daerah Alor Gajah dan Jasin.

NEGERI SEMBILAN

Majlis Bandaraya (1)
  1. Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Sebelum ini adalah:
    • Seremban Sanitary Board (1897)
    • Lembaga Bandaran Seremban (12 Jan 1946).
    • Majlis Bandaran Seremban (14 Apr 1953).
    • Majlis Tempatan Nilai (1959)
    • Majlis Perbandaran Seremban (1 Mac 1979) - termasuk Nilai
    • Majlis Perbandaran Nilai (2 Feb 2002)
    • Majlis Bandaraya Seremban ditubuhkan pada 1 Januari 2020 merupakan  gabungan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
Majlis Perbandaran
  1. Majlis Perbandaran Port Dickson @ MPPD (2 Feb 2002). Sebelum ini adalah Port Dickson Sanitary Board (190x), Lembaga Bandaran Port Dickson (1938), Majlis Bandaran Port Dickson (1955) dan Majlis Daerah Port Dickson (1 Dis 1979).
  2. Majlis Perbandaran Jempol @ MPJL(3 Jan 2018). Sebelum ini adalah Majlis Daerah Jempol (1 Ogos 1980).
Majlis Daerah
  1. Majlis Daerah Kuala Pilah @ MDKP (Jun 1980).Merupakan gabungan Majlis Bandar Rompin (1937) dan Majlis Bandaran Kuala Pilah (Feb 1957).
  2. Majlis Daerah Tampin (1 Jul 1980). Sebelum ini adalah Lembaga Bandaran Tampin (19xx).
  3. Majlis Daerah Rembau (1 Jul 1980). Sebelum ini adalah Lembaga Bandaran Rembau (19xx).
  4. Majlis Daerah Jelebu (20 Ogos 1980). Sebelum ini adalah Lembaga Bandaran Kuala Klawang () yang digabungkan dengan Majlis Tempatan Titi dan Pertang.

SELANGOR

Dewan/Majlis Bandaraya
  1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (1 Feb 1972). Ketika itu Kuala Lumpur adalah Ibu Negeri Selangor (merangkap Ibu Negara Malaysia). Pada 1 Feb 1974, Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan menjadi Wilayah Persekutuan. 
  2. Majlis Bandaraya Shah Alam (10 Okt 2000). Shah Alam dibuka pada tahun 1963 sebagai pelan penggantian Kuala Lumpur yang dijadikan ibu kota Malaysia mulai 16 Sep 1963. Majlis Perbandaran Shah Alam @ MPSA ditubuhkan pada 7 Dis 1978 dan diisytiharkan Ibu Negeri Selangor. MPSA ini beroperasi secara rasmi mulai 1 Jan 1979.
  3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (20 Jun 2006). Sebelum ini adalah Petaling Jaya Authority (195x), Lembaga Bandaran Petaling Jaya (1 Jan 1964), dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya @ MPPJ (1 Jan 1977).  
  4. Majlis Bandaraya Subang Jaya (2017). Sebelum ini adalah Majlis Daerah Petaling (1 Jan 1977) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (2 Jan 1997).
  5. Majlis Bandaraya Diraja Klang (2023). Klang bermula sebagai Klang Sanitary Board (Mei 1890), Lembaga Bandaran Klang (1945), Majlis Bandaran Klang (1954), Majlis Daerah Klang (1971) dan  Majlis Perbandaran Klang (1 Jan 1977).

