Monday, February 23, 2015

M 097 LEBUH RAYA MALAYSIA HIGHWAY

  LEBUHRAYA DI MALAYSIA  

Di Malaysia ni banyak menggunakan perkataan 'RAYA' untuk nama-nama yang menggambarkan sesuatu yang unggul, besar dan menjadi tumpuan orang ramai (public) contohnya Jabatan Kerja Raya,  jalan raya, lebuh raya,  balai raya, Hari Raya, bunga raya, pasar raya, amanah raya dan pilihan raya.   Tapi tentang hantu raya, aku kurang pasti kenapa ada perkataan raya kat situ?. 

Tapi dalam blogpage kali ini aku hanya menulis tentang lebuh raya.

Dalam tahun 1960an atau 70an, semasa aku masih bersekolah, perkataan lebuhraya atau 'highway' merupakan satu perkataan yang asing.  Yang biasa dengar pada masa itu ialah Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.  Masa itu, kalau ke Kuala Lumpur hanya ada satu laluan sahaja, iaitu dari Batu Pahat melalui Muar, Melaka, Alor Gajah, Rembau, Seremban, Mantin dan Kuala Lumpur.

Kali pertama aku melalui lebuh raya ialah apabila Lebuhraya KL-Seremban disiapkan di pertengahan tahun 1980an.  Itu pun setakat Seremban sahaja.  Dari Seremban ke Johor masih terpaksa melalui jalan lama lagi. Keseluruhan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sepanjang 847.7 kilometer dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam disiapkan dalam tahun 1994.

Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai rangkaian lebuhraya yang membanggakan. Khususnya di Semenanjung Malaysia.

Pembangunan lebuhraya di Sabah dan Sarawak agak terbelakang berbanding dengan di Semenanjung kerana geografinya yang luas dan bergunung ganang di samping penggunaan yang amat rendah berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. Pembangunan lebuh raya yang berhubung rapat dengan pengambilan tanah (bidang kuasa Kerajaan Negeri) dan kos pembangunan yang amat tinggi.

Begitu juga di Semenanjung Malaysia, rangkaian lebuh raya di sebelah pantai barat jauh mendahului kawasan pantai timur atas sebab musabab yang sama. Penggunaan lebuh raya di kawasan pantai timur hanya kelihatan amat diperlukan selepas tahun 2000 bagainmanapun masalah politik negeri Kelantan dan Terengganu yang diperintah (atau pernah diperintah) oleh parti pembangkang telah melembabkan proses pembangunan.


LEBUHRAYA UTAMA

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) - (Johor Bahru-KL-Bukit Kayu Hitam)

File:Pluslogo.JPG

Ini merupakan jaluran lebuh raya yang terpanjang di Semenanjung Malaysia, merentasi 9 buah negeri si pantai Barat Semenanjung dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, Kedah, meliputi jajaran sejauh 847.7km (220km darinya dalam Negeri Perak).  Lebuhraya nasional ini mula dibina pada tahun 1981 secara berperingkat-peringkat oleh Perbadanan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui syarikatnya PLUS Expressway Bhd dan siap sepenuhnya pada tahun 1994 dan dirasmikan oleh YAB PM pada 8 Sep 1994 di R&R Rawang. Pembinaan lebuhraya secara penswastaan ini menjadi asas penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang berperanan memantau semua lebuhraya di negara ini. PLUS mendapat konsesi lebuhraya ini mulai Mei 1988 hingga 2018.

Laluan peringkat pertama antara KL ke Seremban disiapkan dan mula diguna pada tahun 1982. Lebuhraya ini melalui sebuah terowong (menembusi Banjaran Keledang) sejauh 622 meter (Terowong Menora) dan sebuah jambatan menyeberangi Sg Perak sepanjang 366 meter.  Keseluruhan kos pembinaan berjumlah RM6 billion.

