PULAU
LAYANG LAYANG
Pulau Layang-Layang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Spratly. Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah.
Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautikal dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon esklusif) di Laut Cina Selatan. Juga dikenali sebagai Terumbu Layang-Layang (Swallow Reefs).
Kepulauan cecincin (oceanic atoll) Layang Layang timbul hampir 200 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagic) yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah.
Setelah meletusnya konflik ketenteraan antara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya. Vietnam pula bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya.
Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia.
Laut China Selatan merupakan laluan perhubungan antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara 10 yang tercantik di dunia juga antara faktor perairan ini menjadi rebutan.
Ini jelas dengan penempatan yang dibuat oleh Filipina di Terumbu Laksamana yang terletak hanya 26 batu nautika timur laut Terumbu Peninjau dan penempatan Vietnam di Terumbu Perahu yang terletak hanya 35 batu nautika barat laut Terumbu Mantanani.
Terumbu lain yang berdekatan ialah Pulau Kecil Amboyna dan Terumbu Cornwalis yang diduduki oleh Vietnam.
Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, kabinet telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan Malaysia di Perairan Spratly.
Isu tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly di Laut China Selatan di rantau Asia Tenggara masih belum berakhir. Ini kerana selain negara Asean seperti Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.
Inisiatif untuk memiliki Pulau Layang Layang dilakukan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil-alih tampok Kerajaan pada tahun 1981. Beliau telah mengarahkan pembinaan satu 'tugu penanda' yang menunjukkan ia telah diduduki oleh Malaysia. Sejak itu, Tun terus menerus membangunkan dan mewujudkan kedaulatan Malaysia di pulau itu. Pada masa ini Malaysia mempunyai penempatan tetap anggota TLDM yang berpangkalan di situ.
SEJARAH PEMBINAAN
PULAU LAYANG-LAYANG
Pulau Layang Layang menjadi lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan hingga kini.
Penulis telah terbaca perenggan dalam buku Memoir Tun Dr Mahathir 'A DOCTOR IN THE HOUSE' yang mencatatkan bahawa idea untuk menuntut pemilikan pulau-pulau kecil dalam gugusan Spratly Islands ini telah bermula ketika Tun Dr Mahathir mula dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976. Beliau mengutarakan idea kepada Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tun Hussein Onn untuk membina penempatan di Pulau Amboyna Cay. Jarak pulau tersebut lebih hampir dengan pantai Malaysia berbanding Vietnam. Namun cadangan beliau ditolak oleh Hussein kerana enggan mencetuskan konflik dengan negara lain, khususnya Vietnam yang masih dalam mood berperang dengan Amerika Syarikat. Tidak berapa lama kemudian, Vietnam menduduki pulau tersebut. Malaysia terlepas peluang.
Mahathir kemudiannya membawa cadangan kepada kepada Hussein untuk menempati dan menuntut pemilikan ke atas Terumbu Layang Layang. Pada awalnya Hussein bersetuju, namun seminggu selepas itu beliau menarik balik persetujuan tersebut. Mahathir kecewa lagi.
Pada tahun 1981, sebaik sahaja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Mahathir tidak melengahkan masa telah mengarahkan pasukan dari Rejimen Gerakhas Malaysia (Komando) untuk menduduki terumbu itu dan memulakan usaha untuk menjadikannya sebuah pulau.
Sebenarnya Pulau Layang Layang ini pun tidak wujud. Yang ada ketika itu hanyalah terumbu karang. Tetapi hasil usaha dan kesungguhan Tun Dr Mahathir, operasi (kerja-kerja) mengubah terumbu kepada sebuah pulau dinamakan OPERASI TUGU (OP TUGU) telah dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dengan bantuan kapal-kapal TLDM dan pesawat Nuri TUDM. Langkah ini adalah bagi menempatkan bukti fizikal penempatan dan penguasaan terumbu (pulau) berkenaan bagi membuktikan kedaulatan negara ke atas penempatan tersebut.
Nota: Pada 1 Okt 1982, Pasukan Khas Laut (PASKAL) ditubuhkan dan mula mengambil alih penempatan dan penjagaan Pulau Layang Layang.
Kita boleh bayangkan bagaimana siksanya pengorbanan anggota ATM yang terlibat di peringkat awal pembinaan tugu dan menempati terumbu tersebut. Tanpa ada batu pelindung, jauh sekali pohon pokok untuk berteduh, mereka berpayungkan langit dan panahan bahang panas cahaya matahari serta kegelapan malam, mereka tidur di atas ponco di atas karang ketika surut dan digenangi air ketika pasang serta terjahan ombak dan angin Laut China Selatan.
