Monday, February 2, 2015

MTA 004 : PERDANA MENTERI MALAYSIA (BAHAGIAN I)




PERDANA MENTERI MALAYSIA
BAHAGIAN PERTAMA

Ketika Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948, Ketua Eksekutif dalam pentadbiran adalah Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu yang mewakili King/Queen of England.

Selepas Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu (pra-merdeka) dilangsungkan pada 27 Julai 1955, Kerajaan Berparlimen Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, Ketua Eksekutif Kerajaan dipanggil Ketua Menteri sehinggalah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Panggilan gelaran untuk Perdana Menteri ialah YANG AMAT BERHORMAT (YAB). Pangggilan YAB turut diberi kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Besar/Ketua Menteri.

DI BAWAH Episod ini, penulis akan mengkesahkan 5 Perdana Menteri sahaja. Untuk kesah Perdana Menteri ke 6 dan seterusnya akan ditulis dalam Episod yang lain. 

KETUA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(4 Ogos 1955 - 30 Ogos 1957)






PERDANA MENTERI PERTAMA
(31 OGOS 1957 - 21 SEP 1970)

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH  
DMN DUK DK(Kedah) DKI(Johor) DK(Kelantan) DK(Selangor) DK(Terengganu) DK(Brunei) DUNM SPMS SPMB
(8 FEB 1903 – 6 DIS 1990)

Related image

Kelahiran : Dilahirkan pada 8 Feb 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah (atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin).
Bapa : Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni almarhum Sultan Ahmad Tajuddin AlMukarram Shah (Sultan Kedah ke 24).
Ibu : Che Menjalara @ Menyelara (nee: Niara Luang Nara) binti Luang Naraborirak (Kleb).
Meninggal dunia : 6 Dis 1990 di Pulau Pinang (ketika berusia 87 tahun). Dimakamkan di Makam Diraja, Langgar, Alor Setar, Kedah.
Pendidikan Awal/Menengah : Sekolah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar dan English School (Sultan Abdul Hamid College)(1909 - 1912). Sekolah Thebsurintrawat (Debsurin School) (1913); dan Penang Free School (1915 - 1919).

Pendidikan Tinggi : St Catharine College, University of Cambridge, England (1919 - 1925) dan menerima ijazah Bachelor of Arts (History); dan sambung belajar Undang-undang di Inner Temple (1927 - 1930) - tidak selesai, sambung pengajian (1938 - 1940)- tidak selesai lagi (Perang Dunia II) dan sambung lagi (1947 - 1949) dan lulus ijazah perundangan (LLB) dan Barrister-at-Law dari Inner Temple.

Pekerjaan/Kerjaya Awam : Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah (1931); Pegawai Daerah Kuala Nerang (1932); Pegawai Daerah Langkawi (1935); Pegawai Daerah Sungai Petani (1937) (turut bertugas sebagai Hakim Daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani).

Berada di England (1938 - 1940); Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah (1940 - 1941); Pesuruhjaya Pelajaran (1941 - 1942) Penolong Pegawai Daerah Kulim (1942 - 1945). Kembali ke England (1947 - 1949); Presiden Persatuan Pelajar Melayu di Britain. Selepas mendapat ijazah Undang-undang dan pulang ke Malaysia (1949), Tunku berkhidmat sebagai Pegawai Undang-undang di Alor Star dan kemudian bertukar ke Kuala Lumpur sebagai Timbalan Pendakwa Raya (1950) dan Majisterat (1950 - 1951).

Perkahwinan dan Keluarga: Perkahwinan pertama dengan Mariam (nee: Chee Ah Yong) binti Abdullah (1932 - 1933) - dikurniakan dua anak; Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam); perkahwinan kedua dengan Che' Putih (nee: Violet Coulson) binti Abdullah (1935 - 1939); perkahwinan ketiga dengan Sharifah Rodziah binti Syed Alwee (Tun) (1939 - 1990 - meninggal 2000); dan perkahwinan keempat dengan Bibi Chong (nee: Chong Ah Mei) binti Abdullah (1963 - x) dan mendapat dua anak: Tunku Nor Hayati dan Tunku Mastura).

Nota: Pemangku Sultan Kedah (Tunku Badlishah) menitahkan Tunku menceraikan isteri keduanya yang berbangsa British kerana keluarga diraja Kedah tidak dibenarkan berkahwin dengan orang British berpunca dari kes penipuan Francis Light ke atas Sultan Kedah.
  
Almarhumah Tun Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakhbah

Almarhum Tunku dan Almarhumah Tun Sharifah Rodziah

Kerjaya Politik: Tunku tidak melalui heirarki kepimpinan UMNO. Tunku menyertai UMNO pada bulan Ogos 1951, kerana dipujuk untuk menggantikan Dato' Sir Onn bin Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO. dan Tunku dilantik sebagai Yang DiPertua yang baru. Tunku menyandang jawatan itu selama 20 tahun sehingga tahun 1970.
 
  

Laluan ke arah kemerdekaan : Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada bulan Julai 1955, pilihan raya Persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC, parti yang mewakili kaum India kemudiannya menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan pada 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!".



