Tuesday, February 3, 2015

MTA 040 : SELANGOR DARUL EHSAN

   SELANGOR DARUL EHSAN  


Penulis memiliki kenangan manis tersendiri di negeri Selangor. Selain memulakan latihan asas kerjaya sebagai Pegawai Bekalan TUDM di TUDM Kinrara di Jalan Puchong, Selangor pada tahun 1981, penulis pernah menetap selama 7 tahun di Shah Alam. Semasa penulis melanjutkan pengajian di ITM Shah Alam mulai bukan Jun 1986, penulis menyewa rumah di Seksyen 17, Shah Alam.

Dua dari enam anak-anak penulis lahir di Selangor, Aisyahnur Abid lahir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 8 Mac 1990 manakala Atikah Nur Ezzaty lahir di rumah No. 28 Jalan 17/14A  pada 6 Jun 1991.

Semasa penulis menyewa rumah di Jalan Pelaga 17/14A, Seksyen 17, penulis sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, khususnya di Surau (Madrasah Al Amin). Penulis pernah menjadi AJK Surau, kemudian Setiausaha Surau. Penulis  juga pernah menjadi Bilal, Pembantu Imam dan juga membuat tugas Pembantu Amil. Satu pengalaman yang tidak dapat penulis lupakan.

Fakta Negeri Selangor


Keluasan: 8,104 km persegi
Penduduk: 7,363,400 (2024)
Kepadatan: 909/km persegi.
Ibu Negeri: Shah Alam
Bandar Diraja: Klang



SEJARAH SELANGOR

Pada abad ke-15, Selangor (daerah Klang) terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka pada tahun 1641, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Negeri Selangor dibuka pada tahun 1745 oleh Daeng Chelak (salah seorang anak Raja dari Tanah Bugis -Sulawesi). Raja Lumu (anak Daeng Chelak) telah dilantik menjadi Raja Selangor yang kemudiannya bergelar Sultan Salehuddin. Kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir (perang saudara) ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang. Pada tahun 1874 Sultan Abdul Samad menerima seorang Residen British, J G Davidson dan secara rasminya Selangor terletak di bawah perlindungan British.

Nama-nama penasihat (Resident) Inggeris di Selangor sejak 1874 adalah seperti berikut:

