Malaysia Negara Demokrasi
Parti-parti
Politik Berdaftar Malaysia
Barisan
Nasional (sebelum ini dikenali Parti Perikatan)
1. United
Malays National Organization (UMNO) (ditubuhkan (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu) pada 11 Mei 1946 oleh Onn Jaafar) - Pemimpin kini: Mohd Najib bin Abd Razak
2. Malaysian
Chinese Association (MCA) (ditubuhkan pada 27 Feb 1949 oleh Tan Cheng
Lock)- Pemimpin kini: Liow Tiong Lai
3. Malaysian
Indian Congress (MIC) (ditubuhkan (Malayan Indian Congress) pada Ogos 1946
oleh John Aloysius Thivy) - Pemimpin kini: S Subramaniam
4. Parti
Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (ditubuhkan pada 12 Mac 1968 oleh Syed
Hussein Al Attas, Tan Chee Koon, JBA Peter, Lim Chong Eu, Wang Gungwu dan
V.Veerapen) - Pemimpin kini: Mah Siew Kong
5. Parti
Progresif Penduduk Malaysia (MYPPP) (dulu dikenali sebagai People Progressive Party) ditubuhkanpada 10 April 1953 oleh D R Seenivasagam) - Pemimpin kini: M Kayveas
6. Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (ditubuhkan pada 5 Jan 1973 oleh
Temenggong Jugah anak Barieng) - Pemimpin kini: Abang Abdul Rahman Zohari bin Abang Openg.
PBB adalah gabungan parti-parti:
a. Parti
Negara Sarawak (PANAS) (9 Apr 1960 oleh Abang Haji Mustapha)
b. Barisan
Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) (ditubuhkan 4 Dis 61 oleh Tuanku Bujang Hj Osman
dan Abd Rahman Yaakob)
c. Parti
Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) (ditubuhkan Ogos 1962 oleh Jugah anak Barieng)
d. Parti
Bumiputera Sarawak (ditubuhkan 30 Mac 1968 oleh Abang Ikhwan Zaini)
7. Parti
Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (1959 oleh Ong Kee Hui) - Pemimpin kini: Sim Kui Hian
8. Parti
Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) (ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Peter
Nyarok Enteri dan William Mawan Ikom) - Pemimpin kini: Tiong King Sing
9. Parti
Rakyat Sarawak (PRS) (ditubuhkan pada 2004 oleh James Jemut Masing dan Sng
Chee Hua) - Pemimpin kini: James Jemut Masing
10. Pertubuhan
Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (ditubuhkan pada 1994
(Parti Demoktarik Sabah (PDS) oleh Bernard Gilok Dompok) - Pemimpin kini: Wilfred Madius
Tangau
11. Parti
Bersatu Sabah (PBS) (ditubuhkan pada 5 Mac 1985 oleh Joseph Pairin
Kitingan) - Pemimpin kini: Joseph Pairin Kitingan
12. Parti
Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) (ditubuhkan pada 11 Mac 1994 oleh Joseph
Kurup) -Pemimpin kini: Joseph Kurup
13. Parti
Liberal Demokratik (LDP) (ditubuhkan pada 1989 oleh Hiew Min Kiong)- Pemimpin kini: Teo
Chee Kang
Parti
Mesra Barisan Nasional
1. Parti
Pekerja Sarawak (SWP) - Pemimpin kini: Larry Sng Wei Shein
2. Parti
Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) - Pemimpin kini: William Mawan anak Ikom
3. Parti
Rakyat Bersatu (UPP) - Pemimpin kini: Wong Soon Koh
4. Kongres
India Muslim Malaysia (KIMMA) - Pemimpin kini: Syed Ibrahim bin Kader Badrul Zaman
5. Parti
Bersatu India Malaysia (MIUP) - Pemimpin kini: K.S Nallakaruppan
6. Parti
Makkal Sakti Malaysia (MMSP) - Pemimpin kini: K.S Thanenthiran
7. Parti
Punjabi Malaysia (PPM) - Pemimpin kini: Gurjeet Singh Rhande
8. Parti
Keadilan India Malaysia (MIJP) - Pemimpin kini: tiada maklumat
9. Kongres
Ceylonese Malaysia (MCC) - Pemimpin kini: N.K.S Tharmaseelan
10. Parti
Cinta Malaysia (PCM) - Pemimpin kini: Tan Weng Chew
11. Parti
Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru) - Pemimpin kini: Leo Moggie anak Irok
12. Parti
Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (Peace Party-Sarawak) - Pemimpin kini: tiada maklumat
13. Parti
Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) - Pemimpin kini: tiada maklumat
14. Barisan
Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) - Pemimpin kini: Jayashree Pandithan
15. Parti
Cina Bersatu Sabah (1980) - Pemimpin kini: tida maklumat
Pakatan
Harapan (dulunya Pakatan Rakyat)
1. Parti
Keadilan Rakyat (PKR) (ditubuhkan pada 3 Ogos 2003 oleh Wan Azizah Wan
Ismail/Syed Husin Ali) - Pemimpin kini: Wan Azizah binti Wan Ismail,
merupakan gabungan dari:
a. Parti
Keadilan Nasional (ADIL) (ditubuhkan pada 4 Apr 1999 oleh Wan Azizah
Wan Ismail)
b. Parti
Rakyat Malaysia (PRM) (ditubuhkan pada 11 Nov 1955 oleh Ahmad Boestamam)
2. Parti
Tindakan Demokratik (DAP) (ditubuhkan pada 11 Oktober 1965 oleh Devan
Nair) - Pemimpin kini: Lim Guan Eng
3. Parti
Amanah Negara (AMANAH) (ditubuhkan pada 16 Sep 2015) - merupakan
penjenamaan baru Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (MWP) yang ditubuhkan oleh
Ganga Nair pada Jan 1978) - Pemimpin kini: Mohamad bin Sabu
4. Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (ditubuhkan pada 9 Sep 2016 oleh Mahathir
Mohamad, Mukhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir) - Presiden sekarang: Mukhyiddin bin Mohd Yassin
Parti Mesra Pakatan Harapan
5. Parti
Pembangunan Warisan Sabah (WARISAN) (ditubuhkan pada 17 Okt 2016 oleh Mohd
Shafie Apdhal)- Pemimpin kini: Mohd Shafie Apdhal
Gagasan
Sejahtera
1. Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) (ditubuhkan pada 24 Nov 1951 oleh Ahmad Fuad
Hassan)- Pemimpin kini: Abdul Hadi bin Awang
2. Parti
Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) - Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir
3. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) (diasaskan oleh Mohamed bin Nasir pada tahun 1977) - Pemimpin kini: Abd Hamid bin Mamat
Gabungan
Rakyat Saksama
1, Parti
Reformasi Negeri (STAR) - Pemimpin kini: Patau Rubis
2. Parti
Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU) - Pemimpin kini: tiada maklumat
3. Pertubuhan
Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan)- Pemimpin kini: tiada maklumat
4. Parti
Bersatu Sasa Malaysia / Malaysia United People’s Party (MUPP/BERSAMA) - Pemimpin kini: Suhaiddin Langkap
5. Parti
Kebangsaan Sabah (PKS) - Pemimpin kini: Thomas Anggan
6. Parti
Alternatif Rakyat (PAP) - Pemimpin kini: Zulkifeli bin Mohd Noor
Parti
Politik lain
1. Parti
Sosialis Malaysia (PSM) - Pemimpin kini: Mohd Nasir bin Hashim
2. Parti
Rakyat Malaysia (PRM) - Pemimpin kini: Ariffin bin Salimon
3. Parti
Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) - Pemimpin kini: Masrum bin Dayat
4. Parti
Generasi Baru (NewGen Party) - Pemimpin kini: S. Gobi Krishnan
5. Parti
Nasional Malaysia (MNP), Johor - Pemimpin kini: tiada maklumat
6. Parti
Nasional Penduduk Malaysia (PNP), Seremban - tiada maklumat
7. Parti
Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) - Pemimpin kini: tiada maklumat
8. Parti
Momogun Kebangsaan Malaysia - Pemimpin kini: tiada maklumat
9. Parti
Harapan Rakyat Malaysia - Pemimpin kini: tiada maklumat
10. Parti
Generasi Baru (PGB) - Pemimpin kini: tiada maklumat
Parti
Politik lain - Sarawak
1. Kongres
Dayak Malaysia (MDC) - Pemimpin kini: Nicholas Bawin anak Anggat
2. Dayak
National Party (DNP) - Pemimpin kini: tiada maklumat
3. Parti
Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) - Pemimpin kini: tiada maklumat
4. Parti
Bumi Kenyalang (PBK) - Pemimpin kini: tiada maklumat
5. Parti
Tenaga Rakyat Sarawak - Pemimpin kini: tiada maklumat
Parti
Politik lain - Sabah
1. Parti
Maju Sabah (SAPP) - Pemimpin kini: Yong Teck Lee
2. Parti
Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) - Pemimpin kini: Zainal bin Hj Nasirudin
3. Parti
Solidariti Tanah Airku (STAR) - Pemimpin kini: Jeffery Kitingan
3. Parti
Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA) - Pemimpin kini: tiada maklumat
4. Parti
Kebangsaan Sabah - Pemimpin kini: tiada maklumat
5. Parti
Kebenaran Sabah (STP) - Pemimpin kini: Bentan bin Alamin
6. Parti
Bersatu Bugis Sabah - Pemimpin kini: tiada maklumat
7. Parti
Ekonomi Rakyat Sabah (PERS) - Pemimpin kini: tiada maklumat
8. Parti
Cinta Sabah (PCS) - Pemimpin kini: Wilfred Bumburing
9. Parti
Damai Sabah (SPP) - Pemimpin kini: tiada maklumat
10. Barisan
Rakyat Sabah (SPF) - Pemimpin kini: Berman Angkap
11. Barisan
Borneo Bersatu - Pemimpin kini: tiada maklumat
12. Parti
Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah - Pemimpin kini: tiada maklumat
13. Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu - Pemimpin kini: tiada maklumat
14. Pertubuhan
Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah - Pemimpin kini: tiada maklumat
15. Parti
Perpaduan Rakyat Sabah - Pemimpin kini: tiada maklumat
16. Parti
Kerjasama Rakyat Sabah - Pemimpin kini: tiada maklumat
Parti-Parti
politik Pasca Merdeka yang Telah Dibubarkan
1. Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) - Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau
United Sabah National Organisation (USNO) adalah parti politik yang berpusat di
Sabah, Malaysia. Parti ini diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, pada
tahun 1991. Parti itu berjaya memerintah selepas memenangi pilihanraya negeri
1967. USNO kekal berkuasa sehingga 1975 di bawah kepimpinan Tun Mustapha, dan
sehingga 1976 di bawah Mohamed Said Bin Keruak. Sebelum pembentukan
Malaysia pada 16 September, 1963, USNO memainkan peranan penting dalam
kerjasama dengan UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation), yang
dipimpin oleh Tun Fuad Stephens, dan dalam Persekutuan Tanah Melayu, dalam
mendapat kemerdekaan daripada Great Britain. Pada tahun 1975, Setiausaha
Agung USNO Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO
untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Jelata
Sabah (BERJAYA). Parti BERJAYA berjaya mengalahkan USNO pada pilihanraya
negeri 1976 untuk membentuk kerajaan sehingga 1985. Pada tahun 1990, USNO
bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun
Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah Usno dibubarkan untuk
bergabung dengan UMNO pada tahun 1991
2. Angkatan
Keadilan Insan Malaysia (AKIM) -
3. Parti
Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) -
4. Parti
Buruh Malaya (MLP) -
5. Parti
Melayu Semangat 46 (PMS46) - PMS46 merupakan sebuah parti politik serpihan
UMNO. PMS46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh
Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO
dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan
memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.
Selepas
ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri
Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat
penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir
menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan
sebelum itu. Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah
parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr
Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.
Parti
Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk
menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum
Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma
mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di
sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP,
PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya
Umum 1990.
Selepas
Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato'
Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO Baru.
6. Barisan
Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) -
7. Pertubuhan
Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) -
8. Parti
Demokratik Malaysia (MDP) - Parti Demokratik Malaysia (Malaysian Democratic
Party) ( MDP) merupakan sebuah parti
politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1998
oleh Wee Choo Keong selepas beliau disingkirkan
oleh DAP dan kini pendaftaranya ditarik balik pada tahun 2010
oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Parti MDP ini pernah
bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 dan Pilihan
Raya Umum Malaysia 2004 tetapi gagal memenangi mana-mana kerusi, sama ada
di peringkat Parlimen ataupun di peringkat Dewan Undangan Negeri.
Pengasasnya yang juga Setiausaha Agung MDP, Wee Choo Keong telah
dipecat oleh Majlis Tertinggi MDP, juga pernah bertanding tetapi kalah di
kerusi Bukit Bintang atas tiket MDP pada kedua-dua Pilihan Raya
Umum Malaysia 1999 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Namun
akhirnya beliau berjaya bertanding dan memenangi kerusi Wangsa
Maju di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 tetapi bukan di
atas tiket MDP sebaliknya di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
9. Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) -
10. Parti
Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM) -
11. Parti
Sosial Demokratik (SDP) -
12. Angkatan
Keadilan Rakyat (AKAR) -
13. Barisan
Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)-
14. Ikatan
Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) -
15. Konvensyen
Solidariti Malaysia -
16. Parti
Bumiputera -
17. Parti
Demokratik Bersatu -
18. Parti
Demokratik India Malaysia -
19. Parti
Demokratik Sabah -
20. Parti
Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS) -
21. Parti
Machinda -
22. Kesatuan
Insaf Tanah Air (KITA)
23. Parti
Mahasiswa Negara -
24. Parti
Marhaen Malaysia (Parti Marhaen) ditubuhkan pada 1968 oleh Ahmad Boestamam
dan lain-lain aktivis sosial termasuk Ishak Haji Muhammad yang meninggalkan
Barisan Sosialis yang semakin lemah dan kucar-kacir. Menggunakan falsafah
perjuangan Marhaen, istilah pergerakan politik yang popular di Indonesia
bermaksud golongan petani dan kelas pekerja berpegang kepada ideologi sosialis
yang bertujuan menghapuskan kesan pengaruh penjajah dan berjuang ke arah
masyarakat yang bersifat nasionalisme atau kebangsaan serta keadilan sosial.
Namun Parti Marhaen tidak mahu dikaitkan dengan Indonesia. Parti Marhaen cuba
untuk menghidupkan kembali kejayaan lepas Barisan Sosialis di dalam Pilihan
Raya Umum Malaysia 1974. tetapi gagal dan terus menjadi parti terkubur.
25. Parti
Negara Sarawak (PANAS). PANAS atau National Party of Sarawak merupakan
salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada 9 April
1960 di Sarawak, Malaysia untuk menghadapi pilihan raya majlis tempatan dan
daerah yang telah dimulakan pada tahun 1959. PANAS mendukung tujuan melindungi,
memelihara dan memajukan kepentingan politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi,
sosial dan kebudayaan rakyat seluruh negeri Sarawak, khasnya kaum bumiputera.
Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Barisan Rakyat Jati Sarawak
(BARJASA) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti
Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Sarawak (PBB) pada 30 April 1973. PANAS merupakan parti politik kedua di
Sarawak dan diasaskan oleh Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, kira-kira 10 bulan
selepas penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang merupakan parti
politik pertama didaftarkan di Sarawak. Pada peringkat permulaannya, PANAS
tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan sendiri
tetapi selepas dua tahun, parti ini mula diterima apabila sebanyak 62,795 ahli
menganggotainya kerana menentang penjajahan Malaya. Ketika itu, PANAS sudah
menubuhkan 65 cawangan di seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000 orang
Melayu, 20,000 orang suku kaum Iban, dan 10,000 orang suku kaum Bidayuh,
termasuk beratus-ratus orang lain daripada kaum Cina. Setelah pendaftaran PANAS
diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, Datu Bandar Abang Haji Mustapha
dilantik sebagai Pengerusi dan Abang Othman, adiknya yang meletakkan jawatan
sebagai Timbalan Penguasa Polis, dilantik sebagai Setiausaha Agung.
26. Parti
Perhimpunan Kebangsaan -
27. Parti
Pesaka Anak Sarawak (PAPAS). PAPAS atau Sarawak Native's Heritage
Party atau juga dikenali juga sebagai PESAKA, merupakan salah satu bekas parti
politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 di Sarawak,
Malaysia. Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Bersama-sama empat orang
pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jugah yang meninggalkan Parti Negara
Sarawak (PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan
yang kuat daripada kaum Iban Sibu. Menjelang Ogos 1962, parti baru PESAKA telah
tumbuh di Sibu untuk orang Iban dari Batang Rajang. Penaja-penajanya telah
enggan menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), yang mengikut mereka adalah
untuk orang Iban dari Saribas. Antara penaja PESAKA adalah Penghulu Masam Anak
Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi Anak Resa dan Penghulu Umpau.
Temenggong Jugah, Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jonathan Bangau pula
menyertainya kemudian. Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah pada mulanya
ahli Parti Negara Sarawak (PANAS), Bangau pula ahli Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP). Penghulu-penghulu dari bahagian lains seperti Penghulu Tawi Sli
dari Bahagian Kedua dan Penghulu Abok Anak Jalin dari Bintulu juga menyertai
PESAKA. Jadi PESAKA sebenarnya juga merupakan "Parti Penghulu".
Namun, orang yang sebenarnya melahirkan akal untuk menubuhkan PESAKA adalah
Thomas Kana, seorang pembantu perubatan yang merupakan pembalut luka di Kuala
Belait, Brunei. Beliau dilantik Setiausaha Agung PESAKA yang pertama. Kebetulan
Stephen Kalong Kingkan, salah seorang pengasas dan Setiausaha Agung pertama
SNAP, bukan sahaja adalah rakan sejawatannya di Kuala Belait tapi juga
seterunya. Semenjak di Kuala Belait, Ningkan dan Kana tidak suka dan selalu menyindir
antara satu sama lain. Apabila kedua-duanya pulang ke Sarawak, Ningkan
menubuhkan SNAP manakala Kana menubuhkan PESAKA dan pemusuhan mereka berterusan
menyemai benih dan bibit perpecahan di kalangan orang Iban-iban Sarawak,
asasnya antara Iban Batang Rajang dan Iban Saribas. Mereka enggan berganjak dan
masing-masing mahu menjadi ketua di dalam sesuatu parti atau kerajaan. Secara
tak langsung perpecahan dan permusuhan antara dua pemimpin ini telah
mempengaruhi perpaduan masyarakat Dayak sehingga hari ini. Pada 30 April 1973,
PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera yang merupakan gabungan Parti Negara
Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), untuk menubuhkan
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
28. Parti
Reformasi Insan Malaysia -
29. Parti
Tindakan Sabah Bersatu (USAP)- Parti Tindakan Sabah Bersatu atau United
Sabah Action Party (USAP) adalah sebuah parti politik Sabah yang ditubuhkan
oleh Kalakau Untol pada 1970an dan dibubarkan pada 1974 selepas beliau
menyertai Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS).
30. Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan Bersatu -
31. Parti
Perhimpunan Sabah Bersatu (PUSAKA) atau United Sabah Assembly Party
adalah sebuah parti politik Sabah yang ditubuhkan oleh Kalakau Untol pada 1977
dan dibubarkan pada 1978 selepas beliau menyertai Parti Bersatu Rakyat Jelata
Sabah (BERJAYA).
Parti-Parti politik Pra Merdeka yang Telah Dibubarkan
1. Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKMM juga dikenali Parti Nasionalis Melayu
(PNM)- (Malay Nationalist Party) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh,
Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan
selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah
untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang
bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu
di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.
Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh
pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara'
Parti Komunis Malaya. PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi
apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan
Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis.
2. Gerakan
Angkatan Muda (GERAM).
3. Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP). Independence of Malaya Party, IMP) atau juga
dipanggil Parti Malaya Merdeka (PMM) ialah sebuah parti politik di Malaya
British yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu. Parti
ini ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar setelah beliau menyatakan hasrat membuka
keahlian UMNO kepada kaum lain. Hal ini menyebabkan tentangan daripada ahli
UMNO dan beliau terpaksa keluar UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
pada 1951. Beliau bagaimanapun membubarkan parti ini pada 1953 selepas tidak
berapa mendapat sambutan dan menubuhkan Parti Negara.
4. Parti
Komunis Malaya (PKM). PKM atau Malayan Communist Party atau ialah sebuah
pertubuhan yang diasaskan pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan
British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Kezaliman Jepun semasa menakluki Malaya menyebabkan kelahiran
MPAJA, Force 136, Gerila Kinabalu dan
lain-lain gerakan yang menentang Jepun. MPAJA
merupakan salah satu cawangan Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 20
April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang
pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940,
mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap
bersubahat dengan Jepun.
Menerusi
MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah
diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA
dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku
pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan
kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang.
Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China
memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah
Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau
bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang
tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya
(PKM).
Tujuan
penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di
Tanah Melayu. Selepas
Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk
berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti
Min Yuen, MRL dan sebagainya. Mereka menguasai tanah melayu selama 14
hari.Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah
berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu.
Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota
komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh
Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam
tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya
mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas
Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan
pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran
saguhati kepada gerila-gerila terbabit. Parti
Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Terbentuknya
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti
Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti
Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui
mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin
politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan
komunis Bintang Tiga.
Pihak
komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri
serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948
iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput,
Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila
keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh
negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh
angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang
komunis.
Akibat
kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis
Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan
Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa
keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat
Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis
Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan
yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan
menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak
usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti
politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya
bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada
penjajahan British.
Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi
berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis
semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan
Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka
mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas
sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2
Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di
antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand.
Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis
Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan
Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.
5. Parti
Radikal Malaya. Parti Radikal Malaya atau Radical Party
(Malaya) adalah sebuah parti radikal pelbagai kaum dan bukan berlandas
perkauman yang ditubuhkan pada 1951 sebelum Tanah Melayu (Malaya) merdeka.
Pemimpin Parti Radikal yang berpengkalan di Pulau Pinang ialah Dr Lim Chong Eu.
Beliau kemudiannya membubarkan Parti Radikal pada 1952 untuk menyertai
menyertai MCA. Dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran George Town (Penang),
pilihan raya yang diadakan buat kali pertama di Tanah Melayu pada 1 Disember
1951, dari tiga parti yang bertanding iaitu Parti Radikal Malaya, Parti Buruh Malaya
(MLP) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Radikal telah
berjaya memenangi enam daripada sembilan kerusi untuk menguasai Majlis Bandaran
George Town.
6. Pemuda
Radikal Melayu (PERAM). Pemuda Radikal Melayu ditubuhkan pada Januari 1948 oleh
M. Mustaza. Pemuda Radikal Melayu ini berhaluan Sosialis. Namun Pemuda Radikal
Melayu ini telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
7. Persatuan
Melayu Perak. Persatuan Melayu Perak yang ditubuhkan pada 18 sep 1937
merupakan salah satu daripada pertubuhan sosial yang pernah bergerak di Daerah
Kinta. Penubuhannya adalah hasil dari keputusan satu perjumpaan yang telah
diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Seramai 104 orang telah menghadiri perjumpaan
tersebut, kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan yang berpendidikan
Inggeris. Persatuan Melayu Perak ditubuhkan dengan tujuan untuk menggalakkan
kerjasama antara ahli, meninggikan taraf pelajaran dan ekonomi, memberi peluang
kepada ahli-ahli melahirkan taat setia kepada Great Britain, kerajaan dan raja
serta bekerjasama dengan pihak Inggeris demi memajukan kepentingan orang
Melayu. Jawatankuasa persatuan ini terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan
pengerusi, dua orang setiausaha dan 17 orang wakil dari tiap-tiap daerah.
Hampir semua ahli jawatankuasa yang dilantik mempunyai pelajaran Inggeris dan
bekerja dengan kerajaan. Diantara mereka ialah Wan Mohd Nor bin Wan Nasir
(pengerusi), Encik Ali (setiausaha) dan Encik Laidin (setiausaha penerangan).
Keahlian Persatuan ini tidak dibuka kepada golongan atasan kerana persatuan ini
tidak mahu menyentuh kehormatan dan kemuliaan mereka. Ini telah menimbulkan
kecurigaan Inggeris, sehingga pihak pendaftar telah meminta Yang Dipertua
Persatuan memberi penjelasan. Berikutan dengan ini, keahlian Persatuan Melayu
Perak telah dibuka kepada semua golongan. Dalam bulan Oktober 1938,
Jawatankuasa baru telah disusun semula. Percubaan Persatuan Melayu Perak untuk
menyusun langkah-langkah kearah meninggikan ekonomi dan pelajaran orang Melayu
itu dapat diertikan sebagai satu kesedaran awal terhadap kemunduran orang-orang
Melayu. Persatuan ini bolehlah dianggap sebagai satu asas kearah perjuangan
politik tetapi ianya tidak dapat bergerak kerana tercetusnya Perang Dunia
Kedua.
8. Angkatan
Pemuda Insaf (API). API merupakan sebuah parti politik yang
ditubuhkan pada 17 Feb 1946 di Ipoh, Perak oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman
Rahim dan Bakar Thareek. API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis
Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu
Melaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan
Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di
Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut
perjuangannya. Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Jul 1947
dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang
berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies
Ordinance, 1947). Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan
yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri
yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan
API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh
Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh
British.
9. Pusat
Tenaga Rakyat (PUTERA). PUTERA (juga dipanggil Pusat Tindakan Rakyat pada
sesetengah masa) ialah sebuah parti campuran sayap kiri di Tanah Melayu yang
ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak
Sako) daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis
Melayu (MNP). Bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang
dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah
Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep
rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka. Akhirnya pada 18 Jun 1948,
PUTERA (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan
oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn
Jaafar.
10. Angkatan
Wanita Sedar (AWAS). AWAS ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan
Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Februari 1946. AWAS ini
bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini
dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. AWAS ini berhaluan Sosialis. Di
antara tokoh yang mengasaskan AWAS ialah: Aishah Ghani, Sakinah Junid dan Samsiah Fakeh. Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA),
sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang
diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu
(MNP). AWAS ini kemudian diharamkan oleh Kerajaan British pada tahun
1948.
11. Barisan
Tani SeMalaya (BATAS).