Majlis Perbandaran (7)
  1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya @ MPAJ (1 Jul 1992). MPAJ adalah bermula dari Lembaga Bandaran Ampang. Ia adalah gabungan kawasan perbandaran Ampang (daerah Hulu Langat) dan sebahagian daerah Gombak.
  2. Majlis Perbandaran Selayang @ MPS (1 Jan 1997). Sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Bandaran Gombak (19xx) dan Majlis Daerah Gombak (1 Jan 1977).
  3. Majlis Perbandaran Kajang @ MPKj (1 Jan 1997). Sebelum ini adalah Kajang Town Board (1898), Lembaga Bandaran Kajang (19xx), Majlis Bandaran Kajang (195x) dan Majlis Daerah Hulu Langat (1 Jan 1986),  
  4. Majlis Perbandaran Sepang @ MPS (3 Mac 2005). Sebelum ini adalah Sepang Sanitary Board, Lembaga Bandaran Sepang dan Majlis Daerah Sepang @ MDSepang (1975)
  5. Majlis Perbandaran Kuala Selangor @ MPKS (8 Jul 2021). Sebelum ini adalah Majlis Tempatan Kuala Selangor (19xx) dan Majlis Daerah Kuala Selangor @ MDKS (6 Feb 1978)
  6. Majlis Perbandaran Hulu Selangor @ MPHS (21 Okt 2021). Sebelum ini adalah Majlis Daerah Hulu Selangor @ MDHS (1 Jan 1975)
  7. Majlis Perbandaran Kuala Langat @ MPKL (1 Mac 2020). Sebelum ini adalah Majlis Daerah Kuala Langat @ MDKL (1 Jan 1975)
Majlis Daerah (1)
  1. Majlis Daerah Sabak Bernam @ MDSB (1 Jan 1977). Sebelum ini Majlis Tempatan (19xx) dan Lembaga Bandaran Sabak Bernam (19xx).

PERAK

Majlis Bandaraya (1)
  1. Majlis Bandaraya Ipoh (27 Mei 1988). MBI bermula dari Ipoh Sanitary Board (1893), Majlis  Bandaran Ipoh (31 Mei 1962) dan Majlis Perbandaran Ipoh (1 Jan 1980).
Majlis Perbandaran (4)

  1. Majlis Perbandaran Taiping (1 Sep 1979) -  sebelum itu Sanitary Board (1874), Lembaga Bandaran (1930), Majlis Bandaran (1956).
  2. Majlis Perbandaran Manjong (1 Ogos 2001) - sebelumnya Majlis Daerah Manjung (1 Jan 1980)
  3. Majlis Perbandaran Telok Intan (23 Apr 2003) - sebelumnya Majlis Daerah Hilir Perak (1 Dis 1979).
  4. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (18 Feb 2004) - sebelumnya Lembaga Bandaran K. Kangsar (19xx); Majlis Bandaran (19xx); dan Majlis Daerah K. Kangsar (1 Jan 1980).
Majlis Daerah (10)
  1. Majlis Daerah Batu Gajah sebelum ini Majlis Daerah Kinta Barat (1 Sep 1977) dan ditukar nama kepada MDBG (26 Mac 2009).
  2. Majlis Daerah Kerian (1 Sep 1979) - sebelum ini Lembaga Bandaran Kerian (1 Jul 1975)
  3. Majlis Daerah Tapah (1 Sep 1979). Didahului oleh Lembaga Bandaran Tapah (19xx).
  4. Majlis Daerah Gerik (1 Dis 1979). Sebelum itu Lembaga Bandaran Gerik (17 Feb 1928).
  5. Majlis Daerah Lenggong (1 Dis 1979). Didahului oleh Majlis Tempatan Lenggong (19xx). 
  6. Majlis Daerah Kampar sebelum ini Majlis Daerah Kinta Selatan (1 Dis 1979)  dan ditukar nama kepada MDK(25 Feb 2009)
  7. Majlis Daerah Perak Tengah (1 Dis 1979). Didahului oleh Majlis Tempatan Parit.
  8. Majlis Daerah Selama (1 Dis 1979) - Didahului oleh Lembaga Bandaran Selama (<1952), Majlis Tempatan Selama (1953), 
  9. Majlis Daerah Tanjung Malim (1 Dis 1979). Didahului oleh Tg Malim Sanitary Board (19xx); dan Majlis Tempatan Tanjung Malim (19xx). 
  10. Majlis Daerah Pengkalan Hulu (4 Jan 1984). Didahului oleh Lembaga Bandaran Kroh (19xx); dan Majlis Daerah Kroh (1976). 

