Monday, February 2, 2015

M 004 MENTERI PERDANA

Image result for assalamualaikum jawi



 PERDANA MENTERI MALAYSIA 






PERDANA MENTERI PERTAMA
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
(8 Feb 1903 – 6 Dis 1990)

Related image


Almarhum Tunku merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama sejak Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 serta Perdana Menteri Malaysia yang pertama mulai pembentukan Malaysia pada 16 sep 1963 sehingga beliau bersara pada tahun 1970.

Usaha dan sumbangannya kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia  merupakan pencapaiannya yang teragung yang membolehkan Tunku digelar sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Almarhum Tunku dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah (atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin).  Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada almarhum Sultan Kedah ke 24, Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Bondanya bernama Che Menjalara, salah seorang isteri Sultan berbangsa Siam (anak kepada  Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah di Thailand).

Pendidikan

Almarhum Tunku mendapat pendidikan awalnya nya pada 1909 di Sekolah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah aliran Inggeris iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama abang sulungnya, Tunku Yusuf dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School.


Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine diy of Cambridge, England. Pada mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang tetapi kemudian bertukar kepada jurusan Sastera (Sejarah) dan memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.



Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di university yang sama.   Beliau lulus tahun satu dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas kemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerangm pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani di samping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Hj Jubir dari Johor. Tunku kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa Perang Dunia II akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.


Tunku abd rahman.jpg  

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan ayahandanya  yang ketika itu berumur 80 tahun (di bawah jagaan Penghulu Wahab di Sedim, Kulim), sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang Sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Pemangku Sultan, Tunku Badlishah tidakmenyukai perbuatannya kerana tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Setar dan diktiraf oleh Jepun sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim (tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.


Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak bin Dato Hussein dari Pahang.   Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu di Britain dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.



Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) satu jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, di England. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Francis Light, seorang Inggeris.


Tunku dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku Badlishah kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh. pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963  dan telah mendapat dua orang anak perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

  
  
almarhumah Tun Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakhbah

  
almarhum Tunku dan almarhumah Tun Sharifah Rodziah

 
Tunku Dato Paduka Khadijah dan Tunku Dato Seri Ahmad Nerang

Kerjaya Politik

Selepas kemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian berpindah ke Kl untuk menjadi TPP dan kemudiannya sebagai Majisterat.


Pada masa itu, semangat nasionalisma di kalangan Orang Melayu bertambah hebat akibat pengisytiharan penubuhan Malayan union oleh Britain. Dato’ Onn (bekas Menteri Besar Johor) mengetuai PKMB (UMNO) untuk menentangi Malayan Union.  Tunku kemudinanya menyertai UMNO. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun (sehingga tahun 1970).


Laluan ke Kemerdekaan


Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya Persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang merupakan parti campuran UMNO dengan MCA  memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC, parti  yang mewakili kaum India kemudiannya menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan pada 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!".


  
  
  

Sebagai Perdana Menteri


Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.  Tunku pertama sekali mencadangkan gagasan sebuah Negara persekutuan yang terdiri dari Malaya, Singapura, Sabah,  Sarawak dan Brunei  dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 Sep 1963 penubuhan Malaysia  menjadi kenyataan dan Tunku menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.  Rentetan dari penubuhan Malaysia, Negara jiran Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno yang telah bercita-cita menubuhkan Indonesia Raya (yang turut meliputi Malaysia) telah melancarkan operasi ‘Ganyang Malaysia’ (hanya tamat pada tahun 1966).



Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan kemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP)  yang  pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat".  Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia tenggara (ASA) yang mengumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina. Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam PRU 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 Sep 1970,  beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Young Turk' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Htam. 

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu 'saudara baru Islam (muallaf)' untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM selama 28 tahun sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussen Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Parti Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.


Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star.


 

Makam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj





PERDANA MENTERI KEDUA
Almarhum Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein
(11 Mac 1922 – 14 Jan 1976)


Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajjah Teh Fatimah binti Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.


Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib Abd Razak  menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam.  Anak-anak allahyarham yang lain ialah Datuk Ahmad Johari (peguam), Datuk Mohamed Nizam (stock broker), Mohamed Nazim (arkitek)  dan Datuk Seri Mohamed Nazir (banker).

