Monday, February 2, 2015

MTA 016 : STESEN KERETAPI TANAH MELAYU

Image result for kluang railway station
S T E S E N  K E R E T A P I
T A N A H  M E L A Y U 

Awal-awal lagi aku mengaku bahawa sebahagian besar gambar dalam blog ini adalah disalin dari blog milik zacky eusoff (zkeretapi.blogspot.com). TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KE ATAS USAHA SAUDARA ZACK. 

Apa kena mengena keretapi dengan perjalanan hidupku?  Mesti ada, mesti ada.

Kali ini aku ingin mengimbau pengalaman lama yang juga telah lama aku tidak merasai, iaitu perjalanan menggunakan keretapi. Perjalananku dengan keretapi hanya melalui dua laluan sahaja, iaitu dari Kluang ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Kali terakhir aku menaiki keretapi ialah pada tahun 1990 semasa aku berpangkat Kapten, itu perjalanan dari KL ke Butterworth.

Aku hanya sedikit sahaja pengalaman perjalanan menaiki koc atau gerabak atau lokomotif KTM Berhad. 
  • 1974 - perjalanan Kluang - Seremban - Kluang untuk menghadiri temuduga kemasukan ke AFATS, Port Dickson. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki keretapi.
  • 1977 - perjalanan KL - Kluang (semasa belajar di UTM)- pulang ke kampung untuk melengkapkan borang Biasiswa.  
  • 1978 -  perjalanan Kluang - KL - Kluang  untuk menghadiri temuduga Lembaga No 3 kemasukan ke Pusat Latihan Pegawai Kedet TJP 34 di MINDEF. Aku lulus temuduga tetapi tidak melapor diri kerana menyambung pengajian ke UTM, Jalan Gurney.
  • 1980 - perjalanan Kluang - KL - Kluang  untuk menghadiri temuduga Lembaga No. 3 kemasukan ke Sekolah Pegawai Kedet TJP 37 di MINDEF.
  • 1980 -   perjalanan Kluang - Seremban  untuk melapur diri ke Sekolah Pegawai Kedet panggilan TJP 37 di Port Dickson.
  • 1981 - perjalanan Seremban - Alor Setar untuk melapor diri ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar setelah tamat SPK. 
  • 1981 -   perjalanan Alor Setar - Kluang kerana melapor diri ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang kerana terpilih manjalani latihan helikopter. 
Stesen KTM (lama) Kluang
 Pelantar di Stesen KTM (lama) Kluang 
 Kluang Rail Coffee di Stesen KTM Kluang amat paling popular


Pengalaman selanjutnya adalah setelah aku ditauliahkan (di Kluang) kerana gagal latihan penerbangan di Kluang. Aku beberapa kali dapat menaiki keretapi menggunakan waren perjalanan Kerajaan untuk tugas rasmi atau cuti tahunan. Ini bermakna sepanjang hidup aku tidak pernah menaiki keretapi dengan menggunakan duit sendiri.

Dalam ATM (tentera) peluang menaiki keretapi biasanya melibatkan pegawai berpangkat Mejar ke bawah sahaja.  Apabila telah berpangkat Lt Kol ke atas, kaedah pengangkutan adalah sama ada menaiki kereta jabatan, staff car atau menaiki pesawat (CATW).


SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN JALAN 
KERETAPI TANAH MELAYU

1.    1882  : Rel keretapi pertama mula dibina dari Taiping ke Port Weld (kini  bernama Kuala Sepetang).

2.   1885 :  Rel keretapi antara Taiping ke Port Weld sepanjang 13.28 km disiapkan dan dibuka pada 1 Jun 1885 berfungsi membawa hasil bijih timah dan getag dari Taiping ke pelabuhan Port Weld untuk dibawa ke Eropah oleh penjahaj British. Laluan ini ditutup pada tahun 1970an kerana tidak lagi berekonomi.

3.   1886 : Rel keretapi kedua siap dibina pada 15 September antara Kuala Lumpur ke Klang dan Port Sweetenham (Pelabuhan Klang).

4.   1891 : Rel dari Sungei Ujong (Seremban) ke Port Dickson siap dibina pada bulan Julai.

5.   1892 : Rel dari Kuala Lumpur ke Rawang disiapkan dan diikuti oleh rel dari Telok Anson (Teluk Intan) ke Tapah Road disiapkan pada tahun berikutnya..

6.   1896 : Jabatan Keretapi Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.

7.   1899 : Pembinaan laluan rel dari Prai ke Bukit Mertajam disiapkan dan pembukaan Victoria Railway Bridge yang menyeberangi Sungai Perak pada tahun 1900.

