Tuesday, February 24, 2015

MTA 099 : JOHORKU XVIII : ANAK JOHOR TERSOHOR BAHAGIAN 1


 Anak-anak Johor Tersohor 
 BAHAGIAN 1  



 Tokoh No 1


Almarhum
DATO' SIR ONN BIN DATO' JAAFAR
DK SPCM DPMJ KBE
(12 Feb 1895 - 19 Jan 1962)


Almarhum Dato' Sir Onn bin Jaafar adalah seorang politik dan pentadbiran yang membina pelantar dan lorong ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Dato' Onn merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama,  Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR @ UMNO). 

Dato' Onn Jaafar dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1895. Ayahnya,
Dato' Jaafar bin Haji Muhammad adalah Menteri Besar Johor yang pertama. Onn adalah seorang kerabat Diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak kecil - kebetulan sebaya (seusia) dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Onn mendapat pendidikan sekolah Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya (bersama Tunku Ismail) ke Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Beliau kemudiannya mengikuti pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1910 dan 1911. Setelah menematkan persekolahannya, berikut adalah perjalanan kerjaya Onn sebelum menubuhkan UMNO pada tahun 1946:

(1)   Kerani sambilan dengan Johire Civil Service (JCS) di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor (1911).
(2)   Menyertai Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Force) dan ditempatkan di Markas JMF, Pulau Belakang Mati, Singapura berpangkat Leftenan (1917).
(3)   Berkhidmat semula dengan JCS di Pejabat Penasihat Johor (19200 tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana mempertikaikan status harta Sultan (1920).
(3)   Pada tahun 1922, diterima semula berkhidmat dengan JCS (atas pujukan Tunku Mahkota Ismail) sebagai Penolong Pegawai di Pejabat Tanah Johor; bertukar ke Pejabat Tanah Muar (1923); dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar (1924); dan Penolong Pemungut Hasil Tanah Johor Bahru (1927). Pentadbir British telah menahan elaun tahunan, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
(4)   Antara tahun 1927 hingga 1936, Onn telah dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror (dikatakan, Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan tenaga anggota JMF). Semasa dalam buangan, antara tahun 1930 hingga 1936, bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura; menjadi Pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga (1934).

Nota: Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu. Onn Jaafar juga mengkritik perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Helen Wilson seorang wanita England (1930).
 
(5)   Setelah kembali ke Johor pada tahun 1936, Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor sehingga 1941.
(6)   Semasa pendudukan Jepun antara tahun 1942 hingga 1945, Onn dilantik menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
(7)   Apabila Tentera British kembali pada tahun 1945 (BMA), Onn dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat.

Nota: Onn Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman , pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April 1945. Parti Komunis Malaya sejak hujung 1944 telah menyerang balai polis Jepun dan konvoi . Rasa benci orang Melayu terhadap orang Cina memuncak lalu menubuhkan Tentera Sabilillah. Onn Jaafar atas arahan Sultan Johor telah berunding dengan Kiai Salleh supaya menghentikan sengketa Melayu-Cina itu. Kemaraan Tentera Selempang Merah berjaya disekat.

Pengasas PEKEMBAR @ UMNO. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR @ UMNO) telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik Dato' Onn sebagai Yang DiPertua pertama.

Pada 1 Jun 1947, Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor tetapi meletak jawatan pada tahun 18 Mei 1950 untuk menumpukan masanya kepada UMNO. 

Nota : Di bawah kepimpinan Onn, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Pada 26 Ogos 1951, Dato' Onn meletak jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO kerana kecewa dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO ke 6 yang menolak cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan agama. Perjalanan Dato' Onn dalam politik negara setelah meletak jawatan Yang DiPertua UMNO adalah seperti berikut:

(1)   Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951, namun IMP tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. 
(2)  Pada Februari 1954, beliau membubarkan IMP dan menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. 
 
Nota: Parti Negara juga sukar mendapat sokongan orang Melayu sehinggalah dalam PRU pertama tahun 1959, Parti Negara hanya mampu memenangi satu kerusi Parlimen di Terengganu (Dato' Onn di kerusi Kuala Terengganu Selatan) atas bantuan PAS. Di peringkat Dewan Undangan Negeri, Parti Negara memenangi 4 kerusi dan membentuk Kerajaan Negeri sehingga dijatuhkan melalui Undi Tidak Percaya pada tahun 1961.

Dato' Sir Onn bin Jaafar meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 ketika berusia 67 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Makam Diraja Johor, Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Kehidupan Peribadi. Onn Jaafar berumahtangga untuk kali pertama pada tahun 1911 dengan Rafeah binti Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat bapanya) ketika berusia 19 tahun. Perkahwinan ini melahirkan empat orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Pada tahun 1915, Onn berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak bernama Ismail. Isteri keduanya juga meninggal dunia dan beliau berkahwin pula dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.  Pada tahun 1919, Onn berkahwin untuk kali keempat dengan Halimah Hussein (janda adiknya) dan dari perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak iaitu Hussein, Jaafar dan Norziah.




