Monday, February 2, 2015

MTA 003 : RAJA-RAJA MELAYU MALAYSIA



 SENARAI RAJA-RAJA MELAYU  
MENGIKUT KEKANANAN TARIKNAITAHTA

SULTAN TERENGGANU
DARUL IMAN


DYMM Alwathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah
DKT DKR DK DKM DMN SUMZ SSMT SPMT DK(Perlis) DK(Johor) DKMB(Brunei) DK(Perak) DKNS DK(Kedah) DK(Kelantan) DK(Selangor) SPMJ
Commandeur de la Legion d'Honneur (Perancis) The Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn (Thailand) Collar de la Orden al Merito de Chile (Chile) Neclace of Independence (Qatar) Bintang Republik Indonesia Adipurna (Indonesia)
NAIK TAHTA: 16 NOVEMBER 1979

BIODATA

Tengku Mizan Zainal Abidin diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al Muktafi, KualaTerengganu.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah ibni almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah.  Bondanya ialah Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Menengah Sultan Sulaiman,  Geelong Grammar School, Victoria, Australia, Sekolah Pegawai Kedet Port Dickson, Royal Military Academy, Sandhurst, United Kingdom dan International University of Europe, London.

Tengku Mizan dilantik menjadi Yang DiPertuan Muda Terengganu pada 16 November 1979 (17 tahun).  Lanjutan dari kemangkatan ayahandanya, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Terengganu ke 17 pada 16 Mei 1998 dan ditabalkan pada 4 Mac 1999 dengan gelaran 'Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah.

Pada 26 April 1999 baginda dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong XI untuk kali pertama dan memangku jawatan YDP Agong dari 21 November 2001 hingga 13 Disember 2001 apabila YDPA XI, Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat dalam jawatan. Bagaimanapun Majlis Raja-Raja telah memilih Raja Perlis sebagai YDPA XII dan Sultan Mizan sekali lagi dipilih sebagai Timbalan YDPA XII untuk tempoh 5 tahun sehingga baginda dipilih menaiki takhta YDPA XIII dari 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.

Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah juga Kolonel YDP Kor Armor Diraja (mulai 1998) dan Kor Ordnans DiRaja (mulai 2004). Baginda juga adalah Canselor Universiti Teknologi MARA (2007-2011) dan Canselor Universiti Malaysia Terengganu (2001-2007).

Baginda berkahwin dengan  Cik Rozita binti Aidil Bakeri (dilahirkan pada 7 Dis 1973 di Alor Setar) pada 28 Mac 1996, yang kemudiannya bergelar Sultanah Nur Zahirah DK DMN SSMT SSMZ.  Dari perkahwinan ini baginda dikurniakan 2 putera dan dua puteri:

1.    Tengku Nadhira azZahra' (18 Dis 1996)

2.    Tengku Muhammad Ismail DKT.  Diputerakan pada 1 Mac 1998 dan dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda pada 12 Jan 2006 ketika berusia 8 tahun.

3.    Tengku Muhammad Mua'az (22 Dis 2000)

4.    Tengku Fatimah azZahra' (19 April 2002)


RAJA PERLIS DARUSSUNNAH
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
DKP DK SSPJ DKM DMN DK(Perak) DKNS DK(Kedah) DK(Kelantan) DKMB(Brunei) DK(Selangor) DK(Pahang) DK(Terengganu) SPMJ SPCM SSMT 
Grand Order of King Tomislav (Croatia) Grand Collier de L'Independence (Kemboja) Grand Croix de L'Ordre (Kemboja) Cavaliere di Gran Crose Decorato di Gran Cordone (Itali) Qiladah Badr AlKubra (Arab Saudi) Doceration of Omayad -The Finest Decoration (Syria) Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden) Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan)
NAIK TAHTA: 16 APRIL 2000