PULAU PINANG

Majlis Bandaraya (2)
  1. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) (1 Jan 2015) - sebelum itu adalah Penang Municipal Board (1856), Dewan Bandaraya Geprge Town (1 Jan 1957);  selepas merdeka diturun taraf kepada Majlis Perbandaran George Town (1961); digabungkan dengan Majlis Daerah Luar Bandar Barat Daya (Balik Pulau) dan dinamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (1 Jan 1974); diistihar sebagai Majlis Perbandaran P. Pinang @ MPPP (1 Jan 1976).
  2. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) (16 Sep 2019). Sebelum ini adalah Majlis Luar Bandar Seberang Perai Utara (Butterworth), Tengah (Bukit Mertajam); dan Selatan (Nibong Tebal) (1913); Majlis Bandaran Bukit Mertajam (1961),  Majlis Bandaran Butterworth (1961); penyusunan semula kepada Majlis Daerah  SP Utara (Butterworth) @ MDSPU: Majlis Daerah  SP Tengah (Bukit Mertajam) @ MDSPT dan Majlis Daerah SP Selatan (Nibong Tebal) @ MDSPS (30 Jun 1974)  dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Seberang Perai (1 Jul 1974); gabungan MDSPU, MDSPT dan MDSPS dinamakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (15 Dis 1976).

KEDAH

Majlis Bandaraya (1)
  1. Majlis Bandaraya Alor Star @ MBAS (28 Nov 2003). Sebelum ini Alor Setar Sanitary Board (1905); Lembaga Bandaran Kota Setar (1958); Majlis Daerah Kota Setar @ MDKS (1 Mac 1976); dan Majlis Perbandaran Kota Setar @ MPKS (1979).
Majlis Perbandaran (4)
  1. Majlis Perbandaran Sungai Petani (2 Julai 1994). Sebelum ini adalah 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (1953);  Pada , Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda @ MDKTKM (1 Ogos 1975); dan Majlis Daerah Kuala Muda @ MDKM  (1 Feb 1978). 
  2. Majlis Perbandaran Langkawi  Bandar Pelancongan (16 Dis 2000). Didahului oleh Kuah Sanitary Board (Kuah Town Board) (1945); dan diikuti oleh Majlis Daerah Langkawi  (29 Apr 1987).
  3. Majlis Perbandaran Kulim (1 Ogos 2011). Didahului oleh Kulim Town Board (19xx); Majlis Bandaran Kulim (1957); Lembaga Bandaran Kulim (1967); dan Majlis Daerah Kulim (1978). 
  4. Majlis Perbandaran Kubang Pasu (22 Okt 2018). Didahului oleh Majlis Tempatan Jitra (19xx); dan Majlis Daerah Kubang Pasu (1989). 
Majlis Daerah (6)
  1. Majlis Daerah Sik (1 Ogos 1975). Didahului oleh Lembaga Bandaran Sik.
  2. Majlis Daerah Padang Terap (1 Jan 1976). Didahului oleh Lembaga Bandaran Padang Terap (19xx).
  3. Majlis Daerah Bandar Baharu (1 Mac 1979). Didahului oleh Lembaga Bandaran Bandar Baharu.
  4. Majlis Daerah Yan (1 Mac 1979). Didahului oleh Lembaga Bandaran Yan.
  5. Majlis Daerah Pendang (1 Jan 1987). Didahului oleh Lembaga Bandaran Pendang (19xx); Majlis Tempatan Pendang (1 Jan 1979).
  6. Majlis Daerah Baling (1 Jan 1987). Didahului oleh Lembaga Bandaran Baling (19xx); dan Majlis Tempatan Baling (1 Apr 1976).