Almarhum Tun Razak merupakan Perdana Menteri kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi  dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

 

Tun Hajah Rahah

   Shearn Delamore & Co, Johari Razak, Kuala Lumpur, MALAYSIA
Dato Sri Mohd Najib  dan Dato' Ahmad Johari


  
Dato' Mohd Nizam dan Dato' Ar Mohd Nazim


Dato' Seri Mohd Nazir

Pendidikan

Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di MCKK. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Raffles College, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II. 

Selepas peperangan, Abdul Razak pergi melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-undang di England pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu UK, dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

Kerjaya

Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun. Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.

Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, atas desakan politik pada masa itu, Tunku Abdul Rahman dinasihatkan untuk mengundurkan diri dari jawatan PM, SPB Yang DiPertuan Agong telah mengisytiharkan Keadaan Darurat,menggantung Parlimen dan Tun Razak diberi kuasa penuh memerintah negara melalui Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sehingga darurat dipulihkan.  Pada 22 September 1970, secara rasminya Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. 

Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEP menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya menghapuskan kemiskinan; dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

Abdul Razak menubuhkan BN pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.  Perikatan yang hanya dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah menambah keahlian dari kalangan parti-parti pemerintah di Sabah (USNO)dan Sarawak (Pesaka-Bumiputera) serta beberapa pembangkang utama seperti Gerakan, PPP, PAS, SUPP (Sarawak), dan SNAP (Sarawak) lalu membentuk Barisan Nasional.   Bagaimanapun pada tahun 1977, PAS keluar dari pakatan BN.


Abdul Razak yang mengidap penyakit leukemia sejak beberapa tahun telah meninggal pada tahun 14 Januari 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.




.



PERDANA MENTERI KETIGA
Almarhum Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
(12 Feb 1922 - 29 Mei 1990)



Almarhum Tun Hussein merupakan PM Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Masa Muda

Dilahirkan di Johor Bahru,  Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato Sir Onn bin Jaafar  yang menubuhkan PKMB (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya Datin Halimah Hussein. Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar 'Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kedet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera di Dehra Dun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi, Pakistan.

Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Polis Depot JB dan pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat dan kemudian ditugaskan untuk bekerja di Selangor sebagai Pegawai Daerah Klang dan Kuala Selangor.

Kerjaya politik

Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai Parti Kemerderkaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan oleh ayahandanya. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1968. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di KL.

Kebangkitan Dalam Politik

Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi jawatan Tun Dr Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 73 sebagai Timbalan PM.  Pada 15 Jan 1976 Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.

Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui dasar-dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masyarakat. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak pernah lari dari sasaran DEB. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain pada waktu itu. Dengan itu, pada 20 April 1980, Hussein melancarkan skim pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah Bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara.

Hussein Onn yang terkenal di kalangan rakan kabinet sebagai seorang yang amat teliti dan berhati-hati dalam membuat keputusan  juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, Angkatan Tentera Malaysia juga diperbesar dan dipermodenkan kerana kekalahan Vietnam Selatan oleh pihak komunis yang menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara. 

Hussein Onn menjalani 'coronary by-pass' pada awal 1981.  Pada 17 Julai 1981, beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya Dr Mahathir bin Mohammad. 

Selepas persaraan

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Penasihat kepada PETRONAS.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein dengan Dr. Mahathir menjadi buruk, dan beliau menyokong 'Team B' (Tengku Razaleigh Hamzah) bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Mahathir.


Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa,  29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco kerana serangan sakit jantung dan jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.


almarhumah Tun Suhailah

Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki serta empat anak perempuan. Isterinya Tun Hajjah Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah (kakak kepada Tun Hajjah Rahah, balu kepada Tun Razak). Mewarisi darah kepimpinannya pada 30 Mac 2004, anak lelakinya, Dato Sri Hishammuddin telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran Malaysia, jawatan kabinet pertama yang disandang oleh allahyarham Tun Hussein.   Anak-anak almarhum yang lain ialah Suraiya Hani (Puan Sri Dr), Roquaiyah Hanim (almarhumah Datin- 2005), Rozita Halina (Dr), Rozia Hanis  dan Harith Onn (Dato). Tun Suhailah meninggal dunia pada 4 Okt 2014.