BIODATA

Syed Sirajuddin diputerakan di Arau pada 17 Mei 1943..Ayahandanya adalah almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni almarhum Syed Hussein Jamalullail.  Bondanya adalah almarhumah Tuanku Budriah binti almarhum Tengku Ismail.  Syed Sirajuddin mendapat  didikan di Sekolah Melayu Arau, Wellesly Primary School, Penang Free School, Wellingborough School, UK dan RMA Sandhurst, UK.  Ditauliahkan dalam Kor Peninjau DiRaja sebagai Leftenan Muda pada 12 Dis 1965 dan berkhidmat dalam ATM sehingga ke pangkat Kapt pada tahun 1999 dan kemudian bertukar ke Rejimen Askar Wataniah sehingga tahun 2000.

Syed Sirajuddin dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Okt 1960.  Bagaimanapun semasa ayahandanya menjadi Yang DiPertuan Agong antara 1960-1963 baginda tidak dilantik menjadi Pemangku Raja, sebaliknya kekanda ipar baginda, Tunku Sulaiman ibni Tunku Abu Bakar dilantik sebagai Pemangku Raja.

Lanjutan dari kemangkatan ayahandanya pada 16 Apr 2000,baginda telah dilantik menjadi Raja Perlis ke 7 dan diisytiharkan pada 17 April 2000. Pada 12 Dis 2001, baginda telah dilantik menjadi YDP Agong ke 12.

Tuanku Syed Sirajuddin adalah Kolonel YDP Rejimen Renjer DiRaja dan juga Kor Polis Tentera DiRaja.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Sains Malaysia.

Tuanku Syed Sirajuddin berkahwin dengan  Tengku Fauziah binti almarhum Tengku Abdul Rashid ibni almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah DK DMN  DK(Kel) DK(Pah) SSPJ SPMP SPMJ di Kota Bharu pada 6 Jun 1946 dan kemudian bergelar sebagai Raja Perempuan Perlis.  Baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri:

1.    Syed Faizuddin Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP. Dilahirkan pada 30 Dis 1967. Dilantik sebagai Raja Muda Perlis pada 1 Ogos 2000.  Berkahwin dengan Raja Puan Muda Lailatul Shahreen Akashah binti Khalil Akashah. Baginda berpangkat Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Malaysia Perlis (UMP) mulai 2003.

2.    Dato' Sharifah Fazira DK SPMP DSSJ.  Dilahirkan pada 5 Jun 1973.


SULTAN SELANGOR 
DARUL EHSAN
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin 
Abdul Aziz Shah Alhaj
DK DMN DK(Terengganu) DK(Kelantan) DK(Perak) DK(Perlis) DKNS            DK(Kedah) DK(Johor) DK(Pahang) SPMS SSIS SPMJ Commandeur de la Legion d'Honneur (Perancis) 
NAIK TAHTA: 22 NOVEMBER 2001

BIODATA

Raja Idris Shah diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Bondanya ialah almarhum Raja Nur Saidatul Ihsan binti almarhum Tengku Badar Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur; Malay College, K.Kangsar; St John Institution, KL; Hale School, Perth; dan Langhurst College, Surrey, UK.

Tengku Idris Shah dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 September 1960 (berusia 15 tahun) dan ditabalkan pada 14 Mac 1970. Tengku Idris Shah dilantik menjadi Pemangku Raja dari 26 Apr 1999 hingga 21 Nov 2001 apabila ayahandanya dilantik menjadi YDP Agong.  Seterus apabila ayahandanya mangkat semasa menjawat YDP Agong, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Selangor ke 9pada 22 November 2001 dan kemudian ditabalkan pada 8 Mac 2003 dengan gelaran Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Baginda adalah Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM)dan Kepten YDP Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sejak 2002.

