WILAYAH PERSEKUTUAN merupakan NEGERI yang terbaru dalam Persekutuan Malaysia. Wilayah Persekutuan (bermula dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) hanya diwujudkan dalam tahun 1974, iaitu setelah 17 tahun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (1957) dan setelah 11 tahun Negara Malaysia ditubuhkan (1963).
Sebelum menulis lebih banyak lagi, penulis ingin maklumkan bahawa sebahagian besar dari hayat penulis (sehingga 2026) telah dihabiskan di WP Kuala Lumpur.
Penulis dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah dalam daerah Batu Pahat dari tahun 1959 sehingga 1977, iaitu selama 18 tahun. Selepas meninggalkan kampung kelahiran, berikut adalah tempat-tempat penulis bermastautin:
Sebelum menulis lebih banyak lagi, penulis ingin maklumkan bahawa sebahagian besar dari hayat penulis (sehingga 2026) telah dihabiskan di WP Kuala Lumpur.
Penulis dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah dalam daerah Batu Pahat dari tahun 1959 sehingga 1977, iaitu selama 18 tahun. Selepas meninggalkan kampung kelahiran, berikut adalah tempat-tempat penulis bermastautin:
- Penulis belajar di UTM Jalan Gurney dari tahun Jun 1977 hingga Mei 1979, iaitu selama 2 tahun. Setelah penulis gagal dalam pengajian (bidang Senibina), penulis kembali ke kampung, menjadi penganggur, sementara merancang dan meneliti perjalanan masa depan, lebih kurang setahun juga (Jun 1979 hingga Apr 1980).
- Penulis menjalani latihan asas ketenteraan di SPK, Port Dickson dan latihan asas penerbangan/attachment di TUDM Kluang selama 1 tahun 6 bulan dari April 1980 hingga September 1981).
- Penulis bertugas di TUDM Kuching, Sarawak selama 1 tahun 6 bulan dari Okt 1981 hingga April 1983) kemudian berkursus di TUDM Kinrara selama 6 bulan dari April hingga Okt 1983, jumlahnya 2 tahun.
- Penulis bertugas di TUDM Kuantan, Pahang selama 2 tahun 8 bulan dari Okt 1983 hingga Jun 1986.
- Penulis melanjutkan pengajian di ITM Shah Alam dan tinggal di Seksyen 17 Shah Alam, Selangor selama 3 tahun dari Jun 1986 hingga Jun 1989 dan kekal tinggal di Shah Alam sehingga Jan 1993 menjadikan jumlahnya 6 tahun 6 bulan.
- Penulis berpindah ke Kem MINDEF (menduduki OMQ) mulai Jan 1993 hingga bersara pada Nov 2019 dan jumlah tempoh keseluruhan penulis tinggal di Wilayah Persekutuan KL selama 25 tahun 11 bulan.
- Setelah bersara, penulis bermastautin di Seremban Negeri Sembilan mulai Dis 2019 hingga kini (2026) - 7 tahun.
Lebih nostalgik lagi, dua dari 6 orang anak penulis dilahirkan di WP KL.
SINOPSIS WILAYAH PERSEKUTUAN
Sejarah Wilayah Persekutuan bermula dengan WP Kuala Lumpur sebelum diperluaskan wilayahnya kepada WP Labuan dan WP Putrajaya.
Kuala Lumpur pada mulanya adalah sebahagian dari Negeri Selangor malah ia merupakan ibu negeri Selangor. Kuala Lumpur , telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.
Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.
WP KL merupakan wilayah (bertaraf negeri) dalam Persekutuan Malaysia. WPKL ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir tiga sub-wilayah berikut:
Fakta WP Kuala Lumpur
Keluasan : 244 km persegi (94 batu persegi)
Penduduk : 2,079,600
Kepadatan : 8,540 per km persegi.
Fakta WP Labuan
Keluasan 92 km persegi (36 batu persegi)
Penduduk : 137,600
Kepadatan : 1,500 per km persegi.
Fakta WP Putrajaya
Keluasan 49 km persegi (19 batu persegi)
Penduduk : 119,700
Kepadatan : 2,400 per km persegi.