Lebuhraya Timur Barat (Grik - Jeli) 

Lebuhraya Timur Barat  menghubungkan Gerik di Perak dengan Jeli di Kelantan. Projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Lebuh raya ini sepanjang 123 kilometer melibatkan 61 km di Perak dasn baki jarak pula di Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Operasi membalak lebih mudah. Kawasan penempatan baru dibuka di sepanjang lebuh raya. Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982, jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1,000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini, jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer.

Sejarah Lebuhraya Timur-Barat bermula dengan pembinaannya pada tahun 1967. Proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering sahaja menyerang hendap pekerja binaan dan memusnahkan jentera pembinaan sepanjang Perang Insurgensi Komunis ataupun Darurat Kedua dari tahun 1967-1989, menyebabkan pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat panjang. Malah, semasa lebuh raya ini dibuka pun pihak tentera mengawal ketat lebuh raya ini dan pemandu hanya boleh menggunakan lebuh raya ini pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.

Sistem kawalan keselamatan yang ketat dimansuhkan setelah pihak komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan dibina oleh JKR di Pulau Banding bagi menghormati para pekerja yang terkorban akibat serangan hendap komunis sepanjang pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.

Fasa dua Lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu. Projek lebuh raya ini terbahagi kepada 9 pakej dengan kos RM1.9 bilion, dimulakan pada Februari 2004 dan sepatutnya siap 2007. Sehingga April 2009, lebuh raya ini belum siap sepenuhnya kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Kehidupan flora dan fauna terjejas akibat pembinaan lebuh raya ini. Binatang liar dikesan bergerak dari kawasan Taman Negara di selatan ke Hutan Simpan Tembat dan Hutan Simpan Petuang di Hulu Terengganu serta Hutan Simpan Hulu Besut. Tiga jejambat dengan kos RM28 juta dibina antara Pasir Pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hingga ke Aring di sempadanKelantan.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) (Karak-Kuantan- Kemaman)



    Jajaran Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ini dibina dengan kos melebihi 3 bilion merangkumi jarak keseluruhannya 350 km dari persimpangan Karak melalui Lancang, Mentakab, Temerluh, Chenur, Maran, Sri Jaya,,Gambang, Kuantan, Jabur, Chenih, Chukai, Kijal dan berakhir di Chendering K.Terengganu.  Bagaimanapun peringkat kedua bermula dari persimpangan Jabur ke Chendering, Terengganu masih dalam pembinaan.




     EXPRESSWAY DI LEMBAH KLANG 


    Lebuhraya Persekutuan (KL-PJ-S.Alam-Klang)

    Lebuhraya Mahameru

    Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)



    Pembinaan bermula pada tahun 1999 di sepanjang tebing Sungai Klang dan siap pada tahun 2001. Lebuh raya ini dibuka kepada lalu lintas pada 17 Mei 2001.

    AKLEH  merupakan lebuh raya bertingkat pertama di Malaysia. Ia menghubungkan Ampang dan Kuala Lumpur. Lebuh raya ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Ampang bagi membolehkan pengguna memasuki pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan lebih mudah. Motosikal asalnya tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya ini atas sebab keselamatan; namun demikian, larangan tersebut dimansuhkan pada 19 Jun 2008 berikutan harga minyak yang melambung tinggi.


    Cheras Kajang Expressway (SILK)


    Tiada maklumat
      Lebuhraya Pantai Baru (NPE) 

      Lebuhraya Baru Pantai, ialah sebatang lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang. Lebuhraya berukuran 19.6 km (12.2 batu) ini mempermudah capaian ke Kuala Lumpur dari kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway, mengelakkan kesesakan di laluan  Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak. NPE terdiri daripada Penghubung Utama dan Penghubung Salak. "Lebuhraya Baru Pantai" ialah nama yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, tetapi ramai yang menyangka namanya "Lebuhraya Pantai Baru". Kilometer sifarnya terletak di Persimpangan Jengka di Subang Jaya, Selangor.

      Lebuhraya ini sebenarnya merupakan gabungan Jalan Subang Utama (Persiaran Tujuan - PJS),Jalan Klang Lama  (Lebuhraya Persekutuan - Jalan Templer) dan Jalan Pantai Dalam (Jalan Bangsar - Kampung Pantai Dalam).

