
DEWAN RAKYAT
MALAYSIA PERTAMA
(1959-1964)
Apa itu Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja. Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat".
"Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya".
Pembubaran
Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu. Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi tidak percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.
Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri. Badan eksekutif ini berperanan membawa atau mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.
Hak Istimewa
Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan; satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948. Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri.
Proses Menggubal Undang-undang
Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.
Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.
Bacaan Pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.
Bacaan Kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.
Bacaan Ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke atas rang undang-undang ini.
Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan, seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan. Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang. Walau bagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara.
Bangunan Parlimen yang menempatkan Dewan Rakyat
Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.[12]
Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga bacaan pada hari yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Rang Undang-undang Persendirian
Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu dibawa oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undang-undang Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah memperkenalkan rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.[13]
Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.
Keahlian
Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[14] Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:
1. warga negara Malaysia
2. berusia tidak kurang dari 21 tahun
3. waras fikiran
4. bukan seorang muflis
5. tidak memegang jawatan berpendapatan
6. telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding
7. tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain. Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.
Pilihan Raya
Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.
Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada setiap 222 bahagian pilihan raya. Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan prinsip majoriti tertinggi - calon yang mendapat undi terbanyak berbanding calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem berparlimen ala Westminster.
Pembentukan Kerajaan
Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli parlimen yang memiliki sokongan majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda unuk memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan terbanyak ahli-ahli di Dewan Rakyat. Perdana Menteri Malaysia ketika ini ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak (Pekan-BN).
Mengikut tradisi berparlimen Westminster, seorang ahli Dewan Rakyat yang memiliki sokongan terbanyak golongan minoriti di parlimen akan memain peranan sebagai Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Ke-12 ialah Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR). Beliau telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Beliau menggantikan Ketua Pembangkang terdahulu, Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan wanita pertama di Malaysia yang diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.[30] Selepas Pilihan Raya ke-13 iaitu pada 5 Mei 2013, sekali lagi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang apabila Pakatan Rakyat (Gabungan PKR-DAP-PAS) berjaya memegang 89 daripada 222 kerusi parlimen, iaitu sebanyak 40.09%.
Pilihan Raya Kecil
Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang dari dua tahun sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti kerajaan telah terjejas. Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil adalah sama seperti pilihan raya umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil adalah kurang penting kerana kerajaan seringkali memiliki majoriti stabil di Dewan Rakyat. Namun begitu, pilihan raya kecil boleh dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi semasa kerajaan.
Ahli Dewan Rakyat
Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu (1959 - 1964)
Sesi Persidangan Parlimen
PERTAMA: 11 Sep 1959 – 24 Feb 1960
KEDUA: 19 Apr 1960 – 11 Feb 1961
KETIGA: 19 Apr 1961 – 31 Jan 1962
KEEMPAT: 25 Apr 1962 – 13 Mac 1963
KELIMA: 22 Mei 1963 – 11 Jan 1964
KELIMA: 22 Mei 1963 – 11 Jan 1964
Ini adalah senarai Ahli Dewan Rakyat (House of Representatives) dalam Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dipilih melalui Pilihanraya Umum Pertama yang dilaksanakan pada tahun 1959.
Ahli dipilih melalui PRU dan berkhidmat mulai 11 September 1959 hingga 01 March 1964 kecuali yang terdapat catatatn.
YB Mohamad Noah bin Omar, Ahli Parlimen Johor Baharu Timor telah dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat yang pertama.