 Tokoh No 2


Almarhum
TUN DR ISMAIL BIN DATO' ABD RAHMAN
SSM PMN SPMJ PPM
(4 Nov 1915 - 3 Ogos 1973)



Almarhum Tun Dr Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman adalah seorang tokoh politik dari parti UMNO yang terkenal dengan ketegasannya serta memiliki integriti yang tinggi. Almarhum merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri kedua Malaysia setelah Almarhum Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. 

Kesah dan sejarah lengkap Almarhum Tun Dr Ismail telah penulis terbitkan lebih awal dari ini melalui link berikut:


Ismail dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau berasal dari keluarga yang berstatus elit. Bapanya, Almarhum Dato’ Abdul Rahman bin Mohd. Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan Bendahari Negeri serta Ahli Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Persekutuan. Almarhum Dato’ Abdul Rahman juga adalah Speaker Dewan Negara yang pertama dan tokoh Melayu yang memainkan peranan besar untuk menubuhkan Persatuan Melayu Johor (PMJ) berfungsi untuk menentang penubuhan Malayan Union sehingga ke tahap menuntut supaya Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 yang mana bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Queen's College Melbourne University, Australia sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan tahun 1945. Ismail merupakan anak melayu pertama lulus Ijazah Perubatan dari University tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Bahru.

Beliau menyertai UMNO setelah perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada tahun 1951.

Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.

Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diisi oleh Tun Abdul Razak sendiri.

Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969 - Februari 1971). 

Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.

Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tun Suffian mengenai jasa beliau:

“ It was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents.



 Tokoh No 3

Almarhum
TUN HUSSEIN BIN DATO' SIR ONN
DKI (Johor) DK (Terengganu) DK (Kelantan) DKII (Selangor)
SMN SPMJ SPCM SIMP SPNS DUPN SPDK SSIJ DP PIS
(12 Feb 1922 - 29 Mei 1990)


Almarhum Tun Hussein bin Dato' Sir Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Hussein dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Ibunya bernama Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Kerjaya politik Hussein diselubungi kepudaran apabila cadangan bapanya, Dato' Onn keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara tahun 1954. Hussein meninggalkan bidang politik dan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Hussein kembali menyertai UMNO semula atas pelawaan Tun Abdul Razak (birasnya) yang ketika itu memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri daripada arena politik, tetapi UMNO telah mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.  Berikut adalah perjalanan kerjaya politik Almarhum Tun Hussein setelah kembali menyertai UMNO pada tahun 1968:

(1)   Memenangi kerusi Parlimen kawasan Johor Bahru Timor dalam PRU ke 3 (Mei 1969).
(2)   Pada Sep 1970 apabila Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri kedua menggantikan Tunku Abdul Rahman, Hussein dilantik menjadi Menteri Pelajaran.
(3)   Dalam Perhimpunan Agung Pemilihan UMNO tahun 1972, Hussein dipilih sebagai salah seorang dari 3 Naib Presiden. 
(4)   Pada 8 Ogos 1973, dilantik memangku tugas Timbalan Presiden berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail.
(5)   Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 dan turut memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
(6)   Pada 14 Januari 1976, Tun Razak meninggal dunia di London dan pada keesokan harinya, 15 Januari 1976, dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga dan turut memangku tugas Presiden UMNO. Di dalam kabinet, Hussein turut memegang potfolio Menteri Pertahanan.
(7)  Dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1978, beliau memenangi jawatan  Presiden UMNO setelah menewaskan Tuan Haji Sulaiman Palestin.
(8)  Pada bulan Mei 1981, Hussein mengumumkan  hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung (PAU) pada 28 Jun 1981 sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara - atas masalah kesihatan. 
(9)  Pada 17 Julai 1981, Hussein meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri  dan digantikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad.

Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang pemimpin yang arif tentang hal ehwal keselamatan, beliau memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya juga , Angkatan Tentera Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan selari dengan keadaan di rantau di Asia Tenggara ketika itu ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis. Semasa pentadbirannya tempoh darurat masih berkuatkuasa, usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebatkan.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. 

Beliau juga sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.

Atas perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun pada hari beliau menyerahkan tugas secara rasmi kepada penggantinya.

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.



 Tokoh No 4

Almarhum
JENERAL TUN SIR IBRAHIM BIN ISMAIL
SSM PMN SPMJ SPMK SPDK PNBS DPMJ DIMP JMN
PIS KBE MBE
(19 Okt 1922 - 23 Dis 2010)

Image result for jeneral tun ibrahim ismail


Jeneral Tun Ibrahim Ismail ialah Ketua Turus (Panglima) Angkatan Tentera Malaysia yang ketiga. Perlantikan beliau unik kerana beliau asalnya pegawai kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Johor (Johore Military Force, JMF). Beliau merupakan mantan Panglima Angkatan Tentera yang pertama dianugerahi gelaran "Tun" oleh Yang Di-Pertuan Agong.  