      NPE dibina dari tahun 2000 hingga 2003. Pembinaan lebuh raya dipimpin oleh IJM Corporation bersama anak syarikatnya Road Builder. Fasa 1, iaitu di antara bulatan Jengka dan Bandar Sunway siap pada tahun 2002., diikuti bahagian seterusnya dari Bandar Sunway ke Pantai Baharu (Fasa 2) dan dari Pantai ke Salak Selatan (Fasa 3: Hubungan Salak) pada tahun 2003. Lebuhraya ini dibuka pada 30 April 2004.

      Persimpangan Tujuan yang menggantikan simpang jalan T dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur Bulatan Gasing dari NPE ke Jalan Gasing turut dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur khas ke aras tempat letak kereta Sunway Pyramid juga dibina dari Januari hingga November 2007, sebelum dibuka pada Disember 2007.

      Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)



      Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) adalah lebuhraya antarabandar yang menghubungkan Sri Damansara di utara merentasi Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya di selatan Lembah Klang. Sebagai laluan lalulintas utama, ia digunakan oleh lebih 420,000 kenderaan pada setiap hari biasa.

      Perlaksanaan projek Lebuhraya Damansara-Puchong dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rancangan pelan induk keseluruhan kerajaan yang merangkumi keperluan Rancangan Struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Rancangan Trafik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerja pembinaan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada kepada laluan berkembar 3 lorong 2 hala.

      Lebuhraya Damansara-Puchong terbahagi kepada dua pakej iaitu pakej pertama sejauh 23 kilometer bermula dari Sri Damansara dan berakhir di Puchong Jaya. Pakej kedua bermula dari Puchong Jaya dan tamat di Putrajaya. Lebuhraya sepanjang 40km ini bernilai RM130 juta

      Pada 22 Mei 2008, Menteri Kerja Raya Mohd Zin Mohamed menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan membayar subsidi lebih RM640.3 juta agar kadar tol tidak dinaikkan. Sejak 1999, kadar tol LDP bagi kenderaan kelas 1 adalah RM1.50. Namun pengguna dikenakan bayaran RM1 sementara baki RM0.50 ditanggung kerajaan. Mulai Januari 2007, kadar tol LDP dinaikkan kepada RM2.10 dan pengguna dikenakan RM1.60 dan baki RM0.50 ditanggung kerajaan.

      Klang-Shah Alam Expressway (KESAS) 


      Lebuhraya Shah Alam  adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Sri Petaling. Dibina bagi mengurangkan kesesakan di LR Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam adalah lebuhraya timur-barat ketiga di dalam kawasan Klang Valley selepas Lebuhraya Persekutuan dan NKVE. Lebuh raya ini dilengkapi dengan lorong motorsikal untuk menjaga keselamatan penunggang motorsikal. Semasa SUKOM 1998 di KL, lebuh raya ini merupakan laluan utama ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sepanjang 34.5 km 1995-1997 oleh Konsortium Shah Alam Expressway (KESAS).

      Smart Tunnel 

      Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau di dalam bahasa Inggerisnya: "Stormwater Management and Road Tunnel" (SMART) dengan kod  adalah suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut. Apabila siap nanti, ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.

      Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

      Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

      Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol sebanyak RM2.00 dikenakan mulai 14 Jun 2007.

      South Klang Valley Expressway (SKVE) 



      Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)  merupakan lebuh raya baru di bahagian selatan Lembah Klang. Fasa kedua sepanjang 40 km akan dibina dari Pulau Indah (Westport) menuju ke Pulau Carey dan dihubungkan ke Lebuh raya ELITE seterusnya ke Putrajaya dan Kajang.

      Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri S.Samy Vellu mengumumkan bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang berbincang dengan pihak bank dan MOU akan ditandatangani pada Februari 2008.