Speaker Dewan Rakyat pertama
YB Mohamad Noah bin Omar
Perlis
Perikatan: 2
P001 Perlis Utara: Othman Abdullah- Perikatan (UMNO)
P002 Perlis Selatan: Mokhtar Ismail- Perikatan (UMNO)
Kedah
Perikatan: 12
P003 Jitra-Padang Terap: Fatimah Hashim- Perikatan (UMNO)
P004 Kubang Pasu: Barat Azahari Ibrahim- Perikatan (UMNO)
P005 Kota Star Utara: Abdul Khalid Awang Osman- Perikatan (UMNO)
P006 Alor Star: Lim Joo Kong- Perikatan (MCA)
P007 Kuala Kedah: Tunku Abdul Rahmanmibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah- Perikatan (UMNO)
P008 Kota Star Selatan: Wan Sulaiman Wan Tam- Perikatan (UMNO)
P009 Kedah Tengah: Khir Johari (mulai 30 September 1959)- Perikatan (UMNO)
P010 Jerai: Mohamed Ismail Mohd Yusof- Perikatan (UMNO)
P011 Baling: Harun Abdullah- Perikatan (UMNO)
P012 Sungei Patani: Abdul Samad Osman - Perikatan (UMNO)
P013 Kulim Utara: Hanafi Mohd Yunus - Perikatan (UMNO)
P014 Kulim-Bandar Bahru: Tan Tye Chek- Perikatan (MCA)
Kelantan
PAS: 9
Perikatan: 1
P015 Tumpat: Hassan Ahmad- PAS
P016 Kelantan Hilir: Wan Mustapha Ali- PAS
P017 Pasir Mas Hilir: Nik Man Nik Mohamed- PAS
P018 Kota Bharu Hilir: Ahmad Abdullah- PAS
P019 Bachok: Zulkiflee Muhammad- PAS
P020 Kota Bharu Hulu: Hussain Rahimi Saman- PAS
P021 Pasir Mas Hulu: Mohamed Hanifah Abdul Ghani- PAS
P022 Pasir Puteh: Mohamad Asri Muda- PAS
P023 Tanah Merah: Othman Abdullah- PAS
P024 Ulu Kelantan: Tengku Indra Petra Sultan Ibrahim- Perikatan (UMNO)
Trengganu
PAS: 4
Perikatan: 2
P025 Besut: Burhanuddin al-Helmy- PAS
P026 Kuala Trengganu Utara: Hasan Adli Mohd Arshad- PAS
P027 Kuala Trengganu Selatan: Onn Jaafar - Parti Negara
(Ismail Kassim mulai 19 Mac 1962 [N1]- Perikatan (UMNO)
P028 Dungun: Che Khadijah Mohd Sidik- PAS
P029 Kemaman: Wan Yahya Wan Mohamed- Perikatan (UMNO)
P030 Trengganu Tengah: Harun Pilus- PAS
Pulau Pinang
Perikatan: 5
Sosialis Front: 3
P031 Bagan: Tan Cheng Bee- Perikatan (MCA)
P032 Seberang Tengah: Ibrahim Abdul Rahman- Perikatan (UMNO)
P033 Seberang Selatan: Veerappen a/l Veerathan- Socialist Front (Buruh)
P034 Penang Utara: Geh Chong Keat- Perikatan (MCA)
P035 Penang Selatan: Ismail Idris- Perikatan (UMNO)
P036 Tanjong: Tan Phock Kin- Socialist Front (Buruh)
P037 Dato' Kramat: Lim Kean Siew - Socialist Front (Buruh)
P038 Seberang Utara: Ahmad Saaid- Perikatan (UMNO)
Perak
Perikatan: 13
PPP: 5
Bebas: 2
P039 Ulu Perak: Mohamed Nor Mohd Dahan- Perikatan (UMNO)
P040 Krian Laut: Abdul Rauf Abdul Rahman- Perikatan (UMNO)
P041 Krian Darat: Ahmad Yusof - Perikatan (UMNO)
P042 Larut Utara: Tajudin Ali- Perikatan (UMNO)
P043 Larut Selatan: Lim Swee Aun- Perikatan (MCA)
P044 Bruas: Yeoh Tat Beng- Bebas
P045 Sitiawan: Yong Woo Ming- Perikatan (MCA)
P046 Sungei Siput: V. T. Sambanthan- Perikatan (MIC)
P047 Kuala Kangsar: Abdullah Abdul Raof - Perikatan (UMNO)
P048 Parit: Hussein Mohd Noordin- Perikatan (UMNO)
P049 Ulu Kinta: Chan Swee Ho- PPP
P050 Ipoh: D. R. Seenivasagam- PPP
P051 Menglembu: S. P. Seenivasagam - PPP
P052 Batu Gajah: Khong Kok Yat- PPP
P053 Kampar: Leong Kee Nyean (mulai 31 Mac 1961 - Perikatan (MCA)
Chan Yoon Onn (mulai 18 Mei 1960[N2]- PPP
P054 Hilir Perak: Mohamed Abbas Ahmad- Perikatan (UMNO)