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978 untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaras dengan Akta Tugas-tugas Kementerian 1969. Penubuhan KWP adalah susulan dari penubuhan WP Kuala Lumpur pada 1 Feb 1974. Pada masa itu fungsi KWP meliputi penyelarasan perancangan dan pembangunan WPKL dan Lembah Klang.
Setelah 8 tahun beroperasi dan tugasnya semakin luas apabila Labuan juga diiktiraf sebagai WP pada tahun 1984, taraf KWP telah dituruntaraf kepada sebuah Bahagian dalam Jabatan PM pada tahun 1987. Jabatan ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan WP dan Perancangan Lembah Klang. Kemudian diubah kepada Bahagian Hal Ehwal Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, kedudukan Kementerian ini kerap berubah. Ada Perdana Menteri yang mewujudkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan ada yang meletakannya di bawah bidang kuasa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Wilayah Persekutuan).
Pada 13 November 2009, KWP bertukar nama menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing). Bagaimanapun setelah Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan pada tahun 2018, fungsi Kesejahteraan Bandar ini dikembalikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SENARAI NAMA MENTERI
Berikut adalah senarai nama Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri di Jabatan PM (Hal Ehwal Wilayah Persekutuan) sejak Kementerian atau fungsi tersebut ditubuhkan pada tahun 1978 ialah:
Pada 13 November 2009, KWP bertukar nama menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing). Bagaimanapun setelah Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan pada tahun 2018, fungsi Kesejahteraan Bandar ini dikembalikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SENARAI NAMA MENTERI
Berikut adalah senarai nama Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri di Jabatan PM (Hal Ehwal Wilayah Persekutuan) sejak Kementerian atau fungsi tersebut ditubuhkan pada tahun 1978 ialah:
- Dato' Haji Hassan Adli bin Haji Mohd Arshad (1976 - 1978).
- Dato' Seri Hussein Onn (1978 - 1980) (Tun).
- Timbalan: Datuk Abdullah bin Ahmad (1978 -1980).
Pada tahun 1980, KWP telah dimansuhkan dan fungsi Hal Ehwal Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Jabatan PM dan dikenali sebagai Menteri Di JPM (Wilayah Persekutuan):
- Dato' Abdul Taib bin Mahmud (1980 - 9 Mac 1981) (Tun)
- Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud (10 Mac 1981 - 17 Jul 1981)
- Datuk Idris bin Abdul Rauf (1981 - 1983)
- Dato' Pengiran Haji Othman bin Rauf (18 Jul 1981 - 1983)
Pada tahun 1983, KWP diwujudkan semula.
- Dato Shahrir bin Abd Samad (1983 - 1986) (Tan Sri)
- Timbalan: Ahmad Shah bin Hussein Tambakau (1981 - 1982)
- Timbalan Mukhyiddin Mohd Yassin (28 Apr 1982 - 1 Jun 1983)
- Dato Abu Hassan bin Omar (1986 - 1987) (Tan Sri).
- Tan Sri Mohammad Isa bin Abd Samad (27 Mac 2004 – 17 Okt 2005)
- Datuk Seri Shahrizat bt Abd Jalil (Pemangku – 18 Okt 2005 – 16 Feb 2006)
- Timbalan : Datuk Zulhasnan bin Rafique (Mac 2004 - Feb 2006)
- Dato Sri Hj Zulhasnan bin Mohd Rafique (16 Feb 2006 – 07 Apr 09) (Tan Sri)
- Timbalan: Datuk Hj Abu Seman bin Yusoff (2006 - 2006)
- Timbalan: Datuk M. Saravanan a/l Murugan (2006 - 2009)
- Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin (08 Apr 09 - 6 Mei 2013)
- Timbalan: Datuk Loga Bala Mohan a/l Jaganathan (2009 - 2013)
- Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (16 Mei 2013 - 9 Mei 2018).
- Timbalan: Datuk Loga Bala Mohan a/l Jaganathan (2013 - 2015)
- Tuan Haji Mohd Khalid bin Samad (2 Jul 2018 - 20 Feb 2020)
- Timbalan : Datuk Dr Shaharudin bin Salleh (2 Jul 2018 - 20 Feb 2020)
- Tan Sri Anuar Haji Musa (10 Mac 2020 - 16 Ogos 2021)
- Timbalan : Dato' Seri Dr Edmund Santhara Kumar a/l Ramanaidu (10 Mac 2020 - 16 Ogos 2021)
- Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim (30 Ogos - 24 Nov 2022)
- Timbalan : Dato' Seri Haji Jalaluddin bin Alias (30 Ogos - 24 Nov 2022)
Pada 12 Dis 2022, KWP telah dimansuhkan dan fungsi Hal Ehwal Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Jabatan PM dan dikenali sebagai Menteri Di JPM (Wilayah Persekutuan):
- Dr Zaliha binti Mustaffa (12 Dis 2022 - 16 Dis 2025)
- Datuk Lo Su Fui (12 Dis 2023 - kini)
- Hannah Yeoh Tseow Tsuan (17 Dis 2025 - kini)
WP KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merupakan ibu negara dan pusat perundangan dan diplomatik dan pusat komersil utama Malaysia. WPKL pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran negara sebelum dipindahkan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2002. Kuala Lumpur kekal sebagai IBU NEGARA Malaysia dan Pusat Perdagangan.
Sejarah Kuala Lumpur
Kuala Lumpur mula dibuka pada tahun 1857 di kuala (cabang) Sungai Gombak dan Sungai Klang. (dalam Bahasa Melayu bermaksud "kuala berlumpur"). Pendudukan awalnya bermula apabila seorang ahli kerabat diraja Selangor bernama Raja Abdullah bersama ketua masyarakat Melayu Mandailing Sutan Puasa membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. Beliau membawa 87 pekerja lombong Cina pergi ke Sungai Klang dan memulakan projek perlombongan di daerah Ampang. Bagaimanapun 69 dari pekerja tersebut telah meninggal dunia kerana serangan wabak penyakit, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Ketua kepada orang Cina) untuk mentadbirkan penempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat pembangunan Kuala Lumpur dari sebuah pekan perlombongan kecil yang sunyi kepada sebuah bandar yang utama di Selangor.
Kuala Lumpur pernah menjadi punca Perang Saudara Selangor di antara Kerabat Diraja Selangor yang mahu menguasai keuntungan perlombongan biji timah. Perang Saudara ini turut melibatkan dua kumpulan masyarakat China yang berebut jawatan Kapitan Kuala Lumpur, iaitu di antara Kapitan Yap dan Chong Chong. Kapitan Yap Ah Loy menyebelahi pasukan Tengku Kudin (Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid I dari Kedah - menantu Sultan Abdul Samad, Selangor). Manakala Chong Chong menyebelahi Raja Mahadi (cucu Sultan Muhammad Shah). Tengku Kudin berjaya mengalahkan Raja Mahadi. Yap Ah Loy memainkan peranan penting membangunkan Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan membawa pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.
Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880 dan menjadi pusat perdagangan di Selangor. Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun 1881, Kapitan Yap bercadang membina balik Kuala Lumpur dengan bangunan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Dia membina sekolah yang pertama di Kuala Lumpur dan sebuah tempat tinggal untuk orang yang tidak berumah. Kuala Lumpur dianggap seperti kepunyaan Yap. Selain Kapitan China, Yap juga merupakan Ketua Samseng (Gangster) yang terlibat secara langsung dengan peperangan antara kumpulan samseng di Kuala Lumpur. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun bar.
Sir Frank Swettenham pada waktu itu merupakan Residen Selangor turut bertanggung jawab membawa kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran Selangor. Selepas kematian Kapitan Yap Ah Loy, Kuala Lumpur ditadbir sepenuhnya oleh British.
Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan (Selangor-Perak-Pahang-Negeri Sembilan) pada tahun 1896 dengan Swenttenham sebagai Residennya, Kuala Lumpur telah dipilih menjadi ibu negerinya.
Pada Perang Dunia II tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada 11 Januari, 1942 dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.
Era Selepas-Merdeka (1957-1990)
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur kekal menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menjadi ibu negara Persekutuan Malaysia mulai tahun 1963. Perdana Menteri pertama Tanah Melayu/Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan perisytiharan kemerdekaan Malaya di Stadium Merdeka. Bendera Union Jack diturunkan dari tiang bendera di Dataran Merdeka dan bendera bendera Tanah Melayu dinaikkan.
Pada 1 Februari 1972 Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dinaik taraf menjadi sebuah bandaraya dan merupakan bandaraya pertama di Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.
Atas persetujuan DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan diisytiharkan menjadi sebuah Wilayah Persekutuan. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Haji Abdul Razak bin Hussein.





Old Market Square (Medan Pasar) 1957




Masjid Jamek Kuala Lumpur 1960an
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah sau-satunya pihak berkuasa tempatan di dalam WPKL . DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Persuruhjaya Ibu Kota pada masa itu.
Senarai nama Datuk Bandar KL sejak ia diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 1 Feb 1972 ialah:
Jalan Bukit Aman 1900
Jalan Ampang 1910
Sultan Abdul Samad Building dan Kelab Selangor 1910
Sultan Abdul Samad Building dan Kelab Selangor 1930
Java Street (Jalan Tun Perak) 1923
Panggung Odeon, Jalan Tuanku Abd Rahman 1953
High Street (sekarang Tun HS Lee) 1960
Foch Avenue (Jalan Tan Cheng Lock) 1960
Ampang Park awal 1970an
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah sau-satunya pihak berkuasa tempatan di dalam WPKL . DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Persuruhjaya Ibu Kota pada masa itu.
Senarai nama Datuk Bandar KL sejak ia diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 1 Feb 1972 ialah:
- Tan Sri Datuk Lokman bin Yusof (1 Feb 72 - 15 Mei 72) meninggal dunia dalam jawatan.
- Tan Sri Yaacob bin Datuk Dr Abdul Latiff (Julai 72 - 31 Jan 82)
- Tan Sri Datuk Elyas bin Omar (1 Feb 1983 - 17 Nov 1992)
- Datuk Dr Mazlan bin Ahmad (Tan Sri) (18 Nov 1992 - 14 Dis 1995)
- Tan Sri Datuk Kamaruzzaman bin Shariff ( 15 Dis 95 - 14 Dis 2001)
- Datuk Mohamad Shaid bin Mohd Taufek (15 Dis 2001 - 14 Dis 2004)
- Datuk Roslin bin Hassan (15 Dis 2004 - 31 Nov 2006)
- Datuk Abdul Hakim bin Borhan (1 Dis 2006 - 13 Dis 2008)
- Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail (14 Dis 2008 - 15 Jul 2012)
- Tan Sri Datuk Seri Ahmad Phesal bin Talib (18 Jul 2013 - 17 Jul 2015)
- Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz (18 Jul 2015 - 30 Sep 2018)
- Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan (2 Okt 2018 - 30 Sep 2020)
- Datuk Seri Mahadi Che Ngah (1 Okt 2020 - 31 Mac 2023)
- Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh (17 Apr 2023 - 14 Ogos 2024)
- Dato Seri Maimunah Mohd Sharif (15 Ogos 2024 - 14 Nov 2025)
- Datuk Seri Fadlun Mak Ujud (15 Nov 2025 - kini)
Kem Tentera
- Kem Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
- Kem Imphal, Jalan Padang Tembak
- Kem Batu Kantonmen, Jalan Ipoh
- Kem Perdana, Sungai Besi
- Kem Wardieburn, Jalan Setapak
- Kem Genting, Jalan Setapak
- Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sempang (Sg Besi) - ditutup pada bulan Sep 2016.
- KD Sri Klang, Jalan Sultan Yahya Petra
- KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak
- Stadium Merdeka
- Muzium Negara
- Stesen Keretapi Tanah Melayu
- KL Sentral
- Memorial Tunku Abdul Rahman
- Memorial Tun Abdul Razak
- Memorial Tun Hussein Onn
- Galeri Perdana (Memorial Tun Dr Mahathir)
- Galeri Diraja, Jalan Istana
- Taman Burung
- Taman Rama-rama
- Taman Tasik Perdana
- Taman Orkid
- Memorial P. Ramlee, Setapak.
- Istana Budaya, Jalan Tun Razak
- Balai Senilukis Negara, Jalan Tun Razak
- KLCC
- KLICC (Under Water Park)
- Menara Kuala Lumpur
- China Town, Jalan Petaling
- Little India, Jalan Tun Sambanthan
- Pasar Budaya (Central Market)
- Bangunan Sultan Abdul Samad
- Bangunan Parlimen
- Istana Negara
Pusat Pengajian Tinggi
JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR YANG TELAH DITUKAR NAMA
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 kilometer persegi. Pulau Labuan terletak sekitar 10 kilometer dari pantai Sabah, dan 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai ( offshore financial centre ) dan pelabuhan bebas cukai. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".
Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjau persisiran pantai menjadikannya sebagai destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi menyelam skuba.
Pulau Labuan dari udara


Sejarah Labuan
Pada tahun 1846, Pulau Labuan diserahkan kepada Britain oleh Sultan Brunei dan mulai 1849 hingga 31 Dis 1889 Labuan ditadbir oleh Pejabat Tanah Jajahan British di London. Mulai 1 Jan 1889 Labuan ditadbirurus oleh British North Borneo Company sehingga 1905 (atau 1907). Dari 1907 hingga 1912 Labuan menjadi sebahagian dari Negeri-negeri Selat (the Straits Settlements) ditadbir oleh Gabenor di Singapura. Pada tahun 1912, Labuan keluar dari Negeri Selat dan ditadbir semula oleh Syarikat British North Borneo. Pada awalnya Labuan diletakkan di bawah kawalan Sir James Brooke (Rajah Sarawak) mulai 27 Nov 1847 hingga 1848.
Selepas itu, Labuan ditadbir oleh Pegawai-pegawai British berikut:
Lieutenant Governor
Apabila Jepun menyerah kalah, Labuan kembali ditadbir semula oleh Syarikat British North Borneo sebagai sebahagian dari Borneo Utara (kemudian Sabah). Pada 16 Sep 1963 Labuan yang merupakan sebahagian dari Sabah telah menyertai penubuhan Malaysia.
Pada 16 April 1984, Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.
- Universiti Malaya, Lembah Pantai
- Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kota
- Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
- Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UNITAR)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM)
- Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Bukit Jalil
- Asia e University (AeU)
- International Centre for Education in Iskamic Finance (ICEIF) University
- University College of Sedaya International (UCSI) University
- KL Metropolitan University College (KLMUC)
- International University College of Technology, Twintech (IUCTT)
- Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya
- Kolej Universiti HELP
- Malaysian Allied Health Science (MAHSA) University College
- Asia Pacific University College of Technology and Innovation |(APUCTI)
- Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa
- Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
- Ampang Road - Jalan Ampang
- Ampang Street - Leboh Ampang
- Batu Road - Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Birch Road - Jalan Maharajalela
- Bluff Road - Jalan Bukit Aman
- Brickfields Road - Jalan Sambanthan
- Campbell Road - Jalan Dang Wangi
- Cecil Street - Jalan Hang Lekir
- Church Street - Jalan Gereja
- Clarke Street - Jalan Mahkamah Tinggi
- Club Road - Jalan Parlimen
- Cross Street - Jalan Silang
- Dickson Street - Jalan Masjid India
- Davidson Road - Jalan Hang Jebat
- Foch Avenue - Jalan Cheng Lock
- Gurney Road - Jalan Semarak kemudian Jalan Sultan Yahya Petra
- High Street - Jalan Bandar - Jalan Tun H S Lee
- Holland Road - Jalan Mahkamah Persekutuan
- Hospital Road - Jalan Chenderasari
- Java Street - Mountbatten Road - Jalan Tun Perak
- Klyne Street - Jalan Hang Lekiu
- Malacca Street - Jalan Melaka
- Market Street - Leboh Pasar Besar
- Old Market Square (Macao Street + Hokkien Street) - Medan Pasar
- Parry Road - Jalan P Ramlee
- Petaling Street - Jalan Petaling
- Pudoh Street - Jalan Pudu
- Rodger Street - Jalan Hang Kasturi
- Shaw Road - Jalan Hang Tuah
- Station Street - Jalan Balai Polis
- Sultan Street - Jalan Sultan
- Swettenham Road - Jalan Mahameru
- Theatre Street - Jalan Panggong
- Treacher Road - Jalan Sultan Ismail
- Venning Road - Jalan Perdana
- Victoria Avenue - Jalan Sultan Hishamuddin
- Weld Road - Jalan Raja Chulan
WP LABUAN
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 kilometer persegi. Pulau Labuan terletak sekitar 10 kilometer dari pantai Sabah, dan 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai ( offshore financial centre ) dan pelabuhan bebas cukai. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".
Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjau persisiran pantai menjadikannya sebagai destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi menyelam skuba.
Bandar Labuan
Sejarah Labuan
Pada tahun 1846, Pulau Labuan diserahkan kepada Britain oleh Sultan Brunei dan mulai 1849 hingga 31 Dis 1889 Labuan ditadbir oleh Pejabat Tanah Jajahan British di London. Mulai 1 Jan 1889 Labuan ditadbirurus oleh British North Borneo Company sehingga 1905 (atau 1907). Dari 1907 hingga 1912 Labuan menjadi sebahagian dari Negeri-negeri Selat (the Straits Settlements) ditadbir oleh Gabenor di Singapura. Pada tahun 1912, Labuan keluar dari Negeri Selat dan ditadbir semula oleh Syarikat British North Borneo. Pada awalnya Labuan diletakkan di bawah kawalan Sir James Brooke (Rajah Sarawak) mulai 27 Nov 1847 hingga 1848.
Selepas itu, Labuan ditadbir oleh Pegawai-pegawai British berikut:
Lieutenant Governor
- William Napier (Lieutenant Governor) (1848 - 1850)
- John Scott (Lieutenant Governor) (1859 - 1856)
- George Warren Edwards (1856 - 1861)
- Jeremiah Thomas Fitzgerald Callaghan (1861 - 1866)
- Hugh Low (1866 - 1867)
- John Pope Hennessy (1867 - 1871)
- Henry Ernest Gascoyne Bulwer (1871 - 1875)
- Herbert Taylor Ussher (1875 - 1879)
- Charles Cameron Lees (1879 - 1881)
- Peter Leys (1881 - 1888)
- Arthur Shirley Hamilton (1888 - 1890)
Apabila Jepun menyerah kalah, Labuan kembali ditadbir semula oleh Syarikat British North Borneo sebagai sebahagian dari Borneo Utara (kemudian Sabah). Pada 16 Sep 1963 Labuan yang merupakan sebahagian dari Sabah telah menyertai penubuhan Malaysia.
Pada 16 April 1984, Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.
Politik
Wilayah Persekutuan Labuan itu sendiri adalah sebuah kawasan Parlimen. Kawasan (constituency) ini diwujudkan mulai PRU ke 10 tahun 1999. Berikut adalah senarai nama Ahli Parlimen Labuan:
- Tuan Suhaili bin Abdul Rahman - BN(UMNO) - (1999 - 2004)
- Datuk Suhaili bin Abdul Rahman DIMP ASDK - BN(UMNO) - (2004 - 2008)
- Datuk Haji Yussof bin Mahal PMW - BN (UMNO) - (2008 - 2013) - meninggal dunia pada 12 Dis 2025.
- Datuk Rozman bin Isli PMW - BN (UMNO) - (2013 - 2022)
- Dato' Indera Dr Suhaili bin Abdul Rahman SIMP PGDK DIMP ASDK JP PhD - PN(PPBM) (2022 - kini) - menjadi Ahli Parlimen Bebas sejak Okt 2024.
Kem Tentera
Destinasi Pelancongan
Ringkasan Sejarah WP Putrajaya
Pada 01 Feb 2001 Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Sebelum, Putrajaya dikenali sebagai Kampung Prang Besar dalam daerah Sepang, Selangor.
Putrajaya dibangunkan dan diurustadbir oleh Perbadanan Putrajaya di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Azizan bin Zainal Abidin. Pada 2 Ogos 2004 Tan Sri Dato Azizan bin Zainal Abidin meninggal dunia pada 14 Jul 2004 dan digantikan oleh Tan Sri Dato Shamsudin bin Osman pada 2 Ogos 2004.


