Tuesday, February 3, 2015

042 NEGERI 11: SARAWAK BUMI KENYALANG

.
SARAWAK
  BUMI KENYALANG 

Fakta Sarawak:

Ibu Negeri: Kuching
Keluasan: 124,450 km persegi
Penduduk: 2,176,800
Kepadatan: 17.5/km persegi

Negeri ke 11 dalam Malaysia yang kita ingin kenali ialah Sarawak.  Sarawak ada nostalgia tersendiri dengan diri aku kerana unit operasi yang pertama aku bertugas ialah di TUDM Kuching dari tahun 1981-1983.

SEJARAH SARAWAK

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sejarah Purba

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatra berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa diJohor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Penglibatan Inggeris

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada1839, James Brooke  datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1941, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

Sejarah Moden

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II, Sarawak pada masa kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia.

Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama konfrontasi Indonesia  pada antara 1962 dan 1966. Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentangan daripada sebahagian penduduknya kerana tidak mahu Sarawak diperintah oleh Kerajaan Malaya.

Ringkasan sejarah negeri Sarawak adalah seperti berikut: 

24-09-1841

Sultan Brunei memberikan tanah Sarawak (Limbang) kepada James Brooke (sebagai hadiah atas bantuan Brooke)
1855

Sarawak mendapat kemerdekaan dari Brunei
17-03-1888

Sarawak diletakkan di bawah perlindungan British
16-12-1941
11-11-1945 
Pendudukan Jepun
11-09-1945
14-04-1946 
Di bawah pentadbiran Tentera Australia
1-07-1946

Diletakkan di bawah jajahan British
16-09-1963

Menyertai Malaysia (selepas Suruhanjaya Cobbold)


RAJAH SARAWAK

24-09-1841
11-06-1868 
Sir James Brooke
11-06-1868
17-05-1917 
Sir Charles Anthoni Johnson Brooke          
17-05-1917
25-12-1941 
Sir Charles Vyner de Windht Brooke
25-12-1941 
00-08-1945 
Pendudukan Jepun
16-12-1941
00-09-1942
Kiyotake Kawaguchi 
00-09-1942
00-12-1944
Masataka Yamawaki
00-12-1944
00-08-1945
Masao Baba
14-04-1946
1-07-1946 
Sir Charles Vyner de Windht Brooke


 
James Brooke


Charles Anthoni Brooke


Charles Vyner Brooke

   
Kiyotake Kawaguchi dan Masataka Yamawaki 

Masao Baba

GABENOR SARAWAK (BRITISH)

29-10-1946
00-00-1949
Sir Charles Noble Arden-Clarke  
14-11-1949
10-12-1949
Sir Duncan George Stewart   
10-12-1949
00-00-1950
Christopher William Dawson        
00-00-1950
00-00-1959
Sir Anthony Foster Abell
23-02-1960
15-09-1963
Sir Alexander Nicol Anton Waddell 


Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli Dhoby dilahirkan pada tahun 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak.


Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching. Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.

Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.


GABENOR/YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK (MALAYSIA)

16-09-1963
02-04-1969 
Tun Datuk Hj Abang Openg bin Abang Sapie 
02-04-1969
02-04-1977 
Tun Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Hj Othman       
02-04-1977
02-04-1981 
Tun Datuk Patinggi Abang  Mohamad Salahuddin bin Abang Barieng
02-04-1981
02-04-1985 
Tun Datuk Patinggi Hj Abdul Rahman bin Yakub 
02-02-1985  
04-12-2000 
Tun Datuk Patinggi (Dr) Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamad Noor 
04-12-2000
27-12-2011
Pehin Tun Datuk Patinggi Abang  Mohamad Salahuddin bin Abang Barieng (kali ke2)

27-12-2011
10-02-2012
Datuk Amar Mohamad Asfia bin Awang Nassar (Pemangku)

10-02-2012
kini
Pehin Tun Datuk Patinggi Abang  Mohamad Salahuddin bin Abang Barieng 






KETUA MENTERI SARAWAK




22-07-1963

16-06-1966

Datuk Stephen Kalong Ningkan 

17-06-1966

07-09-1966  

Datuk Penghulu Tawi bin Seli           

07-09-1966

23-09-1966

Datuk Stephen Kalong Ningkan 

23-09--1966

07-07-1970  

Datuk Penghulu Tawi bin Sili           

07-07-1970 

26-03-1981 

Datuk Patinggi Abdul Rahman bin Yakub (Tun)