KELANTAN

Majlis Perbandaran
  1. Majlis Perbandaran Kota Bharu @ MPKB (1978). Didahului oleh Majlis Bandaran Kota Bharu (1936); dan Lembaga Bandaran Kota Bharu (1971). Disytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam @ MPKBBI  pada 1 Okt 2005.   
Majlis Daerah
  1. Majlis Daerah Bachok (1 Jan 1979) dikenali sebagai Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam. 
  2. Majlis Daerah Gua Musang  (1 Jan 1979). Didahului oleh Lembaga Bandaran Gua Musang (19xx) digabungan dengan Majlis Tempatan Bertam (19xx) menjadi Majlis Daerah Ulu Kelantan (1979). 
  3. Majlis Daerah Jeli (1 Jan 1988). Didahului oleh Majlis Tempatan Jeli (1 Jan 1979).  
  4. Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam adalah penjenamaan kepada  Majlis Daerah Kota Bharu (1 Jan 1979). Ia adalah pecahan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu. Didahului oleh Majlis Tempatan Ketereh (19xx) Diubah nama menjadi Majlis Daerah Ketereh  Perbandaran Islam pada 31 Jan 2006. 
  5. Majlis Daerah Kuala Krai (1 Jan 1979). Didahului oleh Majlis Tempatan Kuala Krai dan Lembaga Bandaran Kuala Krai dan kemudiannya dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Utara. MDKK meliputi bandar Kuala Krai, pekan Guchil, Bukit Sireh, Pahi dan Tualang. 
  6. Majlis Daerah Pasir Mas (1 Jan 1979). Didahului oleh Lembaga Bandaran Pasir Mas dan 3 Majlis Tempatan (Rantau Panjang, To' Uban dan Gual Periok.
  7. Majlis Daerah Machang (1 Jan 1979). Didahului oleh Lembaga Bandaran Machang dan Majlis Tempatan Temangan. 
  8. Majlis Daerah Pasir Puteh (1 Jan 1979). Gabungan Lembaga Bandaran Pasir Puteh dan majlis Tempatan Cherang Ruku. 
  9. Majlis Daerah Tanah Merah (1 Jan 1979). Didahului oleh Lembaga Bandaran Tanah Merah dan Majlis Tempatan Bukit Bunga, Gual Ipoh dan Kusial.
  10. Majlis Daerah Tumpat (1 Jan 1979). Didahului oleh Tumpat Sanitory Board (1914); dan Lembaga Bandaran Tumpat (1955) bersama Majls Tempatan Wakaf Bharu. 
  11. Majlis Daerah Dabong (1 Jan 1979). Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merupakan gabungan 3 Majlis Tempatan (Dabung, Manek Urai dan Kuala Balah).

TERENGGANU

Majlis Bandaraya
  1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (1 Jan 2008). Didahului oleh  Majlis Bandaran Kuala Terengganu (19xx); dan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu @ MPKT (18 Jan 1979). Kuala Terengganu dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Pantai.

Majlis Perbandaran
  1. Majlis Perbandaran Kemaman (1 Jan 2002). Didahului oleh Lembaga Bandaran Kemaman (); dan  Majlis Daerah Kemaman (1 Jan 1981).
  2. Majlis Perbandaran Dungun  (20 Ogos 2008) . Didahului oleh Lembaga Bandaran Dungun (19xx); dan Majlis Daerah Dungun (1 Jan 1981).

Majlis Daerah
  1. Majlis Daerah Besut (1 Jan 1981). Meliputi Majlis Tempatan Jerteh, Kampong Raja dan Kuala Besut.
  2. Majlis Daerah Hulu Terengganu (1 Jan 1981). Didahului oleh Kuala Berang Sanitary Board (19xx), Lembaga Bandaran Kuala Berang (19xx); dan Jumaah Bandaran Ulu Terengganu dan  
  3. Majlis Daerah Marang (1 Jan 1981). Didahului oleh Majlis Tempatan Marang.

PAHANG

Majlis Bandaraya (1)
  1. Majlis Bandaraya Kuantan (21 Feb 2021). Didahului oleh Kuantan Sanitary Board (1 Ogos 1913); Kuantan Town Board (1937); Majlis Bandaran Kuantan (1953) dan  Majlis Perbandaran Kuantan @ MPKn (1 Sep 1979).
Majlis Perbandaran (2)
  1. Majlis Perbandaran Temerloh (15 Jan 1997). Didahului oleh Lembaga Bandaran Temerloh, Majlis Bandaran Mentakab dan 3 Majlis Tempatan (Kerdau, Lanchang dan Kuala Krau)  dan Majlis Daerah Temerloh (1 Jul 1981)
  2. Majlis Perbandaran Bentong (25 Dis 2021). Didahului oleh Majlis Daerah Bentong (1 Jul 1981).
  3. Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (30 Jul 2023). Didahului oleh Pekan Sanitary Board (1924); Lembaga Bandaran Pekan (1 Nov 1968); dan gabungan bandar Pekan dengan Majlis Tempatan Kuala Pahang dan Nenasi membentuk Majlis Daerah Pekan (1 Jul 1988).
Majlis Daerah (7)
  1. Majlis Daerah Maran (1 Jan 1981). Didahului oleh Majlis Tempatan Maran (di bawah Lembaga Bandaran Pekan (1970-1981); digabungkan dengan Majlis Tempatan Chenor (Temerloh) membentuk Majlis Daerah Maran.
  2. Majlis Daerah Raub (1 Jul 1981). Didahului oleh Raub Sanitary Board (19xx); dan  Lembaga Bandaran Raub (19xx); Meliputi bandar Raub, Sg Ruan, Teras dan pekan-pekan Dong, Tranum dan Bukit Fraser.
  3. Majlis Daerah Jerantut (1 Mac 1982). Didahului oleh Lembaga Bandaran Jerantut (1 Jul 1960). Meliputi bandar Jerantut dan pekan-pekan Kuala Tahan, Kuala Tembeling, Jeransang dan Damak. 
  4. Majlis Daerah Lipis (1 Mac 1982). Didahului oleh Lipis Sanitary Board (19xx); Majlis Bandaran Lipis (1959) dan bergabung dengan Majlis Tempatan Benta, dan pekan-pekan kecil lain.
  5. Majlis Daerah Cameron Highlands (1 Mac 1982). Meliputi bandar Tanah Rata, pekan-pekan Brinchang, Lubok Tamang dan Ringlet.
  6. Majlis Daerah Rompin (1 Jul 1988). Meliputi bandar Kuala Rompin, bandar Muadzam Shah danTanjung Gemok, 
  7. Majlis Daerah Bera (1 Jan 1998). Meliputi bandar Bera, bandar Teriang dan pekan Kemayan.
Lembaga Pembangunan (1)
  1. Lembaga Pembangunan Tioman @ TDA (19 Nov 1997)
PERLIS

Majlis Perbandaran
  1. Majlis Perbandaran Kangar (1 Jan 1980). Didahului oleh Kangar Sanitary Board/Kangar Town Board (19xx); dan Majlis Bandaran Kangar (1956).  Meliputi keseluruhan bandar dan pekan/kampung dalam negeri Perlis.

SABAH

Dewan Bandaraya (1)
m
  1. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu @ DBKK (2 Feb 2000). Didahului oleh  Jesselton Sanitary Board (1931); Jesselton Town Board (1 Jul 1954); Lembaga Bandaran Kota Kinabalu (30 Sep 1968); dan Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (1 Jan 1979).
Majlis Perbandaran (2)
  1. Majlis Perbandaran Sandakan (1 Jan 1982). Didahului oleh Sandakan Sanitary Board (19xx); Sandakan Town Board/Lembaga Bandaran Sandakan (16 Dis 1961). Majlis Perbandaran Sandakan adalah gabungan Lembaga Bandaran Sandakan dengan Majlis Daerah Luar Bandar Sandakan (1 Jan 1963)
  2. Majlis Perbandaran Tawau (1 Jan 1982). Didahului oleh Tawau Sanitary Board (19xx); Majlis Perbandaran Tawau adalah gabungan antara Lembaga Bandaran Tawau (1955) dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau (1 Jan 1963).
  3. Majlis Perbandaran Penampang (2 Jan 2024). Didahului oleh Jesselton Rural District Council (1958); Majlis Luar Bandar Kota Kinabalu (30 Sep 1968); dan Majlis Daerah Penampang (1 Jan 1979).
  4. Lembaga Bandaran Kudat   
  5. 3. 
Lembaga Bandaran (1)
  1. Lembaga Bandaran Kudat (1 Jan 1983). Didahului oleh Kudat Sanitary Board (19xx); Majlis Daerah Kudat (2 Jan 1962).
Majlis Daerah
m
  1. Majlis Daerah Beaufort (1 Jan 1958). 
  2. Majlis Daerah Tuaran (1 Jan 1958). Meliputi bandar Tuaran, dan pekan-pekan Tenghilan, Tamparuli, Kiulu, Topokon dan Berungis.3. 
  3. Majlis Daerah Beluran (1 Jul 1968). Didahului oleh Majlis Daerah Labuk-Sugut.
  4. Majlis Daerah Keningau (1 Jan 1962). 
  5. Majlis Daerah Kota Belud (1 Jan 1962).
  6. Majlis Daerah Kota Penyu (1 Jan 1962).
  7. Majlis Daerah Lahad Datu (1 Jan 1962). 
  8. Majlis Daerah Papar (1 Jan 1962). 
  9. Majlis Daerah Ranau (1 Jan 1962).
  10. Majlis Daerah Semporna (1 Jan 1962).
  11. Majlis Daerah Sipitang (1 Jan 1962).
  12. Majlis Daerah Tambunan (1 Jan 1962).
  13. Majlis Daerah Tenom (1 Jan 1962).
  14. Majlis Daerah Nabawan (1 Jan 1964).
  15. Majlis Daerah Kinabatangan (1 Jul 1968).
  16. Majlis Daerah Kota Marudu (1 Jan 1983). 
  17. Majlis Daerah Kunak (1 Jun 1994).