Tempat Tarikan Pelancong
Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
- Kem Labuan
- Unit TLDM Labuan (bekas kompleks Markas Wilayah Laut II)
- Pangkalan Udara Labuan
- Kompleks TUDM Bukit Kubong (MAWILUD 2 dan Skn 340)
Destinasi Pelancongan
- Kuil Kwong Fook Kung dibina 1952, kuil Cina tertua di Labuan.
- Laluan Gurdwara Sahib dibina 1957 oleh golongan Sikh.
- Taman Kedamaian (Peace Park) di Layang-layangan yang merupakan Taman peringatan Perang Dunia II.
- Pulau Papan
- Senibina Masjid Jamek An'nur
- Kampus Antarabangsa UMS
WP PUTRAJAYA
Ringkasan Sejarah WP Putrajaya
Pada 01 Feb 2001 Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Sebelum, Putrajaya dikenali sebagai Kampung Prang Besar dalam daerah Sepang, Selangor.
Putrajaya dibangunkan dan diurustadbir oleh Perbadanan Putrajaya di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Azizan bin Zainal Abidin. Pada 2 Ogos 2004 Tan Sri Dato Azizan bin Zainal Abidin meninggal dunia pada 14 Jul 2004 dan digantikan oleh Tan Sri Dato Shamsudin bin Osman pada 2 Ogos 2004.


Estet Prang Besar
Tempat Tarikan Pelancong
Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Dari sebuah perkampungan terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia MSC), Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Okt 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS, syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.
Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya . Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ianya seakan-akan Washington DC, USA, Canberra, Australia dan Brasilia, Brazil.
Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra al Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Politik
WP Putrajaya sendiri merupakan satu kawasan Parlimen (Dewan Rakyat) yang diwujudkan sejak tahun 2004:
- Dato' Sri Tengku Adnan bin Tengku Mansor PJN SSAP SJMK SIMP DGSM DSAP DSDK DIMP DMSM KMN - BN(UMNO) - (2004 - 2008).
- Dato' Sri Tengku Adnan bin Tengku Mansor PJN SUMW SSAP SJMK SIMP DGSM DSAP DSDK DIMP DMSM KMN - BN(UMNO) - (2008 - 2013).
- Dato' Sri Tengku Adnan bin Tengku Mansor PJN SSAP SJMK SPDK SIMP DGSM DSAP DSDK DIMP DMSM KMN - BN(UMNO) - (2013 - 2018).
- Dato' Sri Tengku Adnan bin Tengku Mansor PJN SUMW SSAP SJMK SPDK SIMP DGSM DSAP DSDK DIMP DMSM KMN - BN(UMNO) - (2018 - 2022)
- Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin PMW PhD (ANU) FCPA - PN (PPBM) (2022 - kini).
Pengangkutan
Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah:
Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North South Central Expressway Link , NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah Klang ( South Klang Valley Expressway. SKVE terletak di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang dikenakan. Putrajaya dikelilingi oleh beberapa lebuhraya dan jalan utama:
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan,Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah:
Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah:
- untuk menyediakan penjagaansekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
- untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
- untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
- untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.
Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North South Central Expressway Link , NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah Klang ( South Klang Valley Expressway. SKVE terletak di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang dikenakan. Putrajaya dikelilingi oleh beberapa lebuhraya dan jalan utama:
- South Klang Valley Ekspressway (SKVE)
- North South Central Expressway (NSCEL)
- Lebuhraya Puchong-Damansara
- Lebuhraya KL-Seremban
- Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Sentral Link (NSCEL) dan Lebuhraya KLIA. NSCEL yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuhraya Klang Baru (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan NSECL di Persimpangan Nilai.ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan,Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah:
- Perdana Putra
- Masjid Putra
- Jambatan Putra
- Dataran Putrajaya
- Millennium Monument
- Palace of Justice
- Seri Perdana
- Jambatan Seri Perdana
- Putrajaya Landmark
- Putrajaya Wetlands Park
- Putrajaya Convention Centre (PCC)
- Taman Selatan
- Yayasan Kepimpinan Perdana
- Istana Melawati
- Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan)
- Heritage Square
- Wisma Putra
- Istana Darul Ehsan
- Tasik Putrajaya
- Taman Warisan Pertanian
- Botanical Garden
No comments:
Post a Comment