26-03-1981

28-02-2014

Pehin Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud  

28-02-2014

11-01-2016

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan bin Hj Satem  

11-01-2016

kini

-  

-

-

-  



EVOLUSI BENDERA SARAWAK

  
[Flag of Sarawak 1841-1848]
1841 - 1848

[Flag of Sarawak 1848-1870]  

1848 - 1870


[Sarawak 1870-1946 (Malaysia)]
1870 - 1941

[Sarawak Crown Colony 1947-1963 (Malaysia)]

1947 - 1963



[Flag of Sarawak 1963-1973]  

1963 - 1973 


[Sarawak (Malaysia) 1973-1988]

1973 - 1988




1988 - KINI


PENTADBIRAN

BAHAGIAN DALAM PENTADBIRAN SARAWAK

Pertama (Kuching)
            Bau
            Lundu
            Serian

Kedua (Sibu)
            Sibu

Ketiga (Sarikei)
            Simunjan

Keempat (Sri Aman)
            Sri Aman
            Lubuk Antu

Kelima (Miri)
            Miri
Subis

Keenam (Limbang)
            Marudi
            Lawas

Ketujuh (Bintulu)
            Maradong
            Julau

Kelapan (Samarahan)
            Asajaya
            Muara Tuang

Kesembilan (Kapit)
            Belaga
            Kapit

Kesepuluh (Mukah)
            Matu Daru


Kesebelas (Betong)
            Betong
            Saratok

MAJLIS DAERAH

  • Lubuk Antu
  • Lundu
  • Maradong dan Julau
  • Marudi
  • Matu dan Daru
  • Samarahan
  • Saratok
  • Sarikei
  • Serian
  • Simunjan
  • Sri Aman
  • Subis


PIHAK BERKUASA TEMPATAN


Bandaraya

Dewan Bandaraya  Kuching Utara
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Majlis Bandaraya Miri


Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Sibu
  • Majlis PerbandaranPadawan
  • Majlis Perbandaran Bintulu

Pelabuhan Antarabangsa
  • Kuching
  • Bintulu
  • Miri
  • Rajang

Pelabuhan Domestik
  • Sarikei
  • Mukah

Lapangan Terbang Antarabangsa
  • LTA Kuching

Landasan Terbang  Domestik
  • Sibu
  • Bintulu
  • Miri
  • Limbang
  • Kapit
  • Sarikei
  • Bario
  • Ba Kelalan

Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Taman Negara Mulu
  • Taman Negara Niah
  • Taman Negara Bako
  • Taman Negara Similajau
  • Taman Budaya Santubong
  • Gunung Santubong
  • Muzium Kuching
  • Fort Margeratha
  • Kuching Waterfront
  • Gua Angin
  • Gua Pari
  • Pasar Satok
  • Lambir Hills National Park
  • Taman Negara Batang Air
  • Taman Negara Kubah
  • Taman Hidupan Liar Matang
  • Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semengguh
  • Air terjun Sungai Cina
  • Taman Ranchan (Ranchan Pool)

Kem Tentera
  • Kem Penrissen, Kuching
  • Kem Oya, Sibu
  • Kem Batu 3, Sibu (Markas 9 Briged)
  • Kem Paket, Sri Aman
  • Kem Sri Miri
  • Kem Tasik Biru, Bau
  • Kem Pending
  • Kem Semenggok
  • Kem Muara Tuang
  • Pangkalan TLDM Sibu (KD Sri Rejang)
  • Pangkalan TLDM Kapit
  • Pangkalan Udara Kuching
  • Skn 330 Samarahan
  • TUDM Gunung Ngili 

Pusat Pengajian Tinggi

  • Universiti  Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Teknologi MARA (Kampus Samarahan)
  • Curtain University of Technology Sarawak
  • Swinburne University of Technology
  • Politeknik Mukah
  • Politeknik Kuching
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Bintulu
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sibu


Projek Pembangunan

Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA)

Sarawak Corridor for Renewable Energy (SCORE)


YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK


Related image
TYT Pehin Tun Datuk Patinggi Abdul Taib bin Mahmud

KETUA MENTERI NEGERI SARAWAK

Image result for abang johari openg
YAB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg
(mulai 13 Jan 2016)

