MELAKA
BANDARAYA BERSEJARAH
Sejarah negeri-negeri Johor, Kedah dan Kelantan telah diketahui, seterusnya mari kita meninjau sejarah negeri yang penuh dengan sejarah yang berbagai corak dan warna-warni. Sejarah Negeri Melaka aku kenali seawal aku mempelajari mata pelajaran Tawarikh (Sejarah) di sekolah rendah. Asal usul nama Melaka dari sebatang pokok di tepi sungai.
Ketika Parameswara dan pengikut-pengikutnya dari Sumatera sampai ke Melaka dan sedang berehat-rehat dibawah pokok di tepi sebatang sungai, anjing pemburu baginda berkelahi dengan seekor kancil dan akhirnya anjing baginda terjatuh ke tebing sungai akibat kena penendang Sang Kancil. Baginda terpegun dengan peristiwa itu dan menganggap bahawa tanah tempat baginda sedang berehat itu bakal mebawa tuah. Lalu baginda bertanyakan apa nama pokok tempat baginda berteduh dan dijawab oleh pengiringnya bahawa itu adalah pokok 'MELAKA'. lalu baginda bertitah:
"Barang yang demikian, marilah kita membuat negeri di sini dan beta namakan negeri ini dengan nama negeri Melaka"
Inilah POKOK MELAKA
Fakta Negeri Melaka:
Keluasan: 1,650 km persegi
Penduduk: 1,027,500 (2023)
Kepadatan: 622 orang setiap satu km persegi.
Ibu Negeri: Bandaraya Melaka Bersejarah.
Ketua Negeri: Yang Di Pertua Negeri
Ketua Kerajaan: Ketua Menteri
DAERAH
Bermulalah sejarah Melaka yang penuh dengan keringat dan darah - perjuangan - kegemilangan - kezaliman - pengkhianatan dan kehancuran.
SEJARAH MELAKA
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang anak Raja Srivijaya dari Palembang yang berugama Hindu pada tahun di antara 1400 hingga 1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak tentera Portugis pada 24 Ogos 1511. Parameswara kemudiannya memeluk Islam pada tahun 1414 dan menggunakan nama Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah.
KESULTANAN MELAKA
Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara yang lari ke Melaka setelah ditewaskan oleh Majapahit. Pada 1403 Laksamana Yin Cheng singgah ke Melaka dan menjalin hubungan diplomatik dengan Melaka. Mulai 1409, Parameswara membayar upti kepada Maharaja China untuk mendapat perlindungan dari serangan Siam. Pada tahun yang sama Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua negara.
Pada 1411 Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai pada 1414 dan memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah. Sultan Iskandar Shah mangkat pada 1424 dan anakandanya menaiki takhta dengan gelaran Sultan Muhammad Shah yang memerintah sehingga 1444.
Kemangkatan Sultan Muhammad telah mewujudkan pertelingkahan dan perebutan takhta apabila Sultan melantik putera bongsunya Raja Ibrahim yang masih kecil menjadi Sultan. Seorang lagi puteranya yang lebih tua, Raja Kasim diketepikan (katanya kerana ibunya orang biasa keturunan Mamak). Raja Kasim dihasut oleh keluarganya lalu mengadakan pakatan membunuh Raja Ibrahim. Raja Ibrahim mangkat dalam pangkuan lalu digelar Sultan Abu Shahid dan Raja Kasim diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Mudzaffar Shah yang memerintah sehingga 1458. Sultan mengisytiharkan Islam sebagai ugama rasmi negeri Melaka. Pada tahun 1447 Siam menyerang Melaka tetapi ditewaskan oleh tentera Melaka di bawah pimpinan Tun Perak yang kemudiannya dilantik menjadi Bendahara Melaka pada tahun 1456.
Sultan Mansor Shah menggantikan ayahandanya pada tahun 1458 yang memerintah sehingga 1477. Ini adalah puncak zaman kegemilangan Kesultanan Melaka. Hubungan dengan China bertambah erat apabila Maharaja China menghantar Laxamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1458 yang membawa Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansor Shah.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Singapura (Temasik) dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utamanya ialah Siam di utara dan Majapahit diselatan.
Tidak lengkap sejarah Melaka jika tidak menyebut kehebatan pahlawan 5 sekawan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Walaupun banyak yang menganggap kesah Hang Tuah 5 bersaudara hanyalah satu metos, banyak juga yang mengatakan ia adalah kesah benar, hanya hikayatnya sahaja yang mungkin diceritakan terlalu berlebihan menjadikan ia sama seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Pandawa Lima dan lain-lain. Kesah mereka bukan sahaja melambangkan keberanian tetapi juga mempunyai mesej berkaitan erti kesetiaan dan keadilan melalui kesah penderhakaan Hang Jebat dan kematian Jebat ditangan sahabatnya sendiri Tuah.
Nama-nama 5 pahlawan melaka di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah dan Bendahara Tun Perak ini, kini diabadikan pada nama-nama jalan di Melaka dan Kuala Lumpur. Malah diiktiraf pada nama-nama Kapal DiRaja TLDM bersesuaian dengan kehandalan mereka sebagai pahlawan perang di Selat Melaka.