      Sungai Besi Expressway
      SPRINT Expressway
      Middle Ring Road 1(MRR1)
      Middle Ring Road 2 (MRR2)

      Subang Airport Expressway
      Pulau Indah Expressaway

        New Klang Valley Expressway (NKVE)

        Lebuh Raya Baru Lembah Klang adalah lebuh raya sambungan kepada Lebuh Raya Utara-Selatan jajaran utara yang dihubungkan dengan  Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah ke  Lebuh Raya Utara-Selatan jajaran selatan. Dengan panjang keseluruhan 35 kilometer, ia merupakan penghubung terpenting bagi jajaran utara dan selatan Lebuhraya Utara-Selatan serta bahagian timur dan barat Lembah Klang. Lebuh Raya Baru Lembah Klang digunakan oleh lebih satu juta kenderaan pada setiap hari biasa dan dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.

        Perasmian Lebuh Raya Baru Lembah Klang dilakukan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 11 Januari 1993 di Plaza Tol Jalan Duta.

        Duta - Ulu Klang Expressway (DUKE)


        Lebuhraya sepanjang 18km ini mula dibina oleh pada tahun 2005 dan siap dan dirasmikan pada 30 April 2009 dibiayaai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos RM892 juta.

        Lebuhraya ini menjadi penghubung (jalan keluar- penyurai) dari bandaraya Kuala Lumpur dan dihubungkan terus kepada 2 haluan berikut iaitu Lebuhraya KL-Karak-Kuantan (LPT), NKVE dan MRR2.


        DUKE ini dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur North East Expressway (KLNEE), lebuh raya ini merupakan elemen utama dalam Pelan Induk Jalan Raya Kuala Lumpur sebagaimana yang dinyatakan dalam Kajian Pengangkutan Japan International Corporation Agency (JICA) yang dijalankan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 1985. Dikenal pasti oleh DBKL sebagai satu daripada laluan penghubung utama bagi melengkapkan Rancangan Penyuraian Trafik Induk Kuala Lumpur, KESTURI telah menjalankan kajian terperinci tentang penjajaran tersebut yang memakan tempoh tiga tahun, termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar dan Tinjauan Pendapat Awam. Kedua-dua kajian dan laporan ini diluluskan sebelum Perjanjian Konsesi ditandatangani dengan Kerajaan Malaysia pada 12 Ogos 2004.

        Lebuh Raya ini dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Mohd Zin Mohamed, pada 9 Januari 2009. Dibina bagi menampung 120,000 kenderaan sehari, Lebuh Raya ini akan menawarkan laluan alternatif yang menarik kepada penduduk Lembah Klang, terutamanya bagi mereka yang berulang alik dari timur ke barat dan bagi mereka yang mahu ke pusat bandar. 

        Lebuh Raya ini mengendalikan sistem tol terbuka di tiga plaza tol yang terletak di Batu, Sentul Pasar dan Ayer Panas. Kadar tol yang ditetapkan adalah mengikut kelas kenderaan. Dengan 46% daripada jajaran Lebuh Raya adalah bebas tol, pengguna dapat merancang perjalanan mereka dengan menggunakan 7 persimpangan bertingkat dan 5 susur masuk dan keluar untuk sampai ke destinasi masing-masing.

        Setiap plaza tol menjalankan sistem kutipan tol secara manual di samping menyediakan kemudahan Touch n Go dan Smart Tag bagi memastikan pengguna Lebuh Raya dapat melalui pondok tol dengan cepat. Pengendali tol dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berbudi bahasa kepada semua pelanggan.

        DUKE




        Expressways in Selangor


        Guthrie Corridor Expressway

        Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) 


        Kajang Dispersal Link Expressway
        New North Klang Straits ByPass
        Lebuhraya KLIA
        Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya

        MAJU EXPRESSWAY (MEX) - (KL - Putrajaya - KLIA Sepang)

        CH-Hinweissignal-Autobahn.svg


        Lebuhraya Maju (MEX) (sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya(KLPE) dan Lebuhraya Khusus KL-KLIA)  merupakan sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur danSelangor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 26 km (16 batu) ini menghubungkan pusat bandar rayaKuala Lumpur dengan Putrajaya, dan seterusnya pada masa akan datang ia bakal dipanjangkan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.


