Monday, February 2, 2015

M 017 STESEN KERETAPI TANAH MELAYU

.

Image result for kluang railway station
S T E S E N  K E R E T A P I
T A N A H  M E L A Y U 

Awal-awal lagi aku mengaku bahawa sebahagian besar gambar dalam blog ini adalah disalin dari blog milik zacky eusoff (zkeretapi.blogspot.com). TERIMA KASIH ZACK. 

Apa kena mengena keretapi dengan perjalanan hidupku?  Mesti ada, mesti ada.

Kali ini aku ingin mengimbau pengalaman lama yang juga telah lama aku tidak merasai, iaitu perjalanan menggunakan keretapi. Perjalananku dengan keretapi hanya melalui dua laluan sahaja, iaitu dari Kluang ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Kali terakhir aku menaiki keretapi ialah pada tahun 1990 semasa aku berpangkat Kapten, itu perjalanan dari KL ke Butterworth.

Aku hanya sedikit sahaja pengalaman perjalanan menaiki koc atau gerabak atau lokomotif KTM Berhad. 
  • 1974 - perjalanan Kluang - Seremban - Kluang untuk menghadiri temuduga kemasukan ke AFATS, Port Dickson. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki keretapi.
  • 1977 - perjalanan KL - Kluang (semasa belajar di UTM)- pulang ke kampung untuk melengkapkan borang Biasiswa.  
  • 1978 -  perjalanan Kluang - KL - Kluang  untuk menghadiri temuduga Lembaga No 3 kemasukan ke Pusat Latihan Pegawai Kedet TJP 34 di MINDEF. Aku lulus temuduga tetapi tidak melapor diri kerana menyambung pengajian ke UTM, Jalan Gurney.
  • 1980 - perjalanan Kluang - KL - Kluang  untuk menghadiri temuduga Lembaga No. 3 kemasukan ke Sekolah Pegawai Kedet TJP 37 di MINDEF.
  • 1980 -   perjalanan Kluang - Seremban  untuk melapur diri ke Sekolah Pegawai Kedet panggilan TJP 37 di Port Dickson.
  • 1981 - perjalanan Seremban - Alor Setar untuk melapor diri ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar setelah tamat SPK. 
  • 1981 -   perjalanan Alor Setar - Kluang kerana melapor diri ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang kerana terpilih manjalani latihan helikopter. 
Stesen KTM (lama) Kluang
 Pelantar di Stesen KTM (lama) Kluang 
 Kluang Rail Coffee di Stesen KTM Kluang amat paling popular
Stesen KTM (baru) Kluang

Pengalaman selanjutnya adalah setelah aku ditauliahkan (di Kluang) kerana gagal latihan penerbangan di Kluang. Aku beberapa kali dapat menaiki keretapi menggunakan waren perjalanan Kerajaan untuk tugas rasmi atau cuti tahunan. Ini bermakna sepanjang hidup aku tidak pernah menaiki keretapi dengan menggunakan duit sendiri.

Dalam ATM (tentera) peluang menaiki keretapi biasanya melibatkan pegawai berpangkat Mejar ke bawah sahaja.  Apabila telah berpangkat Lt Kol ke atas, kaedah pengangkutan adalah sama ada menaiki kereta jabatan, staff car atau menaiki pesawat (CATW).


SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN JALAN 
KERETAPI TANAH MELAYU

1.    1882  : Rel keretapi pertama mula dibina dari Taiping ke Port Weld (kini  bernama Kuala Sepetang).

2.   1885 :  Rel keretapi antara Taiping ke Port Weld sepanjang 13.28 km disiapkan dan dibuka pada 1 Jun 1885 berfungsi membawa hasil bijih timah dan getag dari Taiping ke pelabuhan Port Weld untuk dibawa ke Eropah oleh penjahaj British. Laluan ini ditutup pada tahun 1970an kerana tidak lagi berekonomi.

3.   1886 : Rel keretapi kedua siap dibina pada 15 September antara Kuala Lumpur ke Klang dan Port Sweetenham (Pelabuhan Klang).

4.   1891 : Rel dari Sungei Ujong (Seremban) ke Port Dickson siap dibina pada bulan Julai.

5.   1892 : Rel dari Kuala Lumpur ke Rawang disiapkan dan diikuti oleh rel dari Telok Anson (Teluk Intan) ke Tapah Road disiapkan pada tahun berikutnya..

6.   1896 : Jabatan Keretapi Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.