  
Puan Sri Dr Suraiya Hani dan almarhumah Datin Roquaiyah Hanim

   
Dato' Seri Hishammuddin dan Dato' Harith Onn

  
Rozia Hanis dan Dr Rozita Halina






PERDANA MENTERI KEEMPAT
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 
(dilahirkan pada 10 Julai 1925) 


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925  juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah PM Malaysia yang keempat. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu.  Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang amat disegani oleh kerana sikapnya yang berani, suka berterus-terang dan bersifat kontroversi, khususnya memperjuangkan hak negara dunia ketiga.

Beliau adalah juga seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia - kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri, sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS (kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Latar belakang dan Pendidikan

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah seorang guru berketurunan India. 

Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia II, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di King Edward VII Medical College, Univ Malaya, Singapura. dan dianugerahkanIjazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.  Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjaya dan Keluarga


Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagaian pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.  Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah Marina (Datin Paduka), Mirzan (Dato'), Melinda, Mokhzani (Tan Sri), Mukhriz (Dato' Seri), Maizura dan Mazhar.  Melinda, Maizura dan Mazhar adalah anak angkat Tun Mahathir.


Cfda

   
Datin Paduka Marina dan Tan Sri Mokhzani

Image result for mukhriz mahathir  
Dato' Seri Mukhriz  dan Dato' Mirzan


Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar  dan kekal sehingga sekarang.

Kerjaya politik

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk PRU 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon PAS dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli  MT UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan Tragedi 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 Sep 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku 'Dilema Melayu' (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir telah dipujuk masuk semula ke dalam UMNO pada pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) pada tahun berikutnya. Beliau kemudian bertanding di kawasan Parlimen Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974  dan menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden UMNO pada tahun 1975. Pada tahun 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai Timbalannya, sambil masih mengekalkan portpolio Pendidikan yang disandangnya.  Perlantikan ini menimbulkan kontroversi di kalangan pemimpin UMNO yang lebih kanan khususnya Encik Ghaffar Baba. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai 1981  Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Semasa pentadbirannya Dr Mahathir, jawatan Timbalan PM telah bersilih ganti sebanyak 4 kali iaitu Tun Musa Hitam (1981-1986), Tun Ghaffar Baba (1986-1993), Datuk Seri Anwar Ibrahim (1993-1998) dan Datuk Seri Abdullah Ahmad (1999-2003).  Dr Mahathir juga kemudiannya turut memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan sehingga bersara. Pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad sebagai penggantinya.

Kesihatan

Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di HKL dan pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN kerana serangan jantung. Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke ICU Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada malam 2 Oktober 2010, sewaktu berada di Melbourne untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne., Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selsema.  Walaupun pihak pembangkang amat mengharapkan kematian Tun Mahathir kerana tidak mahu lagi mendengar kritikan-kritikannya, namun usia Dr Mahathir tetap direstui oleh Allh.

Kontroversi dan Krisis perlembagaan

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi Hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Insiden yang berlarutan dalam tahun 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif. Mahathir selaku Ketua Badan Eksekutif dikatakan telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah  TPM dan Menteri Kewangan.  Pemecatan ini bukan sahaja atas alasan di atas tetapi juga dikatakan apabila Dr Mahathir dapat menghidu usaha dan gerakan Anwar untuk menjatuhkannya dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (ADIL).  Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada PRU 2004   apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah.  Bagaimanapun dalam PRU 12 tahun 2008 Parti tersebut yang bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) lalu dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berjaya mendapat kemenangan besar dalamdengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNO

Akibat pertelingkahan pendapat dan hilang keyakinan kepada Datuk Seri Abdullah, pada 19 Mei 2008 Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO di Alor Setar.  Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agong UMNO 2008 pada bulan Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato'Sir Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

Penulisan blog


Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 pagi, dengan penulisan beliau "The Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya

Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

.