Baginda berkahwin dengan Datin Paduka Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal Abidin (lahir: 16 Mac 1946) pada 2 Julai 1968 (bergelar Raja Puan Muda 1966 -1987) dan bercerai pada 1986, dikurniakan dua orang puteri:

1.    Datin Paduka Setia Tengku Zerafina (lahir: 23 Julai 1969). Berkahwin dengan Dato' Setia Collin Salem Pabury; dan

2.    Datin Paduka Setia Tengku Zatashah (lahir: 12 Okt 1973. Berkahwin dengan Dato' Setia Aubry Rahim Mennesson.

Perkahwinan kedua baginda dengan Miss Lisa Davis (lahir: 7 Dis 1959) pada 1 Dis 1988 (juga berakhir dengan perpisahan pada tahun 1997) dikurniakan seorang putera:

1.    YAM Raja Dato' Seri Amir Shah DK SPMS (diputerakan pada 12 Dis 1990) yang kemudian dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 (ketika berusia 12 tahun) dan ditabalkan sebagai Raja Muda pada 8 Okt 2016. Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato' Abdul Aziz pada 2 Oktober 2025.

Perkahwinan ketiga baginda dengan Tengku Permaisuri Noor Ashikin binti Abdul Rahman (lahir: 4 Jun 1971) pada 31 Ogos 2016 dan kini bergelar Tengku Permaisuri Selangor pada 8 Sep 2016.



YANG DIPERTUAN BESAR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
DKNS DMN DK(Perlis) DK(Perak) DK(Selangor) DK(Kedah) DK(Kelantan) 
DK(Johor) DK(Terengganu) DKYR PPT   
NAIK TAHTA: 29 NOVEMBER 2008

BIODATA

Tunku Muhriz diputerakan di Kuala Pilah pada 14 Januari 1948.  Ayahandanya ialah almarhum Tuanku Munawir ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman dan bondanya ialah almarhumah Tunku Durratun Nafisah binti almarhum Tengku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Muhammad. Tunku Muhriz mendapat pendidikan di Sekolah Tunku Besar, Tampin; King George V School, Seremban;Aldenham School, Elstree, Herts; dan University College of Wales, Aberystwyth.

Tunku Muhriz dilantik menjadi Tunku Laksamana pada 1960 dan kemudian sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada 7 Julai 1961.  Setelah ayahandanya Yang DiPertuan Besar Tuanku Munawir mangkat pada tahun 1967, Tunku Muhriz telah diketepikan oleh Undang Luak yang 4 dan Tunku Laksamana Tunku Jaafar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman (ayahanda saudaranya)  telah dilantik menjadi YDP Besar NS.

Apabila Tuanku Jaafar mangkat pada 29 Dis 2008, Undang Luak 4 telah sebulat suara memilih Tuanku Muhriz sebagai YDP Besar NS yang ke 11.  Baginda ditabalkan pada 28 Okt 2009.

Tengku Ampuan Besar Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud ibni almarhum Sultan Zainal Abidin.

Tunku Muhriz adalah Kolonel YDP Rejimen Semboyan DiRaja dan juga Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja sejak 2009.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2009.

Tunku Muhriz mengahwini Tunku Aishah Rohani ibni Tunku Besar Mahmud ibni almarhum Sultan Zainal Abidin (Terengganu) yang bergelar Tuanku Ampuan Besar NS (dilahirkan pada 19 Jun 1952 dan dikurniakan 3 orang putera:

1.    Lt Kol Tunku Ali Rithauddin DKYR, Tunku Besar Seri Menanti mulai 23 Feb 2009.  Diputerakan di Petaling Jaya pada 26 April 1977.

2.    Tunku Zainal Abidin DKYR (dilahirkan di Petaling Jaya pada 6 Julai 1982.

3.    Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin (dilahirkan pada 3 Sep 1984 dan meninggal dunia pada 15 Jan 2016.


