PENGERANG BATTERY
Tiga atau empat tahun yang lalu (2010 - 2013), penulis telah terbaca satu
artikel berkaitan dengan wujudnya satu kubu bawah tanah yang dibina oleh
Kerajaan British sebagai persediaan mempertahankan Semenenjung Tanah Melayu bagi menghadapi kemaraan Jepun dalam Perang Dunia II. British menjangkakan tentera laut dan udara Jepun akan menyerang
Singapura dari arah laut. Namun,
percaturan British meleset apabila Jepun menyerang dari arah utara menggunakan
Thailand dan masuk melalui dua pintu
jalan darat utara Semenanjung iaitu Kota Bharu dan Jitra.
Dalam serangan ini, Singapura merupakan titik terakhir yang ditawan oleh Jepun setelah mereka menawan seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Tentera British yang menyerah kalah kepada Jepun pada bulan Februari 1942 telah meninggalkan binaan kubu yang tegap dan lengkap ini
ditinggalkan begitu sahaja dan terbiar sehingga hari ini.
Apabila penulis teringat tentang sejarah tersebut, penulis melayari
internet untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dan penulis memperolehi satu penulisan sejarah
yang agak lengkap mengenainya. Lalu aku cedok cerita berkenaan dari website
berkenaan. Oleh itu, cerita berkaitan sejarah pembinaan kubu ini, sebahagian
besarnya penulis CIPLAK dari satu website
yang bernama www.razcollection.com. dan http://raztalhar.com/pengerang/index.html Ciplakan (plagiarisma) ini bukan untuk mencari apa-apa faedah atau
kepentingan diri, malah secara akademiknya menyebarkan maklumat mengenai
"Pengerang Battery" yang ditulis dalam website tersebut. Penghargaan (appreciation) untuk PENULIS CERITA/ARTIKEL DAN PEMILIK laman sesawang tersebut.
Rujukan lain:
Semasa Perang Dunia Kedua (PD2), sebuah unit
artileri (meriam) yang bernama Pengerang Battery merupakan sebahagian dari
pertahanan Singapura bagi mempertahankan serangan dari arah timur ke pangkalan Royal Naval di Sembawang. Bateri Pengerang (Unit) ini juga memberikan pertahanan
rapat kepada Calder Harbour. Bagaimanapun, apa yang menarik ialah Unit yang sepatutnya menjadi kubu pertahanan terakhir kepada tentera British di Semenanjung Malaya ini tidak diserang secara langsung sehingga kejatuhan Singapura dan kemudiannya mereka menyerah kalah di Singapura pada 15 Februari 1942!
Hari ini sekurang-kurangnya 95% dari tanah di
mana Bty tersebut ditempatkan telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk
membina sebuah pangkalan TLDM (yang kedua besar di Semenanjung selepas Lumut). Pangkalan yang mempunyai keluasan 75 hektar
ini dinamakan KD SULTAN ISMAIL merupakan sebuah unit latihan yang menempatkan
Pusat Latihan Rikerut (PULAREK).
Di atas tanah yang menempatkan pangkalan TLDM
ini merupakan coastal battery, defensive position, dan pos pemerhatian. Pos
pemerhatian dan bangunan pentadbirannya
terletak di puncak bukit setinggi 600 kaki yang dipanggil Bukit Johor (sekarang
dipanggil Bukit Pengerang).
Adalah diharapkan pembangunan pesat Pengerang
dan kawasan sekitarnya akan mempastikan kesan sejarah Bateri Pengerang tidak
dimusnahkan. Namun siapa boleh menjangka. Jika Pangkalan Udara di Sungai Besi
yang tercatat dalam sejarah sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa pertama,
Pangkalan Udara TUDM yang pertama juga bakal lenyap dilanda arus pembangunan
(ekonomi), apa pula dengan Bateri Pengerang yang hanya bangunan usang yang
telah lebih setengah abad dibiarkan, diabaikan.
Suatu ketika, ia mungkin akan juga tinggal hanya catatan
(termasuk catatan aku dalam blog ini) untuk ditemui oleh pelayar internet yang
tersesat menemui blog aku ini.
Sejarah Awal (1927-1939)
Sejarah kota bawah tanah ini bermula se awal tahun 1927
apabila Lieutenant General Sir Webb Gillman (1870-1933- gambar di bawah)
bersama dua pegawai kejuruteraan tentera British telah dihantar ke Singapura
oleh Pejabat Perang British untuk menyemak skala pertahanan yang dicadangkan
oleh CID (Committee of Imperial Defence).
Pemikiran utama disebalik cadangan oleh CID ialah berasaskan kepada
jangkaan, untuk menawan Singapura pihak musuh mungkin perlu melakukan serangan
optima (full scale attack) melalui laut menggunakan kapal perang.
Semasa berada di Singapura, Gillman dan ahli-ahli
Suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa perancangan pertahanan untuk
Singapura telah mencukupi, malah lebih dari cukup, dan dalam keadaan terbaik
dalam banyak perkara!
Cadangan asal penubuhan bateri artileri di Pengerang adalah
untuk melindungi laluan air di Calder Harbour, iaitu satu laluan cetek antara
Pulau Tekong dan Pengerang di tanah besar. Laluan Calder Harbour dikatakan
(assumed) cukup cetek dan hanya membolehkan 'coastal motor boats' boleh belayar
melaluinya. Pihak British juga telah
merancang untuk menghalang laluan tersebut dengan bahan letupan 'anti-motor
boat'.Berasaskan faktor itu, Gillman dan ahli-ahli Suruhanjaya mendapati tiada
keperluan untuk menubuhkan bateri artileri di Pengerang untuk melindungi
kawasan ini.
Pada bulan November 1927, di England, perjalanan proses
birokrasi dalam tentera terus berjalan, dan satu Jawatankuasa Kecil yang
mengandungi beberapa pegawai kanan tentera yang diketuai oleh Gillman sendiri
telah mengesahkan keputusan Gillman Commission (untuk tidak perlu membina
bateri di Pengerang). Laporan yang dihantar berbunyi seperti berikut:
"now that the Admiralty are proposing to block the
Calder passage, we agree that it is unnecessary to have any 6" guns and
lights at Pengerang".
Pada 2 April 1928, semua Ketua Staf telah menerima sokongan
J/Kuasa Kecil supaya cadangan membina bateri di Pengerang dibatalkan. Perkara menarik yang perlu diketahui ialah
maklumat utama yang digunakan untuk menyokong keputusan akhir itu sebenarnya
cacat (flawed). Siasatan yang dibuat
kemudian mendapati bahawa laluan Calder Harbour yang dikatakan cetek itu
sebenarnya cukup dalam dan kedalamannya membolehkan kapal pemusnah musuh
belayar melaluinya. Oleh itu,
'anti-motor boat boom' tidak memberi kesan kepada kapal jenis ini. Dan faktanya, pihak British tidak pernah pun
memasang bom anti-motorboat di laluan ini (sehingga 1936).
Tahun berganti tahun, perspektif dan keputusan ke atas
pembinaan Bateri Pengerang telah berubah apabila Lt Gen William Dobbie dilantik
mengetuai ketumbukan tentera di Timur pada tahun 1936. Dobbie mengutarakan kepada Pejabat Perang di
London bahawa pertahanan di selat sebelah timur Singapura adalah sangat lemah
dan merbahaya
"I think it is imperative to put an additional battery
on Pengerang, this will greatly strengthen position generally and in addition
would provide direct defence of channel through Calder harbour".
Ide Dobbie pada keseluruhannya ialah menjadikan bateri
Pengerang sebagai pelindung Singapura
(Fortress Singapore) adalah melindungi Pangkalan Tentera Laut (Naval
base). Katanya, "raison d'entre of
the fortress" (tanpa pertahanan yang mencukupi untuk melindungi pangkalan
navy, konsep keseluruhan adalah cacat)
Lt Gen William Dobbie
Antara pertimbangan yang disuarakan oleh ketua-ketua
tentera berkaitan cadangan bateri artileri di Pengerang ialah ia memerlukan
kekuatan anggota artileri. Dobbie,
bagaimanapun mencadangkan supaya Pengerang dipertahan dan dikawal oleh pasukan
infantri tanpa mengambilkira sama ada wujud bateri di situ atau tidak. Menurut
beliau, jangan sesekali lupa bahawa Pengerang adalah pos pemerhatian utama di
tanah selatan semenanjung itu.
Antara kelebihan yang menyumbang kepada penerimaan cadangan
pembinaan Bateri Pengerang ialah:
Ia memberi lapisan pertahanan yang lebih tebal kepada jalan
air menuju ke pangkalan tentera laut selain dari melindungi Calder harbour.
Bateri Pengerang juga memberikan 'broadside shoot' untuk
melawan 'end-on shoot' dari Pulau Tekong dan lengkongan tembakan utama pada
sudut sebelah kanan pertahanan Tekong.
Oleh itu, ia akan menimbukan kesukaran kepada musuh untuk
menutup keseluruhan pertahanan British dengan 'smoke screen, jika taktik
tersebut akan digunakan.
Kekurangan yang nampak ialah lokasi Pengerang agak terasing
(isolated), jika berlaku konflik, bekalan mesti diperolehi dari sumber
tempatan.
Dengan sokongan penuh Dobbie di belakang cadangan
penempatan Pengerang based coastal battery' setiap orang mula terpengaruh dan
akhirnya projek tersebut mendapat perhatian.
Tarikh yang tepat pembinaan Bateri Pengerang ini dimulakan
dan disiapkan tidak diperolehi tetapi
dianggarkan sebelum Januari 1939.
Anggaran kos pembinaan ialah lebih kurang 60,000 pound.
Permulaan Perang Dunia II (1939-1942)
Pada bulan Ogos 1941, Bateri Pengerang telah beroperasi
sepenuhnya dan Pertahanan Tetap Singapura (Singapore Fixed Defences)
ditingkatkan kepada Kesiapsiagaan pada tahap Number 3 Degree. Pos Pemerhatian Tembakan (FOP) di Pengerang
kemudiannya diisi kekuatannya secara
kekal.
Pada bulan Disember 1941, di bawah perintah Lt Col John
Stitt MC, 2nd Bn Gordon Highlander telah diarahkan untuk menyusun kedudukan
pertahanan. Ini termasuklah menanam ranjau (mines) anti-personnel dan
anti-kereta kebal serta membersihkan ruang tembakan. Daripada kedudukan mereka,
mereka boleh melihat dengan jelas pergerakan kapal HMS Repulse dan HMS Prince
belayar melalui Selat Johor menuju ke Pangkalan Tentera Laut di Sembawang.
Dalam bulan Disember, pesawat udara tentera Jepun kelihatan
membuat penerbangan pengintipan di ruang udara Pengerang dan dilihat
menjatuhkan suar (flares).
Apabila kelihatan tanda-tanda awal peperangan telah
menghampiri Johor pada 15 Jan 1942, Gordon telah menyelia evakuasi penduduk
tempatan Pengerang. Pada 21 Januari
Gordon telah menyerahkan tugas-tugas pertahanan gerisen kepada 1st Mysore
Infantry ISF (Indian State Forces). Anggota dari pasukan 32nd Battery yang
dilengkapi bedil 6" masih dikekalkan di pengerang.
Pada hari dan minggu berikutnya, rondaan gerisen Pengerang
telah mula menemui tanda-tanda bahawa pasukan peronda Jepun telah pun
beroperasi di kawasan itu. Dalam satu
kes, peta Jepun telah juga ditemui di kawasan perkampungan berhampiran.
Pada akhir Januari, pertempuran di Tanah Besar Malaya telah
pun selesai dan Tentera Berikat telah berundur ke Singapura. Arahan yang diberi
seterusnya ialah memusnahkan hubungan dari Singapura ke Tanah Besar iaitu
Tambak Johor. Satu jarak 60 kaki dari
keseluruhan 3464 kaki keseluruhan panjang tambak telah diletupkan bagi
memperlahankan pergerakan tentera darat Jepun.
Pertempuran yang paling hampir dengan Pengerang ialah pada
7 Feb 1942 di Pulau Ubin kira-kira 12km ke barat. 400 anggota tentera Jepun telah dihantar ke
Pulau Ubin sebagai satu serangan pura-pura ke Singapura sebagai pendahulu
kepada serangan utama untuk menakluki Singapura.
Pada waktu itu, Pengerang boleh melihat beberapa
tindakan seperti menembak pesawat udara
Jepun dengan menggunakan AALA. Pasukan ke11
Pengerang pula telah menembak tongkang (junk). Bagaimanpun diari peperangan
yang menyebut pertempuran ini tidak menyebut tentang penggunaan meriam 6"
atau bom 8lbs atau pun sama ada tonagkang yang ditembak itu di bawah arahan
tentera Jepun. Kemungkinan besar tongkang-tongkang ini adalah milik orang
tempatan yang keluar melarikan diri dari pendudukan Jepun.
Biarpun begitu,
tidak terdapat tanda serangan secara langsung ke atas 13 Bateri
Pengerang mahupun Pulau Tekong. Penduduk
Pengerang boleh mendengar bunyi tembakan di Singapura namun kebanyakan mereka
tidak mengetahui tahap kebinasaan di pihak tentera British.
Pda 14 Feb 1942, telah menawan reservoirs di Singapura dan
mereka terus menyerang ke arah Bukit Timah Road. Keadaan semakin buruk, dan akhirnya
arahan diterima untuk melaksanakan skim penapian (pertahanan) Pengerang. Meriam, peralatan dan bangunan-bangunan
penting dimusnahkan untuk mengelakkan dari ia ditawan dan diduduki oleh pihak
musuh.
Diari peperangan Markas Pemerintahan Tempur Changi
merekodkan jam 18.30 sebagai waktu pemusnahan.
Ia sama waktu dengan pemusnahan kelengkapan Sphinx Battery di Pulau
Tekong.
Jadi, dengan keadaan Pengerang telah kehilangan kelengkapan
dan pihak tentera berikat sedang menyabung nyawa di Singapura, apa akan jadi
kepada trup sebenar yang masih tinggal di Pengerang atau di Pulau Tekong? Tiada
arahan dari pihak atasan yang mengaturkan bot untuk membawa mereka keluar.
Mereka tersadai terbiar di belakang barisan musuh.
Dan akhirnya pada senja 15 Feb 1942 , dalam keadaan
semangat yang amat rendah Pemerintah dan pasukan tentera British tidak
berkeinginan untuk membuat serangan balas yang berisiko. Gen Percival terpaksa menyerah diri dengan
penuh kehinaan atas kehendaknya sendiri.
Ini meninggalkan kesan yang menarik kepada kita. Setelah
penghuni Bateri Pengerang meninggalkan pos mereka, Pengerang menjadi pertahanan
terpencil (isolated foothold) British yang terakhir di Tanah Besar Malaya.
Sesungguhnya tentera Jepun tidak pernah pun menghantar tenteranya ke Pengerang,
bahkan mereka tidak memerlukan Pengerang sama sekali. Pengerang terlalu jauh
dari jalan mereka dan langsung tidak memberikan ancaman kepada perancangan
penaklukan Jepun.
Hanya pada 22hb Feb, barulah tentera Jepun sampai di
pengerang, mengevakuasi baki anggota gerisen British yang masih tinggal dan
membawa mereka ke Changi dengan nasib yang tidak menentu. Sebahagian dari anggota di pengerang tidak
menunggu untuk menjadi tawanan Jepun, mereka telah melarikan diri lebih awal.
Tujuh hari sebelum itu, 12 askar British telah mempunyai
idea lain dimana pada malam 15 Feb, setelah mendengar melalui wireless bahawa
Singapura telah jatuh, mereka membuat pelan dengan dengan mengambil keputusan
berpecah dengan sebahagian melarikan diri ke Sumatra dan sebahagian lagi
menyelamatkan diri ke Australia. Dan pastinya, mereka ditimpa nasib yang
berbeza.
Pemerintahan Jepun dan Lepas Perang (1942-1960)
Selepas British menyerah, dua orang pegawai tentera Jepun, Lt Kol Numaguchi dan Mejar Akiyama, telah mengadakan kajian ke atas semua kubu-kubu pertahanan Singapura pada 2 Feb 1942 termasuk juga Pengerang Battery dan mereka dapati kedua-dua meriam 6" di Pengerang telah tidak boleh digunakan lagi (scrapped).
Pihak British telah mengetahui bahawa meriam 6" telah dimusnahkan di bawah skim penafian (denial scheme) mereka sendiri. dan ia telah dilaporkan secara rasmi dan disahkan oleh pegawai dari Royal Engineer. Kerja-kerja pemusnahan kedudukan sebenar meriam tersebut bagaimanapun tidak dicatatkan dalam laporan itu, dan pihak British menyangka ia masih dalam keadaan baik.
Satu peninjauan udara pada skala kecil telah dilaksanakan oleh pihak British telah menunjukkan kesan aktiviti tentera jepun di situ. Pos Pemerhati Bateri (BOP) masih kelihatan ditempatnya. Dari sini, pihak British menjangkakan bahawa Bateri Pengerang telah disiapsiagakan semula dan boleh beroperasi.
Sumber laporan perisikan selanjutnya mendapati sehingga April 1945, terdapat 30 anggota tentera Jepun, 12 anggota polis dan 300 buruh (kuli) di kawasan berkenaan.
Laporan juga menyatakan bahawa terdapat simpanan minyak, stor makanan, rumah pegawai, 4 bateri 6AA Gun dan tiada kebenaran untuk orang awam memasuki kawasan tersebut. Malah ada laporan menyatakan bahawa pihak Jepun juga menempatkan stesen radar di Kg Pengerang.
Pihak tentera Jepun mempunyai perancangan yang besar terhadap kawasan Pengerang. Ini disahkan oleh laporan dari Interservice Liaison Department (ISLD) teah membatalkan anggaran yang dalam laporan sebelumnya iaitu kekuatan trup Jepun dari 400 kepada 1600 orang, selepas pendaratan pihak Jepun pada bulan Dis 1944.
Apa jua kemungkinan perancangan untuk pihak British mengambil semula Malaya dan Singapura perlu mengambil kira faktor ancaman bahawa pendudukan di kem Bateri Pengerang ke atas kemasukan tentera Bersekutu.
Terdapat laporan di luar dari laporan tentera British yang perlu diambil kira adalah kawalan oleh Jepun ke atas orang-orang awam di Pengerang. Pihak Jepun juga telah menghantar pekerja-pekerja tempatan ke kawasan perlombongan boksait yang telah beroperasi sebelum perang lagi. Ramai pekerja yang mati kerana kekerasan yang dilakukan oleh tentera Jepun. Lombong boksait masih lagi beroperasi sehingga abad ke 21.
Di kawasan Pengerang juga terdapat kumpulan Anti Jepun termasuk pusat/markas Parti Komunis Malaya (PKM) yang kemudiannya berjaya dikesan dan ditembak oleh artileri Jepun.
Sedihnya tiada laporan yang ditemui yang mendokumenkan kegiatan Bateri Pengerang sebaik sahaja selesai Perang Dunia II. Malah ini menunjukkan bukti bahawa pihak British tidak pernah mengembalikan Bateri Pengerang sebagai barisan pertahanan pantai Selatan Semenanjung seperti apa yang dilakukan sebelum peperangan.
Beberapa aktiviti ketenteraan di Pengerang dikesan selepas zaman PD II. Semasa tempoh Dharurat (bermula 1948), pihak British telah meletakkan beberapa unit tenteranya di dalam dan sekitar Pengerang untuk memburu kegiatan pengganas komunis.
Semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1963-1965), Indonesia telah menggunakan pantai Pengerang sebagai tempat pendaratan tenteranya sebelum menyeludup masuk ke kawasan lain di selatan Johor. Antara tangkapan yang dibuat di pusat pendaratan mereka di Tg Pengelih.
Sejak perang, bateri PD 2 itu sendiri telah dilupakan sepenuhnya dan ia dibuktikan bahawa pasukan pengkaji dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah membuat kajian ke atas beberapa struktur PD2 di Tg Pengelih. Bukti kajian ini boleh dilihat dari pelbagai semburan cat nombor designasi di atas setiap struktur.
Kajian selanjutnya dari laporan akhbar dari tahun 1992 mengesahkan bahawa ada proses perancangan untuk mengubah bateri ini kepada sebuah taman pelancongan yang berthemakan tentera.
Bagaimanapun oleh kerana tanah sebenar lokasi bateri tersebut telah diwartakan sebagai kawasan tanah latihan ketenteraan, projek tersebut tergendala. Kemudiannya, pihak Kementerian Pertahanan telah membuat keputusan untuk menggunakan sebahagian dari tanah yang sama untuk pembangunan pangkalan latihan TLDM (PULAREK).
Oleh sebab itu, adalah lebih selamat untuk mengatakan bahawa apa jua perancangan untuk membina pusat pelancungan di Tg Pengelih adalah tidak timbul lagi.
Ini sesuatu yang dikesali, memandangkan gambar-gambar yang diambil oleh pelancong dari awal tahun 1990an menunjukkan tapak tersebut telah dicantikkan—kemungkinan sebagai persediaan untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancong. Tumbuhan liar telah dibersihkan dan pelbagai struktur tinggalan Perang Dunia Kedua telah dicat semula dengan warna putih; kawasan itu sememangnya kelihatan sangat kemas dan menarik.
Pada masa kini, tapak tersebut berada dalam keadaan yang agak menyedihkan. Kawasannya kini kembali dipenuhi semak-samun yang tumbuh meliar, manakala struktur-strukturnya pula dicemari dengan contengan grafiti oleh pengunjung. Malah, pencuri besi turut melarikan penyokong struktur besi dari dalam binaan-binaan tersebut. Sesetengah struktur lama itu juga dikatakan menjadi tempat tumpuan penagih dadah.
Amatlah dikesali apabila satu lagi tapak bersejarah yang penting di Malaysia dibiarkan terabai begitu sahaja. Diharapkan suatu hari nanti, sisa tinggalan kubu pertahanan ini dapat dipulihara dan diselenggara dengan sewajarnya demi generasi akan datang, seperti mana kubu-kubu Perang Dunia Kedua yang lain di Batu Maung, Pulau Pinang atau Fort Siloso di Singapura.
Sebahagian daripada sistem terowong itu berada dalam keadaan yang begitu uzur sehingga mereka terpaksa menyokong struktur di bahagian-bahagian tertentu bagi mengelakkan runtuhan semasa menjalankan penerokaan. Terdapat juga bahagian lain yang telah runtuh, memaksa mereka menggali laluan untuk meneruskan penerokaan. Selain itu, mereka turut berdepan dengan ancaman lain seperti ular, kala jengking dan labah-labah hitam.
Secara keseluruhannya, mereka menemui enam ruang berasingan; tiga daripadanya dipercayai sebagai kuarters pegawai, stor peluru senjata ringan, dan sejenis "gelanggang sukan bola".
Salah satu penemuan yang dikatakan paling menakjubkan ialah sebuah terowong panjang berasingan yang dipercayai menghubungkan terus ke pusat operasi di puncak Bukit Pengerang.
Malangnya, pada masa kini, sistem terowong utama di bawah Tanjung Pengelih tidak lagi boleh dimasuki sama sekali akibat kejadian runtuhan besar beberapa tahun yang lalu. Terowong panjang yang menuju ke Bukit Pengerang juga dipercayai telah musnah sebahagian besarnya akibat pembinaan pangkalan tentera laut moden, walaupun saya mengesyaki bahagian yang mendaki Bukit Pengerang itu sendiri mungkin masih utuh.
Di puncak Bukit Pengerang, sebuah sistem kubu bawah tanah yang dalam dipercayai wujud di bahagian utara bukit tersebut; malangnya, saya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai rangkaian ini. Satu perkara yang menarik untuk diketahui ialah pasukan pertahanan yang ditempatkan di Pengerang semasa Perang Dunia Kedua—sekurang-kurangnya pada peringkat pegawai berpangkat Leftenan—tidak mengetahui tentang kewujudan rangkaian terowong yang luas di bawah tapak kaki mereka.
Terdapat dua struktur yang paling menarik perhatian saya; satu daripadanya kelihatan seperti tempat perlindungan bagi salah satu meriam 8 paun (gambar 10), manakala satu lagi, yang terletak berhampiran kawasan penyimpanan minyak (gambar 9), kelihatan seperti tempat menyimpan alat ganti. Pada mulanya, saya menyangka ia mungkin tempat penyimpanan peluru, namun lokasinya yang begitu hampir dengan tempat penyimpanan minyak menjadikannya kelihatan agak berbahaya.
Kesemua struktur berada dalam keadaan yang agak teruk; boleh diandaikan bahawa sebahagian daripada kerosakan itu berpunca daripada pelan pemusnahan (skim 'denial') pihak British sendiri yang dilaksanakan sebelum mereka menyerah kalah. Walau bagaimanapun, malangnya terdapat juga banyak kerosakan dan perbuatan vandalisme pada masa kini. Jelas sekali bahawa peniaga besi buruk telah lama meleraikan dan mengambil bahan dari tapak ini, malah kesan grafiti oleh pengunjung juga dapat dilihat, dengan sesetengahnya bertarikh seawal tahun 1970-an. Menara air itu terletak berhampiran blok berek utama. Pada keempat-empat kakinya, corak cat penyamaran masih kelihatan; anda boleh mengandaikan bahawa ini ialah cat asal dari Perang Dunia Kedua. Pelbagai paip air yang terletak tepat di bawah permukaan tanah juga masih boleh dilihat menganjur ke pelbagai arah. Tiada kerosakan ketara pada menara air tersebut, namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak British pastinya telah melakukan sesuatu untuk menjadikannya tidak lagi boleh digunakan sebelum mereka menyerah kalah.
Antara pertimbangan yang disuarakan oleh ketua-ketua tentera berkaitan cadangan bateri artileri di Pengerang ialah ia memerlukan kekuatan anggota artileri. Dobbie, bagaimanapun mencadangkan supaya Pengerang dipertahan dan dikawal oleh pasukan infantri tanpa mengambilkira sama ada wujud bateri di situ atau tidak. Menurut beliau, jangan sesekali lupa bahawa Pengerang adalah pos pemerhatian utama di tanah selatan semenanjung itu.
Pengerang Hari Ini
Hari ini, setelah memasuki abad ke 21, Pengerang telah berkembang maju. Pembukaan tanah FELDA secara meluas di daerah Kota Tinggi, khususnya dari Bandar Kota tinggi ke arah Bandar Penawar sehingga ke Pengerang telah meningkatkan jumlah penduduk daerah Kota Tinggi secara drastik dan membantu pembangunan ekonomi daerah ini. Limpahan pembangunan ini telah membantu Pengerang dari sebuah perkampungan nelayan tradisi kepada sebuah bandar pelancongan dan pusat pentadbiran bagi daerah Kota Tinggi selatan.