Apabila air laut naik, mereka bersusah payah untuk memanjat kerangka besi scaffolding dan mereka tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan, tiada ketenangan, sentiasa bimbang diharung taufan dan hujan lebat.
Pekerjaan (pembinaan) mereka juga tidak dibantu dengan peralatan jentera berat, hanya peralatan ketukangan asas serta tulang empat kerat.
Dalam proses pembinaan itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan Tentera Darat (jurutera dan komando),TLDM dan penghantaran bekalan dibuat oleh helikopter Nuri TUDM.
Pengorbanan Anggota ATM Menawan Pulau Layang -Layang
Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.
Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina. Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana modula-modula ini dibina di Semenanjung dan tidak di kawasan yang hampir sama ada di Sabah atau Sarawak. Modula-modula ini kemudiannya diletakkan di atas sejenis tongkang atau 'barge' dan di'camouflage' dengan kayu-kayan serta papan lapis.
Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai. Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.
Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur (perlu disahkan kesahihan).
Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui (perlu disahkan kesahihan).
Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu tahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang. Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.
Anggota jurutera TDM di atas kapal TLDM menunggu untuk dipindahkan ke terumbu dengan helikopter Nuri
Helikopter Nuri di atas dek kapal KD Mahawangsa
Anggota awal tim juruteraa dipndahkan dari KD MAHAWANGSA dan diturunkan dengan helikopter Nuri TUDM di atas terumbu
Anggota RAJD memulakan kerja menyediakan tapak pembinaan tugu
berbumbungkan langit dan berdindingkan air dan ombak
beginilah keadaan tempat tidur anggota ATM sebelum pembinaan blok
kediaman tetap disiapkan
pembinaan tugu penanda dimulakan
daratan yang dibina hasil penambakan
tugu yang telah disiapkan ketika air pasang
perwira negara di hadapan tugu yang telah disiapkan
Setelah projek penambakan dan membentuk sebuah pulau,
pesawat Nuri boleh mendarat
projek pembinaan bangunan penempatan kekal tentera
Mahathir membuat lawatan kali pertama
kini sebuah pulau bernama Pulau Layang-layang
Pulau Layang Layang semakin membesar sehingga mampu menempatkan
sebuah landasan terbang
PULAU LAYANG LAYANG HARI INI
Kembali ke peringkat awal hasrat untuk membina sebuah pulau dari sebuah terumbu bernama Terumbu Layang Layang atau Swallow Reef. Lanjutan dari keputusan dan arahan kabinet, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Jurutera Tentera Darat yang mendapati sebahagian sahaja terumbu berada dalam kawasan ZEE yang sesuai untuk didirikan tugu sebagai penanda dan penempatan.
Antaranya ialah Terumbu Layang Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang Layang. Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 80, manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983.
Antaranya ialah Terumbu Layang Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang Layang. Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 80, manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983.
Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang Layang pada tahun 1989, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.
Berikut adalah ringkasan dari pelbagai catatan yang dikumpulkan dari beberapa individu yang tentera yang terlibat dalam operasi berkenaan.
- Awal tahun 1980an dahulu, yang ada terumbu yang timbul semasa air laut surut dan tenggelam apabila air pasang.
- Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, ntelah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menduduki (bagi memperlihatkan penguasaan ke atas terumbu tersebut.
- Personal dari Rejimen Gerak Khas (RGKM) telah ditempatkan di terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera (sebelum PASKAL ditubuhkan pada penghujung tahun 1982).
- Kumpulan pertama seramai 11 anggota mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, dan ketika itu masih belum ada sebarang infrastruktur di sana. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar. Khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan membasahi pakaian dan peralatan yang ada di dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!
- Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak.
- Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya.
- Memancing merupakan hobi untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.
- Disebabkan ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari.
- Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu!
- Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan.
- Pada musim Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari.
- Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!
- Kumpulan ini hanya dibekalkan dengan senjata ringan seperti M16 dan GPMG untuk mempertahankan diri.
- Alat komunikasi yang dibekalkan adalah radio HF TRA 921 dan PRC77. Disebabkan keterbatasan bateri, radio hanya dihidupkan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi dan 8 malam untuk menghantar ‘sitrep’ (situation report) ke Markas di Labuan.
- Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat helikopter Nuri TUDM.
- Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.
- Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.
- Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.
- Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.
- Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.
- Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.
- Misi ini tidak terlepas dari pemerhatian pasukan keselamatan negara jiran, khususnya unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia. Layaknya, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.
- Kali pertama, komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.
- Kali kedua, komando Indonesia pula merapati tongkang dan mereka berjaya naik, tanpa teragak-agak anggota dari kapal TLDM melepaskan peluru mesingan menyebabkan mereka bertempiaran dan terjun ke laut, sama ada terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.