SULTAN JOHOR DARUL TAAZIM
DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Alhaj
DK (Johor) DKM DMN DK(Perak) DK(Perlis) DK(Selangor) DKNS DK(Pahang) DK(Kelantan) DK(Kedah) DK(Terengganu) DKMB(Brunei) 
SMN SPMJ SSIJ SMIJ SPMT SPMK SPDK PIS
NAIK TAHTA: 22 JANUARI 2010

BIODATA

Sultan Ibrahim diputerakan di Hospital Johor Bahru pada 22 Nov 1958. Bondanya ialah Che Puan Hajjah Kalsom binti Abdullah (Joshepine Ruby Trevorrow).  Mendapat didikan di Sekolah Temenggung Abdul Rahman I, Johor bahru, Trinity Grammar School, Sydney, dan Sultan Abu Bakar (English) College, Johor Bahru.

Tunku Ibrahim Ismail mengikuti latihan asas ketenteraan di PULADA, Johor kemudian mengikuti latihan lanjutan di US Infantry School of Arms, Fort Benning, Georgia; JKF Special Warfare School, Fort Bragg, North Carolina dan Pusat Latihan Penerbangan 2 (Helikopter) TUDM Kluang sehingga mendapat sayap penerbangan.  Ini menjadikan baginda adalah satu-satunya Raja Melayu (juga yang pertama dalam sejarah Malaysia) yang mempunyai kelayakan 'Komando Tentera' dan juga mempunyai 'Sayap Penerbangan Tentera' melalui latihan formal ketenteraan.

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada 12 Mei 1981 dan diisytiharkan pada 3 Julai 1981.  Bernikah dengan Dato' Seri Raja Zarith Sofea binti almarhum Sultan Idris Shah al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah DK SPMJ SPCM (dilahirkan pada 14 Ogos 1959) di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar pada 22 Sep 1982. Raja Zarith Sofia adalah Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Pemangku Sultan dari 26 April 1984 hingga 23 April 1989 apabila ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong.

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Sultan apabila ayahandanya mangkat pada 22 Jan 2010 dan diisytiharkan naik takhta pada 23 Jan 2010 dengan gelaran rasmi Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan  Iskandar Alhaj.

Baginda Sultan Ibrahim adalah juga Komandan YDP Rejimen Gerakhas Malaysia dan juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang pertama.

Baginda Sultan Ibrahim mempunyai 5 orang putera dan seorang puteri:

1.     Brig Jen Tunku Dato' Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar  DK1 SPMJ PIS (Tunku Ismail)(diputerakan: 30 Jun 1984). Tunku Mahkota Johor (29 Jan 2010). Berkahwin dengan Che Puan Khalida binti Bustamam pada 24 Oktober 2014.

2.     Tunku Putri Aminah Maimunah Iskandariah DK DPMJ. Tunku Puteri Johor (lahir: 8 April 1986). Berkahwin dengan Dennis Muhammad bin Abdullah.

3.     Mej Tunku Dato' Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman  DK SPMJ PIS (lahir: 25 Dis 1987).  Tunku Temenggung Johor (26 Feb 2010).

4.     Tunku Dato' Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail DK DPMJ PIS - Tunku Laksamana Johor (lahir: 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Dis 2015).

5.    Tunku Dato' Abdul Rahman Hassanal Jeffri DK DPMJ - Tunku Panglima Johor (lahir: 5 Feb 1993)

6.     Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim DK - Tunku Putera Johor (lahir 30 Mei 2001).



SULTAN KELANTAN DARUL NAIM
DYMM Al Sultan Muhammad V ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
DK DKM DMN DK(Selangor) DKNS DK(Johor) DK Perak) DK(Perlis) DK(Kedah) DK(Terengganu) SPMK SJMK SPKK SPSK SPJK
NAIK TAHTA: 13 SEPTEMBER 2010


BIODATA

Tengku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu.  Ayahandanya ialah DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra manakala bondanya ialah DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan.  Baginda mendapat dididkan di Sekolah Sultan Ismail I, Alice Smith School KL. Oakham School, Rutland UK, St Cross College, Oxford UK, Oxford Centre for Islamic Studies, Deutsche Stiflung Entwickling, Berlin dan European Business School London.

Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 30 Mac 1979 ketika berusia 10 tahun dan ditabalkan pada 6 Oktober 1985. Pada 24 April 2009 Tengku Muhamamd Faris telah dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila ayahandanya mengalami kegeringan.

Selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, pada 13 September 2010, Majlis Perajaan Kelantan telah mengisytiharkan YMM Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al Sultan Kelantan ke 29 menggantikan ayahandanya yang mengalami kegeringan yang berkekalan dan hilang upaya untuk melaksanakan tugas sebagai Sultan. Baginda menggunakan gelaran sebagai Sultan Muhammad V.

Baginda al Sultan adalah Kolonel YDP Rejimen Artileri DiRaja dan juga Kor Risik DiRaja. Baginda juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan sejak 2011.

Baginda bernikah dengan Tengku Zubaidah (nama asal Kangsandarn Pipitpakdee) binti Tengku Nuruddin pada 15 Nov 2004 namun perkahwinan ini berakhir dengan perpisahan.

Pada 30 Oktober 2010, baginda berkahwin dengan Jana Jakubkova @ Nur Diana Petra berbangsa Czech, kemudiannya bertukar nama kepada DYMM Sultanah Nur Diana Petra binti Abdullah pada 2 Ogos 2022.

Pada 13 Disember 2016, baginda telah dilantik menjadi SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke 15 dn ditabalkan pada 24 April 2017.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan di Moscow (Rusia) dengan Miss Gorbatenko Oxana Veovodina pada 22 November 2018. Kemudian dinamakan sebagai Rihana Oxana Petra. Perkahwinan ini memperoleh seorang putera pada 21 Mei 2019 dan dinamakan Tengku Ismail Leon Petra. Bagaimanapun baginda telah menceraikan Rehana Petra pada 1 Julai 2019.

Pada 6 Januari 2019, Sultan Muhammad V telah meletakan jawatan sebagai YDP Agong di atas kerelaan baginda sendiri (ada menyatakan atas nasihat Majlis Raja-Raja Melayu) dan kembali memerintah Negeri Kelantan.




SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Maghfur lahu Shah
DK DKSA DKA DMN DK(Kelantan) DK(Selangor) DKNS DK(Perlis) DK(Kedah)       DK(Johor) DK(Pahang) PhD(Harvard)
NAIK TAHTA: 29 MEI 2014

BIODATA

Raja Nazrin Shah diputerakan di Pulau Pinang pada 27 November 1956. Mendapat pendidikan menengah di St John Institution, KL, seterusnya melanjutkan pengajian ke Worcester College, Oxford University of Cambridge (Bachelor in Politic & Economy) dan mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dan Doktor Falsafah dalam bidang Politik dan Ekonomi (PhD) Kennedy School of Government, Harvard University.

Kenaikan pangkat baginda dalam heirarki Kesultanan Perak (yang berpaksikan kepada keturunan 3 keluarga) juga agak pantas. Dilantik menjadi Raja Kechil Besar (1984) dan kemudian dilantik menjadi Raja Muda pada 15 April 1987 tanpa melalui jawatan Raja Di Hilir Perak. Semasa ayahandanya menjadi Yang Di Pertuan Agong mulai 26 April 1989 hingga 25 April 1994, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Perak.

Berkahwin dengan YM Tuanku Zara binti Salim Davidson DKSA DKA (bergelar Raja Permaisuri Perak) pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri

1.    Raja Mudzaffar Azlan Shah- Raja Kecil Besar (14 Mac 2008)

2.   Raja Nazira Safya Shah

Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Perak beberapa kali dan kali terakhir ialah pada 27 April 2013 apabila ayahandanya gering sehinggalah diisytiharkan menjadi Sultan ke 35 pada 29 Mei 2014 dengan gelaran DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Maghfurlahu Shah.