Ahli Dewan Perundangan:
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan : Kuala Muda (1955 - 1959).
Ahli Dewan Rakyat : Kuala Kedah (1959 - 1964), (1964 - 1969) dan (1969 - 1972)

Jawatan Kerajaan yang pernah disandang:

(1) Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955 - 1957) - ketika berusia 52 tahun.
(2) Menteri Dalam Negeri (1955 - 1957).
(3) Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1957 - 1963)- ketika berusia 54 tahun.
(4) Menteri Luar (1957 - 1970).
(5) Menteri Penerangan dan Penyiaran (1962 - 1964)
(6) Perdana Menteri Malaysia (1963 - 1970)- ketika berusia 60 tahun.
(7) Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan (1964 - 1967)

PERISTIWA DAN LEGASI

(1) Pestabola Merdeka. Tunku mengasaskan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar Pestabola Merdeka pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Tunku menyandang jawatan itu sehingga tahun 1976.

(2) Pilihanraya Umum Pertama (11 Ogos 1959). Parti Perikatan pimpinan Tunku mencapai kemenangan besar dalam PRU pertama pasca merdeka ini. Perikatan memenangi 74 dari 104 kerusi (71.1% majoriti) dan undi popular 51.77%.

(3) Penubuhan PERKIM. Pada 19 Ogos 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu 'saudara baru Islam (muallaf)' untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM selama 28 tahun iaitu sehingga setahun sebelum kemangkatannya.

(4) Penubuhan ASA (kemudian (ASEAN). Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Association of South East Asia (ASA) yang mengumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina. Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Association of South East Asia Nations (ASEAN) pada 8 Ogos 1967 yang turut disertai oleh Singapura, Indonesia, Thailand dan Burma.

(5) Pertandingan Membaca Al Qur'an. Tunku mengasaskan Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali pertama pada 9 Mac 1961. Ia kemudiannya menjadi agenda tahunan dunia Islam sehingga hari ini. Majlis Peringkat Kebangsaan mula dianjurkan pada 18 Mac 1960. Istilah 'Pertandingan' ini kemudian diubah kepada 'Musabaqah' dan kini disebut sebagai 'Tilawah'.

(6) Pembentukan Malaysia. Pembentukan negara Malaysia merupakan pencapaian Tunku yang teragung. Gagasan untuk menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei menjadi sebuah negara Persekutuan mula disuarakan oleh Tunku dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 Sep 1963 penubuhan Malaysia menjadi kenyataan (tanpa Brunei) dan Tunku menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

(7) Konfrontasi Indonesia. Rentetan dari penubuhan Malaysia, negara Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno yang telah bercita-cita menubuhkan Indonesia Raya (yang turut meliputi Malaysia) telah emutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan melancarkan operasi ‘Ganyang Malaysia’. Konfrontasi ini tamat pada 16 Ogos 1966 apabila Perjanjian Damai ditandatangani di Bangkok.

(8) Pilihanraya Umum Kedua (25 Apr 1964). Parti Perikatan mengekalkan kemenangan besar dengan memenangi 89 dari 104 kerusi (85.6% majoriti) dan undi popular meningkat kepada 58.5%.

(9) Pemisahan Singapura. Persetujuan Singapura menyertai pembentukan Malaysia pada tahun 1963 mempunyai muslihat tersendiri. Jika mereka meminta kemerdekaan terus dari Britain, mereka terpaksa melalui jalan yang sukar dan panjang. Kemasukan Singapura dalam Malaysia telah meningkatkan peratusan bangsa Cina sehingga hampir 40%. Dari situ mereka menuntut lebih banyak keistimewaan. Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kedudukan PAP dan Lee di Singapura menjadi kuat dan mengancam kedudukan Perikatan. PAP mengancam untuk menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Tanah Melayu (terdapat perjanjian awal yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian). Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang kemudian meminta Singapura supaya meninggalkan Malaysia. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh Lee Kuan Yew kerana keluar dari Malaysia bermaksud merdeka. Pada 7 Ogos 1965, Parlimen Malaysia telah meluluskan usul menyokong perpisahan Singapura daripada Persekutuan berkuatkuasa pada 9 Ogos 1965.

(10) Pilihanraya Umum Ketiga (10 Mei 1969). PRU ini kali pertama melibatkan Sabah dan Sarawak. Pencapaian Parti Perikatan turun menjunam dengan memenangi hanya 74 dari 144 kerusi (49.3% majoriti) dan undi popular turut menurun kepada 44.94%.

(11) Tragedi 13 Mei 1969. Selepas Singapura keluar dari Malaysia, penyokong PAP di Malaysia telah menubuhkan DAP pada tahun 1965. Seperti PAP, DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia, iaitu hak sama rata rakyat Malaysia dan pastinya mendapat sokongan bangsa Cina dan India yang tidak berpuas hati dengan dasar Kerajaan mengutamakan bangsa Melayu. Dalam PRU ketiga pada 10 Mei 1969, parti pembangkang berjaya mengurangkan majoriti Parti Perikatan jauh dari 2/3 di Parlimen. Kejayaan ini telah membuatkan pendukung parti pembangkang besar kepala dan mula menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan anti-Melayu di Kuala Lumpur (pusat kemenangan) dan berakhir dengan tercetusnya rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei. Akhirnya Darurat diisytiharkan pada 16 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan Parlimen digantung sehingga tahun 1971.