- Akhirnya misi pembinaan Stesen LIMA berjaya disempurnakan.
Begitulah kisah kehebatan, keberanian dan ketaatan anggota ATM yang telah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan wilayah negara yang baru ditemui. Dengan penempatan tentera di terumbu ini, kita berjaya menghalang Vietnam, Filipina dan China untuk menuntut kewujudan terumbu tersebut.
Kemudiannya Kerajaan Malaysia meneruskan projek pemenambak terumbu ini, menggunakan tanah yang diangkut dari negeri Sabah, sehingga Pulau Layang Layang yang ada pada hari ini berkali ganda saiz asalnya, malah mampu menempatkan menempatkan Pangkalan TLDM, markas kawalan tenterasebuat resort serta sebuah landasan terbang yang mampu daratkan pesawat Hercules C130 dan pesawat tempur.
Kini Pulau Layang Layang adalah kubu pertahanan utama kita di Laut China Selatan, mengawas laut ZEE. Layang Layang wujud ketika China menuntut seluruh Laut China Selatan hingga ke pesisir Sabah dan Sarawak.
Tujuan Utama Pembinaan
3. Kubu Pertahanan Strategik: Menempatkan pangkalan tentera, termasuk menubuhkan Stesen Lima oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
4. Memperluas Sempadan Maritim: Mengukuhkan hak perundangan antarabangsa ke atas perairan sekitar yang kaya dengan hasil laut dan sumber asli.
INSIDEN DI STESYEN LIMA
Oleh kerana perbatasan Layang Layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil. Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam.
Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.
Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China. Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketegangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap diambil.

dahulu
kini
Malaysia kemudiannya menggugurkan tuntutan ke atas Terumbu Semarang Barat Kecil sebagai langkah menjaga hubungan persahabatan dan menghormati Negara Brunei Darussalam yang turut menuntut twerumbu ini.
Sebuah agensi pelancongan telah dibenarkan dan dipertanggungjawabkan untuk memajukan pulau ini sebagai destinasi pelancongan.
Komposisi Wilayah Baru Malaysia di Kepulauan Spratly
PULAU LAYANG LAYANG
(STESEN LIMA)
Keluasan: 0.1 km2 (0.039 bt2)
Panjang: 1.2 km (0.75 mi)
Lebar: 0.02 km (0.012 mi)
Bermula dengan Terumbu Layang-Layang atau Swallow Reef (English) atau Celerio (Filipina) atau Da Hoa Lau (Vietnam) atau Dan Wan Jiao (China)
Layang Layang merupakan pulau ke 11 terbesar dalam gugusan Kepulauan Spratly. Ia terdiri daripada beting pasir tanpa pokok serta batuan setinggi sehingga 3 meter yang mengelilingi sebuah lagun. Malaysia telah menetapkan sempadan laut wilayah di sekitar pulau ini dan Amboyna Cay. Lebih kurang 70 orang anggota tentera ditempatkan di sini untuk menyelenggara rumah api. Ia dilengkapi dengan pelabuhan perikanan dan sebuah pusat peranginan menyelam dengan 15 buah bilik, serta mempunyai landasan kapal terbang sepanjang 1.5 km. Kawasan daratannya kini merupakan hasil daripada kerja-kerja penambakan, menjadikannya pulau buatan manusia yang pertama di Spratly. Ia telah diduduki sejak tahun 1983.
Layang Layang merupakan pulau ke 11 terbesar dalam gugusan Kepulauan Spratly. Ia terdiri daripada beting pasir tanpa pokok serta batuan setinggi sehingga 3 meter yang mengelilingi sebuah lagun. Malaysia telah menetapkan sempadan laut wilayah di sekitar pulau ini dan Amboyna Cay. Lebih kurang 70 orang anggota tentera ditempatkan di sini untuk menyelenggara rumah api. Ia dilengkapi dengan pelabuhan perikanan dan sebuah pusat peranginan menyelam dengan 15 buah bilik, serta mempunyai landasan kapal terbang sepanjang 1.5 km. Kawasan daratannya kini merupakan hasil daripada kerja-kerja penambakan, menjadikannya pulau buatan manusia yang pertama di Spratly. Ia telah diduduki sejak tahun 1983.