Baginda Sultan Nazrin Shah adalah Kolonel YDP Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan juga Kor Kesihatan DiRaja. Baginda juga Canselor Universiti Malaya sejak 2014 dan sebelum itu sebagai Pro-Canselor dari tahun 1989 hingga 2014.

Baginda dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Kehormat MBA dari Cransfield Institute of Technology (1993) dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi oleh Universiti Soka, Jepun (1999).

https://www.royalark.net/Malaysia/perak16.htm

SULTAN KEDAH DARUL AMAN

DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
DK DKH DMN DUK DK(Kelantan) DK(Johor) DK(Perak) DK(Selangor) DKNS DK(Perlis) DK(Pahang) DMK SMDK SHMS SGMK SPMK SSDK PAT KPK
NAIK TAHTA: 17 SEPTEMBER 2017

BIODATA

Tuanku Sultan Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah, diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942. Bondanya adalah Almarhumah Sultanah Asma binti almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Terengganu). Mendapat pendidikan di College of Military Engineering, Poona, India. Baginda kemudiannya menjalani latihan Pegawai Kadet di Indian Military Academy (IMA), Dehra Dun dari 23 Jul 1962 hingga 30 Jun 1963 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 23 Oktober 1963. Baginda memulakan tugas di Batalion Kedua RAMD di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Baginda dianugerahi dengan gelaran Tunku Paduka Maharaja  Temenggong Anggota Desa pada 28 November 1981.

Lanjutan dari kemangkatan kekandanya Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Al Muadzam Shah baginda diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke 28 pada 17 September 2017 dan ditabalkan pada 22 Okt 2018 dengan gelaran  Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah.

Baginda dinikahkan dengan Tengku Datuk Sri Maliha binti Tengku Ariff di Kota Bharu, Kelantan pada 5 November 1965.  Baginda berdua dikurniakan dengan dua orang putera:

1.    DYAM Tengku Sarafuddin Badlishah DSDK. Diputerakan pada 2 Mac 1967 dan mendapat pendidikan di Maktab Tentera Sungai Besi. Baginda mendapat kelulusan Undang-undang dari Holborn College, United Kingdom. Berkahwin dengan Che Puan Zaheeda binti Mohamad Ariff. Raja Muda Kedah.

2.     DYAM Tengku Datuk Shazuddin Badlishah DSDK. Tunku Laksamana Kedah. 

https://en.wikipedia.org/wiki/Sallehuddin_of_Kedah
https://www.royalark.net/Malaysia/kedah12.htm


SULTAN PAHANG DARUL MAAMUR
Kebawah DPB Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustaffa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah
DKP DKM DK DMN SSAP SIMP DK(Terengganu) DK(Johor) SPMJ DKMB(Brunei) DK(Kedah) DK(Perlis) DK(Perak) DK(Selangor) DK(Kelantan)     Order of teh State of the Republic of Turkiye (Turkiye) Grand Cross of the Order of of Saint-Charles (Monaco)

BIODATA

Kebawah DYMM Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959. Menjalani latihan Pegawai Kedet di RMA Sandhurst, UK dan mendapat Diploma dari Queen Elizabeth College, Oxford.

Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975. Baginda dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang dari 28 April 1979 hingga 27 April 1984 semasa ayahandanya menjadi YDP Agong VII.

Pada 15 Januari 2019, Tengku Abdullah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI bagi menggantikan ayahandanya yang gering sejak Nov 2016 dengan gelaran KDYMM Sultan Abdullah Riayatuddin alMustaffa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah.

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan melantik DYMM Sultan Abdullah sebagai Yang DiPertuan Agong ke 16.

Baginda berkahwin dengan YAM Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Mahmud Iskandar DK SPMJ DK(Pahang) dan Che Puan Julia Rais. Baginda dikurniakan 9 orang putera dan puteri.