Tun Ibrahim juga merupakan PAT pertama yang dilantik bukan dari kalangan Panglima Perkhidmatan. Rekod ini kekal sehingga tahun 2025.

Tun Ibrahim dilahirkan pada 19 Oktober 1922. Ayahanda beliau, Dato' Ismail bin Abu Bakar adalah pegawai Kerajaan Johor yang bersara sebagai Bendahari Kerajaan Johor. Pada masa yang sama, Dato' Ismail juga pegawai dalam Pasukan Tentera Sukarela Johor (Johore Volunteer Force, JVF).

Tun Ibrahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Molek. Beliau kemudian bertukar ke Sekolah Inggeris Ngee Heng dan Sekolah Inggeris Bukit Zaharah. Pendidikan Menengah beliau dapati di English College, kini Maktab Sultan Abu Bakar sehingga tamat Senior Cambridge.

Pada awalnya beliau bercita-cita hendak menjadi akauntan, namun kekurangan peluang ketika itu mengubah pendirian beliau untuk menyertai kerjaya tentera. Sebagai rakyat Johor bagaimanapun, beliau tidak boleh menganggotai Askar Melayu kerana ianya hanya dibuka untuk rakyat Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Oleh itu beliau menyertai pemilihan pegawai kadet JMF pada April 1941. Beliau diterima dan dihantar ke Dehra Dun, India, bersama dua orang lagi pegawai kadet iaitu, Hussein Onn dan Ungku Ahmad bin Ungku Abdul Rahman.

Di Dehra Dun, beliau menjalani latihan intensif dan padat. Ketika itu Perang Dunia Kedua telah pun berlarutan di Eropah dan Inggeris berpendapat pasukan Tentera British India perlulah diperbesar dengan segera. Beliau dan rakan-rakan sepasukannya menamatkan latihan pada Februari 1942 ketika kemuncak penyerangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Beliau kemudiannya menerima tauliah sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Hyderabad dari Baginda Raja George VI. Semasa di India, beliau telah berkenalan dengan Mejar Tengku Mahmood Mahyideen, tokoh penting yang terlibat dalam Force 136. Dengan pertemuan inilah beliau menawarkan diri menyertai pasukan yang menyusup ke Tanah Melayu untuk menentang Jepun. Beliau juga berkesempatan berkenalan dengan Claude Fenner, yang kemudiannya menjadi Ketua Polis Negara.

Beliau mengetuai pasukan kecil anak-anak Melayu di perantauan telah melakukan cubaan menyusup beberapa kali sehingga akhirnya tertangkap dan dijadikan tawanan perang oleh Kempeitai, polis tentera Jepun. Beliau ketika itu hanya Leftenan, berjaya memperdaya pihak Jepun dengan berpura-pura berpaling tadah. Tindakan bijak beliau dan pasukannya bukan sahaja beberapa kali menyelamatkan nyawa mereka tetapi dapat mengelirukan perisikan Jepun yang mereka bekalkan dengan maklumat-maklumat palsu. Untuk perkhidmatan beliau, Raja George VI telah mengurniakan pingat Member of the Order of the British Empire, MBE.

Selepas perang tamat, beliau berkhidmat dengan JVF seketika. Bagi melanjutkan kerjaya tentera, sepatutnya beliau menyambung untuk menyertai Rejimen Askar Melayu, tetapi beliau kecewa kerana layanan yang tidak setaraf diterima oleh pegawai-pegawai Melayu berbanding pegawai-pegawai Inggeris. Sekitar tahun 1949, beliau masih bekhidmat dengan tentera Johor bersama-sama (Tun) Hussein Onn melatih unit-unit polis di Johor bagi menghadapi ancaman komunis ketika Darurat. Hanya pada Jun 1951, beliau menyertai Askar Melayu setelah pegawai-pegawai Melayu diterima setaraf dengan pegawai Inggeris.