British Residents
    •  Frank Athelstane Swettenham (Aug 1874 - Dec 1874) - Pemangku
  1. James Guthrie Davidson (20 Jan 1875 - 1 Nov 1875)
  2. William Bloomfield Douglas (20 Nov 1875 - 1 Oct 1882) 
  3. Frank Athelstane Swettenham (2 Oct 1882 - 7 Feb 1884) 
  4. John Pickersgill Rodger (8 Feb 1884 - 8 Jan 1888) 
  5. Frank Athelstane Swettenham (9 Jan 1888 - 31 May 1889) 
  6. William Edward Maxwell (1 Jun 1889 - 16 Mar 1892)
    • Frederick Gordon Penney (3 Apr 1892 - 9 May 1892) - Pemangku
  7. William Hood Treacher (17 Mar 1892 - 30 Jun 1896)
  8. Ernest Woodford Birch (9 May 1892 - 10 Jan 1893) - Pemangku
  9. John Pickersgill Rodger (Jul 1896 - 12 Dec 1901) 
    • Henry Conway Belfield (5 Apr 1897 - 4 Jul 1897),  (4 Oct 1897 - 21 Apr 1898)  & (5 Apr 1899 - 28 Sep 1899) - Pemangku 
    • Robert Sandilands Frowd Walker (29 Sep 1899 - 2 Jan 1900) -  Pemangku 
    • Henry Conway Belfield (3 Jan 1900 - 23 Sep 1901) - Pemangku 
    • Hugh Clifford (1 Oct 1901 - 24 Oct 1901) - Pemangku
    • Edward Marsh Merewether ( 24 Oct 1901 - 18 Jun 1902) - Pemangku 
    • Arthur Reid Venning (19 Jun 1902 - 18 Aug 1902) - Pemangku
  10.  Henry Conway Belfield (18 Aug 1902 - 5 Mar 1911)  
    • James Oliver Anthonisz (18 Jan 1911 - 15 Aug 1911) - Pemangku
    • Douglas Graham Campbell (4 Nov 1903 - 17 Feb 1905),    (10 Nov 1906 - 15 Feb 1907) & (23 Oct 1908 - 29 Jan 1909) - Pemangku
    • Reginald George Watson (6 Mar 1911 - 8 Aug 1913 b. 1862 - d. 1926) - Pemangku
  11. Edward George Broadrick (9 Aug 1912 - 1 Jul 1919)
    • Edmund Burnside (8 Aug 1913 - 20 Aug 1914) - Pemangku 
    • John Richard Oliver Aldworth (7 Jun 1917 - 28 Dec 1917) - Pemangku
    • Arthur Henry Lemon (1 Jul 1919 - 12 Feb 1920) - Pemangku 
    • Oliver Marks (13 Feb 1920 - 12 Dec 1921) - Pemangku
    • Edward Shaw Hose (13 Sep 1921 - 2 Nov 1921)- Pemangku
    • Oswald Francis Gerard Stonor (3 Nov 1921 - 25 Feb 1926) - Pemangku
    • Ralph Scott (25 Oct 1923 - 26 Mar 1924) - Pemangku 
    • Harold Sebastian Sircom (27 Mar 1924 - 9 Apr 1924) - Pemangku
    • Henry Wagstaffe Thomson (20 Dec 1925 - 23 Dec 1926) - Pemangku
    • James Lornie (25 Sep 1926 - 9 May 1931) - Pemangku
    • Andrew Caldecott (3 May 1931 - 24 Mar 1932) Pemangku
    • James William Simmons (25 Mar 1932 - 28 Jul 1932) - Pemangku
  12. Geoffrey Edmund Cator (Jul 1932 - 1933) 
    • George Ernest London (1933 - 1934) - Pemangku 
    • William Douglas Barron (Jan 1935 - 1935) - Pemangku 
  13. Theodore Samuel Adams (Dec 1935 - Dec 1936) 
  14. Stanley Wilson Jones (Jan 1937 - Jun 1940) 
  15. George Montgomery Kidd (Jun 1940 - Aug 1941) 
  16. Norman Rowlstone Jarrett (Aug 1941 - Dec 1941) - Pemangku (Japanese prisoner Dec 1941 - 1945)

  
J.G Davidson dan Frank Swettenham

  
J.P Rodger dan William Maxwell

Pada 1 Julai 1896 Selangor menjadi salah satu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang turut dianggotai oleh negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pada bulan Dis 1942 hingga September 1945 seluruh Tanah Melayu diduduki Jepun.


Japanese Secretaries of the State Administration
  1. Saburō Fujiyama1 Jan 1942 - 7 Mar 1942 
  2. Shinzo Kikuchi (7 Mar 1942 - 11 Apr 1943)
  3. Lt Gen Shōtarō Katayama (20 Apr 1943 - 1945)
Portrait of Lieutenant-General Shoutarou Katayama
Lt Gen Shōtarō Katayama

Setelah Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu ditadbir oleh British Military Administration sehingga penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946. Apabila gagasan malayan Union digagalkan oleh UMNO di bawah pimpinan Dato' Onn, Selangor menyertai penubuhan Persekutuan tanah Melayu pada Feb 1948 dan akhirnya mencapai kemerdekaan dari british pada 31 Ogos 1957.