Ia merangkumi lima stesen yang pada asalnya dibina di atas atol terpencil; stesen yang paling maju kini telah diperluas menjadi sebuah pulau yang lengkap dan menjadi lokasi menyelam yang popular di rantau ini. Keadaan ini berbeza dengan sejarah awal Pulau Layang Layang, yang mula didiami manusia tiga tahun selepas tugu penanda didirikan di atas atol karang tersebut pada 21 Jun 1980, iaitu apabila 18 anggota PASKAL yang tabah mendarat pada bulan Mei 1983 untuk membina perkhemahan pertama sambil mengharungi cabaran cuaca dan persekitaran. Lokasi ini dinamakan 'Wisma Kaki Langit' kerana pada masa itu, satu-satunya infrastruktur yang tersedia hanyalah sebuah pad helikopter untuk pemindahan anggota, manakala para tentera terpaksa berkhemah di kawasan terbuka di atas terumbu karang yang gondol. Apabila stesen tentera laut yang sebenar dibina enam tahun kemudian—melibatkan pembinaan sebuah bangunan kecil yang menggabungkan ruang kediaman dan operasi—keputusan turut dibuat untuk membangunkan pulau yang telah diperluas daripada atol asal itu sebagai tarikan pelancong, demi memanfaatkan potensi pelancongan pulau tersebut.
Rondaan di sekitar pulau itu dijalankan oleh anggota tentera laut menggunakan bot penyerang CB90H serta bot peronda yang lebih besar dan laju. Beberapa pucuk meriam anti-kapal dan anti-pesawat ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu di pulau itu, manakala anggota TUDM mengendalikan sistem pertahanan udara Starburst bagi menangani ancaman serangan udara pada altitud rendah.
TERUMBU UBI
(STESEN UNIFORM)
Terumbu Ubi atau Ardasier Reef (English) atau Antonio Luna (Filipina) atau Bai Kieu Ngua (Vietnam) atau Guangxingzai Jiao (China)
Terumbu ini hanya muncul di atas permukaan air semasa air surut. Ia mengelilingi sebuah lagun. Mempunyai beberapa kawasan berpasir. Ditempatkan beberapa orang anggota tentera. Mula diduduki (kawalan tentera) sejak tahun 1986.
Terumbu Ubi atau Stesen Uniform merupakan salah satu stesen yang pembinaannya dimulakan pada pertengahan tahun 1980an bagi tujuan pemantauan dan perlindungan perairan wilayah di sempadan antarabangsa. Pembinaan yang mengubah terumbu ini menjadi sebuah pulau dimulakan pada awal tahun 1986 oleh Malaysian Shipping Engineering Corporation.
Pada peringkat awalnya, stesen ini hanyalah sebuah modul yang dibina di atas sebuah tongkang berukuran 60 meter panjang dan 30 meter lebar yang ditambat di atas Terumbu Ubi (Terumbu Ardasier), iaitu terumbu yang dikatakan terbesar dalam Gugusan Semarang Peninjau. Stesen ini dibuka secara rasmi pada 16 April 1986 dan terletak 16 batu nautika di barat daya Stesen Lima serta 25 batu di selatan Stesen Mike.
Pada tahun 2000, stesen ini diperbesarkan melalui kerja-kerja penambakan di sekitar lembangan lagun, dan satu saluran dibina bagi membolehkan Bot Tempur CB90 milik Tentera Laut masuk serta berlabuh di stesen tersebut dengan selamat. Sebuah suar juga dibina kira-kira satu batu di sebelah timur stesen sebagai panduan bagi bot-bot yang memasuki lagun, manakala sebuah boya ditempatkan di tengah-tengah lagun untuk membantu proses pelabuhan bot-bot tersebut. Secara keseluruhannya, aset Stesen Uniform telah dipertingkatkan dengan ketara bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi stesen berkenaan.
TERUMBU SIPUT
(STESEN SIERRA)
Terumbu Siput atau Erica Reef (English) atau Gabriela Silang (Filipina) atau Boji Jiao (China)
Struktur ini hanya muncul di atas permukaan air semasa air surut. Beberapa ketul batu yang terasing di bahagian timur pula kekal berada di atas paras air pasang.
Sejarah penubuhan Terumbu Siput atau Stesen Sierra bermula dengan pembinaan modula jenis tongkang di Pulau Jerjak oleh PSCND. Modula tersebut pada asalnya direka khusus sebagai sebuah vesel terapung bagi memudahkan proses penundaan di laut sebelum ia dilabuhkan di Terumbu Siput. Operasi penundaan itu dijalankan pada bulan April 1999 di bawah kod nama OPS SRI PETALING; modula tersebut ditunda secara sulit bagi mengelakkan perhatian negara-negara jiran dalam satu operasi yang mengambil masa hampir sebulan. Pelayaran dan operasi penundaan itu dilaksanakan dengan pengiringan beberapa buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga tiba di lokasi, dan ia dilabuhkan pada jarak kira-kira 16 batu nautika di barat daya Stesen Mike.
