.
PERLIS DARUSSUNNAH
Fakta Negeri Perlis:
Keluasan: 810 km persegi
Penduduk: 209,100 (2001)
Kepadatan: 258.1 setiap 1km/per
Ibu Negeri: Kangar
Bandar DiRaja: Arau
Selepas mengenali negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak, sekarang giliran Negeri Perlis. Perlis yang terletak di kedudukan paling utara di Semenanjung Malaysia adalah juga merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Sebelah utaranya bersempadan dengan Thailand manakala sebelah selatannya Negeri Kedah Darulaman.
Pemerintah Negeri Perlisd mempunyai hubungan persaudaraan dengan keluarga diRaja Johor. Kekanda kepada Raja Perlis sekarang iaitu YMM Raja dato' Seri Sharifah Salwa ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkahwin dengan cucunda Sultan Johor ke 2, iaitu almarhum Sultan Ibrahim, iaitu almarhum Tunku Sulaiman (meninggal 1999) ibni almarhum Tunku Haris Abu Bakar (Tunku Aris Bendahara- meninggal 1956) ibni almarhum Sultan Ibrahim (mangkat 1959).
Sejarah Negeri Perlis
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke 12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Sejarah pembentukan Negeri Perlis, dahulunya terkenal dengan nama Perlis Indera Kayangan bermula di zaman Kerajaan Siam mengamalkan dasar pecah dan perintah ke atas negeri-negeri Melayu di utara semenanjung. Siam memecahkan negeri-negeri jajahannya kepada unit-unit yang kecil dan tiap-tiap negeri diketuai oleh seorang Penghulu yang biasanya bermusuhan antara satu sama lain. Perlis yang pasa asalnya sebahagian dari negeri Kedah berpisah dengan Kedah di zaman pemerintahan Sultan Dziauddin Mukarram Shah II selepas baginda diturunkun dari takhta pada tahun 1803.
Puteri Sultan Dziauddin telah berkahwin dengan Syed Abu Bakar Harun Jamalullail yang menjadi Penghulu Arau sejak 1797. Penghulu Syed Abu Bakar kemudian digantikan oleh anaknya yang bernama Syed Hussein. Jawatan Penghulu Syed Hussein kemudiannya dinaikkan ke taraf Raja Perlis pada tahun 1843 iaitu selepas beliau membantu Raja Siam memerangi Raja Ligor yang memberontak. Keturunan Syed Hussein kemudian memerintah Perlis dengan aman dengan mendapat perlindungan Siam dan menghantar upti Bunga Emas.
Apabila Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada tahun 1909, Perlis dan negeri-negeri jajahan Siam di utara Semenanjung (Kedah, Kelantan dan Terengganu) diserahkan kepada pihak Inggeris dan dikenali sebagai 'Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu'. Sejak itu juga,Perlis menerima seorang Penasihat Inggeris. Nama-nama Penasihat Inggeris di Perlis ialah:
British Advisers
- Meadows Frost (1909 - 1910)
- Alexander Cavendish - Pemangku (1910)
- Meadows Frost - Pemangku (1910 - 1911)
- J.G. Richey - Pemangku (1911 - 18 Okt 1911)
- Henry Charles Eckhardt (1911 - 1913)
- George Muir Laidlaw - Pemangku (1913 - 1914)
- Henry Charles Eckhardt (1914 - 1920)
- Edward Warren Nevile Wyatt - Pemangku (1920 - 1922)
- Thomas Watts Clayton (1922 - 1923)
- John Whitehouse Ward Hughes (1923 - 1925)
- Philip Stanhope Williams (1925 - 1928)
- Lucien Arthur Allen (1928 - 1930)
- Mortimer Cecil Hay (Dis 1930 - 1932)
- Malcolm Bond Shelley (1932 - 1933)
- Oswald Eric Venables (1933 - 1935)
- Charles Roberts Howitt (1935 - 1937)
- Christopher William Dawson (1937 - 1939)
- Edward Victor Grace Day (1939 - Dec 1941) - ditawan oleh Jepun (1941- 1945)
Japanese Secretaries of the State Administration
- Ohyama Kikancho (17 Dis 1941 - 7 Mac 1942)
- Seiji Sukegawa (7 Mac 1942 - 18 Okt 1943)
- Jaroon Na Songkhla (Okt 1943 - 8 Sep 1945)
- D. Burr (Sep 1945 - 1946).
- Osley - Pemangku (1945 - 1946)
- Edward Victor Grace Day - Pemangku (1 Apr 1946 - 26 Mei 1946)
- Richard John Froude Curtis - Pemangku (1946 - 1947)
- Arthur Glencross - Pemangku (1947 - 1948)
- Richard John Froude Curtis (1948)
- Maurice John Hayward (1948 - 1951)
- Arthur Glencross - Pemangku (1951)
- Frank Marshall Smith (1951 - 1955)
- William "Bill" Foulsham (1955 - 1956)
- John Hamer (1956 - 31 Aug 1957)
SENARAI NAMA RAJA PERLIS
- Tuan Syed Husain ibni almarhum Syed Abu Bakar Harun Jamalullail (20 Mei 1834 hingga 21 Nov 1873).