British Resident Commissioners
    • Senior Civil Affairs Officer (1945 - 1 Apr 1946)
    • George Evans Cameron Wisdom (1 Apr 1946 - 1946) - Pemangku
  1. Claude Wilson Wardlaw (1946 - 1948) 
  2. Arthur Louis Birse (1948 - Feb 1949)
  3. Richard John Froude Curtis (Feb 1949 - 1950)  
  4. Alexander Noel Ross (1950 - Oct 1952
  5. Harold George Hammett (Oct 1952 - 1954
  6. Frederick Victor Duckworth (1954 - 1955)
    • George Shirley Rawlings (Nov 1954 - Mar? 1955) - Pemangku
British Adviser
  1. Frederick Victor Duckworth (1955 - Mei 1956) -  pada bulan Mei 1956, jawatan ini dimansuhkan.
SENARAI SULTAN SELANGOR

Kesultanan Selangor dimulakan oleh Yamtuan Muda Riau yang berasal dari tanah Luwu, Sulawesi (Bugis) bernama
Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak ibni almarhum La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka. Ketika itu Riau adalah sebahagian dari Kesultanan Johor yang diperintah oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor dari tahun 1722 hingga 1760. Daeng Chelak mengetuai penubuhan perajaan di Selangor dengan melantik anaknya Raja Lumu sebagai Raja Selangor pada tahun 1943. Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat pada tahun 1745.

Bermula tahun 1766, Raja Lumu mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah ibni almarhum Yamtuan Muda Riau Daeng Chelak.

Raja Selangor
  1. Raja Lumu ibni Opu Daeng Chelak (1743 - 1766)
Sultan Selangor
  1. Sultan Salehuddin Shah ibni almarhum Yamtuan Muda Riau Opu Daeng Chelak (1766 - 1778)
  2. Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Shah (1778 - 27 Okt 1826).
    • Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah (6 Jan 1857 - 1859) - Pemangku Raja
  3. Sultan Sir Abdul Samad ibni almarhum Raja Abdullah KGMG (1859 - 6 Feb 1898).
  4. Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni almarhum Raja Muda Musa ibni almarhum Sultan Abdul Samad Shah GCMG KCMG CMG KCVO (7 Feb 1898 - 31 Mac 1938).
  5. Tuanku Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah 4 Apr 1938 - 15 Feb 1942) - diturunkan tahta oleh pemerintah Jepun.
  6. Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (15 Feb 1942 - 14 Sep 1945) - dilantik oleh pemerintah Jepun dan diturunkan tahta oleh pihak British setelah Jepun menyerah kalah.
  7. Tuanku Sir Hisamuddin Alam Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah DK DMN DK(Brunei) KCMG (14 Sep 1945 - 1 Sep 1960) - dilantik semula oleh pemerintah British.
    • Tengku Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah (1 Apr 1960 - 1 Sep 1960) - dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila Sultan Hisamuddin dilantik sebagai YDP Agong kedua pada 1 Apr 1960. Bagaimanapun Sultan Hisamuddin mangkat pada 1 Sep 1960.
  8. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah DK DMN SPMS SSSA DKMB(Bru) DK(Tggu) DK(Kel) DK(Joh) DK(Perlis) DK(Ked) DK(NS) DK(Pah) DK(Perak) DUNM SPDK DA PJK (1 Sep 1960 - 21 Nov 2001).
    • Tengku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (27 Apr 1999 - 21 Nov 2001) - dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila Sultan Salahuddin dilantik sebagai YDP Agong ke 11 pada 26 Apr 1999. Bagaimanapun Sultan Salahuddin mangkat pada 21 Nov 2001.
  9. Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK DMN DK(Kel) DK(Tggu) DK(Joh) DK(Pah) DK(Perlis) DK(Perak) DK(NS) SPMS SSIS SPMJ (22 Nov 2001 hingga kini)
SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah 
(2001 - kini)

MANTAN SULTAN SELANGOR

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 
(1960 - 2001)

Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj 
(1945 - 1960)

Almarhum Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah
(1942-1945)

Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj 
(1938 - 1942)

Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
(1898 - 1938)

Almarhum Sultan Abdul Samad Shah
(1859 - 1898)


Selangor mula mempunyai seorang Menteri Besar yang menasihati Sultan dalam aspek pentadbiran negeri pada tahun 1947. Menteri Besar ini dilantik oleh DYMM Sultan.  Mulai 30 Mei 1959 perlantikan Menteri Besar adalah dipilih oleh rakyat berasaskan keputusan pilihanraya umum. 