Pemilihan lokasi dan penempatan modul dilakukan semasa air pasang bagi memudahkan proses pelabuhan ketika air surut; setelah kedudukannya didapati memuaskan, modul itu didaratkan serta diisi dengan simen dan batu-batan bagi mengukuhkan kedudukannya. Kerja-kerja ini siap sepenuhnya pada awal Mei 1999 dan dinamakan Stesen Sierra secara rasmi pada 10 Mei 1999.
Pada peringkat awal operasinya, dinyatakan bahawa modul tersebut dibina untuk tujuan penyelidikan marin dan saintifik bagi mengurangkan tekanan serta salah faham dalam kalangan negara-negara yang turut membuat tuntutan wilayah. Keselamatan stesen itu kemudiannya diperkukuh melalui pelanjutan OPS SRI PETALING bagi tujuan pemantauan dan pertahanan, demi melindungi stesen tersebut daripada sebarang ancaman, khususnya daripada negara-negara yang membantah kehadiran Malaysia di pulau kecil itu.
TERUMBU PENINJAU
(STESEN PAPA)
Terumbu ini hanya muncul di atas permukaan air semasa air surut. Beberapa batu besar di bahagian hujung barat kelihatan semasa air pasang dabn ia mengelilingi sebuah lagun.
Sebagaimana Stesen Uniform, modula Stesen Papa juga dibina oleh PSCND; yang dibina sebagai sebuah modul yang dibina di atas tongkang besar dan ditunda ke lokasi tetapnya di Terumbu Peninjau dalam OPS SRI PETALING pada awal April 1999, sebelum ditambat di tengah-tengah Terumbu Peninjau, terletak 70 batu ke arah timur laut dari Stesen Lima. Kerja-kerja menambat modul tersebut di terumbu terbesar dalam kalangan stesen-stesen berkenaan telah disiapkan, dan ia kemudiannya dibuka secara rasmi pada 10 Mei 1999. Stesen Papa turut diisytiharkan sebagai stesen penyelidikan saintifik maritim bagi mengurangkan tekanan daripada pihak-pihak yang membuat tuntutan, serta dilindungi seperti Stesen Sierra bagi menghadapi sebarang ancaman daripada pihak penuntut lain.
TERUMBU MANTANANI
(STESEN MIKE)
Terumbu Mantanani atau Mariveles Reef (English) atau Mariveles (Filipina) atau Bai Da Ki Van (Vietnam) atau Nan Hai Jiao (China)
Terumbu Mantanani atau Station Mike ini merupakan sebuah pulau (beting) pasir dengan ketinggian 1.5–2 meter yang dikelilingi oleh dua lagun; sebahagian daripadanya kekal berada di atas paras air walaupun ketika air pasang. Beberapa anggota tentera telah mula ditempatkan di situ sejak tahun 1986.
Terumbu Mantanani atau Station Mike ini merupakan sebuah pulau (beting) pasir dengan ketinggian 1.5–2 meter yang dikelilingi oleh dua lagun; sebahagian daripadanya kekal berada di atas paras air walaupun ketika air pasang. Beberapa anggota tentera telah mula ditempatkan di situ sejak tahun 1986.
Sebuah modul habitat yang dibina oleh Malaysian Shipping Engineering Corporation dilabuhkan di atas terumbu tersebut pada pertengahan bulan September 1986 dan dirasmikan tiga bulan kemudian. Station Mike yang sepanjang 44 meter itu terletak kira-kira 35 batu nautika di utara Station Lima dan berhampiran dengan penempatan Vietnam di Amboyna Cay, yang jaraknya hanya 40 batu nautika. Walau bagaimanapun, pada 18 Mei 1994, kawasan di sekitar pulau kecil itu telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan, kemungkinan disebabkan oleh kedudukannya yang sangat hampir dengan pasukan pihak lawan.
TERUMBU LAYA
Terumbu Laya atau Dallas Reef (English) atau Rajah Matanda (Filipina) atau Guangxing Jiao (China) atau da Soui Cat (Vietnam).
Struktur semula jadi terumbu ini adalah hanya kelihatan dipermukaan laut ketika air surut. Ia mengelilingi sebuah lagoon. Terdapat elemen kawalan tentera ditempatkan di terumbu ini yang dibuka sebagai destinasi pelancongan.
TERUMBU SEMARANG BARAT KECIL
Terumbu Semarang Barat Kecil atau Louissa Reef (English) atau Nantong Jiao (China).
Terumbu Semarang Barat Kecil ialah sebuah terumbu karang yang terletak di bahagian selatan Kepulauan Spratly. Terumbu ini berbentuk bujur, dengan ukuran kira-kira 1.5 km (1 batu) dari timur ke barat dan 0.5 km (500 ela) dari utara ke selatan. Walaupun sebahagian besar terumbu ini tenggelam, terdapat bahagian yang muncul semasa air surut dan beberapa ketul batu kecil kekal berada di atas permukaan air walaupun semasa air pasang. Terumbu ini menjulang naik dari kawasan perairan yang sangat dalam membentuk dinding dengan bahagian bawah yang terhakis serta cerun yang curam, dan kaya dengan pelbagai jenis batu karang keras serta lembut.