- Tuan Syed Ahmad ibni almarhum Syed Husain Jamalullail (21 NOV 1873 HINGGA 17 FEB 1897)
- Tuan Syed Safi ibni almarhum Syed Alwi Jamalullail (17 FEB 1897 HINGGA 30 DIS 1904)
- Tuan Syed Alwi ibni almarhum Syed Safi Jamalullail (30 DIS 1904 HINGGA 01 DIS 1943)
- Tuan Syed Hamzah ibni almarhum Syed Safi Jamalullail (2 FEB 1943 HINGGA 17 SEP 1945)
- Tuanku Syed (Harun) Putra ibni almarhum Syed Hasan Jamalullail17-09-1945
- 19-08-1960 HINGGA 20-08-1960
- Raja Dr Syed Mahmood ibni almarhum Raja Syed Hussain Jamalullail (Pemangku) (1 SEP 1962 HINGGA 30 SEP 1962)
- Tengku Sulaiman ibni almarhum Tengku Aris Bendahara Abu Bakar (Pemangku) (31 OGOS 1962 HINGGA 20 OGOS 1965)
- Tuanku Syed Putra ibni almarhum Syed Hasan Jamalullail (20 OGOS 1965 HINGGA 16 APRIL 2000)
- Tuanku Syed Sirajuddin ibni almarhum Syed Putra Jamalullail17-04-2000 HINGGA 13-12-2001
- Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Pemangku) (13 DIS 2001 HINGGA 12 DIS 2006)
- Tuanku Syed Sirajuddin ibni almarhum Syed Putra Jamalullail (13 DIS 2001 HINGGA KINI)
SENARAI NAMA MENTERI BESAR PERLIS
- Raja Dato' Hai Ahmad bin Raja Endut (1 Feb 1948 - 20 Sep 1957) - dilantik oleh Raja Perlis
- Tuan Mohd Razali bin Ali Wasi (20 Sep 1957 - 30 Apr 1959) - dilantik oleh Raja Perlis
- Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohamed Hashim (Jul 1959 hingga 31 Dis 1971) - dipilih oleh rakyat (pilihanraya)
- Dato' Haji Jaafar bin Hassan (01 Jan 1972 hingga 22 Okt 1981)
- Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad (01 Nov 1981 hingga 13 Mei 1986)
- Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid bin Pawanteh (13 Mei 1986 hingga 06 Mei 1995)
- Dato' Seri Shahidan bin Kassim (06 Mei 1995 hingga 18 Mac 2008)
- Dato' Dr Mat Isa bin Sabu (18 Mac 2008 hingga 7 Mei 2013)
- Dato' Seri Haji Azlan bi Man (07 Mei 2013 hingga 14 Okt 2022)
- Tuan Haji Mohd Shukri bin Ramli (22 Nov 2022 HINGGA 25 Dis 2025)
- Tuan Abu Bakar bin Hamzah (27 Dis 2022 hingga kini)
Bandar Kangar
Istana Arau
PENTADBIRAN NEGERI
DAERAH
Perlis merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak dibahagikan kepada daerah.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Kangar
Pelabuhan Domestik
Kuala Perlis
Landasan Terbang Domestik
tiada
Destinasi Pelancungan/Rekreasi
Gua Kelam
Tasik Timah Tasoh
Taman Ular Sungai Batu Pahat
Kem Tentera
Kem Oran
Kem Bukit Keteri
Kem Mata Air
Kem Bukit Chowder
Pusat Pengajian Tinggi
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Arau
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Ulu Pauh
Wilayah Pembangunan
Northern Corridor Economic Region (NCER)
DYMM RAJA PERLIS

TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
(13 DIS 2001 HINGGA KINI)
DATO' SERI SYED FAIZUDDIN JAMALULLAIL
RAJA MUDA PERLIS
MANTAN RAJA PERLIS
TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL
(17 SEP 1945 - 16 APR 2000)
RAJA SYED HAMZAHJAMALULLAIL
(1943 - 1945)
RAJA SYED ALWI JAMALULLAIL
(1904 - 1943)
RAJA SYED SAFFI JAMALULLAIL
(1897 - 1904)
MENTERI BESAR PERLIS
YB ABU BAKAR BIN HAMZAH
(22 DIS 2025 HINGGA KINI)
(22 DIS 2025 HINGGA KINI)
MANTAN MENTERI BESAR
TUAN HAJI MOHD SHUKRI BIN RAMLI
(22 NOV 2022 HINGGA 25 DIS 2025)
DATO' SERI HAJI AZLAN BIN MAN SPMP
(07 MEI 2013 HINGGA 14 OKT 2022)
DATO' DR MAT ISA BIN SABU SPMP
(18 MAC 2008 HINGGA 7 MEI 2013)
DATO' SERI HAJI SHAHIDAN BIN KASSIM
SPMP SSAP AMP JP
(06 MEI 1995 HINGGA 18 MAC 2008)
TAN SRI ABDUL HAMID BIN PAWANTEH PSM SPMP
(13 MEI 1986 HINGGA 06 MEI 1995)
DATO' ALI BIN HAJI AHMAD SPMP AMP JP
(01 NOV 1981 HINGGA 13 MEI 1986)
DATO' HAJI JAAFAR BIN HASSAN SPMP
(01 JAN 1972 HINGGA 22 OKT 1981)
TAN SRI SHEIKH AHMAD BIN MOHD HASHIM PMN PMP PJK JP
(JUL 1959 HNGGA 31 DIS 1971)
DATO' LAKSAMANA RAJA MAHKOTA MOHAMED RAZALLI BIN MOHAMED
ALI WASI SPMP JMN PJK JP
(1957 HINGGA JUL 1959)
RAJA DATO' HAJI AHMAD BIN RAJA ENDUT
(1950 HINGGA 1957)
No comments:
Post a Comment