Tun Ibrahim ialah salah seorang dari tiga anak Melayu pertama yang menjadi Pegawai Memerintah batalion. Pada April 1958 Leftenan Kolonel (ketika itu) Abdul Hamid Bidin dilantik memerintah Batalion Pertama, Lt Kol. Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa memerintah Batalion Kedua, manakala beliau memimpin Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada Februari 1962, beliau dinaikkan ke pangkat Brigedier dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran Tentera Darat. Pada tahun berikutnya beliau menjadi Pegawai Memerintah (kini Panglima, berikutan perubahan Brigedier kepada Brigedier Jeneral) Briged Kelima Infantri yang beroperasi di Sabah ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Pada awal tahun 1965 pula beliau mengetuai Briged Pertama. Tidak sampai beberapa bulan selepas itu beliau mengambil alih pula pemerintahan Briged Keempat di Singapura. Pada Julai 1966, beliau dilantik menjadi Panglima Divisyen Infantri Pertama (1 Div) dan dinaikkan pangkat Mejar Jeneral. Ini ialah divisyen pertama yang ditubuhkan dan beliaulah panglima pertamanya. Dua tahun kemudian, Tun Ibrahim dinaikkan pangkat sekali lagi kepada Leftenan Jeneral ketika memegang jawatan sebagai Panglima Divisyen Infantri Kedua.

Peristiwa malang pada 13 Mei 1969 tercetus pada tahun berikutnya dan Tun Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Pengerusi MAGERAN iaitu Tun Abdul Razak. Pada penghujung tahun 1969, beliau telah dinaikkan pangkat Jeneral empat bintang. Ketika ini juga adalah kali pertama Tentera Darat mempunyai dua orang Jeneral penuh, beliau dan Tan Sri Hamid Bidin yang baru dilantik Ketua Turus Angkatan Tentera. Beliau akhirnya menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bidin sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera pada 1 Julai 1970.

Sepanjang tempoh menyandang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, beliau banyak mengaturkan kerjasama dengan negara-negara jiran bagi membanteras ancaman komunis rentas sempadan. Dan tidak kurang dari tiga kali juga beliau menjadi sasaran serangan pihak komunis disebabkan keberkesanan strategi beliau. Pada 30 November 1977, Tun Ibrahim menamatkan perkhidmatan beliau setelah 36 tahun di dalam tentera. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun sebagai Panglima Angkatan Tentera, tempoh yang paling lama dipegang oleh mana-mana pegawai tinggi ATM. Beliau telah menulis dua buah buku yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman beliau. Buku pertama, Sudahkah Kamu Bertemu Mariam diterbitkan pada tahun 1984 menceritakan pengalaman beliau ketika Perang Dunia Kedua. Buku kedua beliau, Ibrahim, Pahlawan Melayu pula mengandungi seluruh kisah kerjaya beliau ketika era menjelang Kemerdekaan hinggalah beliau bersara.

Pada 2000 beliau dikurniakan darjah Seri Setia Mahkota, yang membawa gelaran "Tun." Perkahwinan beliau dengan Toh Puan Zakiah binti Ahmad dikurniakan empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

Tun Ibrahim meninggal dunia di Hospital Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada 23 Disember 2010. Beliau dimakamkan di Makam Pahlawan berhampiran Masjid Negara, Kuala Lumpur. Beliau adalah kakitangan tentera pertama dimakamkan di sana.



 Tokoh No 5

TUN MUSA BIN HITAM
SSM PMN SPMJ SSIJ SPMS SPNS SPDK DUNM PIS 
(18 Apr 1934)



Tun Musa Hitam (lahir 18 April 1934) ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981 hingga 1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Dilahirkan di Segamat, Johor. Musa belajar di English College (kini "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru dan memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti Malaya. Beliau kemudian mengambil kursus sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Sussex, United Kingdom. Selain daripada menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk Doktor Kehormat dari Universiti Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa beberapa kali. Jawatan ini termasuklah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel, Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk pilihan raya umum Malawi, serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel ke Nigeria, Pakistan, Fiji, dan Gambia.

Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Datin Ines Maria Reyna @ Maria binti Abdullah, seorang peranakan Peru dan Sepanyol. Beliau telah bertemu pertama kali pada 1959 di Lima, Peru sebagai pelajar antarabangsa. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata: Mariana, Carlos Abdul Rashid dan Rosana. Carlos terbunuh bersama isterinya  Rozita Datuk Abu Bakar sewaktu Tragedi Highland Towers pada Disember 1993.

Kemudian, beliau telah berkahwin dengan Zulaikha Sheardin (kini Toh Puan), yang mana mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Hanif. Tun Musa mempunyai tiga orang cucu: Marisa, Lara dan Kaelen.

Dalam tahun 1960-an, Musa dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Agung UMNO. Beliau masuk Parlimen Malaysia buat pertama kali pada tahun 1969 dan berkhidmat sebagai timbalan menteri untuk suatu tempoh yang singkat. Musa kemudian dipecat daripada UMNO akibat pengingkaran semasa Peristiwa 13 Mei, oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di Universiti Sussex. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula menyertai UMNO oleh Tun Abdul Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen untuk parti campuran Parti Perikatan dan dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1978.

  

Pada tahun 1981, Musa dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1981-1986, Musa telah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981).

Peristiwa Memali terjadi pada November 1985 ketika Musa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Kemudian pada 1987, beliau dicabar oleh Tun Ghafar Baba untuk jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan ditewaskannya.

Antara tahun 1990 dan 1991, Musa dilantik sebagai Utusan Khas Malaysia untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan sejak 1995, beliau merupakan Utusan Khas Perdana Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG). Beliau juga mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR) dari 1993 sehingga 1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995. Musa dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dari 1999 hingga 2002.



 Tokoh No 6

Almarhum
TUN SARDON BIN HAJI JUBIR
SMN PMN DUPN SPMJ SPMK
(19 Mac 1917 - 14 Dis 1985)



Almarhum Tun Sardon bin Haji Jubir merupakan bekas Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang ke 4 (1975-1981). Tun Sardon juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan, Menteri Perhubungan dan Menteri dalam kabinet Tunku Abd Rahman dan Tun Abd Razak. Almarhum sebangsa rumpun denganku (Jawa) dan kampungku pernah termasuk dalamkawasan Parlimen almarhum, iaitu Kawasan Pontian Utara, sebelumbeberapa kali dipinda ke kawasan Seri Gading, kemudian ke kawasan Batu Pahat.

Sardon dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Johor pada 19 Mac 1917. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bagan Mukim Sungai Kluang dan Victorian English Primary School di Singapura dan menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Institute pada tahun 1932.Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.


  


Almarhum pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO dari tahun 1951 hingga 1964. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengakap Negara (1963-1973).

Sepanjang tempoh bergiat di dalam politik dan Kerajaan, Tun Sardon pernah menyandang jawatan berikut: Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1948), Ketua Pemuda UMNO (1951 - 1964), Naib Presiden UMNO (1967 - 1973), Menteri Kerjaraya, Telekom dan Pos (1957 - 1959), Menteri Pengangkutan (1959 - 1968) dan (1972-1974), Menteri Kesihatan (1969 - 1972), Wakil Tetap Malaysia ke PBB (1974-1975).

Setelah bersara dari politik dan Kerajaan Sardon telah dilantik menjadi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang selama 2 penggal dari tahun 1975 hingga 1981.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata. Tun Sardon meninggal dunia pada 14 Disember 1985 dan jenazah allahyarham dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sardon_Jubir

Pusara Almarhum Tun Sardon bin Jubir


 Tokoh No 7

Almarhum
TUN DR AWANG BIN HASSAN
SMN SPMJ DUPN SMJ PPM
(Nov 1910 - 23 Okt 1998)



Tun Datuk Dr Hj Awang bin Hassan dilahirkan di Muar pada bulan November 1910. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zahrah, Johor Bahru. Awang memulakan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine tahun 1930n. Beliau erlebih dahulu bertugas sebagai doktor pakar di Hospital Kandang Kerbau, Singapura sebelum membuka klinik sendiri.

Dr Awang menceburkan diri dalam politik dan dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyatdan memenangi pilihanraya (tahun ?) bagi kawasan parlimen Muar. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia sehingga tahun 1980.

Selepas bersara dari politik dan perkhidmatan Kerajaan beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke 5 dari tahun 1981 hingga 1989 dan dianugerahi darjah SMN yang membawa gelaran 'Tun'.

Tun Dr Awang adalah adik ipar kepada Almarhum Tun Dr Ismail. Tun Dr Awang meninggal dunia pada 23 Oktober 1998. Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya dalam bidang perubatan ialah Dato' Dr Yahya dan Dr Hussein Awang.




 Tokoh No 8

Almarhumah
TUN FATIMAH BT HASHIM
SSM PMN 
(25 Dis 1924 - 9 Jan 2010)


Almarhumah Tun (Dr.) Fatimah binti Hashim telah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Kurma, Muar, Johor. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusof (Allahyarham) dan mereka mempunyai enam orang anak. Beliau merupakan wanita pertama dilantik Menteri Kabinet, iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia. Jawatan itu telah dipegang dari 20 Mei 1969 hingga akhir Februari 1973. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Kurma, Muar, kerana pada masa itu belum ada sekolah untuk murid perempuan di kampung tersebut. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan telah belajar bahasa Inggeris di sekolah malam dengan guru Sekolah Convent Johor Bahru.

Tun Fatimah telah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun dengan menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru dan memegang jawatan sebagai Bendahari. Pada tahun 1956, telah mengikut suaminya ke Perak, Tun Fatimah telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan dalam tahun yang sama telah dilantik Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya, menggantikan tempat Puan Khadijah Sidek. Pada tahun 1959, beliau berpindah mengikut suaminya ke Kedah dan di sana, Dalam pilihanraya umumkedua (1959) beliau telah dipilih sebagai calon UMNO dan memenangi kawasan Jitra-Padang Terap seterusnya mengekalkan kerusi berkenaan selama 3 penggal berturut-turut. Pada 20 Mei 1969, beliau telah dilantik Menteri Kebajikan Am, wanita pertama Malaysia menjawat jawatan Menteri. Beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga besara pada bulan Februari 1973.