        Sejarah pembinaan MEX ini bermula apabila projek ini dicadangkan pada tahun 1995, tetapi telah digantung pada tahun 1997 berikutan Krisis Kewangan Asia 1997. Projek ini dihidupkan semula pada tahun 2004 dan siap pada Disember 2007. Laluan utama lebuh raya kini dibuka pada lalu lintas bermula 13 Disember 2007. Pada Mei 2008, Kosortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd (KLT) bertukar nama kepada Maju Expressway Sdn Bhd sementara Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya diubah namanya kepada Lebuhraya Maju.


        Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) 


        Lebuh raya Kajang Seremban (LEKAS) merupakan lebuh raya tol sepanjang 48.5 kilometer dari Kajang ke Seremban yang diberi konsesi kepada Lebuharaya Kajang-Seremban Sdn. Bhd, anak syarikat IJM Corporation oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

        Kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di antara Kuala Lumpur danSeremban menyebabkan sebuah lagi lebuh raya diperlukan pada tahun 1998.

        Berikutan itu Kerajaan Malaysia memberi hak konsesi secara pakej kepada syarikat baru iaitu KASEH Sdn. Bhd. pada Julai 1997 untuk tempoh konsesi selama 33 tahun.
        Cadangan projek ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya dari Kajang ke Seremban. Lebuh raya ini bersambung dengan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang‎ dan Lebuh raya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur. Terlalu ramai penduduk Seremban yang bekerja setiap hari di Kuala Lumpur. Kesesakan memuncak di Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Senawang.

        Sebahagian lebuh raya ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya baru dari Kajang hingga ke Seremban melalui Bangi, Semenyih, Beranang, Pajam, Nilai dan Mantin. Ia bermula dari Persimpangan Bertingkat `clover-leaf' dengan Lebuhraya Lingkaran Kajang dan Jalan Pintasan Kajang dan menuju ke selatan hingga berakhir di Jalan Persekutuan FT 51 sejauh 5 km dari Bandar Seremban. Keseluruhan jarak lebuhraya ini adalah sepanjang 46 km.

        Lebuh raya ini merupakan laluan alternatif kepada pengguna-pengguna yang menuju ke selatan selain daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Persekutuan sedia ada. Ia juga diharap dapat menjana pembangunan di kawasan persekitarannya khususnya di Nilai, Semenyih, Beranang, Mantin, Pajam dan Batang Benar. Keseluruhan jajaran lebuh raya ini siap sepenuhnya pada tahun 2010.

        Expressways in Perak

        Lebuhraya Lumut-Sitiawan-Ipoh
        Lebuhraya Lumut-Teluk Intan

        Expressways in Penang

        JAMBATAN PULAU PINANG

        Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan George Town, dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

        Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

        Spesifikasi jambatan:
        • Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
        • Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
        • Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
        • Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
        • Laluan: 6 Laluan
        • Tinggi menara dari aras air: 101.5 meter
        • Tinggi jambatan dari aras air: 33 meter
        • Gantungan utama: 225 meter
        • Gantungan hujung: 107.5 meter
        • Gantungan lain: 40 meter
        • Had laju: 80 km/j
        .
        Butterworth Kulim Expressway (BKE)
        Butterworth Outer Ring Road (BORR)
        Jelutong Expressway
        Penang Outer Ring Road (PORR) - under construction
        Second Penang Bridge - under construction

           
            
           


          Expressways in N.Sembilan

          Seremban-Port Dickson Expressway (SPDE) 
            Mengikut pemerhatian aku, SPDE adalah merupakan lebuh raya bertol yang paling rugi di Malaysia. Lebuhraya sepanjang 32 km ini siap dan mula digunakan pada tahun 1997 ini amat kurang penggunanya kerana jalan lama Seremban-Port Dickson masih relevan (jalan elok dan tidak sesak) dan tidak kena bayar tol.  Walaupun lebuh raya ini lurus dan menjimatkan masa, ia masih tidak menjadi pilihan pengguna yang ingin ke Port Dickson. Lengang.  Lebih menyedihkan R & R nya terus mati.  Tiada satu pun gerai yang beroperasi (pastinya merugikan).  Yang terbaru aku nampak, sebahagian dari lot gerai di R & R tersebut diubahsuai menjadi pejabat pelancungan.

