Wednesday, December 5, 2018

M 196: KESAH PAHLAWAN JAWA MODEN

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KALI KE 14 pada 10 Mei 2019 mencipta sejarahnya tersendiri apabila Kerajaan BARISAN NASIONAL (BN) (sebelum ini Kerajaan Perikatan) - yang diterajui oleh UMNO - yang memerintah Malaysia (sebelum ini Persekutuan Tanah Melayu) sejak tahun 1955 JATUH TERSUNGKUR di tangan PAKATAN HARAPAN (PH) yang dipimpin oleh pemimpin DE FACTO PH, Tun Dr Mahathir bin Mohammad, mantan Presiden UMNO dan mantan Pengerusi BN selama 22 tahun.

KEKALAHAN BN (UMNO) bukan disebabkan BN gagal membawa pembangunan dan kemakmuran kepada Negara dan Rakyat Malaysia tetapi kekalahan BN adalah lantaran kesamsengan, kesombongan, ketamak-halobaan dan kebobrokan sikap pemimpin-pemimpin UMNO serta isu-isu kleptokrasi di kalangan PEMIMPINnya.  

Penulisan kali ini, aku ingin menyingkap kembali kesah pemuda Jawa yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO, suatu ketika dulu cuba menjadi hero bermati-matian cuba membantu God Fathernya (Timbalan Presiden) untuk menjatuhkan Presiden UMNO dengan mendedahkan kroni Tun Mahathir dalam syarikat-syarikat perniagaan. Tetapi beberapa jam kemudian pendedahan itu melantun ke dahinya sendiri apabila senarai pemegang equity syarikat-syarikat didedahkan mendapati nama Ahmad Zahid dan keluarganya serta kroni God fathernya begitu banyak tercatat.

Ahmad Zahid sebelum PRU 14 pernah berjumpa Tun Mahathir (diceritakan sendiri oleh Tun) untuk meminta sokongan Tun M bagi mengambil alih kepimpinan UMNO sekiranyanya Najib diketepikan. Apabila Tun M enggan memberi sokongan etrbuka, Ahmad Zahid menghentam Tun M membuta tuli bagi mengkaburi mata bossnya, seolah-olah dia benar-benar setia. Termasuklah 'isu bodoh' berkaitan Kad Pengenalan Tun M dengan menyebut di khalayak ramai bahawa Tun M sebenarnya ialah 'a/l Iskandar Kutty' yang menggunakan UMNO dan Melayu untuk kepentingan dirinya.

Itulah sejarah Ahmad Zahid yang tidak habis-ahabis memperlihatkan kelemahannya yang suka bercakap tanpa berfikir. Hanya seronok menerima tepukan gemuruh seperti pelawak mendapat punch line.

Semasa ku melayarai internet mencari fakta-fakta kes mahkamah pemimpin-pemimpin (dan bekas) tinggi UMNO, aku terjumpa blog ini.




Setelah membaca dan meneliti semua dokumen dan bahan bukti yang dipaparkan, maka aku percaya ia bukan satu finah. Walaupun kes ini telah berlaku 10 tahun yang lalu (pada tahun 2008), tidak pernah pihak diri atau keluarga Ahmad Zahid mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman penulisnya. Kesimpulannya, jika kes ini masuk mahkamah, maka, segala-galanya akan terbongkar. Diakui bahawa, Ahmad Bazli memang bersalah (berdosa) membuat hubungan cinta dengan Nurulhidayah yang masih mempunyai suami, dan Ahmad Zahid (selaku bapa) dan suaminya ada hak menghalang dan memaksa memutuskan hubungan mereka NAMUN cara tindakannya amat tidak diterima.

Hukum perundangan kita (JIKA) menghukum adalah setelah dibuktikan (di mahkamah) bahawa jenayah (membunuh, cubaan membunuh atau mencederakan) telah dilakukan. Mahkamah tidak mencari bukti kenapa dia membunuh. Seperti kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu. Inspektor Azilah dan Kopral Sairul dijatuhim hukuman mati kerana dibuktikan melakukan pembunuhan. MAHMAKAMH tidak pernah bertanya atau mengarahkan siasatan MENGAPA atau KENAPA mereka membunuh Altantuya.

Biarkan, pihak Polis dan SISTEM PERUNDANGAN melaksanakan tugasan mereka dan mereka yang membuat keputusan itu akan menjawab kepada ALLAH nanti.

Mengikut fakta dari wikipedia.org, Ahmad Zahid dilahirkan di Ponorogo, Pulau Jawa (1953). Sebagai rakyat Malaysia keturunan Jawa (datuk dan nenekku berasal dari Kabupaten Blora, Jawa Tengah), aku memang berbangga dengan pencapaian anak keturunan Jawa dalam politik tanah air. Sebelum ini anak keturunan Jawa yang mencapai tahap tertinggi dalam politik dan pentadbiran ialah Almarhum Tun Sardon bin Hj Jubir (orang RENGIT, BATU PAHAT) (1917 - 1985), bekas Menteri Persekutuan (1957 - 1974) dan Yang DiPertua Negeri PULAU PINANG (1975 - 1981).