Selain bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial terutamanya dalam pertubuhan wanita. Pada tahun 1962, bersama-sama beberapa orang pemimpin wanita lain, beliau telah memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos dan dirayakan setiap tahun sehingga hari ini. Beliau juga terlibat secara langsung menubuhkan Majlis Kebangsaan Petubuhan-pertubuhan Wanita atau National Council of Women’s Organisations (NCWO) dan menjadi Yang Dipertua NCWO sebagai selama 24 tahun (sehingga tahun 1989.

Sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, dengan sendirinya beliau menjadi Naib Yang Dipetua UMNO Malaysia dan menduduki kerusi di Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


Sebagai mengenang jasanya beliau, beliau telah dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (PMN) pada 31 Ogos 1958 yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan merupakan wanita Malaysia pertama menerima gelaran tersebut. Universiti-universiti tempatan juga telah memberi penghormatan kepada beliau seperti Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang (Universiti Malaya- 1975) dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan (UTM -2000). Beliau juga pernah dilantik menjadi Pro-Canselor UTM dari tahun 1995 – 2000. Pada tahun 2003, beliau telah dikurniai darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’. Tun Fatimah meninggal dunia pada 9 Januari 2010. Jenazah allahyarhamah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim

Pusara Almarhumah Tun Fatimah 



 Tokoh No 9

Almarhum
 TAN SRI ABDUL KADIR BIN YUSUF 
PMN SPMJ SSIJ SPDK
(10 Sep 1917 -  18 Apr 1992)



Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Abdul Kadir bin Haji Yusof ialah seorang ahli perundangan dan politik UMNO, Malaysia yang terkenal. Beliau menyandang jawatan Peguam Negara yang paling lama, iaitu selama 14 tahun.

Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar, Johor pada 10 September 1917. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional. Sebelum menyertai politik sepenuh masa pada tahun 1974, beliau merupakan Peguam Negara Malaysia sejak Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 hingga 1974. Beliau menyertai pilihanraya (PRU ke 4) tahun 1974 dan menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Tenggaruh (Johor) untuk tiga penggal dari tahun 1974 hingga 1982. 

Beliau juga pernah menyertai barisan Jemaah Menteri di bawah pimpinan almarhum Tun Abdul Razak, almarhum Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir. Antara portfolio yang pernah disandang ialah  Menteri Undang-Undang (1974—1978) dan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978–1982).

Abdul Kadir mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles (Singapura) (1936–1940) sebelum meneruskan pengajian ke Lincoln's Inn, London (1952-1955) dalam bidang undang-undang.

Isterinya ialah Tun (Dr) Fatimah Hashim seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am.

Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.  Anaknya Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Anak lelaki ketiga Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC). Anak lelaki kedua Prof Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Bangi, dan Dekan Perubatan di Monash University Malaysia kini Pengerusi Thompson Hospital. Anak lelaki keempat bekas Pengurus Besar Bahajian Pengurus Perniagaan disebuah Firma di Jepun Toa Corporation, kini pengasas sebuah syarikat penyelidikan, pembangunan dan pengkomesialan buluh di Malaysia. Anak bongsu Faridah Abdul Kadir pula sebagai penasihat Bank Pelaburan Denmark.

Setelah bersara dari kabinet, Abdul Kadir telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Park Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah yang membangunkan Taman Tasik Jaya dan Pusat Perniagaan Senawang di Seremban, Negeri Sembilan sehingga tahun 1992.

Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah akibat barah peparu pada 18 April 1992 di Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Yayasan Kadir & Fatimah (YK&F) ditubuhkan secara rasmi pada 8 Februari 1993. 
Yayasan ini diasaskan oleh pasangan Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tun Fatimah Hj Hashim sebagai sebuah pertubuhan kebajikan berhad. Objektif utamanya adalah untuk membantu anak-anak yatim, kanak-kanak kurang berkemampuan, serta menyediakan keperluan pendidikan dan sumbangan akademik.


YK&F juga menganugerahkan Anugerah Pingat Emas Tan Sri Abdul Kadir kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang Syariah dan juga kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang. Anugerah tersebut juga diberikan kepada Penuntut Terbaik peperiksaan Undang-Undang Perakaunan bagi Chartered Public Accountant.

Yayasan ini juga telah menganugerahkan Pingat Tun Fatimah kepada graduan wanita yang paling aktif dalam aktiviti kemasyarakatan buat pertama kalinya pada tahun 2007. Ianya adalah anugerah tahunan khas buat para graduan wanita dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia. Penerima pertama Pingat Tun Fatimah ialah Sharifah Fatimah Syed Omar dari Terengganu.