7.   1899 : Pembinaan laluan rel dari Prai ke Bukit Mertajam disiapkan dan pembukaan Victoria Railway Bridge yang menyeberangi Sungai Perak pada tahun 1900.

8.   1902 : Pembukaan rel keretapi dari Seremban ke Port Dickson.

9.   1903 : Rel keretapi dari Tank Road ke Woodlands (dalam Singapura) siap dibina begitu juga dengan lengkapnya laluan rel dari Prai ke Seremban.

10. 1905 : Rel keretapi dari Tampin ke Melaka siap dibina (musnah semasa serangan Jepun 1942). Manakala tahun 1906 laluan rel dari Seremban ke Gemas disiapkan.

11. 1909 :  Laluan rel dari Gemas ke Johor Bahru dibuka dan dengan itu jajaran rel keretapi Pantai Barat Malaya antara Prai  dengan Johor Bahru telah disiapkan.

12. 1910 : Rel pertama jajaran keretapi pantai timur antara Gemas dan Bahau siap dibina. Laluan ini disambung ke Tembeling pada tahun 1913 dan sampai ke Kuala Lipis pada tahun 1917. Pada tahun 1914, laluan dari Tumpat ke Pasir Mas di Kelantan telah disiapkan. 

13. 1915 : Laluan rel dari Prai ke Alor Setar mula dibina pada tahun 1912 telah disiapkan pada bulan Oktober.

14. 1918 : Laluan rel dari Alor Setar ke Padang Besar disiapkan, maka dengan ini keseluruhan jajaran Pantai Barat dari Johor Bahru ke Padang Besar telah dilengkapkan.

15. 1923 : Keretapi barang pertama menyeberangi Tambak Johor pada 17 September, manakala keretapi penumpang pada 1 Okt tahun yang sama.

16. 1931 : Laluan rel dari Pasir Mas ke Kuala Lipis (melalui Kuala Krai dan Gua Musang) disiapkan secara berperingkat dan diakhir dengan penyaiapan laluan rel dari Gua Musang ke Kuala Gris disiapkan. Pada tahun 1931, maka lengkaplah jajaran rel keretapi pantai timur antara Tumpat ke Gemas.

Stesen Keretapi (lama) Taiping (1884)
Stesen Keretapi (lama) Port Weld (1885)

FAKTA KTM

Beberapa fakta mengenai rel KTM adalah:

(1)   Landasan keretapi pertama dibina di Tanah Melayu pada tahun 1882 dan beroperasi mulai 1 Jun 1885 antara Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 8.25 batu (13,28 km) - beroperasi sehingga awal tahun 1970an.

(2)   Keseluruhan panjang rel keretapi KTM ialah 1,699 km.

(3)   Hanya negeri Terengganu sahaja yang tidak mempunyai laluan rel KTM.

(4)   Selain Kuala Terengganu, ibu negeri dalam Tanah Melayu yang tidak mempunyai stesen keretapi ialah Kangar (Perlis), Georgetown (P.Pinang), Shah Alam (Selangor),  Bandar Melaka, Kuantan (Pahang) dan Kota Bharu (Kelantan).

Nota: ketika jajaran rel keretapi ini disiapkan, ibu negeri Selangor ialah Kuala Lumpur, manakala ibu negeri Pahang ialah Kuala Lipis.


Papan tanda Stesen Keretapi Port Weld yang telah dipindahkan ke tempat lain kerana tapak asal telah dicerobohi

STESEN KERETAPI TANAH MELAYU

Dalam blog ini penulis akan meletakkan gambar-gambar setesen keretapi yang dilalui oleh jalan keretapi Tanah Melayu bermula dari Tanjung Pagar,  Singapura (telah pun ditutup pada tahun 2010) kemudian melalui Bukit Timah - Woodlands - menyeberangi Tambak Johor ke Johor Bahru - Kulai -Kluang - Segamat dan Gemas.  Di Stesen Gemas, Negeri Sembilan (bersempadan dengan Johor) rel KTM berpecah dua.  Satu cabang melalui jajaran Pantai Barat Tanah Melayu-melalui Seremban- Kuala Lumpur- Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar dan berakhir di Padang Besar, Perlis (di sini perjalanan boleh diteruskan ke Thailand. Manakala jajaran rel Pantai Timur (tetapi jauh dari kawasan pantai) dari Gemas melalui Bahau - Mentakab - Jerantut - Kuala Lipis- Gua Musang - Kuala Krai - Tanah Merah - Pasir Mas dan berakhir di Tumpat.  Di Stesen Pasir Mas terdapat persimpangan untuk menyeberang sempadan Thailand.