P055 Telok Anson Woo Saik Hong- Perikatan (MCA)- Too Joon Hing mulai 30 Mei 1961[N3] - Bebas
P056 Bagan Datoh: Yahya Ahmad- Perikatan (UMNO)
P057 Batang Padang: Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan- Perikatan (UMNO)
P058 Tanjong Malim: Lee Seck Fun- Perikatan (MCA)
Pahang
Perikatan: 6
P059 Raub: Hussein Hassan- Perikatan (UMNO)
P060 Bentong: Chan Siang Sun- Perikatan (MCA)
P061 Kuantan: Abdul Rahman Talib- Perikatan (UMNO)
P062 Pekan: Abdul Razak Hussein - Perikatan (UMNO)
P063 Temerloh: Mohamed Yusof Mahmud- Perikatan (UMNO)
P064 Lipis: Mohamed Sulong Mohd. Ali- Perikatan (UMNO)
Abdul Razak Hussin (mulai 20 Okt 1962 [N4] - Perikatan (UMNO)
Selangor
Perikatan: 9
Socialist Front (SF): 5
P065 Kuala Selangor: Mohamed Dahari Mohd Ali- Perikatan (UMNO)
P066 Batu: Ng Ann Teck- Socialist Front (Buroh)
P067 Kapar: Hamzah Alang- Perikatan (UMNO)
P068 Rawang: Liu Yoong Peng Socialist Front (Buroh)
P069 Langat: Zakaria Mohd Taib- Perikatan (UMNO)
P070 Setapak: Ahmad Boestamam - Socialist Front (Ra'ayat)
P071 Bungsar: V. David- Socialist Front (Buroh)
P072 Bukit Bintang: Cheah Theam Swee- Perikatan (MCA)
P073 Damansara: Karam Singh Veriah - Socialist Front (Ra'ayat)
P074 Klang: V. Manickavasagam- Perikatan (MIC)
P075 Kuala Langat: Abdul Aziz Ishak- Perikatan (UMNO) (pada 29 Ogos 1963 keluar UMNO dan menubuhkan Parti Perhimpunan Kebangsaan (NCP)
P076 Sepang: Lee Siok Yew - Perikatan (MCA)
P077 Sabak Bernam: Syed Hashim Syed Ajam- Perikatan (UMNO)
P078 Ulu Selangor: Omar Ong Yoke Lin - Perikatan (MCA)
Negeri Sembilan
Perikatan: 4
Bebas: 2
P079 Kuala Pilah: Bahaman Samsudin - Perikatan (UMNO)
P080 Seremban Timor: Chin See Yin - Bebas
P081 Rembau-Tampin: Redza Mohd Said- Perikatan (UMNO)
P082 Port Dickson: T. Mahima Singh- Perikatan (MIC)
P083 Jelebu-Jempol: Mohamed Ujang- Perikatan (UMNO)
P084 Seremban Barat: Quek Kai Dong- Bebas
Malacca
Perikatan: 3
Parti Malaya: 1
P085 Melaka Tengah: Tan Siew Sin- Perikatan (MCA)
P086 Bandar Melaka Tan Kee Gak - Parti Malaya
P087 Melaka Utara Abdul Ghani Ishak- Perikatan (UMNO)
P088 Melaka Selatan Hassan Mansor- Perikatan (UMNO)
Johor
Perikatan: 16
P089 Muar Dalam: Abdul Aziz Ishak- Perikatan (UMNO)
P090 Segamat Selatan: Teoh Chze Chong- Perikatan (MCA)
P091 Muar Pantai: Seah Teng Ngiab- Perikatan (MCA)
P092 Muar Selatan: Sulaiman Abdul Rahman- Perikatan (UMNO)
(Awang Hassan mulai 28 Dis 1963 [N5] - Perikatan (UMNO)
P093 Batu Pahat: Kang Kok Seng- Perikatan (MCA)
P094 Batu Pahat Dalam: Syed Esa Alwee (Deputy Speaker)- Perikatan (UMNO)
P095 Kluang Utara: Lee San Choon- Perikatan (MCA)
P096 Johor Tenggara: Syed Jaafar Albar- Perikatan (UMNO)
P097 Pontian Utara: Sardon Jubir- Perikatan (UMNO)
P098 Pontian Selatan: Zainon Munshi Sulaiman Alliance (UMNO)
P099 Kluang Selatan: Chan Chong Wen- Perikatan (MCA)
P100 Johor Bahru Timor: Mohamad Noah Omar (Speaker) - Perikatan (UMNO)
P101 Johor Bahru Barat: Ahmad Mohamed Shah- Perikatan (UMNO)
P102 Johor Timor: Ismail Abdul Rahman- Perikatan (UMNO)
P103 Segamat Utara: Abdullah Mohd Salleh- Perikatan (UMNO)
P104 Muar Utara Ahmad Arshad - Perikatan (UMNO)
Ahli Dewan Dilantik dan Dipilih oleh Negeri Singapura, Sabah dan Sarawak.
Berkhidmat dari 2 November 1963 hingga 1 Mac 1964.
Singapura
Ahli-Ahli Parti (Gabungan): 15 kerusi
Abdul Rahim Ishak PAP
Chia Thye Poh Barisan Sosialis
Goh Keng Swee PAP
Ho See Beng PAP
Jek Yeun Thong PAP
Kow Kee Seng Barisan Sosialis
Lee Kuan Yew PAP
Lim Huan Boon Barisan Sosialis
Lim Kim San PAP
Ong Pang Boon PAP
Othman Wok PAP
(S. Rajaratnam from 18 December 1963 PAP)
Toh Chin Chye PAP
Wee Toon Boon PAP
Yong Nyuk Lin PAP
Sabah
Ahli-Ahli Parti (Gabungan): 16 kerusi
Aliuddin Harun
Amadeus Mathew Leong
Donald Aloysius Marmaduke Stephens
Ganie Gilong
Ganing Jangkat
Hong Teck Guan
Jhumah Salim
Mahali Matjakir
Mohamed Dara Langpad
Mohamed Dun Banir
Mohd. Arif Salleh
Ngui Ah Kui
Peter J. Mojuntin
mulai 3 Jan 1964
Peter Lo Sui Yin
Stanley Ho Ngun Khiu
Yeh Pao Tze
Sarawak
Ahli-Ahli Parti (Gabungan): 24 kerusi
Abang Othman Abang Moasili
Abdul Rahman Ya'kub
Ajibah Abol
Awang Daud Matusin
Banyang Janting
Charles Linang
Dagok Randen
Edmund Langgu Saga
Edwin Tangkun
Francis Umpau Empam
Ikhwan Zaini
Jinggut Attan
Jonathan Bangau Renang
Jugah Barieng
Kadam Kiai
Ling Beng Siew
Muhammad Su'aut Muhd. Tahir
Sim Boon Liang
Sng Chin Joo
Song Thian Cheok
Sandom Nyuak
Stephen Yong Kuet Tze
Tan Tsak Yu
Wan Abdul Rahman Tuanku Bujang
Notes
N 1. Ismail Kasim memenangi PRK kerusi Parlimen Kuala Trengganu Selatan apabila penyandangnya Dato' Sir Onn Jaafar (Parti Nagara) meninggal dunia.
N 2. Chan Yoon Onn memenangi PRK kerusi Parlimen Kampar apabila penyandangnya Leong Kee Nyean diisytiharkan hilang kelayakan.
N 3. Too memenangi PRK kerusi Parlimen Telok Anson apabila penyandangnya Woo Saik Hong meninggal dunia.
N 4. Abdul Razak memenangi PRK kerusi Parlimen Lipis apabila penyandangnya Mohamed Sulong Mohd Ali meninggal dunia.
N 5. Awang Hasan memenangi PRK kerusi Parlimen Muar Selatan apabila penyandangnya Dato' Sulaiman Abd Rahman meninggal dunia.
References:
Arkib Senarai Ahli Dewan Rakyat Parlimen 1 http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&arkib=yes&vol=1
Abdullah, Z. G., Adnan, H. N., & Lee, K. H. (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini = Malaysian personalities, past and present. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.
Anzagain Sdn. Bhd. (2004). Almanak keputusan pilihan raya umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri, 1959-1999. Shah Alam, Selangor: Anzagain.
Chin, U.-H. (1996). Chinese politics in Sarawak: A study of the Sarawak United People's Party. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Faisal, S. H. (2012). Domination and Contestation: Muslim Bumiputera Politics in Sarawak. Institute of Southeast Asian Studies.
Hanna, W. A. (1959). Elections in Malaya: A report. New York: American Universities Field Staff.
Hussain, M. (1987). Membangun demokrasi: Pilihanraya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Bistari.
Ibnu, H. (1993). PAS kuasai Malaysia?: 1950-2000 sejarah kebangkitan dan masa depan. Kuala Lumpur: GG Edar.
Surohanjaya Pilehanraya Malaysia. (1959). Penyata pilehanraya-pilehanraya umum parlimen (Dewan Ra'ayat) dan dewan-dewan negeri, tahun 1959 bagi negeri-negeri Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan.
PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU SEBELUM PRU I 1959
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
(Federal Legislative Council)
(1955 - 1959)
Dalam tahun 1955, satu Pilihanraya Umum (PRU) telah dilaksanakan untuk pertama kalinya sejak Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948. PRU ini adalah sebagai langkah Kerajaan British untuk melatih anak watan memerintah dan mentadbir sendiri Persekutuan Tanah Melayu secara demokrasi mengikut acuan British.
Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan. Parti politik yang memenangi majorIti diberi kuasa untuk melantik ahli Majlis tambahan.
Dalam PRU tersebut Parti Perikatan iaitu gabungan 3 buah parti (UMNO. MCA dan MIC) telah memenangi 51 kerusi manakala baki satu kerusi dimenangi oleh PAS (parti pecahan dari UMNO).
Lanjutan dari tiu, YM Raja Uda Raja Muhammad telah dilantik menjadi Speaker Majlis.
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang dipilih ialah:
Perlis
Perikatan: 1
Perlis: Sheikh Ahmad Mohd Hashim- Perikatan (UMNO)
Kedah
Perikatan: 6
Alor Star: Lee Thean Hin- Perikatan (MCA)
Kedah Selatan: Lim Teng Kwang- Perikatan (MCA)
Kedah Tengah: Khir Johari- Perikatan (UMNO)
Kedah Utara: Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin- Perikatan (UMNO)
Kota Setar: Tunku Kassim ibni almarhum Sultan Abdul Hamid- Perikatan (UMNO)
Sungei Muda: Tunku Abdul Rahman ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah- Perikatan (UMNO)
Kelantan
Perikatan: 5
Kelantan Selatan: Abdul Khalid Awang Osman- Perikatan (UMNO)
Kelantan Tengah: Abdul Hamid Mahmud- Perikatan (UMNO)
Kelantan Timor: Nik Hassan Nik Yahya- Perikatan (UMNO)
Kelantan Utara: Tengku Indra Petra ibni Sultan Ibrahim- Perikatan (UMNO)
Pasir Mas: Tengku Ahmad Tengku Abdul Ja'afar- Perikatan (UMNO)
Trengganu
Perikatan: 3
Terengganu Selatan: Wan Yahya Wan Mohamed- Perikatan (UMNO)
Terengganu Tengah: Engku Muhsein Abdul Kadir- Perikatan (UMNO)
Terengganu Utara: Ibrahim Fikri Mohamed- Perikatan (UMNO)
Pulau Pinang & Seberang Perai
Perikatan: 4
George Town: Chee Swee Ee- Perikatan (MCA)
Pulau Pinang: S. M. Zainal Abidin - Perikatan (UMNO)
Wellesley Utara: Hashim Awang- Perikatan (UMNO)
Wellesley Selatan: Tay Hooi Soo - Perikatan (MCA)
Perak
Perikatan: 9
PAS: 1
Batang Padang: Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan- Perikatan (UMNO)
Dinding: Meor Ariff Meor Alwi- Perikatan (UMNO)
Ipoh-Menglembu: Leong Yew Koh- Perikatan (MCA) (D. R. Seenivasagam from 23 November 1957 PPP)
Kinta Selatan: Too Joon Hing- Perikatan (MCA)
Kinta Utara: V. T. Sambanthan- Perikatan (MIC)
Krian: Ahmad Tuan Hussain- PAS
Larut-Matang: Cheah Kay Chuan - Perikatan (MCA)
Sungei Perak Hilir: Abdul Aziz Mat Jabar - Perikatan (UMNO)
Sungei Perak Ulu: Mohamed Ghazali Jawi - Perikatan (UMNO)- dilantik menjadi Menteri Besar Perak pada 1 Ogos 1960 dan digantikan oleh Meor Samsudin Meor Yahya mulai 26 Okt 1957- Perikatan (UMNO)
Telok Anson: Bahaman Samsudin - Perikatan (UMNO)
Pahang
Perikatan: 3
Pahang Timor: Abdul Rahman Talib- Perikatan (UMNO)
Semantan: Abdul Razak Hussein- Perikatan (UMNO)
Ulu Pahang: Mohamed Sulong Mohd Ali- Perikatan (UMNO)
Selangor
Perikatan: 7
Kuala Lumpur Barat: Omar Ong Yoke Lin - Perikatan (MCA)
Kuala Lumpur Timor: Cheah Ewe Keat - Perikatan (MCA)
Kuala Selangor: Raja Rastam Shahrome Raja Said Tauphy - Perikatan (UMNO)
Langat: Abu Bakar Baginda- Perikatan (UMNO)
Selangor Barat: Aziz Ishak - Perikatan (UMNO)
Selangor Tengah: Lee Eng Teh- Perikatan (MCA)
Ulu Selangor: Che Halimahton Abdul Majid- Perikatan (UMNO)
Negri Sembilan
Perikatan: 3
Negri Sembilan Selatan: Abdul Jalil Aminuddin- Perikatan (UMNO)
Negri Sembilan Utara: Mohd Idris Matsil- Perikatan (UMNO)
Seremban: Lim Kee Siong- Perikatan (MCA)
Melaka
Perikatan: 2
Melaka Tengah: Tan Siew Sin- Perikatan (MCA)
Melaka Luar: Abdul Ghafar Baba- Perikatan (UMNO)
Johor
Perikatan: 8
Batu Pahat: Samuel Chelvasingam Kathiraval Kanagasadron MacIntyre- Perikatan (MIC)
(dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India pada Sep 1957 dan digantikan oleh Syed Esa Syed Alwee mulai 14 Dis 1957)- Perikatan (UMNO)
Johore Bahru: Sulaiman Abdul Rahman- Perikatan (UMNO)
Johor Selatan: L. H. Tan- Perikatan (MCA)
Johor Tengah: Teoh Chze Chong- Perikatan (MCA)
Johor Timor: Ismail Abdul Rahman- Perikatan (UMNO)
Muar Selatan: Tan Suan Kok- Perikatan (MCA)
Muar Utara: Hassan Yunus- Perikatan (UMNO)
Segamat: Sardon Jubir - Perikatan (UMNO)
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Dilantik
Kuota: 46
Raja Uda Raja Muhammad (Speaker)
D. C. Watherston (Chief Secretary)
M. P. Hogan (Attorney-General)
C. T. Thomas (Financial Secretary)
O. A. Spencer (Minister for Economic Affairs)
A. H. P. Humphrey (Secretary for Defence)
Henry Lee Hau Shik (Kuala Lumpur Nominated) - Perikatan (MCA)
Poh Choon Beng (Nominated) - Perikatan (MCA)
Leong Hoe Yeng
Yong Shook Lin
A. C. G. Pienne
D. T. Waring
A. J. Hunter
H. A. Campbell
W. G. Scott
F. G. Pooley
Raja Ahmad Raja Endut
Onn Jaafar
S. E. Chamier (sementara)
S. B. Palmer
Chong Khoon Lin (sementara)
Lee Tiang Keng
Ong Chong Keng
Sheikh Ahmad Mohd Hashim (sementara)
Wan Ahmad Wan Daud
Mohamad Noah Omar (sementara)
A. E. W. Godesen (sementara)
A. Cromarty
K. Mohd Ariff
C. M. Hashim
S. M. Aidid
Abdul Rahman Talib (sementara)
Abdul Razak Hussein
H. H. Facer
Geoffrey Michael Knocker (sementara)
A. E. S. McIntosh (sementara)
D. A. Mackay
Jules Martin
Foo See Moi
No comments:
Post a Comment