Satu suar pandu arah (light house) yang dibina oleh Malaysia terletak di bahagian barat daya terumbu ini, manakala batu tertinggi yang kelihatan berada di hujung bahagian tenggara.
Kawasan berlabuh yang selamat agak sukar ditemui dan bergantung pada keadaan angin serta arus, namun terdapat kawasan berpasir di hujung bahagian barat laut dan barat daya. Tempat perlindungan yang sesuai dan boleh diandalkan untuk bot yang terdekat ialah lagun di Pulau Layang Layang, yang terletak sejauh 128 km (80 batu) ke arah timur laut.
Setakat tahun 2014, kawasan terumbu/beting ini dituntut oleh Brunei, China, dan Taiwan. Malaysia sebelum ini pernah menuntut Terumbu Semarang Barat Kecil (Louisa Reef) dan mengendalikan sebuah suar pandu arah konkrit kecil berbentuk obelisk di situ.
Walau bagaimanapun, Malaysia difahamkan telah menggugurkan tuntutannya bagi menghormati tuntutan negara jiran, Brunei, yang menyatakan bahawa terumbu tersebut terletak di atas pelantar benua miliknya.
Nota: Penulis masih keliru dengan gambar Tugu Penanda yang awal dibina di Terumbu Layang Layang dengan Rumah Api di Terumbu Semarang Barat Kecil.
KETEGANGAN DAN KONFLIK ANTARA NEGARA YANG MENUNTUT KEPULAUAN SPRATLY
Insiden yang berlaku pada akhir April 2010 telah menyebabkan kekuatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dikejarkan ke sana.
Negara China sudah mula diperkuat dengan armada laut yang canggih dan pesawat terbaru seperti Sukhoi dan J-10 sudah mula menjalankan gerakan-gerakan untuk menguatkan tuntutannya ke atas kepulauan Spratly dengan lebih agresif.
Penganalisis pertahanan dan sains politik dunia sudah sejak sekian lama meramalkan konflik terbaru yang dijangka lebih hebat dari isu kepulauan Falklands akan meletus di Laut China Selatan, khususnya kerana terdapat tuntutan bertindih di antara China, Vietnam, Filiphina, Indonesia, Brunei dan Malaysia.
Ia bukan sahaja kaya dengan telaga minyak tetapi merupakan sumber makanan dan ekonomi yang penting, ia mewah dengan perikanan.
KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY
Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani. Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.
Subi Reef (China)
Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.
STRATEGI MALAYSIA
Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang Layang menjadi sebuah pulau.
Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly. Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.
Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam. Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.
Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.
Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.
Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.
INSIDEN DI SPRATLY
CHINA vs AMERIKA SYARIKAT
Kepulauan Spratly mempunyai potensi untuk merebak ke konflik yang lebih besar. Pada 8 Mac 2009, lima buah kapal milik China iaitu sebuah kapal perisik, sebuah kapal jabatan laut China, sebuah kapal pengukur laut dan dua buah kapal nelayan laut dalam telah mengelilingi dan membuat gerakan-gerakan yang menganggu perjalanan sebuah kapal milik Amerika Syarikat (AS) iaitu USS Impeccable.
Insiden berlaku lebih kurang 75 batu dari selatan Pulau Hainan menyebabkan berlakunya “pertempuran” kecil dengan menggunakan meriam air (kapal AS ini tidak dilengkapi senjata api). Kelasi China turut menanggalkan seluar dalam mereka dan melontarkan cangkuk untuk merosakkan peralatan survey kapal AS tersebut.
CHINA vs VIETNAM
Pada 14 Mac 1988, satu pertempuran kecil berlaku di antara tentera laut China dan Vietnam dalam satu insiden yang di namakan pertempuran di Terumbu Selatan Johnson. Terumbu Johnson merupakan kawasan yang dikuasai oleh Vietnam (umum mengetahui bahawa Vietnam pernah terlibat dalam peperangan dengan China dan kedua-dua negara ini adalah seteru di antara satu sama lain walaupun China pernah membantu vietnam dalam peperanganya memerangi AS di antara tahun 60an dan 70an dahulu).

Menjelang akhir Januari 1988, Vietnam sudah mula mengesan kehadiran tentera China dan kapal perangnya di terumbu Johnson menyebabkan Vietnam turut menghantar tenteranya sebagai persediaan sebarang kemungkinan dengan seterunya itu.
Pada Mac 13, kapal perang China mengesan kehadiran kapal perang kecil Vietnam dengan nombor penan HQ-604 bergerak ke kawasan terumbu Johnson dan satu lagi kapal perangnya dengan nombor penan HQ-605 bergerak ke terumbu Lansdowne Reef. Kapal perang Vietnam dengan nombor penan HQ-505 pula belayar ke arah Terumbu Collins, tiga pergerakan kapal yang dianggap sebagai pencerobohan ke dalam wilayah China.

Kapal perang China sebelum itu telah pun menurunkan 25 orang askar di kawasan terumbu Johnson dan sebuah lagi kapal perang China telah mendaratkan 33 tentera marin ke kawasan itu. Kapal perang China iaitu Xiantan pula dikejarkan ke Terumbu Lansdowne.
Pada 14 Mac, jam 7.30 pagi, askar Vietnam dilihat sedang cuba menaikkan tiang bendera negara mereka di Terumbu Johnson Selatan. Selepas terjadinya perang mulut di antara askar China dan Vietnam, pertengkaran itu bertukar menjadi pertempuran senjata api dan kapal perang Vietnam iaitu HQ 604 menawarkan tembakan bantuan. Akibatnya, kapal perang China yang berada di kawasan berhampiran bertindak menembak HQ 604 sehingga kapal perang Vietnam itu terbakar dan tenggelam. Di Terumbu Collins, kapal perang Vietnam iaitu HQ 505 turut musnah di tembak kapal perang China.
Di Terumbu Lansdowne, kapal perang Vietnam, HQ 605 turut ditenggelamkan. Melalui kemenangan ini, China berjaya menguasai tujuh terumbu di kawasan itu.
CHINA vs FILIPINA
Pada tahun 1994, insiden pencerobohan yang serupa turut terjadi di antara tentera laut Filipina dengan kapal perang China. Pencerobohan di lakukan oleh kapal perang China ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) milik Filipina.
Kalayaan Island (diduduki oleh Filipina)
Filipina yang diketahui mempunyai armada laut yang paling lemah di kalangan negara Asean bagaimanapun tidak mengarahkan kapal perangnya menembak atau melakukan provokasi ke atas kapal perang China itu. Ini dibuat memandangkan kesanggupan China untuk memusnah atau menggunakan kekerasan ke atas sesiapa sahaja seperti yang terjadi pada Vietnam sedangkan pencerobohan secara jelas di buat oleh China.
Kapal perang Filipina kemudian melarikan diri dari bertembung dengan kapal perang China itu.
CHINA vs MALAYSIA
Insiden yang melibatkan kapal perang dan pesawat milik TUDM ini dilapor berlaku pada akhir April 2010. Ia tidak dilapor dalam mana-mana media tempatan dalam negara tetapi menjadi tajuk utama dalam akhbar di China.
Laporan dari akhbar The Southern Daily (akhbar rasmi komunis China dalam bahasa Cina) bertarikh 1 Mei memberitahu, sekumpulan kapal perikanan China sedang menjalankan aktiviti pelayaran mereka di kepulauan Spratly yang dipanggil Nansha oleh pihak China. Armada kapal-kapal perikanan China ini sebenarnya merupakan strategi China untuk menguatkan tuntutan dan penguasaan mereka ke atas seluruh pentas Laut China Selatan dan khususnya Spratly.
Kapal-kapal perikanan China bukanlah seperti kapal-kapal dari Jabatan Perikanan Malaysia kerana kebanyakkan kapal-kapal perikanan China ini mempunyai keupayaan untuk belayar di laut dalam dan jauh dari pengkalan mereka. Kapal-kapal ini ada di antara berat 1,400 tan sehingga 2,400 tan mempunyai besar yang hampir menyamai kapal korvet. Ada kapal-kapal perikanan laut China ini merupakan modifikasi dari bekas-bekas kapal perang China.
Akhbar The Philippine Star pada tahun 2009 ada menyiarkan hasrat China untuk menggunakan kapal-kapal perikanan yang kelihatan “innocent” ini untuk berlayar di Laut China Selatan. Jurucakap dari kedutaan China di Manila iaitu Hua Ye memberitahu akhbar tersebut bahawa China tidak melanggar atau membuat sebarang provokasi di kawasan tuntutan bertindih memandangkan tidak ada kapal perang yang dihantar berlayar di kawasan yang sedang direbut oleh Vietnam, Filipina dan Malaysia itu serta beberapa buah negara lain kecuali kapal milik jabatan perikanan negara itu.
Beberapa hari sebelum 1 Mei, armada kapal nelayan China telah dihalang secara agresif oleh bot peronda milik Malaysia. Kapal-kapal nelayan China itu dengan diiringi oleh kapal agensi perikanan China sudah lama mencari ikan di kawasan yang sudah ditandai sebagai kawasan tradisi mereka. Bot peronda Malaysia dilihat bertindak agresif dan penuh provokasi apabila muncung meriam di halakan kepada kapal yang paling hadapan di dalam armada kami.
Pada pukul 10.30 pagi, radio kapal nelayan China disergah dengan amaran oleh suara pegawai dari kapal perang Malaysia. ”Chinese fishery fleet, we are Malaysian warships, I hope you will leave.” suara amaran dari kapal perang Malaysia. Armada perikanan China bagaimanapun telah mendapat arahan dari ibupejabat marin untuk mengekalkan haluan dan menambah kelajuan. Tiba-tiba dari jauh kelihatan sebuah kapal perang yang lebih besar dan jelas kelihatan, ia membawa peluru berpandu.
Bot peronda tadi menghampiri bot bernombor 311, anak kapal China melihat kelasi kapal perang bot peronda itu sudah memakai topi besi dan meriam kapal itu dihalakan kepada kapal bernombor 300, suasana tiba-tiba menjadi tegang.
Pada pukul 11.30 pagi, sebuah pesawat terbang Malaysia dilihat terbang mengelilingi armada perikanan China selama 15 minit. Kapal-kapal perang Malaysia seterusnya dilihat mengikuti armada kapal perikanan China sehingga pada pukul 22.30 malam dan keadaan ini berterusan sehingga pada pukul 3 pagi.
CHINA vs INDONESIA
Kapal-kapal China terutama kapal perikanan laut dalam mereka menjalankan aktiviti mencari ikan beribu-ribu kilometer dari kawasan negara mereka. Pada tahun 2005, sebuah kapal perang Indonesia, KRI Tanjung Dalpele berjaya memintas empat buat kapal perikanan China yang mencari ikan secara haram di kawasan lautan Arafura yang terletak di antara Wilayah Papua dan Maluku.
Tiga kapal perikanan milik China itu melarikan diri tetapi sebuah lagi, MV Fu Yuan 123 berjaya ditahan. Sebelum itu, kapal perang Indonesia sudah pun memberi tembakan amaran sebanyak 3 das tetapi kapal perikanan China bertindak agresif dan melakukan manuver yang seakan-akan mahu melanggar KRI Tanjung Dalpele. Akibatnya kapal perang Indonesia itu terpaksa melepaskan tembakan dan membunuh salah seorang kelasi kapal perikanan China.
Tindakan kapal perang tersebut mengundang rasa tidak puas hati Beijing tetapi pemerintah tentera laut Indonesia di Surabaya menjelaskan, tembakan itu dibuat selepas semua prosedur atau “Rules of Engangement” dipatuhi.
KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) -- Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.
Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.
"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.
"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.
F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.
DIINTIP KAPAL SELAM ASING
Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.
Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.
Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.
Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.
Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.
Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?
KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY
Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.
Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.
Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.
China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief. Binaan konkrit 3 tingkat milik China, Ia dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.
Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.
Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.
Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Layang-Layang
https://ms.wikipedia.org/wiki/Terumbu_Ubi
https://en.wikipedia.org/wiki/Erica_Reef
https://en.wikipedia.org/wiki/Investigator_Shoal
https://en.wikipedia.org/wiki/Mariveles_Reef
https://en.wikipedia.org/wiki/Dallas_Reef
https://en.wikipedia.org/wiki/Louisa_Reef
Kemaskini terakhir : 25 Ogos 2026
pergh
ReplyDeleteAda fakta-fakta dimana modul-modul tersebut dibena tidak benar sebab saya terlibat didalam pemasangan sistem komunakasi di dalam modul tersebut di lokasi pembenaan. Seterusnya ke Stn Lima untuk meneruskan kerja-kerja pemasangan, ujian dan penerimaan sistem komunakasi.
ReplyDeleteSekadar pembacaan...
ReplyDeleteAyat "komando terpaksa panjat pokok untuk bermalam" tidak tepat. Tiada pokok di kawasan tersebut, hanya batuan yang timbul ketika air surut.
Pembinaan tugu dan modul bermula tahun 1980 oleh RAJD dibantu Nuri TUDM dan KD Sri Bangi TLDM.
Mereka yang terlibat semasa pembinaan ini mendiami pelantar scaffolding yang dipasang diatas terumbu.
PASKAL mula menduduki Terumbu Layang Layang pada tahun 1983.
TERIMA KASIH DI ATAS TEGURAN TUAN, PENULIS ASAL DI MANA SAYA RUJUK MUNGKIN KURANG TELITI.
Delete