8.   1902 : Pembukaan rel keretapi dari Seremban ke Port Dickson.

9.   1903 : Rel keretapi dari Tank Road ke Woodlands (dalam Singapura) siap dibina begitu juga dengan lengkapnya laluan rel dari Prai ke Seremban.

10. 1905 : Rel keretapi dari Tampin ke Melaka siap dibina (musnah semasa serangan Jepun 1942). Manakala tahun 1906 laluan rel dari Seremban ke Gemas disiapkan.

11. 1909 :  Laluan rel dari Gemas ke Johor Bahru dibuka dan dengan itu jajaran rel keretapi Pantai Barat Malaya antara Prai  dengan Johor Bahru telah disiapkan.

12. 1910 : Rel pertama jajaran keretapi pantai timur antara Gemas dan Bahau siap dibina. Laluan ini disambung ke Tembeling pada tahun 1913 dan sampai ke Kuala Lipis pada tahun 1917. Pada tahun 1914, laluan dari Tumpat ke Pasir Mas di Kelantan telah disiapkan. 

13. 1915 : Laluan rel dari Prai ke Alor Setar mula dibina pada tahun 1912 telah disiapkan pada bulan Oktober.

14. 1918 : Laluan rel dari Alor Setar ke Padang Besar disiapkan, maka dengan ini keseluruhan jajaran Pantai Barat dari Johor Bahru ke Padang Besar telah dilengkapkan.

15. 1923 : Keretapi barang pertama menyeberangi Tambak Johor pada 17 September, manakala keretapi penumpang pada 1 Okt tahun yang sama.

16. 1931 : Laluan rel dari Pasir Mas ke Kuala Lipis (melalui Kuala Krai dan Gua Musang) disiapkan secara berperingkat dan diakhir dengan penyaiapan laluan rel dari Gua Musang ke Kuala Gris disiapkan. Pada tahun 1931, maka lengkaplah jajaran rel keretapi pantai timur antara Tumpat ke Gemas.

Stesen Keretapi (lama) Taiping (1884)
Stesen Keretapi (lama) Port Weld (1885)

FAKTA KTM

Beberapa fakta mengenai rel KTM adalah:

(1)   Landasan keretapi pertama dibina di Tanah Melayu pada tahun 1882 dan beroperasi mulai 1 Jun 1885 antara Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 8.25 batu (13,28 km) - beroperasi sehingga awal tahun 1970an.

(2)   Keseluruhan panjang rel keretapi KTM ialah 1,699 km.

(3)   Hanya negeri Terengganu sahaja yang tidak mempunyai laluan rel KTM.

(4)   Selain Kuala Terengganu, ibu negeri dalam Tanah Melayu yang tidak mempunyai stesen keretapi ialah Kangar (Perlis), Georgetown (P.Pinang), Shah Alam (Selangor),  Bandar Melaka, Kuantan (Pahang) dan Kota Bharu (Kelantan).

Nota: ketika jajaran rel keretapi ini disiapkan, ibu negeri Selangor ialah Kuala Lumpur, manakala ibu negeri Pahang ialah Kuala Lipis.


Papan tanda Stesen Keretapi Port Weld yang telah dipindahkan ke tempat lain kerana tapak asal telah dicerobohi

STESEN KERETAPI TANAH MELAYU

Dalam blog ini penulis akan meletakkan gambar-gambar setesen keretapi yang dilalui oleh jalan keretapi Tanah Melayu bermula dari Tanjung Pagar,  Singapura (telah pun ditutup pada tahun 2010) kemudian melalui Bukit Timah - Woodlands - menyeberangi Tambak Johor ke Johor Bahru - Kulai -Kluang - Segamat dan Gemas.  Di Stesen Gemas, Negeri Sembilan (bersempadan dengan Johor) rel KTM berpecah dua.  Satu cabang melalui jajaran Pantai Barat Tanah Melayu-melalui Seremban- Kuala Lumpur- Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar dan berakhir di Padang Besar, Perlis (di sini perjalanan boleh diteruskan ke Thailand. Manakala jajaran rel Pantai Timur (tetapi jauh dari kawasan pantai) dari Gemas melalui Bahau - Mentakab - Jerantut - Kuala Lipis- Gua Musang - Kuala Krai - Tanah Merah - Pasir Mas dan berakhir di Tumpat.  Di Stesen Pasir Mas terdapat persimpangan untuk menyeberang sempadan Thailand.

Bagi tujuan maklumat, Perjalanan MAYA saya ini bermula di stesen Padang Besar, Perlis ke aras selatan.