Pusara AlmarhumTan Sri Kadir Yusof


 Tokoh No 10 

Almarhum
TUN HJ SULAIMAN BIN HJ NINAM SHAH
SSM PMN PSM SPMJ SSIJ JMN PIS BSI JP
(2 Jan 1920 - 5 Jul 2003)



Tun Sulaiman Ninam Shah merupakan bekas Pengerusi Tetap UMNO yang paling lama berkhidmat (26 tahun) dan tokoh politik veteran.

Dilahirkan di Muar pada 2 Jan 1920. Sulaiman memasuki alam kerjaya sebagai seorang konstabel polis di Johor pada tahun 1939. Tiga tahun kemudian, semasa Tanah Melayu berada di bawah pemerintahan Jepun, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Kenderaan Polis dan kemudiannya sebagai Penolong Penguasa untuk bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Muar hingga Jepunmenyerah kalah pada tahun 1945. Pada tahun yang sama, Sulaiman mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan membuka kedai akhbar, buku dan majalah di Muar. Tahun berikutnya, Sulaiman berjaya mendapat tender membekalkan makanan keperluan kepada HospitalMuar. Pada tahun 1970-an, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang membuka ladang kelapa sawit di Segamat.

Sulaiman kemudiannya dilantik menjadi pengerusi dan pengarah di beberapa buah syarikat ternama seperti Budget Rent-A-Car, Laksamana Tour, Top Coach Builder, Malacca-Singapore Ekspress, Pelaburan Johor Bhd., T & T Properties, Menara Landmark dan juga Bank Rakyat.

Sulaiman mula menceburkan diri dalam politik pada tahun 1946 ketika penubuhan UMNO. Pada pilihan raya umum kedua, iaitu pada tahun 1959, beliau menang pilihanraya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Jawa. Kariernya sebagai wakil rakyat tidak dapat bertahan lama akibat serangan jantung ketika berumur 40 tahun, menyebabkan Sulaiman membuat keputusan menarik diri dari bertanding pada tahun 1964. Bagaimanapun, beliau terus aktif dalam politik dan mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar sehingga 1967.

Pada tahun 1976, Sulaiman mula memangku tugas sebagai Pengerusi Tetap UMNO walaupun beliau sebenarnya memegang jawatan timbalan. Beliau hanya dipilih secara rasmi pada tahun 1978 dan mengekalkan jawatan tersebut sehingga kematiannya. Selain itu, Sulaiman pernah dilantik sebagai Senator selama dua penggal mulai tahun 1979-1985 yang mana beliau turut dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Negara pada penggal kedua.

Dari segi kegiatan kemasyarakatan, Sulaiman banyak terlibat dalam persatuan-persatuan yang berkaitan dengan bidang perniagaan utama yang diceburinya iaitu pengangkutan.

Antaranya ialah sebagai Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Se-Malaysia dan ahli jawatankuasa Persatuan Pengusaha Pengangkutan Pan-Malayan. Selain itu, beliau mengasaskan Dewan Perniagaan Melayu Cawangan Negeri Johor dan Rumah Anak-Anak Yatim Daerah Muar.

Berdasarkan jasa-jasa yang dicurahkannya kepada rakyat, parti dan negara, Sulaiman dikurniakan pingat Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun pada 2001. Tun Sulaiman meninggal dunia pada 5 Julai 2003 di Pusat Perubatan Pantai akibat sakit leukemia. Beliau meninggalkan seorang balu, Toh Puan Rose Othman dan sembilan orang anak. Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Jalan Bakri, Muar.



 Tokoh No 11 

Almarhum
TAN SRI SYED JAAFAR BIN SYED HASSAN ALBAR
PMN DPMJ JMN
(21 Ogos 1914 - 14 Jan 1977)



Tan Sri Syed Jaafar bin Syed Hassan Albar dilahirkan adalah ahli politik (UMNO) yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya.  Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO sejak 1952. Di atas keberaniannya mempertahankan maruah UMNO dan Melayu, beliau juga masyhur dengan gelaran "Singa UMNO".

Tan Sri Syed Jaafar Albar dilahirkan di Sulawesi pada 21 Ogos 1914  adalah berketurunan Arab Hadhramaut.  Syed Jaafar berhijrah ke Tanah Melayu (Singapura) pada tahun 1928 ketika berusi 14 tahun. 