PERDANA MENTERI KELIMA
Tun Haji Abdullah bin Datuk Haji Ahmad Badawi 
(dilahirkan pada 26 November 1939) 

 

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas PM ke 5 Malaysia.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B (Tengku Razaleigh)' dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet  sehingga dilantik semula ke jawatan Menteri Luar pada tahun 1991.  Apabila Anwar Ibrahim yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun September 1998, pada tahun berikutnya, 1999 Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada Oktober tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 5 dan Presiden UMNO ke 6.

Biodata peribadi

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas Pulau Pinang dan  menerima pendidikan di Sek Men Tinggi Bukit Mertajam dan Penang Methodist Boys School. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti Malaya tetapi kemudiannya menukar kepada Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di JPA.  Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke  MAGERAN (sebagai Setiausaha), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Belia dan Sukan sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian yang sama pada tahun 1974.


Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Tun Endon bin Dato' Mahmod Ambak pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata Kamarudin dan Nori. Pada 20 Okt 2005  Endon Mahmood telah meninggal dunia akibat serangan barah payudara sejak 2003. Tun kemudiannya berkahwin dengan Jeanne Abdullah (Tun) pada 9 Jun 2007


endon_meninggal029.jpg
Tun Abdullah dan almarhum Tun Endon

Image result for abdullah badawi dan jeanne
Tun Abdullah dan Tun Jeanne

 Datuk Kamaluddin Abdullah (filepic) -  the son of former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi -  who is a former founder of Scomi Group Bhd, owns Trillion Icon, Amira Properties, Intelek Kuasa and Paling Terbilang Sdn Bhd. His wife Datin Azrene Abdullah also owns shares in the companies. Mazlin, the cousin of Azrene, owns Mizreen Capital and Accentvest.
Datuk Kamarudin 

Nori

Kerjaya dan politik

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan dalam Kerajaan untuk bertanding (dan menang) dalam PRU bagi kawasan Parlimen Kepala Batas (kawasan Parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981,  Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sebelum dipecat sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan berikut:

(1)   Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
(2)   Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
(3)   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
(4)   Menteri Pelajaran (1984-86)
(5)   Menteri Pertahanan (1986-87)

Setelah empat tahun berada di luar kabinet beliau memegang jawatan Menteri Luar Negeri mulai 15 Mac 1991 hingga Januari 1999 apabila kemudiannya dilantik menjadi TPM merangkap Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan bajet sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara Berkecuali  (NAM) dan OIC. Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Pasca Perdana Menteri

Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

Sebagai Presiden Barisan Nasional

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, Abdullah telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, BN. Dalam PRU 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk BN, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. DI Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan.  Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada PRU 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada PRU 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, PP, Kedah dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas PM, Dato' Mahathir berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Usul undi tidak percaya


Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Jemaah Menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin  dengan alasan peraturan 18(7). SAPP pimpinan DatukYong Teck Lee bertindak keluar dari BN kerana tidak lagi mempercayai Datuk Seri Abdullah.  UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.




PERDANA MENTERI KEENAM
Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 
(dilahirkan pada 23 Julai 1953) 



Najib adalah Perdana Menteri Malaysia keenam (sekarang) sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas PM yang kedua, Tun Abdul Razak.  Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

Latar belakang


Dato' Seri Najib lahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan dan Toh Puan Rahah binti Mohammad Noah. Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah binti Tengku Iskandar  dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar (1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.

Dato' Mohd Nizar dan adiknya Puteri Norlisa

Dato' Mohd Nazifuddin

Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Tengku Puteri Zainah dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah binti Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah

Mohd Norashman dan Nurul Najwa

Najib juga merupakan sepupu kepada Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein bin Dato' Onn.

Pendidikan

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di St John Institution, KL dan kemudian belajar di Malvern Boys college di Worchestershire, England.  Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang 'Industrial Economy daripada University of Nottingham, England pada tahun 1974.

Politik

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi ParlimenPekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi Timbalan Menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga   Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar Pahang, menjadikan beliau adalah MB paling muda dalam sejarah negara ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan.

1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan.

1982-1986 - Menteri Besar Pahang.

1986-1987 - Menteri Belia dan Sukan.

1990-1995 - Menteri Pertahanan

1995-1999 - Menteri Pendidikan

1999-2008 - Menteri Pertahanan

2004-2009 - Timbalan Perdana Menteri (merangkap Menteri Pertahanan)

2009- kini  - Perdana Menteri (merangkap Menteri Kewangan)

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan politik beliau teruji apabila beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada tahun 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981. Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar bin Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1988 menggantikan Anwar Ibrahim apabila Anwar memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.  Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Jan 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan PM Malaysia.

Semasa menjawat Perdana Menteri

Selepas menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kempen 1 Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.

Gagasan 1 Malaysia

Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.

Dasar Luar Najib

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

Kontroversi

Tempoh tiga tahun terakhir Najib sebagai Perdana Menteri telah dipenuhi dengan pelbagai kontroversi, bukan sahaja melibatkan bagaimana Kerajaan BN mengendalikan pelbagai isu rasuah, kewangan dan perundangan tetapi juga melibatkan peribadi Najib sendiri yang akhirnya membawa Kerajaan BN tersungkur dari tahta pemerintahan Kerajaan Malaysia selama 61 tahun. Antara isu yang utaa ialah:

(1)   Isu 1MDB.

(2)   Isu pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

(3)   Pengaruh Rosmah Mansor dan gaya hidupnya.

(4)   Isu penyalahgunaan kuasa dan kewangan FELDA dan Tabung Haji.

(5)   Isu pemecatan TPM.

Apa yang menarik ialah, kejatuhan BN di tangan Pakatan Harapan (PH) yang mengandungi gabungan PKR, DAP, AMANAH dan PPBM di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir (PM ke 4).

Kegagalan Najib dan Kerjaan BN menjelas pelbagai isu dan skandal telah mengheret BN ke lubang kubur, apabila BN tewas dengan majoriti yang agak besar dalam PRU ke 14 pada 9 Mei 2018. Kekalahan ini menyebabkan Najib kehilangan jawatan Perdana Menteri Malaysia.


PERDANA MENTERI KETUJUH
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 
(dilahirkan pada 10 Julai 1925)

Image result for tun dr mahathir 2018



SENARAI
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MALAYSIA

Almarhum Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
(31 Ogos 1957 - 22 September 1970)
Menamatkan tugasTPM kerana mengambil-alih jawatan PM yang meletak jawatan

    

Almarhum Tun Dr Ismail bin Dato' Abdul Rahman
(22 September 1970 -  3 Ogos 1973)
Menamatkan tugas TPM kerana meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan

Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg
Almarhum Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
(13 Ogos 1973 - 15 Januari 1976)
Menamatkan tugas TPM kerana mengambil-alih jawatan PM yang meninggal dunia

Tun Dr Mahathir bin Mohammad 
(15 September 1976 -  16 Julai 1981)
Menamatkan tugas TPM kerana mengambil-alih jawatan PM yang meletak jawatan


  
Tun Musa bin Hitam 
(18 Julai 1981 -  16 Mac 1987)
Menamatkan tugas TPM kerana meletak jawatan akibat perselisihan pendapat dengan PM


  
Almarhum Tun Abdul Ghaffar bin Baba 
(10 Mei 1986 - 15 Oktober 1993)
Menamatkan tugas TPM kerana meletak jawatan setelah tewas pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO


Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 
(1 Disember 1993 - 2 September 1998)
Menamatkan tugas TPM kerana dilucutkan jawatan akibat kes mahkamah



 
Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi 
(8 Januaru 1999 - 31 Oktober 2003)
Menamatkan tugas TPM kerana mengambil-alih jawatan PM


Dato' Sri Mohammad Najib bin Abd Razak
(7 Januari 2004 - 7 April 2009)
Menamatkan tugas TPM kerana mengambil-alih jawatan PM


Tan Sri Hj Mukhyiddin bin Mohammad Yassin
(9 April 2009 - 28 Julai 2015)
Menamatkan tugasTPM kerana dilucutkan jawatan akibat perselisihan pendapat dengan PM



Dato' Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi
(28 Julai 2015 - 9 Mei 2018)
Menamatkan tugasTPM kerana Barisan Nasional tewas dalam PRU ke 14 (2018)


Image result for wan azizah
Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail
(10 Mei 2018 - kini)

No comments:

Post a Comment