NEGERI PERLIS

 
 
STESEN PADANG BESAR
(dibuka: 1 Mac 1918 dan dibina semula Jan 2013)

HENTIAN TITI TINGGI
(dibuka: 1917 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN KUBANG TIGA
(dibuka: 1917 dan telah ditamatkan operasinya)

 
 
STESEN BUKIT KETERI
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula 2015)

HENTIAN MATA AYER
(dibuka: 1917 dan telah ditamatkan operasinya)


 
 
STESEN ARAU
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula Jan 2014)

HENTIAN JELEMPOK
(dibuka: 1917 dan telah ditamatkan operasinya)


STESEN KTM DI NEGERI KEDAH

 
STESEN KODIANG
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula 2015)

HENTIAN MEGAT DEWA
(dibuka: 1917 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN TUNJANG
(dibuka: 1917 dan ditutup pada 2010)

HENTIAN SUNGAI KOROK
(dibuka: 1917 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN ANAK BUKIT
(dibuka: 15 Okt 1917 dan dibina semula 2015)

 
STESEN ALOR SETAR
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

HENTIAN ALOR BELAT
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya 2010)

STESEN TOKAI
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya 2010)

STESEN KOBAH (PENDANG)
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

HENTIAN BUKIT PINANG
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN JUNUN (LADANG JENUN)
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya 2001)

HENTIAN GUAR CHEMPEDAK
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN GURUN
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN SUNGAI TOK PAWANG
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN BEDONG
(dibuka: 1908-1915 dan ditutup 2001/musnahkan 2010)

HENTIAN MERBAU
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN SUNGAI LALANG
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN SUNGAI PETANI
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)


STESEN KTM DI NEGERI PULAU PINANG

STESEN PINANG TUNGGAL
(dibuka: 1915 dan telah ditutup pada tahun 2000-2003)

HENTIAN KUBANG MENERONG
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN TASIK GELUGOR
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

HENTIAN JARAK
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya 2010)

 
 
STESEN PENANTI
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya 2010)

 
 
STESEN BUTTERWORTH
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN PRAI
(dibuka: 1903 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN BUKIT MERTAJAM
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

 
 
STESEN BUKIT TENGAH
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

HENTIAN ALMA
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

 
 
STESEN SIMPANG AMPAT
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN SUNGAI BAKAP
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasi dalam tahun 1980an)

 
 
STESEN NIBONG TEBAL
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)


KERETAPI BUKIT BENDERA
(BUKAN DI BAWAH KTM)

Kereta api kabel Bukit Bendera atau 'Kereta kabel Bukit Bendera' adalah dua bahagian keretapi bukit yang mendaki Bukit Bendera daripada pekan Air Itam, berhampiran George Town di Pulau Pinang.  Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam. Penumpang mengubah akan bertukar kereta api di stesen titik tengah. Kereta api mungkin akan singgah di stesen perantaraan lain atas permintaan.

Pembinaan kereta api itu di antara 1906 hingga 1923 dengan kos 1.5 juta Selat dolar. Kereta api itu telah dibuka untuk orang awam pada 21 Oktober 1923. Kereta baru ditukar pada 1977.

Sistem kereta api berusia 85 tahun itu menyediakan perkhidmatan sehingga 7 malam setiap hari. Bagi mereka yang tinggal di puncak Bukit Bendera, perkhidmatannya dilanjutkan sehingga 10 malam.
 
 
 


STESEN KTM DI NEGERI PERAK

HENTIAN ULU SEPETANG
(dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN KRIAN ROAD
(dan telah ditamatkan operasinya)

 
 
STESEN PARIT BUNTAR
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

HENTIAN SIMPANG LAMA
(dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN SUNGAI BOGAK
(dan telah ditamatkan operasinya)

 
 
STESEN BAGAN SERAI
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN ALOR PONGSU
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN PONDOK TUNJANG
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN KAMUNTING
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN BUKIT MERAH
(dibuka: 1915 dan ditutup secara rasmi pada 30 Jul 2013)


Stesen Taiping 1885 (stesen tertua di Malaysia)

 
 
STESEN TAIPING
(dibuka: 1885 dan dibina semula 2015)

STESEN AYER KUNING UTARA
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN BUKIT BERAPIT
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN PADANG RENGAS
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

HENTIAN LAWIN
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN KUALA KANGSAR
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN ENGGOR
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN SALAK NORTH
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)


 
STESEN SUNGAI SIPUT
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN RIMBA PANJANG
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN CEMOR
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN TANJUNG RAMBUTAN
(dibuka: 1915 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN TASEK
(dibuka : 1893 dan telah dibina semula dan dinaiktaraf untuk pengangkutan  kargo sahaja)