Bagi tujuan maklumat, Perjalanan MAYA saya ini bermula di stesen Padang Besar, Perlis ke aras selatan.

NEGERI PERLIS

STESEN PADANG BESAR
(dibuka: 1 Mac 1918 dan dibina semula Jan 2013)

STESEN ARAU
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula Jan 2014)

STESEN BUKIT KETERI
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula 2015)

NEGERI KEDAH

STESEN TUNJANG
(dibuka: 1938 dan ditutup pada 2010)

STESEN KODIANG
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula 2015)

STESEN ANAK BUKIT
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula 2015)

STESEN ALOR SETAR
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN TOKAI
(dibuka: 1915 dan ditutup/musnahkan 2010)

STESEN KOBAH (PENDANG)
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN JUNUN (LADANG JENUN)
(dibuka: 1915 dan ditutup 2001/musnahkan 2010)

STESEN GURUN
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN BEDONG
(dibuka: 1908-1915 dan ditutup 2001/musnahkan 2010)

STESEN SUNGAI PETANI
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)



NEGERI PULAU PINANG

STESEN TASIK GELUGUR

STESEN PENANTI

STESEN BUTTERWORTH

STESEN BUKIT MERTAJAM

STESEN BUKIT TENGAH

STESEN PRAI

STESEN NIBONG TEBAL

KERETAPI BUKIT BENDERA
(BUKAN DI BAWAH KTM)


Kereta api kabel Bukit Bendera atau 'Kereta kabel Bukit Bendera' adalah dua bahagian keretapi bukit yang mendaki Bukit Bendera daripada pekan Air Itam, berhampiran George Town di Pulau Pinang.  Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam. Penumpang mengubah akan bertukar kereta api di stesen titik tengah. Kereta api mungkin akan singgah di stesen perantaraan lain atas permintaan.

Pembinaan kereta api itu di antara 1906 hingga 1923 dengan kos 1.5 juta Selat dolar. Kereta api itu telah dibuka untuk orang awam pada 21 Oktober 1923. Kereta baru ditukar pada 1977.

Sistem kereta api berusia 85 tahun itu menyediakan perkhidmatan sehingga 7 malam setiap hari. Bagi mereka yang tinggal di puncak Bukit Bendera, perkhidmatannya dilanjutkan sehingga 10 malam.

Maklumat Teknikal Keretapi Bawah
  • Ketinggian: 319 meter
  • Kecuraman Maksimum: 50.5%
  • Kereta: 2
  • Keupayaan: 80 orang penumpang setiap kereta
  • Tatarajah: Landasan tunggal dengan gelung kelulusan
  • Masa perjalanan: 11 minit
  • Kelajuan maksimum: 1.4 meter sesaat
  • Tolok trek: 1 meter
  • Penarikan: Bekalan Elektrik

Maklumat Teknikal Keretapi Atas
  • Panjang: 1313 meter 
  • Ketinggian: 367 meter
  • Kecuraman Maksimum: 51.3%
  • Kereta: 2
  • Keupayaan: 80 orang penumpang setiap kereta 
  • Tatarajah: Landasan tunggal dengan gelung kelulusan
  • Masa perjalanan: 13 minit
  • Kelajuan maksimum: 1.8 meter sesaat 
  • Tolok trek: 1 meter
  • Penarikan: Bekalan Elektrik

   






NEGERI PERAK


STESEN PARIT BUNTAR


STESEN BAGAN SERAI


STESEN BUKIT MERAH


Stesen Taipin 1885 (stesen tertua di Malaysia)

STESEN TAIPING


STESEN BUKIT BERAPIT


STESEN PADANG RENGAS

STESEN KUALA KANGSAR


STESEN SUNGAI SIPUT


STESEN CHEMOR


STESEN TG RAMBUTAN

STESEN IPOH


STESEN BATU GAJAH


STESEN MALIM NAWAR


STESEN KAMPAR


STESEN TAPAH ROAD (LAMA DAN BARU)


STESEN TELUK INTAN (TELUK ANSON)
(jalan keretapi stesen Tapah Road ke Teluk Anson dibuka pada tahun 1893 dan ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1991 - dengan itu stesen ini turut ditutup)


STESEN SUNGKAI

STESEN SLIM RIVER


STESEN BEHRANG

STESEN TANJUNG MALIM

SELANGOR DAN KUALA LUMPUR


STESEN KALUMPANG

STESEN KUALA KUBU BHARU
stesen lama di Kuala Kubu Road ....tinggal sejarah


STESEN (BARU) KUALA KUBU BAHRU


STESEN KUANG


STESEN BATANG KALI


STESEN SERENDAH

STESEN RAWANG


STESEN BATU KANTONMEN


STESEN BESAR KUALA LUMPUR


STESEN KL SENTRAL

PERJALANAN ARAH KE PELABUHAN KLANG

STESEN PETALING

STESEN SUBANG JAYA

STESEN BATU 3 SHAH ALAM

STESEN KLANG

STESEN PELABUHAN KLANG

PERJALANAN ARAH KE SELATAN

STESEN UKM BANGI


STESEN KAJANG



NEGERI SEMBILAN


STESEN SEREMBAN


STESEN REMBAU


STESEN TAMPIN


TAMPIN




NEGERI MELAKA


STESEN PULAU SEBANG/TAMPIN


PULAU SEBANG/TAMPIN


STESEN BATANG MELAKA


STESEN AIR KUNING


NEGERI PAHANG


STESEN  ROMPIN


STESEN BAHAU


STESEN KEMAYAN


STESEN TRIANG

STESEN MENGKARAK


STESEN MENTAKAB


STESEN KERDAU


STESEN KUALA KRAU


STESEN JERANTUT


STESEN TEMBELING


STESEN MELA


STESEN KERAMBIT


STESEN BATU SEMBILAN


STESEN KUALA LIPIS


STESEN PADANG TENGKU


STESEN KAMPUNG TELANG


STESEN KAMPUNG BERKAM

STESEN DURA


STESEN KG AUR GADING


STESEN KG PAYA KELADI

NEGERI KELANTAN


STESEN BERTAM BARU


STESEN LIMAU KASTURI

STESEN GUA MUSANG

STESEN BUKIT ABU


STESEN BUKIT BETUNG

STESEN DABUNG


STESEN BUKIT ABU


STESEN MANEK URAI

STESEN KUALA KERAI

STESEN TANAH MERAH

STESEN KEMUBU

STESEN PASIR MAS

STESEN WAKAF BARU

STESEN TUMPAT
(STESEN TERAKHIR DI UTARA PANTAI TIMUR SEMENANJUNG)

NEGERI JOHOR


STESEN BATU ANAM


STESEN SEGAMAT


STESEN GENUANG


STESEN TENANG



STESEN LABIS

Image result for stesen KERETAPI BEKOK
STESEN BEKOK

  
 
STESEN PALOH

  
  
STESEN CHAMEK


STESEN KLUANG

  
  
STESEN MENGKIBOL

  
  
STESEN RENGAM

  
  
STESEN LAYANG-LAYANG

  
 STESEN SEDENAK
(TELAH DITUTUP)

 
 
Stesen KTM, Kulai, Johor 
STESEN KULAI

Kempas Baru Railway Station.JPG 
STESEN KEMPAS BARU

STESEN JB (LAMA) TUTUP PADA 2010

 
 
 
STESEN JOHOR BAHRU
(STESEN PALING SELATAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA)


STESEN TERAKHIR DI SELATAN
(SINGAPURA)


STESEN WOODLANDS
(KINI MERUPAKAN STESEN PALING SELATAN SETELAH PENUTUPAN 
STESEN TG PAGAR


STESEN WOODLANDS 1910

Bukit Timah Railway Station, Singapore (1).jpg
STESEN BUKIT TIMAH
(JUGA TELAH DITUTUP- BANGUNAN KEKAL SEBAGAI BAHAN SEJARAH)


STESEN TANJUNG PAGAR
(DIKEKALKAN- PULIHARA SEBAGAI BAHAN SEJARAH) 


STESEN TANJUNG PAGAR SINGAPURA
YANG TELAH DITAMATKAN PERKHIDMATAN MULAI 1 JULAI 2011

.
Kali terakhir aku menaiki kretapi setelah berpuluh tahun ialah pada Nov 2015. Aku sengaja memilih laluan rel untuk melaksanakan tugas rasmi ke Perlis.  Pada 1 Nov 15, aku menaiki Electric Train Service (ETS) dari KL Sentral ke Arau. Setelah selesai menjalankan tugas di Arau, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Taiping, aku sekali lagi pada 3 Nov 15, aku menaiki ETS pulang dari Taiping ke KL Sentral.

1 comment:

  1. Penulis dapat informasi ni dari mana ya. Lebih menarik jika dinyatakan sumber rujukan kerana sangat berguna untuk tujuan kajian dan akademik.

    ReplyDelete