            Cadangan.  Kalau mahu majukan lebuhraya ini, buat satu kompleks membeli belah seperti Nilai 3 di laluan ini. Maka pengguna akan memilih melalui lebuh raya ini dengan dua objektif- membeli belah dan bersantai ke pantai PD.  Weekend ke pantai PD,on the way balik singgah shopping.


            Lebuh Raya di Kawasan Timur Semenanjung Malaysia


            Lebuhraya Karak (KL-Bentung-Karak)



            Lebuh raya ini mula dibina di awal tahun 1970an dan siap dan dibuka pada tahun 1977. Lebuhraya ini melalui lereng-lereng gunung dan bukit merentasi Banjaran Tititwangsa dan turut melalui satu terowong sepanjang 900 meter di Genting Sempak.  Merupakan terowong pertama dibina di Malaysia. Lebuhraya ini kemudian disambung dengan Lebuhraya pantai Timur (LPT) sehingga ke Kuantan sejauh 183km. Pembinaan dua lebuhraya ini telah menyelamatkan tempoh perjalanan dari KL ke Kuantan dari hampir 5-6 jam kepada 2-3 jam sahaja.  Sebelum ini perjalanan dari KL ke Kuantan terpaksa melalui jalan lama Gombak -Karak, Lanchang, Mentakab, Temerluh, Maran dan Kuantan yang jauh dan bengkang bengkok.

            1. Lebuhraya Tun Abdul Razak (Gambang-Segamat)
            2. Lebuhraya Timur Barat (Grik, Perak- Jeli, Kelantan)

            Lebuhraya Timur Barat (LTB) (Gerik-Jeli)

            Lebuhraya ini dibina dengan kos melebihi 3 bilion merangkumi jarak keseluruhannya 350 km dari persimpangan Karak melalui Lancang, Mentakab, Temerluh, Chenur, Maran, Sri Jaya,,Gambang, Kuantan, Jabur, Chenih, Chukai, Kijal dan berakhir di Chendering K.Terengganu.  Bagaimanapun peringkat kedua bermula dari persimpangan Jabur ke Chendering masih dalam pembinaan.


              Jambatan Banding (Lebuhraya Timur-Barat)
               Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita


              Lebuhraya Pantai Timur (LPT) (Karak-Kuantan-Kemaman)

              Lebuhraya ini dibina dengan kos melebihi 3 bilion merangkumi jarak keseluruhannya 350 km dari persimpangan Karak melalui Lancang, Mentakab, Temerluh, Chenur, Maran, Sri Jaya,,Gambang, Kuantan, Jabur, Chenih, Chukai, Kijal dan berakhir di Chendering K.Terengganu.  Bagaimanapun peringkat kedua bermula dari persimpangan Jabur ke Chendering masih dalam pembinaan.



              Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)

              R & R Temerloh


              Expressways in Johor

              Malaysia-Singapore Second Link (LINKEDUA) 

              Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), E3 ialah sebuah rangkaian jambatan lebuh raya yang menghubungkan Johor dengan Singapura. Lebuh raya sepanjang 44 kilometer itu menghubungkan bandar Senai di utara hingga ke sempadan Malaysia-Singapura iaitu di Tuas. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.  Ia dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1997.
              Pasir Gudang Expressway
              JB Inner Ring Road
              JB Eastern Dispersal Link
              Senai Airport Highway
              Skudai-Pontian Highway
              Senai-Desaru Highway
              Teberau Highway






                Linkedua


                .

                No comments:

                Post a Comment