 
STESEN IPOH
(dibuka: 17 Okt 1893)

STESEN LAHAT
(dibuka : 1893 - sekarang untuk kargo sahaja)

 
STESEN BATU GAJAH
(dibuka: 1893 dan dibina semula 2007)

STESEN BAKAP
(dibuka: 1893 dan telah ditamatkan operasi )

STESEN KOTA BHARU
(dibuka: 1893 dan telah ditutup 19xx )

STESEN MALIM NAWAR
(dibuka: 1895 dan ditamatkan operasi : 2001)

 
STESEN KAMPAR
(dibuka: 1895 dan dinaiktaraf : 2007)

HENTIAN TEMOH
(dibuka: 1893 dan telah ditamatkan operasinya : 1980)

HENTIAN BANIR
(dibuka: 1893 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN TAPAH ROAD
(dibuka: 1893 dan dibina semula 2007)

TAPAH ROAD ARAH KE TELOK INTAN
LALUAN INI TELAH SIAP DIBINA (DIBUKA) PADA 6 SEP1893 DAN KESELURUHAN OPERASI KTM DI LALUAN INI DIHENTIKAN SEPENUHNYA PADA TAHUN 1989 KERANA TIDAK LAGI BEREKONOMI.
https://naktaux.wordpress.com/2012/03/29/sejarah-stesen-keretapi-di-teluk-intan/

STESEN CHANGKAT PETAI

STESEN DEGONG

STESEN CHIKUS

STESEN SUNGEI TUKANG SIDIN

STESEN PERMATANG

STESEN SUNGAI KERAWAI

STESEN TELOK INTAN

 
STESEN TELOK ANSON WHARF (TELOK INTAN)
(dibuka: 1893 dan ditamatkan khidmat (ditutup) pada 1991)

TAPAH ROAD ARAH KE KL SENTRAL

HENTIAN SUNGAI MERBAU 
(dibuka: 1893 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN BIDOR
(dibuka: 1893 dan telah ditamatkan operasinya )

HENTIAN BIKAM
(dibuka: 1893 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN SUNGKAI 
(dibuka: 1903 dan dibina semula 2015)

HENTIAN KLAH
(dibuka: 1893 dan telah ditutup 19xx )

STESEN TROLAK
(dibuka: 1893 dan telah ditutup 19xx )

 
STESEN SLIM RIVER
(dibuka: 1903 dan dibina semula 2007)

 
TESEN BEHRANG
(dibuka: 1903 dan dibina semula 2007)

HENTIAN KELAWAR
(dibuka: 1903 dan telah ditutup 19xx )

 
STESEN TANJUNG MALIM
(dibuka: 1899 dan dibina semula 2007)


NEGERI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

STESEN KALUMPANG
(dibuka:  1894 dan ditutup pada)

STESEN SUNGAI GUMUT
(dibuka:  18XX dan ditutup pada tahun )

STESEN KERLING
(dibuka:  18XX dan ditutup pada tahun )

STESEN KUALA KUBU ROAD
(dibuka:  1900 dan ditutup pada tahun 2008)

STESEN KUALA KUBU BAHRU
(dibuka: 2008)

STESEN RASA
(dibuka:  1900)

STESEN BATANG KALI
(dibuka: 1900 dan dibina semula 2007)

STESEN ULU YAM
(dibuka:  18XX dan ditutup pada tahun )

HENTIAN TAMPIEAN
(dibuka:  18XX dan ditutup pada tahun)

 
STESEN SERENDAH
(dibuka: 1900 dan dibina semula 2007)

STESEN SUNGAI CHOH
(dibuka:  1900 dan ditutup pada tahun )

 
STESEN RAWANG
(dibuka: 1892 dan dibina semula pada tahun 1995)

STESEN KUANG
(dibuka: 1892 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN SUNGAI BULOH
(dibuka:  1892 dan dinaiktaraf pada tahun 1995)

STESEN KEPONG SENTRAL
(dibuka:  Jul 2006)

STESEN KEPONG
(dibuka: 1892)

STESEN SEGAMBUT
(dibuka:  1995)

SEGAMBUT ARAH BATU CAVES

STESEN BATU CAVES
(dibuka: 1905 dinaiktaraf 2010 )

STESEN TAMAN WAHYU
(dibuka: 2010)


STESEN KAMPUNG BATU
(dibuka: 2010)

STESEN BATU KANTONMEN
(dibuka: 2010)

STESEN SENTUL
(dibuka:  2023)

STESEN JALAN IPOH
(dibuka:  2023)

SEGAMBUT ARAH KL SENTRAL

STESEN PUTRA
(dibuka:  1995)

STESEN BANK NEGARA
(dibuka: 1995 dan dinaiktaraf pada tahun 2007)

STESEN BESAR KUALA LUMPUR 
(dibuka: 1886 dan dibina semula 1910 dan dielektrikkan 1995)

 
STESEN KL SENTRAL
(dibuka: 16 Apr 2001)

KL SENTRAL ARAH KE PELABUHAN KLANG

STESEN ABDULLAH HUKUM
(dibuka: 1998)

STESEN ANGKASAPURI
(dibuka: 1995)

STESEN PANTAI DALAM
(dibuka: 1995)

STESEN PETALING
(dibuka: 1886 dan dibina semula/dielektrikkan 1995)

STESEN JALAN TEMPLER
(dibuka: 1995)

STESEN KAMPUNG DATO' HARUN
(dibuka: 1995)

STESEN SERI SETIA
(dibuka: 1995)

STESEN SETIA JAYA
(dibuka: 1995)

STESEN SUBANG JAYA
(dibuka: 1995)

STESEN BATU 3 SHAH ALAM
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN SUNGAI RENGGAM
(dibuka: 1995 dan telah ditamatkan operasi)

STESEN SHAH ALAM
(dibuka: 1995)

STESEN PADANG JAWA
(dibuka: 1995)

STESEN BUKIT BADAK
(dibuka: 1995)

STESEN KLANG
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN TELUK PULAI
(dibuka: 1995)

STESEN TELUK GADUNG
(dibuka: 1995)

STESEN KAMPUNG RAJA UDA
(dibuka: 1995)

STESEN JALAN KASTAM
(dibuka: 1995)

STESEN PELABUHAN KLANG
(dibuka: 1915 dan dibina semula 2015)

STESEN PORT KLANG TERMINAL SOUTH PORT
(dibuka: 1995)

STESEN PULAU INDAH
(dibuka: 1995)

STESEN PORT KLANG TERMINAL WEST PORT
(dibuka: 1995)

KL SENTRAL ARAH KE GEMAS

HENTIAN MID-VALLEY
(dibuka: 2004)

STESEN SEPUTEH
(dibuka: 1995)

STESEN BANDAR TASIK SELATAN
(dibuka: 1995)

STESEN SALAK SELATAN
(dibuka: 1995)

STESEN SERDANG
(dibuka: 1995)

STESEN KAJANG
(dibuka: 1897 dan dinaiktaraf pada tahun 1995 )

STESEN KAJANG 2
(dibuka: 2023)

STESEN UKM (BANGI)
(dibuka: 1995)

STESEN BANGI (PEKAN)
(dibuka: 1902 dan dibina semula pada tahun 1995)


STESEN KTM DI NEGERI SEMBILAN & MELAKA

STESEN BATANG BENAR
(dibuka: 1903 dan dinaiktaraf pada tahun 1995)

STESEN NILAI
(dibuka: 1995)

STESEN LABU
(dibuka: 1903 dan dinaiktaraf pada tahun 1995)

STESEN TIROI
(dibuka: 1995)

 
 
STESEN SEREMBAN
(dibuka: 1903 dan dinaiktaraf pada tahun 1995)

STESEN SENAWANG
(dibuka: 2011)

STESEN SUNGAI GADUT
(dibuka: 2011)

HENTIAN TINGGI
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

HENTIAN PEDAS
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

 
STESEN REMBAU
(dibuka: 1905 dan dinaiktaraf pada tahun 2013)

HENTIAN CHENGKAU
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

STESEN KENDONG
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

HENTIAN TABUH NANING
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

 
STESEN PULAU SEBANG/TAMPIN
(dibuka: 1905 dan dibina semula 1995 dan dinaiktaraf pada tahun 2013)

Nota: Keunikan Stexen Keretapi Pulau Sebang/Tampin. Bandar Tampin terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Malah sempadan kedua-dua Negeri ini membelah dua bandar ini. Mungkin 1/4 dari bandar Tampin terletak di dalam daerah Alor Gajah, Melaka (termasuk kedudukan Stesen Keretapi Tampin dan Stesen Bas Tampin). Bahagian bandar Tampin yang berada dalam Negeri Melaka adalah sebahagian dari pekan Pulau Sebang. Dahulunya, pekan kecil Pulau Sebang ini agak jauh dengan bandar Tampin tetapi pembangunan menyebabkan pekan Pulau Sebang bertambah berkembang maju dan bercantum dengan bandar Tampin.  Walaupun stesen keretapi yang asal merupakan sebahagian bandar Tampin maka, ia dinamakan STESEN TAMPIN.  Atas dasar kedudukan stesen dan pemilikan tanah, Kerajaan Melaka telah membuat desakan kepada KTM supaya nama stesen ini ditukar nama kepada STESEN PULAU SEBANG.  Atas persetujuan kedua-dua Kerajaan Negeri, stesen ini dinamakan STESEN PULAU SEBANG/TAMPIN kemudian dipinda kepada PULAU SEBANG (TAMPIN) dan kini hanya ditulis PULAU SEBANG. 

 
 
 
 


HENTIAN KERU (NEGERI SEMBILAN)
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

 
STESEN TEBONG (MELAKA)
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

HENTIAN SUNGAI DUA (MELAKA)
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

  
 
STESEN BATANG MELAKA
(dibuka: 1906 dan dinaiktaraf pada tahun 2013)

HENTIAN AIR KUNING SELATAN (MELAKA)
(dibuka: 1905 dan telah ditutup mulai 11 Okt 2011)

HENTIAN SUNGAI DUA (MELAKA)
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

HENTIAN KLAMAH (NEGERI SEMBILAN)
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

 
STESEN GEMAS (NEGERI SEMBILAN)
(dibuka:  1 Okt 1905 dan dinaiktaraf pada tahun 2012/2014)

GEMAS KE ARAH JOHOR BAHRU & SINGAPURA


STESEN KTM DI NEGERI JOHOR

STESEN BATU ANAM
(dibuka: 1909 dan telah ditutup)

STESEN BULOH KASAP
(dibuka: 1909 dan telah ditutup)

 
STESEN SEGAMAT
(dibuka: 1 Mac 1908 dinaiktaraf pada 1 Jun 2023)

STESEN GENUANG
(dibuka: 1908 dan telah ditutup)

STESEN TENANG
(dibuka: 1908 dan telah ditutup)

 
STESEN LABIS
(dibuka: 1 Jul 1909 - dibina semula dan dinaiktaraf 30 Ogos 2025) 

STESEN LENEK
(dibuka: 1909 dan telah ditutup)

 
STESEN BEKOK
(dibuka: 1908 dibina semula/dinaiktaraf pada tahun 2024/2025) 

HENTIAN JAGOH
(dibuka: 1909 dan telah ditutup)

HENTIAN BERADIN
(dibuka: 1909 dan telah ditutup)

 
STESEN PALOH
(dibuka: 1905 dan dibina semula dan dinaiktaraf 2024)

HENTIAN BATANG RIDAN
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)


 
STESEN CHAMEK
(dibuka: 1909 dan telah ditutup)

HENTIAN NIYOR
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

 
 
STESEN KLUANG
(dibuka: 1909 dan dibina semula/naik taraf 3 Dis 2024)

  
 
STESEN MENGKIBOL
(dibuka: 1909 dan dibina semula/naiktaraf (untuk freight sahaja) pada tahun 2025)

 
STESEN RENGGAM
(dibuka: 1909 dan dibina semula/naiktaraf 2025)
 
 
STESEN LAYANG-LAYANG
(dibuka: 1909 dan dibina semula/naiktaraf 2025)
  
 
 STESEN SEDENAK
(dibuka: 1909 dan telah ditamatkan operasi)

  
 
STESEN KULAI
(dibuka: 1909 dan dibina semula Mac 2025)

HENTIAN SALENG
(dibuka: 1909 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN SENAI
(dibuka: 1909 dan telah ditamatkan operasi)

STESEN KEMPAS
(dibuka: 1909 dan telah ditamatkan operasi)

 
 
STESEN KEMPAS BARU
(dibuka:  )

HENTIAN TAMPOI
(dibuka: 1909 dan telah ditamatkan operasi)


HENTIAN HOLIDAY PLAZA
(dibuka: 1909 dan telah ditamatkan operasi)

HENTIAN DANGA CITY MALL
(dibuka: 1909 dan telah ditamatkan operasi)

 
 
 
STESEN JOHOR BAHRU SENTRAL
STESEN KTM PALING SELATAN
(dibuka: 21 Okt 2010 )

 
STESEN JOHOR BAHRU (LAMA)
(dibuka: 1932 dan telah ditamatkan operasinya pada 2010 dan  kini merupakan 
MUZIUM KTMB)

STESEN KTM DI SINGAPURA

Stesen Keretapi Tanjung Pagar di Singapura disiapkan pada 2 Mei 1932. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, perkhidmatan KTM diteruskan sehinggalah ia ditamatkan pada 30 Jun 2011 apabila ia dipindahkan ke Stesen Woodlands mulai 1 Jul 2011.  Bagaimanapun perkhidmatan KTM ke Stesen Woodlands telah ditamatkan pada 1 Jul 2015 dan Stesen TerSelatan diambil alih oleh JB Sentral. Manakala perjalanan dari Stesen JB Sentral ke Woodlands digantikan dengan TEBRAU SHUTTLE.

 
 
STESEN WOODLANDS
(dibuka pada 10 Apr 1903 dan ditutup 1 Okt 1923)
digantikan dengan 
WOODLANDS TRAIN CHECKPOINT
(dibuka pada 1 Ogos 1998)
(KINI MERUPAKAN STESEN PALING SELATAN SETELAH PENUTUPAN 
STESEN TANJUNG PAGAR



Bukit Timah Railway Station, Singapore (1).jpg
STESEN BUKIT TIMAH
(JUGA TELAH DITUTUP- BANGUNAN KEKAL SEBAGAI BAHAN SEJARAH)

STESEN JURONG
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

STESEN TANGLIN
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)

STESEN ALEXANDRA
(dibuka: 1905 dan telah ditutup)


STESEN TANJUNG PAGAR
(DIKEKALKAN- PULIHARA SEBAGAI BAHAN SEJARAH) 

STESEN TANJUNG PAGAR SINGAPURA
YANG TELAH DITAMATKAN PERKHIDMATAN MULAI 30 JUN 2011

GEMAS KE ARAH LALUAN PANTAI TIMUR

STESEN KTM DI NEGERI SEMBILAN

HENTIAN LONDAH
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN ROMPIN
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)
  
STESEN JONGKAT
(dibuka: 1905 dan telah ditamatkan operasinya)

 
 
STESEN BAHAU
(dibuka: 1910 dan dibina semula 2019)

STESEN AYER HITAM
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN AYER KERING
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN KTM DI NEGERI PAHANG

 
 
 
STESEN KEMAYAN
(dibuka: 1910 dan sedang dalam proses pembinaan semula)

STESEN MENGKUANG
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

 
 
STESEN TRIANG
(dibuka: 1910 dan dalam proses pembinaan semula)

HENTIAN MENTERI
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN MENGKARAK
(dibuka: 1910 dan dalam proses pembinaan semula)

HENTIAN SUNGAI BELENGGU
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN MENTAKAB
(dibuka: 1910 dan dibina semula/naik taraf 2019)

HENTIAN KERDAU
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN KUALA KRAU (BERA)
(dibuka: 1931)

HENTIAN MAI
(dibuka: 1931 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN JENDERAK
(dibuka: 1931 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN JERANSANG
(dibuka: 1931 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN JERANTUT
(dibuka: 1931)


STESEN TEMBELING
(dibuka: 1931 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN MELA
(dibuka: 1917)

HENTIAN SUNGAI LIK
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN KRAMBIT
(dibuka: 1917)

HENTIAN KUALA LENTANG
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN BATU SEMBILAN
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN SIBAR
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN KUALA LANAR
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN KUALA LIPIS
(dibuka: 1917)


STESEN PADANG TENGKU
(dibuka: 1917)

HENTIAN TELANG
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN BUKIT BETONG
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN KAMPUNG BERKAM
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN DURA
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)


HENTIAN AUR GADING
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN PAYA KELADI
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN CEGAR PERAH
(dibuka: 1910)

STESEN SUNGAI TEMAU
(dibuka: 1910)

HENTIAN KUBANG RUSA
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN TELOK GUNONG
(dibuka: 1910)

STESEN MERAPOH
(dibuka: 1923)

HENTIAN MENTERA BARU
(dibuka: 1938)


STESEN KTM DI NEGERI KELANTAN

HENTIAN LAPAN TUPAI
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

HENTIAN CHIN TECK
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN GUA MUSANG
(dibuka: 1938)

HENTIAN PAN MALAYSIAN
(dibuka: 1931)

HENTIAN SUNGAI KOYAN
(dibuka: 1931)

HENTIAN KAMPUNG SUNGAI SIRIAN
(dibuka: 1931)

HENTIAN SUNGAI SIRIAN
(dibuka: 1931)


HENTIAN LIMAU KASTURI
(dibuka: 1931)

STESEN BERTAM BARU
(dibuka: 1931)

HENTIAN BERTAM
(dibuka: 1931)

HENTIAN JEREK BARU
(dibuka: 1931)

HENTIAN SUNGAI TASIN
(dibuka: 1931)

HENTIAN SRI BINTANG
(dibuka: 1910 )

HENTIAN SRI MAHLIGAI
(dibuka: 1910 )

HENTIAN SRI JAYA
(dibuka: 1910 )

STESEN KEMUBU
(dibuka: 1910 )

 
 
STESEN DABONG
(dibuka: 1910 )

HENTIAN KUALA GRIS
(dibuka: 1910 )

STESEN BUKIT ABU
(dibuka: 1931 )

HENTIAN KAMPUNG BARU BUKIT ABU
(dibuka: 1931)

HENTIAN ULU TEMIANG
(dibuka: 1931)

HENTIAN KAMPUNG BARU SG MENGKUANG
(dibuka: 1931 )

HENTIAN SUNGAI MENGKUANG
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN MANEK URAI
(dibuka: 1931 )

HENTIAN PAHI
(dibuka: 1931 )

STESEN KRAI
(dibuka: 1931)

HENTIAN SUNGAI NAL
(dibuka: 1931 )

STESEN TEMANGAN
(dibuka: 1931 )

HENTIAN PALOH RAWA
(dibuka: 1931 dan telah ditamatkan operasinya)

 
STESEN TANAH MERAH
(dibuka: 1931 )

HENTIAN BUKIT PANAU
(dibuka: 1931 )

HENTIAN SUNGAI KELADI
(dibuka: 1931 )

HENTIAN TOK UBAN
(dibuka: 1931 )

HENTIAN CHICA TINGGI
(dibuka: 1931 )

 
 
STESEN PASIR MAS
(dibuka: 1 Jan 1924 )

STESEN RANTAU PANJANG
(dibuka: 1921 dan telah ditamatkan operasinya)

Nota: Stesen Rantau Panjang adalah satu-satunya stesen keretapi di laluan Pantai Timur yang terkeluar dari laluan utama Pantai Timur (Gemas - Tumpat). Simpang untuk ke Rantau Panjang berada di Stesen Pasir Mas. Lanjutan dari pembangunan hubungan jalanraya yang lengkap, laluan rel keretapi  ini tidak lagi berekonomi. Pada tahun 1982 stesen ini tidak lagi mengambil penumpang dan dikuti oleh kargo pada tahun 2006. Laluan ini dirancang akan dinaiktaraf mulai tahun 2026.

HENTIAN KAMPUNG MACHANG
(dibuka: 1910 dan telah ditamatkan operasinya)

STESEN BUNUT SUSU
(dibuka: 1910 )

STESEN WAKAF BHARU
(dibuka: 1931 dan dibina semula 1965 )

HENTIAN PALEKBANG
(dibuka: 1910  dan telah ditamatkan operasinya pada tahun 1978)

HENTIAN KOK PASIR
(dibuka: 1914 - dalam proses pembinaan semula )

STESEN TUMPAT
(dibuka: 1948 dan dibina semula 2018)
STESEN TUMPAT MERUPAKAN STESEN TERAKHIR LALUAN PANTAI TIMUR 

Dari Stesen Tumpat terdapat perkhidmatan keretapi ke negara Thailand.

Kali terakhir penulis menaiki keretapi setakat 31 Dis 2025 ialah pada November 2015. Penulis sengaja memilih laluan rel untuk melaksanakan tugas rasmi ke Perlis. Pada 1 Nov 15, penulis menaiki Electric Train Service (ETS) dari KL Sentral ke Arau. Setelah selesai menjalankan tugas (menggunakan jalan raya) di Arau, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Taiping, dalam perjalanan pulang pada 3 Nov 2015, penulis menaiki ETS pulang dari Taiping ke KL Sentral.


SEMOGA BERMANFAAT
SALAH SILAP MOHON DIMAAFKAN
4 JAN 2025

Rujukan Utama:
https://www.ktmb.com.my/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_stesen_Keretapi_Tanah_Melayu
https://en.wikipedia.org/wiki/KTM_West_Coast_railway_line
https://railtravelstation.com/ktm-berhad/station-information/northern-line/
https://railtravelstation.com/ktm-berhad/station-information/central-line/
https://railtravelstation.com/ktm-berhad/station-information/pelabuhan-klang-line/
https://railtravelstation.com/ktm-berhad/station-information/southern-line/https://railtravelstation.com/ktm-berhad/station-information/east-coast-line/
https://zkeretapi.blogspot.com/2010/05/stesen-dan-perhentian.html
http://indahrasajmalim.blogspot.com/2012/08/menjejak-keretapi-di-selatan.html
https://great-railway-journeys-malaysia.weebly.com/
Nota: saya memohon maaf jika terdapatbsumber yang tidak dicatatkan di sini kerana terlalu banyak (beratus url) terutamanya blogspot, facebook dan instagram.



1 comment:

  1. Penulis dapat informasi ni dari mana ya. Lebih menarik jika dinyatakan sumber rujukan kerana sangat berguna untuk tujuan kajian dan akademik.

    ReplyDelete