MANTAN KETUA MENTERI

Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem. — Bernama
YB Tan Sri Adenan bin Hj Satem
(28 Feb 2014 - 11 Jan 2016)
(meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan)



Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Pehin Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
(27 Mac 1981 - 28 Feb 2014)

 
Datuk Patinggi Tan Sri Abd Rahman bin Yakub
(7 Jul 1970 - 26 Mac 1981)

Penghulu Tawi Sili  
(7 Sep - 23 Sep 1966) dan 
(23 Sep 1966 - 7 Jul 1970)

Stephen Kalong Ningkan
(22 Jul 1963 - 16 Jun 1966) dan
(7 - 23 Sep 1966)



ALBUM SARAWAK

BURUNG KENYALANG

RUMAH PANJANG

ORANG PENAN

Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai satu ratus dua puluh tujuh ribu orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.

Sarawak mempunyai 112 etnik, setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorang setiap kelompok etnik membentuk identit kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.  Di antara kaum etnik yang mempunyai komuniti yang agak besar ialah:
  • Iban (Dayak Laut)
  • Dayak Darat
  • Bidayuh
  • Dayak Kajang
  • Punan
  • Sekapan
  • Lahanan
  • Kejaman
  • Dayak Orang Ulu
  • Penan
  • Kayan
  • Kenyah
  • Bisaya
  • Murut
  • Kelabit
  • Buga Kantu
  • Memaluh
  • Mualang
  • Ambawang
  • Sebaru 
  • Beketan 
  • Seru
  • Lun Bawang 
  • Bangkit
  • Rajang 
  • Tanyung 
  • Muluku 
  • Kuak 
  • Kayung 
  • Jagui 
  • Dempu 
  • Singai 
  • Kuap 
  • Beru 
  • Semai 
  • Sibau 
  • Berawan 
  • Tatau
  • Melayu Sarawak
  • Bukitan
  • Dusun
  • Kedayan
  • Kelabit
  • Kayan
  • Kenyah
  • Sabup
  • Sipeng
  • Kajang
  • Sekapan
  • Kejaman
  • Lahanan
  • Tanjong
  • Kanowit
  • Lugat
  • Lisum
  • Melayu
  • Melanau
  • Murut
  • Sihan
  • Tagal
  • Tabun
  • Ukit.


BANDAR KAPIT

PERTANIAN TANAH TINGGI- BARIO

PEJUANG KEMERDEKAAN- ROSLI DHOBI

3 comments:

  1. Banyak maklumat tidak tepat.Sejarah yang mengabaikan Sejarah Dayak sebagai Orang asli di Sarawak Borneo sendiri.Orang Melayu hanya berhijrah ke Sarawak dan membina penempatan di Santubong sejaka kurun ke 15 sahaja.Sebelum itu santubong itu adalah penempatan kaum orang asal Dayak Iban sendiri.Nama santubong itu berasal dari bahasa Iban yang bermaksud Keranda.Orang Iban yang bagi nama .
    Sejarah siapa saja boleh cipta tapi fakta sebenar hanya kaum orang asli yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teriam kasih atas komen. Saya bukan pengkaji hanya merujuk maklumat yang sedia ada, Mungkin tuan boleh berusaha untuk menulis tentang sejarah Sarawak yang lebih tepat untuk memperbetulkan persepsi umum.
      Apun pun sejarah sentiasa bertambah. IKut sejarah Riau Lingga, Batam, Songkhla, Narathiwat adalah wilayah Malaysia...Namun keadaan dan tindakan pada masa tu telah mengubah segala2nya.
      Kebanyakannya ialah kerana kebodohan bangsa kita sendiri yang mudah dirasuah.

      Delete
    2. sorry pok...Sarawak pesisiran laut ya nang tanah urang Melayu dan Melanau...sedangkan Sarawak pendalaman adalah tanah dayak..jangan nak memandei madah kmk org pendatang....mun sik kerana Brookes raja gila tanah,kemaruk tanah,sikkan ada wilayah pendalaman masok dalam Sarawak...bebalit kesah Santubong....sik cukup bukti nama Santubong ya diambik oleh nama bahasa iban..mun mena sekalipu. santubong ya asal iban kenak sikda kubo iban sia???

      Delete