(1)   YM Tengku Ahmad Iskandar Shah (lahir dan meninggal dunia pada 24 Julai 1990)(bondanya Tunku Hajjah Azizah).

(2)   YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (dilahir pada 17 September 1995) (bondanya Tunku Hajjah Azizah)

(3)   YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (3rd Ogos 1997) (bondanya  Tunku Hajjah Azizah.

(4)   YM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam (lahir 11 September 2001 (kembar kepada Tengku Afzan) (bondanya Tunku Hajjah Azizah).

(5)   YM Tengku Putri Iman Afzan (bondanya Che Puan Julia).

(6)   YM Tengku Putri Illisha Amira (bondanya Che Puan Julia).

(7)    YM Tengku Putri Ilyana (bondanya Che Puan Julia).

(8)   YM Tengku Putri Afzan Amina Hafizatu’llah (11 Sep 2001) (bondanya Tunku Hajjah Azizah)

(9)   YM Tengku Putri Nur Jahan Khalsom Athiy’atu’llah( 27 April 2002) (bondanya Tunku Hajjah Azizah).

Tengku Mahkota Abd’llah juga mempunyai seorang putera angkat sebelum kelahiran putera puterinya:

(1)   YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim (lahir 25 Ogos  1986), diambil pada tahun 1987.

Baginda adalah Chanselor Universiti Malaysia Pahang dan juga Chanselor Universiti Kuala Lumpur.



 SENARAI YANG DIPERTUA NEGERI  
MENGIKUT KEKANANAN TARIKH PERLANTIKAN

YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA
Image result for jata negeri melaka png
TYT Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali bin Mohd Rustam
SMN SPSM PSM DUNM DUPN SPDK SUMW DGSM DCSM DMSM DSM PBM
Hon.D DevEcons (USM)
(4 Jun 2020 - 3 Jun 2024)
(4 Jun 2024 - kini)

 
YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK
Tun Pehin Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar SMN SBS PSM PJN PNBS DGSM JSM PPN PPC DBA (Southern California)
(26 Januari 2024 - kini)


YANG DIPERTUA NEGERI SABAH
h

TYT YANG DIPERTUA NEGERI SABAH
 Tun Datuk Seri Panglima Dr Musa bin Haji Aman SMN PSM SPDK DGSM DA PGDK JMN JP SPMB (Brunei) Hon.D DevEcons (UMS)
(1 Jan 2025 - kini)


YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG
,
Tun Dato' Seri (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib SMN PSM DUPN SPSA SPCM PCM PJK Hon.D Laws (Sheffields)
(1 Mei 2025 - kini)


MAKLUMAT KHAS 1

ALMARHUM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra

Almarhum Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada 11 November 1949 adalah merupakan Sultan Kelantan Darul Naim ke-28, menaiki takhta pada 30 Mac 1979, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 

Tengku Ismail dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 ketika berusia 18 tahun. Baginda bernikah dengan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid pada 4 Disember 1968 ketika berusia 19 tahun. Baginda berdua dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri, Tengku Muhammad Faris Petra (Sultan), Tengku Muhammad Fa-iz Petra , Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Mahkota) dan Tengku Aisyah Amalin Petri.

Semasa ayahandanya dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong ke 6 dari 21 September 1975 hingga 30 Mac 1979, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. 

Pada 30 Mac 1979 apabila ayahandanya mangkat, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan .Baginda memerintah sehingga 13 September 2010. 

Pada  29 April 2009, baginda mengalami kegeringan yang berpanjangan tidak dapat melaksanakan tugas sebagai Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. Pada 13 September 2010, Majlis Perajaan Kelantan telah membuat perisytiharan bahawa baginda Sultan tidak lagi layak meneruskan tugas sebagai Sultan Kelantan dan mengisytiharkan Pemangku Raja sebagai Sultan Kelantan yang baru (Sultan Kelantan ke 29) dengan gelaran Sultan Muhammad V.

Peristiwa ini merupakan kali pertama berlaku sejak negara Malaysia merdeka (1957) apabila Pemangku Raja diisytiharkan sebagai Sultan ketika Sultan masih hidup dan gering.


Baginda Sultan Ismail Petra mangkat pada 28 September 2019 jam 0811H di Hospital Raja Perempuan Zainab dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.


MAKLUMAT KHAS 2



ALMARHUM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan pada 24 Okt 1930.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Sir Abdullah al Mu'tasim Billah Shah dan bondanya ialah almarhumah Raja Fatimah binti almarhum Paduka Sri Sultan Sir Alang Iskandar Shah II Kadasallah (Perak).

Tengku Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 25 Mei 1944, dan diisytiharkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974 dan seterusnya ditabalkan di Istana Abu Bakar pada 6 Mei 1975  dengan gelaran 'Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuadzam Shah.

Baginda bernikah dengan Tengku Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Perkahwinan ini, baginda dikurniakan dua putera dan 5 puteri; Tengku Mariam, Tengku Muhaini,  Tengku Aishah, Tengku Abdullah (Sultan), Tengku Abdul Rahman (Tengku Muda Pahang), Tengku Nong Fatimah dan Tengku Shahariah.

Tengku Ampuan Afzan mangkat pada 29 Jun1988. Kemudian baginda bernikah dengan Puan Kalsom binti Abdullah @ Anita (Sultanah Hajjah Kalsom) pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera; Tengku Fahd Muazzam.

Pada 21 Sep 1975 Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan pada 30 Mac 1979 dilantik memangku jawatan YDP Agong ke 7 apabila SPB YDP Agong masa itu (Sultan Kelantan) mangkat semasa dalam jawatan.  Pemerintahan baginda berkuatkuasa pada 27 April 1979. Baginda ditabalkan pada 10 Julai 1980 dan berada di atas takhta Kerajaan Malaysia sehingga 26 April 1984.

Pada 12 Januari 2019 (setelah memerintah selama lebih 44 tahun) baginda telah mengosongkan tahta Kerajaan Pahang dan berkenan supaya Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah diisytiharkan sebagai  Sultan Pahang pada 15 Januari 2019.

Peristiwa ini merupakan kali kedua berlaku sejak negara Malaysia merdeka (1957) apabila Pemangku Raja diisytiharkan sebagai Sultan ketika Sultan masih hidup dan gering, Perbezaannya dengan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 2010 ialah Sultan Pahang, Sultan Pahang menyerahkan jawatan Sultan dengan penuh kesedaran dan disaksikan oleh kesemua waris tahta dan kerabat Diraja.

Baginda Sultan Ahmad Shah kemudiannya diberi gelaran sebagai DYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah.

Baginda mangkat pada jam 0850H di IJN pada 22 Mei 2019 dan dimakamkan di Makam Diraja Pekan.



GALERI RAJA-RAJA MELAYU





TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

PRTTAMA
KAMI namakan dan KAMI panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

KEDUA
KAMI isytiharkan dan KAMI simpan untuk kamu dan KAMI benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

KETIGA
 Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, KAMI tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

 KEEMPAT
 KAMI kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

KELIMA
KAMI isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

KEENAM
KAMI tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

KETUJUH
 KAMI amanahkan dan KAMI pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

 dan bagi memastikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini dipelihara dan dilaksanakan, maka peruntukkan mengenainya telah digubal didalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11; Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153; dan Perkara 181 (1).

 dan peruntukkan-peruntukkan ini tidak boleh sama-sekali dipinda, diubah, dibatalkan atau dimansuhkan kecuali dengan izin, persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan tiap-tiap Baginda Tuanku Sultan/Raja yang memerintah yang bersidang sepenuhnya.



SEMOGA BERMANFAAT
(30 OKT 2025)

No comments:

Post a Comment