Berikut adalah senarai nama Menteri Besar Selangor sejak tahun 1947.
  1. Dato Hamzah bin Abdullah (Jun 1947 - 30 Jun 1949)
  2. Raja Uda Al Haj bin Raja Muhammed (Tun) (1 Jul 1949 - Mac 1953)
  3. Dato Othman bin Mohamed (Mac 1953 -  Sep 1954)
  4. Raja Uda Al Haj bin Raja Muhammed (Tun) Sep 1954 - Ogos 1955)
  5. Dato' Dr Abdul Aziz bin Abdul Majid (Tun) (Ogos 1955 -  1956
  6. Dato' Mohammad Ismail bin Abdul Latif (1956 -  Jul 1957)
  7. Dato' Abdul Jamil bin Abdul Rais (Tan Sri) (Jul 1957 - Mei 1959) 
  8. Dato' Abu Bakar bin Baginda (30 Mei 1959 - 19 Mac 1964)
  9. Dato' Hj Harun bin Idris (20 Mac 1964 - 15 Apr 1976)
  10. Dato' Seri Hj Hormat bin Rafei (16 Apr 1976 - 03 Mei 1982)
  11. Dato' Hj Ahmad Razali bin Mohamad Ali (Tan Sri) (4 Mei 1982 - 14 Ogos 1986)
  12. Tan Sri Dato' Hj Muhammad bin Muhammad Taib (14 Ogos 1986 - 14 Apr 1997)
  13. Dato Seri Hj Abu Hassan bin Omar (Tan Sri ) (02 Mei 1997 - 18 Ogos 2000)
  14. Dato Seri Dr Hj Mohamad Khir bin Toyo (19 Ogos 2000 - 12 Mac 2008) 
  15. Tan Sri Dato' Seri Mohd Khalid bin Ibrahim (13 Mac 2008 - 23 Sep 2014).
  16. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (24 Sep 2014 - 18 Jun 2018).
  17. Dato' Seri Amiruddin bin Shari (19 Jun 2018 - kini)

MENTERI BESAR SELANGOR

DATO' SERI AMIRUDDIN BIN SHARI 
(19 JUN 2018 - KINI)

MANTAN MENTERI BESAR

 DATO SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
(24 SEP 2014 - 18 JUN 2018)

TAN SRI ABD KHALID BIN IBRAHIM
(13 MAC 2008 - 22 SEP 2014)

DATO SERI DR MOHD KHIR BIN TOYO
(18 OGOS 2000 - 8 MAC 2008)

TAN SRI ABU HASAN BIN OMAR
(6 JUN 1997-11 OGOS 2000)

TAN SRI MUHAMMAD BIN MUHD TAIB
(14 OGOS 1986 - 14 APRIL 1997)

TAN SRI AHMAD RAZALI BIN MOHD ALI
(3 MEI 1982- 13 OGOS 1986)

DATO HJ HORMAT BIN RAFIE
(15 MAC 1976- 2 MEI 1982)

DATO HJ HARUN BIN IDRIS
(19 MAC 1964 - 114 MAC 1976)

DATUK ABU BAKAR BAGINDA
(30 MEI 1959 - 18 MAC 1964)

TAN SRI ABD JAMIL BIN RAIS
(1958 - 1959)

TUAN MUHAMMAD ISMAIL BIN ABDUL LATIF
(1957-1958)

DR ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID
(1955 - 1957)

DATUK OTHMAN BIN MOHAMMAD
(1953-1954)

RAJA TUN UDA BIN RAJA MOHAMMAD
(1949-1953) dan (1954-1955)

DATO' HJ HAMZAH BIN ABDULLAH
(1947-1949)


PENTADBIRAN NEGERI

Pada tahun 1880 pentadbiran negeri Selangor berpusat di Klang (Kelang) sehingga dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1889. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Feb 1974, ibu negeri Selangor dipindahkan sementara ke Klang sehingga tahun 1978 apabila bandar ibu negeri yang baru, Shah Alam disiapkan.