Jeti Pengerang telah ditingkatkan keupayaannya untuk mengendalikan pelancung dari Singapura yang memilih untuk datang melalui jalan laut. Sebuah jeti marina bernilai RM10 juta telah dibina dilengkapi dengan kompleks Kastam dan Imigresen yang moden.
Pembinaan pangkalan TLDM (Pusat Latihan Rikerut atau dikenali sebagai KD Sultan Ismail) di Tanjung Pengelih juga telah memperceptkan lagi proses pembangunan ekonomi Pengerang.
Hari ini, setelah memasuki abad ke 21, Pengerang telah berkembang maju. Pembukaan tanah FELDA secara meluas di daerah Kota Tinggi, khususnya dari Bandar Kota tinggi ke arah Bandar Penawar sehingga ke Pengerang telah meningkatkan jumlah penduduk daerah Kota Tinggi secara drastik dan membantu pembangunan ekonomi daerah ini. Limpahan pembangunan ini telah membantu Pengerang dari sebuah perkampungan nelayan tradisi kepada sebuah bandar pelancongan dan pusat pentadbiran bagi daerah Kota Tinggi selatan.
Jeti Pengerang telah ditingkatkan keupayaannya untuk mengendalikan pelancung dari Singapura yang memilih untuk datang melalui jalan laut. Sebuah jeti marina bernilai RM10 juta telah dibina dilengkapi dengan kompleks Kastam dan Imigresen yang moden.
Pembinaan pangkalan TLDM (Pusat Latihan Rikerut atau dikenali sebagai KD Sultan Ismail) di Tanjung Pengelih juga telah memperceptkan lagi proses pembangunan ekonomi Pengerang.

Adalah diharapkan pembangunan pesat Pengerang dan kawasan sekitarnya akan mempastikan kesan sejarah Bateri Pengerang tidak dimusnahkan. Namun siapa boleh menjangka. Jika Pangkalan Udara di Sungai Besi yang tercatat dalam sejarah sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa pertama, Pangkalan Udara TUDM yang pertama juga bakal lenyap dilanda arus pembangunan (ekonomi), apa pula dengan Bateri Pengerang yang hanya bangunan usang yang telah lebih setengah abad dibiarkan, diabaikan.
Suatu ketika, ia mungkin akan juga tinggal hanya catatan (termasuk catatan penulis dalam blog ini) untuk ditemui oleh pelayar internet yang tersesat menemui blog aku ini.
Kerajaan Johor bersama Jabatan Warisan Negara serta Jabatan Muzium Malaysia sewajarnya mengambil inisiatif untuk membaikpulih, memperindah, menambahkan fasilitet untuk menjadikan lokasi ini sebagai satu tarikan pelancung. Selain mempunyai sejarah yang menarik, rekabentuk dan kejuruteraannya boleh dijadikan sebagai satu lokasi yang adventurous.
Apa yang dibuat oleh Kerajaan Vietnam ke atas kubu gerila komunis sewaktu mereka berperang dengan Amerika patut dicontohi- jadikan tapak Pengerang Battery sebagai produk pelancongan sejarah. Kalau tidak ia akan menjadi perkampungan sang Ular yang bisa.
Thank you to the writer of the article title 'Pengerang Battery' in the website www.razcollection.com for the valuable historic of the forgotten some parts of World War II stories in Malaya. I hope this article will help the 'history admirer'. For those who interested to read more about Pengerang Battery, please open www.razcollection.com dan http://raztalhar.com/pengerang/index.html
Tanjung Pengelih
Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan tu.. Mmeamng patut dijadikan tempat pelancongan, jangan dibiarkan menjadi lubuk perkampungan sang ular.
ReplyDelete*memang
Delete