NAMUN aku merasa sungguh malu dengan perangai Ahmad Zahid (yang telah kaya dan senang di Tanah Melayu) telah menjadi bongkak, sombong dan takabbur dengan kuasa dan jawatan yang dikurniakan ke atasnya.

Saya gagal mencari tahun sebenar AZ mula aktif dalam politik di peringkat cawangan dan Bahagian. Sejarah awal politik AZ bermula sebagai Setiausaha Politik Najib Tun Razak (Menteri Pertahanan) dari tahun 1987 hingga 1995.  Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) dari tahun 1991 - 1994 sebelum bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datok (dan menang) dalam PRU 1995.

Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi SJMK (Kelantan), SPSN, SPMP (Perak), SSAP (Pahang), DP (Sarawak), SPDK (Sabah), PNBS (Sarawak), DUNM (Melaka), DPMP(Perak), DPMK (Kelantan), DMSM (Melaka); PhD (UPM)

JAWATAN DALAM KERAJAAN

(1)   Setiausaha Politik Menteri Pertahanan (1987 - 1995)

(2)   Ahli Dewan Negara (1991 - 1994)

(3)   Ahli Parlimen Bagan Datoh (1995 hingga sekarang)

(4)   Timbalan Menteri Pelancongan (2004 - 2006)

(5)   Timbalan Menteri Penerangan (2006 - 2008)

(6)   Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) (2008 - 2009)

(7)   Menteri Pertahanan (2009 - Mei 2013)

(8)   Menteri Dalam Negeri (Mei 2013 - 28 Jul 2018)

(9)   Timbalan Perdana Menteri (28 Jul 2015 - 9 Mei 2018)


JAWATAN DALAM POLITIK

(1)   Ketua Pemuda UMNO (1996 - 1999)

(2)   Pengerusi Pemuda BN (1996 - 1999)

(3)   Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 - 2007)

(4)   Naib Presiden UMNO (2008 - 2016)

(5)   Pemangku Timbalan Presiden UMNO (2016 - 2018)

(6)   Pemangku Timbalan Pengerusi BN (2015 - 2018)

(7)   Presiden UMNO (30 Jun 2018 - kini) - (bercuti mulai 21 Dis 18)

(8)   Pengerusi BN (Jun 2018 - kini)


BIODATA AHMAD ZAHID

Ahmad Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 dan merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2015 - 2018) di dalam kerajaan Barisan Nasional. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri sejak 2013, dan sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013. Beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh di Perak dan merupakan ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Kehidupan Awal dan Keluarga

Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953, dan merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak peremupan) dalam keluarganya. Bapanya, Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah (87) dan ibunya Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil (81 tahun) berasal dari Kulon Progo dan Ponorogo, Indonesia. Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia. Pada 8 Ogos 2014, bapanya Raden Hamidi Abdul Fateh pula meninggal dunia. Kedua-duanya meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dan dikebumikan di Bagan Datoh.

Bekas Ahli Parlimen PAS Bagan Datoh, almarhum Datuk Hj Hassan Adli bin Mohd Arshad merupakan bapa saudaranya. Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja Hamidah Khamis yang berasal dari Melaka.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication . Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannnya kepada jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia. Seterusnya beliau dianugerahkan ijazah doktor kehormat, PHD dari Universiti Putra Malaysia semasa cuti rehat selepas tahanan ISA 1998.

Semasa di universiti, beliau menjadi penyunting tabloid Mahasiswa Negara yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti bank OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995–1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada tahun 1999 beliau menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Politik

Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan. Seterusnya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Najib. Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-53 (1997), beliau menghentam Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu KKN (Kroni, Korupsi dan Nepotisme) dalam kerajaan. Berikutan itu, Dr Mahathir Mohamad telah mendedahkan nama-nama Melayu/Bumiputera yang mendapat saham dan jawatan dalam syarikat tertentu.

Tahanan politik ISA

Ahmad Zahid yang pada masa itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1996 dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dipangku oleh Hishamudin Tun Hussien.

Pilihan Raya Malaysia

Dalam PRU Malaysia 1995, Ahmad Zahid buat kali pertama dipilih mewakili BN dan beliau mengalahkan Asha'ri Marsom dari Semangat 46 di Parlimen Bagan Datoh atas tiket Barisan Nasional (UMNO). Beliau dilihat pemimpin muda yang berpotensi dari negeri Perak.

Dalam PRU Malaysia 1999 beliau menewaskan Mohamad Dahalan Arshad (PKR), PRU Malaysia 2004 beliau menewaskan Ayyathurai Achutharaman (PKR), PRU 2008 dan 2013 Ahmad Zahid mengalahkan Madzi bin Hasan (PKR).

Kontroversi

Tidak lama selepas perhimpunan Hitam 505 berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia kerana tuntutan penipuan dan manipulasi undi, beliau berkata rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem politik negara harus meninggalkan negara ini. Kenyataan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, meletakkan tanda tanya serius terhadap masa depan politiknya dalam masyarakat berbilang kaum. Kenyataan ini dibuat selepas siri demonstrasi jalanan yang diketuai oleh parti pembangkang yang enggan menerima keputusan pemilihan umum Malaysia ke-13. Akta pertamanya sebagai Menteri Dalam Negeri adalah untuk memerintahkan penentangan terhadap pemimpin pembangkang dan pendapat, mendekrutnya dalam kontroversi yang lebih besar dengan undang-undang hasutan yang digunakan untuk cuba menindas suara parti pembangkang.[23] Ahmad Zahid telah didakwa oleh ahli perniagaan Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya pada 16 Januari 2006 di kelab rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor menyebabkan mangsa mengalami keretakan tulang hidung dan mata kiri bengkak.

Semasa ucapan di Melaka, Zahid telah merekodkan mengesahkan dasar polis "menembak untuk membunuh" ketika menangkap penjenayah berbahaya, termasuk sokongan kumpulan samseng tertentu.

Zahid didakwa menumbuk kekasih Nurul Hidayah Ahmad Zahid (anak perempuan), Amir Bazli Abdullah pada Januari 2006. Amir Bazli mengalami patah tulang hidung dan mata yang bengkak. Kes itu telah dijalankan di mahkamah sivil selama enam tahun sebelum perkara itu diselesaikan di luar mahkamah.

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen Malaysia: Bagan Datoh, Perak

PRU 9/1995
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) -  17,646 (86.24%)
Asha'ri Marsom (S46) - 2,816 (13.76%)
Majoriti: 14,830 

PRU 10/1999
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 12,938 (60.86%)
Mohamad Dahalan Arhsad (PKR) - 8,321  (39.14%)           
4,617  60.24%

PRU 11/2004
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 17,049 (79.08%)
Ayyathurai Achutharaman (PKR) - 4,510  (20.92%)
Majoriti: 12,539 

PRU 12/2008
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 13,115 (55.72%)
Madhi Hasan (PKR) - 10,423 (44.28%)
Majoriti: 2,692

PRU 13/2013
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 17,176 (53.27%)
Madhi Hasan (PKR) - 15,068  (46.73%)
Majoriti: 2,108

PRU 14/2018
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 18,909 (40.0%)
Pakhrurrazi Arshad (PKR) - 13,836 (29.2%)            
Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS) - 4,061 (8.6%)
Majoriti: 5,073

Salahlaku Pecah Amanah Zahid Hamidi

Inilah sebenarnya wajah kepimpinan dalam UMNO yang mampu merosakkan imej negara. Kepimpinan seperti ini perlu ditolak. Kepimpinan seperti ini tidak seharusnya wujud. Berikut adalah hipnosis tambahan mengenai Dato Ahmad Zahid Hamidi dalam skandal kewangan yang berbau rasuah:

1. Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan (YGBK) ditawarkan oleh MITI saham Kretam Holdings berhad sebanyak 8,888,888 unit saham dan setiap satu berharga RM1.10.

2. Untuk membeli saham tersebut, YGBK terpaksa mendapat pinjaman sebanyak RM10 juta.

3. Lembaga Pemegang Amanah YGBK ketika itu adalah:-

Pengerusi: Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Setiausaha: Dato Ahmad Zahid Hamidi
Bendahari: Dato Seri Tengku Adnan Mansor
Ahli: Dr Tajuddin Jali, Datok Seri Dr Jamaluddin Jarjis

- telah bermesyuarat untuk membuat pinjaman tetapi undang-undang tubuh YGBK mengatakan bahawa mereka tidak boleh membuat pinjaman. Sebuah Syarikat Sden Bhd sepatutnya ditubuhkan bagi pihak YGBK.

4. Walaubagaimanapun Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengeluarkan surat tawaran tanpa izin daripada MITI kepada Syarikat Nipah Tech Sdn Bhd, dua pengarah adalah Abd Latif dan Hamidah Khamis.

5. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri telah mengeluarkan surat 'Letter head Menteri Pertahanan' kepada Nipah Tech Sdn Bhd untuk beli saham tersebut dengan janjinya sebanyak 10 sen didermakan kepada YGBK. Dato Ahamd Zahid telah bersekongkol dengan pegawai MITI supaya syarikat Sdn Bhd 100% dibawah kawalannya ditawarkan akan saham tersebut.

Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah ketika itu telah menggunakan pegawai MITI (orang dalam) untuk kepentingan dirinya supaya tawaran 8,888,888 saham Kretam Holdings Berhada diberikan kepada syarikat peribadinya di mana Hamidah Khamis (isterinya) adalah pemegang utama.

6. Dato Ahmad Zahid Hamidi melakukan pecah amanah:-

i) Saham itu adalah kepunyaan YGBK
ii) Tidak memberi 10 sen seperti yang dijanjikan
iii) Menipu Abd Latif Jantan dengan meminta MITI menawarkan saham kepada syarikat lain daripada Nipah Tech Sdn Bhd.