DAERAH DALAM NEGERI SELANGOR

Selangor mempunyai sembilan buah daerah seperti berikut:
  1. Klang (pejabat daerahnya di Bandaraya Diraja  Klang)
  2. Petaling (Bandaraya Subang Jaya)
  3. Gombak (Selayang)
  4. Sepang (Salak Tinggi)
  5. Kuala Langat  (Banting)
  6. Hulu Langat (Kajang)
  7. Hulu Selangor (Kuala Kubu Bahru)
  8. Kuala Selangor (Kuala Selangor)
  9. Sabak Bernam (Sungai Besar)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya. Empat buah bandar di dalam negeri Selangor telah diiktiraf menjadi Bandaraya iaitu:
  1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
  3. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  4. Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)
Majlis Perbandaran
  1. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  3. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  4. Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
  5. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
  6. Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
  7. Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
Majlis Daerah
  1. Majlis Daerah Sabak Bernam
Pelabuhan Antarabangsa
  1. Pelabuhan Klang (dahulu dikenali sebagai Port Sweetenham) mengandungi 3 bahagian iaitu; Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan. Ia merupakan pelabuhan terawal dan  terbesar untuk Semenanjung Tanah Melayu
Lapangan Terbang Antarabangsa
  1. KLIA Sepang
Pelabuhan Domestik/Perikanan
  1. Kuala Selangor 
  2. Pelabuhan Klang
  3. Sungai Air Tawar
  4. Sekinchan
  5. Tanjung Sepat
  6. Pulau Ketam
Landasan Terbang  Domestik
  1. LT Sultan Salahuddin Abdul Abdul Aziz Shah, Subang
Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  1. Taman Templer, Rawang
  2. Air Terjun (Tekala, Pangsun, Gabai)
  3. Taman Alam, Kuala Selangor
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
  5. Kelip-kelip Kampung Kuantan, K.Selangor
  6. Taman Rimba Ampang
  7. Zoo Negara, Ulu Klang
  8. Pantai Bagan Lalang
  9. Taman Rimba Bukit Cerakah, Shah Alam

Kem Tentera
  1. Kem Erskine, Kuala Kubu Bahru
  2. Kem Batu Caves (DBP)
  3. Kem Sungai Buluh (Depot Simpanan)
  4. Kem Paya Jaras
  5. KD Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah
  6. Pangkalan TUDM Subang
  7. TUDM Bukit Jugra (Rejimen TUDM)
  8. TUDM Kinrara (INSMAT)

Pusat Pengajian Tinggi
  1. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
  2. Universiti Putra Malaysia, Serdang
  3. Universiti Teknologi MARA, Kampus Induk Shah Alam
  4. Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
  5. Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
  7. Universiti Industri Selangor, Batang Berjuntai
  8. Universiti Perubatan Antarabangsa, Bukit Jalil
  9. Universiti Lingkokwing, Cyberjaya
  10. Monash University of Malaysia, Sunway
  11. Nottingham University of Malaysia, Semenyih
  12. Kolej Universiti Infrastruktur KL, Bangi
  13. Kolej Universiti Pengurusan dan Teknologi, Shah Alam
  14. Kolej Universiti Sunway
  15. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Bukit Putra
  16. Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, PJ
  17. Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya, PJ
  18. Binary University College of Management and Entrepreneurship
  19. Asia Pacific University College of Information Technology, PJ
  20. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
  21. Politeknik Sabak Bernam
  22. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bang











1 comment: