Monday, February 2, 2015

M 009 SENARAI KEKANANAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI

.


Senarai Kekananan
DKBP

"DKBP" bermaksud 'Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat'. Selalu orang bertanya atau tertanya-tanya, mana lebih tinggi (dari segi segi kedudukan dan kekananan) antara pingat-pingat yang dikurniakan oleh Yang Di Pertuan Agong (Persekutuan) dengan anugerah Ketua Negeri (Sultan/Raja/YDP Besar/YDP Negeri).  Ada juga orang ingin tahu mana lebih kanan antara Dato' atau Datuk, Dato' Seri dengan Dato'. Dato' Seri dengan Tan Sri, mana lebih kanan antara Dato' Selangor dengan Dato' Perlis atau Datuk Pulau Pinang? Mana lebih kanan antara PJK kurniaan Sultan Kedah dengan PJK kurniaan Raja Perlis dan sebagainya.  Dato'/Datuk pula ada pelbagai macam gelaran, ada Dato' Seri, ada Dato' Sri, ada Dato' Seri Panglima, ada Dato' Seri DiRaja, Dato' Seri Setia, Dato' Seri Utama, Dato' Paduka, Dato' Wira, Dato' Patinggi, Dato' Amar, Dato' Paduka Seri, Dato' Pahlawan, Datin Paduka dan sebagainya.


Dari pengetahuan saya, perbezaan antara ejaan Dato' dengan Datuk adalah tertakluk kepada siapa yang memberikan anugerah tersebut.  Kalau anugerah diterima dari Yang DiPertuan Agong (Persekutuan dan Wilayah Persekutuan) atau Yang DiPertua Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) maka menggunakan ejaan 'Datuk'.  Kalau bintang bergelar dianugerahi oleh DYMM Raja-Raja Melayu di negeri beraja, ia menggunakan ejaan Dato'. Tapi kalau baca akhbar Utusan Malaysia, semuanya ditulis Datuk.

Sama macam signboard yang kita baca, dalam satu kawasan ada yang tulis Datok Keramat, ada Dato' Keramat, ada Datuk Keramat.....

Untuk negeri-negeri Johor dan Sarawak, penerima anugerah Dato'/Datuk dari kalangan wanita akan bergelar 'Datin Paduka', manakala penerima wanita dari Negeri Selangor akan bergelar 'Datin Paduka Seri/Datin Paduka'.  Lain-lain pelbagai gelaran Dato'/Datuk bolehlah melihat dalam susunan yang bakal saya senaraikan di bawah.

Maklumat di sini tidak mengambil kira gelaran atau anugerah yang diberikan oleh Kesultanan asing seperti  Negara Brunei Darussalamatau mana-mana Kerajaan yang tidak diiktiraf seperti Sultan Sulu, Sultan Mindanao dan sebagainya. 

Kalau dalam tatacara pemakaian TENTERA, senarai kekanananan ini amat penting dan ia dipraktikkan dengan menyusun pingat-pingat yang diletak di atas poket kirinya. Kalau seseorang 'Jeneral' contohnya, pingat yang tertinggi yang diterima ialah Panglima Mangku Negara (PMN) - Tan Sri, maka kedudukan pingat tersebut ialah di barisan paling atas dan paling kanan.  Biasanya pingat yang paling rendah ialah Pingat Perkhidmatan Am (PPA) di baris paling bawah di kiri sekali. Pingat-pingat yang disusun selepas PPA ini ialah pingat-pingat sempena Hari Pertabalan YDP Agong atau Raja-raja Melayu dan yang terakhir ialah Pingat Perkhidmatan di bawah panji-panji PBB di luar negara.

Ramai orang tidak tahu bahawa kedudukan pingat  kepahlawanan 'Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)' dalam senarai kekananan pingat.  Pingat SP menduduki taraf yang tertinggi dalam senarai anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran, kepahlawanan, perkhidmatan dan kebaktian.  SP mengatasi segala pingat dan darjah kebesaran termasuk Darjah Kerabat DiRaja (DK) dan Darjah Kebesaran lain seperti Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dan Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun. 

Senarai susunan kekananan ini disediakan oleh Bahagian Istiadat dan Persidangan Antarabangsa, JPM. 



Bil No. 1- Seri Pahlawan Gagah Perkasa



Mendiang Temenggung Datuk Kanang anak Langkau SP PGBK PGB
(satu-satunya insan yang menerima kedua-dua pingat keperwiraan dan keberanian negara SP dan PGB)

Berikut adalah susunan kekananan darjah dan pingat kebesaran (honours and awards) yang meliputi darjah/pingat Persekutuan, Negeri dan Kepahlawanan ATM dan PDRM. Susunan kekananan ini digunapakai sewaktu DYMM Sultan Kedah bersemayam di atas tahta YDP Agong ke 5 (13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016):
  1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) - Persekutuan (dizahirkan pada 29 Jul 1960)
  2. Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) -  Persekutuan (6 Ogos 1958) - penerima bergelar Tun (isteri: Toh Puan)
  3. Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) -  Persekutuan (15 Apr 1966) -  penerima bergelar Tun (isteri: Toh Puan)
  4. Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) - DKATM (1983) 
  5. Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) - DKPDRM (1993)
  6. Darjah Bakti (DB) -  Persekutuan (16 Jun 1975)
  7. Panglima Mangku Negara (PMN) -  Persekutuan (16 Ogos 1958)  penerima bergelar Tan Sri (isteri: Puan Sri)
  8. Panglima Setia Mahkota (PSM) -  Persekutuan (15 Apr 1966)   penerima bergelar Tan Sri (isteri: Puan Sri)
  9. Panglima Jasa Negara (PJN) -  Persekutuan (1 Jun 1995) -   penerima bergelar Datuk
  10. Panglima Setia DiRaja (PSD) -  Persekutuan (3 Sep 1965)  -   penerima bergelar Datuk
  11. Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SHMS) - Kedah (2010) - penerima bergelar Dato' Seri DiRaja.
  12. Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) - Kedah (29 Feb 1964) -   penerima bergelar Dato' Seri
  13. Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) - Kedah (21 Sep 1973) -   penerima bergelar Dato' Seri
  14. Dato' Paduka Seri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) - Kedah (15 Jul 1983) -   penerima bergelar  Dato' Paduka
  15. Darjah Sri DiRaja Sultan Ahmad Shah (SDSA) (24 Okt 2010) - penerima bergelar Dato' Sri DiRaja
  16. Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Pahang (24 Okt 1977) -   penerima bergelar Dato' Sri
  17. Sri Indra Mahkota Pahang (SIMP) - Pahang (25 Mei 1977) -   penerima bergelar Dato'
  18. Seri Paduka Mahkota Kelantan (al Muhammadi I) (SPMK) - Kelantan (1916) -  penerima bergelar Dato'
  19. Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) - Kelantan (1925) -   penerima bergelar Dato'
  20. Seri Paduka Kesatria Mahkota Kelantan (SPKK) - Kelantan (1967) -   penerima bergelar Dato'
  21. Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) - Kelantan (1967) -   penerima bergelar Dato'
  22. Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Johor (1886) -   penerima bergelar Dato'
  23. Seri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) - Johor (28 Okt 1974) -   penerima bergelar Dato'
  24. Seri Paduka Sultan Azlan Shah (SPSA) - Perak (19 Apr 2000) -   penerima bergelar Dato' Seri DiRaja
  25. Dato' Seri  Azlanii (DSA) - Perak (kurniaan khas 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah (2009) -   penerima bergelar Dato' Seri
  26. Seri Panglima Cura SiManja Kini (SPCM) - Perak (15 Sep 1969) -   penerima bergelar Dato' Seri
  27. Seri Panglima Taming Sari (SPTS) - Perak (1977) -   penerima bergelar Dato' Seri Panglima
  28. Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) - Perak (12 Dis 1957) -   penerima bergelar Dato' Seri
  29. Dato' Bendahara Seri Jamalullail (DBSJ) - Perlis (2007) -   penerima bergelar Dato' Seri DiRaja
  30. Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SSSJ) -   penerima bergelar Perlis (22 Jun 1995)
  31. Setia Paduka Tuanku Syed Putra (SPSJ) - Perlis (22 Jun 1995) -   penerima bergelar Dato' Setia DiRaja
  32. Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) - Perlis (21 Sep 1965) -   penerima bergelar Dato' Seri
  33. Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - Selangor (1961) - Dato' Seri/Datin Paduka Seri (wanita)
  34. Seri Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) - Selangor -  penerima bergelar Dato' Seri/Datin Paduka Seri
  35. Seri Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) - Selangor (2002) -   penerima bergelar Dato' Setia/Dato' Paduka Setia (w)
  36. Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) - NS (1978) -   penerima bergelar Dato' Seri Utama (asalnya Seri Paduka Mahkota NS (SPNS)
  37. Seri Setia Tuanku Muhriz (SSTM) - NS (2009) -   penerima bergelar Dato' Seri (15 Jan 2009)
  38. Seri Setia Negeri Sembilan (SSNS) - NS (2015) - penerima bergelar Dato' Seri (15 Jan 2015)
  39. Seri Paduka Tuanku Jaafar (SPTJ) - NS (1984) -   penerima bergelar Dato' Seri
  40. Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (SUMZ) - Terengganu (18 Jun 2000) -   penerima bergelar Dato' Seri
  41. Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) - Terengganu (18 Jun 2000) -   penerima bergelar Dato' Seri
  42. Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) - Terengganu (1974 - 1998)
  43. Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT) - Terengganu (19 Jun 1962) -   penerima bergelar Dato'
  44. Satria Bintang Sarawak (SBS) - Sarawak (2003) -   penerima bergelar Pehin Sri
  45. Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) - Sarawak (26 Jun 1973) -   penerima bergelar Datuk Patinggi
  46. Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) - Sarawak (26 Jun 1973) -   penerima bergelar Datuk Amar
  47. Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Sarawak (10 Jun 1964) -   penerima bergelar Datuk Sri
  48. Darjah Yang Utama Pangkuan Negeri (DUPN) - PP (1 Ogos 1967) -   penerima bergelar Datuk Seri Utama
  49. Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) - PP (2003) -   penerima bergelar Datuk Seri
  50. Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) - PP (1996) -   penerima bergelar Datuk Seri
  51. Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Sabah (25 Sep 1970) -   penerima bergelar Datuk Seri Panglima
  52. Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) - Melaka (1 Jun 1978) -   penerima bergelar Datuk Seri Utama
  53. Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Melaka (1 Jun 1978) -   penerima bergelar Datuk Seri
  54. Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Melaka (1 Jun 1978) -   penerima bergelar Datuk Wira
  55. Seri Mahkota Wilayah (SMW) - WP (1 Feb 2007) -   penerima bergelar Datuk Seri
  56. Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - DKATM (1983)
  57. Panglima Setia Pasukan polis (PSPP)  - DKPDRM (1993)
  58. Darjah Gemilang Mahkota Kedah (DGMK) - Kedah (2000) -   penerima bergelar Dato'
  59. Dato' Paduka Mahkota Kedah (DPMK) - Kedah (29 Feb 64)  - penerima bergelar Dato' 
  60. Dato Setia DiRaja Kedah (DSDK) - Kedah (21 Jan 73)  - penerima bergelar Dato' 
  61. Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Pahang (24 Okt 77)  - penerima bergelar Dato' 
  62. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Pahang (25 Mei 67)  - penerima bergelar Dato' 
  63. Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (PYGP) - Kelantan (1919)
  64. Dato' Paduka Mahkota Kelantan (DPMK) - Kelantan (1916)  - penerima bergelar Dato' 
  65. Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) - Kelantan (1925)  - penerima bergelar Dato' 
  66. Dato' Paduka Kesatria Mahkota Kelantan (DPKK) - Kelantan (30 Mac 88)  - penerima bergelar Dato' 
  67. Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) - Kelantan (1967)  - penerima bergelar Dato' Pahlawan
  68. Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) - Johor - Johor (31 Jul 1886)  - penerima bergelar Dato' /Datin Paduka
  69. Dato' Paduka Setia Sultan Ismail Johor (DSIJ) - Johor (28 Okt 74)  - penerima bergelar Dato' /Datin Paduka
  70. Dato' Paduka Cura SiManja Kini (DPCM) - Perak (15 Sep 57)  - penerima bergelar Dato' 
  71. Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Perak (12 Dis 57)  - penerima bergelar Dato' 
  72. Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) - Perak (1977) - penerima bergelar Dato' Pahlawan
  73. Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSSJ) - Perlis (22 Jun 95) - penerima bergelar Dato' Paduka
  74. Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DWSJ) - Perlis (22 Jun 95)  - penerima bergelar Dato' 
  75. Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) - Perlis (21 Sep 65)  - penerima bergelar Dato' 
  76. Dato' Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (DSPJ) - Perlis (1995)  - penerima bergelar Dato' 
  77. Dato' Panglima Syed Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) - Perlis (13 Mei 99)  - penerima bergelar Dato' 
  78. Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Selangor (1961)   - penerima bergelar   Dato'/Datin Paduka (wanita)
  79. Dato' Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) - Selangor (1985) - penerima bergelar Dato'/Datin Paduka
  80. Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) - Selangor (2002)  - penerima bergelar Dato'/Datin Paduka .
  81. Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) - Negeri Sembilan (1978) (dahulunya Dato Setia N. Sembilan (DSNS) sehingga 2009.  - penerima bergelar Dato' 
  82. Dato' Setia Tuanku Muhriz (DSTM) - N.Sembilan (2009)  - penerima bergelar Dato' 
  83. Dato' Paduka Tuanku Jaafar (DPTJ) - N.Sembilan (1989-2008)  - penerima bergelar Dato' 
  84. Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (DSMZ)   - penerima bergelar Dato' 
  85. Dato' Setia Sultan Mahmud Terengganu (DSMT) - Terengganu (1974 - 1998)  - penerima bergelar Dato' 
  86. Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) - Terengganu (19 Jun 62)  - penerima bergelar Dato' 
  87. Panglima Gemilng Bintang Kenyalang (PGBK) - Sarawak (4 Mei 70)   - penerima bergelar Datuk /Datin Paduka (wanita)
  88. Datuk (DJBS) - Sarawak  (4 Sep 97)- penerima bergelar Datuk. 
  89. Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) - Sarawak (2003) - penerima bergelar Datuk. 
  90. Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) - P.Pinang (1 Ogos 67) - penerima bergelar Datuk. 
  91. Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) - P.Pinang (1 Ogos 67)  - penerima bergelar Datuk. 
  92. Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Sabah (25 Sep 70) -  - penerima bergelar Datuk.
  93. Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Melaka (1 0gos 71) - penerima bergelar Datuk. 
  94. Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) (Okt 2013) - penerima membawa gelaran Datuk.
  95. Panglima Mahkota Wilayah (PMW) - WP (1 Feb 2007) - penerima bergelar Datuk. 
  96. Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) - DKATM (1983)
  97. Pahlawan Pasukan Polis (PPP)  - DKPDRM (1993)
  98. Johan Mangku Negara (JMN) - Persekutuan (1958)
  99. Johan Setia Mahkota (JSM) - Persekutuan (1966)
  100. Johan Setia DiRaja (JSD) - Persekutuan (1965)
  101. Pingat Perkasa Negeri Kedah (PPK) - Kedah (1953) 
  102. Pingat Setia Sultan Badlishah (PSB) - Kedah (1953)
  103. Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SMS) - Kedah (1973)
  104. Setia Mahkota Kedah (SMK) - Kedah (1964)
  105. Setia Diraja Kedah (SDK) - Kedah (1973)
  106. Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (SAP) - Pahang (1977)
  107. Setia Mahkota Pahang (SMP) - Pahang (1967)
  108. Paduka Mahkota Kelantan (PMK) - Kelantan (1916)
  109. Setia Jiwa Mahkota Kelantan (JMK) - Kelantan (1925)
  110. Paduka Kesatria Mahkota Kelantan (PKK) - Kelantan (1988)
  111. Paduka Setia Mahkota Kelantan (PSK) - Kelantan (1967)
  112. Setia Mahkota Johor (SMJ) - Johor (1886)
  113. Paduka Cura SiManja Kini (PCM) - Perak (1969)
  114. Paduka Mahkota Perak (PMP) - Perak (1957)
  115. Setia Mahkota Perlis (SMP) - Perlis (1965)
  116. Setia Syed Putra Jamalullail (SSP)  - Perlis 
  117. Setia Syed Sirajuddin Jamalullail (SSJ) - Perlis
  118. Setia Mahkota Selangor (SMS)  - Selangor (1961)
  119. Setia Sultan Salahuddin A.Aziz Shah (SSA)  - Selangor (1985)
  120. Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS)  - Selangor  (2002)
  121. Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) - N.Sembilan (1978)
  122. Setia Tuanku Muhriz (STM) - N.Sembilan (2009)
  123. Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZ) - Terengganu (2000)
  124. Setia Mahkota Terengganu (SMT) - Terengganu (1962)
  125. Johan Bintang Sarawak (JBS) - Sarawak (1970)
  126. Johan Bintang Kenyalang (JBK) - Sarawak (1973)
  127. Darjah Johan Negeri (DJN) - P.Pinang (1969)
  128. Bintang Cemerlang Negeri (BCN) - P.Pinang (1996)
  129. Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - Sabah (1970)
  130. Darjah Setia Melaka (DSM) - Melaka (1971)
  131. Johan Mahkota Wilayah (JMW) - WP (2007)
  132. Pegawai Bintang Sarawak (PBS) - Sarawak (1964)
  133. Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) - Sarawak (1970)
  134. Panglima Gagah Berani (PGB) - Persekutuan (29 Jul 1970)
  135. Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKATM (1983)
  136. Kesatria Pasukan Polis (KPP)  - DKPDRM (1993)
  137. Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan (1962)
  138. Kesatria Setia DiRaja (KSD) - Persekutuan (1993)
  139. Jasa perkasa Persekutuan (JPP) - Persekutuan (29 Jul 1960)
  140. Pingat Tentera Udara (PTU) - Persekutuan (17 Jul 1968)
  141. Bentara Angkatan Tentera (BAT) - DKATM (1983)
  142. Bentara Pasukan Polis (BPP)  - DKPDRM (1993)
  143. Ahli Mangku Negara (AMN) - Persekutuan (1958)
  144. Bentara Setia DiRaja (BSD) - Persekutuan (1965)
  145. Bintang Abdul Halim Muadzam Shah (BMS) - Kedah (1983)
  146. Ahli Mahkota Kedah (AMK) - Kedah (1973)
  147. Bintang Perkasa Negeri Kedah (BPK) - Kedah 
  148. Ahli Sultan Ahmad Shah Pahang (AAP) - Pahang (1985)
  149. Ahli Mahkota Pahang (AMP) - Pahang (1967)
  150. Bentara Setia Mahkota Kelantan (BSK) - Kelantan (1967)
  151. Ahli Setia Mahkota Kelantan (ASK) - Kelantan (1967)
  152. Setia Mahkota Kelantan (SMK) - Kelantan (1916)
  153. Pingat Besi Kerana Keberanian dan Jasa Pangkat Pertama (PB I) - Johor (1958)
  154. Pingat Besi Kerana Keberanian dan Jasa Pangkat Kedua (PB II) - Johor (1958)
  155. Ahli Cura SiManja Kini (ACM) - Perak (1989)
  156. Ahli Mahkota Perak (AMP) - Perak (1957)
  157. Pingat Keberanian Handal (PKH) - Perak (1951)
  158. Ahli Mahkota Perlis (AMP) - Perlis (1971)
  159. Pingat Keberanian Handal (PKH) - Perlis (1953)
  160. Ahli Mahkota Selangor (AMS) - Selangor (1982) 
  161. Ahli Setia Sultan Salahuddin A.Aziz Shah (ASA) - Selangor (1985)
  162. Ahli Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) - Selangor (2002)
  163. Pingat Pekerti Terpilih (PPT) - N.Sembilan (1950)
  164. Ahli Negeri Sembilan (ANS) - N.Sembilan (1989)
  165. Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) - N.Sembilan (1989)
  166. Ahli Sultan Mizan (AMZ) - Terengganu (2002)
  167. Ahli Mahkota Terengganu (AMT) - Terengganu (1971)
  168. Bintang Perkhidmatan Cemerlang Negeri Kedah (BCK) - Kedah (1953)
  169. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) - Sarawak (1973)
  170. Pingat Keberanian (PK) - Sarawak (1970)
  171. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - Sarawak (1973) 
  172. Pingat Gagah Perwira (PGP) - P.Pinang (1959)
  173. Ahli Darjah Kinabalu (ADK) - Sabah (1963)
  174. Bintang Cemerlang Melaka (BCM) Melaka (1988)
  175. Bintang Khidmat Terpuji (BKT) - Melaka (1962)
  176. Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) - WP (2007)
  177. Ahli Mahkota Wilayah (AMW) - WP (2007)
  178. Ahli Bintang Sarawak (ABS) - Sarawak (1964)
  179. Ahli Bintang Kenyalang (ABK) - Sarawak (1988)
  180. Pingat Pangkuan Negara (PPN) - Persekutuan (1960)
  181. Pingat Perkhidmatan Cemerlang Negeri Kedah (PCK) - Kedah (1953)
  182. Bintang Kebaktian Masyarakat Negeri Kedah (BKM) - Kedah (1973)
  183. Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) - Pahang (1977)
  184. Pingat Gagah Perwira (PGP) - Pahang (1977)
  185. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) - Pahang)  
  186. Seri Kelantan (SK) (1925)
  187. Ahli Kelantan (AK) (1925)
  188. Pingat Bakti (PB) - Kelantan (1925)
  189. Pintgat Setia Mahkota Kelantan (PS) (1967)
  190. Pingat Taat (PT) - Kelantan (1925)
  191. Pingat Perangai Baik (PPB) -  Kelantan  (1939)
  192. Pingat Lama dan Baik Dalam Pekerjaan (PLP) - Johor (17 Sep 1958)
  193. Pingat Jasa dan Lama Pekerjaan (PJP) - Johor (17 Sep 1958)
  194. Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS I) (1958)
  195. Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) (1958)
  196. Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Ketiga (PIS III) (1958)
  197. Bintang Sultan Ismail Pangkat Pertama (BSI I) - Johor (1977)
  198. Bintang Sultan Ismail Pangkat Kedua (BSI II) - Johor (1977)
  199. Pingat Pekerti Terpilih (PPT) - Perak (1951)
  200. Pingat Pekerti Terpilih (PPT) - Perlis (1960)
  201. Bintang Khidmat Cemerlang (BPC) - Selangor (1982)
  202. Pingat Keberanian Terbilang (PKT) - Selangor (1960)
  203. Pingat Pekerti Terpilih (PPT) - NS (1982)
  204. Pingat Keberanian Cemerlang (PKC) - NS (1960)
  205. Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) - NS (1960)
  206. Bintang Keberanian Handal (BKH) - Terengganu (1981)
  207. Pingat Keberanian Handal (PKH) - Terengganu (1981)
  208. Pingat Pekerti Terpilih (PPT) - Terengganu (1951)
  209. Pingat Jasa Cemerlang (PJC) - Terengganu (1951)
  210. Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) - Sarawak (1973)
  211. Pingat Kelakuan Terpuji (PPT) - Sarawak (1973)
  212. Bentara Bintang Sarawak (BBS) - Sarawak
  213. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) - P.Pinang (1959)
  214. Bintang Setia Kinabalu (BSK) - Sabah (1970)
  215. Bintang Kinabalu (BK) - Sabah (1970)
  216. Bintang Gagah Perkasa (BGP) - Melaka (1962)
  217. Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan (2004)
  218. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - Kedah (1953)
  219. Bintang Perkhidmatan Lama (BPL) - Kedah (1954)
  220. Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) - Kedah (1953)
  221. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Pahang (1967)
  222. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Perak (1951)
  223. Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) - Perak (1969)
  224. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Perlis (1953)
  225. Pingat Jasa Baik (PJB) - Perlis (1968)
  226. Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) - Perlis (1962)
  227. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Selangor (1962)
  228. Pingat Perkhdimatan Cemerlang (PPC) - Selangor (1982)
  229. Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) - Selangor (1977) 
  230. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Negeri Sembilan (1950)
  231. Pingat Khidmat Lama (PKL) - N.Sembilan (1968)
  232. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Terengganu (1951)
  233. Bintang Lama Berjawatan (BLB) - Terengganu (1955)
  234. Pingat Lama Berjawatan (PLB) - Terengganu (1955)
  235. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Pulau Pinang (1959)
  236. Pingat Jasa Masyarakat (PJM) - P.Pinang (1963)
  237. Pingat Bakti Setia (PBS) - P.Pinang (1963)
  238. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  - Melaka (1962)
  239. Pingat Bakti Masyarakat (PBM) - Melaka (1971)
  240. Pingat Khidmat Lama (PKL) -Melaka (1971)
  241. Pingat Kebaktian (PK) - Persekutuan (1960)
  242. Pingat Khidmat Berbakti (PKB) - Persekutuan  (1960)
  243. Pingat Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB)  - Persekutuan (1984)
  244. Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) - Persekutuan (1960)
  245. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan (1960)
  246. Pingat Perkhidmatan Am (PPA)  - Persekutuan (1967)
  247. Pingat Peringatan Malaysia (PPM) - Persekutuan (1965)
  248. Pingat-pingat Peringatan dan Pertabalan (mengikut tarikh/tahun dizahirkan)
  249. Pingat-pingat Luar Negara
Menurut pandangan saya, agak susah juga nak menilai, apa kriteria sebenar yang yang digunakan untuk mengukur 'seniority' di atas, kerana semua pingat dari Kedah menduduki susunan di atas dari kalangan DKBP Negeri, walaupun antara tarikh DKBP tersebut dizahirkan terbelakang. 
  • Mungkin susunan kekananan ini adalah tertakluk kepada siapa yang menduduki jawatan Yang DiPertuan Agong ketika itu.  Contohnya jika Sultan Negeri Darul X menjadi YDPA, maka seniority DKBP dari negeri tersebut akan naik ke atas. Itu pandangan peribadi saya, mungkin betul dan mungkin salah.
  • Mungkin mengikut tarikh dizahirkan.  Tapi tak konsisten. 
  • Mungkin mengikut abjad huruf Negeri-negeri, tapi bila disemak, tidak konsisten juga.  
  • Mungkin mengikut ketatnya 'syarat-syarat' untuk pencalunan. Yang itu pun subjektif juga, kerana syarat boleh diletak mengikut negeri-negeri berkaitan.
Pelik juga Panglima Gagah Berani (PGB) yang merupakan salah satu anugerah keberanian yang berprestij tinggi di peringkat Persekutuan, diberi kedudukan di tangga ke 130.  Jauh lebih rendah dari Pingat Pahlawan Yang Gagah Perkasa (PYGP -Kelantan) yang menduduki tempat ke 62 dan Pingat Perkasa Negeri Kedah (PPK - Kedah) di tempat ke 99.

Lazimnya 'insan' yang menerima gelaran ini akan dipanggil (to be addressed) seperti berikut:
  • Penerima gelaran Tun (dan isterinya Toh Puan) akan dipanggil 'Yang Amat Berbahagia'
  • Penerima gelaran Tan Sri (Puan Sri), Dato' Seri (Datin Seri) dan Dato/Datuk (Datin) akan dipanggil 'Yang Berbahagia'. KECUALI bagi penerima gelaran Dato' yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Johor akan dipanggil sebagai 'Yang Berhormat'. Satu lagi keunikan Negeri Johor ialah isteri kepada penerima gelaran Dato' (contoh: namanya Asmah) tidak akan dipanggil sebagai Datin Asmah tetapi jika suaminya bernama Dato' Abdullah bin Ali, maka isterinya akan digelar sebagai Datin Dato' Abdullah bin Ali (KIRA ikut macam Mat Saleh laa... Mr/Mrs, Sir/Madame, Duke/Duchess). Tapi AMALAN yang kita lihat, semua pukul sama sahaja, isteri Dato' akan dipanggil Datin.
  • Kecuali JIKA penerima gelaran itu adalah penjawat jawatan berikut:
    • Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri Besar atau Ketua Menteri - akan dipanggil Yang Amat Berhormat
    • Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
    • Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman - Yang Arif
    • Ahli Dewan Negara - Yang Berhormat
    • Ahli Dewan Rakyat - Yang Berhormat
    • Ahli Dewan Negeri  - Yang Berhormat
  • Individu yang mempunyai gelaran/pangkat lain (selain dari kurniaan DKBP) lazimnya menggunakan panggilan 'Yang Berbahagia atau Yang Berusaha'
    • Yang Berbahagia Proffesor
    • Yang Berbahagia Doktor
    • Yang Berbahagia Brigadier Jeneral
    • Yang Berbahagia Deputi Superintenden Polis
    • Yang Berbahagia Ir
    • Yang Berbahagia Ar
    • Yang Berbahagia Tuan Haji/Puan Hajjah
    • Yang Berusaha Tuan Pengetua/Guru Besar


7 comments:

  1. Malang dan malunya,pingat S.P diletakkan sebagai yg terkanan tetapi penerima tdk 'Bergelar' sdgkn keringt dan jasanya melampaui kehebatan penerima pingt2 yg lain....Malang dan malunya penerima pingat S.P tdk diletakkan dlm senarai dlm majlis2 rasmi persekutuan sdgkn mereka inilah yg harus dimuliakan...adakah besar nilai elaun rm2000 yg diterima?sdgkn penerima Datuk diangkat dan dimuliakn masyarakat...tapi apa yg S.P dpt?..alangkah malunya kita melayan wira2 negara ini yg berkorban untk negara sdgkn kita melayan Tun,Tan Sri atau Datuk dngn layanan istimewa...Malunya kita terus mendiamkn diri dan tdk memuliakan jasa dan bakti mereka.MALU!

    ReplyDelete
  2. Posting yang baik. Informatif dan boleh dijadikan rujukan jika dinyatakan di mana sumber

    ReplyDelete
  3. Setahu saya, kekananan sultan di Malaysia mmg tidak berubah. Ia ditetapkan berdasarkan senoriti. Jadi sekarang yg paling kanan adalah Sultan Kedah. Jika Sultan Hassanal Bolkiah ada didalam majlis, maka beliau akan menjadi paling kanan. Sultan Perak dan Selangor memangggil Sultan Brunei sebagai ayahanda iaitu pakcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Senarai kekananan Sulta/Raja di Malasyia sentiasa berubah. Ia sentiasa didahului oleh mana-mana Sultan?raja yang menjadi YDP Agong. Kemudian diikuti oleh Sultan/Raja mengikut kekananan tarikh naik tahta. Pada masa ini senarai kekananan ialah Sultan Terengganu, Raja Perlis, Sultan Selangor, YDP Besar N.Sembilan, Sultan Johor, Sultan Kelantan, Sultan Perak dan Sultan Kedah. Walaupun Sultan Pahang paling junior (no 9) tetapi baginda dalam senarai teratas kerana baginda penyandang jawatan YDP Agong. Senarai kekananan Sultan?Raja ini adalah berbeza dengan senarai penggiliran jawatan YDP Agong.
      Sekian, terima kasih

      Delete
  4. Nak tanya.. macam mana dengen kelayakan atau kussa untuk pakai Pingat pertabalan Agong, atau sekadar main pakai jer sbb pinot peristiwa kan....

    ReplyDelete
  5. Jaksa pendamai dengan Dsns tidak gambar
    May cari mna ya

    ReplyDelete
  6. Kekananan Pingat ini bukan untuk bandingkan mana lagi hebat. Tetapi perlu dibuat susunan bagi panduan pemakaian Pingat dan Ribbon Pingat / Medal Bar dalam badan beruniform. Samada untuk susun kedudukan buah medal pada uniform No. 1 (pakaian istiadat) ataupun uniform No. 2 dan No 3 yang perlu pakai medal bar/ribbon (yg petak-petak warna warni macam lego tu).

    ReplyDelete