(12) Pengasas OIC. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai sebuah institusi kewangan di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Perletakan jawatan Tunku. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi atau dikurangkan. Tun Abdul Razak yang sebenarnya mentadbir negara. Tunku semakin dipinggirkan dan tertekan dan akhirnya menyerahkan jawatannya kkepada Tun Razak pada 22 Sep 1970 (ketika berusia 67 tahun) dan diikuti dengan perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 dan akhirnya meletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Kedah pada 9 Dis 1972.

Selepas perletakan jawatan:

(1) Tunku mengasingkan diri dari aktiviti politik dan tidak menganggu pentadbiran negara. Namun Tunku tetap memerhatikan perjalanan negara dan memberi pandangan dan komen/kritiknya melalui pena. Selaku Pengerusi syarikat akhbar The Star, Tunku menulis dalam ruangan Looking Back dan As I See It.

(2) Apabila pendaftaran UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1987, dan usahanya menubuhkan semula Parti UMNO Malaysia dihalang oleh Dr Mahathir, Tunku menyokong tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Semangat Melayu 46. Tunku kekal berada di luar UMNO sehingga meninggal dunia.

(3) Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang sehingga meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 dan jasadnya disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star.


Makam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj




PERDANA MENTERI KEDUA
(22 SEP 1970 - 14 JAN 1976)

TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN
DMN, DK(Kedah) DKI(Johor) DK(Pahang) DKI(Selangor) DK(Perlis) DK(Kelantan) DK(Terengganu) DK(Brunei) SMN DUK SPMS SIMP DUNM SPMB
(11 MAC 1922 – 14 JAN 1976)



Kelahiran : 11 Mac 1922.
Tempat kelahiran: Pulau Keladi , Pekan, Pahang.
Bapa : Dato' Hussein bin Mohd Taib (keturunan Bugis).
Ibu : dan Hajjah Teh Fatimah binti Daud.
Tarikh meninggal dunia: 14 Jan 1976 (pada usia 54 tahun).

Pendidikan Awal/Menengah : Abdul Razak mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Pekan Pahang dan Maktb Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Pendidikan Tinggi : Pada tahun 1939, mendapat biasiswa untuk menuntut di Raffles College, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II. Setelah perang tamat, Abdul Razak pergi melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-undang di England mulai tahun 1947. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Beliau aktif dalam Kesatuan Melayu di UK dan dipilih sebagai Setiausaha dan Tunku sebagai Presiden. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

Kerjaya Awal : Selepas tamat pengajian di UK, Abdul Razak menyertai Malayan Civil Service (MCS) dan bergiat dalam bidang politik. Pada tahun 1952, beliau telah menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan pada bulan Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang ketika berusia 33 tahun. Pada bulan Julai 1955, Abdul Razak meninggalkanperkhidmatan MCS untuk menyertai politik sepenuh masa.

Kerjaya Politik: Abdul Razak menyertai UMNO sejak tahun 1950 dan dilantik menjadi Ketua Pemuda. Sebagai kumpulan peneraju UMNO setelah ditinggalkan oleh Dato' Onn pada tahun 1951, langkah Abdul Razak dalam kerjaya politiknya amat pantas. Pada tahun 1952, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO dan menerajui UMNO sebagai Presiden UMNO dari tahun 1970 hingga meninggal dunia pada tahun 1976. Abdul Razak menyertai Pilihan Raya pertama (pra merdeka) Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955 dan memenangi kerusi Majlis Perundangan Persekutuan bagi kawasan Semantan. Apabila Tunku Abdul Rahman membentuk kabinetnya, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Pada Feb 1956, Abdul Razak menyertai misi pertama ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.

Kehidupan Peribadi : Abdul Razak mendirikan rumahtangga dengan Rahah binti Mohamed Noah (kemudian Toh Puan, Tun) pada tahun 1952 dan dikurniakan dengan 5 orang anak lelaki, iaitu; Mohamed Najib (Dato' Sri), Ahmad Johari (Dato'), Mohamed Nizam (Dato'); Mohamed Nazim (Dato') dan Mohamed Nazir (Tan Sri Dato' Seri).

Nota 1: Anak sulung Tun Razak, Dato' Seri Mohd Najib adalah Perdana Menteri Malaysia ke 6 (2009 - 2018). Sebelum itu beliau adalah Menteri Besar Pahang ke 11 (1982 - 1986) serta ahli Jemaah Menteri di bawah Tun Dr Mahathir, dan Tun Abdullah Badawi (1986 - 2009).
Nota 2: Cucu sulung Tun Razak (anak sulung Najib), Dato' Mohamad Nizar adalah ADUN dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pahang (mulai 2022 hingga kini).

 
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Mohamed Noah

  
Dato Sri Mohd Najib; Dato' Ahmad Johari; Dato' Sri Mohd Nizam

   
Dato' Ar Mohd Nazim dan Dato' Sri Mohd Nazir

Ahli Dewan Perundangan:
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan : Semantan (1955 - 1959);
Ahli Dewan Rakyat: Pekan (1959 - 1964), (1964 - 1969); (1969 - 1974); dan (1974 hingga meninggal dunia pada 14 Jan 1976).

Jawatan portfolio kabinet yang pernah disandangnya sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam Kabinet adalah:

(1) Menteri Pelajaran (1955 - 1957).
(2) Timbalan Perdana Menteri (1957 - 1970)
(3) Menteri Pertahanan (1957 - 1974) dan (1974-1976).
(4) Menteri Pembangunan Luar bandar (1957 - 1970).
(5) Menteri Tanah dan Perlombongan (1957 - 1959).
(6) Menteri Dalam Negeri (1967 - 1969).
(7) Perdana Menteri (1970 - 1976) - ketika berusia 48 tahun.
(8) Menteri Kewangan (1970 - 1972).
(9) Menteri Luar (1970 - 1975).

PERISTIWA DAN LEGASI

(1)  Buku Merah. Perumusan dasar pembangunan negara selepas merdeka.
Selepas kematiannya, Tun Razak dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.

(2)  Pengerusi MAGERAN. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan Darurat disytiharkan, Tun Razak diberi kuasa penuh memerintah negara melalui Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sehingga darurat dipulihkan.

(3)  Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tun Razak melancarkan DEB pada tahun 1971. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya menghapuskan kemiskinan; dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

(4)  Barisan Nasional (BN). Tun Razak adalah perintis penubuhan BN pada 1 Jan 1973 bagi menggantikan Parti Perikatan untuk mengasaskan apa yang dikatanya Ketahanan Nasional melalui kestabilan politik. Dari Perikatan yang hanya dianggotai oleh 3 parti: UMNO, MCA dan MIC telah menambah keahlian dari kepada parti-parti yang berkuasa di Sabah (USNO) dan Sarawak (Pesaka-Bumiputera) serta beberapa pembangkang utama seperti Gerakan, PPP, PAS, SUPP (Sarawak), dan SNAP (Sarawak).

(5)  Rukun Tetangga. Tun Razak melancarkan penubuhan Rukun Tetangga bagi melibatkan masyarakat membantu pasukan keselamatan (PDRM) bagi menjaga keselematan penduduk setempat.

(5)  PETRONAS. Tun Razak merupakan pemegang kunci kepada penubuhan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) pada 17 Ogos 1974. PETRONAS ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat minyak dan gas yang bertanggungjawab mengurus dan membangunkan sumber petroleum negara. Penubuhan PETRONAS memberi mandat ekklusif melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Kematian dan Permakaman. Tun Razak yang mengidap penyakit leukemia sejak beberapa tahun telah meninggal pada tahun 14 Januari 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur.




PERDANA MENTERI KETIGA
(15 JAN 1976 - 16 JUL 1981)

TUN HUSSEIN BIN DATO' SIR ONN
DKI(Johor) DK(Selangor) DK(Terengganu) DK(Kelantan) SMN SPMJ SPCM SIMP SSIJ SPDK DUPN DP SPNS PIS
(12 Feb 1922 - 29 Mei 1990)


Tarikh lahir: 12 Feb 1922.
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor.
Nama Bapa: Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar.
Nama Ibu : Datin Hajah Halimah binti Hussein.
Tarikh meninggal dunia: 29 Mei 1990 (pada usia 68 tahun).

Pendidikan Awal: Hussein Onn menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Telok Kurau (kini Telok Kurau Primary School) dan English College (kini digelar Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.

Pendidikan Tinggi: Indian Military Academy, Dehra Dun, India (1941 - 1942) dan Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dan Barrister-at-Law dari Lincoln Inns, England (1958)

Kerjaya Awal: Pegawai Kadet JMF (1940), IMA, Deh Dun (1941 - 1942), Hyderabad Regiment (1942 - 1945); Intelligence Depatment, British Army HQ, New Delhi; Jurulatih di Malayan Police Recruits Training Centre di Rawalpindi, Pakistan; Commandant of Police Depot, Johor Bahru (1945); menyertai Malayan Civil Service (MCS) pada tahun 1946; ADO Segamat (1947); DO Klang dan Kuala Selangor (1948).

Kerjaya Politik: Jawatan dalam parti: Ketua Pemuda UMNO (1949), Setiausaha Agong (1950); keluar UMNO (1951 - 1968); Ahli MT (1969 - 1972); Naib Presiden UMNO (1972 - 1973); Pemangku Timbalan Presiden UMNO (1973 - 1975); Timbalan Presiden UMNO (1975 - 1976); Pemangku Presiden UMNO (1976 - 1978); dan Presiden UMNO (1978 - 1981).

Kehidupan peribadi : Hussein mendirikan rumahtangga dengan Suhailah binti Mohamed Noah pada tahun 1950 dan dikurniai dengan 6 orang anak, iaitu; Roquaiya Hanim (almarhumah Datin); Suraiya Hani (Puan Sri Dato' Dr); Rozia Hanis; Hishammuddin (Dato' Sri); Rozita Halina (Dr); dan Harith Onn (Dato').

Nota 1 : Toh Puan Suhaila merupakan kakak kandung kepada Toh Puan Rahah (isteri Tun Razak). Tun Suhailah meninggal dunia pada 4 Okt 2014.
Nota 2 : Dato' Sri Hishammuddin adalah ahli kabinet di bawah pimpinan Tun dr Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Dato' Sri Mohd Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Sri Ismail Sabiri.
Nota 3 : Salah seorang anak almarhumah Roquaiya Hanim (hasil perkahwinan dengan Dato' Ghazi bin Ishak), Dato' Onn Hafiz adalah Menteri Besar Johor ke 19 (2022 - kini).


Almarhumah Tun Suhailah binti Mohamad Noah

  
Almarhumah Datin Roquaiya Hanim, Puan Sri Dato' Dr Suraiya Hani 
dan Rozia Hanis

  
Dato' Sri Hishammuddin, Dr Rozita Halina dan Dato' Harith Onn

Ahli Dewan Perundangan
Ahli Dewan Rakyat: Johor Bahru Timor (1969 - 1974); dan Sri Gading (1974 - 1978) & (1978 - 1981).

Jawatan portfolio kabinet yang pernah disandangnya sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam Kabinet adalah:

(1) Menteri Pelajaran (1970 - 1973).
(2) Timbalan Perdana Menteri (1973 - 1976)- ketika berusia 51 tahun .
(3) Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1973 - 1974).
(4) Menteri Kewangan (1974 - 1976).
(5) Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam (1974 - 1976).
(6) Perdana Menteri (1976 - 1981) - ketika berusia 54 tahun.
(7) Menteri Pertahanan (1976 - 1978) dan (1980 - 1981).
(8) Menteri Wilayah Persekutuan (1978 - 1980).

PERISTIWA DAN LEGASI

(1) Krisis Dengan PAS. Dalam tahun kedua pentadbiran Hussein (1977), BN mengalami krisis dengan PAS di Kelantan. Hussein Onn menggunakan kuasa darurat untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri PAS yang memerintah Kelantan sejak tahun 1959. Akibatnya dalam PRN Kelantan 1977, PAS tewas teruk kepada BN. Akibat persengketaan ini, PAS mengisytiharkan keluar dari gabungan BN.

(2) Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 17 Mac 1978, sebagaii kesinambungan kepada DEB, PNB telah ditubuhkan sebagai syarikat Kerajaan (GLC) untuk mengurus dan meningkatkan ekonomi Bumiputera untuk bersaing dalam mengimbangi aset dan nilai pelaburan peribumi dalam ekonomi negara.

(3) Amanah Saham Nasional. Pada 20 April 1980, Hussein melancarkan skim pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah Bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara.

(4) Pemodenan ATM. Selepas tamat Perang Vietnam dan tersebarnya Teori Domino di Asia Tenggara, Kerajaan Malaysia mengangambil langkah deterent denga membesar dan memodenkan ATM dengan perolehan peralatan baru dan canggih seperti pesawat pejuang F5, angkut C130, kapal perang TLDM dan persenjataan TDM.

(5) Pembangunan Tanah Wilayah. Dalam tempoh RMK-3 (1976-1980) pembangunan tanah dan wilayah secara besar-besaran meliputi pembukaan tanah untuk ladang komoditi (melalui FELDA), kawasan pertanian, serta pembangunan bandar seperti DARA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR dan KEDA sebagai langkah mengatasi kemiskinan dan peluang peningkatan ekonomi luar bandar.

(6) Kes Dato' Harun Idris. Sebagai keteguhan memegang prinsipnya membanteras rasuah, Hussein tidak melindungi kes rasuah melibatkan Dato' Harun Idris (ketika itu Menteri Besar Selangor dan juga Ketua Pemuda UMNO) dengan Bank Rakyat dan HSBC untuk menutup kerugian dalam penganjuran perlawanan tinju antara Muhammad Ali dengan Joe Bugner pada tahun 1975. Harun dipenjara pada tahun 1977.

Selepas persaraan : Selepas persaraannya, Tun Hussein meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Penasihat kepada PETRONAS.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein dengan Dr. Mahathir menjadi buruk, dan beliau menyokong 'Team B' (Tengku Razaleigh Hamzah) bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Tun Hussein meninggal dunia ketika berada di luar UMNO.

Kematian dan Permakaman. Hussein menjalani 'coronary by-pass' pada awal 1981. Pada 17 Julai 1981, beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan semua jawatan politiknya atas sebab-sebab kesihatan. Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco kerana serangan sakit jantung dan jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.



PERDANA MENTERI KEEMPAT
(18 JUL 1981 - 30 OKT 2003)

TUN DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMMAD 
DKI(Johor) DK(Kedah) DK(Terengganu) DK(NS) DK(Perlis) SMN SPMJ SPCM SSDK SSAP SSMT SPNS DUPN SPDK DUNM SBS SUMW DP PIS
(10 Jul 1925 - kini) 


Tarikh lahir: 10 Jul 1925.
Tempat Lahir: Kg Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Nama Bapa: Mohammad bin Iskandar.
Nama Ibu : Wan Tempawan binti Wan Hanapi.
Tarikh meninggal dunia: MASIH HIDUP (10 Jul 2026: berusia 101 tahun)

Pendidikan Awal: Sekolah Melayu Seberang Perak (1931), Government English School (kini Sultan Abdul Hamid College).

Pendidikan Tinggi: King Edward VII Medical College, University of Malaya, Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.

Kerjaya Awal: Doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (1953); Pegawai Perubatan Hospital Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Kangar (1954 - 1957). Pada tahun 1957, Dr Mahathir berhenti dari perkhidmatan Kerajaan dan membuka Klininya sendiri (MAHA KLINIK).

Kerjaya Politik: Ahli UMNO (1946); dipecat dari UMNO (1969 - 1972); Naib Presiden UMNO (1975 - 1976); Pemangku Timbalan Presiden UMNO (1976 - 1978); Timbalan Presiden UMNO (1978 - 1981); dan Presiden UMNO (1981 - 2003).

Kehidupan peribadi: Dr Mahathir melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 1 perempuan. Anak-anak beliau ialah Marina (Datin Paduka), Mirzan (Dato'), Mokhzani (Tan Sri) dan Mukhriz (Dato' Seri). Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah juga mempunyai tiga orang anak angkat yang dibela sejak kecil, iaitu Melinda, Maizura dan Mazhar.

Nota : Anak bungsu Tun Dr Mahathir, Dato' Seri Mukhriz adalah Timbalan Menteri MITI (2009 - 2013); Menteri Besar Kedah ke 11 (2013 - 2016) dan ke 13 (2018 - 2020).

Cfda

Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali

   
Datin Paduka Marina, Dato' Mirzan, Tan Sri Mokhzani dan Dato' Seri Mukhriz

Ahli Dewan Perundangan
Ahli Dewan Negara (Senator) : (1973 - 1974).
Ahli Dewan Rakyat: Kota Setar Selatan (1964 - 1969), Kubang Pasu (1974 - 1978), (1978 - 1982), (1982 - 1986), (1986 - 1990), (1990 - 1995), (1995 - 1999) & (1999 - 2004); dan Langkawi (2018 - 2022).

Jawatan portfolio kabinet yang pernah disandangnya sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam Kabinet adalah:

(1) Menteri Pelajaran (1974 - 1977).
(2) Timbalan Perdana Menteri (1976 - 1981) - ketika berusia 51 tahun.
(3) Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1978 - 1981).
(4) Perdana Menteri (1981 - 2003) - ketika berusia 56 tahun.
(5) Menteri Pertahanan (1981 - 1986).
(6) Menteri Dalam Negeri (1986 - 1999).
(7) Menteri Kewangan (1998 - 1999) dan (2001 - 2003).
(8) Perdana Menteri (2018 - 2020).

Kerjaya politik

1945 : Dr Mahathir menyertai kempen menentang penubuhan Malayan Union dan apabila UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, beliau merupakan antara yang pertama yang mendaftar diri sebagai ahli UMNO.

1946 - 1959 : Aktif mengembangkan UMNO di Kedah sehingga mencapai jawatan 
Pengerusi Parti UMNO Negeri Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik.

19 Ogos 1959 : Menolak pencalonan dalam PRU pertama Tanah Melayu kerana dituduh oleh penyokong Tunku Abdul Rahman bahawa beliau hendak memilih calon-calon yang rapat dengannya.

25 Apr 1964 : Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Kota Setar (PRU-2) dan pada tahun 1965, beliau telah terpilih menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

10 Mei 1969 : PRU-3 - Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusi Kota Setar apabila ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa (kelebihan 989 undi sahaja) - dikatakan antara punca kekalahan adalah selepas beliau membuat kenyataan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk menang.

12 Jul 1969 : Dr Mahathir dipecat dari Majlis Tertinggi UMNO (selepas suratnya kepada Tunku Abdul Rahman diedarkan kepada umum. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. 

26 Sep 1969 : Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Beliau mengarang buku 'Dilema Melayu' (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Sep 1970 : Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan  Perdana Menteri (1970), Dr Mahathir telah dipujuk (melalui Dato' Harun Idris) masuk semula ke dalam UMNO. Pada 7 Mac 1972, Dr Mahathir kembali menjadi ahli UMNO dan pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator). 

24 Ogos 1974 : PRU-4 - Beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu  (menang tanpa bertanding) dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Dalam tahun 1975, beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden UMNO. 

Pada 14 Jan 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia di London dan penggantinya Datuk Hussein Onn telah melantik Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran; dan dalam rombakan kabinet tahun 1978 bertukar ke potfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 10 Jul 1981 - Dr Mahatthir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4 merangkap Menteri Pertahanan (1981 - 1986); Menteri Dalam Negeri (1986 - 1999); dan Menteri Kewangan (1998 - 1999) dan (2001 - 2003).

Nota: Semasa pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahu, jawatan Timbalan PM telah bersilih ganti sebanyak 4 kali iaitu Tun Musa Hitam (1981-1986), Tun Ghaffar Baba (1986-1993), Datuk Seri Anwar Ibrahim (1993-1998) dan Datuk Seri Abdullah Ahmad (1999-2003). 
31 Okt 2003 : Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad sebagai penggantinya.

Kesihatan

24 Jan 1989 :  Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di HKL.
9 Nov 2006 : ,Dimasukkan ke IJN kerana serangan jantung. 
14 Mei 2007 : Dimasukkan ke ICU Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas.
4 Sep 2007 :  Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN. . Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.
2 Okt 2010 : Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selsema (sewaktu berada di Melbourne untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne)

Nota: Walaupun musuh politik dan prinsipnya amat mengharapkan kematian Tun Mahathir kerana tidak mahu lagi mendengar kritikan-kritikan pedas dan kerasnya, namun usia Dr Mahathir tetap direstui oleh Allah.

PERISTIWA DAN LEGASI

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik oleh musuh politiknya sebagai atas gaya pemerintahannya yang dikatakan bersifat machiavellianisme dan dituduh bersifat kronisme. Namun beliau  merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang amat disegani kerana sikapnya yang berani, suka berterus-terang dan bersifat kontroversi, khususnya memperjuangkan hak negara dunia ketiga.

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS (kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.

Kontroversi dan Krisis perlembagaan

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi Hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Insiden yang berlarutan dalam tahun 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif. Mahathir selaku Ketua Badan Eksekutif dikatakan telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah TPM dan Menteri Kewangan. Pemecatan ini bukan sahaja atas alasan di atas tetapi juga dikatakan apabila Dr Mahathir dapat menghidu usaha dan gerakan Anwar untuk menjatuhkannya dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (ADIL). Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada PRU 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Bagaimanapun dalam PRU 12 tahun 2008 Parti tersebut yang bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) lalu dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berjaya mendapat kemenangan besar dalamdengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNO

Akibat pertelingkahan pendapat dan hilang keyakinan kepada Datuk Seri Abdullah, pada 19 Mei 2008 Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO di Alor Setar. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agong UMNO 2008 pada bulan Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO. Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Sir Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

Penulisan blog

Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 pagi, dengan penulisan beliau "The Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya

Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.






PERDANA MENTERI KELIMA
(31 OKT 2003 - 2 APR 2009)

TUN HAJI ABDULLAH BIN DATUK HAJI AHMAD BADAWI 
DK1(Johor) DK(Kelantan) DKI(Pahang) DK(Brunei) SMN DUK SPMS SUMZ SSSJ SPSA SSAP SPNS SPNS DUPN DGPN SPDK DUNM SUMW DP DSSA DMPN DJN KMN AMN
(26 November 1939 - 14 April 2025) 

 


Tarikh lahir 
Dilahirkan dalam keluarga ulamak di Kampung Perlis, Bayan Lepas Pulau Pinang pada 26 Nov 1939. Bapanya adalah Datuk Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim, seorang agamawan dan ahli politik (salah seorang pengasas PAS serta Ketua Pemuda PAS yang pertama tetapi kekal ahli UMNO). Kemudian keluar PAS menjadi ADUN Kepala Batas (1959 - 1974) dan ADUN Bertam (1974 - 1977) Ibunya adalah Datuk Hajah Kailan binti Hassan. Datuknya, Sheikh Abdullah Fahim merupakan ulamak terkenal dan merupakan individu yang memilih tarikh '31 Ogos' sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Pendidikan Awal
 dan menerima pendidikan di Sek Men Tinggi Bukit Mertajam dan Penang Methodist Boys School. 

Pendidikan Tinggi
Sarjana Muda Sastera (Pengajian Islam) dari Universiti Malaya.

Kerjaya Awal
Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di JPA mulai tahun 1964. Pada tahun 1969, Abdullah ditugaskan ke MAGERAN (sebagai Setiausaha), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Belia dan Sukan sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian yang sama pada tahun 1974. Pada tahun 1978 bersara dari perkhidmatan awam pada usia 39 tahun untuk menyertai politik sepenuh masa dan bertanding dalam PRU-4. 

Jawatan dalam Politik: Ahli UMNO (1964); Ahli MKT UMNO (1981 - 1984); Naib Presiden UMNO (1984 - 1993) & (1996 - 1999); Timbalan Presiden UMNO (1999 - 2003);dan Presiden UMNO (2003 - 2009).

Ahli Dewan Perundangan :
Ahli Parlimen: Kepala Batas (1978 - 1982); (1982 - 1986); (1986 - 1990), (1990 - 1995); (1995 - 1999); (1999 - 2004); dan (2004 - 2008).

Jawatan portfolio kabinet yang pernah disandangnya sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam Kabinet adalah:

(1)  Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan (1978 - 1980).
(2)  Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (1980 - 1981).
(3)  Menteri di JPM (1981 - 1984)
(4)  Menteri Pelajaran (1984 - 1986).
(5)  Menteri Pertahanan (1986 - 1987) - dipecat dari kabinet.
(6)  Menteri Luar Negeri (1991 - 1999) - kembali menyertai kabinet.
(7)  Timbalan Perdana Menteri (1999 - 2003).
(8)  Menteri Dalam Negeri (1999 - 2004).
(9)  Perdana Menteri (2003 - 2009).
(10) Menteri Keselamatan Dalam Negeri (2003 - 2008).
(11) Menteri Kewangan (2003 - 2008)
(11) Menteri Pertahanan (2008 - 2009)

Kehidupan Peribadi : Abdullah berkahwin dengan Endon bin Dato' Mahmod Ambak (
Tun) pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata Kamarudin dan Nori. Pada 20 Okt 2005 Endon Mahmood telah meninggal dunia akibat serangan barah payudara sejak 2003. Tun kemudiannya berkahwin dengan Jeanne Abdullah (Tun) pada 9 Jun 2007.

 
 

 
Tan Sri Dato' Kamaludin dan Nori

Kontroversi Sebelum Menjadi PM

Pada tahun 1986, satu krisis besar terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong gabungan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Dato' Musa Hitam (mantan TPM) digelar 'Team B'. Oleh kerana Abdullah adalah penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Krisis tersebut membawa kepada pengharaman UMNO dan Mahathir segera menubuhkan UMNO (Baru) pada tahun 1987. Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.  Namun Abdullah tidak menyertai Ku Li dan tetap setia dengan UMNO (Baru).

Setelah empat tahun berada di luar kabinet beliau memegang jawatan Menteri Luar Negeri mulai 15 Mac 1991 hingga Januari 1999 apabila kemudiannya dilantik menjadi TPM merangkap Menteri Dalam Negeri.

Peristiwa dan Legasi

(1)   
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati  Abdullah Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

(2)   Abdullah memperkenalkan konsep Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. 

(3)   Menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia yang semakin terpinggir setelah negara mencapai kejayaan cemerlang dalam ekonomi industri melalui Dasar Perindustrian Negara yang dipacu oleh Tun Dr Mahathir. 

(4)   Abdullah memperkenalkan wilayah pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dengan melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) , Koridor Timur (ECER), Wilayah Pembangunan  Iskandar (WPI), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

(4)   Abdullah telah menyandang giliran sebagai Pengerusi untuk Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan OIC. Bermula dari 2005, beliau juga menjadi Pengerusi untuk ASEAN.

Kontroversi Hubungan Dengan Tun Dr Mahathir

Selepas BN memenangi PRU-11 (2004)  dengan cemerlang, ketegangan hubungan antara Abdullah dengan mantan PM, Tun Dr Mahathir mula wujud.  Antara puncanya ialah Mahathir kecewa dengan tindakan Abdullah membatalkan atau menangguhkan beberapa projek mega yang telah dilancarkan oleh Mahathir seperti projek landasan berkembar kereta api, penjualan syarikat motosikal MV Agusta, dan projek pembinaan "jambatan bengkok" menggantikan Tambak Johor. 

Selain dari itu, dikatakan juga pejabat Abdullah dikawal oleh "Budak Tingkat Empat".  Mahathir secara terbuka mengkritik penasihat dan pegawai muda di tingkat empat bangunan Perdana Putra yang diketuai oleh menantu Abdullah,  Khairy Jamaluddin yang didakwa terlalu berpengaruh dalam membuat keputusan dasar kerajaan. 

Pada 14 Julai 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin dengan alasan peraturan 18(7).

Mahathir juga kecewa apabila, Khairy tidak memberi laluan kepada Mukhriz (anak Mahathir) dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO tahun 2009.

Dr Mahathir turut mendakwa pentadbiran Abdullah terlalu longgar dalam ruang demokrasi sehingga membolehkan parti pembangkang mengukuhkan kedudukan mereka, selain menuduh pentadbiran baharu gagal meneruskan kesinambungan dasar-dasar tertentu. 

Selepas PRU-12 pada tahun 2008, di mana Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, malah kehilangan 4 buah negeri lagi (selain Kelantan) iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Kritikan Mahathir ke atas Abdullah semakin agresif dan mendesak Abdullah supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Puncak penentangan tersebut adalah pada bulan Mei 2008, apabila Mahathir bertindak keluar daripada UMNO sebagai tanda protes terhadap keengganan Abdullah untuk berundur lebih awal. Tekanan berterusan daripada pelbagai pihak (termasuk anggota kabinet) akhirnya membawa Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa dan melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009. Hubungan kedua-dua tokoh ini kemudiannya beransur pulih dan mencatatkan episod berdamai dalam satu perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009.

Selepas bersara, pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


sila ikuti sambungannya di:
MTA 184 : PERDANA MENTERI MALAYSIA (BAHAGIAN 2) 


ss

KEMAS KINI TERAKHIR
2 SEP 2025












No comments:

Post a Comment