SARAWAK

Majlis Bandaraya
  1. Dewan Bandaraya Kuching Utara (1 Ogos 1988). Didahului oleh Kuching Sanitary and Advisory Board (1921); Majlis Bandaran Kuching (1 Jan 1934); dan Majlis Perbandaran Kuching (1 Jan 1953) - 
  2. Majlis Bandaraya Kuching Selatan (1 Ogos 1988). Didahului oleh Kuching Sanitary Board (1921); Majlis Bandaran Kuching (1 Jan 1934); dan Majlis Perbandaran Kuching (1 Jan 1953)
  3. Majlis Bandaraya Miri (20 Mei 2005). Didahului oleh Lembaga Perbandaran Miri (1933); Majlis Bandaran Miri (1 Jan 1956); Majlis Daerah Miri (9 Jan 1961); dan Majlis Perbandaran Miri (6 Nov 1981).
Majlis Perbandaran (2)
  1. Majlis Perbandaran Sibu (1 Nov 1981). Didahului oleh Sibu Municipal Board (31 Jan 1925); Sibu Urban District Council (1 Jan 1952).
  2. Majlis Perbandaran Padawan (1 Ogos 1996). Didahului oleh Kuching Rural District Council (1956).
Lembaga Pembangunan (1)
  1. Lembaga Pembangunan Bintulu @ BDA (8 Jul 1978)
Majlis Daerah
  1. Majlis Daerah Bau. 
  2. Majlis Daerah Betong. 
  3. Majlis Daerah Dalat dan Mukah. 
  4. Majlis Daerah Kanowit. 
  5. Majlis Daerah Kapit. 
  6. Majlis Daerah Lawas. 
  7. Majlis Daerah Luar Bandar Sibu. 
  8. Majlis Daerah Lubok Antu. 
  9. Majlis Daerah Maradong dan Julau. 
  10. Majlis Daerah Lundu. 
  11. Majlis Daerah Marudi. 
  12. Majlis Daerah Matu dan Daro. 
  13. Majlis Daerah Samarahan. 
  14. Majlis Daerah Saratok. 
  15. Majlis Daerah Sarikei. 
  16. Majlis Daerah Serian. 
  17. Majlis Daerah Simunjan. 
  18. Majlis Daerah Sri Aman. 
  19. Majlis Daerah Limbang. 
  20. Majlis Daerah Subis.



Nota: TAJUK ini mengambil masa hampir dua bulan untuk dilengkapkan kerana memerlukan membuat pelayaran dari satu portal/wiki ke satu portal/wiki PBT untuk mendapatkan maklumat terkini.








No comments:

Post a Comment