7. Satu masa nilai saham itu naik sehingga RM19 sesaham dan dikalikan dengan 8,888,888 saham menjadi nilai RM168,888,872. Beli cuma RM10 juta, dapat untung RM158,888,872.00, dan sepatutnya YGBK dapat untung lebih kurang RM145 juta ke RM152 juta selepas ditolak interest RM8 - 15 juta.

8. RM145 juta ke RM152 juta inilah modal politik Dato' Ahmad Zahid Hamidi dengan pengeluaran pertama RM30 juta difaraidkan kepada adik beradik dan keluarga.

Seterusnya belanja kempen bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga habis sekitar RM20-30 juta. Bagi pengeluaran RM40 juta yang kedua dan seterusnya dikeluarkan secara berperingkat-peringkat.

9. Dato Seri Hishamuddin, Dato Hasni Mohamad (Pontian), Dato Aziz Sheikh Fadzir dan Dato Mokhzani Mahathir telah mengadap Tun Dr Mahathir. Keputusannya ada unsur pecah amanah (CBT).

Namun sekali lagi Tun Dr Mahathir bertoleransi dan menyelamatkan Dato Ahmade Zahid Hamidi daripada didakwa di mahkamah, tetapi Dato Ahmad Zahid Hamidi masih tidak mengenang budi. Sepatutnya Dato Ahmad Zahid boleh didakwa pada masa itu atas tuduhan pecah amanah.

10. Semasa menjadi ahli Parlimen biasa, Dato Ahmad Zahid telah dilantik sebagai Pengerusi di salah sebuah anak syarikat PKN Perak. Beribu-ribu ekar tanah kepunyaan anak syarikat PKN Perak diselewengkan. Tanah yang sepatutnya dibina rumah dan dimajukan untuk golongan sederhana rendah dan rendah telah habis kepada tangan taukeh-taukeh Cina di Lembah Kinta (wang komisyennya sahaja cukup berbaloi untuk dibahagikan).

Adakah ini orang yang layak untuk kita amanahkan untuk menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji). alamat tergadailah tanah dan harta Tabung Haji. (Awas! Waspada wahai pemegang saham Tabung Haji!)

Akhirnya:

Adakah orang ini orang yang layak kita amanahkan untuk menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji), alamat tergadailah tanah dan harta Tabung Haji. "Awas! Waspadalah wahai penyimpan Tabung Haji!)

http://anti-zahid.blogspot.com/2008/11/salahlaku-pecah-amanah-cbt-zahid-hamidi.html


Zahid mengaku tidak bersalah atas 45 tuduhan

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2018: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Mahkamah membenarkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menye-rahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah memerintah-kan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1 juta semalam manakala bakinya sebelum atau pada 26 Okt dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P. Kunyalam, T. Deepa Nair dan Nadia Mohd Izhar.

Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwakili 12 peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik dan dibantu antaranya Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Kitson Foong.

Bagi 10 tuduhan pecah amanah Zahid didakwa sebagai seorang ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan wang berjumlah RM20,833,132.99 milik yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah jenayah wang  tersebut.

Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016  mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan sebatan dan hendaklah  dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi lapan kes rasuah, mengikut tuduhan ke-11, Zahid didakwa menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu sekeping cek Public Islamic Bank Berhad bernombor 109144 bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi tuduhan ke-12, beliau didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, iaitu 13 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000016, 000017, 000018, 000019, 000020, 000022, 000023, 000026, 000027, 000028, 000029, 000030 dan 000031 bernilai RM8,000,000 milik syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286

Bagi tuduhan ke-13, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu 10 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000072, 000073, 000074, 000075, 000076, 000077, 000078, 000079, 000080 dan 000082 bernilai RM5,000,000 milik Berani & Jujur Trading melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai dorongan bagi melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu membantu syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Selain itu, bagi pertuduhan ke-14, presiden UMNO itu dituduh menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804122 berjumlah RM5,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi pertuduhan ke-15, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804121 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Kedua-dua tuduhan itu dilakukan sebagai upah untuk Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri, melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu syarikat Data Sonic Techno-logies Sdn Bhd telah dilantik bagi melaksanakan prolehan Penambahan Pembekalan Cip Pasport Selama 5 Tahun Atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara rundingan terus di Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-16, dia didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah Affril yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105749 berjumlah RM300,000 milik Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Pertuduhan ke-17, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105773 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi pertuduhan ke-18, dia dituduh menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105792 berjumlah RM700,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai upah untuk diri-nya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu melantik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018,  mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009  dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Zahid juga menghadapi 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM72,063,618.15.

Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-25, Zahid didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram.

Iaitu dengan memberi arahan untuk mendepositkan wang antara RM600,000 hingga RM9.35 juta  ke dalam akaun bernombor 264258871612 dan juga ‘AKAUN PELABURAN AM-i’ bernombor 264258871605 sebagai Simpanan Tetap, melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Tetuan Lewis & Co, Peguambela dan Peguamcara, di mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar dekat sini antara 27 Mei 2016 hingga 11 April 2018.

Bagi pertuduhan ke-26, Zahid didakwa melakukan kesalahan sama  iaitu dengan memberi arahan berhubung pembelian dua buah rumah banglo di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat bernilai RM5.9 juta, menggunakan cek Malayan Banking Berhad milik Tetuan Lewis & Co, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 9 Jan 2017.

Bagi pertuduhan ke-27, Zahid, melakukan kesalahan serupa dengan cara meng-arahkan Omar Abdullah, 46, untuk mengubah bagi pihak tertuduh wang tunai berjumlah RM6,885.270.20 kepada 30 keping cek yang kemudiannya diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk tujuan pem-belian Simpanan Tetap di Maybank, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Marhaba Enterprise Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini pada 29 Mac 2016 dan 15 Julai 2016.

Pendakwaan untuk kese-mua pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tiga jurubahasa mah-kamah mengambil masa hampir sejam membacakan setiap satu pertuduhan terhadap Zahid yang berdiri dalam kandang tertuduh yang sekali sekala menoleh ke belakang ke arah tempat duduk anggota keluarganya serta pemimpin UMNO yang hadir.

Hisyam yang berada di tepi Zahid  turut meneliti satu persatu pertuduhan ketika jurubahasa membaca pertuduhan berkenaan terhadap anak guamnya.

Terdahulu, Sri Ram membuat tawaran ikat jamin sebanyak RM2 juta bagi Zahid dan Hisyam tidak membantah jumlah itu dan berkata jumlah itu adalah adil dan munasabah, namun beliau meminta supaya jumlah itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1 juta hari ini dan baki dalam tempoh dua minggu atau sebelum bulan November.

Sri Ram kemudian memberitahu kepada mahkamah bahawa dia menerima aduan daripada peguam jenayah yang mempersoalkan me-ngapa ikat jamin orang yang dituduh dibenarkan dibayar dengan ansuran.

“Selepas kejadian dua bulan kebelakangan, di mana tertuduh lain telah dibenarkan membayar ikat jamin, saya telah dihujani soalan oleh peguam jenayah mengenai perkara itu kerana mereka (tertuduh) perlu membayar sekali gus pada hari yang sama. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.

“Sepatutnya tidak ada pe-ngecualian. Mereka perlu menyediakan jumlah jaminan, jika tidak, mereka mungkin ditahan,” katanya sambil menambah bahawa Zahid tidak seharusnya diberi laya-nan istimewa berbanding tertuduh lain.

“Tertuduh tidak seharusnya dilayan berbeza daripada tertuduh lain yang pernah hadir di hadapan anda dan Yang Arif harus menolak permintaan membayar ikan jamin secara ansuran,” kata-nya.

Hisyam menjawab bahawa semua orang adalah sama di bawah undang-undang berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyentuh kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di mana mereka dibenarkan membayar ikat jamin secara ansuran.

“Tujuan jaminan adalah untuk menjamin kehadiran orang yang dituduh di mah-kamah. Permintaan kami agar wang jaminan dibayar secara ansuran adalah adil dan munasabah,” katanya.

Sri Ram menegaskan bahawa setiap orang adalah sama dari segi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama dan ujian itu adalah bersifat universal dan tidak terpilih dan juga meminta Zahid menyerahkan pasportnya ke mahkamah.

Hisyam menjawab bahawa anak guamnya tiada risiko untuk terbang, Sri Ram kemudian mencelah “pihak pembela terdahulu merujuk kepada kes Najib dan Rosmah. Dalam kes itu (Najib dan Rosmah) mereka terpaksa serahkan pasport kepada mahkamah,” dan ini  membuatkan hadirin di galeri awam tertawa.

Hakim Azura membenar Zahid diberi jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin dan mengarahkan supaya Zahid menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

“Tiada persoalan saya memberi layanan istimewa kepada sesiapa,” kata hakim itu sebelum prosiding ber-akhir.

Hisyam juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memohon kes itu dipindahklan ke Mahkamah Tinggi dan Sri Ram tidak membantah.

Adalah difahamkan bahawa sahabat keluarga Zahid membayar wang jaminan itu. — Bernama




Jumaat, 14 Disember 2018 | 11:15am

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas satu pertuduhan tambahan iaitu melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang RM10 juta milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mohon dibicarakan selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Berikutan itu, Zahid, 65, kini berdepan dengan keseluruhan 46 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan, Zahid sebagai ejen iaitu Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi dan dalam kapasiti itu telah di amanahkan dengan harta iaitu wang RM10 juta milik yayasan berkenaan telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta itu di mana beliau telah dengan curangnya memberi pinjaman kepada Armada Holdings Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini pada 8 Disember 2015.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak bercadang untuk menambah jumlah jaminan terhadap tertuduh dan berikutan itu mahkamah mengekalkan jaminan RM2 juta ke atasnya.

Dalam prosiding yang sama, pihak pendakwaan telah meminda 10 pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah terhadap Zahid dengan memperincikan butiran pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes.



Ahmad Zahid hadapi tuduhan baharu pecah amanah
Oleh Farah Marshita Abdul Patah
farahmarshita@nstp.com.my
Rabu, 20 Februari 2019 | 11:18am

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan baharu membabitkan pecah amanah berjumlah RM260,000, milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.

Ahmad Zahid, 66, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai pemegang Amanah Yayasan Akalbudi didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah RM260,000 milik yayasan berkenaan untuk membuat pembayaran kepada syarikat TS Consultancy & Resources.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Nombor 133, Off Jalan Masjid India, di sini, pada 23 Disember 2016.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Susulan pertuduhan tambahan itu, Ahmad Zahid, kini berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 tuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, memberitahu mahkamah pendakwaan sudah menyerahkan dua set dokumen kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

Pihak pendakwaan juga tidak menawarkan sebarang jaminan tambahan dan menggunapakai jumlah ikat jamin terdahulu.

Perkara itu disahkan peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid yang turut memaklumkan pihaknya akan melakukan semakan terhadap dokumen yang diserahkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding itu, Ahmad Zahid turut diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Kitson Foong, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Mohd Haziq Dhiyauddin dan Asilah Mohamad Shahril.


Kes Zahid dipindah ke Mahkamah Tinggi
Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, memindahkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi bahawa Mahkamah Tinggi sudah membenarkan permohonan mereka untuk memindahkan kes itu.

Ahmad Sazilee berkata, pada 21 Februari lalu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan sudah membenarkan permohonan mereka, bagaimanapun, belum menetapkan sebarang tarikh.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya sudah memberi lebih 300 dokumen membabitkan kes itu kepada pembelaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mac depan untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik hadir mewakili Zahid.

Ahmad Zahid, kini berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 tuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lalu serta 20 Februari lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap keseluruhan 47 pertuduhan merangkumi 12 dakwaan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di bank sama antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama iaitu boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 5:28 PM


Perbicaraan kes Zahid Hamidi bermula Julai
SITI AZIELAH WAHI | 22 Mar 2019

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 hari bermula 8 Julai depan untuk perbicaraan 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada sebutan kali pertama kes itu selepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Collin menetapkan 8 hingga 11 dan 15 hingga 17 Julai, 5 hingga 8 dan 19 hingga 22 Ogos serta 10 hingga 12 September untuk perbicaraan kes itu selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan.

Pendakwa Raya diketuai Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala Ahmad Zahid diwakili beberapa barisan peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik.

Terdahulu kesemua 47 pertuduhan itu dibacakan semula dan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Raja Rozela memaklumkan mahkamah, kira-kira 20 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.


Pada 20 Februari pula Ahmad Zahid, 66, dituduh satu lagi pertuduhan baharu melibatkan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akal Budi, tiga tahun lalu.

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf




Tuesday, December 4, 2018

M 195: KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA



Ketua Pembangkang

Pembangkang di Malaysia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen Malaysia yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian ataupun gabungan. Rencana ini menggunakan istilah kerajaan seperti yang digunakan dalam sistem berparlimen, contoh maksudnya lebih menjurus kepada pentadbiran atau kabinet berbanding negara.

Secara teori, mengikut sistem Demokrasi Westminster yang mana ia diikuti oleh sistem Malaysia, Pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif dan bersedia untuk memasuki pejabat bagi menggantikan kerajaan sebelumnya selepas bertarung dalam pilihan raya umum. Kerajaan didominasi oleh Barisan Nasional (dan parti sebelumnya, Parti Perikatan) di dalam parlimen sejak kemerdekaan, pandangan ini diketepikan dan tidak diendahkan oleh pengundi Malaysia yang mana selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Pembangkang sebagai "kerajaan dalam penantian".

Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat, dan ia tidak membentuk kerajaan.

Ketua Pembangkang terkini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk membentuk Pakatan Rakyat. Anwar dilantik ke jawatan itu selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.

Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.

Walau bagaimanapun, istilah ini tidak semestinya merujuk kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana wujudnya parti-parti pembangkang lain di luar PR. Antaranya Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Reformasi Negeri (STAR).

Semenjak MEI 2018, Barisan Nasional ialah pembangkang resmi di Malaysia

Selain itu, gelaran "pembangkang" juga boleh diberikan di peringkat negeri, misalnya kerajaan persekutuan BN telah lama menjadi pembangkang di Kelantan.


PARLIMEN PERTAMA (1959 - 1964)

Almarhum YB Dr Burhanuddin (al Helmy) bin Muhammad Nur al Hilmi (Dato' Seri) 
(29 Ogos 1911– 25 Okt 1969)
Ahli Parlimen: Besut, Terengganu
Parti: PAS     
Jawatan dalam Parti: Yang Di Pertua PAS
Tempoh Jawatan: 1959  hingga 1964
Ketua Kerajaan: Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Parti: Perikatan

Image result for dr burhanuddin al helmy


PARLIMEN KEDUA (1964 - 1969)

Mendiang YB Dr Tan Chee Khoon
(4 Mac 1919– 14 Okt 1996)
Ahli Parlimen: Batu, Selangor
Parti: Socialist Front SF (Labour Party of Malaya)
Jawatan dalam Parti: Pengerusi SF
Tempoh: 1964  - 1969  
Ketua Kerajaan: Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Parti: Perikatan




Selepas PRU2 (1969) dan berlaku TRAGEDI 13 MEI 1969, Parlimen telah digantung dan MAGERAN ditubuhkan untuk memandu kepimpinan negara sehingga tahun 1971

PARLIMEN KETIGA (1971 - 1974)

YB Dato' Mohamed Asri bin Hj Muda (Tan Sri)
(10 Okt 1923 – 28 Ogos 1992)
Kawasan Parlimen: Pasir Puteh
Parti: PAS
Jawatan dalam Parti: Presiden PAS
Tempoh: 1971 - 1973  
Ketua Kerajaan:
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (1969 - 1970)
Almarhum Tun Abdul Razak (1970 - 1976)
Parti: Perikatan



Pada tahun 1973, PAS telah menyertai Perikatan lalu membentuk BARISAN NASIONAL.

YB Lim Kit Siang
(20 Feb 1941 - kini)
Ahli Parlimen: Bandar Melaka
Parti: Democratic Action Party (DAP)
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong DAP
Tempoh: 30 Jan 1973 - 31 Julai 1974
Ketua Kerajaan: Almarhum Tun Abdul Razak bin Hussein (1970 - 1976)
Parti: Barisan Nasional




YB Datuk James Wong Kim Min
(6 Ogos 1922 – 18 Jul 2011)
Kawasan Parlimen: Miri-Lubis           
Parti: Sarawak National Party (SNAP)
Jawatan dalam Parti: Pengerusi SNAP
Tempoh: Jul 1974 - Nov 1974
Ketua Kerajaan: Almarhum Tun Abdul Razak (1970 - 1976)
Parti: Barisan Nasional (BN)  

  


YB Datuk Edmund Langgu anak Saga
(lahir 1936)
Ahli Parlimen: Saratok
Parti: SNAP
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong SNAP
Tempoh: 4 Nov 1974 - 4 Nov 1975
Ketua Kerajaan: Almarhum Tun Abdul Razak (1970 - 1976)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for edmund langgu saga 

PARLIMEN KEEMPAT (1974 - 1978)

YB Lim Kit Siang 
(20 Feb 1941)
Ahli Parlimen: Kota Melaka
Parti: DAP   
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong DAP
Tempoh: 4 Nov 1975  - 12 Jun 1978
Ketua Kerajaan:
Almarhum Tun Abdul Razak (20 Sep 1970 - 14 1an 1976)
Almarhum Tun Husein bin Dato' Onn (Jan 1976 - Jul 1981)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Lim Kit Siang cropped.jpg


PARLIMEN KELIMA (1978 - 1982)

YB Lim Kit Siang 
(20 Feb 1941)
Ahli Parlimen: Petaling, Selangor
Parti: DAP   
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong DAP
Tempoh: 31 Jul 1978  - 29 Mac 1982
Ketua Kerajaan: 
Almarhum Tun Husein bin Dato' Onn (Jan 1976 - Jul 1981)
Tun Dr Mahathir bin Mohammad (Jul 1981 - Okt 2003)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Lim Kit Siang cropped.jpg


PARLIMEN KEENAM (1982 - 1986)

YB Lim Kit Siang 
(20 Feb 1941)
Ahli Parlimen: Kota Melaka
Parti: DAP    
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong DAP
Tempoh: 10 Jul 1982  - 19 Jul 1986 
Ketua Kerajaan: Tun Dr Mahathir bin Mohammad (Jul 1981 - Okt 2003)
Parti: Barisan Nasional (BN) 



PARLIMEN KETUJUH (1986 - 1990)

YB Lim Kit Siang 
(20 Feb 1941)
Ahli Parlimen: Tanjung, Pulau Pinang
Parti: DAP   
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong DAP
Tempoh: 8 Okt 1986  - 4 Okt 1990
Ketua Kerajaan: Tun Dr Mahathir bin Mohammad (Jul 1981 - Okt 2003)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for lim kit siang


PARLIMEN KELAPAN  (1990 - 1995)

YB Lim Kit Siang 
(20 Feb 1941)
Ahli Parlimen: Tanjung
Parti: DAP   
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong DAP
Tempoh: 8 Okt 1986  - 4 Okt 1990
Ketua Kerajaan: Tun Dr Mahathir bin Mohammad (Jul 1981 - Okt 2003)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for lim kit siang

PARLIMEN KESEMBILAN (1995 - 1999)

YB Lim Kit Siang 
(20 Feb 1941)
Ahli Parlimen: Tanjung
Parti: DAP   
Jawatan dalam Parti: Setiausaha Agong DAP
Tempoh: 15 Jun 1995  - 10 Nov 1999
Ketua Kerajaan: Tun Dr Mahathir bin Mohammad (Jul 1981 - Okt 2003)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for lim kit siang


PARLIMEN KESEPULUH (1999 - 2004)

Almarhum YB Ustaz Dato' Haji Fadzil bin Muhammad Noor
(13 Mac 1937 – 22 Jun 2002)
Kawasan Parlimen: Pendang, Kedah
Parti: PAS
Jawatan dalam Parti: Presiden PAS
Tempoh: 20 Disember 1999  23 Jun 2002
Ketua Kerajaan: Tun Dr Mahathir bin Mohammad (Jul 1981 - Okt 2003)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for fadzil noor

YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang
(24 Okt 1947 - kini)
Ahli Parlimen: Marang               
Parti: PAS    
Jawatan dalam Parti: Timbalan Presiden PAS
Tempoh: 9 Sep 2002 - 4 Mac 2004  
Ketua Kerajaan:
Tun Dr Mahathir bin Mohammad (Jul 1981 - Okt 2003)
Tun Haji Abdullah bin Ahmad Badawi (Okt 2003 - Apr 2008)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Related image


PARLIMEN KESEBELAS (2004 - 2008)

YB Lim Kit Siang
(20 Feb 1941)
Ahli Parlimen: Ipoh Timor
Parti: DAP    
Jawatan dalam Parti: Pengerusi DAP
Tempoh: 19 Mei 2004 - 13 Feb 2008
Ketua Kerajaan: Tun Haji Abdullah bin Ahmad Badawi (Okt 2003 - Apr 2008)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for lim kit siang

PARLIMEN KEDUA BELAS (2008 - 2013)

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
(3 Dis1952)
Ahli Parlimen: Permatang Pauh
Parti: PKR
Jawatan dalam Parti: Presiden PKR
Tempoh: 30 Apr 2008 - 28 Ogos 2008
Ketua Kerajaan:
Tun Haji Abdullah bin Ahmad Badawi (Okt 2003 - Apr 2008)
Dato Sri Mohd Najib bin Abdul Razak (Apr 2008 - Mei 2018)
Parti: Barisan Nasional (BN)



PARLIMEN KETIGA BELAS (2013 - 2018)

YB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
(10 Ogos 1947)
Ahli Parlimen: Permatang Pauh
Parti: PKR
Jawatan dalam Parti: Ketua Umum PKR
Tempoh: 28 Ogos 2008  - 3 Apr 2013
Ketua Kerajaan: Dato Sri Mohd Najib bin Abdul Razak (Apr 2008 - Mei 2018)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for anwar ibrahim

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
(3 Dis 1952)
Ahli Parlimen: Permatang Pauh
Parti: PR (PKR)
Jawatan dalam Parti: Presiden PKR
Tempoh: 18 Mei 2015 - 7 April 2018
Ketua Kerajaan: Dato Sri Mohd Najib bin Abdul Razak (Apr 2008 - Mei 2018)
Parti: Barisan Nasional (BN)

Image result for wan azizah muda

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2018 - 2022)

YB Dato' Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi
(4 Jan 1953)
Ahli Parlimen: Bagan Datuk
Parti: BN (UMNO) 
Jawatan dalam Parti: Presiden UMNO
Tempoh: 16 Julai 2018  - 10 Mac 2019.
Ketua Kerajaan: Tun Dr Mahathir bin Mohammad (10 Mei 2018 - 23 Feb 2020)
Parti: Pakatan Harapan (PH)

Deputy Prime Minister Hamidi - 2017 (36294565072) (cropped).jpg

YB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob
(18 Jan 1960)
Ahli Parlimen: Bera, Pahang
Parti: BN (UMNO) 
Jawatan dalam Parti: Naib Presiden UMNO
Tempoh: 11 Mac 2019 - 24 Februari 2020).
Ketua Kerajaan: Tun Dr Mahathir bin Mohammad (10 Mei 2018 - 24 Feb 2020)
Parti Memerintah: Pakatan Harapan (PH)


YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
(1947)
Ahli Parlimen: Port Dickson, Negeri Sembilan
Parti: PH (PKR) 
Jawatan dalam Parti:  Presiden PKR
Tempoh: 18 Mei 2020 - 24 Nov 2022
Ketua Kerajaan: Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (11 Mac 2020 - 20 Ogos 2021) dan Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (21 Ogos 2021 - 10 Okt 2022)
Parti Memerintah: Perikatan Nasional (PN)



PARLIMEN KELIMA BELAS (2022 - 2027)

YB Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin
(1957)
Ahli Parlimen: Larut, Perak
Parti: PN (BERSATU) 
Jawatan dalam Parti:  Setiausaha Agung BERSATU
Tempoh: 19 Dis 2022 - kini
Ketua Kerajaan: Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (24 Nov 2022 - kini)
Parti Memerintah: Pakatan Harapan (PH)