Syed Jaafar Albar digelar 'ultra' oleh Lee Kuan Yew dari Singapura kerana beliau sanggup memainkan politik perkauman demi dapat undi melayu. Selepas UMNO menyertai PRU Singapura pada tahun 2013, Lee Kuan Yew dan parti PAP terus menyertai pilihan raya di peringkat Persekutuan. Selepas itu, UMNO dan PAP menjadi musuh politik. Pada tahun 1964, Syed Jaafar Albar telah memberi beberapa ucapan yang mendahului rusuhan kaum di Singapura. Pada tahun 1965, Lee Kuan Yew telah menubuhkan Konvensyen Solidariti Malaysia dan menggunakan konsep 'Malaysian Malaysia' sebagai slogan untuk menentang politik perkauman. Syed Jaafar Albar antara kritik slogan tersebut yang digunakan oleh PAP. Tetapi, beliau tidak mahu Singapura untuk dipisahkan dari Malaysia. Oleh sebab itu, apabila Singapura dipaksa keluar dari Malaysia, beliau mengundur diri sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Pada 17 Januari 1958, ketika berumur 43 tahun, beliau dilantik sebagai pegawai kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Sebelum itu beliau telah menjadi Setiausaha Penerangan UMNO dari 1952 hingga 1958. Jawatan Setiausaha UMNO diisi oleh Ghafar Baba.

Anak beliau Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar merupakan mantan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar dalam kabinet Malaysia sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Johor Tenggara, negeri Johor (1959 - 1964). Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai/membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO ke-6 (Julai 1976 – Januari 1977) selepas Dato Harun Idris dipecat dari UMNO. Pada Julai 1976, Syed Jaafar menewaskan saingannya Mohamed Rahmat dengan majoriti besar. Ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung UMNO 1976, menyentuh Pemuda UMNO akan menjadi Kumpulan Halia dan beliau menjadi “bapa” Pemuda UMNO. Beliau berhadapan dengan tuntutan Pemuda UMNO agar membawa semula Harun Idris ke dalam UMNO. Pemuda UMNO berjaya membongkar hubungan rapat beberapa pemimpin UMNO dan kerajaan dengan fahaman komunis.

Tan Sri Syed Jaafar Albar meninggal dunia pada 14 Januari 1977 selepas berucap dalam majlis politik di Muar, Johor. Jenazahnya telah disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Dikalangan ahli politikMelayu beliau amat dianggap sebagai golongan radikal dan sanggup kehilangan jawatan demi mempertahankan prinsipnya, khususnya menentang pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Jaafar_Albar

  

Pusara Almarhum Tun Syed Jaafar Albar


 Tokoh No 12 

Almarhum
TUN SYED NASIR BIN SYED ISMAIL
SSM PMN SPMJ SSIJ SIMP DPMP JMN PIS BSI PPM
(2 Jan 1920 - 5 Jul 2003)



Masa PENULIS belajar dalam Darjah 1 di sekolah rendah (tahun 1960an) , penulis sudah kenal nama Syed Nasir Ismail. Pada masa itu, semua buku teks yang digunakan di semua sekolah rendah dan menengah adalah dicetak dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di muka surat awal setiap buku terdapat Kata Pengantar oleh Pengarah DBP, Tuan Syed Nasir bin Ismail.

Tun Syed Nasir bin Syed Ismail dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921. Bapanya adalah dari keturunan Arab Hadramaut (Oman). Syed Nasir merupakan seorang ahli politik (Parti UMNO) yang terkenal. Beliau merupakan Speaker Dewan Rakat yang kelima yang berkhidmat dari  9 Januari 1978 hingga 16 Mac 1982.

Keluarga beliau mempunyai susur galur keturunan Arab yang telah lama menetap di Kabupaten Siak, Kepulauan Riau. 

Tun Syed Nasir Ismail berkahwin dengan Toh Puan Seri Sharifah Aishah binti Syed Mohamad pada tahun 1946 dan hasil perkongsian hidup tersebut dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan). Salah seorang anaknya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir a@ Jojo merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antara perniagaan beliau yang terkenal ialah Hardrock Cafe.

Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, berlaku peristiwa Keranda 152. 

Nota: Keranda 152. 


......Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan Bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukannya di Malaysia secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ialah salah satu kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain. Ketika Malaysia baru merdeka pada 1957, parti pemerintah beranggapan bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih tugas bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.

Apabila persidangan Dewan Rakyat membahaskan Perkara 152 yang majoritinya daripada Perikatan, janji 10 tahun lalu diabaikan. Badan bukan kerajaan Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman. Tempoh 10 tahun dikatakan tidak berjaya membaiki jumlah perbendaharaan bahasa Melayu, bilangan guru di sekolah dan pensyarah di universiti. Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains.

Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk Pengarah DBP, Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada 3 Mac 1967. Mereka mahu berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun, kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris. Perarakan Keranda 152 ini telah disemadikan oleh Usman Awang dalam puisinya "Sajak Keranda 152"..........

Tun Syed Nasir meninggal dunia pada tahun 1982 dan jenazah allahyarham dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.


Pusara Almarhum Tun Syed Nasir Ismail



TOKOH YANG ASLI TIDAK PERLU DICARI
IA SENTIASA DIKENALI

KEMAS KINI TERAKHIR
22 SEP 2026




No comments:

Post a Comment