Sultan Mansur Shah digantikanoleh anaknya Sultan Alauddin Riayat Shah yang baru berusia 15 tahun. Baginda merupakan seorang Sultan yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh anakandanya Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan Kesultanan Melaka roboh semasa dalam pemerintahan baginda akibat kezaliman baginda yang mewujudkan warga yang membelot untuk memberi jalan kepada kehadiran Portugis.
BendaharaTun Perak meninggal dunia pada 1498 dan digantikan oleh Tun Mutahir, sepupunya bergelar Bendahara Seri Maharaja. Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah pada 1510 kerana beliau tidak menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.
Pada 1509, Diego Lopez de Squeira dengan 18 buah kapal dari pasukan tenteranya tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' atau 'Feringghi' oleh orang tempatan. Disebabkan oleh perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Raja Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.

Makam Hang Jebat di Jalan Kampung Kuli, Melaka

Makam Hang Kasturi di Jalan Hang Jebat (Jonker Street)
Vasco da Gama
Sultan Mansur Shah digantikanoleh anaknya Sultan Alauddin Riayat Shah yang baru berusia 15 tahun. Baginda merupakan seorang Sultan yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh anakandanya Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan Kesultanan Melaka roboh semasa dalam pemerintahan baginda akibat kezaliman baginda yang mewujudkan warga yang membelot untuk memberi jalan kepada kehadiran Portugis.
BendaharaTun Perak meninggal dunia pada 1498 dan digantikan oleh Tun Mutahir, sepupunya bergelar Bendahara Seri Maharaja. Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah pada 1510 kerana beliau tidak menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.
Pada 1509, Diego Lopez de Squeira dengan 18 buah kapal dari pasukan tenteranya tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' atau 'Feringghi' oleh orang tempatan. Disebabkan oleh perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
Diogo Lopez de Squiera
Pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Raja Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.
Senarai Sultan-sultan Melaka sebelum ditakluki Portugis ialah:
- Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah (Parameswara) (1402 - 1424).
- Sultan Ahmad Megat Shah ibni almarhum Sultan Iskandar Shah (1424 - 1424).
- Seri Maharaja Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ahmad Megat Shah (1424 - 1444).
- Sultan Ibrahim Abu Shahid Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1444 - 1444).
- Sultan Mudzaffar Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1444 - 1459).
- Sultan Mansor Shah ibni almarhum Sultan Mudzaffar Shah (1459 - 1477).
- Sultan Alauddin Riayat Shah ibni almarhum Sultan Mansor Shah (1477 - 1488).
- Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Shah (1488 - 1511).
- Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mahmud Shah (1511)
Melaka ditawankan oleh Alfonso de Albuquerque, Viceroy Portugis di Goa, India pada 24 Ogos 1511. Beliau adalah seorang yang Viceroy Portugis dan menjadikan Melaka suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur.
Sultan Mahmud Shah kemudiannya melarikan diri ke daerah pedalaman di Muar kemudian menyeberangi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana baginda mangkat pada 1528. St Francis Xavier, seorang mubaligh Kristian datang dan tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun di antara 1545 -1549) kerana mengembangkan kristian dan hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1641 pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui pembantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Betawi, di Pulau Jawa sebagai pusat pentadbiran mereka.
PENAKLUKAN & PEMERINTAHAN PORTUGIS
Pada 10 Ogos 1511 d' Albuquerque tiba di Melaka dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh Sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun. Sebaik sahaja menakluki Melaka Portugis membina kota yang dinamakan 'A Famosa'.

Pada 1513 Patih Unus, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka. Pada 1523, Sultan Mahmud cuba menawan kembali Melaka tetapi gagal, diikuti oleh kepungan yang diketuai oleh Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa pada 1525, juga gagal.
Pada 1526, seangkatan kapal yang besar Portugis di bawah perintah Pedro Mascarenhaas dihantar untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri menyeberangi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat di sana pada tahun 1526.
Pada 1537, Kesultanan Acheh menyerang Melaka tetapi gagal menewaskan tentera Portugis. Pada 1545 St Francis Xavier melawat Melaka (diikuti dengan 4 lagi lawatan) dan beliau hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasi pengembangan Kristian di Timur. Pada 1548, St. Paul's College, sekolah pertama di Melaka dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.

Pada 1551, gabungan tentera Johor, Japara (Jawa) dan Perak mengepung Melaka, juga gagal menewaskan kekebalan Portugis. Pada 1568, Acheh yang menguasai dan mengawal Selat Melaka telah menyerang Melaka lagi, tetapi dapat dipatahkan oleh Portugis dengan bantuan Johor yang juga musuh Acheh. Pada 1582 Portugis pula membantu Johor apabila diserang Acheh. Wujud krjasama antara Kesultanan Johor dan Portugis- Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah melawat melaka pada tahun 1582. Bagaimanapun pada 1587 Johor melancarkan serangan besar-besaran ke Melaka tetapi tewas kerana Portugis menerima bantuan tentera dari Goa, India.
Pada tahun 1597, Belanda pula menyerang Melaka untuk kali pertama dan gagal diikuti serangan kedua pada 1606 yang diketuai oleh Laksamana Matelieff de Jonge dengan bantuan Johor menyerang berterusan selama 3 bulan, juga gagal kerana Portugis mendapat bantuan dari Goa.
Antara 1615-1616, Acheh beberapa kali menyerang Melaka dan pernah menawan dan memerintah Melaka untuk tempoh 8 bulan sahaja sebelum diambilkembali oleh Portugis. Pada tahun 1636, Belanda semakin menekan Portugis di Melakadan memusnahkan kapal-kapal Portugis di pelabuhan Melaka DAN AKHIRNYA PORTUGIS TEWAS PADA TAHUN 1641.
Sepanjang penaklukanya di Melaka, pentadbiran Portugis diketuai oleh seorang 'Captain-General'. Berikut adalah senarai Capt General Portugis di Melaka dari 1512 hingga 1641 sebelum Melaka ditadbir pula oleh Kerajaan Belanda (Netherland):

A Famosa
Alfonso de'Albuquerque

Francis Xavier

Captain-Major of Malacca (Capitao-mor de Malaca)
- Rui de Brito Patalim (1512 - 1514).
- Jorge de Albuquerque (1514 - 1516)
- Jorge de Brito (1516 - 1517)
- Nuno Vaz Pereira (1517 - 1518).
- Afonso Lopes da Costa (1518 - 1519).
- Garcia de Sá (1519 - 1521).
- Jorge de Albuquerque (1521 - 1525).
- Pedro de Mascarenhas (1525 - 1526).
- Jorge Cabral (1526 -1528).
- Pedro de Faria (1528 - 1529)
- Garcia de Sá (1529 - 1533)
- Paulo da Gama (1533 - 1534)
- Estêvão da Gama (1534 - 1538)
- Pedro de Faria (1539 - 1542)
- Rui Vaz Pereira Marramoque (1543 - 1544)
- Simão Botelho de Andrade (1544 - 1545)
- Garcia de Sá (1545) - Pemangku
- Simão de Melo (1545 - 1548)
- Pedro da Silva da Gama (1548 - 1552)
- Francisco Álvares (1552) -Pemangku
- Álvaro de Ataíde (1552 - 1554)
- António de Noronha (1554 - 1556)
- João Pereira (1556 - 1557)
- João de Mendonça (1557 - 1560)
- Francisco de Eça (1560 - 1564)
- Diogo de Meneses (1564 - 1567)
- Leonís Pereira (1567- 1570)
- Francisco da Costa (1570 - 1571)
- Antonio Moniz Barreto (1571 - 1573)
- Miguel de Castro (1573) - Pemangku
- Leonís Pereira (1573 - 1574)
- Tristão Vaz da Veiga (1574 - 1575)
- Miguel de Castro (1575 - 1577)
- Aires de Saldanha(1577 -1579)
- Pemangku (1579 - 1581)
- Joao da Gama (1581 - 1582)
- Roque de Melo (1582 - 1584)
- João da Silva (1584 -1587)
- João Ribeira Gaio (acting) (1587 - 1588)
- Nuno Velho Pereira (1588 - 15xx)
- Diogo Lôbo (15xx - 15xx)
- Pedro Lopes de Sousa (15xx - 1598)
- Francisco da Silva Meneses (1598) - Pemangku
- Martim Afonso de Melo (1598 -1599)
- Coutinho (1599) - Pemangku
- Fernão de Albuquerque (1599 - 1603)
- André Furtado de Mendonça (1603 -1606)
- Antonio de Meneses (1606 - 1607)
- Francisco Henriques (1610 - 1613)
- Gaspar Afonso de Melo (1613 - 1615)
- João Caiado de Gambôa (1615) - Pemangku
- Antonio Pinto da Fonseca (1615 - 1616)
- João da Silveira (1617)
- Lopes de Sousa (1617 - 1619)
- Filipe de Sousa (1619 - 1624)
- Luís de Melo (1624 - 1626)
- Gaspar de Mello Sampaio (1626 - 1634)
- Álvaro de Castro (1634 - 1635)
- Francisco de Sousa de Castro (1635 - 1636)
- Diogo Coutinho Doçem (1636 - 1638)
- Manuel de Sousa Coutinho (1638 - 14-01-1641)
Captain-Generals
- António Pinto da Fonseca (1616 - 1635)
- Diogo Coutinho Doçem (1636 - 1639)
- Manuel de Sousa Coutinho (1639 – 1640)
- Luís Martins de Sousa Chichorro (1640 - 14 Jan 1641)
Portugis membina Gereja St. Paul pada tahun 1521 pembinaannya diketuai oleh Kapten Duarte Coelho, gereja ini sentiasa dilawati oleh St Francis Xavier. Gereja ini dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".

PENAKLUKAN DAN PEMERINTAHAN BELANDA (NETHERLANDS)
Tekanan berterusan oleh angkatan perang Belanda ke atas Portugis di Melaka membawa kejayaan apabila Belanda berjaya menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari 1641 dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.
Dalam masa pemerintahan Belanda Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapitan China Lee Wei King dan merupakan tokong Cinayang tertua di Semenanjung Tanah Melayu.
"Daerah Naning yang terletak di sempadan Melaka dengan Negeri Sembilan dibuka oleh Dato' Perpatih Pinang Sebatang dari Pagar Ruyung. Naning terus berkembang dan kuat diketuai oleh Dato' Penghulu Naning. Naning kaya dengan hasil bijih timah dan padi. Semasa pemerintahan Portugis (1511-1641) Naning kerap menyerang Portugis tetapi gagal. Begitu juga semasa zaman Belanda, Naning tetap menjadi ancaman. Pada tahun 1643 perjanjian antara Naning dengan belanda dimana Naning perlu membayar cukai 1/10 hasilnya. Mengikut sejarah, Penghulu Naning ini bernaung di bawah Kerajaan Johor. Hasil satu perjanjian antara Johor dengan Belanda, Naning diserahkan kepada Belanda dan Penghulu Naning diberi beberapa authoriti mentadbir Naning. Pada 1799 Penghulu Naning Dato' Anjak meninggal dan digantikan oleh Dato' Abdul Said (lebih dikenali sebagai Dol Said)"

Pemerintahan Belanda juga tidak tenang, di antara tahun 1645 - 1670 berlaku peperangan yang berlarutan antara Belanda dengan Naning sehingga wujudnya perjanjian damai pada tahun 1746. Penghulu Naning mendapat kuasa autonomi mentadbir daerah Naning yang berpusat di Taboh.
Pada tahun 1650 Belanda membina Stadhuys sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka. Pada 1710 pula Gereja St Peter dibina dan merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka. pada 1753, gereja Christ pula dibina.

Pada tahun 1756, Bugis menyerang Melaka dipimpin oleh Daeng Kemboja diikuti oleh serangan pimpinan Raja Haji pada tahun 1784, dimana Bugis tewas dan raja Haji terbunuh di Teluk Ketapang.
Gabenor Belanda sepanjang tempoh dari 1641 hingga 1795 ialah:
Gereja St Paul

Makam Dol Said

Gereja St Peter
Pada tahun 1756, Bugis menyerang Melaka dipimpin oleh Daeng Kemboja diikuti oleh serangan pimpinan Raja Haji pada tahun 1784, dimana Bugis tewas dan raja Haji terbunuh di Teluk Ketapang.
Gabenor Belanda sepanjang tempoh dari 1641 hingga 1795 ialah:
- Jan van Twist (1641 - 1642)
- Jeremais van Vliet (1642 - 1645)
- Arnout de Vlamingh van Oudtshoon (1645 - 1645)
- Jan Thyszoon Payart (1646 - 1662)
- Jan Anthonie van Riebeeck (1662 - 1665
- Balthasar Bort (1665 - 1679)
- Jacob Joriszoon Pits (1679 - 1680)
- Cornelis van Quaelberg (1680 - 1684)
- Nikolaas Schaghen (1684 - 1686)
- Dirk Komans (1686) - Pemangku
- Thomas Slicher (1686 - 1691)
- Dirk Komans (1691 - 1692)
- Gelmer Vosberg (1692 - 1697)
- Goevert van Hoorn (1697 - 1700)
- Bernhar d Phoonsen (1700 - 1704)
- Johan Grotenhuys (1704 - 1704)
- Karel Bolner (1704 - 1707)
- Pieter Rooselaar (1707 - 1709)
- Willem Six (1709 - 1711)
- Willem Moerman (1711- 1717)
- Herman van Suchtelen (1717 - 1726)
- Johan Frederik Gobius (1726 - 1730)
- Pieter Rochus Pasques de Chavonnes (1730 - 1735)
- Rogier de Lavez (1735 - 1741)
- Willem Bernhard Albinus (1741 - 1748)
- Pieter van Heemskerk (1748 - 1753)
- Willem Dekker (1753 - 1758)
- David Boelen (1758 - 1764)
- Thomas Schippers (1764 - 1771)
- Jan Crans (1771 - 1775)
- Pieter Gerardus de Bruijn (1775 - 1788)
- Abraham Couperus (1788 - 1 Dis 1795)
Presidents and Directors (of the Dutch East India Company)
- Minne Williemsson Kaartokoe (14 Jan 1641 - 1 Feb 1641) - Dutch Commander of Land and Naval Forces.
- Johan "Jan" van Twist (1 Feb 1641 – 15 Dec 1642).
- Justus Schouten (commissary) (Sep 1641) - Pemangku
- Jeremias van Vliet (15 Dec 1642 – 6 Nov 1645)
- Arnold de Vlaming van Oudshoorn (6 Nov 1645 – 24 Nov 1646) - Pemangku
- Jan Thijszoon Payaart (24 Nov 1646 – 1 Nov 1662)
- Jan Anthoniszoon van Riebeeck (1 Nov 1662 – 16 Oct 1665) - Commander
- Balthasar Bort (16 Oct 1665 – 6 Aug 1668)
Governors and Directors
- Balthasar Bort (6 Aug 1668 - 10 Oct 1679).
- Jacob Joriszoon Pits (10 Oct 1679 – 23 Dec 1680).
- Cornelis van Quaalberg (23 Dec 1680 – 1 Dec 1684).
- Nicolaas Schaghen (Schagen) (1 Dec 1684 - 5 Jan 1686).
- François Tack (27 Oct 1685 - 5 Jan 1686) - died on the way to take over duty.
- Dirk Coomans (5 Jan 1686 - 26 Nov 1686) - Pemangku
- Thomas Slicher (26 Nov 1686 – 18 Oct 1691)
- Dirk Coomans (18 Oct 1691 – 1 Oct 1692)
- Gelmer Vosburgh (1 Oct 1692 – 1 Jan 1697)
- Govert van Hoorn (1 Jan 1697 - 24 Nov 1700)
- Bernhard Phoonsen (24 Nov 1700 - 18 Jan 1704)
- Johan Grootenhuys18 (Jan 1704 - 22 May 1704) - Pemangku
- Karel Bolner (22 May 1704 - 7 Mar 1707)
- Pieter Rooselaar (7 Mar 1707 - 16 Dec 1709)
- Willem Six (Sicx) (16 Dec 1709 - 21 May 1711)
- Willem Moerman (21 May 1711 - 11 May 1717)
- Hermanus van Suchtelen (Sugtelen) (1717 - 1727)
- P. du Quesne (1727) - Pemangku.
- Johan Frederik Gobius (1 Aug 1727 - 13 Oct 1730)
- Pieter Rochus Pasques de Chavonnes (1731 - 1736)
- Rogier de Laver (6 Jul 1736 - 23 Aug 1743).
- Willem Bernard Albinus (23 Aug 1743 - 17 Oct 1749)
- Pieter van Heemskerk (17 Oct 1749 - 10 Aug 1753)
- Willem Dekker (19 Sep 1753 - 26 Sep 1758)
- David Boelen (26 Sep 1758 - 11 May 1764)
- Thomas Schippers (11 May 1764 - 11 Jul 1772)
- Jan Crans (11 Jul 1772 - 12 Apr 1776b. 1733)
- Pierre Jean Louis de Filliettaz (12 Apr 1776 - 20 Apr 1776)
- Pieter Gerardus de Bruijn (Bruyn) (23 Apr 1776 - 22 Apr 1788)
- Abraham Couperus (22 Apr 1788 - 17 Aug 1795)
Semasa berlaku peperangan Kempen Napoleon di Eropah, Belanda menghadapi masalah dan menyerahkan sementara pentadbiran Melaka kepada British East Hindia Company (sehingga 1818). Dalam tempoh ini gabenor British William Farquhar telah memusnahkan A Famosa sehingga dihalang oleh Stamford Raffles pada tahun 1808. Pada tahun 1808 juga Melaka telah dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.
Semasa pentadbiran Inggeris, kuasa Penghulu Naning dikurangi oleh Inggeris khususnya berkaitan dengan kuasa hukuman jenayah, manakala kadar cukai 10% hasil dikekalkan sebagaimana yang diamalkan oleh Belanda sebelum ini.
Penasihat Inggeris sepanjang tempoh pentadbiran Inggeris ke atas Melaka dari 1795 - 1808 ialah:
British Residents
- Archibald Brown (17 Aug 1795 - Dec 1795)
- Thomas Parr (Dec 1795 - 1796)
- Richard Tolson (1796 - 1797)
- David Campbell (1797 - 1798)
- Aldwell William Taylor (1798 - 12 Jul 1803)
British Residents
- William Farquhar (12 Jul 1803 - 20 Sep 1818)
- John Macalister (1814 - 1818) - Pemangku
William Farquhar
Tempoh pentadbiran Belanda untuk kali kedua hanya selama 5 tahun lebih tidak melibatkan banyak aktiviti. Kuasa Penghulu Naning dikembalikan seperti sebelum pentadbiran Inggeris.
- Jan Samuel Timmerman Thijssen (21 Sep 1818 - 14 Jan 1823)
- Adriaan Joostsz. Koek (14 Jan 1823 - 1823) - Pemangku
- Hendrik Stephanus van Son (1823 - 9 Apr 1825)
Pada tahun 1824 Perjanjian Anglo-Dutch ditandatangani dan sejarah pecah perintah di Asia Tenggara telah berlaku. Semua jajahan Belanda dari garisan Singapura ke utara diserahkan kepada Inggeris, manakala jajahan Belanda di selatan garisan Singapura diserahkan kepada Belanda. Ini melibatkan pertukaran jajahan Inggeris di Bangkahulu, Sumatera dengan jajahan belanda di Melaka. Bermula dari tarikh ini, Inggeris mula menguasai negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam perjanjian ini, negeri yang paling rugi ialah Johor. Pada masa itu wilayah kesultanan Johor-Riau meliputi wilayah Johor, Singapura, Kepulaian Riau, Lingga, dan Siak di Sumatera. Kesultanan Johor terbahagi dua; sebelah Inggeris Sultan Hussein Shah manakala sebelah Belanda ialah Sultan Abdul Rahman. Kesultanan Lingga ditamatkan oleh pihak Belanda pada tahun 1911.

PEMERINTAHAN BRITISH
Satu Perjanjian antara British-Belanda (juga disebut London Treaty) dibuat untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia). Pada tahun 1826 Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat (Straits of Settlement).
Pada 1867 Negeri-negeri Selat diiktiraf menjadi tanah jajahan British dan ditadbir terus dari London. Sebelum ini Melaka ditadbir melalui Gabenor General di India. Pada 1895 penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.

Senarai British Councillor mengambil-alih Melaka mengikut London Treaty pada tahun 1825 sehingga penaklukan Jepun ialah:

British Resident Councillors
- Walter Sewell Cracroft (9 Apr 1825 - 1825) - Pemangku
- John James Erskine (1825) - Pemangku
- Thomas Dolman Lloyd-Davies (1825 - 1826)
- Edward Presgrave (1826) - Pemangku
- Robert Ibbetson (1826) - Pemangku
- William Gordon Mackenzie (1826) - Pemangku
- Samuel Garling (1 Aug 1826 - 31 Jul 1841)
- Edward Presgrave (1829 - 1830) - Pemangku
- Kenneth Murchison (183x - 183x) - Pemangku
- William Thomas Lewis (6 Dec 1838 - 1841) - Pemangku
- James William Salmond (31 Jul 1841 - Nov 1846)
- Thomas Church (184x - 184x) - Pemangku
- William Thomas Lewis (1843 - 1844) - Pemangku
- Charles Hugh Lushington (1845 - 1846) - Pemangku
- William Thomas Lewis (25 Nov 1846 - 1848) - Pemangku
- Edmund Augustus Blundell (30 May 1848 - 1849)
- Ilay Ferrier (1849 - 24 Jul 1854)
- Charles William Francis Whish (1854) - Pemangku
- William Thomas Lewis (1854 - 1855)
- Henry Stuart Man (1855 - 1857)
- William Willans Willans (1856 - 185x) - Pemangku
- Ronald MacPherson (1858 - 1860)
- James Jackson (1858 - 1859) - Pemangku
- Frederick Lyon Playfair (18 Mar 1859 - 13 Jul 1859) - Pemangku
- James Burn (8 Oct 1860 - May 1863)
- Frederick Lyon Playfair (5 Aug 1863 - 1864)
- James Burn (Dec 1864 - 1867)
- Frederick Lyon Playfair (1867 - 8 Mar 1869)
Lieutenant-Governors
- William Wellington Cairns (2 Sep 1867 - 1869)
- Edward Wingfield Shaw (8 Mar 1869 - 24 May 1879)
- Robert Theodore Farringdon Stammers (1874 - 1875) - Pemangku
- Charles Bushe Plunket (1875 - 1876) - Pemangku
- Charles Edward Squirl (1879 - May 1880) - Pemangku
Resident Councillors
- Charles John Irving (1880 - 9 Feb 1881)
- Dudley Francis Amelius Hervey (9 Feb 1881 - 1895).
- Edwin Empson Isemonger (26 Apr 1886 - 1 Nov 1887) & (18 May 1891 - 5 May 1892)- Pemangku
- Edward Marsh Merewether (21 Sep 1893 - 20 Nov 1893) - Pemangku
- Charles Walter Sneyd-Kynnersley (7 Dec 1893 - 1 Jan 1895) - Pemangku
- Charles Walter Sneyd-Kynnersley (1 Jan 1895 - 10 Mar 1899)
- Edward Charles Hepworth Hill (17 Apr 1895 - 6 Feb 1896) - Pemangku
- Edward Marsh Merewether (1897 - 1898) - Pemangku
- Sir Walter Egerton (30 Mar 1898 - 25 Nov 1898) - Pemangku
- Sir Walter Egerton (10 Mar 1899 - 11 Apr 1900)
- Robert Norman Bland (22 Apr 1900 - 10 Sep 1900) - Pemangku
- Edward Marsh Merewether (12 Sep 1900 - 1901) - Pemangku
- James Kortright Birch (1901 - 1904)
- Robert Norman Bland (26 Nov 1901 - 13 Jun 1903) - Pemangku
- Robert Norman Bland (15 Oct 1903 - 1 Jan 1905) - Pemangku
- Frederick Gordon Penney (1904 - 1905)
- Robert Norman Bland (1 Jan 1905 - 13 Mar 1906)
- William Evans (15 Mar 1906 - 8 Feb 1910)
- Harold William Firmstone (14 Mar 1908 - 8 May 1908) & (29 May 1908 - 3 Jul 1908)- Pemangku
- Ralph Scott (14 Feb 1909 - 25 Jul 1910) - Pemangku
British Residents
- Littleton Edward Pipe-Wolferstan (25 Jul 1910 - 5 Jan 1921)
- Hayes Marriott (24 May 1911 - 22 Jan 1912) - Pemangku
- Walter Cecil Michell (15 Jun 1914 - 24 Dec 1915) - Pemangku
- Bernard Nunn (26 Jul 1918 - 27 Aug 1918) & (5 Mar 1919 - 21 Jun 1919)- Pemangku
- Ralph Scott (15 Mar 1920 - 5 Jan 1921) - Pemangku
Resident Councillors
- Littleton Edward Pipe-Wolferstan (5 Jan 1921 - 1922)
- William Langham-Carter (15 Mar 1922 - 9 Apr 1925)
- John Vivian Gottlieb Mills (Dec 1923) - Pemangku
- Ralph Scott (11 Apr 1925 - 9 May 1926)
- Norman David Mudie (9 May 1926 - Jun 1926)- Pemangku
- Meadows Frost (9 Jun 1926 - 25 Mar 1927)
- Reginald Crichton (Mar 1927 - Nov 1927) - Pemangku
- Charles Francis Joseph Green (3 Apr 1928 - 15 Nov 1928) - Pemangku
- Bertram Walter Elles (16 Nov 1928 - 6 Apr 1930)
- Cecil Harry George Clarke (6 Apr 1930 - 10 Apr 1930) - Pemangku
- Bryan Stagg Walton (21 Mar 1930 - 1930) - Pemangku
- William Milnes Millington (2 May 1931 - 9 Jan 1932) - Pemangku
- Cecil Harry George Clarke (10 Jan 1932 - 30 Mar 1933)
- Norman Kerr Bain (1933 - 19 Aug 1933) - Pemangku
- William Milnes Millington (24 Aug 1933 - 1934)
- James Startin Wills Arthur (20 Feb 1934 - 21 Nov 1934)
- George William Bryant (23 Nov 1935 - 6 Nov 1936)
- George Rognvald Sykes (6 Nov 1936 - 22 May 1937) - Pemangku
- Edward Victor Grace Day (22 May 1937 - 10 Oct 1937) - Pemangku
- George William Bryant (10 Oct 1937 - 20 Oct 1939)
- William Sydenham Ebden (20 Oct 1939 - 6 Dec 1940) - Pemangku
- William Cecil Taylor (Dec 1940 - 1941) - Pemangku
- George William Bryant (Jan 1941 - 12 Jan 1942)
- Arthur Vincent Aston (12 Jan 1942 - 15 Jan 1942) - Pemangku (Japanese prisoner 15 Jan 1942 - Aug 1945)
Pada tahun 1942, Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun maka Melaka turut ditadbir oleh Jepun sehingga menyerah pada tahun 1945.
Nama Gabenor Jepun (Setiausaha Pentadbiran Negeri) di Melaka ialah:
Japanese Secretaries of the State Administration
- Maj Gen Yoshihiko Ōsone (13 Jan 1942 - 18 Feb 1942)
- Lt Col Asaichirō Kurita (18 Feb 1942 - 7 Mar 1942)
- Ken Tsurumi (7 Mar 1942 - 5 May 1944)
- Hideo Hosoi (5 May 1944 - 10 Feb 1945)
- Kinukawa Takeo (12 Feb 1945 - Sep 1945)
Setelah British kembali mengambil semula negeri-negeri Tanah Melayu dari Jepun, Melaka menyertai pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 dan kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan seterusnya mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 30 Ogos 1957. Selepas penyerahan Jepun sehingga gelaran penasihat Inggeris ditukar menjadi Resident Commissioner:
British Military Governors
- George Ross Ormiston (19 Sep 1945 - 1945)
- Harold Arthur Lee Luckham (1945 - 1946) - Pemangku
Resident Commissioners
- James Calder (Sep 1945 - 31 Mar 1946) - Pemangku (Senuor Civil Affairs Officer)
- Edward Victor Grace Day (1946 - Nov 1947)
- John Falconer (24 Nov 1947 - 7 Mar 1949)
- William Cecil Taylor (1949) - Pemangku
- George Evans Cameron Wisdom (25 Oct 1949 - 1954).
- Jonathan Edgar Meredith Cave (20 Dec 1950 - 9 Jan 1951) & (20 Dec 1951 - 6 Jan 1952)- Pemangku
- Harold George Hammett (18 Apr 1952 - 21 Oct 1952) - Pemangku
- Harold George Hammett (21 Apr 1954 - 31 Aug 1957)
- Fulwar Rupert Caven Fowle (28 Aug 1954 - 15 Sep 1954) - Pemangku
- Maurice John Hayward (25 Sep 1956 - Feb 1957) - Pemangku
- Albert William Nicholson (1957) - Pemangku
SELEPAS KEMERDEKAAN
Pada 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan Melaka adalah sebahagian darinya. Seterusnya menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 di mana Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia bersama Singapura, Sabah dan Sarawak.
GABENOR/YANG DI PERTUA NEGERI MELAKA

- Tun Leong Yew Koh (31 Ogos 1957 - 31 Ogos 1959).
- Tun Abdul Malik bin Yusuf (31 Ogos 1959 - 31 Ogos 1971)
- Tun Hj Abdul Aziz bin Abdul Majid (31 Ogos 1971 - 23 Mei 1975)
- Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hasan (23 Mei 1975 - 04 Dis 1984)
- Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin (04 Dis 1984 - 04 Jun 2004)
- Tun Datuk Seri Utama Mohammad Khalil bin Yaakob (04 Jun 2004 - 04 Jun 2020).
- Tun Setia (Dr) Mohd Ali bin Rustam (04 Jun 2020 - kini)
KETUA MENTERI MELAKA
- Datuk Kurnia Jasa Othman bin Talib (31 Ogos 1957 - 01 Jun 1959)
- Encik Abdul Ghafar bin Baba (01 Jun 1959 - 06 Okt 1967) - kemudian menjadi Timbalan PM Malaysia dari 1987 hingga 1993 dan mendapat gelaran Tun.
- Datuk Haji Talib bin Karim (06 Okt 1967 - 01 Ogos 1972)
- Datuk Setia Haji Abdul Ghani bin Ali (01 Ogos 1972 - 01 Jul 1978).
- Datuk Seri Mohd Adib bin Haji Mohd Adam (01 Jul 1978 - 22 Apr 1982)
- Tan Sri Abd Rahim bin Datuk Tamby Chik (22 Apr 1982 - 17 Jul 1994).
- Datuk Seri Mohd Zin bin Abdul Ghani (pemangku hingga 2 Dis 1994) (2 Dis 1994 - 15 Mei 1997).
- Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin (22 Mei 1997 - 02 Dis 1999)
- Datuk Seri Mohamed Ali bin Rustam (02-12-1999 - 7 Mei 2013) - kemudian menjadi YDP Negeri Melaka dari Jun 2020 hingga kini dan mendapat gelaran Tun.
- Datuk Idris bin Harun (7 Mei 2013 - 9 Mei 2018)
- Tuan Haji Adly bin Zahari (11 Mei 2018 - 9 Mac 2020)
- Datuk Seri Sulaiman bin Md Ali (9 Mac 2020 - 30 Mac 2023)
- Datuk Seri Abdul Rauf bin Yusoh (31 Mac 2023 - kini)
DAERAH
(1) Melaka Utara (pusat pentadbiran: Alor Gajah)
(2) Melaka Tengah Melaka (pusat pentadbiran: Bandaraya Melaka)
(3) Melaka Selatan (pusat pentadbiran: Jasin)
DAERAH KECIL
(1) Masjid Tanah (dalam daerah Melaka Utara)
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Majlis Bandaraya
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
- Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
- Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
-tiada
Lapangan Terbang Antarabangsa
-tiada
Pelabuhan Domestik
Pelabuhan Melaka
Lapangan Terbang Domestik
Lapangan Terbang Batu Berendam
Destinasi Pelancungan/Rekreasi
- Water World D' Famosa, Naning
- Kota Melaka "A Famosa"
- Pantai Tanjung Keling
- Pantai Tanjung Bidara
- Kampung Morten dan Sungai Melaka
- Kampung Portugis
- Muzium-muzium Melaka
- Kem Terendak
- Kem Sungai Udang
- Kem Masjid Tanah (DPP)
- Kem Bukit Beruang (AW)
- Kem Asahan (Lapang Sasar)
Institusi Pengajian Tinggi
- Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi MARA (Kampus Melaka)
- Universiti Multimedia Malaysia (Kampus Melaka)
- UniKL (Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology)
- Kolej Universiti Antarabangsa Islam Melaka
- Universiti Multi Media Malaysia Kampus Melaka
- Kolej Perubatan Manipal-Melaka
- Politeknik Kota Melaka
- Politeknik Merlimau
- Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun
GABENOR & YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA
TYT Tun Setia (Dr) Mohammad Ali bin Rustam
MANTAN YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA
GAMBAR-GAMBAR MANTAN YDPN MELAKA BOLEH DILIHAT DI BAWAH TAJUK
MTA 005 : YANG DIPERTUA NEGERI
KETUA MENTERI MELAKA
DARTUK SERI ABDUL RAUF BIN YUSOH
Datuk Seri Haji Sulaiman bin Md Ali
(9 MAC 2020 - 2023)
Tuan Adly bin Zahari
(MEI 2018 - 2020)
Datuk Seri Idris bin Harun
(7 Mei 2013 - MEI 2018)
Datuk Seri Haji Mohammad Ali bin Rustam
(1999 - 6 Mei 2013)
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin
(1997 - 1999)
Datuk Seri Mohd Zain bin Abd Ghani (1994 - 1997)
Tan Sri Abd Rahim bin Tamby Chik (1982 - 1994)
Datuk Seri Mohd Adib bin Adam (1978 - 1982)
Datuk Hj Abd Talib bin Karim (1967 - 1972)
Encik Abdul Ghafar bin Baba (1959 - 1967)
Datuk Kurnia Jasa Othman bin Talib (1956 - 1959
No comments:
Post a Comment